Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-83JS-5-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LWN HASSAN BIN OTHMAN (NO K/P: 490524-09-5069) ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN TERHADAP TERTUDUH Pertuduhan Pindaan: “Bahawa kamu pada 31/12/2020 jam lebih kurang 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi bertempat di Pejabat Koperasi Pemadam Negeri Perlis, Jalan Hospital, 01000 Kangar, perlis dalam daerah Kangar, dalam negeri Perlis, telah melakukan kekerasan jenayah kepada Masmuni binti Mansor No. Kad Pengenalan: 790109-09-5058 dengan cara memegang buah dada, memeluk dan mencium pipi dan mulut serta meletakkan tangannya ke kemaluan kamu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.” Pembelaan Tertuduh menafikan Pertuduhan Pindaan dan meminta untuk dibicarakan. ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN KES 1) Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan pindaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. 2) Pertuduhan Pindaan telah dibacakan dan difahami oleh Tertuduh. Tertuduh telah menafikan pertuduhan dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan pindaan tersebut. 3) Kes telah dijalankan dengan 12 orang saksi pendakwaan. Di akhir kes pihak pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi Pertuduhan Pindaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. 4) Di peringkat Pembelaan, Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi dan Tertuduh telah memanggil empat orang saksi iaitu Tertuduh sendiri dan tiga orang saksi awam sebagai saksi pembelaan. Setelah mahkamah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan serta hujahan pihak-pihak dengan meneliti eksibit-eksibit yang dikemukakan, mahkamah telah menilai secara maksima dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membukti kes melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh bagi Pertuduhan Pindaan, manakala Tertuduh telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. 5) Mahkamah telah memutuskan Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan bagi Pertuduhan Pindaan. 6) Hukuman telah dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut; Pertuduhan Pindaan: Penjara 3 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM5000 gagal bayar 3 bulan penjara. 7) Tertuduh tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah dan merayu terhadap keputusan dan hukuman. Manakala, pihak pendakwaan turut tidak berpuashati dengan hukuman yang diberikan terhadap Tertuduh dan merayu terhadap Keputusan. B. FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN 8) SP3 iaitu Pengadu/Mangsa di dalam kes ini merupakan seorang kerana yang bekerja di Syarikat Goncharian Enterprise. Manakala Tertuduh pula ialah Setiausaha PEMADAM Negeri Perlis. Syarikat SP3 bertanggungjawab membuat kerja-kerja pembaikan dan menggantikan ‘awning’ di pejabat Koperasi PEMADAM di tempat kejadian (P2 A-K). 9) Pada 31.12.2020, Tertuduh telah menghubungi SP3 untuk urusan pengambilan cek bagi tujuan pembayaran. SP3 telah pergi ke tempat kejadian untuk berjumpa dengan Tertuduh bagi urusan pembayaran tersebut. 10) Semasa di dalam bilik (P2 I), Tertuduh didakwa telah bangun dan berada di belakang SP3. Tertuduh kemudiannya memegang bahu dan memegang buah dada SP3. SP3 memaklumkan bahawa pada ketika itu dia berasa tergamam, terkelu, terkejut dan cuba menepis dengan cara mengelakkan badannya. 11) Selain dari memegang bahu dan buah dada SP3, Tertuduh juga dikatakan telah memegang dan meletakkan tangan SP3 ke kemaluan Tertuduh. SP3 pada ketika itu telah menarik tangannya dan berkata ingin pulang. Semasa dalam kekalutan SP3 ingin keluar dari bilik tersebut, SP3 terdengar Tertuduh telah mengunci pintu bilik. Tertuduh juga dikatakan telah memeluk dan mencium SP3. Tertuduh kemudiannya telah membuka pintu dan SP3 telah keluar untuk pulang. 12) Setelah SP3 keluar dari tempat kejadian, SP3 menuju ke CIMB Bank untuk memasukkan cek yang diambil daripada Tertuduh. Semasa berada di tempat letak kereta CIMB Bank, SP3 telah menangis di dalam kereta sambal menelefon suaminya, SP4 namun tidak berjawab. SP3 kemudiannya menghubungi majikannya, SP1 melalui ‘whatsapp’ dan memaklumkan sesuatu telah berlaku kepadanya. Kandungan perbualan melalui ‘whatsapp’ di antara SP1 dan SP3 adalah sepertimana P17B. 13) SP3 juga di dalam keterangannya mengesahkan bahawa Tertuduh ada menghubunginya untuk berbincang tentang kejadian yang berlaku dan ingin memohon maaf sepertimana gambar tangkap layer di dalam P20 A-E. 14) SP3 telah membuat laporan polis tentang kejadian yang berlaku pada 4.1.2021 iaitu Kangar rpt 66/21 (P12). 15) Siasatan lanjut dijalankan oleh Pegawai Penyiasat, P12. Tertuduh telah dipertuduhkan dengan satu pertuduhan pindaan iaitu di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. C. PEMBELAAN TERTUDUH 16) Tertuduh menafikan pertuduhan terhadap Tertuduh dan menyatakan bahawa urusan dengan SP3 hanya bagi urusan pembayaran berkenaan kerja-kerja pembaikan. Keterangan berkaitan penyerahan cek disokong dengan keterangan SD2. SD2 merupakan Bendahari PEMADAM dan terlibat dengan pengurusan bayaran cek. SD2 mengesahkan bahawa melalui dokumentasi yang dikemukakan menunjukkan Tertuduh sedang menjalankan urusan rasmi berkaitan penyediaan dan penyerahan cek bayaran kepada pihak Goncharian Enterprise yang mana SP3 merupakan penerima cek tersebut. 17) SD3 pula merupakan seorang pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Perlis. Beliau bertanggungjawab menjalankan fungsi statutori berkaitan pendaftaran dan penyeliaan koperasi di Malaysia. SD3 menyatakan bahawa Koperasi PEMADAM Negeri Kedah yang didakwa SP3 sebagai tempat kejadian adalah tidak wujud di dalam rekod rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Percanggahan ini amat serius kerana menyentuh fakta asas kepada keseluruhan kes pendakwaan iaitu lokasi dan konteks kejadian yang didakwa berlaku. 18) SD4 pula ialah pekerja kedai makan berhadapan tempat kejadian yang mengambil pesanan minuman dan makanan dari Tertuduh dan SP3. Pada hari kejadian, SD4 telah beberapa kali ke tempat kejadian untuk mengambil pesanan minuman dan makanan serta turut menghantar makanan yang dipesan. Pada hari kejadian, SD4 mendapati SP3 berada di dalam keadaan tenang, ceria dan berkelakuan seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang tanda ketakutan, tekanan atau gangguan emosi. 19) SP3 juga dilihat berbual secara normal dengan Tertuduh dan keluar pejabat dalam keadaan yang terkawal dan tanpa sebarang unsur paksaan. 20) Selain itu, turut dipertikaikan berkenaan tarikh kejadian di mana tarikh dinyatakan di dalam laporan polis tidak konsisten dengan tarikh cek yang diserahkan kepada SP3 melalui Tertuduh. 21) Tambahan pula, laporan polis dibuat pada 4.1.2021 di mana kelewatan tersebut adalah kerana menunggu SP4, suami SP3 pulang ke Perlis. Percanggahan-percanggahan yang timbul telah melemahkan kes pihak pendakwaan. 22) Keadaan kesihatan Tertuduh juga turut dibangkitkan dengan pengemukaan D38. Atas faktor kesihatan Tertuduh, tidak memungkinkan Tertuduh mempunyai nafsu dan berkehendak untuk melakukan kekerasan jenayah seperti memegang bahu, memegang buah dada, memeluk dan mencium serta meletakkan tangan SP3 kepada kemaluan Tertuduh. 23) Pembelaan Tertuduh adalah berasas dan bukan hanya penafian semata-mata mahupun fikiran terkemudian ‘afterthought’. SAKSI-SAKSI DAN EKSIBIT-EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 24) Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan seperti berikut: SP1: Koperal Mohamad Nasruddin bin Mohamad Jurufoto SP2: Siti Sofiyah binti Sabtu Saksi Awam: Pemilik Syarikat Goncharian Enterprise SP3: Masmuni binti Mansor Pengadu/Mangsa SP4: Zawawi bin Zakaria Saksi Awam: Suami Pengadu SP5: Inspektor Anuar bin Ekol Pegawai Tangkapan SP6: Sarjan Mohd Shahril bin Kaman Penghantar Barang Kes SP7: Koperal Muhammad Qayyum bin Azizan Penghantar Barang Kes SP8: Inspektor Muhammad Adib bin Rasol Pegawai Forensik PDRM SP9: SM Harris Islam bin Uyop Penyerah Barang Kes Forensik PDRM SP10: Dr. Nurhasfiza binti Abdul Hamid Pegawai Perubatan SP11: Sarjan Mohamad Faizul bin Baharum Pegawai Penyiasat Warisan SP12: Inspektor Muhamad Nur bin Abdul Samad Pegawai Penyiasat 25) Pihak pembelaan pula memanggil Tertuduh dan 4 orang saksi sebagai saksi pembelaan. Berikut adalah saksi Pembelaan. SD1: Hassan bin Othman Tertuduh SD2: Asmadi bin Othman Saksi Awam: Bendahari PEMADAM SD3: Nurul Izatie binti Mashadi Saksi Awam: Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia SD4: Siyakulusen Ayyub Khan @ Zahul Saksi Awam: Pekerja Kedai Makan 26) Mahkamah juga meneliti eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan seperti berikut: Pertuduhan Pindaan A Pernyataan Saksi SP6 PWS2 Pernyataan Saksi SP7 PWS3 Pernyataan Saksi SP8 PWS4 Pernyataan Saksi SP9 PWS5 Pernyataan Saksi SP12 PWS6 Pernyataan Saksi SD1 DWS1 Pernyataan Saksi SD2 DWS2 Pernyataan Saksi SD4 DWS3 Gambar Tangkap Layar P20 A-E Kangar rpt 97/21 P21 Borang MF02 P22 Satu Sampul Putih PDRM M1 P23 Borang MF02 P24 Sampul Plastik PDRM P25 Sampul bewarna Coklat P26 Surat Akuan Penerimaan & Penyerahan Barang Kes P27 Laporan Pemeriksaan 21F0178 P28 CV SP10 P29 Rajah Kasar P30 Kangar rpt 66/21 P31 Pencarian Koperasi IDD32 Sijil Penghargaan (Tertuduh) D33 Surat Tawaran: Khidmat Tawaran (Tertuduh) D34 Surat Permohonan Penubuhan Pertubuhan PEMADAM (Tertuduh) IDD35 Surat Lantikan sebagai Setiausaha Penubuhan PEMADAM (Tertuduh) D36 Perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan IDD37 Laporan Perubatan Tertuduh D38 Voucher: Pembayaran oleh Tertuduh IDD39 A-C Surat Pelantikan sebagai Bendahari D40 Cheque Bud CIMB Number Cheque 472738 D41 Permohonan Pegawai Hadir ke Mahkamah D42 Carian Koperasi Info Corp D43 Surat Perjanjian Tapak Gerai Penyewa IDD44 D. BEBAN PEMBUKTIAN 27) Di peringkat penutupan kes pihak pendakwaan adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk membuat penilaian yang maksima keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membuat keputusan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. 28) Merujuk kepada seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memperuntukkan prosedur di akhir kes pendakwaan. Seksyen 180 KPJ memperuntukkan seperti berikut: