Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : JA-12A-4-08/2024
JA-12A-4-08/2024
High Court of Malaysia14 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“direct. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan dalam Hong Leong Finance Berhad v Low Thiam Hoe [2015] MLJU 1165 seperti berikut: “The principles in Yamaha Motor in our view were laid down in respect of an application t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : JA-12A-4-08/2024
1
HAZIQ HAKIMI BIN HUSSIN [No. K/P : 021009-01-1703]
2
MOHAMED AL QUDAISH BIN ABDUL JABBAR [No. K/P : 000107-01-1843] …PERAYU-PERAYU
1
1.
2
JURUTERA JABATAN KERJA RAYA DAERAH
3
TETO ENGINEERING SDN. BHD. [No. Syarikat : 263468-V] …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Latar belakang
1
Kes ini adalah berasaskan kepada keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menolak lampiran 117 dan 127 untuk meminda Writ dan Penyata Tuntutan Terpinda, yang difailkan masing-masing oleh Plaintif Pertama (P1) dan Kedua (P2). Tuntutan yang difailkan menuntut gantirugi akibat kemalangan yang dialami kedua-dua Plaintif di atas jalanraya pada 11.3.2020 lebih kurang jam 6.30 petang di mana P1 memandu motokar nombor BKT4094 di KM2 Jalan Skudai Pantai Lido, manakala P2 adalah penumpang.
2
Pada asalnya masing-masing P1 dan P2 telah memfailkan tuntutan secara berasingan iaitu P1 melalui guaman JA-B51KJ-1-10/2020 manakala P2 melalui guaman JA-A71KJ-12-04/2022. Kedua-dua guaman ini telah disatukan pada 18.10.2022 atas permohonan D2, tanpa bantahan oleh ketiga-tiga Defendan. Meskipun kes berdaftar pada tahun 2020 dan 2022, tarikh bicara kes telah beberapa kali dilapangkan kerana beberapa siri pindaan kepada Writ dan Penyata Tuntutan P1 dan P2 serta Penyata Pembelaan D1-D3.
3
Berdasarkan Penyata Tuntutan masing-masing P1 dan P2, pada 11.3.2020 lebih kurang jam 6.30 petang P1 memandu motokar nombor BKT4094 di KM2 Jalan Skudai Pantai Lido, P1 telah secara tiba-tiba terlanggar lopak air menyebabkan kereta hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu melanggar pembahagi jalan dan pokok di bahagian tengah jalan. P1 dan P2 telah tercampak dan mengalami cedera parah.
4
Writ dan Penyata Tuntutan telah dipinda kali pertamanya di bawah A20 k3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2020 (dibaca sebagai 2012) pada 28.12.2020 (sebagaimana tertera di endorsmen Penyata Tuntutan Terpinda) dengan menggantikan Defendan 1 daripada “Kerajaan Malaysia” kepada “Kerajaan Negeri Johor”. Writ dan Penyata Tuntutan Terpinda dipinda kali ke-2 menurut A20 k3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2020 (dibaca sebagai 2012) pada 14.3.2021 dengan memotong perkataan “Ketua” daripada perkataan “Ketua Jurutera” pada D2 di tajuk Writ dan Penyata Tuntutan menjadi “Jurutera JKR”.
5
Permohonan untuk meminda kali ke-3 yang difailkan pada 18.6.2024 oleh P1 dan P2 ialah untuk meminda Penyata Tuntutan Terpinda (2) dengan memperincikan lanjut hal keadaan jalan di mana kemalangan berlaku. Ini berbangkit daripada kandungan pliding draf “Isu untuk dibicarakan” difailkan oleh Plaintif yang mengandungi butir-butir seperti “lopak air, perbezaan tinggi paras jalan, jalan tenggelam di tempat air bertakung, rekahan di atas jalan dan lubang di tepi jalan”. Melainkan butiran lopak air dan lubang di tepi jalan, yang lainnya tidak terdapat di dalam Penyata Tuntutan.
6
Isu untuk dibicarakan ini telah dipinda oleh D1-D3 dengan memotong selainnya dan meninggalkan lopak air dan lubang. Ini menyaksikan permohonan lampiran 117 dan 127 menyusul kemudian pada 18.6.2024 untuk meminda Penyata Tuntutan (2) tetapi dibantah oleh D1-D2.1 Hakim Mahkamah Sesyen juga memutuskan kedua-dua lampiran ini telah lewat difailkan tetapi tiada alasan diberikan untuk 1 D3 tidak membantah kerana tiada affidavit jawapan difailkan malahan D3 turut membuat pindaan kepada Penyata Pembelaan D3. menjelaskan kenapa. Dengan ini, kedua-dua permohonan ini telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 31.7.2024.
7
Mahkamah ini yang mendengar rayuan, bersetuju dengan keputusan Hakim Bicara menolak kedua-dua lampiran ini apabila Mahkamah ini memutuskan “no appealable error” dan/atau “nothing plainly wrong” di dalam keputusan Hakim Bicara (lihat: Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng [2020] 12 MLJ 67, Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v. Petra Perdana Bhd and another appeal [2018] 2 MLJ 177 (FC), Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (FC).
8
Alasan Hakim Bicara yang dipetik daripada Alasan Penghakimannya bolehlah diringkaskan seperti berikut:
i
Beberapa siri tarikh bicara telah ditetapkan terdahulu dimulai pada 15 dan 16 Februari 2023, diikuti pada Julai 2023, Ogos 2023, November 2023, Januari 2024, April 2024 dengan tarikh terkemudian pada 14.8.2024 namun pihak Plaintif tidak ada mengemukakan apa-apa cadangan pindaan sehinggalah pada 24.4.2024 tersebut;
II
(ii) Meskipun terdapat ikatan dokumen Plaintif dan Penyata Saksi yang difailkan yang mengandungi rujukan kepada fakta terdapat rekahan dan permukaan jalan yang tidak rata, Penyata Tuntutan tidak mengandungi fakta ini;
III
(iii) Oleh itu, terdapat bantahan oleh D1 dan D2 atas kemasukan fakta baru ini di dalam “Isu untuk Dibicarakan”;
IV
(iv) Mahkamah telah memberi tempoh 2 minggu untuk Plaintif memfailkan Notis Permohonan untuk pindaan tetapi ia hanya difailkan setelah hampir 2 bulan setelah Mahkamah memberi peluang untuk Plaintif berbuat demikian dalam tempoh seminggu dari tarikh sebutan akhir 11.6.2024;
v
Kelewatan melampau telah berlaku dalam memfailkan kedua-dua lampiran ini meskipun Plaintif berada dalam milikan gambar-gambar permukaan jalan sejak 27.8.2020;
VI
(vi) Ini menjadikan permohonan Plaintif sebagai satu ‘afterthought’ kerana selain menghujahkan permohonan ini tidak akan memprejudiskan Defendan-defendan, tiada alasan diberikan untuk menjelaskan kelewatan yang berlaku;
VII
(vii) Hakim Bicara berpendapat pindaan ini akan mengubah versi kejadian dengan memberikan 2 versi berbeza semasa Penyata Tuntutan difailkan yang mencadangkan P1 memandu masuk ke lopak air dan versi kedua melalui pindaan ini dengan keadaan jalan merekah, tidak sekata yang dikatakan tidak diurus dengan baik.
9
Mahkamah Bicara telah menganalisa kedudukan undang-undang dan nas otoriti sebelum mencapai keputusan bahawa dengan adanya Kaedah Mahkamah 2012 yang baru, A20 k5(1)2 serta nas otoriti terdahulu perlu dilihat dalam konteks prosedur baru ini. Ini 2 Amendment of writ or pleading with leave (O.20, r.5)
5
5.(1) Subject to Order 15, rules 6, 6A, 7 and 8 and the following provisions of this rule, the Court may at any stage of the proceedings allow the plaintiff to amend his writ, or any party to amend his pleading, on such terms as to costs or otherwise as may be just and in such a manner, if any, as it may direct. mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan dalam Hong Leong Finance Berhad v Low Thiam Hoe [2015] MLJU 1165 seperti berikut: “The principles in Yamaha Motor in our view were laid down in respect of an application to amend that was made at an early stage of the proceedings in particular before the trial commences. In Yamaha Motor, the Federal Court amongst others considered the effect of Order 20 rule 5 of the Rules of the Rules of the High Court 1980 [“RHC1980”] (now known as Rules of Court 2012 [“RC 2012”]. The facts in Yamaha Motor showed that the application to amend the statement of claim was made about seven months after the original statement of claim was amended and the trial has not commenced. It is pertinent to note that Yamaha Motor was decided under the old RHC 1980. The civil procedure has since then changed with the introduction of the pre-trial case management in the year 2000 under Order 34 of the RHC 19809 w.e.f. 22.9.2000) and now under Order 34 of the RC 2012 (w.e.f. 1.8.2012. Nowadays the Court recognizes especially under the new case management regime that a different approach needs to be taken to prevent delay in the progress of a case to trial and for its completion. The progress of the case is no longer left in the hands of the litigants but with the Court in the driver’s seat. [See the case of Syed Omar bin Syed Mohamed v Perbadanan Nasional Bhd [2012] 9 CLJ 557]. In particular when an application to amend the pleading is made at a very late stage as was done in the present case, the principles in Yamaha Motor ought not to be the sole consideration. This is because an order for compensation by payment of costs in such a case may not be an adequate remedy and it would also disrupt the administration of justice which affects the Courts, the parties and the other users of the judicial process. [See the case of Conlay Construction Sdn Bhd v
10
Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan dan keputusan Mahkamah Bicara bahawa kedua-dua permohonan ini dibuat lewat dan tiada penjelasan diberikan. Oleh itu, keputusan Hakim Bicara untuk menolak kedua-dua lampiran adalah tepat maka Mahkamah ini memutuskan untuk rayuan ini ditolak. Bertarikh : 25 Oktober 2025 (Nurulhuda Nur’Aini Binti Mohamad Nor) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Darul Ta’zim Peguamcara Perayu 1 & 2 : Haziq Hakimi Bin Hussin (P1) : Mohamed Al Qudaish Bin Abdul Jabbar (P2) Tetuan S. Satheesan & Co. Peguamcara Defendan 1 & 2 : Kerajaan Negeri Johor (D1) : Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru (D2) Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguamcara Defendan 3 : Teto Engineering Sdn. Bhd. (D3) Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.