Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. NB-83D-354-07/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
NB-83D-354-07/2024
Magistrates Court of Malaysia20 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“diberikan tanpa menyatakan secara jelas perkataan-perkataan sebenar yang digunakan olehnya semasa memberikan amaran tersebut (kes Mahkamah Rayuan, Ngu Chee Wui v. Public Prosecutor [2015] 9 CLJ 562; [2014] MLJU 1720 dirujuk). [33] Tambahan pula, pemeriksaan fizikal Tertuduh sebaik polis melakukan serbuan di halaman rum”
“an oleh pihak Pendakwaan terhadap Tertuduh. Keberadaan hampir (close proximity) semata-mata tidak mencukupi bagi membuktikan milikan atau pengetahuan (lihat kes Roslan bin Hanapi v. Public Prosecutor [2015] MLJU 2151). Milikan memerlukan gabungan jagaan atau kawalan dan pengetahuan, bukan hanya kehadiran fizikal berham”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. NB-83D-354-07/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh dalam kes ini dituduh bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagaimana berikut: - “Bahawa kamu pada 9.7.2024 jam lebih kurang 12.00 tengahari, bertempat di halaman rumah tidak bernombor, Kampung Dingkir, Johol, di dalam daerah Kuala Pilah, di dalam Negeri Sembilan ada dalam kawalan dan pengetahuan kamu bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.05gram. Dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.”
2
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan perbicaraan penuh dijalankan. Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah setelah membuat penilaian secara maksimum terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, mendapati pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh. Oleh itu, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri serta wang jaminan sebanyak RM5,000.00 dikembalikan kepada penjamin.
3
Pihak Pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi iaitu: - SP1 Puan Nurliyana binti Abd Rahman Ahli Kimia SP2 Sarjan Noor Azamat bin Dollah Penghantar barang kes SP3 Lans Koperal Muhammad Alif bin Hazrani Jurugambar SP4 Inspektor Muhammad Hasif bin Razali Pegawai Serbuan SP5 Sarjan Hanita binti Abdul Wahab @ Yong Penolong Pegawai Penyiasat
4
Naratif kes Pendakwaan sehingga membawa kepada penangkapan Tertuduh adalah sebaik-baiknya dirujuk kepada keterangan SP4.
Preamble
Menurut keterangan SP4, pada 9.7.2024 jam lebih kurang 12.30 tengah hari, beliau bersama pasukannya (Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Pilah) membuat serbuan di rumah tidak bernombor, Kampung Dingkir,73100 Johol, Negeri Sembilan. [5] Setibanya di tempat kejadian, SP4 telah membuat pemerhatian di tepi jalan berdekatan telah melihat Tertuduh berada di halaman rumah tersebut. Setelah gril hadapan rumah dibuka, SP4 telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas Tertuduh dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. [6] SP4 seterusnya telah membacakan pernyataan amaran bawah Akta Dadah Berbahaya dan bertanyakan sama ada Tertuduh ada menyimpan barang salah. Tertuduh telah membawa SP4 dan anggota serbuan ke sebuah bilik bahagian kanan dapur rumah melalui pintu belakang. [7] Di dalam bilik tersebut, Tertuduh telah mengambil satu rantai anak kunci (P13) yang terletak pada kipas angin dan menyerahkan kepada SP4 sambil menunjukkan almari besi yang berada dalam bilik tersebut. SP4 telah membuat pemeriksaan ke dalam almari dan pada bahagian ruangan atas dijumpai satu paket plastik lutsinar (P5) yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu anggaran berat 0.50 gram. [8] Tertuduh bersama barang kes telah dibawa ke IPD Kuala Pilah untuk tindakan lanjut. Setelah semua dokumentasi disediakan, SP4 telah menyerahkan Tertuduh dan barang kes kepada SP5. Hasil analisa yang dijalankan oleh SP1 ke atas barang kes (P5) mengesahkan ia mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan berat sebanyak 0.05 gram. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [9] Di akhir kes Pendakwaan, beban statutori terletak kepada pihak Pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie sebagaimana Seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah dengan membuktikan semua elemen pertuduhan. Mahkamah hendaklah menilai secara maksimum keseluruhan keterangan saksi dan eksibit bagi menentukan sama ada pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Tertuduh. Prinsip undang-undang dalam Balachandran v PP
2005
2 MLJ 302, Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 dan PP v Mohd Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457 dirujuk. [10] Selanjutnya, Mahkamah dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (supra) memutuskan antara lain, bahawa jika suatu kes terdapat satu daripada dua perkara berikut, prima facie tidak dapat dibuktikan: -
i
Terdapat lompong dalam kes Pendakwaan (Abdullah Zawawi v PP [1985]2 MLJ 16); atau
II
(ii) Keterangan memberikan/membenarkan lebih daripada satu inferens dibuat (PP v Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230) ELEMEN-ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [11] Berdasarkan kes PP v Tan Kee Cheng (2016) 1 LNS 674, elemen yang perlu dibuktikan bagi kesalahan bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah seperti berikut: -
i
Dadah tersebut adalah dadah berbahaya; dan
II
(ii) Tertuduh memiliki dadah tersebut [12] Berpandukan otoriti-otoriti yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini seterusnya meneliti sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie dalam kes ini. PERTUDUHAN CACAT [13] Mahkamah pada peringkat ini ingin terlebih dahulu meneliti pertuduhan yang dikemukakan ke atas Tertuduh memandangkan ia merupakan perkara yang paling asas dan teras utama dalam sesuatu kes jenayah. Oleh itu, kejelasan, ketepatan dan ketelitian dalam sesuatu pertuduh adalah satu keperluan yang tidak boleh dikompromi (an uncompromising nature) dan tidak boleh dipandang ringan. Ini jelas dapat dilihat melalui pelbagai peruntukan dalam Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). [14] Pembacaan secara literal terhadap pertuduhan dalam kes ini memberikan gambaran bahawa Tertuduh telah ada dalam kawalan dan pengetahuannya dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.05 gram di kawasan halaman rumah tidak bernombor tersebut. Walaubagaimana pun, keterangan oleh SP4 dan SP5 menunjukkan gambaran yang berbeza. Keterangan SP4 dan SP5 menunjukkan bahawa dadah berkenaan sebenarnya telah ditemui di dalam almari [sepertimana gambar P8 (L)] yang berada di sebuah bilik bahagian dapur rumah tersebut dan bukannya di halaman rumah sepertimana Pertuduhan. PEMERIKSAAN BALAS SP4 Pada masa pemeriksaan terhadap OKT di hadapan rumah tidak dijumpai apa-apa barang salah? Betul. Dan sepanjang kes ini, sepanjang pemeriksaan Inspektor, tidak ada barang kes di badan, dijumpai di badan? Betul. Dan pada masa itu, tidak ada dijumpai di tempat di hadapan rumah, di halaman tadi tidak ada dijumpai barang Ya, tidak ada. --- Saya juga cadangkan bahawa barang kes ini tidak dijumpai di halaman rumah? Ya. Pemeriksaan Utama SP5 TPR: Mohon saksi dirujuk dengan P8 (A-L). Sarjan menyatakan dalam perenggan 10, ada 10 keping gambar tempat kejadian. Boleh tunjukkan kepada Mahkamah 10 keping gambar tersebut? Boleh kamu sebutkan setiap satu gambar tersebut dan terangkanlah apa gambarnya kepada Mahkamah? Boleh, Puan. gambar C-hadapan rumah berpagar. gambar D-sebelah rumah yang saspek. gambar E-bilik saspek yang mana pintu bertutup gambar F-bilik dengan pintu terbuka gambar G-bahagian dalam bilik. gambar H-dalam bilik gambar I-kad Mahkamah atas nama Hazizi bin Jantan. gambar J-almari terbuka gambar K-almari tertutup gambar L-tempat di mana barang kes dijumpai Pemeriksaan Balas SP5 Setuju dengan saya, pada masa tangkapan dibuat atau serbuan dibuat tersebut, barang kes tidak dijumpai di badan tertuduh? Setuju, Puan. [15] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan sebenarnya berusaha untuk membuktikan elemen kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui dalam bilik tersebut terhadap Tertuduh, dan seterusnya hanya bergantung kepada anggapan berdasarkan tempat di mana dadah tersebut ditemui. Pada hemat Mahkamah ini, pertuduhan dalam kes ini adalah mengelirukan dan tidak boleh dipertahankan dan keadaan tersebut dengan sendirinya sudah mencukupi untuk membawa kepada penolakan kes ini. [16] Prinsip yang sama juga telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Masana & Anor (2011) 10 CLJ 639, YA Dato Akhtar Tahir (ketika itu) menyatakan: - [13] A literal reading of the charges in this case gives a picture that both the accused were trafficking drugs at the car park of the resort. The evidence led by the prosecution however draws a different picture. The evidence show that the drugs were actually found in a car and the police had raided the car the moment the car stopped at the car park. [14] The car being an important element in the offence, is not even mentioned in the charge. It was clear from the evidence that the prosecution was seeking to prove possession of the drugs found in the car against both the accused and only seeking to raise the presumption of trafficking based on the amount of drugs found. [15] To me both the charges in this case are misleading and untenable and reason enough to dismiss the case. [17] Begitu jua kes Shawal Hj Mohd Yassin lwn Pendakwa Raya (2006) 6 CLJ 392 di mana YA Azahar Mohamed (ketika itu) berpendapat seperti berikut:- [12] With respect, I am unable to accede to the argument of the learned deputy. In my view s. 156 has application only in a situation where there is an error either in stating the offence or the particulars required to be stated in the charge or there is an omission to state the offence or those particulars. In other words that section provides for a cure should there be any non-compliance with the technical provisions of the law. I do not think that provision can be invoked in the case at hand in a situation where the charge was defective as disclosing no offence under the section of the Act. I do not consider that this is an irregularity curable under s.
156
In the same way, the application of s. 422 is constrained to remedy no more than technical defects in the charge. To me where a trial in the court below is conducted on the basis of a charge which is defective as not disclosing an offence under the relevant section, it is an illegality which cannot be cured by s. 422. I should point out that the case of Msimanga Lesaly v. PP [2005] 1 CLJ 398; [2005] 4 MLJ 314 relied on by the learned deputy is distinguishable on its facts. There, the appellant submitted that the charge against her, as amended after the conclusion of the case for the prosecution, was defective as it still contained the allegation that the offence was committed by two persons in furtherance of a common intention; it was argued that the amended charge should have stated that the drugs were being trafficked solely by the appellant. The Court of Appeal rejected this argument. The court said that although the amendments failed to completely cleanse the original charge of all references to the appellant having committed the offence together with the co-accused in further of a common intention, yet this did not make the amended charge bad. The court further said that the minor defects in the charge did not mislead or prejudice the appellant at all. In stark contrast to that case, in the case before me it was not a minor defect; the charge was defective as disclosing no offence in law. [13] The defect in the charge was a matter of substance and not merely of form. This was not a mere technical non-compliance of any provision of the law which can be condoned as an irregularity. I do not think it can be cured without causing injustice to the appellant. In my view, this was not a defect, disregarding it would not occasion a miscarriage of justice. To me the charge as framed did not disclose any offence and therefore I have no doubt that the defect of this kind was an illegality. I think the appellant was left in doubt as to the offence of which he had been convicted and sentenced. It is a fundamental principle of criminal law in our country that an accused person should know accurately of what offence he has been convicted and sentenced. In my judgment the error in the charge did cause prejudice and injustice to the appellant. In the end, I have no hesitation in saying that the charge framed against the appellant was bad in law. When looked in this way, one can see that there has been a substantial miscarriage of justice. As a consequence, the conviction in this case was a nullity …. In my judgment, the learned magistrate in the present case had failed to direct his attention to that important consideration. There is thus a serious misdirection by way of non-direction, which had occasioned a failure of justice. The learned magistrate had therefore erred in law and fact, in that he found the appellant guilty of a charge which did not disclose any offence. [14] Further on this point since the charge as worded did not disclose any offence it is now too late at the appellate stage to amend it so as to bring it within the provisions of the law… [15] While on this issue, I would like to emphasize on the correct and proper procedure in framing charges. It is important to bear in mind that the purpose of ss. 152, 153 and 154 of the CPC is clearly to enable the accused person to know the matter with which he is accused of at the very early stage. If there be any one principle of criminal law and justice clearer and more obvious than all others, it is that the offence imputed must be positively and precisely stated, so that the accused may certainly know with what he is charged and may be prepared to answer the charge as he best may (see Lim Beh & Ors v. Opium Emperor [1842] 3 ky 110). [18] Kecacatan yang dikenal pasti oleh Mahkamah ini dalam pertuduhan adalah bersifat substantif dan bukannya sekadar dari segi bentuk. Mahkamah berpandangan, keadaan tersebut telah mewujudkan keraguan dan kekeliruan kepada Tertuduh berkenaan kesalahan apakah yang telah dilakukan oleh dirinya di sisi undang-undang. [19] Pertuduhan yang buruk di sisi undang-undang ini sudah pasti akan mengakibatkan prejudis, ketidakadilan dan kegagalan keadilan yang serius terhadap Tertuduh. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini telah meneruskan penilaian terhadap keterangan dalam kes ini bagi menentukan sama ada kes ini masih boleh diselamatkan. DAPATAN MAHKAMAH Elemen 1: Dadah tersebut adalah dadah berbahaya [20] Berdasarkan keterangan Ahli Kimia (SP1), beliau mengesahkan pemeriksaan dan analisis yang dijalankannya ke atas barang kes (P5), iaitu paket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal mendapati mengandungi 0.05gram Methamphetamine dan ia merupakan dadah sebagaimana Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Perkara yang sama turut dinyatakan dalam laporan kimia (P2). [21] Keterangan SP1 selaku seorang saksi pakar dengan ini diterima Mahkamah tanpa sebarang keraguan dan elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan (rujukan kepada PP v Munusamy [1987] 1 MLJ 492 dan PP v Lam San [1991] 3 MLJ 426). [22] Pihak Pembelaan juga tidak sama sekali menafikan kredibiliti SP1 dan tiada sebarang pertikaian dibangkitkan berkenaan hasil analisis yang dilakukan oleh SP1.Oleh yang demikian, elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan. Elemen 2: Tertuduh memiliki dadah tersebut [23] Bagi membuktikan elemen milikan, Pendakwaan perlu membuktikan Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan terhadap barang kes tersebut. Elemen ini perlu dibuktikan dengan menunjukkan Tertuduh bebas untuk berurusan tanpa campur tangan orang lain (Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17, Leow Nghee Lim v PP [1956] 22 MLJ 28). [24] Manakala bukti pengetahuan biasanya suatu perkara inferen (Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717; [2008] 1 LNS 506, PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209, Joseph A/L Subramaniam v. Pendakwa Raya [2019] 1 LNS 1420). [25] Pihak Pendakwaan boleh bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membuktikan milikan dan pengetahuan. Namun, sebelum anggapan milikan digunapakai, pihak Pendakwaan hendaklah dibuktikan bahawa dadah tersebut berada dalam kawalan atau jagaan Tertuduh - kes Public Prosecutor v Muhammad Nasir bin Shahrudin [1992] 4 CLJ 2028; [1994] 2 MLJ 576. [26] Berdasarkan nas undang-undang di atas, dapat disimpulkan bahawa pembuktian yang perlu diteliti dengan jelas oleh Mahkamah ini adalah: - a) Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut; dan
b
Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut. Pengetahuan lazimnya dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut. Sama ada Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah Tersebut [27] Pihak Pendakwaan menyatakan bahawa Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan atas dadah yang dirampas atas alasan-alasan berikut: -
i
Tertuduh setelah dibacakan kata-kata amaran oleh SP4 telah membawa SP4 dan anggota serbuan ke sebuah bilik di bahagian kanan dapur rumah melalui pintu belakang dan SP4 dengan menggunakan kunci yang diberikan oleh Tertuduh telah membuka almari besi di dalam bilik tersebut.
II
(ii) Barang kes (P5) telah dijumpai oleh SP4 di atas bahagian ruang atas almari besi yang berada dalam bilik tersebut. Tiada individu lain berada dalam bilik tersebut, maka Tertuduh mempunyai kawalan terhadap barang kes tersebut.
III
(iii) Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dengan barang kes dan secara alternatif, Pendakwaan menggunapakai anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB 1952. [28] Mahkamah berpandangan bahawa keterangan berkaitan tindakan Tertuduh memandu arah pihak polis ke bilik tersebut sehingga ke penemuan dadah tersebut di dalam almari dalam bilik tersebut adalah hasil daripada maklumat yang diberikan oleh Tertuduh kepada SP4. Justeru itu, bagi membolehkan keterangan ini menjadi relevan dan boleh diterima, ia perlu mematuhi prinsip ketat di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Mahkamah Rayuan dalam kes Shah Rizan Sulong lwn PP (2012) 8 CLJ 549 telah menegaskan seperti berikut: - “Sekiranya maklumat perayu boleh diterima di bawah s. Akta Keterangan 1950, kami berpendapat bahawa pihak pendakwaan perlu memenuhi beberapa pra-syarat seperti berikut:
a
elok membuktikan perkataan sebenar soalan yang diutarakan oleh pihak polis kepada pesalah; dan
b
elok membuktikan jawapan sebenar yang diberi oleh pesalah kepada pihak polis. Tidak dinafikan bahawa maklumat di bawah s. 27 Akta Keterangan 1950 sering kali terdedah kepada penyalahgunaan oleh pihak polis sepertimana yang digambarkan oleh Tun Abdul Hamid Omar, Ketua Hakim Negara di dalam kes Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ 39; [1992] 1 CLJ (Rep) 265 SC, di ms 267:
1
Apabila s. 27 Akta tersebut dipakai mahkamah harus berjaga-jaga bagi memastikan kredibiliti keterangan oleh kakitangan polis berhubung dengan seksyen ini, yang sering terdedah kepada penyalahgunaan.” [29] Kehendak undang-undang di bawah Seksyen 37B(1)(b) ABD juga adalah jelas bahawa apa-apa pernyataan termasuk perbuatan Tertuduh setelah ditangkap hanya boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah sekiranya Tertuduh diberikan kata-kata amaran. Seksyen 37B(1)(b) ini juga adalah suatu peruntukan yang spesifik di bawah ADB 1952 berhubung kes-kes dadah dan perlu diberikan penekanan tegas dalam pemakaian dan pelaksanaannya. Apa yang penting, peruntukan ini adalah bagi memastikan dan memaklumkan bahawa orang yang telah ditangkap tersebut mempunyai hak untuk berdiam diri. [30] Dalam kes ini, Mahkamah meneliti laporan polis yang dibuat oleh SP4 (P9) sebagaimana diperturunkan seperti berikut: - “ … Kemudian saya telah membacakan pernyataan beramaran Seksyen 37B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan bertanya kepada lelaki Melayu tersebut adakah ada menyimpan apa-apa barang salah, kemudian lelaki Melayu tersebut membawa saya bersama anggota serbuan ke sebuah bilik di bahagian belakang dapur tersebut serta lelaki Melayu tersebut telah mengambil serangkai anak kunci yang terdapat dua (2) batang kunci serta terdapat tali hitam berjenama A-Zum yang tergantung di sebuah kipas angin, kemudian lelaki Melayu tersebut menyerahkan kepada saya sambil menunjukkan kepada saya sebuah almari besi dengan menggunakan kunci yang diserahkan kepada saya oleh lelaki Melayu tersebut, saya membuka almari besi tersebut sambil diperhati anggota serbuan dan lelaki Melayu tersebut serta saya buat pemeriksaan di dalamnya, saya telah menjumpai (1) paket plastik lutsinar di dalamnya berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu (A/B:0.50 gram) di ruang atas almari besi tersebut.” [31] Selanjutnya, Mahkamah turut meneliti keterangan SP4 berkenaan kata-kata amaran yang diberikan kepada Tertuduh seperti berikut: - Pemeriksaan Balas SP4 Ada kata beri amaran kepada OKT? Ya, betul. Ada dituliskan apa bentuk amarannya? Tidak. Sebagai orang awam, OKT tak faham apa pun amaran yang telah diberi, setuju dengan saya? Tidak setuju. Dia tidak faham. Kalau cakap pun amaran pun dia tak tahu apa effect dan kesan. Apa amaran pun dia tak tahu sebenarnya? Tidak setuju. Saya juga cadangkan bahawa barang kes ini tidak dijumpai di halaman rumah? Ya. Pemeriksaan Semula SP4 Inspektor juga tidak bersetuju bila dicadangkan oleh rakan bijaksana saya, ketika kata-kata amaran diberikan kepada OKT, sebagai orang awam tidak faham pun apa maksud kata-kata amaran itu. Apa penjelasan kamu? Ini kerana ketika kata-kata amaran tersebut telah dinyatakan, kita telah menerangkan berkenaan seksyen tersebut, adakah tertuduh memiliki barang salah? Dan ketika itulah, tertuduh telah bawa kami ke bilik yang telah ditemui barang kes. Inspektor tidak bersetuju bahawa OKT tidak mempunyai kawalan terhadap barang kes. Kamu juga bersetuju ketika ditanyakan ketika pemeriksaan pada badan OKT tidak dijumpai sebarang barang salah. Apa penjelasan kamu memandangkan barang kes tersebut tidak dijumpai pada badan OKT.? Yang pertamanya, berkenaan kawalan di bahagian luar tersebut kerana barang kes tidak ditemui pada badan tertuduh. Tetapi semasa dalam bilik dan telah menjumpai barang salah tersebut, ini adalah point yang kedua di mana bilik tersebut adalah bilik tidur tertuduh. Tertuduh tidur di bilik tersebut. Dan kunci yang tersangkut pada kipas angin pada bilik tersebut telah diambil dan diserahkan sendiri oleh tertuduh kepada saya dan kemudiannya barulah saya buat pemeriksaan di almari. [32] Berdasarkan keterangan SP4 dan laporan polis P9, Mahkamah mendapati ia tidak mencukupi untuk menyatakan bahawa SP4 telah memberikan amaran kepada Tertuduh dengan sekadar memberikan keterangan di Mahkamah ini bahawa amaran tersebut telah diberikan tanpa menyatakan secara jelas perkataan-perkataan sebenar yang digunakan olehnya semasa memberikan amaran tersebut (kes Mahkamah Rayuan, Ngu Chee Wui v. Public Prosecutor [2015] 9 CLJ 562; [2014] MLJU 1720 dirujuk). [33] Tambahan pula, pemeriksaan fizikal Tertuduh sebaik polis melakukan serbuan di halaman rumah tidak menemukan apa-apa barang salah sama ada pada badan Tertuduh mahupun di kawasan halaman rumah tersebut. Hanya selepas Tertuduh dikatakan memberikan makluman, barulah pihak polis menemui dadah dalam almari di bilik tersebut. Pada hemat Mahkamah, keterangan sedemikian adalah amat mencurigakan dan tidak boleh diterima dengan selamat memandangkan penemuan dadah tersebut sepenuhnya bergantung kepada dakwaan lisan semata-mata. [34] Hal ini menjadi lebih parah apabila SP4 menyatakan bahawa beliau telah memberikan kata-kata amaran di bawah Seksyen 37B(1)(b) ADB. Walau bagaimanapun, SP4 gagal mengemukakan secebis keterangan yang boleh menunjukkan bahawa kata-kata amaran yang diberikan tersebut adalah benar-benar wujud. Kegagalan ini bukanlah suatu kecacatan kecil, sebaliknya menjejaskan asas kepada kebolehpercayaan keterangan SP4 ini. [35] Malahan, Pegawai Penyiasat dalam keterangannya turut mengesahkan bahawa tiada sebarang dokumen atau keterangan yang jelas berkaitan kata-kata amaran yang direkodkan berhubung kata-kata amaran yang didakwa telah diberikan oleh SP4, kandungannya juga tidak diketahui secara spesifik. Tiada saksi lain, termasuk anggota serbuan yang turut berada di tempat kejadian dipanggil oleh pihak Pendakwaan untuk mengesahkan perkara ini. Pemeriksaan Balas SP5 S: Tadi Sarjan ada beritahu ada tengok laporan polis menyatakan Inspektor Hasif ada berikan amaran. Adakah amaran tersebut dicatatkan? Dicatatkan di mana-mana buku atau dalam report? Ada dalam report. S: Di mana perkataan spesifik amaran tersebut? Cuma sebut sajakah di bawah Sekseyen 37B? Saya tidak pasti, Puan.
2
S: Cuba rujuk kepada soalan 4, muka surat 2, perenggan Dia sebut di sini sebenarnya, pengadu telah menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap suspek daripada anggota serbuan, dia berkata tiada barang salah dijumpai. Kemudian, pengadu telah membacakan pernyataan amaran-amaran seksyen 37B (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. Adakah amaran tersebut ada dituliskan di dalam report? Maksud saya, perkataannya itu (bahawa kamu), ada tidak diberitahu? Ada tidak ditulis? Tidak. S: Ada tidak dicatat dalam buku siasatan atau apa-apa buku rekod diari? Tiada, Puan. [36] Selain itu, pihak polis telah menerima maklumat (tip-off) daripada sumber lain mengenai kewujudan dadah tersebut sebelum serbuan dijalankan sebagaimana P9 yang menyatakan “Bertindak atas maklumat dadah…”. Maka, dapat dilihat tujuan utama serbuan itu sendiri adalah untuk mendapatkan segala bahan bukti dan penemuan dadah tersebut sememangnya bukan hasil semata-mata daripada pengakuan yang didakwa dibuat oleh Tertuduh. Hakikatnya pihak polis telah mengetahui mengenai kewujudan dadah di dalam rumah tersebut sebelum sebarang kenyataan dibuat oleh Tertuduh merupakan faktor penting dalam menilai kebolehterimaan kenyataan yang dikatakan telah dibuat ke atas Tertuduh. [37] Nas undang-undang yang diputuskan juga dirujuk bagi menyokong dapatan ini: - a) Mahkamah Persekutuan juga dalam kes Francis Antonysamy v PP (2005) 2 CLJ 481 turut menyatakan bahawa:- It can therefore be seen that the satisfaction of the court on the administration of the caution goes to the very root of the admissibility of a statement that had been made. What requires consideration is whether a mere reading of the caution will amount to the court being ‘satisfied’ that it had been administered…. The court can be ‘satisfied’ that the caution was administered as required only with adequate proof of the words used. This can only be done if there has been evidence of the actual words used by the recording officer. In that event the court would be in a position to determine whether the caution that was administered is as prescribed or to the like effect or is something that is different… b) PP v Muhammad Nasir Shaharuddin & Anor (1992) 3 CLJ Rep, YA Visu Sunnadurai (ketika itu) adalah seperti di bawah: - The term ‘discovery’ has been narrowly interpreted to mean no prior knowledge of the fact by the police, or the obtaining of a fact which was otherwise not available to the police prior to the making of the statement by the accused. As it is said: In order that a discovery may come under the provisions of this s. 27, the place from which the incriminating article was recovered must be a place of concealment which would be difficult or impossible for the police to discover without some assistance from the accused, [Ratanlal & Dhirajlal, The Law of Evidence, 17th Edn., p. 82], In other words, s. 27 is not applicable in cases of a mere recovery of a fact or of a reconfirmation of an already known fact. As is often said,’an ordinary recovery cannot be turned into a discover.’ In an Indian Supreme Court case referred to in Ratanlal above, it was said: The discovery must be of some fact which the police had not previously learnt from other sources. c) Md Desa bin Hashim v Public Prosecutor (1995) 3 MLJ 350, YA Hakim Gopal Sri Ram (ketika itu) di muka surat 360 menyatakan: - If an investigating agency has prior knowledge of the whereabouts of the article that is recovered, then the section does not apply. [38] Mahkamah pada peringkat ini mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa SP4 telah mematuhi sepenuhnya kehendak Seksyen 37B(1)(b) ADB bagi membolehkan keterangan tersebut diterima. Kegagalan untuk mematuhi peruntukkan tersebut, khususnya kegagalan membuktikan bahawa kata-kata amaran telah dibacakan kepada Tertuduh menyebabkan keterangan berhubung Tertuduh yang memandu arah SP4 sehingga dadah dijumpai menjadi diragui dan tidak boleh diterima pakai. [39] Penegasan turut diberikan berkaitan pemahaman Tertuduh terhadap kata-kata amaran tersebut adalah suatu perkara yang penting kerana ia memberi peluang kepada Tertuduh untuk membuat pilihan sama ada menjawab soalan-soalan SP4 atau sebaliknya. Ketiadaan keterangan mengenai kandungan kata-kata amaran yang diberikan oleh SP4 kepada Tertuduh menyebabkan Mahkamah ini tidak dapat menentukan sama ada kata-kata amaran mengikut kehendak Seksyen 37B(1)(b) telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh dalam kes ini. [40] Selain itu, pihak Pendakwaan turut mempunyai beban pembuktian menyingkirkan akses orang lain dan beban tersebut bukannya terletak kepada pihak Pembelaan bagi menafikan kemungkinan tersebut. Kepentingan menafikan akses oleh pihak lain terhadap dadah berkenaan telah ditekankan dalam pelbagai kes. Prinsip undang-undang adalah mantap, sekiranya terdapat lebih daripada satu inferens yang boleh dibuat daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan maka Mahkamah hendaklah memutuskan kepada Tertuduh (rujuk kes PP v Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230). [41] Selanjutnya penelitian ke atas bil elektrik (P14) rumah tempat kejadian mendapati ia di atas nama pihak ketiga iaitu Jantan B. Hj Bakar dan ia menunjukkan akses terhadap premis tersebut tidak eksklusif terhadap Tertuduh dengan adanya penghuni lain, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap unsur jagaan dan kawalan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. SP4 dalam keterangannya juga menyatakan sewaktu serbuan dijalankan ibu Tertuduh juga berada di bahagian beranda rumah tersebut. Pemeriksaan Balas SP4 Berapa orang di tempat kejadian? Saya dan anggota serbuan 7 orang manakala tertuduh dan juga terdapat ibu tertuduh di bahagian beranda. Ada ambil butir-butir ibu OKT? Tidak. [42] Mahkamah mendapati fakta bahawa Tertuduh membawa SP4 dan anggotanya ke bilik pada bahagian kanan dapur rumah tersebut sehingga P5 ditemui, gambar kad tarikh bicara atas nama Tertuduh pada gambar P8 (I) dan gambar almari barang kes dijumpai beserta sekeping gambar piring yang terdapat muka suspek di P8 (L) adalah tidak memadai untuk Mahkamah ini memutuskan Tertuduh sememangnya berada dalam kedudukan berhubung dengan barang kes tersebut dan akses eksklusif bilik tersebut hanya kepada Tertuduh. [43] Mahkamah turut mengambil kira akan fakta bahawa serbuan dalam kes ini dijalankan hasil maklumat risikan (tip-off) sepertimana laporan polis (P9) oleh SP4. Oleh itu, beban untuk menyingkirkan akses orang lain ke atas dadah tersebut adalah lebih mendesak. Mahkamah Persekutuan dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v PP (2011) 4 CLJ 113 menyatakan bahawa kes yang dimulakan hasil daripada maklumat atau petunjuk (tip-off) yang diterima oleh pihak polis, mestilah dinilai secara berhati-hati memandangkan wujud kemungkinan berlakunya perangkap (entrapment) atau keadaan yang direka untuk memerangkap dan memangsakan Tertuduh. (kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1 dirujuk) . [44] Tambahan pula, siasatan SP5 tidak menyeluruh kerana beliau tidak mengambil keterangan pemilik rumah dan menyiasat isu akses orang lain ke rumah tersebut dan bilik tersebut yang terletak di bahagian belakang dapur. Kekurangan siasatan ini menimbulkan kelompongan yang jelas dalam kes Pendakwaan. Mahkamah merujuk kes Deepanraj a/l Subramaniam lwn Timbalan Pendakwa Raya [2016] 1 MLJ 413 yang mana Mahkamah Rayuan menyatakan: - "The failure of the police to carry out proper investigation has deprived not only the prosecution but also the defence of the best and most important evidence to resolve the case. Learned counsel further submitted the failure to do so means, there was withholding or suppression of evidence favourable to the defence and thus the s. 114(g) presumption ought to be invoked. Merujuk juga kes, Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ Rep 265 di mana diputuskan; "...the accused cannot be penalized for the lack of ingenuity in police investigation depriving him of the time-honoured benefit of doubt..." [45] Di peringkat ini, Mahkamah mendapati elemen yang penting iaitu “exclusive possession” tidak berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan terhadap Tertuduh. Keberadaan hampir (close proximity) semata-mata tidak mencukupi bagi membuktikan milikan atau pengetahuan (lihat kes Roslan bin Hanapi v. Public Prosecutor [2015] MLJU 2151). Milikan memerlukan gabungan jagaan atau kawalan dan pengetahuan, bukan hanya kehadiran fizikal berhampiran dadah. Sama ada Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut. [46] Pendakwaan menyatakan Tertuduh sememangnya mempunyai pengetahuan terhadap dadah P4 tersebut. Hal ini kerana Tertuduh sebaik SP4 membacakan kata-kata amaran dan bertanyakan sama ada Tertuduh ada menyimpan barang salah, Tertuduh telah membawa SP4 dan anggota serbuan ke bilik di bahagian kanan dapur rumah tersebut sehingga barang kes dijumpai. Selain itu, keterangan SP4 turut disandarkan bagi membuktikan pengetahuan Tertuduh terhadap barang kes tersebut. Pemeriksaan Balas SP4 Seterusnya, Inspektor juga beritahu Mahkamah kamu tidak setuju ketika dicadangkan oleh rakan bijaksana saya bahawa OKT tidak ada pengetahuan. Apa maksud kamu tak setuju bahawa OKT tidak ada pengetahuan? Ini kerana semasa barang kes ditemui, OKT telah mengaku barang kes tersebut adalah miliknya dan mengaku barang kes tersebut adalah barang lama. Dan kemungkinan tertuduh telah tidak ingat keberadaan barang kes tersebut. [47] Dalam membuktikan kewujudan elemen mental Tertuduh, iaitu pengetahuan terhadap kewujudan dadah tersebut, pihak Pendakwaan hendaklah terlebih dahulu membuktikan elemen pengetahuan sebelum pemilikan boleh disimpulkan. Pengetahuan ini boleh dibuktikan melalui inferen yang munasabah berdasarkan keseluruhan keadaan dan fakta kes, dan bukan semata-mata melalui keberadaan dadah sahaja (mere presence) sepertimana kes Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870 yang menyatakan: - "Unless knowledge is proved, an item however close to a person, could just be miles away. [48] Prinsip undang-undang menggariskan bahawa elemen pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferens daripada keadaan sekeliling sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 8 dan 9 Akta Keterangan 1950. Namun demikian, dalam kes ini, reaksi Tertuduh yang tidak melarikan diri serta bertindak menunjukkan SP4 ke bilik berkenaan adalah tidak mencukupi untuk membuktikan kewujudan elemen pengetahuan. Hal ini lebih-lebih lagi apabila Mahkamah ini telah menolak keterangan berkaitan pandu arah serta kegagalan SP4 membuktikan bahawa kata-kata amaran telah diberikan kepada Tertuduh. Oleh itu, reaksi dan kelakuan Tertuduh tersebut tidak boleh dijadikan asas yang selamat untuk membuat inferens pengetahuan. Prinsip ini sejajar dengan pendirian Mahkamah dalam kes Parlan bin Dadeh v Pendakwa Raya [2009] 1 CLJ 717 yang mana menyatakan: - "Undang-undang berhubung keterangan mengenai kelakuan adalah jelas. Jika tiada keterangan yang menunjukkan bahawa kelakuan itu dipengaruhi oleh apa-apa fakta dalam isu atau fakta relevan sebagaimana diperuntukkan di bawah s. 8, maka ia tidak boleh diterima kerana ia hanyalah perbuatan yang samar. Jika ia memenuhi kehendak s. maka ia boleh diterima. Tahap pembuktian yang diperlukan untuk keterangan mengenai kelakuan bergantung kepada sifat kelakuan tersebut. Kelakuan seperti melarikan diri adalah lebih positif dan mudah dibuktikan. Sebaliknya, kelakuan seperti tertuduh kelihatan terkejut, gementar, takut atau cemas adalah perkara persepsi dan memerlukan keterangan yang lebih terperinci." [Penekanan ditambah] [49] Mahkamah mendapati tiada keterangan yang mencukupi dikemukakan oleh pihak Pendakwaan untuk membolehkan inferens dibuat bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan yang diperlukan. Nas undang-undang berikut dirujuk dalam menyokong dapatan ini: - a) PP v Loke Kah Choong (2019) 1 LNS 1873, Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa: - I am of the view that the accused’s ownership and occupation of the condominium unit and his physical proximity to the drugs on the table (as were also the case in relation to PW3 and PW4) when discovered by the police is not only insufficient to establish knowledge. As mentioned earlier, case law has established that proof of proximity alone is insufficient to establish knowledge and therefore no possession can be shown. [92] In my judgment, access to the drugs by the other four individuals who had also been arrested with the accused in the apartment has also not been successfully excluded by the prosecution. b) Fakhrurrazi Hassan v. PP [2017] 2 CLJ 125 Mahkamah Persekutuan tidak mendapati wujudnya pengetahuan. Mahkamah Persekutuan seterusnya menggunakan anggapan undang-undang untuk mendapati wujudnya pengetahuan. Yang Arif Ahmad Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: - When someone is caught carrying a bag containing package of dangerous drugs, the element of accessibility to the thing and the opportunity to inspect is invariably established because of his proximity to the bag and the packages. However, in the absence of additional evidence, for example of him taking a peek at the drugs, it does not necessarily mean that he must have knowledge of the drugs, unless there is a presumption in the law to warrant knowledge to be presumed, and indeed in our view, this is where the presumption under s. 37(d) of the Act may be called into play to presume knowledge of the nature of the thing in the bag”. [50] Mengambilkira keterangan-keterangan tersebut, Mahkamah mendapati elemen pengetahuan mengenai dadah tersebut juga gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan ke atas Tertuduh. [51] Mahkamah ini setelah menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara maksimum, mengajukan soalan kepada diri sendiri “Sekiranya saya memutuskan untuk memanggil tertuduh membela diri dan beliau memilih untuk berdiam diri, adakah saya bersedia untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keseluruhan keterangan yang terkandung dalam kes pendakwaan?”. Mahkamah mendapati jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan memberikan dan mewujudkan lebih dari satu inferens (PP v Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230). [52] Prinsip mantap undang-undang menetapkan bahawa apabila dalam perbicaraan jenayah wujud dua versi berkenaan satu fakta material sehingga memungkinkan dua inferens dibuat, maka faedah keraguan hendaklah diberikan kepada Tertuduh. Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama dengan memberikan faedah keraguan kepada Tertuduh dalam kes ini.
para
[53] Berdasarkan alasan-alasan di atas, setelah menilai secara menyeluruh keseluruhan keterangan saksi Pendakwaan dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. [54] Oleh itu, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Wang jaminan sebanyak RM5,000.00 diperintahkan dipulangkan kepada penjamin. Bertarikh 9 Februari 2026 YUSNA KHADIJAH BINTI MD YUSOP MAJISTRET KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN Timbalan Pendakwa Raya : Nurul Farahana Athirah binti Yaacob Peguam bela Tertuduh : Mohd Zulfiqri bin Zakari Tetuan Zulfiqri Zakaria & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.