Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BK-62D-100-10/2025 PENDAKWA RAYA LAWAN HAZMI RUZAINI BIN AZLIHUDIN ALASAN PENGHAKIMAN A. Pendahuluan [1] Pada 9.6.2025, Hazmi Ruzaini Bin Azlihudin (selepas ini dikenali sebagai Perayu/OKT) telah dituduh dengan pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pertuduhan adalah seperti berikut:- “Bahawa kamu pada 9.6.2025 jam lebih kurang 9.10 malam, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sepang, di dalam daerah Sepang di dalam Negeri Selangor, telah didapati memasukkan dadah berbahaya jenis Morphine ke dalam diri kamu sendiri, dan dengan itu kamu telah kamu telah melakukan kesalahan bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana kamu sebelum dari sebelum melakukan kesalahan ini telah disabitkan dengan dua kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta yang sama (seperti lampiran). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 38B Akta yang sama.” [2] Pada hari yang sama pertuduhan telah dibaca dan diterangkan kepada OKT. OKT faham pertuduhan dan mengaku salah. Setelah pengakuan salah OKT direkodkan, Mahkamah ini telah memastikan sifat dan akibat pengakuan salah diterangkan kepada OKT iaitu perbicaraan penuh kes ini terhadap OKT tidak akan diteruskan dan OKT hendaklah dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak lebih tujuh tahun dan dikenakan dengan hukuman sebat tidak lebih daripada tiga sebatan, jika disabitkan dengan kesalahan ini. [3] Sekali lagi Mahkamah bertanya semula pengakuan OKT, OKT masih mengaku salah dan OKT akui faham sifat dan akibat pengakuan salah beliau. Disamping itu juga, Mahkamah telah berpuashati dan mendapati bahawa pengakuan salah OKT tersebut dibuat secara sukarela, tidak dipaksa oleh sesiapa dan tidak tertakluk kepada apa-apa syarat. Setelah Mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah tersebut, Mahkamah telah meneruskan kes ini dengan fakta dan jatuh hukum terhadap OKT dan meminta pihak pendakwaan mengemukakan fakta kes. [4] Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan fakta kes yang telah dibacakan dan diakui oleh OKT dan ditandakan sebagai P1. Barang kes telah dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit ‘P2’ hingga ‘P6’ serta diakui benar oleh OKT. Setelah meneliti fakta kes, Mahkamah berpuashati bahawa satu kesalahan telah dilakukan oleh OKT sepertimana pertuduhan. Mahkamah menerima pengakuan salah tersebut dan seterusnya mendapati OKT bersalah. [5] OKT kemudiannya telah membuat rayuan bagi meringankan hukuman. Sebagai balasan, Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman yang setimpal dikenakan. OKT disabitkan dengan pertuduhan. [6] Setelah menimbang secara mendalam, Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara berjalan selepas tamat tempoh hukuman bagi kes BK-83D-684-06/2025, satu kali sebatan dan 2 tahun pengawasan. [7] Terkilan dengan hukuman tersebut, OKT telah memfailkan notis rayuan ini. B. Alasan Keputusan [8] Seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 menyebut seperti berikut:- Increased penalty where person has prior admissions or convictions 39C. (1) Where a person who has not less than—