Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-22NCvC-506-12/2023 ANTARA HEIWA SANGYO SDN BHD (Syarikat No.: 199501019562 [348765-A]) − PLAINTIF
BA-22NCvC-506-12/2023
High Court of Malaysia11 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“; dan • En Mohd Baharom bin Said, Tidak bekerja & Defendan Kedua, SD-2. Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini [10] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif sepanjang masa untu”
“under the name and **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 style of Superbrain Training Centre) & Ors v Safeway Solutions Sdn Bhd & Ors [2023] MLJU 1006. [34] Keterangan lisan pekerja-pekerja Plaintif iaitu SP-1 hingga SP-5 juga mengakui pernah melihat Defend”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-22NCvC-506-12/2023 ANTARA HEIWA SANGYO SDN BHD (Syarikat No.: 199501019562 [348765-A]) − PLAINTIF
1
SUBRAMANIAM A/L MUNISAMY (No. K/P: 640128-01-5363)
2
MOHD BAHAROM BIN SAID (No. K/P: 580520-04-5477)
3
MUHD LUQMAN NULHAKIM BIN MOHD ZULKAPLI (No. K/P: 930401-10-5227)
4
INDKOM HOLDINGS SDN BHD (Syarikat No.: 198801006058 [173415-V]) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 17/10/2025 13:31:17 BA-22NCvC-506-12/2023 Kand. 130 Pengenalan [1] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah untuk menuntut perkara yang berikut:
a
deklarasi bahawa Palintif adalah penyewa dan/atau penghuni yang sah di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31-12-2024;
b
injunksi untuk menahan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga, sama ada bertindak oleh diri sendiri; pekerja-pekerja mereka; pekhidmat-pekhidmat mereka; ejen-ejen mereka; nomini-nomini mereka, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya, walau bagaimanapun daripada − i. memasuki premis Plaintif di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31-12-2024; dan ii. mengganggu (interfering), disrupting, menghalang (obstructing), hindering, menahan (restraining), mengecewakan (frustrating), melalui apa jua cara sekali pun (sama ada melalui tindakan fizikal atau komunikasi lisan), operasi perniagaan Plaintif sama ada di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor atau tempat lain;
c
injunksi untuk menahan Defendan Keempat, sama ada bertindak oleh pengarah-pengarahnya, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya; pekhidmat-pekhidmatnya; ejen-ejennya; nomini-nomininya, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya, walau bagaimanapun daripada mengusir dan/atau menyebabkan Plaintif untuk mengosongkan Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31-12-2024;
d
injunksi untuk menahan Defendan Pertamat, sama ada bertindak oleh dirinya sendiri, pekerja-pekerjanya; pekhidmat-pekhidmatnya; ejen-ejennya; nomini-nomininya, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya, dalam apa jua cara sekalipun daripada menamatkan dan/atau menyebabkan Perjanjian Perkongsian Sewa bertarikh 1-1-2022 yang dimasuki antara Plaintif dan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd ditamatkan;
e
Ganti rugi Am untuk dinilai;
f
Ganti rugi teruk (aggravated damages) untuk dinilai;
g
Ganti rugi teladan (exemplary damages) untuk dinilai;
h
faedah ke atas ganti rugi sedemikian hendaklah dikira pada kadar 5% setahun dari tarikh writ ini;
i
Defendan-Defendan membayar Plaintif apa-apa ganti rugi dan faedah sebagaimana yang dinilai dalam tempoh 30 hari dari taksiran tersebut;
j
kos; dan
k
apa-apa relief lanjutan dan/atau lain-lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah ini. Permohonan interlokutori oleh Plaintif: [2] Pada 15-12-2023, Notis Permohonan Plaintif (Permohonan Plaintif Ex Parte untuk Injunksi Menahan)/Kandungan 4, Plaintif memohon perintah-perintah berikut sehingga pelupusan muktamad dan/atau kesudahan tindakan ini:
a
suatu injunksi dikeluarkan untuk menahan Defendan-Defendan Pertama hingga Ke-3, sama ada bertindak melalui mereka sendiri, pekerja-pekerja, orang-orang gaji, agen-agen, penama-penama, sama ada secara bersesama atau berasingan atau sesiapa daripada mereka atau sebagaimana secara lainnya daripada memasuki premis di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31.12.2024; dan mengganggu (interfering), disrupting, menghalang (obstructing), hindering, menahan (restraining), mengecewakan (frustrating), melalui apa-apa cara sekalipun (sama ada melalui tindakan-tindakan fizikal atau komunikasi lisan), operasi-operasi perniagaan Plaintif sama ada di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor atau di tempat lain;
b
suatu injunksi dikeluarkan untuk menahan Defendan Ke-4, sama ada bertindak oleh pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, nomini-nomininya, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya walau bagaimanapun daripada mengusir dan/atau menyebabkan Plaintif untuk mengosong dari Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31.12.2024;
c
suatu injunksi dikeluarkan untuk menahan Defendan Pertama, sama ada bertindak olehnya sendiri, pekerja-pekerja, pekhidmat-pekhidmat, ejen-ejen, nomini-nomininya, sama ada secara bersama dan berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya dalam apa cara sekalipun daripada menamatkan dan/atau menyebabkan untuk menamatkan Perjanjian PerkongsianSewa bertarikh 1.1.2022 yang dimasuki antara Plaintif dan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd; dan
d
kos dalam kausa. Pada 4-3-2024, Mahkamah ini telah membenarkan Kandungan 4. [3] Plaintif memperoleh Injunksi interim dan Injunksi Ad Interim telah (rujuk Perintah-Perintah Mahkamah bertarikh 18-12-2023, 2-1-2024 dan 4-3-2024) dan dengan selesainya bicara penuh ini maka injunksi tersebut kini tamat. Tiada apa-apa perlanggaran Perintah Injunksi oleh Defendan-Defendan. Perihal syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) dan syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd: [4] Syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) diperbadankan pada tahun 1995. Terdapat 5 orang pengarah syarikat iaitu Subramaniam A/L Munisamy (Defendan Pertama/D1), Sandra Sheager A/L Chidambaram dan 3 yang lain. Syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd diperbadankan pada tahun 2000. Pengarah syarikat iaitu En. Subramaniam A/L Munisamy (Defendan Pertama/D1), En. Sandra Sheager A/L Chidambaram dan seorang lain. Pada masa ini, hanya En. Subramaniam A/L Munisamy (Defendan Pertama/D1) dan En. Sandra Sheager A/L Chidambaram sahaja kekal sebagai pengarah syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. [5] Syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) terlibat dalam perniagaan antara lainnya pengeluaran komponen tembaga. Manakala, Syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd terlibat dalam perniagaan antara lainnya pemasangan aksesori penghawa dingin dan pemesinan ketepatan (precision machining). Pertikaian dan konflik antara syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) dan Defendan Pertama: [6] Plaintif memplidkan bahawa − • sejak pemerbadanan syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd, syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd dibiayai sepenuhnya oleh Plaintif. • En. Sandra Sheager A/L Chidambaram yang menguruskan segala urusan perniagaan dan operasi harian syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. • kedua-dua syarikat berkongsi premis perniagaan dan beroperasi di premis yang sama. • Defendan Pertama (D1) menuntut dan mengugut En. Sandra Sheager A/L Chidambaram untuk membelanjakan dana syarikat Plaintif bagi perbelanjaan peribadi D1; mengarahkan Plaintif dan syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd berpindah dan beroperasi di premis lain. • keengganan D1 untuk menadatangani cek bagi pembayaran kepada pelanggan. Akaun bank bagi kedua-dua syarikat memerlukan kelulusan dan tandatangan D1 dan En. Sandra Sheager A/L Chidambaram. Gangguan Defendan-Defendan ke atas perniagaan Plaintif di premis perniagaan: [7] Plaintif mendakwa bahawa selepas D1 dipecat dari syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif), D1 telah bertindak dengan menghalang dan mengganggu operasi perniagaan Plaintif iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023. [8] Perincian dan butir-butir halangan dan gangguan tersebut diperihalkan dalam perenggan 35 hingga 41 dan perenggan 45 pernyataan tuntutan, antara lainnya, adalah − • membentuk campurtangan perniagaan Plaintif. • campurtangan tersebut adalah menyalahi undang-undang/bersifat salah dan telah dilakukan tanpa sebarang asas undang-undang/justifikasi. • campurtangan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kemudaratan kepada perniagaan Plaintif. • gangguan terhadap kesenangan Plaintif menggunakan premis Plaintif. • gangguan yang menyalahi undang-undang kerana telah menghalang Plaintif untuk menghantar produk-produk Plaintif kepada pelanggan-pelanggannya dan untuk Plaintif menunaikan obligasi kontraknya kepada pelanggan-pelanggannya. • gangguan tersebut telah menyebabkan kerosakan kepada perniagaan dan reputasi Plaintif. Perbicaraan: [9] Dalam perbicaraan pada 16-4-2025, 17-4-2025, 18-4-2025, 21-4- 2025, 22-4-2025, 23-4-2025 dan 25-4-2025 selama 7 hari, Mahkamah ini telah mendengar keterangan lisan 7 orang saksi Plaintif dan 2 orang saksi Defendan-Defendan, iaitu − Saksi-saksi Plaintif: • Pn Kanagi A/P Ganesan, Eksekutif di Bahagian Jualan & Pembelian Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-1; • Pn Muniamah A/P Muniandy, Eksekutif Kanan di Bahagian Jualan & Pembelian Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-2; • En Hazizi bin Ismail, System Administrator di Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-3; • Pn Roy Rowena, Delivery Leader di Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-4; • En Md Sayem Ali, Juruteknik di Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP- 5; • Pn Mani Usha Rani, Pengarah Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP- 6; dan • En Kapilarn A/L Sandra Sheager, Pengarah Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-7. Saksi-saksi Defendan-Defendan: • En Subramaniam A/L Munisamy, Ahli Perniagaan & Defendan Pertama, SD-1; dan • En Mohd Baharom bin Said, Tidak bekerja & Defendan Kedua, SD-2. Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini [10] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif sepanjang masa untuk membuktikan kes mereka terlebih dahulu sebelum beban berpindah kepada Defendan-Defendan. [11] Untuk memastikan bahawa Mahkamah ini mematuhi prinsip undang-undang mengenai beban pembuktian, Mahkamah ini menganalisa keterangan yang dinyatakan oleh Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentarnya dengan jelas menunjukkan bahawa Plaintif berjaya mencapai tahap “on balance of probabilities”. [12] Pihak Plaintif dalam permohonan interlokutorinya telah berjaya memperoleh injunksi interim dan injunksi ad interim melalui Perintah-Perintah Mahkamah bertarikh 18-12-2023, 2-1-2024 dan 4-3-2024 dan dengan selesainya bicara penuh ini maka injunksi tersebut kini tamat. Keputusan Mahkamah pada 11-8-2025: [13] Selepas perbicaraan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan sebahagian daripada tuntutannya dan sebahagian lagi tuntutan Plaintif adalah ditolak. [14] Kehadiran Defendan Pertama dan Defendan-Defendan lain telah mengganggu operasi Plaintif pada tarikh 5-12-2023 sehingga 12-12-2023 (lebih kurang 7 hari), maka, Mahkamah ini memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, untuk membenarkan ganti rugi sebanyak RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. Mahkamah membenarkan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Tuntutan lain adalah ditolak. [15] Defendan Pertama tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap hanya sebahagian sahaja keputusan tersebut. Notis Rayuan Defendan Pertama seperti pada Kand. 122 dan alasan penghakiman Mahkamah ini telah disediakan. [16] Plaintif juga tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap hanya sebahagian sahaja keputusan tersebut. “Notis Rayuan (Kand. 125) bertarikh 4-9-2025 oleh Plaintif menyatakan −
1
Tuntutan Perayu bagi suatu injunksi untuk menahan Responden-Responden Pertama hingga Ke-3, sama ada bertindak oleh diri sendiri, pekerja-pekerja mereka, pekhidmat-pekhidmat mereka, ejen-ejen mereka, nomini-nomini mereka, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya walau bagaimanapun daripada −
a
memasuki premis Perayu di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31.12.2024; dan
b
mengganggu (interfering), disrupting, menghalang (obstructing), hindering, menahan (restraining), mengecewakan (frustrating), melalui apa jua cara sekalipun (sama ada melalui tindakan fizikal atau komunikasi lisan), operasi-operasi perniagaan Perayu sama ada di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor atau di tempat lain tidak dikekalkan sebagai injunksi tetap selepas pelupusan muktamad dan/atau kesudahan tindakan ini;
2
Tuntutan Perayu untuk mendapatkan ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Responden Pertama hanya dibenarkan setakat RM50,000.00 sahaja;
3
Tuntutan Perayu untuk mendapatkan ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Responden Ke-2, Responden Ke-3 dan Responden Ke-4 adalah ditolak;
4
Tuntutan Perayu untuk mendapatkan faedah ke atas ganti rugi sedemikian hendak dikira pada kadar 5% setahun dari tarikh Writ tindakan adalah ditolak;
5
Tuntutan Perayu untuk Responden-Responden membayar Perayu apa-apa ganti rugi dan faedah sebagaimana yang dinilai dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari taksiran tersebut adalah ditolak;
6
Tuntutan Perayu untuk mendapatkan kos kepada Responden-Responden dibenarkan setakat RM10,000.00 sahaja tertakhluk kepada fi alokatur.”. [17] Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang tidak mengekalkan injunksi interim sebagai injunksi tetap selepas pelupusan muktamad dan/atau kesudahan tindakan ini untuk menahan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga daripada −
a
memasuki premis Perayu di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31.12.2024; dan
b
mengganggu (interfering), disrupting, menghalang (obstructing), hindering, menahan (restraining), mengecewakan (frustrating), melalui apa jua cara sekalipun (sama ada melalui tindakan fizikal atau komunikasi lisan), operasi-operasi perniagaan Perayu sama ada di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor atau di tempat lain, adalah tidak khilaf. Plaintif sendiri melalui peguam caranya terdahulu (peguam cara yang mewakili Plaintif dalam perbicaraan) memohon agar Perintah Injunksi untuk menahan tersebut diberikan sehingga Mahkamah ini membuat pelupusan muktamad dan/atau kesudahan tindakan ini. [18] Perintah Injunksi tersebut bukan untuk selama-lamanya. Premis yang dimasuki oleh Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga ialah suatu premis sewaan iaitu disewa daripada Defendan Keempat dan premis tersebut dikongsi secara bersesama oleh 2 buah syarikat (syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd dan syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd). Plaintif juga memplidkan bahawa Defendan Pertama tidak lagi membenarkan Plaintif menjalankan operasi perniagaan Plaintif di premis tersebut. Plaintif, kini telah berpindah ke premis lain/tempat lain iaitu di Klang, Selangor. [19] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Plaintif dan rakaman video, Mahkamah ini mendapati bahawa antara 5-12-2023 dan 19-12-2023, Defendan Pertama yang diiringi dan/atau bersama-sama Defendan Kedua dan Defendan Ketiga hadir dan berada di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam. Tindakan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga ini yang memasuki premis perniagaan Plaintif pada hari perniagaan Plaintif beroperasi telah disaksikan oleh pekerja-pekerja Plaintif dan keterangan SP-1 hingga SP-7 menjelaskan mengenai perkara ini. Rakaman video yang direkodkan melalui rakaman CCTV dan ditayangkan dalam perbicaraan menunjukkan bahawa − • pada lebih kurang jam 11 pagi, Defendan Pertama dan Defendan Kedua tiba di premis Plaintif dan kemudiannya diikuti dengan Defendan Ketiga. • Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga msuk ke kawasan pejabat pengurusan Plaintif. Defendan Pertama mengarahkan Defendan Ketiga untuk menampal surat Defendan Keempat mengenai penyewaan Plaintif pada papan kenyataan premis. • berlaku pertengkaran dan suasana yang kucar-kacir di antara Defendan Pertama dan SP-6 (isteri kepada En Sandra Sheagar AL Chidambaram) sehingga mengakibatkan SP-7 (pengarah Plaintif yang juga anak kepada pasangan En Sandra Sheagar AL Chidambaram & SP-6) membuat panggilan kepada pihak polis untuk mendapatkan bantuan. [20] Mahkamah ini mendapati hanya tindakan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga ini (sebagaimana dinyatakan dalam Ringkasan Kes Plaintif, Encl. 69 (E1) pada perenggan 20) sahaja berjaya dibuktikan oleh Plaintif sebagai suatu perbuatan yang − “20.1 memaksa pasukan pengurusan Plaintif dan Plaintif untuk meninggalkan premis Plaintif;
20
20.2 menghalang pasukan pengurusan Plaintif daripada masuk ke premis Plaintif;
20
20.3 mengugut untuk mengunci premis Plaintif dan menghentikan pengeluaran;
20
20.4 menghalang produk-produk Plaintif daripada dihantar kepada pelanggan-pelanggannya; …
20
20.6 menyebabkan Heiwa Precision mengeluarkan sebut-sebut harga kepada pelanggan-pelanggan Plaintif; …”. [21] Keterangan SP-2 (Eksekutif Kanan di Bahagian Jualan dan Pembelian syarikat Plaintif) menyatakan bahawa pada 5-12-2023, SP-2 melihat kehadiran Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga. SP-2 juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan tersebut melarangnya daripada membuat penghantaran (delivery) dan jika hendak membuat penghantaran perlulah menggunakan letterhead HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. SP-2 juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan tersebut menjerit-jerit di pejabat pengurusan Plaintif dan SP-2 mengakui yang dia takut ketika situasi itu. [22] SP-3, Penolong/Pembantu Pengurusan di syarikat Plaintif, menyatakan bahawa SP-3 nampak kehadiran Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga pada tarikh 6-12-2023. SP-3 mengikut arahan Defendan Pertama untuk mengeluarkan sebutharga dengan menggunakan letterhead HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. SP-3 juga ada menyemak e-mel pada computer mejanya dan mendapati ada penghantaran e-mel kepada Defendan Ketiga (En Zulkapli Mohd Said, staf di HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd). [23] SP-4, Delivery Leader di syarikat Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa SP-4 nampak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menggunakan letterhead HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd untuk membuat delivery order. SP-4 mengikuti arahan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga kerana jika tidak, SP-4 akan dibuang kerja. [24] Hal perkara mengenai melumpuhkan CCTV di premis Plaintif, keterangan SP-5, Jururteknik di syarikat Plaintif, SP-5 menyatakan bahawa pada 5-12-2023 itu, Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga datang ke premis Plaintif. SP-5 mengakui lelaki dalam rakaman video yang mencabut/menanggalkan/memadam CCTV ialah SP-5. SP-5 mengikuti arahan Defendan Pertama kerana SP-5 diberitahu oleh pekerja-pekerja dalam syarikat Plaintif bahawa Defendan Pertama itu juga boss mereka. SP-5 tidak memasang semula CCTV yang dicabut/ditanggalkan itu dan SP-5 tidak memberitahu bossnya iaitu En Sandra Sheagar AL Chidambaram dan juga SP-6 dan SP-7. Menurut SP-5, tidak perlu memberitahu mereka kerana mereka boleh tahu CCTV itu dicabut/ditanggalkan. [25] Mahkamah ini mendapati kehadiran Defendan Pertama adalah suatu yang mengganggu operasi perniagaan Plaintif pada tarikh yang dinyatakan khususnya pada 5 dan 6 Disember 2023 adalah di Lot 1 dan Lot 3. Tindakan yang diperihalkan dalam C1 (Isu Plaintif Untuk Dibicarakan) telah dibentangkan melalui keterangan saksi-saksi Plaintif. Mahkamah ini telah mempertimbangkan keterangan Plaintif yang dibentangkan melalui rakaman video yang ditonton dan dimainkan di Mahkamah terbuka. Tindakan Defendan Pertama yang hadir bersama-sama Defendan Kedua dan Defendan Ketiga ke premis perniagaan di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam adalah perbuatan yang mengancam, memaksa, mengusir dan merampas kawalan premis yang disewa oleh Plaintif di Lot 1 & Lot 3. [26] Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa keterangan dikemukakan oleh Plaintif mengenai premis Plaintif di tempat lain diganggu dan/atau diceroboh oleh Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga. Tempat lain yang disebut dalam tuntutan Plaintif ialah premis baharu milik Plaintif iaitu di No. 15, Jalan Korporat 8/U9, Taman Perindustrian Meru, Kapar, Klang Selangor. Ketiadaan kehadiran Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga ke premis Plaintif di tempat lain maka tiada isu pencerobohan dan kacau-ganggu terhadap Plaintif. Perintah injunksi tidak wajar dibenarkan. [27] Berkenaan dengan tuntutan Plaintif mengenai tindakan SD-1 (En Subramaniam A/L Munisamy/Defendan Pertama) dan/atau Defendan Kedua dan/atau Defendan Ketiga bahawa −
a
Defendan-Defendan meminta pelanggan-pelanggan Plaintif untuk meninggalkan Plaintif dan beralih (switch over) kepada
b
menyebabkan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd didaftarkan sebagai pembekal Panasonic, yang merupakan pelanggan lama Plaintif;
c
mengedarkan mesej-mesej kepada pelanggan-pelanggan Plaintif untuk mengelakkan mereka daripada memesan daripada Plaintif; dan
d
cuba menghantar produk-produk Plaintif melalui pesanan-pesanan penghantaran yang dikeluarkan di bawah kepala surat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd kepada pelanggan-pelanggan Plaintif, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif gagal untuk membuktikan tuntutan-tuntutan ini. Tiada apa-apa keterangan yang meyakinkan dikemukakan oleh Plaintif sama ada keterangan lisan daripada pelanggan-pelanggan Plaintif mahupun keterangan dokumentar daripada Plaintif sendiri dan/atau daripada pelanggan-pelanggan Plaintif. [28] Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah dengan menghuraikan kejadian selepas tarikh 5-12-2023 (rujuk perenggan-perenggan 57 hingga 63 hujahan utama bertulis Plaintif) dan Ikatan Dokumen B4 ms 104, 151 hingga 224; B12 ms 3 hingga 30 dan PSP-6 ms 41 dan 43 yang menunjukkan − • kehadiran 2 orang wakil Panasonic untuk mengambil produk yang dibeli daripada Plaintif. Tetapi Defendan Pertama Pertama mengarahkan agar Panasonic dan CISB beralih kepada HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. Jika arahan Defendan Pertama tidak dipatuhi maka tiada penghantaran produk. • pengeluaran sebut harga kepada pelanggan-pelanggan perniagaan atas nama HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd dan bukan lagi atas nama Plaintif. • pengeluaran temporary delivery order menggunakan letterhead HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd kepada pelanggan-pelanggan perniagaan Plaintif seperti Panasonic, GM Corporation, Frimec Manufacturing, Tecumseh, CISB dan Dunham Bush. • rakaman CCTV yang menunjukkan wujudnya suatu perbincangan/mesyuarat di premis sewaan Plaintif dengan pelanggan Plaintif. [29] Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah bahawa − “60. … Through these purported temporary delivery orders, they were attempting to make the Plaintiff’s customers pay a total sum of approximately RM788,310.00 to HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd’s bank account, thus depriving the Plaintiff’s income.”. “61. On 8.12.2023, when Sandra Sheager attempted to go in the Plaintiff’s premises, he was blocked and pushed away at the front gate, inter alia, the 2nd Defendant. The 1st Defendant also prevented the Plaintiff’s production manager, Mr. Arokiasamy Xavier from entering the Plaintiff’s premises on 12-12-2023.
62
As a result of the unlawful actions taken by the 1st to 3rd Defendants, on 8.12.2023, Panasonic issued a letter to the Plaintiff stating, inter alia, that the Plaintiff’s supply of products is significant to Panasonic’s production and it warned the Plaintiff to deliver their orders without delay, failing which, Panasonic will hold the Plaintiff liable for any loss, liability, dmages, costs and expenses incurred.”. [30] Mahkamah ini mendapati hujahan peguam cara Plaintif adalah tidak memadai untuk Plaintif berjaya melepaskan beban pembuktiannya berkenaan dengan tindakan/pelakuan yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan [28] dan [29] di atas. Ini kerana En Sandra Sheagar AL Chidambaram dan Mr. Arokiasamy Xavier tidak hadir sebagai saksi dan untuk memberi keterangan di Mahkamah ini berkenaan dengan perkara yang merujuk kepada mereka berdua. Tiada bukti bahawa pelanggan-pelanggan Plaintif mematuhi arahan Defendan Pertama dan sama ada amaran oleh pelanggan Plaintif i.e. Panasonic itu benar-benar berlaku. Tiada bukti mengenai apa-apa bayaran dibuat oleh pelanggan-pelanggan Plaintif ke akaun bank HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd yang secara langsung menjejaskan pendapatan Plaintif. [31] Plaintif juga memplidkan bahawa di antara 5-12-2023 hingga 19-12- 2023, perbuatan Defendan-Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua dan/atau Defendan Ketiga yang merampas kunci premis Plaintif daripada “guard” yang mengawal premis Plaintif, mengunci premis Plaintif, melarang pekerja Plaintif melaporkan secara terperinci mengenai bahan mentah kepada pihak pengurusan Plaintif, penahanan pekerja Plaintif, ugutan untuk memecat pekerja Plaintif, penjualan scrap metal Plaintif secara tidak sah, dan melarang penghantaran produk kepada pelanggan-pelanggan Plaintif. Tiada bukti kukuh dan meyakinkan dikemukakan oleh pihak Plaintif. Maka, tuntutan tersebut adalah ditolak. [32] Tuntutan Plaintif untuk mendapatkan ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Defendan Pertama hanya dibenarkan setakat RM50,000.00 sahaja. Jumlah ini adalah memadai dan tidak terlalu rendah bagi “menghukum” Defendan Pertama dan Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga yang mengganggu operasi Plaintif pada tarikh 5-12-2023 sehingga 12-12-2023 (lebih kurang 7 hari). [33] Tuntutan Plaintif untuk mendapatkan ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat adalah ditolak. Dalam kes Rookes v Barnard and others [1964] 1 All ER 367, House of Lords berpendapat bahawa salah satu situasi di mana ganti rugi teladan diarahkan ialah kelakuan defendan telah dikira olehnya untuk membuat keuntungan untuk dirinya sendiri yang mungkin melebihi pampasan yang perlu dibayar kepada plaintif. Lord Devlin berkata − “Exemplary damages are essentially different from ordinary damages. The object of damages in the usual sense of the term is to compensate. The object of exemplary damages is to punish and deter.”. Mahkamah ini berpendapat Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga itu hanya bertindak “mengekor”/tag along dan/atau mengikut Defendan Pertama untuk masuk dan mengganggu di premis Plaintif. Tiada apa-apa perbuatan agresif dilakukan oleh Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga. Dalam rakaman CCTV yang ditayangkan di Mahkamah ini, Mahkamah ini melihat tiada apa-apa perbuatan Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga yang mencederakan mana-mana pekerja Plaintif. Pekerja-pekerja Plaintif tetap bekerja seperti biasa. Dalam kes Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v. Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors and another appeal [2018] 1 MLJ 784, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa of “The exemplary damages or punitive damages − the two terms now regarded as interchangeable − are additional damages awarded with reference to the conduct of the defendant, to signify disapproval, condemnation or denunciation of the defendant’s tortious act, and to punish the defendant. Exemplary damages may be awarded where the defendant has acted with vindictiveness or malice, or where he has acted with a ‘contumelious disregard’ for the right to the plaintiff. The primary purpose of an award of exemplary damages may be deterrent, or punitive and retributory, and the award may also have an important function in vindicating the rights of the plaintiff.” Cheah Yee Chen (trading under the name and style of Superbrain Training Centre) & Ors v Safeway Solutions Sdn Bhd & Ors [2023] MLJU 1006. [34] Keterangan lisan pekerja-pekerja Plaintif iaitu SP-1 hingga SP-5 juga mengakui pernah melihat Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga dan saksi-saksi tersebut juga menyatakan bahawa Defendan Pertama dan En Sandra Sheagar AL Chidambaram adalah bos mereka dan ketepatan mengenai bos mereka yang sebenar tidak dipelopori dalam perbicaraan. [35] Berkenaan dengan Defendan Keempat iaitu pemilik/tuan punya Premis yang disewa oleh Plaintif dan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd, Mahkamah ini mendapati Defendan Keempat tidak terlibat dalam isu memasuki premis tersebut. Isu penyewaan premis adalah melibatkan Defendan Keempat. Pemilik premis/Landlord Lot 1 & Lot 3 ialah Defendan Keempat (syarikat Indkom Holdings Sdn Bhd). Mahkamah ini telah meneliti Perjanjian Sewaan/Tenancy Agreement bertarikh 12-3-2007 antara Indkom Holdings Sdn Bhd dan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. Syarikat Indkom Holdings Sdn Bhd menyewakan Lot 1 & Lot 3 yang terdiri daripada pejabat dan kilang kepada Penyewa (HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd) untuk tempoh 3 plus 2 mulai pada 12-3-2007 (rujuk Ikatan Dokumen Bersama B10 ms 4 hingga 14). Tiada dokumen mengenai Tenancy Agreement tersebut dibaharui atau dilanjutkan sewaan dikemukakan kepada Mahkamah ini. [36] Mahkamah ini ditunjukkan dengan suatu dokumen Tenancy Agreement Authority & Sharing Between HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd yang beralamat di Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24 Shah Alam dan Heiwa Sangyo Sdn Bhd yang beralamat di Lot 1, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24 Shah Alam bertarikh 1-1-2022 mengandungi terma yang berikut: • kedua-dua syarikat adalah related companies yang bersama-sama menghuni 2 semi-detached factory units. • hartanah ini dilanjutkan sewaan melalui perkongsian perjanjian ini bertarikh 1-1-2022. • jumlah sewa dikongsi berdua antara HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd dan Heiwa Sangyo Sdn Bhd. • perjanjian ini memberi/grants Heiwa Sangyo Sdn Bhd exclusive decision-making authority for all matters related to the tenancy while maintaining the shared responsibility for the monthly rental payment. • perjanjian ini ditandatangani oleh En Sandra Sheagar AL Chidambaram, Managing Director bagi kedua-dua syarikat i.e. HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd dan Heiwa Sangyo Sdn Bhd. Landlord dan/atau wakil Landlord kepada hartanah ini tidak dipanggil memberi keterangan dan En Sandra Sheagar AL Chidambaram, Managing Director juga tidak dipanggil memberi keterangan dengan alasan kesihatan. [37] Mahkamah mendapati kedua-dua syarikat tersebut (Heiwa Sangyo Sdn Bhd & HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd) mempunyai alamat iaitu − • satu di Lot 1 bagi Heiwa Sangyo Sdn Bhd; dan • satu lagi di Lot 3 bagi HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan bahawa Plaintif ialah penyewa dan/atau penghuni yang sah bagi Lot 1 sahaja manakala Defendan Pertama ialah penyewa dan/atau penghuni yang sah bagi Lot 3 tersebut. Plaintif yang membayar sewa, bagi 2 lot iaitu Lot 1 bagi syarikat Plaintif (Heiwa Sangyo Sdn Bhd) dan Lot 2 bagi syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd, kepada Defendan Keempat adalah berdasarkan Tenancy Agreement Authority & Sharing Between HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd yang beralamat di Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24 Shah Alam dan Heiwa Sangyo Sdn Bhd yang beralamat di Lot 1, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24 Shah Alam bertarikh 1-1-2022. [38] Defendan Pertama yang memasuki premis Plaintif pada awal bulan Disember 2023 adalah berkenaan dengan penegasan Defendan Pertama bahawa Tenancy Agreement Authority & Sharing tersebut tidak sah. Defendan Pertama bertindak sendiri sehingga mengakibatkan Plaintif mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan Pertama dan Defendan-Defendan. Mahkamah ini mendapati keterangan lisan Defendan Pertama menyatakan bahawa kehadirannya dan Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga ke premis Plaintif ialah untuk bertemu dengan En Sandra Sheagar AL Chidambaram, pengarah/managing director syarikat Plaintif yang juga salah seorang daripada pengarah HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. Walau pun, En Sandra Sheagar AL Chidambaram berada di dalam premis ketika kejadian Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga masuk ke premis Plaintif, En Sandra Sheagar AL Chidambaram enggan bertemu dengan Defendan Pertama. Defendan Pertama menegaskan bahawa premis tersebut tidak lagi disewakan oleh Defendan Keempat kepada Plaintif. Maka, Defendan Pertama bertegas bahawa Plaintif sewajarnya keluar dari premis tersebut. [39] Mahkamah mendapati bahawa tindakan Defendan Pertama yang membawa rakan-rakannya (Defendan Kedua dan Defendan Ketiga) yang juga mantan pekerja Plaintif dan/atau mantan pekerja HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd adalah suatu bentuk gangguan dan menceroboh ketenteraman di pejabat Plaintif. [40] Plaintif dan Defendan Pertama tidak memanggil Haji Mohsin (pemilik/tuan punya premis) untuk menjelaskan mengenai hal sewaan premis yang dipertikaikan oleh kedua-dua pihak (Plaintif dan Defendan Pertama). Mahkamah berpendapat bahawa tiada apa-apa kemungkiran berkenaan dengan sewaan premis maka untuk untuk mendapatkan ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Defendan Keempat adalah tuntutan yang terlampau jauh dan tidak relevan. [41] Keputusan Mahkamah ini yang menolak ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Defendan-Defendan maka tuntutan Plaintif untuk mendapatkan faedah ke atas ganti rugi sedemikian hendak dikira pada kadar 5% setahun dari tarikh Writ tindakan adalah ditolak adalah tidak khilaf. Defendan Pertama hanya perlu membayar RM50,000.00 kepada Plaintif. Kehadiran Defendan Pertama dan Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga telah mengganggu operasi Plaintif pada tarikh 5-12-2023 sehingga 12-12-2023 (lebih kurang 7 hari), maka, Mahkamah ini memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, untuk membenarkan ganti rugi sebanyak RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. Mahkamah berpendapat, atas imbangan kebarangkalian, ganti rugi sebanyak RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif dan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dan memutuskan bahawa tuntutan lain adalah ditolak adalah suatu yang wajar diberikan kepada Plaintif. [42] Tuntutan Plaintif untuk Defendan-Defendan membayar Plaintif apa-apa ganti rugi dan faedah sebagaimana yang dinilai dalam tempoh 30 hari dari taksiran tersebut adalah ditolak adalah berpadanan dengan keputusan Mahkamah bahawa tiada apa-apa taksiran ganti rugi perlu diadakan untuk menilai kerugian yang dialami oleh Plaintif. [43] Atas budi bicara Mahkamah ini, Plaintif diawardkan dengan kos sebanyak RM10,000.00 sahaja dan amaun ini adalah munasabah. Tiada saksi-saksi pakar yang dipanggil dan saksi-saksi Plaintif adalah dari kalangan pekerja-pekerja Plaintif sendiri iaitu seramai 5 orang dan 2 lagi saksi Plaintif ialah SP-6 (isteri kepada En Sandra Sheagar AL Chidambaram) dan SP-7 (anak kepada En Sandra Sheagar AL Chidambaram & SP-6). Penutup [44] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan sebahagian sahaja tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Tuntutan lain Plaintif ditolak atas alasan utama bahawa Plaintif gagal untuk membuktikan −
a
untuk mengekalkan injunksi untuk menahan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga daripada memasuki premis Plaintif, mengganggu (interfering), disrupting, menghalang (obstructing), hindering, menahan (restraining), mengecewakan (frustrating), melalui apa jua cara sekalipun (sama ada melalui tindakan fizikal atau komunikasi lisan), operasi-operasi perniagaan Plaintif di Lot 1 & premis Defendan Pertama (HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd) di Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor.
b
bahawa Plaintif layak dan berhak kepada ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Defendan Pertama. Ganti rugi hanya dibenarkan setakat RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif.
c
bahawa Plaintif layak dan berhak kepada ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages) terhadap Defendan-Defendan Kedua Defendan Ketiga dan Defendan Keempat.
d
apabila Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif bagi ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan ganti rugi teladan (exemplary damages), maka tiada faedah ke atas ganti rugi; tiada penilaian taksiran ganti rugi.
e
kos sebanyak RM10,000.00 sahaja tertakluk kepada fi alokatur adalah tidak terlampau rendah kepada Plaintif yang mana hanya sebahagian sahaja tuntutannya dibenarkan. Bertarikh: 17 Oktober 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Bagi Plaintif: Peguam cara Bicara Penuh: En. Edwin Lim bersama-samanya Puan Leong Mendy Tetuan Win & Men Dy, Petaling Jaya, Selangor Peguam cara Rayuan: Tetuan Rosenida, Azlina, Hafidz & Co., Kajang, Selangor Bagi Defendan-Defendan: En Amirul Naim Ghazali bersama-samanya Puan Nurul Faqirah Mohd Faidzal Tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq, Petaling Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.