Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-22NCvC-506-12/2023 ANTARA HEIWA SANGYO SDN BHD (Syarikat No.: 199501019562 [348765-A]) − PLAINTIF
BA-22NCvC-506-12/2023
High Court of Malaysia11 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“1; dan • En Mohd Baharom bin Said, Tidak bekerja & Defendan Kedua, SD-2. Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini [9] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif sepanjang masa untu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-22NCvC-506-12/2023 ANTARA HEIWA SANGYO SDN BHD (Syarikat No.: 199501019562 [348765-A]) − PLAINTIF
1
SUBRAMANIAM A/L MUNISAMY (No. K/P: 640128-01-5363)
2
MOHD BAHAROM BIN SAID (No. K/P: 580520-04-5477)
3
MUHD LUQMAN NULHAKIM BIN MOHD ZULKAPLI (No. K/P: 930401-10-5227)
4
INDKOM HOLDINGS SDN BHD (Syarikat No.: 198801006058 [173415-V]) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah untuk menuntut perkara yang berikut: 14/10/2025 15:16:56
a
deklarasi bahawa Palintif adalah penyewa dan/atau penghuni yang sah di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31-12-2024;
b
injunksi untuk menahan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga, sama ada bertindak oleh diri sendiri; pekerja-pekerja mereka; pekhidmat-pekhidmat mereka; ejen-ejen mereka; nomini-nomini mereka, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya, walau bagaimanapun daripada − i. memasuki premis Plaintif di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31-12-2024; dan ii. mengganggu (interfering), disrupting, menghalang (obstructing), hindering, menahan (restraining), mengecewakan (frustrating), melalui apa jua cara sekali pun (sama ada melalui tindakan fizikal atau komunikasi lisan), operasi perniagaan Plaintif sama ada di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor atau tempat lain;
c
injunksi untuk menahan Defendan Keempat, sama ada bertindak oleh pengarah-pengarahnya, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya; pekhidmat-pekhidmatnya; ejen-ejennya; nomini-nomininya, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya, walau bagaimanapun daripada mengusir S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww dn/atau menyebabkan Plaintif untuk mengosongkan Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31-12-2024;
d
injunksi untuk menahan Defendan Pertamat, sama ada bertindak oleh dirinya sendiri, pekerja-pekerjanya; pekhidmat-pekhidmatnya; ejen-ejennya; nomini-nomininya, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya, dalam apa jua cara sekalipun daripada menamatkan dan/atau menyebabkan Perjanjian Perkongsian Sewa bertarikh 1-1-2022 yang dimasuki antara Plaintif dan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd ditamatkan;
e
Ganti rugi Am untuk dinilai;
f
Ganti rugi teruk (aggravated damages) untuk dinilai;
g
Ganti rugi teladan (exemplary damages) untuk dinilai;
h
faedah ke atas ganti rugi sedemikian hendaklah dikira pada kadar 5% setahun dari tarikh writ ini;
i
Defendan-Defendan membayar Plaintif apa-apa ganti rugi dan faedah sebagaimana yang dinilai dalam tempoh 30 hari dari taksiran tersebut;
j
kos; dan S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww
k
apa-apa relief lanjutan dan/atau lain-lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah ini. Perihal syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) dan syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd: [2] Syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) diperbadankan pada tahun 1995. Terdapat 5 orang pengarah syarikat iaitu Subramaniam A/L Munisamy (Defendan Pertama/D1), Sandra Sheager A/L Chidambaram dan 3 yang lain. Syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd diperbadankan pada tahun 2000. Pengarah syarikat iaitu Subramaniam A/L Munisamy (Defendan Pertama/D1), Sandra Sheager A/L Chidambaram dan seorang lain. Pada masa ini, hanya Subramaniam A/L Munisamy (Defendan Pertama/D1) dan Sandra Sheager A/L Chidambaram sahaja kekal sebagai pengarah syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. [3] Syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) terlibat dalam perniagaan antara lainnya pengeluaran komponen tembaga. Manakala, Syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd terlibat dalam perniagaan antara lainnya pemasangan aksesori penghawa dingin dan pemesinan ketepatan (precision machining). S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Pertikaian dan konflik antara syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif) dan Defendan Pertama: [4] Plaintif memplidkan bahawa − • sejak pemerbadanan syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd, syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd dibiayai sepenuhnya oleh Plaintif. • Sandra Sheager A/L Chidambaram yang menguruskan segala urusan perniagaan dan operasi harian syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. • kedua-dua syarikat berkongsi premis perniagaan dan beroperasi di premis yang sama. • Defendan Pertama (D1) menuntut dan mengugut Sandra Sheager A/L Chidambaram untuk membelanjakan dana syarikat Plaintif bagi perbelanjaan peribadi D1; mengarahkan Plaintif dan syarikat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd berpindah dan beroperasi di premis lain. • keengganan D1 untuk menadatangani cek bagi pembayaran kepada pelanggan. Akaun bank bagi kedua-dua syarikat memerlukan kelulusan dan tandatangan D1 dan Sandra Sheager A/L Chidambaram. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Gangguan Defendan-Defendan ke atas perniagaan Plaintif di premis perniagaan: [5] Plaintif mendakwa bahawa selepas D1 dipecat dari syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd (Plaintif), D1 telah bertindak dengan menghalang dan mengganggu operasi perniagaan Plaintif iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023. [6] Perincian dan butir-butir halangan dan gangguan tersebut diperihalkan dalam perenggan 35 hingga 41 dan perenggan 45 pernyataan tuntutan, antara lainnya, adalah − • membentuk campurtangan perniagaan Plaintif. • campurtangan tersebut adalah menyalahi undang-undang/bersifat salah dan telah dilakukkan tanpa asebarang asas undang-undang/justifikasi. • campurtangan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kemudaratan kepada perniagaan Plaintif. • gangguan terhadap kesenangan Plaintif menggunakan premis Plaintif. • gangguan yang menyalahi undang-undang kerana telah menghalang Plaintif untuk menghantar produk-produk Plaintif kepada pelanggan-pelanggannya dan untuk Plaintif menunaikan obligasi kontraknya kepada pelanggan-pelanggannya. • gangguan tersebut telah menyebabkan kerosakan kepada perniagaan dan reputasi Plaintif. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Permohonan interlokutori oleh Plaintif: [7] Pada 4-3-2024, atas permohonan Plaintif melalui Notis Permohonan bertarikh 15.12.2023 (Kandungan 4), Mahkamah ini telah membenarkan Kandungan 4 dan memerintah yang berikut sehingga pelupusan muktamad dan/atau kesudahan tindakan ini:
a
suatu injunksi dikeluarkan untuk menahan Defendan-Defendan Pertama hingga Ke-3, sama ada bertindak melalui mereka sendiri, pekerja-pekerja, orang-orang gaji, agen-agen, penama-penama, sama ada secara bersesama atau berasingan atau sesiapa daripada mereka atau sebagaimana secara lainnya daripada memasuki premis di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31.12.2024; dan mengganggu (interfering), disrupting, menghalang (obstructing), hindering, menahan (restraining), mengecewakan (frustrating), melalui apa-apa cara sekalipun (sama ada melalui tindakan-tindakan fizikal atau komunikasi lisan), operasi-operasi perniagaan Plaintif sama ada di Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor atau di tempat lain;
b
suatu injunksi dikeluarkan untuk menahan Defendan Ke-4, sama ada bertindak oleh pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, nomini-nomininya, sama ada secara bersama atau berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya walau bagaimanapun daripada mengusir dan/atau menyebabkan Plaintif untuk mengosong dari Lot 1 & 3, Jalan Bawang Putih S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor sehingga 31.12.2024;
c
suatu injunksi dikeluarkan untuk menahan Defendan Pertama, sama ada bertindak olehnya sendiri, pekerja-pekerja, pekhidmat-pekhidmat, ejen-ejen, nomini-nomininya, sama ada secara bersama dan berasingan atau mana-mana salah seorang daripada mereka atau sebaliknya dalam apa cara sekalipun daripada menamatkan dan/atau menyebabkan untuk menamatkan Perjanjian PerkongsianSewa bertarikh 1.1.2022 yang dimasuki antara Plaintif dan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd; dan
d
kos dalam kausa. Perbicaraan: [8] Dalam perbicaraan pada 16-4-2025, 17-4-2025, 18-4-2025, 21-4- 2025, 22-4-2025, 23-4-2025 dan 25-4-2025 selama 7 hari, Mahkamah ini telah mendengar keterangan lisan 7 orang saksi Plaintif dan 2 orang saksi Defendan-Defendan, iaitu − Saksi-saksi Plaintif: • Pn Kanagi A/P Ganesan, Eksekutif di Bahagian Jualan & Pembelian Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-1; • Pn Muniamah A/P Muniandy, Eksekutif Kanan di Bahagian Jualan & Pembelian Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-2; • En Hazizi bin Ismail, System Administrator di Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-3; S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww • Pn Roy Rowena, Delivery Leader di Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-4; • En Md Sayem Ali, Juruteknik di Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP- 5; • Pn Mani Usha Rani, Pengarah Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP- 6; dan • En Kapilarn A/L Sandra Sheager, Pengarah Heiwa Sangyo Sdn Bhd, SP-7. Saksi-saksi Defendan-Defendan: • En Subramaniam A/L Munisamy, Ahli Perniagaan & Defendan Pertama, SD-1; dan • En Mohd Baharom bin Said, Tidak bekerja & Defendan Kedua, SD-2. Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini [9] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif sepanjang masa untuk membuktikan kes mereka terlebih dahulu sebelum beban berpindah kepada Defendan-Defendan. [10] Untuk memastikan bahawa Mahkamah ini mematuhi prinsip undang-undang mengenai beban pembuktian, Mahkamah ini menganalisa keterangan yang dinyatakan oleh Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentarnya dengan jelas menunjukkan bahawa Plaintif berjaya mencapai tahap “on balance of probabilities”. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww [11] Pihak Plaintif dalam permohonan interlokutorinya telah berjaya memperoleh injunksi interim dan injunksi ad interim melalui Perintah-Perintah Mahkamah bertarikh 18-12-2023, 2-1-2024 dan 4-3-2024 dan dengan selesainya bicara penuh ini maka injunksi tersebut kini tamat. Keputusan Mahkamah pada 11-8-2025: [12] Selepas perbicaraan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan sebahagian daripada tuntutannya dan sebahagian lagi tuntutan Plaintif adalah ditolak. [13] Defendan Pertama tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap hanya sebahagian sahaja keputusan tersebut yang memutuskan bahawa ganti rugi sebanyak RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif dan perintah kos sebanyak RM10,000.00. Sama ada Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menggunakan, antara lain, ancaman, paksaan, surat Defendan Keempat bertarikh 25-9-2023 dan surat tuntutan Defendan Pertama bertarikh 4-12- 2023 untuk secara tidak sah merampas kawalan premis Plaintif di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor dan secara tidak sah mengusir pasukan pengurusan Plaintif dan Plaintif dari premis Plaintif? S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww [14] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Plaintif dan rakaman video, Mahkamah ini mendapati bahawa antara 5-12-2023 dan 19-12-2023, Defendan Pertama yang diiringi dan/atau bersama-sama Defendan Kedua dan Defendan Ketiga hadir dan berada di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam. Tindakan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga ini yang memasuki premis perniagaan Plaintif pada hari perniagaan Plaintif beroperasi telah disaksikan oleh pekerja-pekerja Plaintif dan keterangan SP-1 hingga SP-7 menjelaskan mengenai perkara ini. Rakaman video yang direkodkan melalui rakaman CCTV dan ditayangkan dalam perbicaraan menunjukkan bahawa − • pada lebih kurang jam 11 pagi, Defendan Pertama dan Defendan Kedua tiba di premis Plaintif dan kemudiannya diikuti dengan Defendan Ketiga. • Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga msuk ke kawasan pejabat pengurusan Plaintif. Defendan Pertama mengarahkan Defendan Ketiga untuk menampal surat Defendan Keempat mengenai penyewaan Plaintif pada papan kenyataan premis. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww • berlaku pertengkaran dan suasana yang kucar-kacir di antara Defendan Pertama dan SP-6 (isteri kepada En Sandra Sheagar AL Chidambaram) sehingga mengakibatkan SP-7 (pengarah Plaintif yang juga anak kepada pasangan En Sandra Sheagar AL Chidambaram En Sandra Sheagar AL Chidambaram & SP-6) membuat panggilan kepada pihak polis untuk mendapatkan bantuan. [15] Mahkamah ini mendapati hanya tindakan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga ini (sebagaimana dinyatakan dalam Ringkasan Kes Plaintif, Encl. 69 (E1) pada perenggan 20) sahaja berjaya dibuktikan oleh Plaintif sebagai suatu perbuatan yang − “20.1 memaksa pasukan pengurusan Plaintif dan Plaintif untuk meninggalkan premis Plaintif;
20
20.2 menghalang pasukan pengurusan Plaintif daripada masuk ke premis Plaintif;
20
20.3 mengugut untuk mengunci premis Plaintif dan menghentikan pengeluaran;
20
20.4 menghalang produk-produk Plaintif daripada dihantar kepada pelanggan-pelanggannya; …
20
20.6 menyebabkan Heiwa Precision mengeluarkan sebut-sebut harga kepada pelanggan-pelanggan Plaintif; …”. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww [16] Keterangan SP-2 (Eksekutif Kanan di Bahagian Jualan dan Pembelian syarikat Plaintif) menyatakan bahawa pada 5-12-2023, SP-2 melihat kehadiran Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga. SP-2 juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan tersebut melarangnya daripada membuat penghantaran (delivery) dan jika hendak membuat penghantaran perlulah menggunakan letterhead HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. SP-2 juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan tersebut menjerit-jerit di pejabat pengurusan Plaintif dan SP-2 mengakui yang dia takut ketika situasi itu. [17] SP-3, Penolong/Pembantu Pengurusan di syarikat Plaintif, menyatakan bahawa SP-3 nampak kehadiran Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga pada tarikh 6-12-2023. SP-3 mengikut arahan Defendan Pertama untuk mengeluarkan sebutharga dengan menggunakan letterhead HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. SP-3 juga ada menyemak e-mel pada computer mejanya dan mendapati ada penghantaran e-mel kepada Defendan Ketiga (En Zulkapli Mohd Said, staf di HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd). [18] SP-4, Delivery Leader di syarikat Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa SP-4 nampak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menggunakan letterhead HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd untuk membuat delivery order. SP-4 mengikuti arahan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga kerana jika tidak, SP-4 akan dibuang kerja. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww [19] Hal perkara mengenai melumpuhkan CCTV di premis Plaintif, keterangan SP-5, Jururteknik di syarikat Plaintif, SP-5 menyatakan bahawa pada 5-12-2023 itu, Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga datang ke premis Plaintif. SP-5 mengakui lelaki dalam rakaman video yang mencabut/menanggalkan/memadam CCTV ialah SP-5. SP-5 mengikuti arahan Defendan Pertama kerana SP-5 diberitahu oleh pekerja-pekerja dalam syarikat Plaintif bahawa Defendan Pertama itu juga boss mereka. SP-5 tidak memasang semula CCTV yang dicabut/ditanggalkan itu dan SP-5 tidak memberitahu bossnya iaitu En Sandra Sheagar AL Chidambaram dan juga SP-6 dan SP-7. Menurut SP-5, tidak perlu memberitahu mereka kerana mereka boleh tahu CCTV itu dicabut/ditanggalkan. [20] Mahkamah ini mendapati kehadiran Defendan Pertama adalah suatu yang mengganggu operasi perniagaan Plaintif pada tarikh yang dinyatakan khususnya pada 5 dan 6 Disember 2023. Tindakan yang diperihalkan dalam C1 (Isu Plaintif Untuk Dibicarakan) telah dibentangkan melalui keterangan saksi-saksi Plaintif. Mahkamah ini telah mempertimbangkan keterangan Plaintif yang dibentangkan melalui rakaman video yang ditonton dan dimainkan di Mahkamah terbuka. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Tindakan Defendan Pertama yang hadir bersama-sama Defendan Kedua dan Defendan Ketiga ke premis perniagaan di Lot 1 & Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam adalah perbuatan yang mengancam, memaksa, mengusir dan merampas kawalan premis yang disewa oleh Plaintif di Lot 1 & Lot 3. [21] Berkenaan dengan tuntutan Plaintif mengenai tindakan SD-1 (En Subramaniam A/L Munisamy/Defendan Pertama) dan/atau Defendan Kedua dan/atau Defendan Ketiga bahawa Defendan-Defendan meminta pelanggan-pelanggan Plaintif untuk meninggalkan Plaintif dan beralih (switch over) kepada HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd; menyebabkan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd didaftarkan sebagai pembekal Panasonic, yang merupakan pelanggan lama Plaintif; mengedarkan mesej-mesej kepada pelanggan-pelanggan Plaintif untuk mengelakkan mereka daripada memesan daripada Plaintif; dan cuba menghantar produk-produk Plaintif melalui pesanan-pesanan penghantaran yang dikeluarkan di bawah kepala surat HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd kepada pelanggan-pelanggan Plaintif, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif gagal untuk membuktikan tuntutan-tuntutan ini. Tiada apa-apa keterangan yang meyakinkan dikemukakan oleh Plaintif sama ada keterangan lisan daripada pelanggan-pelanggan Plaintif mahupun keterangan dokumentar daripada Plaintif sendiri dan/atau daripada pelanggan-pelanggan Plaintif. [22] Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan pihak Defendan dan hujahan bertulis peguam cara terpelajar Defendan-Defendan iaitu yang menegaskan bahawa Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga tidak melakukan gangguan perdagangan dan/atau melakukan kacau-bilau (nuisance) terhadap Plaintif serta menggunakan S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww antara lain ancaman dan/atau paksaan untuk emrampas kawalan dan/atau mengusir Plaintif dan/atau pasukan pengurusan Plaintif dari premis tersebut. Walau pun, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa “elemen penting dalam menentukan bahawa Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga melakukan pencerobohan dan kacau-ganggu adalah pemilikan”, Mahkamah berpendapat sebelum isu pemilikan premis bukanlah isunya di sini. Pemilik premis/Landlord Lot 1 & Lot 3 ialah Defendan Keempat (syarikat Indkom Holdings Sdn Bhd). Mahkamah ini telah meneliti Perjanjian Sewaan/Tenancy Agreement bertarikh 12-3-2007 antara Indkom Holdings Sdn Bhd dan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. Syarikat Indkom Holdings Sdn Bhd menyewakan Lot 1 & Lot 3 yang terdiri daripada pejabat dan kilang kepada Penyewa (HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd) untuk tempoh 3 plus 2 mulai pada 12-3-2007 (rujuk Ikatan Dokumen Bersama B10 ms 4 hingga 14). Tiada dokumen mengenai Tenancy Agreement tersebut dibaharui atau dilanjutkan sewaan dikemukakan kepada Mahkamah ini. [23] Mahkamah ini ditunjukkan dengan suatu dokumen Tenancy Agreement Authority & Sharing Between HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd yang beralamat di Lot 3, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24 Shah Alam dan Heiwa Sangyo Sdn Bhd yang beralamat di Lot 1, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24 Shah Alam bertarikh 1-1-2022 mengandungi terma yang berikut: S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww • kedua-dua syarikat adalah related companies yang bersama-sama menghuni 2 semi-detached factory units. • hartanah ini dilanjutkan sewaan melalui perkongsian perjanjian ini bertarikh 1-1-2022. • jumlah sewa dikongsi berdua antara HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd dan Heiwa Sangyo Sdn Bhd. • perjanjian ini memberi/grants Heiwa Sangyo Sdn Bhd exclusive decision-making authority for all matters related to the tenancy while maintaining the shared responsibility for the monthly rental payment. • perjanjian ini ditandatangani oleh En Sandra Sheagar AL Chidambaram, Managing Director bagi kedua-dua syarikat i.e. HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd dan Heiwa Sangyo Sdn Bhd. Landlord dan/atau wakil Landlord kepada hartanah ini tidak dipanggil memberi keterangan dan En Sandra Sheagar AL Chidambaram, Managing Director juga tidak dipanggil memberi keterangan dengan alasan kesihatan. Mahkamah mendapati kedua-dua syarikat tersebut (Heiwa Sangyo Sdn Bhd & HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd) mempunyai alamat iaitu − • satu di Lot 1 bagi Heiwa Sangyo Sdn Bhd; dan • satu lagi di Lot 3 bagi HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan bahawa Plaintif ialah penyewa dan/atau penghuni yang sah bagi Lot 1 sahaja manakala Defendan Pertama ialah penyewa dan/atau penghuni yang sah bagi Lot 3 tersebut. [24] Mahkamah ini telah meneliti hujahan balas peguam cara Plaintif iaitu − “The Defendants submit that part of the Plaintiff’s reliefs as prayed in the Statement of Claim has been rendered academic mainly due to the expiry of the tenancy agreement with the 4th Defendant and the subsequent moving of the Plaintiff’s factory to its new location. Such position is, generally speaking, not disputed. However, the Plaintiff does not agree with the Defendants’ contention that prayer (a) is redundant because it is still important for the Plaintiff to secure a declaration that it was/had been a lawful tenant and/or occupier of the Plaintiff’s premises up until 31.12.2024 for this is the foundation of the Plaintiff’s case herein.”. Mahkamah ini mengisytiharkan bahawa Plaintif ialah penyewa dan/atau penghuni yang sah bagi Lot 1 mulai 1-1-2022 hingga 31-12-
2024
[25] Kehadiran Defendan Pertama dan Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga telah mengganggu operasi Plaintif pada tarikh 5-12-2023 sehingga 12-12-2023 (lebih kurang 7 hari), maka, Mahkamah ini memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, untuk membenarkan ganti rugi sebanyak RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww [26] Mahkamah berpendapat, atas imbangan kebarangkalian, ganti rugi sebanyak RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif dan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dan memutuskan bahawa tuntutan lain adalah ditolak adalah suatu yang wajar diberikan kepada Plaintif. [27] Mahkamah juga berpendapat bahawa kuantum ganti rugi bagi tort pencerobohan Premis tersebut boleh dinilai dan tidak perlu dibuat taksiran ganti rugi berdasarkan masa pencerobohan Defendan Pertama dan juga jumlah kerugian yang telah dialami oleh Plaintif dapat dipertimbangkan secara terus. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tindakan percerobohan oleh Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga adalah jelas akan mengakibatkan kerugian kepada Plaintif. Mahkamah ini boleh mempertimbangkannya tanpa perlu dibuktikan secara terperinci. Prinsip ini dinyatakan dalam kes-kes seperti yang berikut, antaranya − • MBF Property Services Sdn Bhd v. Madhill Development Sdn Bhd (No.2) [1998] 4 CLJ 136, di mana Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: “[1] Trespass to land is the unjustifiable intrusion by one person upon the land in possession of another. The slightest crossing of the boundary is sufficient to constitute trespass. Every continuance of a trespass is a fresh trespass and in respect of which a new S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww cause of action arises from day to day so long as the trespass continues and persists. [2] … it is wrong to assume that no one can be liable for trespass unless he has notice that he is trespassing. The trespasser is liable whether he knows he is trespassing or does not know that he has no right in law to be there. Trespass is actionable per se without any proof of special damage.”. • Mahkamah Rayuan dalam kes Othman Ali & Ors v. Bukit Lenang Development Sdn Bhd [2016] 6 CLJ 508, memutuskan prinsip yang terpakai di bawah undang-undang ialah sejauh mana wang ringgit itu boleh diberi untuk menggantikan kehilangan atau kerugian sekiranya dia tidak dinafikan oleh tort yang berlaku tertakluk kepada apa-apa pertimbangan apa-apa ganti rugi tersebut hendaklah munasabah dan tidak spekulatif. • Dalam kes Mariam bt Mansor v. JD Peter [1975] 1 MLJ 279, Mahkamah memutuskan bahawa: “In considering what compensation the court shall award, it is impossible to arrive an accurate figure, however, all the court can do is to award her a sum which would compensate her for pain and suffering she had undergone and will, in all probability, continue to undergo. I feel that the sum awarded should be a fair sum to compensate the Plaintiff for the injuries S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww suffered, but it should not be too excessive to constitute an injustice to the • Mahkamah Rayuan dalam kes Amsiah Rahim v Borneo Samudera Sdn Bhd [2024] 6 MLJ 78, memutusakan seperti yang berikut: “[21] We find that the leading authorities on damages for trespass were considered by the learned High Court judge in her judgment. We shall re-state the applicable principles laid down in the said cases. The trite principle is that trespass is actionable per se which means that once the tort is proved, the claimant is entitled to at least nominal damages...”. • Perkara ini ini telah dinyatakan dalam Clerks & Lindsell on Tort, Eighteenth Edition, London Sweet & Maxwell, 2000 muka surat 957 seperti yang berikut: “A claimant in trespass is entitled to recover damages, even though he has sustained no actual loss. When substantial damage has been caused the measure of damages varies accordingly as the trespass belongs to one or other of the three following classes: ...”. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan tersebut, jumlah ganti rugi sebanyak RM50,000.00 adalah tidak keterlaluan dan merupakan suatu jumlah yang munasabah memgambil kira keseluruhan fakta kes ini. [28] Nas undang-undang yang dirujuk dan dipetik oleh peguam cara terpelajar Defendan-Defendan untuk mengukuhkan justifikasi Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga ke premis Lot 1 dan Lot 3 sebagai bukan suatu pencerobohan dan/atau kacau-ganggu semata-mata atas paksi bahawa hanya pemilik dan/atau penyewa yang sah di sisi undang-undang mempunyai locus standi membawa tindakan undang-undang bagi pencerobohan, Mahkamah memutuskan bahawa kedudukan Plaintif (Heiwa Sangyo Sdn Bhd) yang mempunyai latar belakang penubuhan yang saling berkait dengan HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd, berkongsi premis di kawasan yang sama, menyewa daripada pemilik/tuan punya yang sama, rekod pembayaran sewa dan bil utiliti oleh Plaintif bagi kedua-dua Lot, adalah bukti yang jelas nyata dikemukakan oleh Plaintif bahawa tindakan dan perbuatan Defendan-Defendan Pertama hingga Ketiga, pada setiap masa yang material yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan, adalah suatu kesalahan menceroboh (trespass) dan/atau kacau-ganggu (nuisance) di premis Lot 1 dan Lot 3 tersebut [29] Pihak Defendan-Defendan gagal membuktikan bahawa Plaintif melanggar apa-apa terma dalam Perjanjian Sewaan mahupun Tenancy Agreement Authority & Sharing Between HS Heiwa Precision (M) Sdn Bhd yang sekiranya ada diambil tindakan oleh Defendan Keempat (landlord/tuan punya/pemilik) premis. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Ketidakpuasan hati dan/atau kemarahan Defendan Pertama mengenai operasi perniagaan Plaintif di premis tersebut sama sekali tidak wajar dijustifikasikan dengan pencerobohan dan kacau-ganggu perdagangan. Hal perkara mengenai penyewaan premis sewajarnya dibuktikan oleh Defendan Pertama dengan memanggil landlord/tuan punya/pemilik premis iaitu Defendan Keempat. Keterangan landlord/tuan punya/pemilik premis dapat membantu kes Defendan-Defendan. Malangnya, ini tidak dilakukan oleh Defendan-Defendan, khususnya Defendan Pertama. Mahkamah ini menolak hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan bahawa “Oleh yang demikian, Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan untuk membuat tuntutan terhadap pencerobohan dan/atau kacau-ganggu yang kononnya dilakukan oleh Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga.”. Keputusan Mahkamah ini mengisytiharkan bahawa Plaintif adalah penghuni dan penyewa yang saha bagi Lot 1. Dengan keputusan perisytiharan ini, maka, Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga telah melakukan pencerobohan dan/atau melakukan kacau-ganggu pada tarikh spesifik yang diplidkan di premis sah Plaintif. [30] Tahap pembuktian dalam kes sivil ialah atas imbangan kebarangkalian sahaja, maka pembuktian bahawa Defendan Pertama telah menceroboh dan membuat kacau-ganggu ke atas hartanah/premis yang disewa oleh Plaintif juga boleh dibuat melalui inferens. S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Dalam kes Woo Yew Chee v. Yong Yong Hoo [1979] 1 MLJ 131 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa − “IN CIVIL CASES one needs only circumstances raising a more probable inference in favour of what is alleged. An inference from an actual fact that is proved is just as much part of the evidence as the fact that is proved is just as much part of the evidence as the fact itself. Where direct proof is not available it is not enough if the circumstances appearing in evidence give rise to a reasonable and definite inference… ”. Penutup [31] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan sebahagian sahaja tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. [32] Dapatan dan keputusan Mahkamah ini, atas imbangan kebarangkalian, ganti rugi sebanyak RM50,000.00 sahaja dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif dan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dan memutuskan bahawa tuntutan lain adalah ditolak adalah suatu yang wajar diberikan kepada Plaintif. Bertarikh: 14 Oktober 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 S/N 9TsakxunDEKq/DhrWXAoww Peguam cara: Bagi Plaintif: Peguam cara Bicara Penuh: En. Edwin Lim bersama-samanya Puan Leong Mendy Tetuan Win & Men Dy, Petaling Jaya, Selangor Peguam cara Rayuan: Tetuan Rosenida, Azlina, Hafidz & Co., Kajang, Selangor Bagi Defendan-Defendan: En Amirul Naim Ghazali bersama-samanya Puan Nurul Faqirah Mohd Faidzal Tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq, Petaling Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.