Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN NO KES : BI-63-1-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA V HG POWER TRANSMISSION SDN BHD
BI-63-1-02/2023
Sessions Court of Malaysia8 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN NO KES : BI-63-1-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA V HG POWER TRANSMISSION SDN BHD
1
OKS adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di 5th Floor, Rohas Purecircle, West Wing,9, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur dan alamat perniagaan di 3A33, 4th Floor ,Block A, Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
2
OKS telah dituduh seperti berikut; “Bahawasanya kamu pada 13 April 2012 jam lebih kurang 12.5 petang di Tapak Pembinaan Pencawang Menara TNB AP39 bagi Projek TNB 369/2018 di Kampung Orang Asli, Kampung Pasir, 43500 Semenyih dalam Daerah kajang di dalam Negeri Selangor, sebagai majikan telah gagal memastikan kewajipannya, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja bagi pekerja kamu iaitu gagal mengadakan prosedur kerja selamat yang lengkap bagi kerja-kerja pemasangan kompenan Menara bagi pembinaan pencawang AP39 sehinggakan menyebabkan kemalangan ke atas Manoj Paswan (N0 Passport M5064529 ) di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan dengan itu, kamu melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 19 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 Akta yang sama.”
3
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 2 orang saksi untuk memberi keterangan seperti berikut; a) Jaffril Mohd Isa SP 1 b) Ahmad Jalaluddin Mohd Zauki SP 2
4
Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) telah memberi kontrak kepada OKS bagi suatu projek yang dikenali sebagai “Mainhead B: Proposed 600kV Double Circuit Tranmission Line from PMU Bentong South to PMU Lenggeng (Point L to LGNG) and Proposed 276kV Double Circuit Tranmission Line from PMU Lenggeng to PMU
5
Mangsa iaitu Manoj Paswan (si mati) adalah salah seorang pekerja untuk syarikat OKS. Pada 13.4.2021 lebih kurang jam 12.05 tengah hari, si mati sedang melakukan kerja memasang nuts and bolt bagi menara yang sedang dibina pada tapak Projek tersebut. Semasa si mati sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di Menara yang sedang dibina, sebuah derrick telah tumbang dan menimpa si mati dan mengakibatkan kematian si mati. Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan 6. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS seperti yang dikehendaki oleh seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah.
7
Mahkamah dalam hal ini perlu melihat adakah pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen yang di kehendaki di bawah seksyen 15(1) AKKP 1994 yang memperuntukan seperti berikut; “Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya”.
8
Mahkamah menekan bahawa adalah menjadi tanggung jawab kepada pihak Pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak majikan gagal mengambil langkah-langkah yang setakat praktik ke atas pekerjanya yang sedang bekerja dari terdedah kepada risiko keselamatan, kesihatan dan kebajikan. Mahkamah dalam kes ini lebih menumpukan kepada pendakwaan untuk membuktikan intipati berkaitan segi keselamatan pekerja.
9
Terdapat empat elemen di bawah s,15(1) AKKP yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan iaitu; i. OKS adalah majikan kepada mangsa pada waktu yang material ii. Mangsa adalah pekerja kepada OKS yang sedang bekerja. iii. Mangsa berada di tempat kerja pada waktu yang material iv. OKS telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik akan keselamatan pekerja semasa di tempat kerja yang menyebabkan risiko keselamatan kepada pekerja.
10
Mahkamah dalam membuat keputusan akan membincangkan lebih mendalam berkaitan item iv sahaja kerana Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya dalam membuktikan elemen di perenggan i hingga iii. Ini dibuktikan melalui ekhibit P3, P7, P8, P9, P10 iv.OKS telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik akan keselamatan pekerja semasa di tempat kerja yang menyebabkan risiko keselamatan kepada pekerja.
11
SP 1 adalah bekas pekerja kepada OKS dan telah diarahkan untuk bertugas di tempat kejadian tersebut. SP1 menyatakan bahawa pada hari kejadian, terdapat empat pekerja termasuk mangsa sedang membuat kerja-kerja pemasangan komponen Menara berhampiran dengan kerja-kerja menaikkan derrick yang dijalankan serentak.
12
SP 1 menyatakan bahawa pada hari kejadian, kerja-kerja menaikkan derrick sedang dilakukan berhampiran tempat mangsa melakukan kerja-kerja memasang bolt & nuts untuk struktur Menara yang lain. Pada jam lebih kurang 12.05 tengah hari, semasa derrick telah dinaikkan pada ketinggian 9 meter, tiba-tiba derrick menjadi tegak dan senget kebelakang dan tumbang kea rah luar Menara. Signalman yang memantau proses dari atas telah memberi amaran kepada pekerja di bawah, hanya tiga pekerja berjaya melarikan diri tetapi mangsa telah gagal dan menyebabkan magsa telah ditimpa oleh derrick tersebut.
13
SP 1 semasa di soal balas bersetuju bahawa setelah projek diaward kepada OKS, SP1 telah diarahkan untuk merangka safety manual, job safety dan diserahkan kepada TNB sebelum projek bermula dan jika tiada apa-apa pindaan atau bantahan daripada TNB, makna dokumen itu kekal dan projek boleh dimulakan.
14
SP 1 menyatakan safety manual merangkumi dokumen HIRADC, methid statement, jon safety analysis, safe work procedure. SP 1 telah menyediakan P13, P 14, P 15, P16 dan telah diserah kepada TNB dan TNB tiada apa-apa bantahan.
15
Mahkamah pada peringkat ini perlu meneliti apakah OKS telah tidak mengambil tindakan berkaitan elemen iv tersebut dan pihak Pendakwaan pula telah berjaya membukti bahawa OKS telah gagal untuk memenuhi elemen iv tersebut.
15
SP 1 menyatakan bahawa mangsa adalah pekerja bagi tower ground assembly. SP 1 telah dirujuk dengan P 13 row number 4 iaitu berkaitan tower ground assembly. SP1 telah menerangkan dalam P 13 tersebut terdapat hazard yang dikenalpasti oleh syarikat yang mana boleh menyebabkan kematian dan kecederaan pada tubuh badan.
16
SP1 juga menerangkan bahawa bagi mengatasi risiko tersebut maka dalam P 13 telah mencatatkan berkaitan toolbox talk, safe work procedure, close supervision, personal protective equipment (PPE), safety shoes, safety helmet dan material property inspect. SP 1 mengesahkan syarikat telah mengambil langkah-langkah berkaitan keselamatan sewaktu kemalangan tersebut.
17
SP1 juga menerangkan bahawa P16 iaitu berkaitan job safety analysis yang mana salah satunya berkaitan penggunaan derrick . P16 ini menerangkan berkaitan langkah yang perlu diikuti , kemungkinan berlaku kemalangan dan cadangan berkaitan safe job procedure . SP1 juga menyatakan bahawa semasa kemalangan yang melibatkan mangsa di mana kerja pemasangan ground assembly sedang dilakukan dan dalam masa yang sama kerja menaikkan derrick juga sedang berjalan berhampiran leg C. Kemalangan berlaku adalah disebabkan miscommunication antara team yang menaikkan derrick dan ground assembly work.
18
Mahkamah juga mendapati bahawa mangsa telah menghadiri kepada toolbox briefing pada hari kemalangan tersebut rujuk P 17. Toolbox briefing mengandungi scope of work, safe work procedure .
19
SP1 juga bersetuju bahawa mangsa telah diberi taklimat mencukupi berkaitan langkah keselamatan semasa kerja ground assembly.SP1 juga telah mengesahkan bahawa mangsa telah dibekalkan dengan safety helmet, safety shoes .
20
SP1 telah menerangkan bahawa selepas kemalangan tersebut pihak DOSH telah mengeluarkan notis larangan bertarikh 14.4.2021 untuk kerja-kerja dihentikan. (rujuk P26). OKS telah menghantar dokumen berkaitan manual keselamatan kepada DOSH untuk diperiksa.OKS juga telah menghantar safety manual yang telah ditambah baik kepada DOSH untuk semakan rujuk P21, P22, P23 dan P 24. DOSH kemudianya telah mengeluarkan notis menarik kembali perberhentian kerja-kerja bertarikh 27.5.2021 kepada OKS.
21
Mahkamah mendapati bahawa OKS telah mengambil langkah-langkah yang perlu berkaitan keselamatan di tempat kerja. OKS telah menyerahkan dokumen P13, P14, P15 dan P16 kepada TNB untuk pihak TNB menilai sama ada cara kerja OKS adalah selamat dan TNB telah berpuas hati berdasarkan dokumen tersebut dan memberi OKS untuk memulakan kerja.
22
Mahkamah juga telah meneliti kepada keterangan SP1 yang juga merupakan bekas pekerja kepada OKS dan semasa kemalangan tersebut, SP1 yang bertanggung jawab menjaga projek tersebut.
23
SP1 sendiri telah mengesahkan bahawa OKS telah mengambil langkah-langkah risk control untuk memastikan keselamatan mangsa semasa menjalankan kerja-kerja ground assembly.
24
Mahkamah juga mendapati bahawa P21, P22, P23 dan P24 adakah penambah baikkan dan lebih terperinci kepada dokumen terdahulu iaitu P13, P14, P15 dan P16. Maka Mahkamah dalam hal ini berpandangan bahawa OKS sebenar telah mengambil langkah-langkah yang perlu berkaitan dengan keselamatan pekerja di projek tersebut.
25
Mahkamah juga mendapati bahawa OKS telah menyediakan dokumen berkaitan dengan kawasan selamat/safety zone dan ini telah dinyatakan di dalam P16.SP1 sendiri dalam keterangan beliau telah mengesahkan bahawa telah wujud kawasan selamat/safety zone ini.
26
SP2 menyatakan dalam keterangan bahawa kemalangan berlaku kerana OKS telah gagal untuk menyediakan kawasan selamat/safety zone. SP2 adalah pegawai penyiasat yang telah menyiasat berkaitan kemalangan selepas menerima notis JKKP6 yang dihantar oleh OKS . JKKP6 ini adalah pemberitahuan berkaitan kemalangan yang berlaku di tempat kerja.
27
SP2 mengesahkan bahawa selepas kemalangan, OKS telah menghantar dokumen berkaitan keselematan dengan pindaan yang lebih terperinci kepada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan Selangor (rujuk sebagai Jabatan tersebut). Jabatan tersebut kemudiannya telah mengesahkan dokumen baru tersebut dan seterusnya membatalkan notis larangan tersebut.
28
Mahkamah berpandangan bahawa SP2 sebagai pegawai penyiasat hanya menyiasat kemalangan dan mengumpul apa-apa dokumen berkaitan untuk tujuan penyiasatan. SP1 adalah pekerja kepada OKS dan yang mengendalikan kerja-kerja ditapak projek. Maka Mahkamah berpandangan bahawa SP1 lebih mengetahui tentang proses untuk memulakan proses kerja-kerja di tapak berbanding SP2 ialah pegawai dari Jabatan tersebut. Mahkamah dalam hal ini lebih untuk menerima katerangan SP1 apabila melibatkan proses dokumen berkaitan keselamatan.
29
SP2 dalam keterangan hanya memberitahu bahawa kemalangan berlaku kerana OKS telah gagal untuk menerangkan secara terperinci tentang keselamatan berkaitan penggunaan derrick dan juga mengadakan kawasan selamat semasa proses menggunakan derrick . SP 2 merujuk kepada P12 iaitu slide berkaitan kemalangan berlaku dan juga kepada dokumen terdahulu iaitu P13, P14, P15 dan P16 dan dokumen baru P21, P22, P23 dan P 24. SP2 sendiri setuju dokumen baru tersebut adalah penambah baik dan lebih terperinci berbanding dokumen terdahulu.
30
Pendakwaan hanya bergantung kepada kandungan dalam P16 berkaitan safety zone yang dikatakan tidak lengkap tetapi Pendakwaan telah gagal untuk menyatakan secara terperinci apakah kesan P16 yang tidak lengkap tersebut dengan merujuk kepada keadaan di kawasan kemalangan. Mahkamah berpandangan bahawa OKS telah mengambil langkah yang praktikal berkaitan dengan keselamatan pekerja OKS berdasarkan kepada dokumen P13 hingga P16. Walau pun SP2 menyatakan bahawa dokumen tersebut tidak begitu terperinci tapi Mahkamah berpandangan bahawa walaupun ia tidak terperinci tapi dokumen P13 hingga P16 tersebut tetap mengandungi berkaitan keselamatan pekerja dan kawasan tapak projek tersebut.
31
Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa elemen iv iaitu OKS telah gagal untuk menyediakan kawasan selamat/safety zone di tapak projek yang telah menyebabkan berlaku kemalangan dan mendatangkan kematian kepada mangsa. Mahkamah juga berpandangan bahawa OKS telah mengambil tindakan yang munasabah dalam menyediakan kawasan kerja yang selamat untuk pekerjanya.
31
Atas kedapatan tersebut maka Mahkamah berpandangan bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKS. Mahkamah dengan ini berdasarkan kepada s.173 (f) (ii) Kanun Acara Jenayah telah melepas dan membebaskan OKS daripada tuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri.
7
Hakim Sesyen BBB
8
8.2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.