Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN SIVIL) RAYUAN SIVIL NO : . … PERAYU (mendakwa sebagai sebuah firma) … RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) RAYUAN SIVIL NO: WA-11ANCVC-170-12/2017] … PERAYU (mendakwa sebagai sebuah firma) … RESPONDEN 2 [Dalam Perkara Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur Dalam Negeri Wilayah Persekutuan, Malaysia GUAMAN SIVIL NO: WA-A72NCVC-4365-08/2017] … PLAINTIF (mendakwa sebagai sebuah firma) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG KES [1] Ini adalah Rayuan Perayu/Defendan terhadap Keputusan Mahkamah Majistret yang diberikan pada 29.11.2017 yang menolak Permohonan Perayu/Defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 15.9.2017 dengan Kos. FAKTA RINGKAS KES [2] Responden/Plaintif adalah bekas Peguamcara Perayu/Defendan yang mengendalikan suatu kes kemalangan jalan raya bagi pihak Perayu/Defendan. Responden/Plaintif mengatakan bahawa firmanya 3 telah dilantik oleh Perayu/Defendan untuk mewakili Perayu/Defendan di dalam suatu kes tuntutan gantirugi ekoran daripada kemalangan jalan raya yang melibatkan Perayu/Defendan dengan sebuah kereta lain. [3] Responden/Plaintif menyatakan bahawa firmanya telah menandatangani waran bertindak dan kuasa untuk membuat persiapan pemfailan Writ di Mahkamah berkenaan dengan tuntutan gantirugi kes kemalangan Perayu/Defendan tersebut yang antara lainnya, membuat penyediaan kertas-kertas kausa, laporan pakar dan lain-lain. [4] Kemudiannya pada 27.3.2017 Responden/Plaintif mendapat tahu daripada peguamcara pemilik kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut iaitu Tetuan Khoo & Sidhu bahawa Perayu/Defendan diwakili oleh firma guaman Tetuan Manikam Avadiar & Co. [5] Responden/Plaintif cuba mendapatkan penjelasan daripada Perayu/Defendan siapakah sebenarnya yang mewakili beliau untuk kes tuntutan gantirugi kemalangan tersebut, dan Perayu/Defendan mengesahkan bahawa Responden/Plaintif masih lagi mewakilinya. 4 Namun begitu, pada 8.8.2017 Responden/Plaintif telah menerima satu lagi surat daripada Tetuan Khoo & Sidhu yang menyatakan bahawa tarikh Bicara untuk tuntutan gantirugi kemalangan tersebut telah ditetapkan pada 30.8.2017 di mana Tetuan Manikam Avadiar & Co mewakili Perayu/Defendan. [6] Berikutan daripada itu, Responden/Plaintif telah menghubungi Perayu/Defendan dan bertanyakan sekali lagi siapakah sebenarnya yang mewakili Perayu/Defendan. Perayu/Defendan menjawab dan mengesahkan bahawa Tetuan Manikam Avadiar & Co yang akan mewakilinya dalam kes tersebut. [7] Selanjutnya pada 22.8.2017, Responden/Plaintif telah menghantar suatu bil guaman kepada Perayu/Defendan berjumlah RM31,857.40 bagi khidmat guaman dan pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh Responden/Plaintif kepada Perayu/Defendan tetapi tidak dijelaskan oleh Perayu/Defendan sehingga menyebabkan Responden/Plaintif memfailkan Writ Saman ini. [8] Responden/Plaintif mengatakan bahawa Writ Saman ini telah diserahkan secara AR Berdaftar kepada Perayu/Defendan pada 28.8.2017 di alamat Perayu/Defendan. Perayu/Defendan tidak 5 memasukkan sebarang Kehadiran ke Mahkamah. Oleh itu Mahkamah Majistret telah merekodkan Penghakiman Ingkar Kehadiran pada 14.9.2017 terhadap Perayu/Defendan. [9] Pada 26.9.2017 Perayu/Defendan memfailkan Permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut yang mana telah ditolak oleh Mahkamah Majistret. Oleh itu, Perayu/Defendan memfailkan Rayuan di sini. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI [10] Setelah meneliti semua suratcara di dalam Rekod Rayuan yang difailkan dan setelah menimbang hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah memutuskan bahawa rayuan Perayu ditolak dengan kos sebanyak RM1,500.00 untuk dibayar oleh Perayu kepada Responden dan Deposit Rayuan dikembalikan kepada Perayu. Rayuan ini ditolak atas alasan-alasan seperti di bawah ini. PRINSIP UNDANG-UNDANG [11] Prinsip undang-undang berhubung perkara mengenepikan Penghakiman Ingkar adalah jelas di mana sesuatu Penghakiman Ingkar hanya boleh diketepikan di dalam keadaan di mana 6 Penghakiman Ingkar tersebut telah diperolehi secara tidak teratur atau tidak sempurna, dan apabila pihak yang kena tuntut mempunyai pembelaan yang bermerit. Aturan 13 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) memperuntukan kuasa dan budibicara Mahkamah untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar atau meminda sesuatu penghakiman. [12] Mohd Azmi HMP (pada ketika itu) di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes: Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] menyatakan : “The principle of setting aside a default judgment under O.13 r. 8 has been well established and needs no detailed repetition. What is important to observe is that a default judgment is not a judgment on the merits. Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the defendant must file an affidavit of merits, i.e. the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence of merits. Put in another way, the affidavit 7 must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits. (see Evans v. Bartlam [1937] AC 478.” ISU SAMADA PENYERAHAN WRIT DAN PERNYATAAN TUNTUTAN ADALAH SEMPURNA [13] Berkenaan isu samada benar Perayu tidak menerima Writ dan Pernyataan Tuntutan yang diserahkan kepada Perayu oleh Responden, setelah Mahkamah ini membuat semakan ke atas kertas kausa di dalam Rekod Rayuan terutamanya kepada Afidavit Penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan Responden terhadap Perayu, Mahkamah ini mendapati bahawa penyerahan dan penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan Responden yang dibuat ke atas Perayu oleh Responden adalah sempurna dan teratur. [14] Ini adalah kerana Perayu sendiri mengaku bahawa anaknya ada menerima Writ dan Pernyataan Tuntutan tetapi tidak memberitahunya. Di sini, tidak timbul penyerahan tidak dibuat kepada Perayu secara Kediri hanya kerana penyerahan dan penyampaian itu bukan kepada pihak yang kena tuntut iaitu Perayu sendiri kerana Perayu tidak menerimanya secara Kediri/peribadi (secara serahan ke diri). Mahkamah ini berpendapat, penyerahan dan penyampaian telah 8 sempurna apabila penyampaian itu telah sah dibuat di alamat terakhir Perayu (rujuk Ekshibit MHC-5) yang mana penerimaannya telah disahkan diterima oleh anak Perayu, dan fakta ini langsung tidak dipertikaikan oleh Perayu. [14] Peruntukan undang-undang berhubung penyampaian sesuatu Writ adalah jelas seperti diperuntukkan di bawah Aturan 10 k.1 KKM 2012 dan Responden telah menunjukkan bahawa penyerahan dan penyampaian yang sempurna telah dibuat sepertimana menurut peruntukan tersebut di mana peruntukan tersebut memperuntukkan bahawa penyampaian kepada seseorang individu boleh dibuat secara penyampaian ke diri atau pun secara pos AR Berdaftar seperti yang dilakukan oleh Responden di sini. Malahan Perayu sendiri tidak menafikan bahawa anaknya telah menerima surat dan sesalinan Writ Saman tersebut yang memaklumkan bahawa tempoh 14 hari diberikan kepada Perayu untuk memasukkan Kehadiran yang tamat pada 14.9.2017. [15] Merujuk kepada muka surat 1 hingga 7 Rekod Rayuan Tambahan 2, sesalinan Kad Akuan Terima dilampirkan jelas menunjukkan bahawa Perayu telah menerima Saman dan Pernyataan Tuntutan pada 30.8.2017 dan berdasarkan kepada Aturan 12 k.2 KKM 2012, 9 Defendan mempunyai 14 hari dari tarikh serahan Writ untuk memasukkan Memorandum Kehadiran pada atau sebelum 13.9.2017. Walau bagaimana pun Memorandum Kehadiran hanya dimasukkan pada 20.9.2017 dan Mahkamah telah memasukkan Penghakiman Ingkar pada 15.9.2017. Tarikh sebutan yang diberikan oleh Mahkamah bukan satu pengecualian terhadap Perayu untuk memfailkan memorandum kehadiran di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang kerana tarikh pengurusan kes yang diberikan tersebut adalah hanya untuk pihak Responden memaklumkan kepada Mahkamah status kes tersebut sahaja bagi tindakan lanjut dibuat. [16] Surat Plaintif bertarikh 28.8.2017 (rujuk Ekshibit MHC-5) jelas menyatakan bahawa Defendan dikehendaki untuk memfailkan Memorandum Kehadiran dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan Writ dan Penyataan Tuntutan dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan satu Penghakiman Ingkar akan dimasukkan terhadap Perayu. Tiada sebarang kekeliruan dalam surat Plaintif yang bertarikh 28.08.2017 dan juga undang-undang berkenaan dengan tempoh masa untuk memasukkan memorandum kehadiran oleh Perayu. Oleh itu, Mahkamah berpendapat Perayu 10 telah dengan sengaja mengabaikan untuk memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan menurut undang-undang. Penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan melalui Pos AR Berdaftar adalah sah kerana telah diposkan ke alamat terakhir Perayu yang sama sepertimana yang terdapat di dalam Afidavit Sokongan Perayu di dalam permohonannya untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar yang dimasukkan terhadapnya. [17] Oleh yang demikian itu, Mahkamah ini berpendapat Mahkamah Majistret tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa penyerahan dan penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan oleh Responden terhadap Perayu adalah sempurna walau pun penyerahan tidak dibuat kepada Perayu sendiri, namun penerimaan oleh ahli keluarganya di alamat yang sama dengan Perayu adalah sudah memadai seperti yang diputuskan di dalam kes TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH BIN TENGKU SULAIMAN SHAH v. DATO’ SRI EU HIN CHAI [2017] 1 LNS 835, di mana Lau Bee Lan HMT menyatakan:- “[5] The Defendant submitted that the service of the Writ of Summons dated 29/10/2015 (filed on 29/10/2015) 11 and the Statement of Claim dated 28/10/2015 on the Defendant was defective and irregular essentially on these grounds –