Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN NO: BA-22NCvC-159-04/2022 ANTARA PLAINTIF HINO MOTORS SALES (MALAYSIA) SDN. BHD. (No. Syarikat: 198901010561 /187863-U)
BA-22NCvC-159-04/2022
High Court of Malaysia17 Nov 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN NO: BA-22NCvC-159-04/2022 ANTARA PLAINTIF HINO MOTORS SALES (MALAYSIA) SDN. BHD. (No. Syarikat: 198901010561 /187863-U)
1
DAN K&T ENGINEERING & TRADING SDN. BHD. (No. Syarikat: 199601033903 (406255-U))
2
KHOO BUN HANG (No K/P: 631122-03-5537 /7186778)
3
MIK KESUT A/P CHAU TIT (No. K/P: 620810-03-5094 /6851954) 24/11/2023 00:07:07 BA-22NCvC-159-04/2022 Kand. 51 ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kausa tindakan plaintif adalah akibat daripada pemecahan kontrak jualan barangan oleh defendan-defendan, dimana defendan-defendan telah mungkir membayar harga jual beli barangan dan menjelaskan keberhutangan yang disokong oleh invois-invois diantara tarikh 30.1.2018 hingga 28.2.2019 dan nota-nota debit. [2] Jumlah yang dituntut adalah RM3,306,169.59 yang merupakan harga jualan barangan chassis-chassis jenama HINO yang telah dihantar serah kepada defendan pertama (D1). [3] Defendan kedua (D2) dan defendan ketiga (D3) telah menjamin pembayaran harga jualan barangan tersebut. [4] Terdapat pengakuan bagi jumlah tersebut oleh D1 yang disokong oleh cek-cek pembayaran bagi tujuan menyelesaikan hutang kepada plaintif. Ini merupakan keterangan kukuh akan pengakuan kepada hutang-hutang tersebut oleh defendan-defendan. [5] Kausa tindakan plaintif terhadap D1 adalah sempurna memandangkan keterangan affidavit yang dikemukakan oleh plaintif menzahirkan: • Keberhutangan D1. • Barangan telah dihantarserah kepada D1. • Penerimaan barangan oleh D1. • Perjanjian-perjanjian belian yang dipersetujui serta bertandatangan dan diletakkan cop syarikat kedua-dua pihak disokong dengan nota serahan setiap satu dengan tandatangan dan cop akuan penerimaan oleh D1. • Pengakuan oleh D1 untuk membuat pembayaran. • Bayaran ansuran telah dibuat secara bayaran cek yang telah dijelaskan. • Akaun D1 dengan plaintif adalah satu “running account”. • Keberhutangan D1 dijamin oleh D2 dan D3. • Hantar serah barangan kepada D1 oleh plaintif serta jaminan oleh D2 dan D3 yang dibuktikan melalui “Dealership Agreement” dan “Guarantee” masing-masing. Kedua-dua perjanjian tersebut adalah asas bagi kausa tindakan oleh plaintif terhadap D2 dan D3. • Jumlah yang dituntut oleh plaintif telah dikurangkan, memandangkan terdapat pembayaran balik oleh D1. [6] Isu-isu yang ditimbulkan oleh D1, D2 dan D3 tidak perlu dibicarakan sebab, plaintif telah menjawabnya secara detil dalam affidavit- affidavit yang telah difailkan, serta hujahan plaintif dalam Lampiran 25 yang tidak dapat disangkal oleh defendan-defendan. [7] Isu-isu yang ditimbulkan adalah bahawa perjanjian pengedaran bertarikh 19.3.2008 bersama surat jaminan bertarikh 8.4.2008 telah luput. Isu ini tidak wajar ditimbulkan, disebabkan kewujudan surat-surat pembaharuan perjanjian pengedaran bertarikh 1.4.2019 yang telah diakui dan ditandatangani oleh D2 selaku Pengurus Besar D1. Dengan itu, isu yang ditimbulkan bahawa tiada perhubungan kontrak kerana perjanjian pengedaran telah tamat tempoh adalah penafian yang tidak berasas. Tambah lagi, surat jaminan tidak luput, selagi hutang yang dijamin belum ditunaikan sepenuhnya, selaras dengan klausa 15 dalam perjanjian jaminan yang dijelaskan seperti berikut: This guarantee shall not be determined or affected in any way by my/any of our deaths or insanity but shall in all respects and for all purposes be binding until discharged by performance thereof. [8] Isu perbezaan diantara tuntutan plaintif dibawah writ dan dibawah permohonan untuk penghakiman terus telah terbit kerana plaintif telah menolak jumlah RM30,000 daripada akaun tertunggak D1 setelah menerima pembayaran yang masuk selepas writ difailkan. Semasa writ difailkan, jumlah tuntutan adalah RM3,336,16.59 dan semasa permohonan untuk penghakiman terus dibuat adalah RM3,306,161.59. Pengurangan jumlah tuntutan hasil daripada pembayaran balik oleh defendan-defendan adalah peristiwa yang telah berlaku setelah writ difailkan dan ianya adalah sah disisi undang-undang memandangkan pembayaran balik telah pun dibuat oleh defendan-defendan. (Lihat kes Bank Pembangunan Malaysia Berhad v Mohamed Mohaideen b Kassim Mohamed & Ors (2014) 2 MLJ 18). [9] Seterusnya daripada penelitian dokumen-dokumen amat jelas, surat-surat tuntutan telah pun diterima oleh defendan-defendan dan hutang tidak dipertikaikan. Malah surat daripada D1 bersama ansuran bayaran seminggu selepas surat tuntutan diberikan menunjukkan pengakuan liabiliti oleh pihak defendan-defendan. Dari segi undang-undang, untuk memperkukuhkan dakwaan bahawa penyata akaun tidak tepat, defendan-defendan harus mengemukakan dokumen atau keterangan yang menyangkal ketepatan penyata akaun yang dikeluarkan oleh plaintif. Dalam kes ini berlandaskan penyata akaun yang dikeluarkan oleh plaintif, pembayaran balik telah dibuat oleh defendan-defendan dan ianya telah diambil kira oleh plaintif untuk mengurangkan keberhutangan defendan. Dengan itu, tanpa bukti disebaliknya oleh defendan-defendan untuk menyangkal keesahan Sijil Keberhutangan, maka bukti keberhutangan defendan-defendan adalah kukuh, jelas dan nyata. (Lihat kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (Trading as KH Tdg) & anor (2006) 2 MLJ 685 (MP). [10] Yang utamanya, kewujudan dan pemakaian terma-terma dalam perjanjian “dealership” serta “guarantee” juga tidak dapat disangkal oleh D1, D2 dan D3. Kewujudan dokumen-dokumen tersebut terjumlah kepada satu “binding contract” antara pihak-pihak yang tidak dapat disangkal oleh kesemua defendan. Memandangkan kepada kedudukan perhubungan antara pihak-pihak, serta keberhutangan defendan-defendan kepada plaintif adalah jelas dan nyata, defendan-defendan tidak boleh timbulkan sebarang pertikaian kepada jumlah tuntutan yang terbit daripada penjualan dan pembekalan barangan oleh plaintif. (Lihat: Perangsang Dagang Sdn Bhd v Tanjong Teras Sdn Bhd & Ors (2008) 2 CLJ 199). [11] Berpandukan alasan-alasan diatas, mahkamah mendapati tidak ada “triable issues” yang ditimbulkan oleh D1, D2 dan D3 terhadap tuntutan plaintif yang amat jelas dan nyata. [12] Sehubungan dengan itu, permohonan plaintif untuk penghakiman terus dibawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap D1, D2 dan D3 dibenarkan untuk jumlah RM3,306,161.59, dengan faedah dan kos untuk dibayar oleh mereka kepada plaintif. [13] Mengenai isu kos, plaintif melalui peguambelanya mohon kos sebanyak RM3000. Peguam defendan pula mohon supaya kos sebanyak RM1000 diperintahkan. Setelah memberi perhatian khusus kepada fakta dan suasana keadaan kes serta kenyataan bahawa pertikaian dalam kes ini telah diselesaikan melalui satu permohonan interlokutori, mahkamah telah membenarkan kos sebanyak RM2500. Penghakiman terus dibenarkan. Bertarikh 23 November 2023 DITTI Muniandy Kannyappan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam NCVC 11 Peguam Plaintif - Chow Keng Chin dari Tetuan Indra Gandhi & Co. Peguam defendan – Wan Nor Idayu Wan Jusoh dari Tetuan Adli Aznam & Akram.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.