Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP JA-82D-30-08/2020 ANTARA
JA-82D-30-08/2020
Magistrates Court of Malaysia10 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“of the trial be deposited in Court. [57] Mahkamah ini merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR v ABDUL HAMID [1969] 1 MLJ 53 yang menyatakan sebagaimana berikut: “the power given by section 425 of the Criminal Procedure Code to the court to summon and examine any person to give evidence must be exercised with the utmost ca”
“ecutor [2013] 3 MLJ 630 menjelaskan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 “Anyway, in the context of s 114(g) of the Evidence Act, learned counsel’s submission brought into focus the issue of the prosecutorial discretion in the calling of w”
“ere is no wrong motive, has a discretion as to what witnesses should be called by it (see Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105 (CA), Adel Muhamed El Dabah v Attorney General of Palestine [1944] AC 168, Public Prosecutor v Datuk Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1). However, that prosecutorial discreti”
“dalam seksyen 173(l)(i) Akta 593. Mahkamah ini bersandarkan kepada kes Hassan v. PP [1962] CLJU 52; [1962] 1 LNS 52; [1962] 1 MLJ 323, yang mengikut keputusan dalam kes Ong Boon Siang & Ors v. Regina [1960] CLJU 81; [1960] 1 LNS 81; [1961] 1 MLJ 4, di mana telah diputuskan bahawa permohonan di bawah s. 173(j)(iii) Kanu”
“is well settled that in a criminal case, the prosecution, provided that there is no wrong motive, has a discretion as to what witnesses should be called by it (see Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105 (CA), Adel Muhamed El Dabah v Attorney General of Palestine [1944] AC 168, Public Prosecutor v Datuk Seri”
“si yang dinamakan terjumlah kepada unsur menyusahkan atau melengahkan penemuan keadilan sebagaimana yang digariskan dalam seksyen 173(l)(i) Akta 593. Mahkamah ini bersandarkan kepada kes Hassan v. PP [1962] CLJU 52; [1962] 1 LNS 52; [1962] 1 MLJ 323, yang mengikut keputusan dalam kes Ong Boon Siang & Ors v. Regina [196”
“an attempt at a 2nd bite of the cherry… **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 [59] Di dalam Suhani Binti Mat Daud v Public Prosecutor [2011] MLJU 655 menyatakan seperti berikut: Recalling of PW 1 This court finds that the learned defence counsel during the”
“ution and only when as set out in the provisions the evidence of that person appears to the court essential to the just decision of the case” [58] Merujuk kepada kes Public Prosecutor v Chan Kok Poh [2021] MLJU 1979: - “[98] Section 425 has a litmus test which is objective which is it is essential to the just decision”
“verify the originality of this document via eFILING portal 37 [74] Prinsip undang-undang yang sama juga telah digariskan dalam kes Muhammad Hafeez bin Zainudin v Public Prosecutor and another case [2022] MLJU 2300 yang mana menyebut: “In this Court’s view notwithstanding that the decisions referred above involve sectio”
“emampunya bagi mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas beban imbangan kebarangkalian. Rujukan di buat kepada kes Muhamad Zhafri Bin Mohamad Yunus V Public Prosecutor [2022] MLJU 917: “It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of pro”
“sebagai panduan mahkamah ini: a. Pendakwa Raya lwn Mohd Sabri bin Md Suhaimi [2024] MLJU 846: hukuman pemenjaraan selama 12 bulan & perintah pengawasan 2 tahun; b. Pendakwa Raya lwn Lim Swee Leong [2024] MLJU 622: Denda RM4,700 gagal bayar 10 bulan penjara dan perintah pengawasan 3 tahun. [98] Dalam menjatuhkan hukuman”
“47 [97] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes yang menunjukkan trend hukuman bagi kesalahan di bawah sek,15(1)(a) ADB 1952 sebagai panduan mahkamah ini: a. Pendakwa Raya lwn Mohd Sabri bin Md Suhaimi [2024] MLJU 846: hukuman pemenjaraan selama 12 bulan & perintah pengawasan 2 tahun; b. Pendakwa Raya lwn Lim Swee Leong [2”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP JA-82D-30-08/2020 ANTARA
1
HISSHAM BIN AHMAD (OKT) telah dituduh terhadap pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama seperti berikut: Pertuduhan pindaan Bahawa kamu pada 05/08/2020, jam lebih kurang 12.15 tengahari, bertempat di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seri Alam, di dalam daerah Johor Bahru, dalam negeri Johor Darul Takzim, kamu telah memberikan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan kamu sendiri iaitu dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 15 Akta yang sama. HUKUMAN Denda tidak melebihi daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun.
2
Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT di dalam Bahasa Malaysia, OKT faham pertuduhan dan mohon bicara terhadap pertuduhan tersebut.
3
Pihak pendakwaan telah mengemukakan 5 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan tersebut iaitu: SP1 : Sarjan Hafriz bin Hamdan (Pegawai Tangkapan) SP2 : Sarjan Muhammad Akmal Steve bin Abdullah (Pegawai Pengiring) SP3 : Saiful Amin bin Sabran (Juruteknologi) SP4 : Insp Sivasankar a/l Mohana Dass (Pegawai Penyiasat) : Shaharudin bin Ismail (Ahli Patologi) SP6 : Nazila binti Talib (Pegawai Sains)
4
Pada 21.8.2023 sewaktu perbicaraan ditetapkan untuk pemeriksaan balas saksi Pegawai Patologi (SP5), peguam daripada Tetuan Kamal Hisham & Assoc. (Kuala Lumpur) telah hadir ke Mahkamah memohon kes ini ditangguhkan kerana peguam yang mengendalikan kes ini tidak lagi bersama firma guaman tersebut.
5
Mahkamah ini tidak membenarkan permohonan penangguhan itu dan seterusnya peguam tersebut membuat permohonan menarik diri. Permohonan penarikan diri tersebut tidak dibenarkan dan peguam tersebut tidak menyoal balas SP5.Pihak pendakwaan kemudiannya 3 menutup kes dan Mahkamah telah menetapkan tarikh bagi OKT melantik peguam baru dan memfailkan hujahan bertulis.
6
Selanjutnya, Tetuan RK Menon melalui surat bertarikh 1.9.2023 telah memberitahu Mahkamah bahawa OKT telah melantiknya sebagai peguambela. Seterusnya, melalui surat bertarikh 18.9.2023 peguambela tersebut telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa dia berhasrat untuk memanggil semula dan menyoal balas SP5.
7
Namun demikian, peguambela tersebut di dalam Mahkamah Terbuka pada 27.9.2023 telah memaklumkan kepada Mahkamah ini bahawa dia tidak lagi berhasrat untuk memanggil semula SP5 untuk disoal balas.
8
Mahkamah ini pada 08/10/2023 telah memutuskan suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan OKT dipanggil untuk membela diri.
9
OKT pada 8.11.2023 telah memfailkan satu Notis Usul ke Mahkamah Tinggi memohon secara ringkasnya agar keputusan prima facie yang diputuskan oleh Mahkamah ini diketepikan. Mahkamah Tinggi pada 18.1.2024 telah memutuskan permohonan tersebut ditolak dan kes dikembalikan semula ke Mahkamah Majistret Jenayah (1) Johor Bahru untuk diteruskan di peringkat pembelaan.
10
OKT tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, telah merayu ke Mahkamah Rayuan di bawah kes no J-05-34- 01/2024.Mahkamah ini telah membuat semakan dengan bahagian 4 pendaftaran di Mahkamah Rayuan dan mendapati terdapat Notis Penarikan Balik Rayuan yang telah difailkan oleh OKT pada 17.04.2024.
11
OKT juga pada 13.12.2023 telah memfailkan satu notis permohonan mengikut peruntukan di bawah seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah seksyen 138(4) Akta Keterangan dimana secara ringkasnya memohon kepada Mahkamah ini untuk memanggil semula saksi-saksi pendakwaan iaitu: i. SP1: Sjn Hafriz Bin Hamdan (Pengadu); ii. SP3: Saiful Amin Bin Sabaran (Juruteknologi); iii. SP4: Insp Sivasankar a/l Mohana Dass (Pegawai Penyiasat); iv. SP5: Shaharudin bin Ismail (Peg. Patologi)
12
Mahkamah ini pada 15.2.3024, setelah meneliti afidavit dan hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak, telah memutuskan permohonan OKT untuk memanggil semula saksi SP1, SP3 dan SP4 adalah tidak dibenarkan. Permohonan untuk memanggil semula saksi dibenarkan tertakluk kepada peruntukan seksyen 173(j)(iii) KTJ.
13
Pihak pembelaan telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap kesuluruhan keputusan tersebut.
14
Pada 12.5.2024, Mahkamah Tinggi telah membenarkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan terhadap pendengaran permohonan pemanggilan semula saksi-saksi pendakwaan tersebut.
15
Selanjutnya, Mahkamah ini pada 10.6.2024, setelah meneliti keterangan OKT, keterangan saksi-saksi pembelaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan, hujahan pihak-pihak beserta keterangan terdahulu pihak pendakwaan, Mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap OKT.Oleh yang demikian, OKT didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan.
16
Pada 12.6.2024, setelah meneliti hujahan mitigasi pembelaan serta hujahan pemberatan pendakwaan terhadap hukuman, Mahkamah ini memutuskan OKT dihukum dengan denda RM4500 gagal bayar 10 bulan penjara dan 3 tahun pengawasan AADK.
17
OKT telah tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan telah memfailkan rayuan sepertimana dinyatakan dalam notis rayuan bertarikh 12 Jun 2024.
18
Di peringkat ini, tahap pembuktian adalah pada peringkat ‘prima facie’ sebagaimana yang termaktub di dalam Seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah dan sepertimana yang digariskan di dalam kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 yang mana pendakwaan hendaklah membuktikan kepada Mahkamah bahawa intipati kesalahan seperti dalam pertuduhan telah dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah seperti berikut: “The test at the close of the prosecution case would be; Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain 6 silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.
19
Intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan dinyatakan di dalam seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di baca seperti berikut: Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan:
1
Mana-mana orang yang –
a
mengguna, memberikan kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain, bertentangan dengan Seksyen 14 dengan memberikan kepadanya mana-mana dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama; atau b) … adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan jika disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. [20] Seksyen 37(k) Akta yang sama pula memperuntukkan: Seksyen 37. Anggapan. Dalam semua prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya-
k
jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah Seksyen 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya. [21] Seksyen 31A Akta yang sama memperuntukkan: Seksyen 31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap.
1
Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini-
a
yang mempunyai sesuatu sifat; atau
b
yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan, yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi udang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaan terhadap orang yang ditangkap yang dengan munasabahnya perlu bagi memutuskan kenyataan-kenyataan yang dapat memberikan bukti itu, dan untuk menggunakan atau menyebabkan untuk digunakan peraturan tersebut seperti yang dengan munasabahnya perlu untuk tujuan itu.
1A
Bagi maksud pemeliharaan keterangan, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seorang pegawai kastam untuk menghendaki orang yang ditangkap untuk memberi contoh air kencingnya untuk tujuan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) jika pegawai perubatan atau mana-mana orang yang membantu dalam perubatan atau yang di atas arahan pegawai perubatan tidak dapat melaksanakan tugas untuk memperoleh contoh air kencing itu pada masa yang munasabah. [22] Merujuk kes Public Prosecutor v Chan Kam Leong [1989] 2 CLJ 311 (Rep), Zakaria Yatim J (ketika itu) telah menyatakan bahawa: “In order to prove that a person is guilty of an offence under s. 15(a), the prosecution must prove;
1
the accused administers the drugs to himself; or the accused suffers another person, contrary to s. 14 of the Act, to administer to him the dangerous drugs, and
2
that the urine of the accused is clinically tested and found to contain the drugs.” [23] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan intipati pertuduhan yang dapat dirangkumkan seperti di bawah: a) Sama ada sampel air kencing adalah milik OKT; b) Sama ada dadah berbahaya dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. c) Sama ada Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Fakta Kes [24] Pada 5/08/2020 jam lebih kurang 12.15 tengahari bertempat di Pejabat IPD Seri Alam, SP1 telah mengarahkan SP2 untuk mengiringi OKT untuk mengambil sampel urin OKT dan hasil awal ujian saringan urin OKT telah mendapati positif dadah jenis Methamphetamine seperti dalam ekshibit P1. [25] Sampel urin tersebut seterusnya telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dianalisa dan hasil analisa yang dijalankan oleh SP5 telah mendapati sampel urin OKT mengandungi dadah jenis ‘Amphetamine dan Methamphetamine’ seperti yang dinyatakan dalam ekshibit P23. Dapatan Dan Analisis Mahkamah di Peringkat Kes Pendakwaan [26] Melalui penelitian ekstensif mahkamah terhadap keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan Mahkamah ini mendapati bahawa: a) Sama ada sampel air kencing adalah milik OKT [27] Penilaian maksimum mahkamah kepada kesemua rantaian keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam menentukan sama ada sampel air kencing adalah milik OKT mendapati bahawa: a. Keterangan SP1 menyatakan tangkapan OKT adalah merujuk kepada Laporan Polis Seri Alam/007369/20 sebagaimana eksibit P1 bagi menjalankan ujian saringan awal air kencing terhadap OKT di Pejabat Narkotik IPD Seri Alam, Johor Bahru Johor. Di Balai Polis Seri Alam, SP1 mengesahkan bahawa OKT telah memilih botol urin no siri A0083388. SP1 mengesahkan bahawa botol urin yang dipilih oleh OKT adalah dalam keadaan baik dan belum digunakan. b. Selepas itu, SP1 telah mengarahkan OKT untuk memberi air kencing dengan dieskot oleh SP2. SP2 telah mengiringi OKT ke tandas Pejabat Narkotik IPD Seri Alam bagi mendapatkan sampel air kencing OKT ke dalam botol urin tersebut sebelum diserahkan semula oleh OKT kepada SP1 untuk ujian saringan air kencing. c. SP1 telah menjalankan ujian saringan air kencing dengan mencelup 6 jenis test strip ke dalam air kencing di dalam botol urin no siri A0083388 tersebut dan SP1 mendapati bahawa test strip telah menunjukkan keputusan positif bagi dadah jenis ‘Methamphetamine’. d. SP1 telah sealkan botol tersebut sebelum membuat label ke atas botol urin tersebut dengan nama, no kad pengenalan OKT, tarikh ujian dijalankan dan no report yang bersangkut bagi kes ini sebagaimana ekshibit P3 (a)-(e). e. SP1 mengesahkan botol urin adalah dalam kawalannya dan dalam keadaan baik dan tertutup selepas ujian saringan dijalankan sehingga diserahkan kepada SP4 bersama dengan dokumen-dokumen lain. f. SP4 pula mengesahkan dia menerima botol urin A0083388 yang berada dalam keadaan berseal yang telah dilabelkan dengan nama OKT sebagaimana eksibit P3 (a)-(e) dan P6 berserta dengan sampul urin dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan daripada SP1. SP4 seterusnya menyatakan bahawa botol urin tersebut telah dihantar ke Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk dianalisa. g. SP3 mengesahkan bahawa dia telah menerima botol urin A0083388 pada 6/08/2020 berserta dengan Borang Permintaan Ujian Pengesahan Dadah dalam Air Kencing sebagaimana eksibit P5. Kemudian SP3 telah menyerahkan botol urin tersebut kepada SP5. h. Selepas sampel urin tersebut dianalisa oleh SP5, sampel air kencing OKT didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Patologi di eksibit P23. [28] Berdasarkan kepada keterangan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa rantaian pengendalian eksibit adalah bersambung tanpa ada kelompangan dari masa urin diambil sehingga dianalisa oleh SP5. Selagi sampel urin tersebut telah dilabel dan dimeterai dengan sempurna, ketiadaan keadaan kacau ganggu dalam rantaian keterangan tersebut dan ahli kimia telah mengesahkan bahawa sampel yang dianalisa adalah sama dengan sampel yang diterima maka tiada sebarang keraguan dalam kes pendakwaan seperti yang digariskan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is "a gap" does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that "gap" the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact.” b. Sama ada dadah berbahaya dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. [29] Bagi membolehkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 digunapakai, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa ujian yang dijalankan terhadap air kencing OKT mematuhi peruntukan seksyen 31A, yang mana di dalam kes ini mahkamah mendapati: a. OKT semasa menjalani ujian air kencing merupakan “arrested person” sepertimana keterangan SP1 yang menjalankan ujian saringan air kencing terhadap OKT dan dibantu oleh SP2 serta disahkan oleh SP4 bersama laporan polis P1. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ahmad Syahir bin Mohd Fauzi [2024] 1 CLJ 187, [25] Berdasarkan kepada nas undang-undang di atas, pada hemat kami meskipun pemohon di dalam rayuan ini tidak secara fizikal disentuh atau dikurung, namun keterangan yang dizahirkan oleh SP1 di mana pemohon dan 28 anggota polis yang lain telah diarahkan untuk menyerahkan kad kuasa mereka, berbaris, memberikan sampel air kencing dan seterusnya menjalani ujian pengesahan dadah dalam air kencing, jelas menunjukkan bahawa pemohon berada di bawah kawalan dan jagaan SP1 dan setiap arahan yang diberikan oleh SP1 wajib dipatuhi tanpa gagal. Malah pergerakan pemohon juga dikawal selia oleh SP4 di mana SP4 telah mengiringi pemohon ke tandas Aras 1, Balai Polis Jaya Gading bagi tujuan pemberian sampel air kencingnya. Setelah pemohon mengambil air kencingnya dan memasukkan ke dalam botol yang dibekalkan, SP4 telah mengiringi kembali pemohon ke tempat SP1 berada bagi melakukan ujian pengesanan dadah. Kebebasan pemohon telah disekat dan ini terjumlah kepada suatu tangkapan yang dimaksudkan s. 31A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 tersebut. Sudah terang lagi bersuluh pemohon berada di bawah penahanan secara konstruktif ataupun 'constructive arrest' sebelum specimen air kencingnya diambil. Mahkamah ini setelah meneliti keterangan SP1 berpuas hati bahawa pergerakan OKT telah terbatas dan kebebasannya telah disekat dan keadaan ini menunjukkan OKT telah pun ditangkap sebagaimana kehendak peruntukan seksyen 31A ADB tersebut. b. Permintaan pemeriksaan telah dibuat oleh SP1 iaitu seorang pegawai polis berpangkat Sarjan yang memenuhi keperluan minima seorang pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 31A(1A) ADB 1952. c. Kutipan sampel juga telah dibuat oleh SP1 dengan bantuan SP2. d. Sampel telah dianalisa oleh SP5 yang merupakan Pegawai Sains Kimia Hayat yang bertugas di Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selaras dengan peruntukan subseksyen (1AA). e. Sampel telah dianalisa oleh SP5 yang merupakan Pegawai Sains (Kimia Hayat) yang bertugas di Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang mana kedudukan/lantikan SP5 tidak pernah dipertikaikan.SP5 merupakan seorang pegawai sains yang di ambil bekerja oleh Kerajaan atau berkhidmat dengan Kerajaan dan telah bersara pada 26 March 2021. Di dalam kes Kamarul Farkaruddin Mohamed v PP [2013] 7 CLJ 636, Mahkamah Tinggi memutuskan: “[25] Dalam kes terhadap perayu, orang yang membuat pemeriksaan dan menjalankan ujian pengesanan dadah dalam air kencing perayu adalah Encik Muhammad Nubli Mohd Shuhaimi, pegawai sains (ahli kimia hayat), Makmal Dadah dan Penyelidikan, Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur ("HKL"). Tidak dipertikaikan HKL adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Malaysia dan pengkhidmat HKL adalah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.” [30] Justeru itu, anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai terhadap yang mana menyebut:
k
if a person is charged for an offence of consuming a dangerous drug or administering a dangerous drug to himself or suffering any other person to administer a dangerous drug to him, and any dangerous drug is found in the urine of the person charged as a result of a urine test conducted under section 31A, the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have consumed the drug or to have administered the drug to himself or to have suffered any other person to administer the drug to him in contravention of this Act or its regulations.; [31] Oleh itu mahkamah berpendapat bahawa ujian yang dijalankan telah mematuhi prosedur di bawah seksyen 31A ADB maka anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB terpakai terhadap OKT sehingga dibuktikan sebaliknya. c. Sama ada Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [32] Merujuk kepada eksibit P23 iaitu Laporan Patologi yang disediakan oleh SP5 telah mengesahkan bahawa hasil analisa terhadap urin OKT adalah positif dadah jenis Amphetamine & Methamphetamine di mana dadah ini adalah tersenarai di Bahagian III Jadual Pertama ADB
1952
Isu kegagalan memanggil Dr MM Smith telah menimbulkan anggapan buruk di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan [33] Mahkamah mendapati OKT mendakwa dia ada mendapat suntikan dan mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor bernama MM Smith di Klinik dan Surgeri Taman Daya Johor Bahru pada 2/08/2020 bagi rawatan penyakit gastrik dan ususnya. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa kegagalan pendakwaan memanggil doktor yang merawat OKT tersebut telah menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan dan membangkitkan anggapan buruk di bawah s 114(g) Akta Keterangan 1950. [34] Mahkamah meneliti keterangan SP4 sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata saksi WSSP4 seperti berikut; “…Pada tarikh yang sama juga jam lebih kurang 9.00 malam semasa saya berada di pejabat BSJND Seri Alam, OKT telah datang berjumpa dengan saya dan OKT telah serahkan ubat-ubatan yang kononnya dikatakan diambil sebelum ujian saringan awal dijalankan ke atasnya iaitu:
15
15.1 (1) foil aluminium di dalamnya terdapat (1) biji pil bewarna oren bertanda A dan bertandatangan oleh saya….
15
15.2 (1) foil aluminium di dalamnya terdapat (1) biji pil bewarna putih bertanda B dan bertandatangan oleh saya….
15
15.3 (1) foil aluminium di dalamnya terdapat (1) biji pil bewarna hijau/kelabu bertanda C dan bertandatangan oleh saya….
15
15.4 (1) foil aluminium di dalamnya terdapat (1) biji pil bewarna putih bertanda D dan bertandatangan oleh saya….
15
15.5 (1) peket ubat tenaga jenis ORS PLUS (ORAL REHYDRATION SALT) bertanda E dan bertandatangan oleh saya….
15
15.6 (1) botol bewarna putih di dalamnya berisi cecair bewarna putih (ubat gastrik) bertanda F dan bertandatangan oleh saya….
16
Kemudian saya telah rampas (6) jenis ubat-ubatan tersebut daripada OKT untuk tindakan lanjut…” “Pemeriksaan semula SP4: Saya tak setuju 2 injection yang tidak dibuat ujian JKM menyebabkan keraguan terhadap kes ini kerana hasil soal siasat doktor mengatakan kesemua ubat tak mengandungi dadah. Kesemua ubat tersebut tak ada dadah hasil soal siasat terhadap doktor. Saya rampas ubat atas arahan daripada ketua saya.2 ubat saya tak rampas kerana tak diberikan sampel oleh OKT. Saya rampas hanya apa yang diberikan oleh OKT.OKT maklum hanya makan ubat sahaja tak beritahu ada suntikan. Masa saya jumpa doktor baru tahu ada suntikan”. [35] Mahkamah ini merujuk kes Alcontara a/l Amross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705 dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut; “ Held: Per Edgar Joseph Jr. FCJ (delivering the judgment of the Court): [1] The evidence suggests that the first opportunity the appellant had to explain was at the time he was interviewed and his cautioned statement recorded from him the day after his arrest. There was therefore no evidence of delay on his part in offering an explanation. In fact the evidence indicates that the appellant had made prompt disclosure of his defence in his cautioned statement. It follows that it was wrong for the learned Judge to have assumed, contrary to the evidence, that there had been a belated disclosure of the defence, which suggested concoction. There was thus a misdirection by the Judge on this point. [2] The misdirection aforesaid has to be treated in the same way as an erroneous direction to the jury, and on this ground alone the conviction could not stand. Clearly, as a result of the misdirection, the case for the appellant must have been seriously weakened in the eyes of the Judge and the chance of attaching any degree of credence to it seriously prejudiced. [3] It was wrong for the Judge to have criticised the defence for having failed to put to the Investigating Officer, the name of Che Mat, or the latter’s telephone number or his place of abode, for the simple reason that these particulars had been disclosed in the cautioned statement, which means that the police had all the time in the world to check for their veracity. That being the case, the onus was on the prosecution to check on whether the appellant’s version of the facts as they appeared in his cautioned statement, was true or false. The defence were, therefore, under no duty to put these matters to the Investigating Officer. In holding the contrary, the Judge had undoubtedly overlooked the material portions of the cautioned statement touching on Che Mat, reversed the onus, and placed it on the defence, so that on this further ground also, the conviction had to be quashed. [4] The Judge was clearly wrong when he held that “the defence by its failure to put such questions to the prosecution witnesses ought not to be allowed to raise such issues at the defence stage”. It is settled law that although a Court may view with suspicion a defence which has not been put to the appropriate prosecution witnesses who might have personal knowledge of the points at issue, the Court is still bound to consider the defence, however weak, and to acquit, if not satisfied that the prosecution has discharged the burden of proof which rests upon it.” [36] Menggunapakai prinsip kes di atas, Mahkamah berpendapat SP4 telah membuat tindakan sebaik mungkin untuk menyiasat perkara yang diperkatakan oleh OKT sebaik sahaja OKT memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Disebabkan pemakluman oleh OKT berkenaan ubat-ubatan yang telah diambil , pada 6.8.2020, SP4 telah membuat tindakan merampas ubat-ubatan tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam P18 dan kemudian menghantar ubat-ubatan tersebut ke Jabatan Kimia Malaysia pada 11/08/2020 seperti dalam ekshibit P21. [37] Hasil analisa kimia yang dijalankan oleh SP6 telah mendapati ubat-ubatan tersebut tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya seperti yang dinyatakan dalam eksibit P22. [38] Mahkamah mendapati tiada keterangan yang menunjukkan OKT telah memaklumkan perihal suntikan yang diterima olehnya kepada SP4 “at the earliest opportunity”. Malah, SP4 mengesahkan bahawa dia tidak diberitahu oleh OKT berkenaan suntikan tersebut. [39] SP4 memberi keterangan OKT hanya memberitahu bahawa dia mengambil ubat-ubatan dan telah menyerahkan ubat-ubatan tersebut kepada SP4 pada tarikh 2.8.2020.OKT tidak ada memberitahunya berkenaan suntikan. Mahkamah merujuk kepada dokumen laporan perubatan IDD9 yang dikemukakan oleh pembelaan ianya dikeluarkan pada tarikh 5.10.2022 iaitu setelah 2 tahun kes ini dituduh di Mahkamah.Rakaman percakapan OKT juga tidak dikemukakan untuk menunjukkan OKT telah memaklumkan perihal suntikan tersebut di peringkat awal siasatan. [40] Selanjutnya, Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, Siew Yoke Keong v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630 menjelaskan seperti berikut: “Anyway, in the context of s 114(g) of the Evidence Act, learned counsel’s submission brought into focus the issue of the prosecutorial discretion in the calling of witnesses in criminal prosecution. It is well settled that in a criminal case, the prosecution, provided that there is no wrong motive, has a discretion as to what witnesses should be called by it (see Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105 (CA), Adel Muhamed El Dabah v Attorney General of Palestine [1944] AC 168, Public Prosecutor v Datuk Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1). However, that prosecutorial discretion must be subject to the most basic limitation that it has to produce all the necessary evidence to prove the case against the accused beyond reasonable doubt (see Abdullah Zawawi v Public Prosecutor [1985] 2 MLJ 16 at p 19, (SC)). Thus, in [2013] 3 MLJ Siew Yoke Keong v Public Prosecutor (Ahmad Maarop FCJ) Teoh Hoe Chye v PP Yeap Teong Tean v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 220, Abdul Hamid CJ (Malaya) (as he then was) said at p 229: Nevertheless, the decision of whether to call or not to call a witness including a witness from whom a statement has been taken is always the right of the prosecution (Abdullah Zawawi v Public Prosecutor). In so far as the trial court is concerned, its duty is essentially to decide whether on the evidence before it the prosecution has proved its case, and if there are unsatisfactory features in the prosecution case to determine whether, in the light of such features, the prosecution case fell short of proof beyond reasonable doubt (Abdullah Zawawi’s case). (Emphasis added.) [41] Mahkamah berpendapat kegagalan pihak pendakwaan memanggil doktor yang merawat OKT tidak menyebabkan kelompangan serta menimbulkan anggapan buruk di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan kepada kes pendakwaan kerana pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB dan Dr MM Smith juga telah ditawarkan kepada pihak pembelaan.Maka diperingkat ini, Mahkamah berpendapat SP4 telah menjalankan siasatannya secara menyeluruh dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen pertuduhan diluar keraguan munasabah. Penelitian mahkamah terhadap saksi pendakwaan. [42] Secara keseluruhannya mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. Keterangan SP1, SP2, SP3 SP4, SP5 dan SP6 ini adalah konsisten, kredibel dan boleh dipercayai. Mahkamah berpendapat tiada sebab untuk kesemua saksi pendakwaan untuk memperdaya OKT. [43] Keterangan yang diberikan oleh ke semua saksi ini menyokong antara satu sama lain dan tidak wujud percanggahan material. [44] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Augustine Paul FCJ menegaskan maksud "prima facie". Beliau menyatakan seperti berikut: "A 'prima facie case' is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.” [45] Justeru itu, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan dan bukti-bukti yang dikemukakan dan di atas penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan tersebut maka Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap intipati kesalahan seperti yang dipertuduhkan dan ini sekaligus membuktikan bahawa satu kes prima facie berjaya dibuktikan oleh pendakwaan terhadap OKT.Mahkamah ini juga berpuas hati keperluan dibawah seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam kes ini telah dipenuhi maka OKT adalah dianggap memberikan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam tubuh badan sendiri mengikut peruntukan seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga dibuktikan sebaliknya. [46] Mahkamah telah memerintahkan OKT untuk memasukkan pembelaan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan dan Mahkamah memberi pilihan kepada OKT di bawah seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah untuk: a) Beri keterangan bersumpah di dalam kandang saksi; b) Beri pernyataan tidak bersumpah di kandang OKT; atau c) Tetap senyap Notis permohonan mengikut peruntukan di bawah seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah seksyen 138(4) Akta Keterangan [47] Pihak pembelaan pada 13.12.2023 telah memfailkan satu notis permohonan mengikut peruntukan di bawah seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah seksyen 138(4) Akta Keterangan dimana secara ringkasnya OKT telah memohon kepada Mahkamah ini untuk memanggil semula saksi-saksi pendakwaan iaitu: i. SP1: Sjn Hafriz Bin Hamdan (Pengadu); ii. SP3: Saiful Amin Bin Sabaran (Juruteknologi); iii. SP4: Insp Sivasankar a/l Mohana Dass (Pegawai Penyiasat); iv. SP5: Shaharudin bin Ismail (Peg. Patologi) [48] Mahkamah ini pada 15.2.3024 setelah meneliti afidavit dan hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak, telah memutuskan permohonan OKT untuk memanggil semula saksi SP1, SP3 dan SP4 adalah tidak dibenarkan. Permohonan untuk memanggil semula saksi dibenarkan tertakluk kepada peruntukan seksyen 173(j)(iii) KTJ. [49] Pihak pembelaan telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut. [50] Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 138(4) Akta Keterangan [Akta 56] seperti berikut: “(4) The court may in all cases permit a witness to be recalled either for further examination-in-chief or for further cross-examination, and if it does so, the parties have the right of further cross-examination and re-examination respectively” [51] Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]: “Any Court may at any stage of any inquiry, trial or other proceeding under this Code summon any person as a witness, or examine any person in attendance though not summoned as a witness, or recall and re-examine any person already examined, and the Court shall summon and examine or recall and re-examine any such person if his evidence appears to it essential to the just decision of the case”. [52] Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 173(j)(iii) Akta 593 seperti berikut:
III
(iii) When the accused is called upon to enter on his defence, he may produce his evidence and shall be allowed to recall and cross-examine any witness present in the Court or its precincts: Provided that if the accused elects to be called as a witness, his evidence shall be taken before that of other witnesses for the defence: Provided further that any accused person who elects to be called as a witness may be cross-examined on behalf of any other accused person. [53] Seterusnya Mahkamah ini merujuk kepada sekyen 173(l)(i) Akta 593 yang menyatakan seperti berikut: “(l) (i) If the accused applies to the Court to issue any process for compelling the attendance of any witness (whether he has or has not been previously examined in the case) for the purpose of examination or cross-examination or the production of any document or other thing, the Court shall issue the process unless it considers that the application should be refused on the ground that it is made for the purpose of vexation or delay or for defeating the ends of justice,in which case that ground shall be recorded by it in writing.” [54] Pihak Pendakwaan telah membantah permohonan tersebut dengan menghujahkan secara ringkasnya walaupun peruntukan di atas membenarkan pemanggilan semula saksi, tetapi permohonan tersebut perlu dibuat secara berasas dan memerlukan penilaian oleh Mahkamah ini dengan berhati-hati. Responden telah memasukkan satu Afidavit Jawapan terhadap Notis Permohonan yang difailkan oleh Pemohon di dalam kes ini atas alasan-alasan berikut: a. Notis Permohonan tersebut adalah bersifat skandal, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah (scandalous, frivolous, vexatious, abuse of the process of the court and afterthought). b. Notis Permohonan tersebut adalah bersifat second bite of the cherry. c. Pemohon telah dipanggil untuk membela diri dan memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Namun sehingga Notis Permohonan ini difailkan, Pemohon masih belum memberi keterangan di Mahkamah. d. Segala dakwaaan, isu dan/atau fakta yang dibangkitkan oleh Pemohon di dalam Notis Permohonan dan Afidavitnya adalah dinafikan dan telahpun dihujahkan oleh pihak pendakwaan di dalam Hujahan Bertulis Pendakwaan di akhir kes pendakwaan bertarikh 18/09/2023. [55] Mahkamah ini berpendapat dalam mempertimbangkan permohonan OKT untuk memanggil semula saksi pendakwaan SP1, SP3, SP4 dan SP5, Mahkamah ini mempunyai tanggungjawab dan budi bicara untuk menentukan sama ada pemanggilan semula saksi yang dinamakan terjumlah kepada unsur menyusahkan atau melengahkan penemuan keadilan sebagaimana yang digariskan dalam seksyen 173(l)(i) Akta 593. Mahkamah ini bersandarkan kepada kes Hassan v. PP [1962] CLJU 52; [1962] 1 LNS 52; [1962] 1 MLJ 323, yang mengikut keputusan dalam kes Ong Boon Siang & Ors v. Regina [1960] CLJU 81; [1960] 1 LNS 81; [1961] 1 MLJ 4, di mana telah diputuskan bahawa permohonan di bawah s. 173(j)(iii) Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula saksi kebiasaannya akan dibenarkan kecuali pemanggilan semula saksi berkaitan adalah "frivolous or vexatious". [56] Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Mohamed Azmin Ali [2000] 7 CLJ 628 yang menyatakan: “The concern that the calling and recalling of witnesses should not be used as a device for vexation, delay or otherwise defeat the ends of justice is reflected in s. 173(l)(i) which provides for the calling of witnesses whether or not he has been previously examined:
l
(l)(i) If the accused applies to the Court to issue any process for compelling the attendance of any witness (whether he has or has not been previously examined in the case) for the purpose of examination or cross-examination or the production of any document or other thing, the Court shall issue such process unless it considers that such application should be refused on the ground that it is made for the purpose of vexation or delay or for defeating the ends of justice. Such ground shall be recorded by it in writing.
II
(ii) The Court may, before summoning any witness on such application, require that his reasonable expenses incurred in attending for the purposes of the trial be deposited in Court. [57] Mahkamah ini merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR v ABDUL HAMID [1969] 1 MLJ 53 yang menyatakan sebagaimana berikut: “the power given by section 425 of the Criminal Procedure Code to the court to summon and examine any person to give evidence must be exercised with the utmost caution and only when as set out in the provisions the evidence of that person appears to the court essential to the just decision of the case” [58] Merujuk kepada kes Public Prosecutor v Chan Kok Poh [2021] MLJU 1979: - “[98] Section 425 has a litmus test which is objective which is it is essential to the just decision of the case. Nothing less would do. While the Court is empowered to deploy this immense power of recall, it cannot be exercise wantonly or callously but it must be premised on: a) Admissible evidence. b) The recall is necessary for a just decision of the case. [101] No one is required under the law to answer a matter that is not only inadmissible but from an unknown source. Otherwise we will all be inundated with flying letters and inherently incredible claims all over the net. It is a borderless world and it could originate from anywhere around the globe. This is why strict adherence to Evidence Law must be observed to avoid being sucked in a tornado of unascertained news that offers nothing but destruction in its path. [102] As was said in HARBHAJAN v. STATE OF MP [1989] Cr. LJ 2205 (MP) lays down the proposition that the trial court can recall the witnesses if it is necessary to do so in the ends of justice. When the trial court considers recalling a witness is essential to a just decision of the case the appellate court will not interfere with the exercise of that discretion. The Trial Court cannot and should not utilise section 425 Criminal Procedure Code for the purpose other than finding a just decision. A just decision is one which after considering all matters, requires the said information or evidence (which must be admissible and relevant in the 1st instance) and proper application of the law unto the facts in order that a proper decision may be arrived at. [103] In my view, the 3 prosecution witnesses were called and cross-examined and tested against the principles of law of the recalling of them is anything but an attempt at a 2nd bite of the cherry… [59] Di dalam Suhani Binti Mat Daud v Public Prosecutor [2011] MLJU 655 menyatakan seperti berikut: Recalling of PW 1 This court finds that the learned defence counsel during the trial had ample opportunity to cross examine the complainant (PW 1) on all the material points of the case and hence the refusal of the learned trial judge to disallow the application to recall PW 1 under s. 425 of the Criminal procedure Code is not an issue. The court is aware of the Supreme Court case in Ramli bin Kechik v PP [1986] 2 MLJ 33 which held that the discretion given by s. 425 depends on the facts of each case - the main consideration being the essentiality of the additional evidence to a just decision of the case… In this instant case, the overall evidence is overwhelming and cogent against the Appellant on record even without any additional evidence. Please see Phon Nam v PP [1991] 2 MLJ 550 sc. [60] Untuk menentukan sama ada permohonan memanggil semula saksi pendakwaan tersebut bebas dari unsur "vexation or delay or for defeating the ends of justice", mahkamah ini perlu meneliti siapakah saksi-saksi yang akan dipanggil dan apakah tujuan atau alasan pemanggilannya. Maka, Mahkamah ini seterusnya telah meneliti alasan pemanggilan semula bagi setiap saksi yang disenaraikan oleh pihak pembelaan. [61] Setelah meneliti Afidavit Sokongan pembelaan, Mahkamah membuat kesimpulan bahawa pemanggilan kesemua saksi-saksi yang dinamakan di atas adalah untuk disoal balas berkenaan Garis Panduan bagi Ujian Pengesanan Penyalahgunaan Dadah dalam Air Kencing yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2022 (Garis Panduan tersebut).Di dalam afidavit sokongan tersebut juga menyatakan di Perenggan 11 dimana peguambela OKT terdahulu tidak dapat menyoal balas saksi-saksi pendakwaan dengan penuh dan lengkap serta menunjukkan dokumen kepada saksi-saksi bagi tujuan pengecaman iaitu dokumen Garis Panduan tersebut.Namun, afidavit sokongan tersebut tidak menyatakan isu apakah yang mahu ditanyakan oleh pembelaan berkenaan dengan Garis Panduan tersebut. [62] Walaupun begitu, Mahkamah ini telah meneliti kepada Garis Panduan tersebut yang dieksibitkan dalam Afidavit Sokongan tersebut. Mahkamah mendapati dokumen tersebut adalah suatu garis panduan prosedur pengambilan air kencing. [63] Setelah merujuk kepada keterangan SP1, SP3 dan SP4, Mahkamah mendapati pemeriksaan ke atas SP1, SP3 dan SP4 "was sufficiently comprehensive and completely executed by the prosecution and the defence" dimana garis panduan tersebut bukanlah suatu keterangan baru yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Soalan-soalan mengenai prosedur pengambilan air kencing telah pun disoal balas dengan baik oleh peguambela terdahulu. Pihak pembelaan juga gagal menyatakan alasan-alasan kukuh yang lain bagi pemanggilan semula saksi-saksi ini. Maka, jika pemanggilan saksi-saksi yang dinamakan seperti di atas dibenarkan, ianya merupakan second bite of the cherry seperti yang diputuskan dalam Public Prosecutor V Chan Kok Poh (supra). [64] Selain itu, terdapat kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Garis Panduan KKM tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. Malah isu penggunaan satu botol urin juga tidak menjejaskan kes pendakwaan berdasarkan kes rayuan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Rosman bin Saprey [2018] 4 MLJ 139 diikuti dengan kes Mahkamah Rayuan terkemudian di dalam kes PP v Ahmad Syahir bin Fauzi [2024] 1 CLJ 187. [65] Berdasarkan kepada huraian-huraian di atas dan keterangan yang diberikan oleh SP1, SP3 dan SP4 termasuklah pemeriksaan balas terhadap mereka semasa kes pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan pihak pembelaan untuk memanggil semula SP1, SP3 dan SP4 adalah "vexatious" atau menyusahkan dan juga "delay" atau melengah-lengahkan prosiding mahkamah. Oleh itu, Mahkamah ini menolak pemanggilan semula saksi SP1, SP3 dan SP4 tersebut. [66] Namun demikian, Mahkamah ini membenarkan permohonan OKT untuk memeriksa balas SP5 tertakluk kepada seksyen 173(j)(iii) Akta 593 berdasarkan alasan SP5 tidak pernah disoal balas oleh peguambela. Walaupun peguambela telah ‘waive his right’ setelah dia sendiri menolak untuk menyoal balas SP5 sebelum Mahkamah ini memutuskan OKT membela diri terhadap pertuduhan, Mahkamah berpendapat pemanggilan semula SP5 untuk disoal balas oleh peguambela “is necessary for a just decision of the case.” Kes Peringkat Pembelaan [67] Pada peringkat ini, OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah di dalam kandang saksi dan seramai 4 orang saksi dipanggil diperingkat pembelaan iaitu: i. Hissham bin Ahmad-SD1 (OKT) ii. Maimunah binti Mahmood-SD2 iii. Sabaáton binti Daud-SD3 iv. Insp Emmanuel A/L Michael-SD4 v. En. Shaharudin bin Ismail (Ahli Patologi) (recalled)-SP5 [68] Secara ringkasnya, OKT di dalam keterangannya telah menyatakan seperti berikut: a. Pada 5/8/2020, OKT telah diminta untuk memilih 1 plastik yang mengandungi botol urin dan OKT telah memberikan sampel air kencingnya di dalam botol tersebut; b. Ujian test strip telah dijalankan, OKT telah dimaklumkan penutup botol telah rosak semasa OKT sedang menutup botol urin tersebut. c. OKT telah diarahkan untuk mengambil paket botol yang baru dan sampel urin OKT telah dipindahkan ke botol yang baru. d. OKT menyatakan beliau diarahkan untuk membuang botol yang dikatakan rosak ke dalam tong sampah. OKT memberitahu isu pertukaran botol kepada SD2 iaitu isteri kepada OKT. e. Botol tidak diseal sehingga OKT dihantar ke lokap. f. OKT ada memaklumkan kepada anggota JIPS bahawa beliau ada menerima rawatan sakit perut pada 2/8/22020 dimana OKT ada mengambil suntikan dan ubatan dari Klinik Surgeri Taman Daya.OKT dimaklumkan SD2 ada membuat laporan polis (P10) pada 7/8/2020. g. OKT tidak pernah menggunakan dadah sebagaimana pertuduhan ke dalam badan sendiri. [69] SD2 di dalam keterangannya secara ringkasnya telah menyatakan seperti berikut: a. SD2 telah dimaklumkan bahawa OKT telah ditahan di IPD Seri Alam untuk ujian air kencing. b. Setelah SD2 tiba di IPD, SD2 diberitahu oleh OKT bahawa dia telah diarahkan untuk menukar botol urin kerana botol urin yang pertama penutupnya telah rosak. c. SD2 memaklumkan kepada anggota JIPS bahawa SD1 ada menerima rawatan oleh Dr. Smith di Klinik Surgeri taman Daya. d. SD2 menyatakan sebelum beliau keluar daripada IPD, SD2 mendapati botol tidak diseal. Dapatan Dan Analisis Mahkamah di Peringkat Kes Pembelaan [70] Melalui penelitian ekstensif mahkamah terhadap keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi dan hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah mendapati bahawa perkara asas yang perlu dipertimbangkan sepenuhnya oleh Mahkamah adalah elemen atau intipati kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dibuktikan secara prima facie sebelum ini. Oleh yang demikian pihak pembelaan wajib menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. OKT juga mestilah mengemukakan bentuk keterangan yang mencukupi dan munasabah untuk menimbulkan keraguan terhadap kes prima facie pendakwaan. [71] Dalam kes PP V Roslan Abdullah [2007] 7 CLJ 249, YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan maksud keraguan munasabah seperti berikut :- “Apakah yang dimaksudkan dengan Keraguan Munasabah atau "Reasonable Doubt" itu? Di dalam satu kes di India, K. Gopala Reddy v. State of Andhra Pradesh [1979] SCC (CR) 310 dinyatakan seperti berikut: ... reasonable doubt does not mean some light, airy, insubstantial doubt that may fit through the minds of any of us about almost anything at some time or the other, it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to evict, it means a real doubt; doubt founded upon reasons.” [72] Malahan di dalam kes PP V Teh Eng Wah [1998] 8 CLJ 451, Mahkamah Tinggi memperincikan maksud keraguan yang munasabah seperti berikut: - “It would not do any violence to the above if the difference between 'fanciful' and 'reasonable' is viewed as whether the evidence is credible, probable, plausible or logical that a reasonable person, having regard to the ordinary course of nature or natural events, human conduct, and in the particular circumstances of the particular case, would accept it as to act upon it as having occurred or been proven to have occurred, or as truthful or accurate; and not any doubt that could, with the application of some ingenuity, be conjured up, envisioned or visualized.” [73] Selanjutnya, pihak pembelaan di peringkat ini juga seharusnya mengemukakan keterangan pembelaan yang semampunya bagi mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas beban imbangan kebarangkalian. Rujukan di buat kepada kes Muhamad Zhafri Bin Mohamad Yunus V Public Prosecutor [2022] MLJU 917: “It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of probabilities which is of a higher standard than merely to raise a reasonable doubt. See Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372” [74] Prinsip undang-undang yang sama juga telah digariskan dalam kes Muhammad Hafeez bin Zainudin v Public Prosecutor and another case [2022] MLJU 2300 yang mana menyebut: “In this Court’s view notwithstanding that the decisions referred above involve section 39B(1) DDA, the duty of the trial Judge to make a finding on whether a presumption is rebutted, be it under section 37(d) or 37(da) DDA for the possession or trafficking of dangerous drugs or under section 37(k) DDA for self-administration of drugs, is the same. Therefore, in a trial for section 15(1) the Magistrate must discharge the same duty in finding on whether the presumption was successfully rebutted or not.” [75] Berdasarkan otoriti kes-kes di atas jelas bahawa seperti kes yang dibicarakan ini OKT perlu mewujudkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, bukan semudah penafian semata-mata tetapi mestilah mengikut prinsip seperti yang diputuskan di dalam kes Teh Eng Wah yang dinyatakan seperti di atas. Tambahan pula, keterangan pembelaan ini sewajarnya dianalisa atas dasar imbangan kebarangkalian sama ada mampu mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. [76] Mahkamah mendapati OKT gagal untuk memanggil saksi Dr. MM Smith yang dikatakan telah memberikan ubatan dan suntikan terhadapnya pada 2/8/2020 sedangkan keterangan doktor tersebut adalah material untuk mematahkan anggapan di bawah sek. 37(k) ADB
1952
Kegagalan memanggil saksi tersebut sebagai saksi telah mengakibatkan dokumen ‘medical report’ OKT bertarikh 5.10.2022 kekal sebagai [IDD9] dan tidak dibuktikan kandungannya. [77] Tiada juga rakaman percakapan OKT di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dikemukakan kepada Mahkamah ini untuk sekurang-kurangnya membuktikan bahawa OKT sememangnya telah memberi pemakluman kepada SP4 berkenaan suntikan tersebut semasa peringkat awal siasatan. Maka, Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam menilai keterangan SD2 yang merupakan isteri kepada OKT dan merupakan saksi berkepentingan dalam kes ini. Mahkamah berpendapat keterangan SD2 yang menyatakan bahawa OKT telah mendapatkan rawatan di klinik dan telah dikenakan suntikan tidak cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [78] Merujuk kepada kes Vijaykumar Munusamy v PP [2015] 1 LNS 242, Mahkamah Rayuan telah memutuskan suatu prinsip apabila pihak pembelaan gagal memanggil watak yang ditimbulkan, maka pembelaannya kekal sebagai suatu pernyataan kosong dan tidak dapat dipercayai: “[21] Perayu dalam keterangannya mengatakan beliau di maklumkan oleh Khairul bahawa kereta tersebut telah rosak dan mahukan perayu mengambil balik kereta tersebut. Bagaimanapun perayu tidak memanggil Khairul sebagai saksi. Kami sedia maklumkan kegagalan perayu memanggil Khairul sebagai saksi tidak boleh mengundang pemakaian s. 114(g) Akta Keterangan terhadapnya. Walau bagaimanapun, tanpa kehadiran Khairul sebagai saksi, perayu telah gagal membuktikan dakwaan atau fakta penting pembelaannya bahawa kereta itu telah rosak pada hari kejadian. Dengan itu, pembelaannya mengenai Khairul adalah bersifat bare oral assertion: PP v. Badrulsham b. Baharem [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585.” [79] Selanjutnya, sepanjang kes pendakwaan dan pembelaan berlangsung, OKT gagal mengemukakan keterangan sokongan bagi menyokong versi pembelaan OKT yang mengatakan prosedur pengambilan air kencingnya tidak teratur. Tiada laporan polis dibuat oleh OKT berkenaan perkara tersebut sedangkan tindakan tersebut perlu dibuat sesegera mungkin selepas selesai tempoh tahanan reman sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku. Sebaliknya, SD2 pula yang membuat laporan polis pada 7.8.2020 bagi melaporkan berkenaan pengambilan sampel air kencing OKT yang tidak teratur tersebut sedangkan pada waktu tersebut OKT telah dibebaskan dari tahanan reman. Pada pandangan Mahkamah keterangan SD2 tersebut gagal menyokong versi pembelaan OKT kerana SD2 tidak melihat apa yang berlaku semasa ujian saringan awal yang dijalankan terhadap OKT. [80] Selain itu, OKT dan SD2 juga gagal menunjukkan kepada Mahkamah ini apakah motif saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP1, SP2 dan SP4 mahu melakukan penganiayaan kepada OKT.Mahkamah berpandangan tiada sebab untuk pihak polis ingin mereka-reka cerita bagi menganiayai OKT. Merujuk kepada prinsip dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257: [33] “When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of things we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [81] Mahkamah ini berpendapat pembelaan OKT adalah berbentuk penafian semata-mata yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan yang juga secara langsung tidak sedikitpun menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan kerana OKT hanya menafikan sahaja dia tidak mengambil sebarang dadah. [82] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 telah mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan: “The bare denial by the Respondent does not amount any doubt whatsoever.” [83] Mahkamah Persekutuan selanjutnya menambah: “A mere denial does not amount to a credible defence.” [84] Merujuk kepada kes PP v Nur Hassan Bin Salip Hashim & Anor [1993] 2 CLJ 551 yang menyatakan: “The evidence of the second Accused was only one of denial; denial of having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial of having been together with the first Accused, denial of sitting on the same chair together with the first Accused and denial of being found immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All these evidences of the second Accused were offered in contradiction to the evidence of the prosecution. The denials have not in any way created any doubt, on a balance of probabilities, in the case of the prosecution. Neither were the presumptions of possession or knowledge rebutted. Nothing was offered by the evidence of the second Accused by way of rebutting the presumption of trafficking arising from the fact that the cannabis weighed 311.4 grammes. The second Accused had also therefore failed to rebut the presumption of trafficking.” [85] Di dalam kes ini juga, OKT semasa peringkat pembelaan telah memanggil semula SP5 iaitu ahli patologi untuk memberi keterangan. Semasa peringkat pemeriksaan balas, peguambela OKT telah menyoal balas SP5 berkenaan sampel botol urin yang diterima oleh SP3 di bahagian kaunter HSA. [86] Walaupun pembelaan cuba mencabar kredebiliti SP5 sebagai seorang pegawai sains kimia hayat serta cuba mencabar kredibiliti SP3 melalui SP5 namun SP5 semasa memberi keterangan jelas menyatakan bahawa semasa proses penerimaan botol urin OKT, botol berada dalam keadaan baik, berseal serta SOP telah dipatuhi oleh SP3 sebelum SP5 bersetuju untuk menerima botol urin OKT daripada SP3. [87] Selanjutnya, pembelaan juga menghujahkan bahawa pendakwaan telah gagal meminta saksi menjelaskan berkenaan keputusan analisa dadah jenis Amphetamine dan Metahamphetamine yang dibuat pada sampel urin yang sama adalah merupakan ‘unsatisfactory features’ kepada kes pendakwaan. Mahkamah mendapati SP5 telah memberi keterangan seperti berikut sewaktu pemeriksaan balas: “ Peguambela : Adakah ujian-ujian yang dijalan oleh kamu untuk mengesan drugs-drugs yang dinyatakan ataupun adakah kamu memilih 1 jenis atau 2 jenis drug untuk sasaran (target drugs)? : Saya menyasarkan dadah-dadah yang termasuk dalam ATS iaitu bahagian C Peguambela : Bahagian C Apa dia? : Iaitu Ampethamine, Methapethamine, MDA dan MDMA Peguambela : Ujian kamu mendapati bahawa ada Amp/Meth? : Ya. Peguambela : Ini adalah 2 jenis drugs yang berlainan betul? : Tidak setuju ini adalah satu family sama. Peguambela : Family yang sama tapi bahagian kimia telah memberi nama berasingan? : Dengan izin puan saksi telah memberi jawapan ianya satu kumpulan yang sama. Mah : Jawapan dia satu kumpulan yang sama? Peguambela : Satu family Peguambela : Adakah kamu boleh kesan Ampethamine dan Methapethamine separately? : Ya. Dalam analisis saya boleh. Peguambela : Adakah kamu setuju dengan saya Amp dan Meth adalah different drugs? : Tidak setuju ia adalah satu sebatian yang sama. Peguambela : Satu bahagian yang sama.. : Saksi dah jawab bukan different drugs apa nak soal lagi Peguambela : I am cross examining him.. (suara tidak jelas) : You pun buat saksi macam itu Mr Menon my saksi already said tidak setuju Amphetamine bukan dadah berbeza, that’s it. Peguambela : Boleh beritahu jika sama sebab apa dalam pertuduhan boleh kata Ampethamine dan Methampethamine, boleh beri apa-apa penjelasan? : Dia adalah satu sebatian yang sama. Bila dianalisa dia mengeluarkan 2 dimana Methamphetamine itu adalah lebih besar sebatian dia daripada Amphetamine.” [88] Berbeza dengan kes PP v. Jarizal Jasni [2023] 8 CLJ 951, Mahkamah mendapati SP5 telah menjelaskan kenapa analisa beliau mengeluarkan hasil Amphetamine dan Methamphetamine.SP5 jelas menyatakan bahawa Amphetamine dan Methamphetamine tersebut bukanlah dadah yang berbeza tetapi ianya adalah sebatian yang sama dimana apabila dianalisa Methamphetamine adalah lebih besar sebatiannya daripada Amphetamine. [89] Justeru itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa SP3 dan SP5 merupakan saksi yang kredibel dan tiada sebarang percanggahan ketara semasa peringkat kes pendakwaan mahupun semasa SP5 dipanggil semula semasa peringkat pembelaan. Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan [90] Berdasarkan dapatan analisis mahkamah di akhir kes pembelaan, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan merupakan suatu penafian semata-mata dengan tidak disokong sepenuhnya oleh keterangan dari saksi-saksi pembelaan sekaligus tidak berjaya menerbitkan keraguan munasabah yang berpaksikan kepada alasan yang konkrit seperti yang ditakrifkan di dalam kes K. Gopala Reddy v. State of Andhra Pradesh [1979] SCC (CR) 310 dinyatakan seperti berikut: “... reasonable doubt does not mean some light, airy, insubstantial doubt that may fit through the minds of any of us about almost anything at some time or the other, it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to evict, it means a real doubt; doubt founded upon reasons.” [91] Sekaligus keterangan pembelaan yang bersifat penafian ini atas dasar imbangan kebarangkalian tidak berjaya mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. [92] Mahkamah juga dengan berwaspada telah berpegang pada prinsip asas di dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 sebelum membuat keputusan yang menyatakan dalam perenggan (a) seperti berikut: “The position may be conveniently stated as follows: –
a
If you are satisfied beyond reasonable Convict. doubt as to the accused's guilt
b
If you accept or believe the accused's explanation Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit.” [93] Setelah mempertimbangkan pembelaan OKT serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya gagal mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. [94] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melangkaui keraguan yang munasabah dengan berjaya membuktikan setiap intipati kesalahan di bawah 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dengan itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan yang dipertuduhkan terhadapnya. [95] Dalam rayuan mengurangkan hukuman, peguambela menghujahkan OKT telah bekerja sebagai seorang anggota polis yang taat dan setia selama 30 tahun. Sekarang OKT berumur 53 tahun. Umur pencen adalah 60 tahun dan dengan adanya sabitan ini, maka OKT akan hilang semua hak-hak beliau sebagai penjawat awam termasuk pencen. Memandangkan umur OKT sserta keadaan kesihatannya, maka dipercayai OKT tidak akan mendapat pekerjaan lain. [96] Timbalan Pendakwaraya dalam hujahan pemberatannya memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap OKT mengambil kira faktor-faktor berikut: a. OKT merupakan seorang penjawat awam yang berkhidmat di dalam pasukan PDRM. b. OKT yang mengetahui beliau adalah seorang penjawat awam dan juga anggota PDRM seharusnya tidak terlibat sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah mahupun jenayah yang lain. c. OKT sebagai soerang angggota PDRM yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pasukan PDRM dan masyarakat. Namun tindakan yang dilakukan oleh OKT ini telah mencemarkan nama baik PDRM. d. OKT semasa melakukan kesalahan ini merupakan seorang anggota PDRM yang mempunyai pengetahuan mengenai objektif dan misi PDRM dalam membanteras jenayah termasuk jenayah yang melibatkan penyalahgunaan dadah. e. Perbicaraan penuh telah berlangsung dimana pendakwaan telah memanggil saksi pendakwaan seramai 6 orang dan pembelaan telah memanggil saksi seramai 4 orang. [97] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes yang menunjukkan trend hukuman bagi kesalahan di bawah sek,15(1)(a) ADB 1952 sebagai panduan mahkamah ini: a. Pendakwa Raya lwn Mohd Sabri bin Md Suhaimi [2024] MLJU 846: hukuman pemenjaraan selama 12 bulan & perintah pengawasan 2 tahun; b. Pendakwa Raya lwn Lim Swee Leong [2024] MLJU 622: Denda RM4,700 gagal bayar 10 bulan penjara dan perintah pengawasan 3 tahun. [98] Dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT mahkamah telah mempertimbangkan hujahan rayuan OKT serta hujahan pemberatan daripada Timbalan Pendakwa Raya dan prinsip-prinsip asas hukuman berdasarkan alasan-alasan seperti berikut: - a) Merujuk kes R v Ball [1951] 35 Cr App R 164 di mana Mahkamah Rayuan jenayah menyatakan semula prinsip-prinsip yang boleh membimbing mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence, a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment wil be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe. Maka dalam menentukan hukuman setimpal kepentingan awam mestilah menjadi faktor keutamaan. Satu elemen kepentingan awam yang utama adalah keadilan dan ianya tidak bermaksud keadilan kepada OKT sahaja malah juga kepada masyarakat umum. b) Keberleluasaan atau rampancy kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan dadah berbahaya ini perlu di sekat agar tidak melarat dan seperti yang kita sedia maklum bahawa dadah merupakan musuh no.1 negara yang mampu memusnahkan tamadun masyarakat yang berwawasan. Oleh yang demikian hukuman yang dijatuhkan kepada OKT haruslah suatu bentuk hukuman yang menterjemahkan kebencian negara terhadap keberleluasaan masyarakat yang terlibat dengan kesalahan ini. Justeru pendekatan hukuman deterrent bagi OKT adalah salah satu cara bagi mencapai maksud ini. c) Kes ini telah diputuskan melalui perbicaraan penuh, dengan pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi dan melibatkan pengemukaan eksibit. Sementara pembelaan telah memanggil 4 orang saksi. Justeru itu hukuman yang dikenakan hendaklah mengambil kira masa perbicaraan yang panjang dan jumlah saksi yang dipanggil kerana melibatkan kos kerajaan. d) OKT dalam kes ini merupakan seorang anggota polis yang diberikan mandat dan kepercayaan untuk menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat daripada kegiatan jenayah sebaliknya OKT sendiri telah mengkhianati kepercayaan tersebut dengan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian hukuman yang berwajaran adalah penting dalam memberi pengajaran dan keinsafan kepada OKT dengan memetik penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi Wan Yahya dalam kes Public Prosecutor v Vijaya Raj [1981] 1 MLJ 43 yang menyebut: “You have disgraced both yourself and your profession. As a result, you will, no doubt, lose your position, your calling and, above all, the respect which you have commanded as a headmaster. The job of a master, teacher and adviser to our future generation is indeed an honourable one and you have lost it by merely, as the records speak, through your inability to cut your coat according to your cloth. It is distressing to note that a single act of dishonesty had demolished a respectable profession which had taken the best years of your life to build. The loss of your job and the humiliation suffered by this conviction are by themselves a substantial part of your punishment.” [99] Berdasarkan pertimbangan terhadap faktor-faktor diatas, Mahkamah berpendapat hukuman denda RM4500 gagal bayar penjara 10 bulan penjara serta 3 tahun pengawasan AADK adalah suatu hukuman yang setimpal dikenakan terhadap OKT. tt (HIDAYATUL SYUHADA BINTI SHAMSUDIN) Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru Johor 19.7.2024 Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqiilah binti Ahmad Rofaie Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Pihak Pembelaan Abdul Hamid Menon Bin Abdullah Tetuan RK Menon Halaman ini sengaja dibiarkan kosong
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.