1
Ini ialah kes mengenai tuntutan Plaintif terhadap Defendan di Mahkamah Majistret, Shah Alam bagi bayaran kerja arkitek berjumlah RM95,400.00 setakat 31-3-2022.
BA-11BNCvC-44-12/2022
High Court of Malaysia26 Jun 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ants nor DW2, on behalf of the Defendants, agreed to those arbitrary terms. Acceptance must be absolute and unqualified and, in the manner, prescribed by the offeror, see Section 7(a), and (b) of the Contracts Act 1950. It is necessary therefore for me to determine whether there was in this case a concluded agreement b”
“eh Pn Majistret: [24] Beban pembuktian terletak pada pihak yang mendakwa atau yang mengatakan kewujudan sesuatu fakta. Ini telah diperuntukkan di bawah seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950 /Act 56). [25] Pemakaian prinsip beban pembuktian ini telah dijelaskan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v”
“tidak boleh dianggap sebagai penerimaan oleh Defendan. Mahkamah Majistret merujuk kepada kes yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Defendan iaitu kes Chan Yuet Chun @ Chan Oi Lin v Martego Sdn Bhd [1996] MLJU 573, Mahkamah memutuskan bahawa − “This requirement or condition by the Plaintiff for the acceptance of the”
“ocument via eFILING portal 14 [33] Mahkamah Majistret merujuk kepada kes yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Defendan iaitu kes Quantum Synergy Sdn Bhd v Sin Kean Boon Metal Industries Sdn Bhd [2004] MLJU 340, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: “Whilst in the affidavit in support the Managing Director of the Plain”
“janjian bertulis tidak boleh diputuskan bahawa Plaintif tidak menyempurnakan kerja-kerja yang diminta oleh Defendan. Dalam kes Usahawan Bersama Teknik Sdn Bhd v. Hyperwave Systems Engineering Sdn Bhd [2021] MLJU 3076 Mahkamah Tinggi memutuskan − “[39] It is settled law that the act of acceptance may be either in words”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini ialah kes mengenai tuntutan Plaintif terhadap Defendan di Mahkamah Majistret, Shah Alam bagi bayaran kerja arkitek berjumlah RM95,400.00 setakat 31-3-2022.
2
Perbicaraan penuh diadakan di hadapan Puan Majistret (selepas ini disebut “Pn Majistret yang bijaksana”).
3
Pn Majistret yang bijaksana menolak keseluruhan tuntutan Plaintif.
4
Tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Pn Majistret yang bijaksana, Plaintif merayu ke Mahkamah Tinggi.
5
Pada 26-6-2023, saya telah membenarkan rayuan oleh Plaintif dengan kos. Keputusan Pn Majistret yang bijaksana diketepikan.
6
Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, kini merayu ke Mahkamah Rayuan.
7
Dalam alasan penghakiman ini, Mahkamah menyebut pihak-pihak sebagaimana mereka di Mahkamah Majisret.
8
Plaintif dan Defendan mempunyai hubungan perniagaan di mana sepanjang 2 tahun iaitu tahun 2015 dan 2016, atas permintaan DefendanPlaintif telah melakukan kerja arkitek iaitu lakaran, cutting list drawing, dan nasihat konsultasi kepada Defendan berkenaan dengan S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 projek Defendan iaitu MRT S8 Bandar Kajang.
9
Dalam perbicaraan, dokumen-dokumen yang dirujuk adalah sebagaimana Part B Ikatan Dokumen Bersama.
10
Cara kerja yang dilakukan antara Plaintif dan Defendan ialah melalui hantaran e-mel dan percakapan telefon. Saksi Plaintif, Lim Yoon Keong, Pengurus Projek Plaintif (SP-1) dalam pemeriksaan balas menyatakan bahawa cara kerja ini dilakukannya dan seorang lagi pekerja Plaintif dan pekerja Defendan. SP-1 mengakui bahawa tiada apa-apa dokumen di hadapan Mahkamah untuk menunjukkan bahawa Defendan telah membuat pesanan atau permintaan secara bertulis kepada Plaintif. Urusan antara mereka ialah melalui komunikasi lisan dan forward emails.
11
Pekerja Defendan bernama En. Mohd Fadzli Bin Mas’ud, Pelukis Pelan (SP-3) berada di pejabat Plaintif semasa kerja shop drawing dan selepas En. Fazli selesai, En. Fazli menyerahkan kepada pekerja Plaintif (En. Fakhruddin) untuk menghasilkan cutting list dan seterusnya dihantar kepada supplier untuk kerja fabrication.
12
Keberadaan pekerja Defendan untuk berkerja di pejabat Plaintif disahkan oleh saksi Defendan sendiri iaitu En. Ng Wai Choong, Pengarah Defendan (SD-1).
13
Keterangan Plaintif menyatakan bahawa hubungan dan komunikasi untuk melaksanakan kerja antara Plaintif dan Defendan termasuk hadir dalam mesyuarat dan penyediaan perkhidmatan bagi projek S8 MRT Bandar Kajang adalah dibuat mengikut spesifikasi dan kualiti yang dikehendaki oleh Defendan. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
14
Saksi Plaintif dalam keterangannya telah menyatakan bahawa kerja yang dilakukan oleh Plaintif dan Defendan dibuat secara perbincangan/mesyuarat sehingga dapat dimuktamadkan dan kemudiannya dihantar kepada supplier in China to make production.
15
Keterangan saksi Defendan (SD-1) dalam pemeriksaan balas juga mengakui bahawa pihak Defendan telah “seconded” En. Mohd Fadzli (SP-3) untuk bekerja di pejabat Plaintif dan di bawah pengawasan pekerja kanan Plaintif. SD-1 mengakui ketiadaan apa-apa perjanjian untuk membuktikan permintaan yang dibuat oleh Defendan kepada Plaintif selain daripada hanya melalui “mouth talking only”. Hubungan kerja begini sudah terjalin antara Plaintif dan Defendan dan wujud kepercayaan antara mereka.
16
Berdasarkan itu, Plaintif memplidkan dalam tuntutannya bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa wujud kontrak antara Plaintif dan Defendan.
17
Peruntukan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 dan keputusan Yang Arif Gunalan Muniandy, Mahkamah Tinggi Johor Bahru (Y.A. ketika itu) dalam kes CITC (Malaysia) Sdn Bhd v. Agricode Sdn Bhd & Other Case [2015] 1 LNS 142 adalah dirujuk dan dipetik oleh peguam cara terpelajar Plaintif sebagai hujahan untuk membuktikan bahawa terdapat perjanjian di antara Plaintif dengan Defendan.
18
Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah bicara, fakta bahawa Plaintif telah menyempurnakan kerja sebagaimana permintaan Defendan adalah diakui oleh pekerja Defendan yang dipanggil menjadi saksi Plaintif bahawa pekerja Plaintif ialah orang yang melakukan kerja S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 lakaran (cutting list drawing).
19
Keterangan Defendan melalui pembelaan, keterangan lisan dan keterangan dokumentar menyatakan perkara yang berikut:
a
Defendan tiada pengetahuan mengenai pernyataan Plaintif yang menyediakan lakaran dan melakukan kerja-kerja arkitek untuk Defendan.
b
Defendan menyatakan bahawa kerja-kerja arkitek hanya boleh disediakan/dilakukan oleh orang/syarikat yang berkelayakan (“qualified person”) yang telah didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967 (“registered person”).
c
sepanjang pengetahuan Defendan, Plaintif bukanlah syarikat yang berkelayakan dan/atau Plaintif tidak didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967.
d
Defendan tidak pernah memesan dan/atau meminta Plaintif untuk melakukan sebarang kerja-kerja arkitek sepertimana yang didakwa oleh Plaintif.
e
Defendan menegaskan bahawa tiada apa-apa kerja arkitek yang disediakan oleh Plaintif kepada Defendan. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA
f
Defendan selanjutnya menyatakan bahawa pengataan Plaintif bahawa Defendan akan membayar kepada Plaintif ke atas kerja-kerja yang dilakukan atas harga-harga yang ditetapkan oleh Plaintif adalah langsung tidak masuk akal.
g
adalah mustahil bagi Defendan bersetuju untuk membayar bagi kerja-kerja Arkitek yang didakwa tersebut berdasarkan harga-harga yang ditetapkan oleh Plaintif sendiri tanpa persetujuan terdahulu Defendan. Ia adalah suatu kebiasaan di dalam perniagaan (“business norm”) bahawa harga perkhidmatan haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dahulu sebelum transaksi tersebut dilaksanakan.
h
sekiranya dakawan-dakwaan Plaintif mengenai penyediaan kerja-kerja Arkitek yang didakwa tersebut adalah benar (yang mana dinafikan), sudah tentu Plaintif akan memplidkan dengan lebih terperinci mengenai pelantikan Plaintif oleh Defendan. Sebagai contohnya, cara pelantikan (sama ada melalui surat pelantikan atau sebaliknya); tarikh sebenar (“exact date”) Defendan melantik Plaintif; skop kerja; dan fi Plaintif.
i
Defendan tidak pernah menerima invois bertarikh 31-3-2020 tersebut dan hanya mengetahui tentang invois tersebut pada 24-8-2020 apabila sesalinan invois tersebut diserahkan kepada peguam cara Defendan menurut perintah bertarikh 18-8-2020 oleh Mahkamah Majistret. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA
j
Plaintif mendakwa bahawa kerja-kerja Arkitek yang didakwa tersebut telah disediakan kepada Defendan sepanjang tahun 2015 sehingga 2016. Manakala, invois yang kononnya telah diisukan/diserahkan kepada Defendan (yang mana dinafikan) adalah bertarikh 31-3-2020 iaitu lebih kurang 4 tahun selepas kerja-kerja Arkitek yang didakwa tersebut diselesaikan. Sekiranya tuntutan Plaintif adalah benar (yang mana dinafikan), sudah tentu invois akan diisukan dalam tempoh masa yang munasabah selepas kerja-kerja Arkitek yang didakwa tersebut diselesaikan, dan bukan selepas 4 tahun. [20] Defendan memplidkan bahawa – • kegagalan Plaintif untuk memplidkan fakta yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa dakwaan-dakwaan Plaintif hanyalah pengataan kosong. • tuntutan Plaintif adalah berniat jahat (“bad faith”), tidak berasas dan merupakan suatu pemikiran semula (“afterthought”) kerana pada hakikatnya, Defendan tidak pernah meminta dan/atau menerima sebarang perkhidmatan daripada Plaintif. • tuntutan Plaintif ini merupakan suatu tindakan balas (“retaliation”) terhadap penghakiman terus yang diperolehi oleh Defendan terhadap Plaintif di dalam Mahkamah Sesyen Shah Alam Guaman No.: BA-B52C-1-01/2020 (“Penghakiman Terus”); dan adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah untuk mengenakan tekanan yang tidak S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA wajar (“exerting undue pressure”) terhadap Defendan dan menggunakan tindakan ini sebagai pengaruh (“leverage”) untuk tidak menyelesaikan jumlah penghakiman di bawah Penghakiman Terus tersebut. [21] Justeru itu, Defendan memohon seperti berikut –
a
tuntutan Plaintif terhadap Defendan ditolak;
b
kos; dan
c
apa-apa relief yang Mahkamah ini fikirkan sesuai dan adil. Jawapan kepada pembelaan: [22] Mahkamah ini telah membaca perkara yang dibangkitkan oleh Defendan vide Jawapan kepada pembelaan, di mana Plaintif menjawab seperti yang berikut:
a
perkara Sijil Arkitek: tuntutan ini berkenaan dengan kerja atau perkhidmatan yang disediakan oleh Plaintif terutama kepakaran Plaintif dalam bidang kerja aluminium. Ini termasuklah kerja lakaran untuk memasukkan atau memasang sesuatu barang aluminium ke dalam sesuatu bangunan sebagai contoh tingkap atau pintu dsbnya. Kerja-kerja inilah yang diminta oleh Defendan kepada Plaintif. Plaintif tidak memerlukan Sijil Arkitek untuk membuat kerja-kerja sedemikian. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA
b
perkara harga yang ditetapkan Plaintif: sebagai pemberi perkhidmatan atau penjual, Plaintif menetapkan harga ke atas perkhidmatan yang diberinya. Perbincangan dengan Defendan diadakan yang akhirnya dipersetujui oleh kedua-duanya.
c
perkara tarikh melakukan kerja oleh Plaintif: pada setiap lakaran dan kerja yang dihantar kepada Defendan ada dicatatkan tarikh kerja dibuat. Dokumen mengenainya akan dirujuk dalam perbicaraan.
d
perkara kelewatan mengeluarkan invois bagi pembayaran: hubungan perniagaan yang lama antara Plaintif dan Defendan dan banyak transaksi berlaku untuk beberapa projek yang berlainan antara kedua-duanya adalah punca Plaintif meletakkan kepercayaan kepada Defendan. Plaintif telah melaksanakan kerja yang diminta Defendan maka Defendan bertanggungan untuk membayar kepada Plaintif.
e
perkara Penghakiman Terus yang memihak kepada Defendan: pelaksanaan Penghakiman Terus adalah tidak berkaitan dengan tuntutan Plaintif ini. Plaintif telah membayar Defendan bagi Penghakiman Terus tersebut. Tuntutan Plaintif di sini ialah mengenai keberhutangan Defendan kepada Plaintif. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Sama ada terdapat kekhilafan dalam keputusan Pn Majistret yang bijaksana? Isu yang dikenal pasti oleh Mahkamah Majistret: [23] Mahkamah Majistret setelah memperhalusi isu yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan mendapati isu untuk diputuskan oleh Mahkamah adalah seperti yang berikut:
a
sama ada Defendan ada memesan dan meminta Plaintif untuk menyempurnakan Perkhidmatan tersebut untuk projek Defendan MRT S8 Bandar Kajang.
b
sama ada Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut dan Defendan telah menerima Perkhidmatan tersebut (lakaran, drawing dan nasihat konsultansi) untuk projek S8 dari 2015 hingga 2016.
c
sama ada Plaintif dan Defendan telah bersetuju bahawa setelah Plaintif menyempurnakan Perkhidmatan tersebut, Defendan akan membayar untuk Perkhidmatan tersebut.
d
sama ada Defendan telah menerima Invois tersebut. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Prinsip Undang-Undang yang digunapakai oleh Pn Majistret: [24] Beban pembuktian terletak pada pihak yang mendakwa atau yang mengatakan kewujudan sesuatu fakta. Ini telah diperuntukkan di bawah seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950 /Act 56). [25] Pemakaian prinsip beban pembuktian ini telah dijelaskan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v Perwaja Steel Sdn Bhd [1998] 2 CLJ di mana Mahkamah menetapkan seperti berikut: “Under s. 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. In other words, the Plaintif must prove such facts as the Plaintiffs desires the court to give judgment as to its right to claim against the Defendant or the Defendant’s liability to pay the Plaintiff. The burden of proof is on the Plaintiff: s 101(2). In order to succeed here, the Plaintiff must prove its claim affirmatively.”. Dapatan Mahkamah Majistret (Mahkamah bicara): Isu (a): Sama ada Defendan ada memesan dan meminta Plaintif untuk menyempurnakan Perkhidmatan tersebut untuk projek Defendan MRT S8 Bandar Kajang? S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [26] Berdasarkan pernyataan tuntutan, Defendan telah meminta/memesan untuk Plaintif menyempurnakan Perkhidmatan tersebut untuk Defendan. Walau bagaimanapun, semasa perbicaraan, tiada sebarang bukti dokumentari seperti Pesanan Lisan daripada Plaintif. Ini turut disokong dengan keterangan daripada SP-1. [27] Mahkamah Majistret bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa sekiranya terdapat Pesanan Lisan, sudah pasti Plaintif akan menunjukkan kepada Mahkamah mengenai pelantikan Plaintif oleh Defendan untuk membuktikan kes Plaintif. Contohnya seperti –
a
tarikh sebenar (exact date) Defendan melantik Plaintif untuk melakukan Perkhidmatan tersebut;
b
skop kerja; dan
c
fi Plaintif. [28] Oleh itu, bagi isu (a), memandangkan tiada bukti dikemukakan di Mahkamah, Mahkamah Majistret berpandangan Defendan tidak memesan dan meminta Plaintif untuk menyempurnakan Perkhidmatan tersebut untuk projek Defendan MRT S8 Bandar Kajang. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Isu (b): Sama ada Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut dan Defendan telah menerima Perkhidmatan tersebut (lakaran, drawing dan nasihat konsultansi) untuk projek S8 dari 2015 hingga 2016? [29] Semasa perbicaraan, tiada bukti dikemukakan di Mahkamah untuk menunjukkan bahawa Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut kepada Defendan. SP-1 dalam keterangannya di Mahkamah memaklumkan bahawa En. Fakhruddin telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut untuk Defendan tetapi Fakhruddin tidak dipanggil sebagai saksi di Mahkamah. [30] Memandangkan En. Fakhruddin tidak dipanggil sebagai saksi di Mahkamah, tiada bukti dapat ditunjukkan bahawa Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut kepada Defendan dan Encik Fakhruddin juga tidak dapat mengesahkan bahawa Defendan telah menerima Perkhidmatan tersebut. [31] Menurut keterangan SP-1, Plaintif secara amnya selepas penyediaan lakaran akan, secara kebiasaannya, mendapat pengesahan daripada pelanggannya mengenai lakaran-lakaran yang disediakan sebelum pengeluaran. Namun, Plaintif tidak meminta apa-apa pengesahan daripada Defendan mengenai Cutting List Drawing tersebut sebelum pengeluaran/production. [32] Tiada bukti dokumentari dikemukakan kepada Mahkamah oleh Plaintif untuk menunjukkan yang Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [33] Mahkamah Majistret merujuk kepada kes yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Defendan iaitu kes Quantum Synergy Sdn Bhd v Sin Kean Boon Metal Industries Sdn Bhd [2004] MLJU 340, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: “Whilst in the affidavit in support the Managing Director of the Plaintiff had averred that he was deposing to the truth of the contents of the affidavit based on documents in his possession, it is surprising therefore that having made such an assertion, he had failed to annex such documents or delivery orders or show proof of any acknowledgment of receipt of those goods by the Defendant. Such an absence gives rise to the assumption that there are no such delivery orders in existence. Whatever delivery orders there are in the affidavit, do not however bear the signature nor the chop of the Defendant as having received the goods. The space for the signature and the chop on the delivery order is blank. The basic rule of law is that the person alleging must prove. The burden of proof of the existence of the debt is with the Plaintiff. The Plaintiff has proven that a sum of RM17,549.84 is due, merely through the admission by the Defendant.”. [34] Oleh itu, bagi isu (b), Mahkamah Majistret berpandangan bahawa Plaintif telah gagal menyempurnakan Perkhidmatan tersebut dan oleh itu Defendan juga tidak menerima Perkhidmatan tersebut. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Isu (c): Sama ada Plaintif dan Defendan telah bersetuju bahawa setelah Plaintif menyempurnakan Perkhidmatan tersebut, Defendan akan membayar untuk Perkhidmatan tersebut? [35] Berdasarkan keterangan SP-1, SP-1 menyatakan bahawa sekiranya invois dikeluarkan oleh Plaintif kepada Defendan untuk sesuatu jumlah pembayaran yang hendak dibayar oleh Defendan dan sekiranya Defendan tidak membantah invois tersebut, Defendan akan membayar jumlah tersebut. [36] Mahkamah Majistret berpandangan bahawa tiada apa-apa bantahan daripada Defendan ini tidak boleh dianggap sebagai penerimaan oleh Defendan. Mahkamah Majistret merujuk kepada kes yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Defendan iaitu kes Chan Yuet Chun @ Chan Oi Lin v Martego Sdn Bhd [1996] MLJU 573, Mahkamah memutuskan bahawa − “This requirement or condition by the Plaintiff for the acceptance of the terms in P3 is clear and unambiguous. Neither the Defendants nor DW2, on behalf of the Defendants, agreed to those arbitrary terms. Acceptance must be absolute and unqualified and, in the manner, prescribed by the offeror, see Section 7(a), and (b) of the Contracts Act 1950. It is necessary therefore for me to determine whether there was in this case a concluded agreement between the parties as alleged by the Plaintiff. As I had said earlier this case revolves upon the elementary principles of offer and acceptance. An acceptance is only effective if it has been communicated to the offeror. The offeror cannot bind the offeree by stating that if the offeree does S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA nothing he will be bound to the contract. Silence cannot amount to acceptance. See Fraser v Everett (1889) 4 Ky 512 and Felthouse v Bindley (1862) 11 CB (NS) 869 (supra).”. [37] SP-1 sendiri telah mengaku bahawa Defendan tidak pernah bersetuju dengan harga RM95,400.00 yang dikenakan dalam Invois tersebut. Pn Majistret yang bijaksana merujuk kepada nota keterangan − “PD: Encik Lim, just to confirm ya, based on your respond earlier, there is no express confirmation from the Defendant that they are agreeable to the invoice amount, correct? SP-1: Ya.” [38] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan bagi isu (c) Defendan tidak pernah bersetuju untuk membayar jumlah RM95,400.00 yang dinyatakan dalam Invois tersebut. Isu (d): Sama ada Defendan telah menerima Invois tersebut? [39] Tiada bukti dokumentari dikemukakan oleh Plaintif untuk menunjukkan bahawa Invois tersebut diserahkan kepada Defendan. [40] Bagi isu (d), Mahkamah Majistret membuat rujukan kepada Invois tersebut dan mendapati memang tiada akuterima oleh Defendan. Tiada tandatangan untuk menunjukkan Invois tersebut diterima oleh Defendan. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Kesimpulan selepas perbicaraan penuh: [41] Berdasarkan keterangan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan, Mahkamah Majistret, atas imbangan kebarangkalian, mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan mereka dan Mahkamah dengan ini menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan. [42] Mahkamah berpandangan Plaintif telah gagal untuk melepaskan beban pembuktian berdasarkan Seksyen 101 dan 103 Akta Keterangan
1950
Tidak terdapat sebarang kontrak antara Plaintif dan Defendan mengenai Perkhidmatan tersebut. Analisa dan Dapatan Mahkamah Tinggi [43] Mahkamah telah meneliti rayuan ini dan mendengar hujahan-hujahan pihak-pihak. [44] Keputusan Pn Majistret diakaskan atas alasan bahawa dalam mencapai dapatan fakta yang dikemukakan, Mahkamah Majistret hanya memfokuskan bahawa ketiadaan kontrak/perjanjian bertulis, ketiadaan dokumen perlantikan Plaintif, isu invois dan isu kelewatan menjadi tumpuan Mahkamah bicara. [45] Mahkamah ini mendapati jumlah keberhutangan Defendan kepada Plaintif sebagaimana tuntutan setakat 31-3-2022 bagi bayaran kerja ialah berjumlah RM95,400.00. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [46] Hal perkara lakaran dan kerja aluminium yang dibangkitkan dalam kausa tindakan ini ialah bagi projek MRT S8 Bandar Kajang. Tiada isu bahawa kegagalan Plaintif menyiapkan dan menyempurnakan kerja bagi projek tersebut mengakibatkan bahawa terbengkalainya kerja bagi projek tersebut. [47] Pn Majistret juga tidak memberikan apa-apa ulasannya mengenai hubungan perniagaan yang rapat antara Plaintif dan Defendan di mana dalam keterangan Plaintif dan Defendan keberadaan pekerja Defendan yang ditempatkan di pejabat Plaintif adalah suatu perkara yang benar. [48] Ketiadaan apa-apa perjanjian bertulis tidak boleh diputuskan bahawa Plaintif tidak menyempurnakan kerja-kerja yang diminta oleh Defendan. Dalam kes Usahawan Bersama Teknik Sdn Bhd v. Hyperwave Systems Engineering Sdn Bhd [2021] MLJU 3076 Mahkamah Tinggi memutuskan − “[39] It is settled law that the act of acceptance may be either in words or by conduct, or it may be partly by words or partly by conduct ... and Chitty on Contracts, 31st Edition 92012), Vo. 1, paras 2-002, 2-003, and 2-09).”. [49] Pn Majistret tidak merujuk atau mahu menerima keterangan Plaintif bahawa kerja yang dilakukan oleh Plaintif dihantar kepada Defendan melalui hantaran e-mel dan komunikasi antara kedua-dua pihak adalah secara lisan. Mahkamah ini memutuskan dari aspek ini, terdapat kekhilafan oleh Pn Majistret yang bijaksana mengenai keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan oleh Plaintif bahawa perkhidmatan yang diminta oleh Defendan kepada Plaintif adalah wujud dan S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA sebenarnya telah disempurnakan. [50] Kelakuan kedua-dua pihak dalam melaksanakan kerja yang saling berkait bagi projek MRT S8 Bandar Kajang adalah menunjukkan bahawa pihak-pihak telah bekerjasama untuk melaksanakan kerja masing-masing sehingga berhasilnya kerja tersebut. [51] Keterangan pekerja Defendan yang dipanggil menjadi saksi Plaintif iaitu En. Mohd Fadzli (SP-3) yang merupakan orang yang berurusan sebagai wakil Defendan dengan Plaintif sehingga SP-3 meletakkan jawatannya pada 16-1-2017 mensahkan bahawa Plaintif ada menyediakan kerja lakaran, “cutting list drawing:, kerja-kerja architecture dan nasihat konsultasi sepanjang tahun 2015 hingga tahun 2016 bagi projek MRT S8 Bandar Kajang. Penyiapan projek MRT S8 Bandar Kajang yang telah beroperasi jelas menunjukkan bahawa Plaintif telah menyempurnakan tugas/perkhidmatannya untuk Defendan. [52] Ketiadaan apa-apa surat perlantikan Plaintif untuk melaksanakan kerja yang diminta oleh Defendan telah disangkal melalui keterangan bahawa pekerja Defendan sendiri hanya menyediakan shop drawings dan kemudiannya Plaintif menyediakan cutting list drawings dan seterusnya dimajukan kepada “Main Contractor”. Isu surat perlantikan bukan suatu isu material untuk menafikan kerja/perkhidmatan yang telah diberikan oleh Plaintif. Kerja lakaran ini sudah pasti memerlukan 2 pihak iaitu kepakaran Defendan dan kepakaran Plaintif sebelum lakaran lengkap dikemukakan kepada “Main Contractor”. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [53] Ketiadaan saksi-saksi dari pihak “Main Contractor” yang berurusan secara langsung dengan Defendan juga boleh menjadi suatu alasan kukuh bahawa Defendan gagal membuktikan kesnya. [54] Ketidakterimaan “barang” oleh Defendan hendaklah dibezakan dengan erti “barang” dalam terma biasanya. Perkhidmatan yang diberikan oleh Plaintif adalah berkenaan dengan dokumen-dokumen yang dihantar secara e-mel kepada Defendan. Keterangan 2 orang saksi Defendan gagal mematahkan bukti dokumentari dikemukakan kepada Mahkamah oleh Plaintif untuk menunjukkan Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut. [55] Tiada apa-apa keterangan dalam perbicaraan untuk membuktikan bahawa Plaintif gagal menyempurnakan kerjanya dan/atau kerja yang diberikan itu cacat. Penafian Defendan mengenai penerimaan invois dan bantahan kepada harga/caj bagi perkhidmatan yang dikenakan oleh Plaintif tidak boleh menafikan keberhutangan sebanyak RM95,400.00 itu. [56] Peguam cara terpelajar Plaintif memetik keputusan dalam kes MP Factors Sdn Bhd v. Suangyan Projects Sdn Bhd & 3 Ors [2006] 1 LNS 358, di mana Y.A Vincent Ng Kim Khoay, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Y.A Hakim ketika itu) memutuskan − “It is undisputed fact that after being served with the notice to repurchase, the Defendants did not at any time raise any protest that the amount demanded is incorrect or that no amount is due and payable to the Plaintiff under the agreement. Thus, by the Defendants’ silence they are estopped from now raising this challenge as the Plaintiff was lulled into the belief that the S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Defendants did not intend to challenge the exixtence of a demand to repurchase the debt, or the correctness of the amount owed by the Defendants under the Factoring Agreement.”. [57] Berkenaan dengan “perjanjian” yang telah dimasuki oleh Plaintif dan Defendan, saya memetik perenggan darpada Chitty’s on Contract seperti yang berikut: “Agreement is not a mental state, but an act, and as an act, is a matter of inference from conduct. The parties are to be judged not by what in their minds but by what they have said or written or done.”. [58] Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan lisan oleh SP-1 ada kebenarannya iaitu – “Plaintif dan Defendan telah bersetuju bahawa Plaintif setelah membuat dan memenuhi kehendak Defendan, Defendan akan membayar kepada Plaintif ke atas kerja-kerja yang dilakukan atas harga-harga yang ditetapkan oleh Plaintif dan Defendan tahu bahawa kerja-kerja yang dilakukan tersebut bukanlah secara percuma oleh Plaintif. Defendan telah menerima invois HASB/INV/20/0156 berjumlah RM95,400.00 yang bertarikh 31-3-2020 daripada Plaintif, yang dihantar secara normal pos dan Defendan tidak pernah mempertikaikan dan berjanji untuk melunaskan segala bayaran kepada Plaintif.”. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [59] Mahkamah ini mendapati Defendan telah menggunakan perkhidmatan Plaintif melalui “outsource” bagi projek MRT S8 Bandar Kajang, maka keengganan Defendan untuk membayar hasil kerja/perkhidmatan Plaintif tanpa justifikasi yang kukuh adalah helah Defendan untuk enggan membayar jumlah yang hanya RM95,400.00. [60] Walaupun, tempoh Plaintif mula menuntut hutangnya dengan Defendan selepas 4 tahun, isu ini tidak menjadi suatu sebab untuk menafikan hak Plaintif. Penjelasan SP-1 dalam pemeriksaan balas bahawa Plaintif memerlukan masa untuk mengumpul dokumen bagi tujuan tindakan undang-undang adalah suatu alasan yang munasabah. [61] Pertikaian mengenai harga/caj yang dikenakan oleh Plaintif bagi perkhidmatannya kepada Defendan dibangkitkan sebagai suatu harga yang ditetapkan tanpa pengesahan dan persetujuan Defendan. Mahkamah ini berpendapat bahawa perkhidmatan yang diberikan tanpa suatu pun dokumen perjanjian, maka kedua-dua pihak telah beralih kepada persetujuan, pengesahan dan perjanjian secara lisan semata-mata. Tiada apa-apa keterangan daripada Defendan untuk menyangkal keterangan bahawa perkhidmatan oleh Plaintif telah diterima oleh Defendan tetapi keterangan Defendan ialah untuk menyatakan “Defendan tidak meminta perkhidmatan Plaintif”. [62] Berkenaan dengan kes Defendan terhadap Plaintif sehingga Mahkamah Sesyen membenarkan penghakiman terus yang memihak kepada Defendan, Mahkamah ini bersetuju bahawa apa-apa tindakan undang-undang antara Defendan v. Plaintif dan Plaintif v. Defendan hendaklah diperhalusi oleh Pn Majistret yang bijaksana dan bukan semata-mata bersetuju dengan pengataan Defendan bahawa “tuntutan S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Plaintif adalah berniat jahat (“bad faith”), tidak berasas dan merupakan suatu pemikiran semula (“afterthought”) kerana pada hakikatnya, Defendan tidak pernah meminta dan/atau menerima sebarang perkhidmatan daripada Plaintif.”. [63] Dalam alasan penghakiman Pn Majistret yang bijaksana hanya merujuk dan memetik nas undang-undang kes yang dihujahkan oleh peguam cara terpelajar Defendan. Mahkamah ini telah membaca hujahan Plaintif selepas perbicaraan dan mendapati keputusan kes yang berikut adalah dipetik oleh peguam cara terpelajar Plaintif untuk menyokong kes mereka, antaranya, iaitu – • MP Factors Sdn Bhd v. Suangyan Projects Sdn Bhd & 3 Ors (supra). • Cold Chain Network (M) Sdn Bhd v. sime Darby Foods and Beverages Marketing Sdn Bhd [2014] 1 LNS 137 di mana Y.A Prasad Sandosham Abraham J, Mahkamah Tinggi Shah Alam (Yang Arif ketika itu) memutuskan “With regards to the plea in paragraph 7.1 of the defence of the Defendant, having perused through the evidence I find there is no evidence to suggest the Defendant sustomers did not receive the goods sent by the Plaintiff.”. [64] Adakah nas undang-undang yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Plaintif tidak berkaitan atau gagal menyokong kes Plaintif? Jika begitu pendapat Pn Majistret yang bijaksana, dapatan fakta mengenai e-mel yang dikemukakan semasa perbicaraan tidak boleh diabaikan begitu sahaja. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [65] Peguam cara terpelajar Defendan memetik nas undang-undang kes Jade Homes Sdn Bhd v Sivananthan a/l Krishnan [2021] 5 MLJ 349 di mana adalah undang-undang nyata bahawa keputusan mahkamah perbicaraan hanya boleh diubah (overturned) oleh mahkamah rayuan (appellate court) sekiranya keputusan mahkamah perbicaraan adalah “nyata salah” (plainly wrong). Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan bahawa − “It is trite law that an appellate court should not interfere with the factual findings of a trial judge, save and except where the decision of the trial judge was ‘plainly wrong’ where in arriving at the decision it could not reasonably be explained or justified and was one which no reasonable judge could have reached. If the decision did not fall within any of the aforesaid category, it is irrelevant, even if the appellate court thinks that, with whatever degree of certainty, it considered that it would have reached a different conclusion from the trial judge…”. Dan juga keputusan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 12 MLJ 67, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa ujian “nyata salah” bukanlah bertujuan untuk digunakan oleh mahkamah rayuan sebagai cara untuk mengganti keputusannya sendiri terhadap dapatan fakta mahkamah perbicaraan – S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA “[76] What is pertinent is that, the ‘plainly wrong’ test is not intended to be used by an appellate court as a mean to substitute its own decision for that of the trial court on the facts.”. [66] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada undang-undang. [67] Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 memutuskan – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.”. [68] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 1 MLJ 170 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa “an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence”. [69] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1 memutuskan “the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is ‘the plainly wrong test’ principle”. [70] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the SCj is erred (Kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). [71] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence test” (the case of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99). S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [72] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demeanour and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [73] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [74] Peguam cara terpelajar Defendan menghujahkan bahawa Mahkamah Tinggi ini pada peringkat rayuan tidak boleh mengubah dapatn Pn Majistret yang bijaksana yang mendapati bahawa Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang keterangan dokumentari dan/atau konkrit yang boleh membuktikan dakwaan bahawa Defendan telah memesan dan/atau meminta Perkhidmatan yang Didakwa tersebut daripada Plaintif. [75] Selanjutnya, Peguam cara terpelajar Defendan menghujahkan bahawa terdapat percanggahan keterangan SP-1 dan SP-3 mengenai penyedia Cutting List Drawing tersebut tidak boleh diterima oleh Mahkamah ini. Ini kerana adalah sukar untuk dipercayai dan/atau tidak masuk akal bahawa SP-3 hanya menyediakan 1 halaman daripada Cutting List Drawing tersebut manakala halaman-halaman Cutting List Drawing tersebut yang lain adalah disediakan oleh En Fakhruddin. En Fakhruddin tidak dipanggil oleh sebagai saksi. [76] Mahkamah ini mendapati bahawa dapatan fakta yang khilaf oleh Pn Majistret yang bijaksana memerlukan Mahkamah Tinggi mengusik dapatan fakta tersebut. [77] SP-3 itu adalah saksi material yang merupakan mantan pekerja Defendan dalam tempoh bagi tuntutan ini. En Fakhruddin ialah pekerja Plaintif dan bersama-sama dengan SP-1 itu, Plaintif bekerja secara langsung dengan SP-3. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA [78] Peguam cara terpelajar Defendan menghujahkan bahawa seksyen 114 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan – Court may presume existence of certain fact The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume: … (g) that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it; [79] Mahkamah ini memutuskan bahawa ketiadaan En Fakhruddin sebagai saksi tidak memprejudiskan tuntutan Plaintif. SP-1 ialah saksi material yang dapat menyokong keterangan Plaintif mengenai tuntutannya terhadap Defendan. [77] Dalam hujahan pada peringkat rayuan, peguam cara Defendan menghujahkan seperti yang berikut: “… walaupun SP-1 dalam keterangannya di mahkamah perbicaraan memaklumkan bahawa Fakhruddin telah menyempurnakan Perkhidmatan yang Didakwa tersebut untuk Defendan, Fakhruddin tidak dipanggil sebagai saksi di mahkamah perbicaraan; S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA … memandangkan bahawa Fakhruddin tidak dipanggil sebagai saksi di mahkamah perbicaraan, tiada bukti dapat ditunjukkan bahawa Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan yang Didakwa tersebut kepada Defendan dan Fakhruddin juga tidak dapat mengesahkan bahawa Defendan telah menerima Perkhidmatan yang Didakwa tersebut. Defendan berhujah bahawa menurut Seksyen 114 Akta Keterangan 1950, Mahkamah Yang Mulia ini harus menganggap bahawa Plaintif tidak memanggil Fakhruddin sebagai saksi dalam perbicaraan ini kerana, sebenarnya, Perkhidmatan yang Didakwa tersebut tidak dilakukan oleh Plaintif kepada Defendan.”. [78] Dalam alasan penghakiman Pn Majistret yang bijaksana menolak tuntutan Plaintif bukan kerana ketiadaan Fakhruddin sebagai saksi. Tetapi atas alasan bahawa Plaintif gagal membuktikan perkara yang berkut:
a
Defendan ada memesan dan meminta Plaintif untuk menyempurnakan Perkhidmatan tersebut untuk projek Defendan MRT S8 Bandar Kajang.
b
Plaintif telah menyempurnakan Perkhidmatan tersebut dan Defendan telah menerima Perkhidmatan tersebut (lakaran, drawing dan nasihat konsultansi) untuk projek S8 dari 2015 hingga 2016.
c
Plaintif dan Defendan telah bersetuju bahawa setelah Plaintif menyempurnakan Perkhidmatan tersebut, Defendan akan membayar untuk Perkhidmatan tersebut. S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA
d
Defendan tidak menerima Invois tersebut. [79] Keempat-empat isu ini telah didengar semula pada peringkat rayuan dan berdasarkan alasan yang Mahkamah jelaskan dalam penghakimannya, iaitu kontrak lisan, hal keadaan hubungan pihak-pihak, sistem bekerja dan komunikasi pihak-pihak mengenai perkhidmatan adalah jelas dalam keterangan lisan dan dokumentar. Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Kesimpulan [80] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa rayuan Plaintif (Perayu) adalah dibenarkan apabila Mahkamah ini mendapati bahawa factual findings of the learned Magistrate was incorrect. [81] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu, Mahkamah ini perlu mengusik dapatan fakta yang dicapai oleh Pn Majistret yang bijaksana yang secara langsung juga adalah khilaf di sisi undang-undang. Bertarikh: 14 November 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam NCvC12 S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif (Perayu): Siti Zubaidah binti Jemadi Tetuan Gary Wong & Co., Kuala Lumpur. Bagi Pihak Defendan (Responden): Christopher Joseph Wei-Yan Guo Tetuan Kenny Tan & Co., Kuala Lumpur S/N yiQQNmrzdkGxsnAmX6O/nA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.