Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN SIVIL NO : WA-11ANCVC-57-05/2022 ANTARA HO SAY LAN @ HOR YOKE LAN … PERAYU / PLAINTIF DAN TOTAL SOLID HOLDINGS SDN BHD [NO. SYARIKAT : 201201025636 (1010126-U)] … RESPONDEN / DEFENDAN 26/07/2023 13:12:59 WA-11ANCvC-57-05/2022 Kand. 24 ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 1 ) NOTIS RAYUAN [1] Perayu / Plaintif tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diberikan pada 8 November 2022 dan merayu kepada Mahkamah Rayuan (dimana kebenaran untuk menfailkan Notis Rayuan telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan pada 5 April 2023) terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang menolak permohonan Perayu / Plaintif untuk Penghakiman Terus berdasarkan Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos sebanyak RM1,000.00 dibayar oleh Perayu / Plaintif kepada Responden / Defendan.