Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO: BL-22NCVC-5-10/2020 ANTARA HOCK SENG TRACTOR EARTHWORKS PLAINTIF
BL-22NCVC-5-10/2020
High Court of Malaysia15 Sept 2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO: BL-22NCVC-5-10/2020 ANTARA HOCK SENG TRACTOR EARTHWORKS PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
HLA ASSOCIATES SDN BHD DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Ini adalah permohonan Pihak Ketiga (selepas ini dirujuk sebagai PK)
Preamble
menurut Aturan 18 Kaedah 19 (a), (b) dan/atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan Notis Pihak Ketiga bertarikh 3.5.2021, Notis Minta Arahan bertarikh 4.6.2021 dan Penyata Tuntutan bertarikh 17.6.2021 yang difailkan oleh Defendan 2 terhadap Pihak Ketiga. A. ALASAN PERMOHONAN [1] PK berniaga dibawa nama dan gaya Adnanjx Resources sebagai pemilik tunggal. 2 [2] Plaintif telah memulakan tindakan guaman atas Defendan-defendan kerana didakwa menceroboh tanah Plaintif. [3] Defendan 2 telah memasukkan PK untuk tujuan menuntut indemnity dan/atau sumbangan atas tuntutan kerugian dan/atau liability Defendan 2 atas alasan mereka telah menjalankan kerja-kerja penggalian dan pembinaan lubang (manhole construction) dengan bergantung kepada kerja-kerja penentuan koordinat laluan, pegging, ukuran, semakan sempadan yang dilakukan oleh PK. [4] Pada April 2018, En Lai Sin Kian (Defendan 2) telah melantik PK untuk menjalankan kerja-kerja penentuan koordinat laluan, pegging, ukuran, semakan sempadan (selepas ini dirujuk sebagai kerja-kerja tersebut) [5] Bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut, PK telah dibekalkan pelan oleh Defendan 2 dan skop tugas PK adalah:-
i
Menanam alignment pipe sepanjang garisan ungu yang telah ditandakan diatas pelan tersebut; dan
II
(ii) Memastikan bahawa penanaman alignment pipe itu tidak mencerobohi tanah-tanah bersebelahan. [6] PK telah memulakan kerja-kerja tersebut sepanjang garisan ungu yang ditandakan diatas pelan Defendan 2 sehingga ke lokasi berhampiran tanah Plaintif. [7] Pada ketika itu wakil-wakil dan/atau kakitangan Defendan 2 berada di kawasan tersebut dan didapati kawasan tanah Plaintif dipagari oleh satu pagar zink dan ianya menghalang laluan yang 3 ditandakan sebagai garisan ungu diatas pelan Defendan 2. PK tidak dapat melihat dan memasuki kawasan didalam pagar zink itu kerana ianya dikunci. [8] PK mendakwa akibat dari kewujudan pagar zink tersebut, beliau tidak dapat mengenal pasti sempadan tanah Plaintif dan tidak dapat menanam apa-apa alignment pipe dalam kawasan pagar zink selaras dengan tanda garisan ungu atas pelan Defendan 2. [9] Hasil perbincangan dengan wakil Defendan 2 (site supervisor), PK telah menanam alignment pipe di luar pagar zink dan beliau telah maklumkan kepada Defendan 2 koordinat anggaran laluan garisan ungu dalam kawasan pagar zink itu. [10] PK mendakwa telah memaklumkan kepada wakil dan/atau kakitangan Defendan 2 bahawa mereka perlu mendapatkan akses ke dalam kawasan pagar zink daripada pemilik tanah dan memastikan anggaran bagi laluan garisan ungu tersebut tidak mencerobohi tanah berkenaan. [11] PK tidak pernah tahu tentang perncerobohan tanah Plaintif oleh Defendan-defendan sehingga tahun 2020. PK tidak pernah menanam alignment pipe dalam kawasan pagar zink itu dan pemasangan paip air dalam kawasan zink bukan berdasarkan ukuran PK. [12] Defendan 2 yang tidak mengambil langkah yang sepatutnya berdasarkan nasihat PK dan telah menceroboh tanah Plaintif atas niat mereka sendiri. 4 [13] Penyata Tuntutan Defendan 2 juga tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap PK kerana:-
i
Defendan 2 tidak memplidkan bahawa PK telah menanam alignment pipe dalam tanah Plaintif dan seterusnya mengakibatkan pencerobohan tanah seperti yang didakwa oleh Plaintif; dan
II
(ii) Defendan 2 tidak memplidkan samada PK telah mengarahkan dan/atau menyuruh mereka mencerobohi dan/atau merosakkan tanah Plaintif dan/atau meletakkan sisa-sisa atau jentera di tanah Plaintif. B. JAWAPAN DEFENDAN 2 [14] Defendan 2 adalah kontraktor yang dilantik oleh Defendan 1 untuk sebuah projek dikenali sebagai “Proposed Distribution System of Labohan Dagang Scheme-Proposed 1000MM Pipe Laying Works Along Jalan Klang-Banting” (selepas ini dikenali sebagai projek tersebut) [15] Dibawah kontrak tersebut, skop kerja Defendan 2 merangkumi penggalian dan pemasangan saluran paip-paip untuk melengkapkan sistem pengedaran air di sepanjang Jalan Klang - Banting dan jalan kecil di daerah Klang dan Kuala Langat. [16] Defendan 2 didalam pembelaannya telah memplidkan bahawa segala kerja-kerja tersebut adalah dilakukan mengikut arahan Defendan 1 dan/atau Defendan 3 dan penglibatan jurukur yang berkenaan. 5 [17] Defendan 2 sebagai kontraktor tidak menentukan sempadan tanah, koordinat atau laluan peletakan paip, mereka bergantung kepada hasil penentuan oleh PK. Oleh itu ketepatan hasil penentuan sempadan tanah, koordinat atau laluan peletakan paip telah memberi kesan kepada hasil kerja Defendan 2. [18] Dalam konteks ini PK adalah yang diaturkan oleh Defendan 2 untuk menjalankan kerja-kerja penentuan laluan, pegging, ukuran, semakan dan sempadan dan lain-lain kerja yang berkaitan. [19] PK adalah pihak yang dilantik oleh Defendan 2 untuk menguruskan segala hal berkaitan dengan tinjauan tanah, pegging, ukuran, semakan dan sempadan untuk kerja-kerja Defendan 2 dibawah projek tersebut. Fakta ini diakui oleh PK. [20] Defendan 2 pada setiap masa material akan bergantung pada hasil penentuan laluan, pegging, ukuran, semakan dan sempadan oleh PK. [21] Segala khidmat dan/atau kerja-kerja yang dilakukan oleh PK dari semasa ke semasa telah dibayar oleh Defendan 2 kepada PK secara berperingkat antara September 2018 hingga Disember 2020. [22] Selain itu PK ada berhubung dengan Jurukur Express Sdn Bhd (PK 2 pada masa material) untuk mendapatkan khidmat termasuk pengendorsan nama syarikat, perletakan cop syarikat dan menandatangan digital pengurus syarikat atas nama “Yeo Ah Tah” pada lukisan-lukisan dan/atau pelan-pelan projek. Adalah jelas PK mempunyai hubungan dengan Jurukur Express dimana PK telah 6 mengeluarkan surat akuan bertarikh 15.6.2021 kepada Jurukur Express. [23] PK mengaku ada melaksanakan kerja-kerja penentuan koordinat laluan, pegging, ukuran, semakan sempadan dalam projek tersebut dan Defendan 2 menegaskan bahawa semua pelan-pelan yang dirujuk oleh PK didalam affidavit sokongannya bukan dilukis oleh Defendan 2. [24] Defendan 2 tidak pernah memberikan sebarang penentuan berkenaan alignment dan sempadan atau apa-apa keputusan berkaitan dengannya. [25] Dalam apajua keadaan Defendan 2 bergantung kepada PK yang dilantik olehnya untuk menguruskan hal berkenaan ukuran, tinjauan, alignment, penandaan sempadan dan koordinat dan kerja-kerja berkaitan dengannya. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [26] Ini adalah permohonan PK untuk mengenepikan Notis Pihak Ketiga yang dikeluarkan kepada mereka pada 3.5.2021 oleh Mahkamah atas permohonan Defendan Kedua dibawah Aturan 16 Kaedah 6 KKM 2012. [27] Tuntutan asal yang melibatkan Plaintif dan Defendan-defendan adalah pencerobohan tanah milik Plaintif oleh Defendan-defendan ketika melaksanakann projek pemasangan paip di sepanjang laluan Jalan Klang-Banting (selepas ini dikenali sebagai “projek tersebut’). 7 [28] Undang-undang yang diperuntukan untuk membatalkan suatu tindakan dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 samada oleh pihak-pihak dalam tindakan utama atau oleh Pihak Ketiga adalah sama dimana hanya didalam keadaan yang jelas dan nyata sahaja (plain and obvious case) ianya boleh dilakukan. Jika apa yang dinyatakan didalam Notis Pihak Ketiga itu menimbulkan isu-isu yang boleh diputuskan diperingkat perbicaraan maka Mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan Notis Pihak Ketiga tersebut. [29] Apa yang penting disini adalah Defendan Kedua mesti menunjukkan kepada Mahkamah bahawa terdapat isu untuk dibicarakan dan/atau dibawa ke perbicaraan penuh yang melibatkan PK. Tuntutan Defendan 2 terhadap PK hanya akan bermula seandainya kelak Defendan 2 didapati bertanggungan atas tuntutan Plaintif. [30] Didalam konteks yang melibatkan Defendan 2 dan PK, keadaan adalah berbeza dari hubungan antara Defendan 2 dan PK (2) pada waktu material (Jurukur Express) kerana PK adalah dilantik oleh Defendan 2 untuk melakukan dan menguruskan hal-hal berkenaan dengan ukuran, tinjauan, ‘alignment’, penandaan sempadan, koordinat, laluan peletakan paip dan kerja-kerja yang berkaitan. Perlantikan ini sendiri mewujudkan kewajipan bertanggungjawab dan berhati-hati atas skop kerja PK yang telah diarahkan oleh Defendan 2 kerana PK tahu akan kebergantungan Defendan 2 pada kerja-kerja pengukuran tanah, penentuan sempadan, koordinat atau yang berkaitan dengannya sebelum Defendan 2 sebagai kontraktor yang dilantik oleh Defendan 1 melaksanakan kerja-kerja mereka di tanah tersebut. 8 [31] Kebergantungan oleh Defendan 2 atas kerja-kerja yang dijalankan oleh PK adalah untuk mengelakkan sebarang isu pencerobohan tanah kerana tapak projek bersempadanan dengan tanah persendirian (tanah Plaintif) [32] PK tidak menafikan berkenaan dengan lantikan tersebut dan telah pun melakukan kerja-kerja yang telah diarahkan oleh Defendan 2. Defendan 2 telah bergantung kepada PK berkaitan dengan urusan pengukuran, tinjauan, ‘alignment’, penandaan sempadan dan koordinat dan kerja-kerja berkaitan dengannya. [33] Jika berlaku sebarang kesilapan didalam pengukuran tanah oleh PK hingga menyebabkan pencerobohan ke tanah Plaintif (jika dibuktikan berlaku) maka Defendan 2 adalah pihak yang akan menerima akibat langsung darinya kerana Defendan 2 telah beergantung pada penandaan berkaitan sempadan tanah yang dibuat oleh PK. [24] Sebarang tugas untuk memastikan koordinat adalah betul dan tidak melibatkan kemasukan ke tanah Plaintif adalah tugas PK dan atas sebab ini mereka dilantik. Oleh itu, PK adalah diestop dari mengatakan bahawa penentuan koordinat dan /atau ukuran bukan disebabkan oleh mereka. [25] Isu berkenaan kewujudan pagar zink yang melingkari tanah Plaintif dan samada paip telah dipasang yang mencerobohi sempadan tanah Plaintif adalah isu yang sewajarnya dibawa kepada perbicaraan penuh kerana ianya melibatkan bukan sahaja Defendan 2 malah Defendan 1 dan 3. 9 [26] Defendan 2 telah menunjukkan kepada Mahkamah bahawa isu-isu yang melibatkan PK tidak boleh diputuskan secara afidavit kerana ianya berkait rapat dengan tuntutan Plaintif terhadap Defendan 2. [27] PK dilantik oleh Defendan 2 (tidak dinafikan oleh PK) untuk melakukan kerja-kerja penentuan dan pengukuran sempadan tanah sebelum penanaman paip oleh Defendan 2 dilakukan. Penglibatan PK dalam projek ini memberi impak dan kesan langsung kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh Defendan 2 di projek tersebut. [28] PK dijadikan pihak oleh Defendan 2 melalui notis pihak ketiga hanya atas satu tujuan iaitu bagi memudahkan Defendan 2 menuntut sumbangan dan ‘indemnity’ seandainya Defendan 2 didapati bertanggungan didalam tuntutan Plaintif kelak. PK mempunyai kewajipan kontraktual dan kewajipan berhati-hati dalam memastikan pengukuran tanah dan sempadan termasuk penanaman alignment pipe seperti yang diperkatakan oleh PK tidak mencerobohi tanah Plaintif. Isu ini belum diputuskan secara muktamad kerana ianya memerlukan keterangan saksi-saksi untuk menentusahkan isu ini. [29] Kemasukan PK sebagai pihak adalah perlu dimana seandainya Mahkamah mendapati Defendan 2 bertanggungan kepada tuntutan Plaintif maka perlu ditentukan pula samada PK mempunyai obligasi untuk menanggung rugi dan/atau menyumbang kepada kerugian yang dialami oleh Defendan 2 didalam kes ini. 10 [30] Defendan 2 telah memplidkan butir-butir kecuaian PK didalam penyata tuntutan dan notis pihak ketiga iaitu di perenggan 22.1.1 hingga 22.1.4 dan di perenggan 15 Defendan 2 telah memplidkan butir-butir kemungkiran kontrak atau kontrak melalui kelakuan. [31] PK juga telah merujuk kepada pelan-pelan berkaitan dengan projek tersebut dimana dokumen-dokumen ini dibekalkan oleh Defendan 2 kepada PK yang mana dokumen-dokumen ini disediakan oleh Defendan 1 dan/atau Defendan 3. [32] Adalah jelas isu pencerobohan yang menjadi perkara subjek dalam tindakan ini mempunyai kaitan langsung dengan PK kerana Defendan 2 dalam melaksanakan skop kerjanya dibawah projek tersebut telah mengikuti dan bergantung kepada penentuan sempadan tanah, koordinat atau laluan perletakan paip PK dalam projek itu. [33] Oleh itu, Notis Pihak Ketiga ini tidak seharusnya dibatalkan selaras denga Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012 kerana ianya mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap PK. Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah menolak permohonan PK dengan kos sebanyak RM 3000.00. 11 Bertarikh pada 15 September 2021 t.t (NORLIZA BINTI OTHMAN) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG BAGI PIHAK PLAINTIF : Manjit Singh Sachdev, Mohammad Radzi & Partners No. 1, 11th floor Wisma Havela Thakardas, No.1, Jalan Tiong Nam, 50350 Kuala Lumpur BAGI PIHAK DEFENDAN (1) : Owee & Co D2-U2-15, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur BAGI PIHAK DEFENDAN (2) : Kanesh Sundrum & Co No. 1-1-A, NB Plaza 3000 Jalan Baru 13700 Perai Penang BAGI PIHAK DEFENDAN (3) : Yusri Omar Arshad & Partners 31 ACD, Block C, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.