Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG GUAMAN SIVIL: CA-A73KJ-383-11/2023 ANTARA HOH YOON FATT [NO. KAD PENGENALAN: 620420065423]
CA-A73KJ-383-11/2023
Magistrates Court of Malaysia26 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“makaian Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “[12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG GUAMAN SIVIL: CA-A73KJ-383-11/2023 ANTARA HOH YOON FATT [NO. KAD PENGENALAN: 620420065423]
1
Ini adalah rayuan Defendan terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah membenarkan tuntutan Plaintif sebanyak RM16,192-09. Tiada saksi-saksi dipanggil untuk kes ini dan keputusan dibuat berdasarkan pemfailan hujahan bertulis oleh Plaintif dan Defendan. Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif. Alasan adalah seperti mana dirungkaikan seperti berikut. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Plaintif adalah pemilik dan pemandu berdaftar sebuah motokar jenis Proton Wira bernombor pendaftaran PDF 9893. Plaintif mempunyai alamat penyampaian di No. 62, Lorong 20, Taman Tas, 25150 Kuantan dan/atau di No. 75, Lorong 32, Taman Tas, 25150 Kuantan.
3
Defendan Pertama adalah pemilik berdaftar sebuah motokar jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran CBE 2832. Defendan Pertama mempunyai alamat penyampaian di No. 6, Perumahan Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan, 27020 Pahang.
4
Defendan Kedua adalah pemandu kepada motokar jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran CBE 2832 tersebut, dan mempunyai alamat penyampaian di No. 14, Rumah Banjir, Felcra Sri Makmur, 26500 Pahang.
5
Pada 12 Mac 2021, kira-kira jam 6.30 petang, Plaintif sedang memandu motokar bernombor pendaftaran PDF 9893 dari Mentakab menuju ke kediamannya di Taman Tas, Kuantan. Apabila sampai di S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 kawasan Batu 11, Jalan Kuantan–Gambang, berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan motokar yang dipandu oleh Plaintif dan sebuah motokar jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran CBE 2832 yang dipandu oleh Defendan Kedua.
6
Kenderaan tersebut telah melanggar bahagian belakang motokar Plaintif sebelum terbabas ke hadapan dan melanggar kenderaan lain di hadapan. Akibat daripada kemalangan tersebut, motokar Plaintif dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian bumper depan dan belakang, bonet depan dan belakang, serta lampu besar hadapan dan belakang di kedua-dua belah kiri dan kanan.
7
Plaintif mendakwa mengalami kerugian, kehilangan kegunaan, serta kerosakan ke atas motokarnya bernombor pendaftaran PDF 9893 akibat daripada kemalangan tersebut.
8
Berdasarkan Keputusan Penyiasatan Polis di bawah No. Rujukan KUANTAN/JSPT/KST/00684/21 bertarikh 23 Februari 2021, dinyatakan bahawa pemandu motokar Proton Iswara CBE 2832 adalah pihak yang S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 bertanggungjawab menyebabkan kemalangan berkenaan dan telah dikenakan saman oleh pihak polis pada 15 Mac 2021.
9
Plaintif telah melantik seorang penyelaras bagi menilai kos pembaikan kenderaan, dan berdasarkan laporan tersebut, jumlah anggaran kos baik pulih adalah sebanyak RM15,393.39.
10
Plaintif telah mengarahkan pembaikan dilakukan dan seterusnya membuat tuntutan ganti rugi terhadap Defendan-Defendan bagi menuntut kerugian yang didakwa dialami akibat kemalangan tersebut.
11
Plaintif hanya menyatakan secara ringkas bahawa pada 12 Mac 2021, Plaintif merupakan pemilik dan pemandu kepada sebuah kenderaan jenis Proton Wira bernombor pendaftaran PDF 9893. Manakala Defendan Pertama merupakan pemilik kepada kenderaan jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran CBE 2832, dan Defendan Kedua adalah pemandu kepada kenderaan tersebut pada keseluruhan masa yang material. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
12
Berdasarkan laporan polis yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, adalah tidak dipertikaikan bahawa kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh Defendan Kedua telah melanggar bahagian belakang kenderaan Plaintif. Plaintif selanjutnya menyatakan bahawa pelanggaran tersebut telah menyebabkan kenderaannya tergelongsor ke hadapan dan melanggar sebuah lagi kenderaan di hadapan.
13
Bagi tujuan rekod, Mahkamah mencatatkan bahawa pihak-pihak telah bersetuju untuk menerima masuk dokumen-dokumen yang dikemukakan masing-masing sebagai keterangan “subject to submission”. Tiada mana-mana pihak yang telah memanggil saksi untuk memberi keterangan lisan atau untuk diperiksa balas.
14
Dalam hujahan bertulisnya, Plaintif berhujah bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan dalam Kandungan 8 adalah bersifat saling menyokong dan oleh itu wajar diterima pakai sepenuhnya oleh Mahkamah. Sebaliknya, Plaintif menegaskan bahawa dokumen yang dikemukakan oleh pihak Defendan dalam Kandungan 11 tidak disokong oleh sebarang indikasi atau asas bukti yang kukuh, dan oleh itu, hujah S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Plaintif adalah bahawa dokumen-dokumen tersebut tidak sepatutnya diberikan berat atau dipertimbangkan dalam penilaian Mahkamah.
15
Berdasarkan pliding dan dokumen yang dikemukakan, pihak Defendan telah membantah jumlah kos pembaikan yang dituntut oleh Plaintif. Plaintif di dalam plidingnya menuntut sejumlah RM15,393.39 sebagai kos membaiki motokar Proton Wira bernombor pendaftaran PDF
9893
Jumlah ini juga disokong melalui Laporan Penyelaras yang dikemukakan oleh Plaintif serta resit pembaikan yang menunjukkan angka yang sama. [16] Sebaliknya, Laporan Penyelaras Defendan mencadangkan jumlah kos pembaikan yang jauh lebih rendah, iaitu sebanyak RM3,422.10. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa berdasarkan tahap kerosakan kenderaan Plaintif, nilai pasaran semasa (“market value”) motokar berkenaan hanyalah sebanyak RM2,000, dan bahawa kenderaan tersebut telah dikategorikan di bawah “Total Loss Aspect” atau kerosakan menyeluruh. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA [17] Sehubungan itu, pihak Defendan berpendapat bahawa tuntutan Plaintif sepatutnya dihadkan kepada nilai pasaran semasa kenderaan tersebut, iaitu RM2,000, memandangkan tahap kerosakan yang dialami adalah beyond economical repair. [18] Sebagai hujahan alternatif, sekiranya Mahkamah tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, pihak Defendan berhujah bahawa Plaintif tidak sepatutnya diberikan pampasan penuh berjumlah RM15,393.39 seperti yang dituntut, atas alasan bahawa tuntutan bagi kos pembaikan merupakan suatu tuntutan gantirugi khas yang memerlukan pembuktian yang kukuh dan terperinci. [19] Pihak Defendan juga mengemukakan beberapa fakta yang tidak dinafikan, antaranya: i) Motokar Proton Wira milik Plaintif adalah dikeluarkan pada tahun 1996; ii) Kemalangan berlaku pada 12 Mac 2021, iaitu selepas hampir 25 tahun usia kenderaan tersebut; S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA iii) Alat ganti tulen bagi model tersebut adalah sukar diperoleh pada tahun pembaikan; [20] Oleh yang demikian, pilihan alat ganti yang digunakan adalah terhad dan berkemungkinan terdiri daripada komponen OEM, aftermarket, atau alat ganti terpakai (secondhand). Laporan penyelaras Defendan juga menunjukkan senarai komponen dengan tanda “O” (original) dan “F” (franchise) sebagai kategori alat ganti yang digunakan dalam cadangan pembaikan. Namun begitu, pihak Defendan berhujah bahawa tiada sebarang dokumen sokongan dikemukakan oleh Plaintif seperti purchase order, delivery order, atau resit pembelian yang dapat membuktikan bahawa alat ganti dan komponen yang dinyatakan dalam laporan penyelaras telah benar-benar dibeli atau ditukar ganti. [21] Oleh itu, menurut Defendan, Plaintif gagal menunjukkan bukti perbelanjaan sebenar bagi pembaikan tersebut, dan dengan demikian, Defendan berhujah bahawa tuntutan kos pembaikan tidak dapat dibuktikan sepenuhnya seperti yang didakwa oleh Plaintif. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA Dapatan Mahkamah [22] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950, beban pembuktian sesuatu kes sepanjang perbicaraan terletak di atas bahu Plaintif dan akan berpindah kepada Defendan selepas beban tersebut dilepaskan. Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut: “(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang, dengan bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.” S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA [23] Di dalam kes di Mahkamah Persekutuan iaitu WONG THIN YIT V. MOHAMED ALI [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: "In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence.." [24] Selain itu juga, Mahkamah ini adalah terikat untuk mengaplikasi prinsip yang telah dinyatakan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu HONG YIK TRADING v. LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491 yang telah menggariskan pemakaian Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “[12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence.” [25] Prinsip ini juga ditegaskan dalam kes SELVADURAY V. CHINNIAH [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253, di mana Mahkamah menyatakan bahawa jika pada akhir perbicaraan tiada kecondongan yang memihak kepada Plaintif, maka tuntutan Plaintif perlu ditolak kerana gagal membuktikan kesnya berdasarkan tahap bukti yang dikehendaki. ISU LIABILITI [26] Mahkamah telah merekodkan bahawa pihak-pihak bersetuju bahawa Defendan bertanggungan cuai sebanyak 90%, dan Plaintif bertanggungan cuai sebanyak 10%. ISU QUANTUM [27] Di dalam mentaksirkan nilai ganti rugi, Mahkamah mestilah memberikan award pampasan yang adil berdasarkan bukti yang kukuh. Di dalam kes di Mahkamah Persekutuan INAS FAIQAH MOHD HELMI S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA (A CHILD SUING THROUGH HER FATHER AND NEXT FRIEND; MOHD HELMI ABDUL AZIZ) V. KERAJAAN MALAYSIA & ORS [2016] 2 CLJ 885, Abdull Hamid Embong HMP menyampaikan penghakiman mahkamah: “(1) Adalah undang-undang matan bahawa ganti rugi bertindak sebagai pampasan, bukan ganjaran dan hukuman. Dalam mentaksirkan ganti rugi, mahkamah tidak patut didorong oleh simpati dan memberikan award pampasan yang adil berdasarkan bukti yang kukuh. Mahkamah tidak boleh mengamalkan spekulasi. Penilaian keterangan yang membentukkan dasar risiko kerugian masa hadapan harus dilaksanakan. Hakim bicara hanya boleh menilaikan keterangan sedemikian berasaskan standard imbangan kebarangkalian yang telah diiktirafkan, tetapi dengan satu tahap ketentuan lebih rendah berkenaan kejadian kehilangan atau kerugian masa hadapan. Tahap lebih rendah yang dipakai itu adalah sesuai diistilahkan dengan perkataan 'possibility', 'chance', 'risk', 'danger' atau 'likelihood', tetapi, walau apa pun perkataan-perkataan yang S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA digunakan dan semantiknya, mereka mestilah pada dasarnya bersifat substantif dan bukan spekulatif.” [28] Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes DATUK MOHD ALI HJ ABDUL MAJID & ANOR V. PUBLIC BANK BHD [2014] 6 CLJ 269 yang menyatakan seperti berikut: “[33] Therefore, in a claim for damages, it is not sufficient for the plaintiff to merely state the amount of damages that he is claiming, he must prove the damage that he had in fact suffered to the satisfaction of the court. This principle is borne out in the case of Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel [1948] 64 TLR 177 where Lord Goddard CJ observed: Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: 'This is what I have lost, I ask you to give me these damages'. They have to prove it. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA This statement was cited with approval by Edgar Joseph JR FCJ in Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1995] 1 CLJ 15; [1994] 3 MLJ 777.” GANTI RUGI KHAS [29] Di dalam menentukan jumlah yang patut diberikan, Mahkamah ini menggunakan prinsip yang diketengahkan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu NGOOI KU SIONG & ANOR V. AIDIL ABDULLAH [1984] 1 CLJ REP 294; [1984] 1 MLRA 200, Hakim Mahkamah Persekutuan, Syed Agil Barakbah telah menyatakan seperti berikut: - "Special damages on the other hand have to be specifically pleaded and strictly proved. They refer to past expenses and loss of earnings. The exact loss must be pleaded where the precise amount of item has become clear before the trial. Loss of future earnings or post-trial loss differs from pre-trial loss which comes under special damages. The reason that special damages have to be specifically pleaded is in order to comply with its object which is to crystallize the issue and to put the S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial…" i) Kos dokumen dibenarkan sebanyak – RM100-00; ii) Kos Laporan Penyelaras dibenarkan sebanyak – RM698-70; [30] Plaintif menuntut dua jenis kos berkaitan dokumen dan laporan, iaitu: S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA
a
Kos dokumen rasmi berjumlah RM100.00, meliputi perolehan dokumen daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); dan
b
Kos laporan Penyelaras berjumlah RM698.70 yang dibayar kepada Motor Jasa Adjuster Sdn. Bhd. sebagaimana disokong dengan resit rasmi bertarikh 24 Ogos 2021 yang mempunyai kepala surat serta cop syarikat di m/s 60 Ikatan Dokumen Plaintif. (IDP) [31] Berdasarkan keterangan dan dokumen yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa tuntutan bagi kos dokumen sebanyak RM100.00 adalah berpatutan dan perlu, memandangkan dokumen-dokumen tersebut merupakan asas kepada penyediaan kes Plaintif. Antara dokumen yang telah diperolehi ialah: i) Carian JPJ; ii) Laporan polis oleh Hoh Yoon Fatt; iii) Laporan polis oleh Nuratikah Binti Mohd Nadzri; iv) Rajah kasar dan kunci rajah kemalangan jalan raya; S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA v) Gambar penyiasatan kes; dan vi) Keputusan penyiasatan kes bertarikh 23 Mac 2021. [32] Dokumen-dokumen ini bukan sahaja relevan, malah penting untuk membuktikan kronologi kejadian dan identiti pihak-pihak yang terlibat. Mahkamah mendapati bahawa jumlah RM100.00 yang dituntut adalah jumlah nominal dan munasabah, selaras dengan prinsip bahawa kos dokumentasi rasmi yang dikeluarkan bagi tujuan prosiding boleh dituntut sebagai gantirugi khas apabila disokong dengan bukti. [33] Berhubung dengan kos laporan Penyelaras sebanyak RM698.70, Mahkamah meneliti resit rasmi yang dikemukakan serta kandungan laporan tersebut yang menunjukkan bahawa penilaian telah dibuat secara menyeluruh terhadap 43 jenis kerosakan pada kenderaan Plaintif, disertai dengan gambar sebelum dan selepas pembaikan. Laporan tersebut jelas menunjukkan bahawa penyelarasan dan pemeriksaan telah dilaksanakan secara fizikal, dan bukan semata-mata berdasarkan dokumen. [34] Mahkamah berpandangan bahawa kos laporan penyelaras ini adalah munasabah dan setimpal dengan kerja teknikal serta tahap S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA perincian laporan yang dihasilkan. Jumlah RM698.70 tersebut juga tidak keterlaluan, sebaliknya mencerminkan kos pasaran semasa bagi khidmat penyelaras profesional yang dilantik secara sah. [35] Oleh itu, setelah menimbangkan kesemua keterangan dan bukti yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua tuntutan ini telah dibuktikan secara mencukupi dan meyakinkan, serta memenuhi piawaian tuntutan gantirugi khas. Kesimpulannya, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif bagi jumlah keseluruhan RM798.70 yang merangkumi kos dokumen (RM100.00) dan kos laporan Penyelaras (RM698.70) sebagai tuntutan yang sah, berasas dan munasabah dalam keadaan kes ini. iii) Kos membaiki motokar No. PDF 9893 sebanyak RM15,393-39; [36] Mahkamah telah meneliti dengan teliti keseluruhan keterangan, dokumen serta hujahan kedua-dua pihak berhubung tuntutan kos pembaikan kenderaan milik Plaintif, iaitu sebuah Proton Wira 1.5 GL (A) bernombor pendaftaran PDF 9893, yang terlibat dalam kemalangan pada 12 Mac 2021. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA [37] Berdasarkan Laporan Penyelaras Plaintif bertarikh 16 Jun 2021 (muka surat 16–21, Kandungan 8) serta Laporan Penyelaras Defendan bertarikh 25 Jun 2024 (muka surat 1–6, Kandungan 11), Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua laporan memperakui kewujudan 43 jenis kerosakan yang berlaku pada kenderaan tersebut. Antara kerosakan utama ialah remukan teruk pada bahagian depan dan belakang, melibatkan keseluruhan bahagian bonet, bumper hadapan serta belakang yang kemek dan terangkat akibat daya hentaman yang kuat dari dua arah. [38] Kerosakan ini adalah selaras dengan versi kemalangan yang dikemukakan oleh Plaintif, di mana kenderaan beliau dilanggar dari arah belakang sehingga menggelongsor ke hadapan dan melanggar sebuah lagi kenderaan di hadapan. Versi ini disokong oleh beberapa dokumen sah yang dikemukakan oleh Plaintif, termasuk:
a
Laporan Polis bertarikh 12 Mac 2021 (muka surat 6–7 IDP);
b
Laporan Penyelaras Plaintif bertarikh 16 Jun 2021 (muka surat 16–21 IDP);
c
Gambar-gambar kemalangan dan kerosakan yang dirakam oleh pihak polis (muka surat 11–14 IDP); serta
d
Gambar-gambar terperinci sebelum dan selepas pembaikan yang diambil oleh Penyelaras Plaintif sendiri (muka surat 22–58 IDP). [39] Berdasarkan dokumen-dokumen ini, Mahkamah berpuas hati bahawa kerosakan yang berlaku adalah menyeluruh dan serius, melibatkan struktur utama bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Tiada penafian kukuh telah dikemukakan oleh pihak Defendan terhadap butiran kerosakan yang disenaraikan. [40] Mahkamah mendapati bahawa anggaran kos pembaikan sebanyak RM15,393.39 yang dikemukakan oleh Plaintif adalah bersandarkan laporan profesional yang dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal sebenar oleh penyelaras Plaintif pada 19 Mac 2021, hanya tujuh hari selepas kemalangan berlaku. Laporan tersebut memperincikan komponen-komponen yang perlu diganti, disertai dengan gambar sokongan serta potongan diskaun 10% terhadap harga alat ganti. [41] Sebaliknya, laporan penyelaras Defendan yang disediakan lebih tiga tahun selepas kejadian, pada 24 Jun 2024, tidak melibatkan sebarang pemeriksaan fizikal terhadap kenderaan Plaintif. Laporan tersebut dengan S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA jelas menyatakan bahawa penilaian dibuat “based on documents provided to us and no physical inspection was carried out”. Mahkamah berpendapat bahawa laporan yang disediakan tanpa pemerhatian lapangan sedemikian tidak mempunyai kekuatan bukti yang tinggi, apatah lagi apabila penilaiannya dilakukan setelah tempoh masa yang begitu panjang selepas pembaikan siap. [42] Malah, laporan penyelaras Defendan juga hanya bergantung kepada gambar-gambar yang diambil oleh Penyelaras Plaintif dan turut mengesahkan kesemua 43 kerosakan yang sama, justeru Mahkamah berpandangan bahawa perbezaan antara kedua-dua laporan hanyalah dari segi jumlah kos alat ganti, bukan tahap kerosakan. [43] Mahkamah menolak hujahan Defendan bahawa nilai pasaran kenderaan Plaintif hanyalah RM2,000.00 serta dakwaan bahawa ia merupakan “total loss”, kerana penilaian tersebut tidak disokong dengan sebarang bukti objektif atau asas rujukan pasaran yang boleh diterima pakai. Sebaliknya, gambar selepas pembaikan yang dikemukakan oleh Plaintif jelas menunjukkan bahawa kenderaan telah berjaya dibaiki dan berfungsi semula, menafikan sama sekali dakwaan “beyond economical repair”. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA [44] Mahkamah juga meneliti isu betterment yang dibangkitkan oleh Defendan. Prinsip betterment hanya terpakai sekiranya pembaikan menyebabkan Plaintif memperoleh manfaat melebihi keadaan asalnya. Namun dalam kes ini, pembaikan yang dibuat hanyalah bertujuan mengembalikan keadaan kenderaan ke tahap asal sebelum kemalangan, bukan untuk menambah nilai atau memberi keuntungan kepada Plaintif. Tambahan pula, diskaun 10% terhadap harga alat ganti telah pun diambil kira oleh Penyelaras Plaintif, menjadikan jumlah keseluruhan pembaikan lebih munasabah dan seimbang. [45] Mahkamah turut menerima bahawa keputusan untuk membaiki kenderaan adalah hak Plaintif, yang mungkin berasaskan keperluan penggunaan harian atau pertimbangan peribadi lain. Pihak Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyangkal fakta bahawa pembaikan telah dijalankan dan bayaran telah dibuat oleh Plaintif sebagaimana disahkan melalui resit “Cash Sale” di muka surat 51 IDP. [46] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan bahawa Laporan Penyelaras Plaintif (Kandungan 8) adalah lebih menyeluruh, dibuat secara profesional dan berdasarkan pemeriksaan fizikal sebenar. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA Laporan ini disokong oleh dokumen dan bukti kukuh, manakala laporan Defendan didapati bersifat sekunder, lewat, dan tidak mempunyai asas empirikal yang memadai. [47] Setelah menimbangkan keseluruhan fakta, keterangan serta prinsip undang-undang yang terpakai, Mahkamah menerima dan memperakui sepenuhnya laporan Penyelaras Plaintif sebagai asas penilaian yang sah, serta membenarkan tuntutan Plaintif bagi kos pembaikan kenderaan sebanyak RM15,393.39. iv) Kos kehilangan kenderaan ditolak; dan [48] Plaintif telah menuntut sejumlah RM750.00 sebagai ganti rugi bagi kehilangan kegunaan kenderaan, iaitu berdasarkan kadar RM50.00 sehari selama 15 hari. Asas tuntutan ini adalah kononnya bagi menampung kesulitan yang dialami akibat kenderaan tidak dapat digunakan dalam tempoh pembaikan. [49] Namun setelah meneliti keseluruhan keterangan dan dokumen yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang bukti S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA sokongan dikemukakan oleh Plaintif untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar telah mengalami kerugian tersebut. Plaintif tidak mengemukakan resit penyewaan kenderaan gantian, bukti penggunaan perkhidmatan e-hailing, tambang teksi, mahupun apa-apa invois atau dokumen pembayaran lain bagi menyokong dakwaan tersebut. [50] Mahkamah juga mengambil maklum bahawa Penyelaras Defendan hanya mencadangkan tempoh kehilangan kegunaan selama 6 hari sahaja, berasaskan kepada anggaran tempoh munasabah bagi kerja pembaikan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, walaupun tempoh ini diambil kira, Plaintif masih gagal menunjukkan sebarang bentuk perbelanjaan sebenar yang menjustifikasikan apa-apa bayaran ganti rugi. [51] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa, beban untuk membuktikan kerugian sebenar adalah terletak pada pihak yang mendakwa. Tuntutan bagi kehilangan kegunaan tidak boleh diasaskan semata-mata atas andaian atau anggaran kasar tanpa bukti sokongan, kerana Mahkamah tidak boleh membuat inferens kerugian tanpa asas fakta yang kukuh. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA [52] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan bahawa tuntutan Plaintif bagi kehilangan kegunaan kenderaan sebanyak RM750.00 tidak dibuktikan dengan standard keseimbangan kebarangkalian yang diperlukan. Maka, tuntutan bagi item ini adalah ditolak. v) Kos susut nilai ditolak. [53] Plaintif telah menuntut sejumlah RM3,000.00 sebagai ganti rugi atas susut nilai kenderaan jenis Proton Wira 1.5 GL (A) tahun 1996 yang didakwa mengalami penurunan harga pasaran selepas kemalangan pada 12.03.2021. Plaintif berhujah bahawa jumlah tersebut adalah anggaran munasabah memandangkan tahap kerosakan yang dikatakan kritikal serta mengambil kira nilai sentimental dan permintaan semasa terhadap model kenderaan tersebut. [54] Namun, setelah meneliti keseluruhan keterangan dan dokumen yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa tuntutan susut nilai tersebut tidak disokong oleh apa-apa bukti objektif atau dokumen penilaian rasmi. Plaintif tidak mengemukakan sebarang laporan penilai profesional, laporan pasaran semasa, atau dokumen yang menunjukkan S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA bahawa harga pasaran kenderaan tersebut benar-benar telah menurun selepas dibaiki. [55] Tambahan pula, kenderaan yang terlibat adalah berusia hampir 25 tahun pada tarikh kemalangan. Dalam keadaan sedemikian, adalah tidak munasabah bagi Mahkamah untuk menerima anggaran susut nilai sebanyak RM3,000.00 hanya berdasarkan anggapan semata-mata tanpa apa-apa sokongan fakta atau data pasaran. Seiring dengan prinsip undang-undang tuntutan ganti rugi, kerugian hendaklah dibuktikan secara konkrit, bukan atas dasar spekulasi. [56] Mahkamah juga mengambil maklum bahawa kenderaan Plaintif telah dibaiki sepenuhnya dan tiada bukti menunjukkan kenderaan tersebut mengalami kehilangan nilai jualan selepas pembaikan. Tiada laporan penilaian semasa (post-repair valuation) dikemukakan bagi menunjukkan perbandingan antara nilai kenderaan sebelum dan selepas kemalangan. [57] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan bahawa tuntutan Plaintif bagi susut nilai kenderaan ini adalah bersifat spekulatif dan tidak S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA disokong oleh bukti yang meyakinkan. Sehubungan itu, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif bagi jumlah RM3,000.00 atas alasan susut nilai kerana ianya gagal dibuktikan dengan standard keseimbangan kebarangkalian yang diperlukan. Kesimpulan [58] Setelah mengambil kira hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan seperti berikut: ISU LIABILITI: Pihak-pihak bersetuju bahawa Defendan bertanggungan cuai sebanyak 90%, dan Plaintif bertanggungan cuai sebanyak 10%. ISU QUANTUM: Mahkamah membenarkan tuntutan di Pernyataan Tuntutan seperti berikut: S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA GANTI RUGI KHAS 1) Kos dokumen dibenarkan sebanyak RM100-00; 2) Kos laporan adjuster dibenarkan sebanyak RM698-70; 3) Kos membaiki motokar No. PDF 9893 sebanyak RM15,393-39; 4) Kos kehilangan kenderaan ditolak; dan 5) Kos susut nilai ditolak. Maka dengan ini, Mahkamah membenarkan tuntutan seperti berikut:
a
Gantirugi Am sebanyak RM16,192-09;
b
Faedah seperti diplidkan; dan
c
Kos bagi tindakan ini mengikut skala mengikut KKM 2012. BERTARIKH: 31HB OKTOBER 2025. (NOR IZZATI BINTI ZAKARIA) Majistret Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA Peguam: Plaintif: Ahmad Hazrin bin Abdul Rahman daripada Tetuan Hazrin & Muzamil Defendan: Aina Farhana binti Muhammad Dzulkifli daripada Tetuan Jayadeep Hari & Jamil Kes-kes yang dirujuk: 1) WONG THIN YIT V. MOHAMED ALI [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175; 2) HONG YIK TRADING v. LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491; 3) SELVADURAY V. CHINNIAH [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253; 4) INAS FAIQAH MOHD HELMI (A CHILD SUING THROUGH HER FATHER AND NEXT FRIEND; MOHD HELMI ABDUL AZIZ) V. KERAJAAN MALAYSIA & ORS [2016] 2 CLJ 885; 5) DATUK MOHD ALI HJ ABDUL MAJID & ANOR V. PUBLIC BANK BHD [2014] 6 CLJ 269; 6) NGOOI KU SIONG & ANOR V. AIDIL ABDULLAH [1984] 1 CLJ REP 294; [1984] 1 MLRA 200. S/N C1sMLxbcBkiL0eDzppifbA Perundangan yang dirujuk:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.