(iii) Thirdly, a chargor may defeat an application for an order of sale by demonstrating that its grant would be contrary to some rule of law or equity.” [41] Di dalam mencapai pendekatan terhad dengan memberikan tiga kategori kausa yang bertentangan ini, Mahkamah Agung telah memberikan alasan-alasannya dengan menyatakan di muka surat 1054 begini: “We are conscious that the approach we have adopted results in a very narrow and restrictive interpretation of s 256(3) of the code. But there are good reasons of policy for such an interpretation. It must not be forgotten that in the ordinary way, banks and other financial institutions loan money deposited with them by their customers to a 22 borrower on the faith of the security of a charge created over the landed property of the borrower, or as here, of a third party. In the event of a default by the borrower, the lending institution normally looks to early recovery of all or a substantial part of the money due to them from a sale of a security. If the courts of this country interpret the phrase ‘cause to the contrary’ appearing in s 256(3) of the Code liberally, then, institutional lenders would lose confidence in their right to realize their security through an order for sale. Financial institutions would then become reluctant to lend money to bonafide entrepreneurs. Commerce would come to a standstill and the development of land and industries in this country which are largely dependent upon loans from banks would cease. No judgment of this court will be designed to produce such a consequence. D. TENTANGAN DEFENDAN-DEFENDAN [42] Defendan-defendan telah menentang Kandungan 1 Plaintif dengan memfailkan Afidavit Jawapan (Kandungan 4) yang diikrarkan oleh Defendan Pertama pada 19.07.2017 dengan membangkitkan alasan-alasan berikut: 23 i. terdapat perbincangan untuk penyelesaian kes di antara Defendan Pertama, pegawai Plaintif dan peguam Plaintif bernama Puan Aida dari Tetuan Ravi Aida & Partners yang telah dipersetujui bahawa Plaintif akan menerima bayaran RM224,700.00 sebagai penyelesaian penuh bagi jumlah yang terhutang di bawah gadaian tersebut dan dengan pembayaran jumlah tersebut Defendan-defendan akan menarikbalik Writ MTKL. Sebagai balasan penarikbalikan Writ MTKL tersebut Plaintif akan mengecualikan semua faedah terhadap pinjaman sebanyak RM224,700.00 yang diberikan tersebut. ii. Plaintif telah menukar syarat secara unilateral dan meminta Defendan Pertama membayar jumlah yang lebih tinggi selepas Writ MTKL tersebut ditarik balik. iii. Defendan telah memfailkan Guaman 68 kerana walaupun Writ MTKL telah ditarikbalik, Plaintif telah cuba melelong hartanah tersebut pada 17.10.2014 dengan harga rizab RM500,000.00 iaitu bukan nilai harga pasaran semasa hartanah tersebut iaitu 24 RM700,000.00 seperti yang dinyatakan dalam Laporan Penilaian Hartanah bertarikh 18.09.2014. iv. Lanjutan kepada perjumpaan Defendan Pertama dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan Bank Negara Malaysia, mereka mencadangkan agar Defendan Pertama dibenarkan untuk menjual hartanah tersebut dan menggunakan perolehan jualan untuk menyelesaikan hutang kepada Plaintif dan bakinya diagihkan kepada Jabatan Insolvensi dan Defendan Kedua namun cadangan tersebut ditolak oleh Plaintif dan seterusnya meneruskan lelongan awam pada 06.05.2016. v. Defendan Pertama dibenarkan untuk menjual hartanah tersebut melalui triti persendirian kerana tindakan tersebut adalah amalan yang dilakukan di Negara ini. vi. Plaintif sepatutnya melepaskan gadaian tersebut dan menyerahkan suratan hakmilik asal hartanah tersebut kepada Defendan-defendan memandangkan mereka telah menarik 25 balik Writ MTKL tersebut dengan menjelaskan hutang tersebut berjumlah RM224,700.00. vii. Wujud konflik kepentingan terhadap Peguamcara daripada Tetuan Satish Alli kerana beliau telah terlibat dengan perbincangan semasa syarat-syarat penyelesaian dipersetujui dan sepatutnya menarik diri daripada mewakili Plaintif dalam kes ini. E. BALASAN PLAINTIF [43] Peguam Plaintif telah menegaskan alasan-alasan yang dibangkitkan oleh Defendan Pertama adalah tidak relevan kepada prosiding ini dan ianya merupakan alasan-alasan lapuk (stale) kerana perkara-perkara yang dinyatakan oleh Defendan Pertama tersebut telahpun dibangkitkan oleh mereka di dalam Guaman 64. Mahkamah Rayuan juga telah mengesahkan keputusan tersebut pada 20.04.2016. Justeru itu, Defendan-defendan adalah dihalang untuk membangkitkan alasan-alasan itu semula atas prinsip-prinsip estoppel dan res judicata. 26 [44] Adalah menjadi hujahan Plaintif bahawa tidak ada kausa yang bertentangan telah dibangkitkan oleh Defendan-defendan untuk menafikan permohonan Plaintif di dalam Kandungan 1. PRINSIP ESTOPPEL DAN RES JUDICATA [45] Berhubung dengan prinsip-prinsip estoppel dan res judicata ini, memadai Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Asia Commercial Finance (M) Berhad v. Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783 di mana Peh Swee Chin FCJ menyatakan bahawa: “What is res judicata? It simply means a matter adjudged, and its significance lies in its effect of creating an estoppel per rem judicature. When a matter between two parties has been adjudicated by a Court of competent jurisdiction, the parties and their privies are not permitted to litigate once more the res judicata, because the judgment becomes the truth between such parties, or in other words, the parties should accept it as the truth; res judicata pro veritate accipitur. The public policy of the law is that it is in the public interest that there should be finality in litigation - interest rei publicae ut sit finis litium. It is only just that no one ought to be vexed twice for the same cause of action - nemo debet bis vexari pro eadem causa. Both maxims are the rationales for the doctrine of res 27 judicata, but the earlier maxim has the further elevated status of a question of public policy. Thus, there are in fact two kinds of estoppel per rem judicatum. The first type relates to cause of action estoppel and the second, to issue estoppel, which is a development from the first type. The cause of action estoppel arises when rights or liabilities involving a particular right to take a particular action in Court for a particular remedy are determined in a final judgment and such right of action ie. the cause of action, merges into the said final judgment; in layman's language, the cause of action has turned into the said final judgment. The said cause of action may not be re-litigated between the same parties because it is res judicata. There is one school of thought that issue estoppel applies only to issues actually decided by the Court in the previous proceedings and not to issues which might have been and which were not brought forward, either deliberately or due to negligence or inadvertence, while another school of thought holds the contrary view that such issues which might have been and which were not brought forward as described, though not actually decided by the Court, are still covered by the doctrine of res judicata ie. doctrine of estoppel per rem judicatum. 28 We are of the opinion that the aforesaid contrary view is to be preferred; it represents for one thing, a correct even though broader approach to the scope of issue estoppel. It is warranted by the weight of authorities to be illustrated later. It is completely in accord or resonant with the rationales behind the doctrine of res judicata, in other words, with the doctrine of estoppel per rem judicatum. It is particularly important to bear in mind the question of the public policy that there should be finality in litigation in conjunction with the exploding population; the increasing sophistication of the populace with the law and with the expanding resources of the Courts being found always one step behind the resulting increase in litigation. It is further necessary at this stage to understand the import of the words in the said famous statement ie "... every point which properly belonged to the subject of litigation... " which Somervell LJ explained in Greenhalgh v. Mallard [1947] 2 All ER 255, 257 as follows: ... res judicata for this purpose is not confined to the issues which the Court is actually asked to decide, but it covers issues or facts which are so clearly part of the subject matter of the litigation and so clearly could have been raised that it would be an abuse of the process of the Court to allow a new proceeding to be started in respect of them. [46] Mahkamah ini bersetuju dengan peguam Plaintif bahawa alasan-alasan i, ii, iii, dan vi (alasan-alasan tersebut) yang dibangkitkan oleh Defendan-defendan adalah alasan-alasan lapuk dan tidak 29 relevan kepada prosiding ini kerana alasan-alasan tersebut telahpun dibangkitkan di dalam Guaman 64 tersebut. [47] Berhubung dengan alasan-alasan tersebut, Mahkamah ini telah meneliti Writ dan Pernyataan Tuntutan Defendan-Defendan yang difailkan pada 3.10.2014 di dalam Guaman 64 (Eksibit “LSG-1”, Kandungan 6) dan Pernyataan Pembelaan Plaintif bertarikh 12.11.2014 yang membalas penyataan-penyataan Defendan-defendan, Penelitian Mahkamah ini terhadap kertas-kertas kausa Guaman 64, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa adalah tidak syak lagi bahawasanya alasan-alasan tersebut adalah ulangan kepada perkara-perkara yang telahpun dibangkitkan di Guaman 64 itu. [48] Kedudukan ini menjadi lebih jelas dan terang dengan merujuk kepada alasan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Defendan-defendan menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Alasan Penghakiman Kamaluddin bin Md Said, PK (YA ketika itu), Mohamed Nordin Mohd Yusuf & 30 Yang Satu Lagi Lawan Hong Leong Bank Berhad [2015] 1 MLRHU 905 adalah dirujuk. [49] Perenggan-perengan yang relevan di alasan Kamaluddin bin Md Said, PK diperturunkan di bawah ini: “[4] Relif yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif di perenggan 55 Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah supaya Defendan membatalkan gadaian terhadap Geran dalam pegangan Defendan dan memulangkan balik Geran tersebut kepada Plaintif. [5] Harga belian hartanah Plaintif-Plaintif yang menjadi perkara (subject matter) prosiding ini yang dipegang di bawah No hakmilik HS (M) 35642 PT 92348, Sungai Rasau Ulu, Mukim dan Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan yang beralamat pos No 2, Jalan 25/133B, Taman Mutiara Kemuning, Seksyen 25, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan (selepas ini dirujuk sebagai 'hartanah tersebut') adalah RM264,400.00. [6] Plaintif-Plaintif melalui perenggan 11 Pernyataan Tuntutan tersebut mendakwa bahawa Defendan telah membuat tawaran kepada Plaintif-Plaintif untuk hanya membayar jumlah prinsipal sebanyak RM224,700.00 tanpa apa-apa faedah atau caj tambahan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad jumlah yang terhutang dibawah gadaian tersebut sekiranya Writ MTKL tersebut ditarikbalik. 31 [7] Defendan telah memfailkan Pembelaan dengan menafikan tuntutan Plaintif dan mengatakan bahawa dakwaan Plaintif-Plaintif adalah rekaan semata-mata dan bertujuan memperdayakan Mahkamah kerana tidak disokong oleh dokumen-dokumen kontemporari. [10] Di bawah Aturan 18, Kaedah 19(1)(b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, keterangan afidavit yang difailkan oleh pihak dalam kes ini boleh dirujuk bagi menentukan sama ada terdapat alasan-alasan atau terdapat isu-isu yang boleh dibicarakan. George Seah FCJ dalam kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300; [1984] 1 CLJ (Rep 283 mengatakan. “The question before us is whether the respondent by this affidavit has satisfies the learned trial judge that a bona fide arguable defence has been raised which ought to be tried” Sama Ada Terdapat Tawaran Untuk Membayar Jumlah Prinsipal Sebanyak RM224,700.00 Tanpa Apa-Apa Faedah Atau Caj Tambahan [27] Di perenggan-perenggan 22 hingga 28 Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif, mereka juga mengatakan bahawa terdapat perbincangan dengan pihak peguam di mana kedua-dua pihak telah mencapai suatu penyelesaian. Perkara ini dinyatakan terkandung dalam surat bertarikh 20 Mei 2011. 32 [28] Defendan melalui affidavit Tay Geok Kow bertarikh 10 November 2014 telah mengatakan bahawa pengataan-pengataan Plaintif-Plaintif adalah tidak benar dan percubaan untuk memutarbelitkan fakta dan memperdaya Mahkamah. Defendan juga telah mengatakan sebagaimana berikut:-