Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN NO: DA-12B-38-07/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu No: DA-B52NCC-20-11/2015) DI ANTARA HONG LEONG BANK BERHAD …. PLAINTIF [NO. SYARIKAT: 97141-X]
DA-12B-38-07/2017
High Court of Malaysia6 Sept 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN NO: DA-12B-38-07/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu No: DA-B52NCC-20-11/2015) DI ANTARA HONG LEONG BANK BERHAD …. PLAINTIF [NO. SYARIKAT: 97141-X]
1
Defendan/SD1 adalah seorang pelanggan Plaintif yang telah membuka Akaun Semasa dengan Plaintif, dengan kemudahan antara lain kemudahan biasa Bank dan syarat pengeluaran adalah selagi mana ada baki di dalamnya.
2
Akaun Defendan/SD1 telah didapati didebitkan dengan jumlah yang besar dan pada 9/3/2015 terdapat baki debit (negatif) sebanyak 2 RM351,320,26 dan sebanyak RM303,496.45 setakat 30/6/2015 walaupun bakinya adalah negatif.
3
Plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan/SD1 untuk dikembalikan jumlah yang terlebih keluar (debit) tersebut dari akaunnya melalui debit. Plaintif berpendapat Defendan/SD1 telah berpakat dengan pihak ketiga di dalam Perniagaan Forex dan transaksi-transaksi ini berlaku ketika terdapat “system glitches”.
4
Di akhir perbicaraan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah menolak tuntuan Plaintif. Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut Plaintif telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah ini.
5
Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan Plaintif dengan kos sebanyak RM10,000.00 dan mengekalkan keputusan HMS. Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Plaintif memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
6
Ini merupakan alasan-alasan kepada rayuan tersebut.
7
Pada 4/9/2013, Defendan/SD1 telah membuka satu akaun perbankan atas nama Defendan/SD1 sendiri, Nik Mohd Faadli bin Mohd Salleh di cawangan Plaintif, iaitu Hong Leong Bank Berhad yang beralamat di PT320 & 321, Seksyen 25, Jalan Sultan Yahya 3 Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Nombor telefon yang diisi dalam borang butir-butir pelanggan adalah 013-3005005.
8
Pada Oktober 2014, Defendan/SD1 telah berjumpa dengan ejen Forex di satu seminar Forex secara percuma di Pulau Pinang dan telah mendaftar dirinya untuk saham Forex. Defendan/SD1 juga telah memberi salinan Kad Pengenalan, informasi Kad Debit dan bil kediaman kepada ejen Forex tersebut.
9
Dari 16/2/2015 sehingga 20/2/2015, iaitu sewaktu Hari Raya Cina, sistem perbankan Plaintif telah menghadapi gangguan dipanggil “system glitches”. Dalam tempoh tersebut, terdapat pengeluaran jumlah yang besar dibuat daripada akaun Defendan/SD1 kepada Instaforex.com Baku Azerbaijan (pihak ketiga) dan Forex.com London, sehingga akaun Defendan/SD1 mempunyai baki negatif. Jumlah yang telah dibayar kepada pihak ketiga tersebut adalah sebanyak RM351,320.26 dimana baki akaun Defendan/SD1 sebelum transaksi-transaksi tersebut dilaksanakan adalah tidak mencukupi untuk membuat pembayaran transaksi-transaksi tersebut.
10
Pembayaran yang telah dibuat melalui akaun Defendan/SD1 adalah “secured transaction”, di mana One-Time Password (“OTP”) yang dihantar secara SMS kepada nombor telefon Defendan/SD1 yang telah didaftarkan dalam sistem Plaintif telah di “activate” kan. 4
11
Seterusnya pada awal Mac, Pegawai Plaintif iaitu SP2, Yap Chin Ying telah, menerusi Weekly Assessment Report, mendapat tahu bahawa akaun Defendan/SD1 mempunyai “negative balance”. Akaun Defendan/SD1 tersebut tidak mempunyai kemudahan overdraf. SP2 telah cuba menghubungi Defendan/SD1 melalui telefon namun tidak berjaya.
12
Pada 8/3/2015, Defendan/SD1 telah membalas panggilan telefon SP2 di mana SP2 telah bertanya Defendan/SD1 sama ada dia yang melakukan transaksi-transaksi tersebut. Defendan/SD1 memberitahu SP2 bahawa dia telah menerima beberapa panggilan daripada ejen “money market” dan berjanji akan berjumpa dengan SP2 pada hari keesokkannya.
13
Pada 9/3/2015, Defendan/SD1 telah bertolak dari Kedah dan telah hadir ke bank Plaintif di Kota Bharu dan berjumpa dengan SP2. Defendan/SD1 telah memberitahu SP2 bahawa dia memang pernah berjumpa ejen Forex di satu Seminar Forex di Pulau Pinang. Seterusnya SP2 telah membantu Defendan/SD1 untuk mengisi satu borang “Digital Banking Customer Dispute” mengikut keterangan Defendan/SD1 untuk merekodkan “unauthorized transaction” tersebut.
14
SP2 juga telah dengan rela hati menasihati Defendan/SD1 supaya melaporkan “unauthorized transaction” tersebut di Balai Polis. Pada hari yang sama, SP2 telah menerima salinan laporan Polis tersebut daripada Defendan/SD1. 5
15
Setelah laporan tentang penggunaan tanpa kebenaran (“unauthorized transaction”) dibuat oleh Defendan/SD1, Plaintif telah melaksanakan haknya untuk “charge back” dan telah berjaya menuntut balik sejumlah RM57,310.23 daripada penerima/merchant yang dikenali sebagai Instaforex.com Baku Az, di mana baki hutang Defendan/SD1 selepas “charge back” adalah RM303,496.45.
16
Pada 13/3/2015, Defendan/SD1 telah membuat satu panggilan kepada Pusat Panggilan Plaintif di Kuala Lumpur dan telah berbincang dengan SP4, Sangita Mahalingam. Mengikut Plaintif, Defendan/SD1 membuat panggilan tersebut untuk menarik balik “dispute” yang telah direpot kepada Plaintif dan dikatakan Defendan/SD1 bersetuju untuk membayar kepada Plaintif RM100,000.00 yang telah dibayar oleh pihak ketiga kepada Defendan/SD1 sebagai Penyelarasan akaun Defendan/SD1 yang telah melebihi had.
17
Di atas kemungkiran Defendan/SD1 untuk menyelaraskan akaunnya, Plaintif telah melalui Peguamcaranya menghantar satu Notis Tuntutan bertarikh 14/5/2015 kepada Defendan/SD1 untuk menuntut Defendan/SD1 supaya menjelaskan keseluruhan jumlah terhutang berjumlah RM351,320.26 setakat 31/3/2015. [18]
Preamble
Menurut Plaintif, walau bagaimanapun, Defendan/SD1 telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk membuat pembayaran. Menurut Plaintif, kegagalan Defendan/SD1 membuat pembayaran telah 6 mengakibatkan Plaintif mengalami kerugian sebanyak RM303,496.45 dikira setakat 30/6/2015. [19] Maka terjadilah tuntutan Plaintif ini terhadap Defendan/SD1. C. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [20] Mahkamah telah meneliti Rekod Rayuan, Kertas-Kertas Kausa serta hujah-hujah kedua-dua pihak dan telah mebuat penganalisaan secara “judicial appreciation of evidence”. Berikut ialah dapatan Mahkamah. [21] Adalah menjadi tegasan Plaintif bahawa Defendan/SD1 lah yang melakukan transaksi-transaksi ini. P4 ialah borang “Digital Banking Customer Dispute Form” diisi atas alasan aduan terperinci berkaitan “fraud forex transaction”. [22] P4 telah diisikan sepenuhnya oleh SP2 iaitu Yap Chin Ying, Pegawai yang menghubungi Defendan/SD1 untuk datang ke cawangan Plaintif di Kota Bharu pada 8/3/2015. Antara isi perbualan antara SP2 dengan Defendan/SD1 adalah terdapatnya “satu transaksi luar biasa” di dalam akaun Defendan/SD1 di cawangan Plaintif di Kota Bharu, Kelantan. [23] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa, jika Defendan/SD1 yang menjadi dalang atau berkomplot dengan mana-mana pihak sebagaimana didakwa dan dituduh oleh Plaintif 7 maka, Defendan/SD1 tidak akan datang dari tempat kerja beliau di Sungai Petani, Kedah semata-mata untuk menyerah diri sehingga beliau diambil tindakan oleh Plaintif. Di atas sikap berani kerana benarlah beliau datang ke Kota Bharu untuk memberi kerjasamanya. [24] Malahan Defendan/SD1 tidak pada bila-bila masa tidak memberi kerjasama terhadap isu “fraud forex transactions” ini. [25] Saksi Plaintif juga bila disoal balas menyatakan bahawa Defendan/SD1 dengan mengisi P4 adalah tidak melakukan apa-apa “fraud forex transactions” tersebut. Malahan Defendan/SD1 pula telah dibimbing oleh SP2 untuk melaporkan perkara ini ke pihak Polis dan dengan itu dapat dikepilkan Laporan Polis Defendan/SD1 bersama-sama dengan P4 untuk tujuan “charge back”. Malahan lagi, SP2 sahkan Defendan/SD1 ada menghubungi beliau pada 8/3/2015 dan perkara ini dirakamkan. Perkara ini tidak dipertikaikan, malahan fakta ini menguatkan fakta ketidakbersalahan Defendan/SD1. [26] Mahkamah juga tertanya kenapa kesemua CD dan transkrip perbualan antara mereka berdua tidak dikemukakan? SP2 juga tidak dapat mengesahkan nombor talian yang manakah Defendan/SD1 menghubungi beliau sama ada dari 013-3005005 atau 019-9908896. Ini menimbulkan keraguan lagi terhadap keterangan Plaintif. Malahan anggapan bertentangan boleh 8 dikenakan terhadap Plaintif di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan. [27] Sistem Akaun Defendan/SD1 juga telah di “code” kan sebagai “hot block” sebagaimana paparan skrin komputer SP2 dan ada tertulis perkataan “hot” dibucu kanan P4. Ini berlaku kerana setelah Defendan/SD1 menerima panggilan dari SP2 pada 8/2/2015 beliau terus hubungi Plaintif untuk “block” perkataan kad debit beliau. Ini menunjukkan sikap bertanggungjawab dan “good faith” Defendan/SD1. [28] Mahkamah berpendapat hukum akal juga akan menunjukkan bahawa seseorang penipu tidak akan berkerjasama dengan orang yang ditipunya jika dia benar-benar seorang penipu. Begitu juga dengan kes Defendan/SD1 di dalam kes ini. Jika beliau seorang penipu, beliau tidak akan datang ke Kota Bharu dengan susah payah dan memberi kerjasama kepada Plaintif. [29] Perlu ditekankan di sini bahawa pihak-pihak telah mengambil maklum bahawa terdapat berlakunya “system glitches” di dalam hal ini. Dengan “system glitches” yang wujud dan sebagainya maka apa-apa masalah teknikal yang diakibatkan daripadanya maka pihak Defendan/SD1 tidak wajar dipersalahkan. Malahan Defendan/SD1 juga tidak tahu apa itu “system glitches” dan tidak akan tahu bila ianya akan berlaku. 9 [30] Saksi-saksi Plaintif juga telah mengesahkan beberapa kali bahawa jika jumlah tidak mencukupi dalam mana-mana akaun maka apa-apa transaksi tidak akan diluluskan. Justeru itu, jika transaksi masih diluluskan maka Mahkamah berpendapat Defendan/SD1 tidak wajar dipersalahkan. Ianya adalah kesilapan dan kecuaian oleh pihak Plaintif. Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa transaksi-transaksi pengeluaran luar biasa ini berlaku akibat daripada “system glitches” diakibatkan oleh pihak Plaintif sendiri. [31] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada keterangan Defendan/SD1 sendiri seperti berikut yang dipetik dari Rekod Rayuan: “(4)S: Selepas itu apa yang kamu lakukan dan apa tindakan kamu? Selepas dapat panggilan dari Yap Chin Ying saya pun hubungi Hong Leong Bank untuk “block” penggunaan kad saya. Pihak Bank tanyakan apakah alasan untuk “block” kad. Dan saya pun jelaskan. Pihak bank hanya balas dengan mengatakan pihak mereka akan “block”.
6
(6)S: Bila Akaun Simpanan tersebut dibuka di Hong Leong Bank, Kota Bharu? Akaun Simpanan tersebut di buka pada 4/9/2013. 10
9
(9)S: Adakah kamu ada mengambil apa-apa kemudahan overdraf dari Hong Leong Bank, Kota Bharu? Tiada sebarang kemudahan overdraf dipohon.
10
(10)S: Kenapa kamu pilih untuk buka akaun simpanan di Hong Leong Bank, Kota Bharu? Saya buka akaun simpanan di Hong Leong Bank, Kota Bharu atas saranan seorang pegawai Bank Hong Leong semasa hendak buat satu transaksi “Wire Transfer” kepada akaun Alibaba di China.” [32] Mahkamah mendapati bahawa Defendan/SD1 adalah seorang yang lurus (pepatah melayu ialah “lurus bendul”) yang tidak mempunyai apa-apa niat jahat, sepertimana keterangannya di bawah: “(12)S: Selepas kamu terima panggilan dari Yap Chin Ying apa yang kamu lakukan? Saya telah diarahkan oleh Yap Chin Ying untuk hadir ke Hong Leong Bank, Kota Bharu, Kelantan. Oleh itu pada 9/3/2015 saya terus ke Hong Leong Bank, Kota Bharu, Kelantan untuk berjumpa dengan Yap Chin Ying.
13
(13)S: Boleh kamu jelaskan apa yang berlaku semasa kamu berjumpa dengan Yap Chin Ying di Hong Leong Bank, Kota Bharu? 11 Semasa di bank, Yap Chin Ying ada menunjukkan paparan pada skrin komputernya bahawa akaun saya telah di “hot block” dan Yap Chin Ying sendiri yang sahkan. Selanjutnya Yap Chin Ying mengarahkan saya untuk mengisi satu borang yang disebut sebagai “dispute form”. Saya tanya apa tujuan borang ini diisi, dan kata Yap Chin Ying bahawa ini adalah untuk “charge back”.
14
(14)S: Selepas itu apa yang berlaku? Yap Chin Ying menyuruh saya untuk tandatangan “dispute form” yang telah diisi olehnya.
23
(23)S: Adakah kamu telah dituduh di mana-mana Mahkamah berkaitan kes “fraud transaction” ini? Setakat ke hari ini tiada sebarang tuduhan dibuat.
24
(24)S: Adakah kamu pernah dipanggil untuk diambil apa-apa keterangan dari pihak Polis berkenaan dengan transaksi “fraud” ini? Setakat ke hari ini tiada sebarang rakaman percakapan direkodkan oleh pihak Polis ke atas saya berkenaan dengan isu ini. 12 [33] Defendan/SD1 juga tidak tahu kenapa beliau membatalkan “dispute form” (P4) tersebut, tetapi di atas nasihat kakitangan Plaintif, Defendan/SD1 ditanya:
26
(26)S: Kenapa kamu buat panggilan untuk batalkan “dispute form”? Sebetulnya saya tidak faham dengan prosedur bank ini. Berkenaan dengan pembatalan dispute itu sebenarnya telah dicadangkan oleh Operator India semasa salah satu panggilan telefon dibuat.” [34] Defendan/SD1 hanya mengetahui mengenai transaksi luar biasa ini apabila dihubungi oleh Pegawai Plaintif, Yap Chin Ying (SP2). Ini menunjukkan bahawa Defendan/SD1 bukanlah “Pencuri” di dalam kes ini. Berikut adalah keterangan Defendan/SD1: “(30)S: Bilakah “pertama kali” kamu tahu berkenaan “transaksi luar biasa” ini? Bila dihubungi oleh Yap Chin Ying dan bila saya buat semakan di Hong Leong Bank, Kota Bharu, Kelantan pada 9/3/2015.
31
(31)S: Adakah kamu tahu baki dalam akaun kamu telah negatif? Saya tidak tahu sama sekali. 13
32
(32)S: Bila ditunjukkan oleh Yap Chin Ying pada tarikh 9/3/2015 jumlah dalam akaun kamu itu statusnya bagaimana? Saya pun terkejut bila ditunjukkan akan akaun saya kerana akaun saya tidak negatif. Dan bertambah pelik bila pihak Yap Chin Ying yang mengatakan ada masalah dengan sistem bank mereka.” [35] Mahkamah mendapati keterangan-keterangan Defendan/SD1 seterusnya mempunyai nilai probative dan logik yang tinggi seperti di bawah: “(37)S: Kenapakah kamu sanggup pergi berjumpa dengan Yap Chin Ying di Hong Leong Bank, Kota Bharu, Kelantan pada tarikh 9/3/2015? Sebetulnya saya tidak tahu langsung berkenaan “transaksi luar biasa” tersebut sehinggalah pada pagi hari tersebut dan jika saya ada melakukannya mengapa perlu saya balik dari Sungai Petani, Kedah semata-mata untuk menjelaskan “transaksi luar biasa” ini. Dan seterusnya membuat laporan Polis.
38
(38)S: Adakah kamu ada menerima apa-apa keuntungan hasil dari “transaksi luar biasa” ini? Tidak ada apa-apa keuntungan yang diterima melainkan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas. Jika ada 14 pun “charge back” telah disedut terus oleh Bank Hong Leong, Kota Bharu, Kelantan dan itu pun di luar pengetahuan saya sendiri sehinggalah diberitahu.” [36] HMS juga telah memberi dapatannya dari segi logik mengenai perkara-perkara di atas seperti berikut: “If there is system glitches that had defeated the security measures mentioned above, the first party that should be in the know is the Plaintiff. It is absurd to suggest that the Defendant, an outsider, and a customer of the Plaintiff, would be able to know and to anticipate when system glitches are supposed to occur and step in at the opportune moment to commit the alleged fraudulent transactions as the Plaintiff had seemed to suggest. The Defendant as a normal banking customer had abided by the Plaintiff’s instruction to appear at the Plaintiff’s branch in Kota Bharu and had given his full cooperation, disclosing everything in his knowledge but the Plaintiff, without extending further assistance to the Defendant had concluded that the Defendant is the perpetrator of or and accessory to the fraud and had asked the Defendant to pay up the overdrawn amount in the Defendant’s account.” [37] Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP2 bahawa Defendan/SD1 telah sebelum ini memberikan maklumat peribadinya kepada ejen Forex di satu seminar di Pulau Pinang tidak boleh dijadikan asas bahawa inilah pakatan atau konspirasi untuk menipu Plaintif. Pihak Plaintif sepatutnya membawa bukti-bukti yang kukuh 15 yang mampu membuktikan bahawa wujudnya pakatan yang berlaku dengan mana-mana pihak lain jika ada. [38] Mahkamah berpendapat adalah tidak adil bahawa pihak Plaintif telah mengakui bahawa mereka sendiri telah cuai di dalam hal ini dan di dalam masa yang sama telah meletakkan seseorang seperti Defendan/SD1 sebagai orang yang bertanggungjawab. Ianya adalah tidak adil sama sekali. [39] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada dapatan MHS di dalam Rekod Rayuan apabila HMS berkata: “Even if there were system glitches, the Plaintiff’s witnesses had confirmed that any transaction would not be approved, if that person’s account does not have sufficient funds and that the Plaintiff had wrongfully, albeit negligently approved the impugned transaction. SP2 answered in the affirmative to the Defendant’s counsel’s suggestions during cross-examination as follows:
68
S: Tadi saya tanya, jika exceed limit, transaksi tidak boleh diluluskan. Saya cadangkan Plaintif telah secara salah meluluskan transaksi ini tanpa pengetahuan Defendan. Setuju” [40] HMS juga berpendapat bahawa Peguambela Perayu di dalam hujahan mereka telah menekankan bahawa Defendan/SD1 Kedua 16 telah memberikan maklumat peribadi kepada seorang ejen Forex sebagai asas tuduhan mereka terhadap Defendan/SD1 yang dikatakan telah bersubahat dengan pihak ketiga untuk menipunya. Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS ini, seperti berikut: “However, the Plaintiff’s learned counsel had ignored the above evidence in his submissions but had relied heavily on the information obtained by SP2 from the Defendant, that the latter had given his personal particulars and account information to a Forex agent during a Forex Seminar in Penang, to allege that the Defendant had colluded with a third party to defraud the Plaintiff’s Bank. The Plaintiff’s learned counsel had made use of this piece of evidence to make lengthy submissions on the alleged actus reus and mens rea of the Defendant in committing fraud on the Plaintiff, when none of the Plaintiff’s witnesses, particularly SP3 who was entrusted with investigating the alleged fraud, had come to such a conclusion. They were entirely the Plaintiff’s learned counsel’s own deductions in his written submissions, such that they are not worthy of any consideration at all.” [41] Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa siasatan yang dijalankan oleh SP3 adalah tidak berkualiti kerana ianya tidak menyeluruh. Berikut ialah apa yang didapati HMS mengenai hal ini: “The Plaintiff’s witness, SP3, is the person entrusted by the Plaintiff to investigate the fraudulent transactions. However SP3 had not gone beyond merely perusing documents provided by the Bank and 17 the service provider for the online banking system. No interviews were carried out. The Court finds that this is a rather simplistic way in which a case of fraudulent transaction of this magnitude had been handled by the Plaintiff.” [42] Tambah lagi, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan/SD1 berdasarkan keterangan saksi-saksi Plaintif bahawa bagi sesuatu transaksi online, pihak yang ingin melakukan transaksi online perlu ada satu User ID dan password dan perlu diingat ini bukan PIN number kad debit. Ke arah itu Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan/SD1 seperti berikut: “Untuk tujuan ini pengguna perlu memasukkan User ID yang betul beserta password yang betul untuk meneruskan transaksi tersebut. Setelah butir-butir transaksi dengan jumlah transaksi dimasukkan dan satu permintaan OTP dan atau TAC diminta oleh pengguna dan selebihnya pihak bank yang akan liaise dengan Third Party Service Provider yang memanipulasi OTP dan TAC nombor ini yang akan bertindak sebagai security transaction sesuatu transaksi. Tetapi pada peringkat ini pihak bank masih lagi pihak terakhir yang akan meluluskan transaksi ini berdasarkan baki akaun yang mencukupi.” [43] Ke arah itu, Mahkamah mendapati bahawa HMS adalah betul apabila beliau membuat dapatan fakta seperti berikut: 18 “The Plaintiff’s witness had suggested that since the phone number from which the OTP number had been keyed in was the Defendant’s, the Defendant was the one who had given the authorization for the said transactions. The Court disagrees with this contention. That is not all there is to this case of fraudulent transactions. The person who wants to carry out an online transaction must have a User ID and password, which is not the same as pin number for a credit card. For the transaction to succeed, the person must key in the correct User ID and password. It is only when the details of the transaction and the price is keyed in that a request for OTP (one time password) is requested by the person. From then on it is the bank that takes over. It is for the bank to liaise with the Third Party Service Provider engaged by the bank to handle the OTP as a secured transaction. At this stage the approval of the transaction is with the bank, at all times depending on sufficiency of funds in the account.” [44] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan MHS di atas. [45] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa dapatan fakta Hakim Bicara tidak sewajarnya diganggu kerana beliau mempunyai kelebihan “audio” dan “video” dan berkedudukan untuk meneliti demeanor saksi-saksi yang telah memberi keterangan di hadapannya. Dengan ini Plaintif telah dengan salah meluluskan transaksi-transaksi tersebut tanpa pengetahuan Defendan/SD1 dan arahan Defendan/SD1. 19 [46] Setelah meneliti segala keterangan yang ada, di atas imbangan kebarangkalian memandangkan Plaintif sendiri telah gagal membuktikan bahawa Defendan/SD1 yang sebenarnya telah melakukan transaksi-transaksi di atas dan Defendan/SD1 sendiri tidak tahu dan tidak pernah pada bila-bila masa mengarahkan individu dan/atau organisasi lain untuk melakukan transaksi-transaksi salah di atas, maka tuntutan Plaintif ini adalah tidak berasas. Plaintif juga gagal membuktikan wujudnya konspirasi/pakatan dan sebagainya di pihak Defendan/SD1. Malahan keterangan-keterangan yang ada di depan Mahkamah ini tidak pernah menunjukkan Defendan/SD1 melakukan pakatan dengan mana-mana pihak. [47] Mahkamah mendapati adalah jelas berlakunya transaksi-transaksi yang tidak di “authorize” tersebut adalah berpunca dari kecuaian pihak Plaintif semata-mata. [48] Mahkamah juga bersependapat dengan dapatan HMS bahawa siasatan yang dilakukan adalah tidak menyeluruh. Sudut siasatan yang bagaimana dilakukan pun tidak pernah dikemukakan di dalam keterangan. Siasatan Plaintif amat penting bagi menunjukkan bagaimana pihak Plaintif boleh menunding jari kepada Defendan/SD1 sebagai orang yang melakukan transaksi-transaksi luar biasa ini. [49] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa siri perbualan telefon antara Plaintif dan Defendan/SD1 selain yang dikemukakan 20 di Mahkamah tidak pernah dikemukakan. Siri perbualan lain adalah penting bagi menunjukkan ketelusan pihak Plaintif dan Defendan/SD1 dalam tuntutan ini. [50] Siasatan pula dibuat oleh SP3, seorang yang bukan mempunyai tugas hakiki sebagai Pegawai Penyiasat. Defendan/SD1 pula tidak pernah lari dan sentiasa membantu Plaintif dalam tuntutan ini. [51] Siasatan juga tidak mengambil kira dua perkara penting iaitu pertamanya pada tarikh sekitar 3/2/2015 dan 25/2/2015 Defendan/SD1 berada di Thailand dan ini amat jelas melalui eksibit D11. Keduanya sistem telekomunikasi pesanan ringkat (SMS) OTP hanya dapat dilakukan di Malaysia sahaja mengikut rangkuman dan capaian rangkaian tempatan. Ianya tidak boleh dilakukan di luar negara. Sementara itu pula, ditempat Defendan/SD1 berada di Thailand tiada liputan rangkaian telefon apatah lagi untuk membuat transaksi online. Perkara-perkara ini menguatkan lagi fakta bahawa transaksi-transaksi tersebut tidak boleh dilakukan oleh Defendan/SD1. [52] Mahkamah juga mendapati terdapat percanggahan pada tarikh transaksi-transaksi tersebut berlaku. Apa yang diplidkan pula berbeza dengan apa yang dibicarakan. Tarikh-tarikh sebagaimana dirujuk Plaintif menunjukkan Defendan/SD1 tiada di Malaysia. Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada dapatan HMS seperti berikut: 21 “The Plaintiff’s case is replete with inconsistencies and in the course of the trial, the plaintiff had taken a completely different path, straying from its pleading. The law on abiding by a parties’ pleaded case is TRITE. There is an abundance of authorities on this issue. The cases cited by the Defendant’s Learned Counsel are on point. They are …. …Non compliance with the pleaded case would on its own warrant this case to be dismissed entirely.” D. KESIMPULAN [53] Setelah meneliti Rekod Rayuan, Kertas-Kertas Kausa dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan dan keputusan HMS bahawa Defendan/SD1 tidak terlibat dengan transaksi-transaksi pengeluaran luar biasa ini. Justeru itu, Mahkamah bersetuju dengan keputusan HMS untuk menolak tuntutan Plaintif ini, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas. Justeru itu, rayuan Plaintif ditolak dengan kos RM10,000.00 dan keputusan HMS dikekalkan. Tarikh: 20 Januari 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur 22 Pihak-Pihak Peguamcara Plaintif/Perayu: Pn. Rebecca Lim En Tzi, Tetuan H.S.Lim & Malik, 1st Floor, 3377 B&C, Jalan Gajah Mati, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara Defendan/Responden: En. Mohd Rafizi bin Abdullah, Tetuan Rafizi Zubairi & Co, Lot 1384, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.