Lampiran
Lampiran 29. ISU UNTUK DIPUTUSKAN 7. Isu-isu utama yang perlu ditentukan Mahkamah ialah: (i) Sama ada afidavit yang dikatakan palsu boleh dijadikan asas kepada prosiding komital sedangkan fakta yang mendasarinya telah pun diputuskan; dan (ii) Sama ada moratorium di bawah s. 410 Akta Syarikat 2016 menghalang prosiding komital terhadap syarikat atau pengarahnya. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DIRUJUK 8. Prinsip-prinsip undang-undang yang terpakai berhubung dengan permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Undang-undang mengenai kuasa budi bicara Mahkamah dalam pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (A.18 k.19) KKM 2012 adalah jitu dan mantap. Terlalu banyak otoriti yang telah membincangkan dan memutuskan prinsip-prinsip pemakaian kuasa budi bicara Mahkamah di bawah A.18 k.19 ini. Memadai sekiranya Mahkamah ini merujuk kepada beberapa kes sebagai panduan dan rujukan. 9. Dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7, prinsip-prinsip undang-undang mengenai kuasa budi bicara Mahkamah di bawah A.18 k.19 ini telah diterangkan dengan begitu jelas oleh Mohamed Dzaiddin HMA (YAA pada ketika itu) seperti yang berikut: “It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v Wilkinson [1899] 1 QB 86, p.91), and this summary procedure can only be adopted when it clearly seen that a claim or answer is on the face of it “obviously unsustainable” (Attorney-General of Duchy of Lancaster v L. & N.W.Ry. Co [1892] 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v Moloney [1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871. (CA.). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O.33 r.3 (which is in para materia with our O.33 r. 2 Rules of the High Court) (Hubbuck v Wilkinson) (supra). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” 10. Manakala Vincent Ng H (YA ketika itu) dalam kes Suppuletchemi v Palmco Bina Sdn Bhd [1994] 2 AMR 1191, di muka surat 1205 dan 1206 penghakimannya telah berkata: “But in applications under Order 18 r 19 or Order 14, it is still incumbent upon the court to determine whether issues could more appropriately have been decided, without the expense of a full trial with witnesses and expenditure of the courts’ invaluable time. No party in a proceeding is entitled to require the court to accord them valuable time of several days open court viva voce trial only upon mere or bare assertions in their affidavits…. The crucial question the court would have to ask itself in applications under Order 14 or Order 18 r 19(1)(a) to (d) is firstly, whether the piece or pieces of evidence essential to make out a reasonable prima facie cause of action or a prima facie triable issue of fact are of the nature such that they are adduceable by affidavit evidence; and secondly – if the answer to this question is in the positive – whether such essential prima facie evidence had been so adduced in the supporting affidavits. Such affidavits ought not to contain bare averments but must condescend or come definitely into particulars for serious argument such that they are sufficient to satisfy the court that there is a reasonable prima facie cause of action or prima facie triable issue or issues of fact or law in the defence as the case may be. …the court must and ought to look at the whole situation and ask itself whether the plaintiff (in an application to strike off claim) has satisfied the court that he has a bona fide or prima facie cause of action…” [Penekanan ditambah] ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH (1) Isu “Finality of Litigation” iaitu untuk isu (i) Sama ada afidavit yang dikatakan palsu boleh dijadikan asas kepada prosiding komital sedangkan fakta yang mendasarinya telahpun diputuskan. 11. Mahkamah meneliti rekod Saman Pemula (Lampiran 1) dan Alasan Penghakiman bertarikh 20 Ogos 2024 (Lampiran 52) serta mendapati bahawa isu “proof of service of invoices” telah pun diputuskan secara substantif dan muktamad oleh Hakim Mahkamah terdahulu. 12. Mahkamah percaya bahawa Keputusan tersebut sedang dirayu dan belum mendapat keputusan daripada Mahkamah Rayuan lagi dan buat masa ini perintah di Lampiran 1 Saman Pemula masih kekal status “quo” dan tidak boleh dianggap afidavit Responden-Responden adalah palsu. Tindakan membawa permohonan komital ini adalah “pre-mature” kerana isu ini belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan oleh itu keputusan 20.8.2024 adalah “final and binding” dan mengikat semua pihak pada masa ini. Sebarang percubaan untuk mempersoalkan semula fakta yang sama, sama ada melalui tuduhan afidavit palsu atau prosiding baharu, adalah bercanggah dengan prinsip “finality of litigation dan res judicate”’. 13. Prinsip ini telah dijelaskan dengan jelas oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Malpac Capital Sdn Bhd v Yong Toi Mee & Ors (and Another Appeal) [2016] 5 AMR 73, di mana Mahkamah menegaskan bahawa: “...the controversy in respect of the rights and obligations between the parties had ceased to have an independent existence because they merged in that final judgment pronounced by the Federal Court. Further, this merger has long been treated as equating to res judicata in the strict sense.” 14. Mahkamah Rayuan juga menyatakan bahawa pihak tidak boleh membuka semula perkara yang telah diputuskan kerana kepentingan awam menuntut agar setiap litigasi mempunyai pengakhiran, bagi mengelakkan penyalahgunaan proses dan litigasi tanpa penghujung. 15. Berdasarkan prinsip tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa isu serahan invois telah “merged” dalam penghakiman muktamad bertarikh 20.8.2024 (Lampiran 18) bagi kes ini dan oleh itu tidak boleh dijadikan asas kepada prosiding baharu, termasuklah prosiding komital ini. 16. Sekiranya Pemohon berpendapat bahawa perintah terdahulu diperoleh melalui penipuan, remedi sewajarnya ialah permohonan untuk mengetepikan perintah atas alasan “fraud on the court”, bukannya melalui prosiding komital yang berasaskan fakta yang telah final pada peringkat ini (Tidak “final” jika diambil kira masih di peringkat Rayuan tetapi adalah “pre mature” untuk Mahkamah putuskan dan menjadi asas kepada permohonan komital). 17. Oleh itu tindakan pra matang/”pre mature” yang dibawa oleh Pemohon dalam keadaan kes yang masih berstatus “quo” sementara menunggu Mahkamah Rayuan memutuskan isu tersebut adalah suatu Tindakan yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan yang termasuk didalam syarat utama Aturan 18 kaedah 19(1)(b) dan juga suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dibawah Aturan 18 kaedah 19(d) KKM 2012 yang membawa kepada Keputusan Mahkamah ini membenarkan Permohonan Responden-Responden di Lampiran 33 dan Lampiran 35 untuk pembatalan Lampiran 29 dan Perintah yang berkaitan dengannya. (2) “Judicial Management” dan Skop s. 410 Akta Syarikat 2016 menjawab kepada isu (ii) Sama ada moratorium di bawah s. Akta Syarikat 2016 menghalang prosiding komital terhadap syarikat atau pengarahnya. 18. Mahkamah mengambil maklum bahawa “Judicial Management” (JM) diperkenalkan melalui Akta Syarikat 2016 berdasarkan cadangan “Corporate Law Reform Committee”(CLRF) Report 2008”, yang kemudiannya dibahaskan di Parlimen. Berdasarkan rekod Hansard Dewan Rakyat (Parlimen Ke-13, Mesyuarat Kedua, Sesi 2015), Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan bahawa peruntukan JM diperkenalkan untuk: “…provide a mechanism for corporate rescue to allow companies facing financial distress an opportunity to be rehabilitated under the supervision of the court, instead of being prematurely wound-up.” (Rujuk Hansard Parlimen, Dewan Rakyat, Perbahasan Peringkat Kedua Rang Undang-Undang Syarikat 2015, ms. 64 – 65) 19. S.410 Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa sebaik permohonan JM difailkan, satu moratorium automatik akan berkuat kuasa untuk menghalang tindakan undang-undang terhadap syarikat bagi memberi ruang kepada Pengurus Kehakiman melaksanakan pelan pemulihan. 20. Namun, niat perundangan (“legislative intent”) sebagaimana disebut dalam Hansard bukanlah untuk memberi imuniti kepada syarikat atau pengarahnya daripada semua tindakan undang-undang, terutamanya tindakan jenayah atau “quasi-criminal” seperti prosiding komital. 21. Oleh itu, moratorium di bawah s. 410 Akta Syarikat 2016 hanya meliputi tindakan sivil dan pelaksanaan terhadap aset syarikat, tetapi tidak menghalang Mahkamah daripada melaksanakan bidang kuasanya untuk menghukum penghinaan, perbuatan menipu Mahkamah atau apa-apa salah laku yang mengganggu pentadbiran keadilan. 22. Namun begitu, Mahkamah mendapati bahawa dalam kes ini, asas dakwaan penghinaan iaitu isu serahan invois dan ikrar afidavit berkaitan (yang didakwa palsu oleh Pemohon) telah pun diputuskan secara muktamad dalam Saman Pemula ini. Oleh itu, walaupun prosiding komital tidak dihalang oleh JM, ia masih tidak boleh diteruskan kerana berasaskan isu yang telah final. Oleh itu tindakan pra matang/”pre mature” yang dibawa oleh Pemohon adalah suatu yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan yang termasuk didalam syarat utama Aturan 18 kaedah 19(1)(b) dan juga suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dibawah Aturan 18 kaedah 19(d) KKM 2012 yang membawa kepada Keputusan Mahkamah ini membenarkan Lampiran 35 untuk pembatalan Lampiran 29 dan Perintah yang berkaitan dengannya. Kos dan Permohonan Kos Atas Dasar Indemniti yang dipohon oleh Responden-Responden 23. Responden-Responden turut memohon agar Mahkamah memberikan kos atas dasar indemniti terhadap Pemohon atas alasan bahawa prosiding komital ini adalah penyalahgunaan proses dan menimbulkan kos guaman yang tidak sepatutnya. 24. Prinsip undang-undang yang diterima adalah bahawa kos indemniti hanya diberikan dalam keadaan luar biasa, apabila tindakan pihak yang kalah adalah tidak jujur, berniat jahat, atau menyalahgunakan proses Mahkamah pada tahap melampau. 25. Di bawah Aturan 59 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, prinsip umum adalah bahawa kos mengikut keadaan. Aturan 59 kaedah 2 KKM 2012 memperuntukkan bahawa, tertakluk kepada undang-undang bertulis dan Kaedah-Kaedah ini, kos bagi dan yang bersampingan dengan prosiding berada dalam budi bicara Mahkamah, yang mempunyai kuasa penuh menentukan oleh siapa dan sejauh mana kos tersebut hendaklah dibayar. 26. Aturan 59 kaedah 3(2) KKM 2012 pula memperuntukkan bahawa dalam melaksanakan budi bicara berhubung kos, Mahkamah secara umumnya hendaklah memerintahkan kos mengikut keadaan, kecuali apabila keadaan kes itu mewajarkan suatu perintah yang berbeza. Dengan itu, sebarang penyimpangan daripada prinsip umum termasuklah pemberian kos atas dasar indemniti hanya boleh dibuat jika terdapat keadaan khas atau luar biasa yang benar-benar membenarkannya. 27. Prinsip perbezaan antara kos atas dasar biasa (standard basis) dan dasar indemniti turut dihuraikan dalam kes Transmile Group Bhd & Anor v Malaysian Trustees Bhd & Ors [2013] 9 MLJ 43 di mana Mahkamah menegaskan bahawa kos indemniti adalah pengecualian dan hanya diberikan apabila pihak yang menuntutnya berjaya menunjukkan keadaan khas atau perlakuan litigasi yang luar biasa tidak wajar yang mewajarkan penyimpangan daripada prinsip umum. 28. Setelah meneliti keseluruhan rekod, Mahkamah berpandangan bahawa walaupun prosiding komital ini akhirnya ditolak, Pemohon tidak bertindak secara “mala fide”. Pemohon masih mempunyai asas munasabah dalam undang-undang untuk mempercayai bahawa afidavit Responden mengandungi kenyataan yang tidak benar. Maka, Mahkamah tidak mendapati sebarang unsur penyalahgunaan proses atau kelakuan yang begitu teruk sehingga boleh disifatkan sebagai “exceptional circumstances” bagi membenarkan pemberian kos atas dasar indemniti. 29. Selaras dengan prinsip A 59 kaedah 2 & 3 KKM 2012, dan ketiadaan faktor luar biasa yang membenarkan penyimpangan daripada prinsip kos mengikut keadaan, Mahkamah berpendapat bahawa perintah kos hendaklah dibuat atas dasar biasa (“party and party basis”). 30. Perbezaan antara kaedah penaksiran kos iaitu penaksiran atas asas standard dan atas asas indemniti diperuntukkan masing- masing di bawah Aturan 59 kaedah 16(3)–(4) KKM 2012. Penaksiran atas asas standard memperuntukkan bahawa hanya amaun yang munasabah bagi semua kos yang telah ditanggung secara munasabah akan dibenarkan. 31. Sebaliknya, penaksiran atas asas indemniti membenarkan semua kos dituntut kecuali kos yang berjumlah tidak munasabah atau kos yang telah ditanggung secara tidak munasabah, dan kos sedemikian tidak perlu ditanggung oleh pihak yang membayar kos. 32. Oleh itu sekali lagi Mahkamah ini menekankan bahawa kos atas dasar indemniti merupakan satu pengecualian dan lazimnya hanya diberikan dalam keadaan khas dan luar biasa, umpamanya apabila wujud elemen penyalahgunaan proses atau kelakuan litigasi yang amat tidak wajar oleh pihak yang menanggung kos. Mahkamah berpandangan bahawa walaupun prosiding komital ini akhirnya ditolak, Pemohon tidak bertindak secara “mala fide”. Pemohon masih mempunyai asas munasabah dalam undang-undang untuk mempercayai bahawa afidavit Responden mengandungi kenyataan yang tidak benar. Justeru, Mahkamah tidak mendapati unsur penyalahgunaan proses pada tahap luar biasa yang boleh membenarkan pemberian kos atas dasar indemniti. Maka, Mahkamah hanya memberikan kos biasa (“party and party basis”) kepada Responden. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN 33. Mahkamah membuat dapatan berikut: (a) Isu berkaitan “proof of service of invoices” yang menjadi asas kepada dakwaan afidavit palsu telahpun diputuskan secara muktamad dalam Saman Pemula bertarikh 20 Ogos 2024; (b) Prosiding komital ini, walaupun tidak dihalang oleh moratorium s.410 Akta Syarikat 2016, adalah penyalahgunaan proses di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) dan tidak mendedahkan kausa tindakan di bawah Kaedah 19(1)(a) KKM 2012; dan (c) Mahkamah menegaskan bahawa tujuan JM ialah memberi ruang pemulihan korporat, bukan untuk melindungi pengarah atau syarikat daripada tindakan undang-undang yang bersifat jenayah atau “quasi-criminal”. (d) Permohonan kos indemniti oleh Responden ditolak dan hanya kos biasa diberikan kepada Responden-Responden. 34. Maka Mahkamah dengan ini membenarkan Lampiran 33 dan Lampiran 35 dengan kos RM3000.00 untuk setiap Lampiran kepada Responden-Responden. 35. Oleh itu Perintah (Ex Parte) bertarikh 29.10.2024 diketepikan dan Notis Permohonan bertarikh 30.10.2024 di Lampiran 29 dibatalkan. BERTARIKH: 8 DISEMBER 2025 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif/Pemohon Pang Yong Tong Tetuan YT Pang & Co Nusajaya Peguam Bagi Pihak Responden Pung Kian Bay Tetuan Chong + Kheng Ho Kuala Lumpur