Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-8-03/2024 ANTARA HOTEL 77 SDN BHD (No. Syarikat: 870933-T) ……PERAYU
JA-12B-8-03/2024
High Court of Malaysia18 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ng bersama Lee Hun Hoe CJ (Borneo) dan Ali FJ dalam Mahkamah Persekutuan menyatakan pada halaman 240: “At the trial Mr. Tay tried to have this letter admitted in evidence under section 73A(1) of the Evidence Act, ie, without calling anybody from the company to give evidence. Mr. Tay called as witness a clerk of the pla”
“48. Peruntukan Act of God, yang juga dikenali sebagai klausa Force Majeure, merujuk kepada peristiwa di luar kawalan manusia, seperti banjir kilat, gempa bumi atau bencana alam lain.”
“50. Suatu Act of God merupakan kejadian yang luar biasa, jarang berlaku dan tidak dapat dijangka, yang terhasil daripada kuasa semula jadi, atau suatu musibah atau kemalangan yang timbul daripada keadaan yang tida”
“(d) bahawa wujud kerosakan sebenar yang dialami oleh Plaintif akibat daripada pelanggaran tersebut. (Kes yang dirujuk, Donoghue v. Stevenson [1932] AC 562 dan Arab Malaysian Finance Bhd v. Stephan Phoa Cheng Loon [2003] 1 MLJ 567) S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA **Note : Serial number will be used to verify the originality”
“43. Dalam kes Mahmod Kailan v. Goh Seng Choon & Anor [1976] CLJU 68; [1976] 1 LNS 68; [1976] 2 MLJ 239, Perayu telah cuba membuktikan bahawa beliau merupakan seorang kontraktor buruh dengan mengemukakan sepucuk surat daripada sebuah syarikat pembinaan, namun tiada se”
“34. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan LIVE CAPITAL SDN BHD v PIONEER CONGLOMERATE SDN BHD [2025] 6 CLJ 855; [2025] CLJU 1308, yang diputuskan oleh Abdul Rahman Sebli HBSS menyampaikan penghakiman mahkamah: S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA **Note : Serial number will be used to verify the originality of thi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-8-03/2024 ANTARA HOTEL 77 SDN BHD (No. Syarikat: 870933-T) ……PERAYU
1
PADUAN EKSLUSIF SDN BHD (No. Syarikat: 572107-T)
2
RAR ALAM BINA SDN BHD (No. Syarikat: 447334-T) ...RESPONDEN-RESPONDEN S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA ALASAN PENGHAKIMAN
1
Mahkamah Yang Mulia ini untuk merujuk kepada kertas–kertas kausa yang difailkan di dalam rayuan ini, seperti yang berikut:- i. Lampiran 1 – Notis Rayuan (Selepas Perbicaraan); ii. Lampiran 3 – Rekod Rayuan A; iii. Lampiran 4 – Rekod Rayuan B; iv. Lampiran 5 – Rekod Rayuan C (Jilid 1); v. Lampiran 6 – Rekod Rayuan C(Jilid 2); dan vi. Lampiran 7 – Rekod Rayuan Tambahan
2
Rayuan ini merupakan suatu rayuan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen (selepas ini dirujuk sebagai “HMS”) yang telah menolak tuntutan Perayu/Plaintif dalam tindakan asal di Mahkamah Sesyen.
3
Mahkamah ini juga akan merujuk kepada kertas-kertas kausa yang telah difailkan seperti berikut:- Memorandum Rayuan di Lampiran 3, muka surat 11 – 15; Ikatan Pliding di Lampiran 3, muka surat 18 – 51; Alasan Penghakiman di Lampiran 3, muka surat 70 – 84; dan Nota Keterangan di lampiran 4, muka surat 30 – 93.
4
Latar belakang kes ini adalah berdasarkan kepada Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (selepas ini dirujuk sebagai ‘HMS’).
5
Perayu adalah sebuah syarikat dan pemilik berdaftar kepada satu bangunan bernama Amansari Hotel City Centre yang beralamat di No. 49, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor (“hotel tersebut”) yang terletak di hadapan Sungai Segget.
6
Responden Pertama dan Responden Kedua merupakan syarikat-syarikat yang telah memasuki satu perjanjian usaha bersama (“Joint Venture Agreement”) bertarikh 5.2.2014 bagi menjalankan satu projek bernama Cadangan Membina dan Menyiapkan Sistem Tebatan Banjir, Rangkaian Paip Pembetungan, suatu awad projek (“projek tersebut”) dari Iskandar Regional Development Authority (“IRDA”).
7
Projek tersebut telah dibangunkan dan/atau dijalankan di sepanjang Jalan Wong Ah Fook yang merupakan jalan utama di pusat bandar Johor Bahru (“kawasan projek tersebut”). Hotel tersebut terletak berdekatan dengan Sungai Segget di kawasan projek tersebut.
8
Pada 31/7/2015, telah berlaku satu banjir kilat di kawasan projek tersebut yang tidak menyebabkan sebarang kerosakan kepada Perayu.
9
Lanjutan daripada banjir pada 31/7/2015, banjir kilat telah turut melanda di kawasan projek tersebut pada 16/11/2015, 24/11/2015, dan 17/1/2016. Akibat hujan yang berterusan dan berpanjangan, kawasan rangkaian projek telah mengalami banjir, terutamannya di kawasan Sungai Segget, Johor Bahru dan menyebabkan air mengalir ke dalam hotel yang dimilki oleh Perayu yang menyebabkan kerosakan dan kerugian kepada barangan dan asset-aset Perayu. Namun hanya banjir kilat pada 16.11.2015 sahaja yang menyebabkan kerosakan dan kerugian kepada Perayu.
10
Pihak Perayu telah memanggil dua orang saksi untuk memberi keterangan iaitu; SP1 – Pn Fazlinda binti Ahmad; SP2 – Poh Horng Een SP3 – En. Abdul Halim bin Mohd Nor
11
Manakala Responden-Responden telah memanggil dua orang saksi iaitu ; SD1 – En. Muhammad Kenidi bin Awang Aziz; SD2 – Pn. Nor Sherizan binti Darus.
12
FAKTA KES RESPONDEN-RESPONDEN Responden-Responden telah memplidkan di dalam Penyata Pembelaan mereka bahawa mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
a
kawalan efektif di pintu masuk aliran air Selat Tebrau di mana ia peroperasi serta merta berdasarkan aras air pasang dan kenaikan paras air;
b
Pemasangan sekurang-kurangnya 6 pam sedutan air kecemasan (emergency submersible pumps) di sekitar Sungai Segget bagi tujuan mengurangkan paras air sungai;
c
pengaktifan pam sedutan air Sungai apabila air pasang;
d
memastikan air Sungai Segget bebas dari benda asing agar ia mengalir tanpa halangan dan tidak tersekat terutamanya ketika musim hujan;
e
penubuhan Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team) yang terdiri daripada IRDA, pihak konsultan dan kontraktor;
f
pemasangan sistem amaran awal termasuk pemasangan penanda aras air;
g
Pemasangan benteng halangan air di sepanjang tapak projek.
h
sistem kawalan trafik terkawal yang diletakkan di kawasan strategik sepanjang Jalan Wong Ah Fook;
i
penutupan awal jalan dan pengalihan (diversion) aliran trafik apabila terdapat amaran awal banjir;
13
Responden-Responden juga menegaskan bahawa kejadian banjir di Jalan Wong Ah Fook adalah sesuatu yang berada dalam pengetahuan umum dan keseluruhan warga Johor dan banjir tersebut adalah bencana alam (Act of God) yang berpunca daripada dua faktor utama iaitu fenomena air pasang dan aliran air hujan lebat yang berpanjangan dan ia adalah mustahil berada dalam kawalan Responden-Responden.
14
Responden-Responden juga memplidkan bahawa yang menyebabkan kerugian kepada Perayu adalah disebabkan kecuaian Perayu sendiri atas kelekaan Perayu sendiri yang tidak mengambil Langkah berjaga-jaga dan munasabah seperti berikut:
a
gagal mengambil langkah yang munasabah untuk mengalihkan harta benda tersebut di Lokasi yang kawasan yang munasabah;
c
gagal membina struktur atau memasang penghadang yang mampu melindungi harta benda tesebut daripada sebarang kemungkinan banjir;
d
gagal meletakkan sebarang isyarat amaran dan kecemasan memaklumkan pekerja dan pelanggan tentang kejadian banjir tersebut;
e
gagal membina sistem tadahan air hujan (on site Detention Pond) terutama di bangunan yang sedia maklum menghadapi risiko banjir;
f
gagal mengambil langkah munasabah bagi menghadapi persediaan banjir terutama di musim tengkujuh; dan
g
gagal memasang pam untuk mengeluarkan air.
15
Responden-Responden juga menegaskan bahawa tanggungjawab Responden-Responden dalam projek tersebut adalah semata-mata bagi meluaskan dan mendalamkan Sungai Segget tanpa sebarang kuasa untuk mengawalselia sistem perparitan, trafik dan bencana alam. SP3 –Dokumen ID5 telah disediakan oleh pihak perunding, UR Rekacipta untuk diserahkan kepada IRDA atas tujuan jika ada rujukan dari mana-mana agensi berkenaan, IRDA akan gunakan laporan ID5 sebagai rujukan. Saksi ini adalah Naib Presiden Kanan dari Iskandar Regional Development Authority (‘IRDA’) yang mempunyai kawalan terhadap dokumen tersebut. RINGKASAN KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH SESYEN YANG
16
Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bijaksana telah menolak tuntutan Perayu atas alasan bahawa bagi tuntutan Perayu ini pihak yang harus membuktikan bahawa wujudnya kecuaian dan kegagalan bertindak oleh Responden-Responden untuk mengelak kejadian banjir kilat yang berlaku pada 16.11.2015,
24
24.11.2015 dan 17.01.2016 sehingga membawa kerugian harta benda Perayu adalah Perayu itu sendiri.
17
HMS yang bijaksana mendapati bahawa banjir kilat yang berlaku pada 16.11.2015 adalah luar jangkaan kejadian alam (Act of God) berdasarkan keterangan-keterangan yang gagal disangkal oleh Perayu melalui SD1 dan SD2.
18
HMS yang bijaksana juga mendapati bahawa bagi membuktikan isu kecuaian dan kegagalan bertindak Responden-Responden bagi mengelakkan banjir kilat tersebut dan seterusnya menyebabkan kerugian pada Perayu dapatan Mahkamah adalah bahawa Perayu bergantung kepada dokumen-dokumen yang telah ditanda ID5 hingga ID9 yang dikemukakan melalui SP3. Dapatan Mahkamah adalah walaupun SP3 mempunyai milikan ke atas dokumen-dokumen tersebut yang dicipta oleh UR Rekacipta yang juga salah seorang pihak yang terlibat bagi mesyuarat yang melibatkan dokumen-dokumen berkenaan serta pihak yang meluluskan dokumen-dokumen berkenaan namun Mahkamah ini tidak dapat menerima kemasukan dokumen-dokumen tersebut dan seterusnya menimbangkan keterangan dokumentar yang dikemukakan oleh dokumen-dokumen tersebut.
19
Dapatan Mahkamah ini melalui keseluruhan keterangan SP3 ialah beliau bukanlah pembuat mana-mana dokumen ID5 hingga ID9 berkaitan. Malahan SP3 bukan di posisi untuk membuktikan alasan-alasan kejadian banjir kilat atau faktor-faktor yang menyumbang kepada banjir kilat malahan apa-apa syor untuk S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA tindakan kontraktor untuk mengelakkan banjir kilat pada 16 November 2015.
20
SP3 ialah daripada IRDA bukannya konsultan yang menyediakan dokumen-dokumen tersebut. Maka Mahkamah ini melihat akan keperluan pembuktian secara khusus oleh “pembuat” dokumen-dokumen atau laporan-laporan iaitu ID5 hingga ID9 berkenaan mengenai perkara-perkara khusus iaitu alasan-alasan kejadian banjir kilat atau faktor-faktor yang menyumbang kepada banjir kilat malahan apa-apa syor untuk tindakan kontraktor untuk mengelakkan banjir kilat. Keperluan beban pembuktian “best evidence rule “mengikat plaintif. 21 Mahkamah ini juga menimbangkan bahawa melalui peluang mengemukakan fakta telah dengan sendiri diabaikan oleh Perayu apabila tiada usaha Perayu untuk memanggil pembuat ID5 hingga ID9 bagi menjelaskan mengenai perkara-perkara khusus iaitu alasan-alasan kejadian banjir kilat atau faktor-faktor yang menyumbang kepada banjir kilat malahan apa-apa syor untuk tindakan kontraktor untuk mengelakkan banjir kilat. Malahan adalah dapatan Mahkamah ini bahawa Perayu gagal membuktikan bahawa kegagalan memanggil pembuat ID5 hingga ID9 akan menyebabkan kelengahan atau perbelanjaan yang tidak berpatutan akan sebaliknya berlaku. Dalam ertikata lain, Plaintif gagal memenuhi keperluan undang-undang seperti digariskan dalam Seksyen 73A (2) dalam Akta Keterangan 1950 (Akta 56).
22
Oleh kerana keterangan SP3 tidak disokong oleh mana-mana dokumen atau laporan untuk menyatakan mengenai perkara-perkara khusus iaitu alasan-alasan kejadian banjir kilat atau faktor-faktor yang menyumbang kepada banjir kilat malahan apa-apa syor untuk tindakan kontraktor untuk mengelakkan banjir kilat sebaliknya tiada apa-apa keterangan dikemukakan untuk menyokong tuntutan plaintif, maka adalah selamat Mahkamah ini mengguna pakai peruntukkan undang-undang di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 apabila plaintif gagal memanggil pembuat ID5 hingga ID9 maka apabila pembuat itu dipanggil tidak akan membantu kes ataupun tuntutan Plaintif.
23
Oleh yang demikian, secara imbangan kebarangkalian, plaintif telah gagal membuktikan keterangan kecuaian oleh defendan-defendan secara prima facie. Maka, Responden-Responden tiada keperluan untuk membuktikan bahawa mereka telah mengambil segala langkah-langkah wajar untuk memastikan dan mengelakkan kerugian dialami plaintif dari kesan langsung banjir kilat yang berlaku pada 16.11.2015. Maka, tiada tuntutan kerugian boleh diberikan kepada plaintif.
24
Merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng , Administrator of the estate of Tan Ewe Kwong, deceased & Ors [2020] 10 CLJ S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA 1, Zabariah Yusof FCJ, memutuskan: [1] An appellate court should not interfere with the trial judge’s conclusion on primary fact, unless satisfied that he was ‘plainly wrong’. If the trial judge decision can be reasonably explained and justified then the appellate courts should refrain from from intervention”. Bersandarkan kepada prinsip tersebut Mahkamah ini mendengar dan memutuskan kes ini.
25
Tuntutan Perayu adalah berasaskan kepada kecuaian, pelanggaran kewajipan statutori dan kacau ganggu (nuisance). Bagi memahami kes pihak Perayu, adalah penting untuk meneliti Pernyataan Tuntutan Perayu.
26
Banjir kilat telah berlaku pada 16.11.2015 yang menyebabkan Perayu mengalami kerugian akibat daripada kegagalan dan kecuaian Responden-Responden untuk memastikan projek tersebut berada dalam keadaan terkawal untuk elakkan kejadian yang membawa kerugian kepada Perayu semasa projek tersebut dijalankan. Mahkamah ini hanya akan fokuskan kepada kejadian banjir kilat yang berlaku pada 16.11.2015 sahaja yang menyebabkan kerugian kepada Perayu.
27
Perayu memplidkan bahawa akibat daripada kecuaian dan kegagalan Responden-Responden dalam menjalankan kerja-kerja projek tersebut dengan terkawal, air hujan telah memenuhi Sungai Segget dan mengalir keluar ke Jalan Wong Ah Fook dan S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA telah mengalir ke dalam bahagian Hotel Amansari City Centre yang telah menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan aset Perayu.
28
Berdasarkan kepada Laporan Kejadian Banjir Kilat (selepas ini dirujuk sebagai “ID7”) di Bandaraya Johor Bahru (Jalan Wong Ah Fook) yang disediakan oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA) selaku agensi pelaksana, UR Rekacipta Sdn Bhd selaku Konsultan dan Responden-Responden bagi kejadian banjir pada tarikh 16.11.2015 Plaintif memplidkan bahawa kejadian banjir tersebut telah disebabkan oleh alasan berikut :
a
hanya 1 daripada 4 pintu air yang berfungsi manakala yang lain adalah tidak dapat berfungsi atau dibuka;
b
pam tunggu sedia (standby pam) yang sepatutnya disediakan oleh Responden-Responden tidak disediakan dan kegagalan Responden-Responden menyediakan pam tunggu sedia tersebut telah menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik serta berlakunya perebutan air di Sungar Segget;
c
Genset yang disediakan Responden-Responden tidak dapat berfungsi pada masa kejadian banjir kilat tersebut;
d
terdapat banyak sampah sarap yang menghalang aliran air ke Sungai Segget; dan
e
Sungai Segget menjadi sempit disebabkan kerja-kerja pembinaan Sungai.
29
Perayu juga memplidkan bahawa Responden-Responden telah gagal atau cuai untuk mengambil Langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan banjir kilat pada 16.11.2025 tersebut seperti berikut :
a
gagal memastikan kawasan Projek rangkaian tersebut mempunyai sistem puritan atau sistem pengaliran air yang sempurna;
b
gagal mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian banjir tersebut walaupun mempunyai pengetahuan atau sepatutnya mempunyai pengetahuan kawasan tersebut akan dilanda banjir kilat dalam keadaan hujan lebat; ( c) gagal memberikan maklumat kepada Perayu bahawa terdapat kemungkinan kawasan tersebut akan dilanda banjir kilat semasa Projek Rangkaian tersebut berjalan;
d
gagal memastikan ejen-ejen atau kontraktor-kontraktor lain menjalankan kerja dengan sempurna bagi mengelakkan kejadian banjir tersebut; S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA (e ) gagal memastikan air bertakung di kawasan Projek Rangkaian tersebut tidak mengalir masuk ke dalam Bangunan Hotel Amansari City Centre; dan
f
gagal memastikan bahawa kerja-kerja Projek Rangkaian tersebut tidak menjadi satu gangguan (nuisance) kepada Perayu yang mana air mengalir ke dalam Bangunan Hotel Amansari City Centre
g
gagal memastikan kesemua pintu air dalam keadaan berfungsi semasa hujan lebat apabila Projek rangkaian tersebut dijalankan;
h
gagal memasangkan pam sedia tunggu untuk mengepam air supaya air tidak melimpah dan mengalir masuk ke bangunan Hotel Amansari City
j
gagal membersihkan sampah sarap Sungai Segget;
k
gagal memindahkan halangan yang terdapat dalam
l
gagal memastikan pengaliran air di Kawasan Projek Rangkaian tersebut tidak menghadapi halangan kepada pengaliran air.
30
Berdasarkan fakta-fakta terserbut di muka surat 30, 31 dan 32 Rekod Rayuan di Lampiran 3, Perayu menyatakan bahawa Responden-Responden adalah bertanggungjawab terhadap kerugian yang dihadapi oleh Perayu. ISU SAMADA TUNTUTAN PERAYU BERHUBUNG KECUAIAN
31
Walaupun Perayu mungkin telah menghuraikan tuntutan mereka dengan secukupnya dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 08.11.2021, beban adalah pada Perayu untuk membuktikan unsur-unsur kecuaian terhadap Responden, iaitu:
a
bahawa Responden mempunyai kewajipan untuk menjaga kepentingan (duty of care);
b
bahawa Responden telah melanggar kewajipan tersebut dengan kegagalan memenuhi standard penjagaan yang dikehendaki;
c
bahawa wujud kaitan antara pelanggaran tersebut dengan kerosakan yang dialami oleh Perayu; dan
d
bahawa wujud kerosakan sebenar yang dialami oleh Plaintif akibat daripada pelanggaran tersebut. (Kes yang dirujuk, Donoghue v. Stevenson [1932] AC 562 dan Arab Malaysian Finance Bhd v. Stephan Phoa Cheng Loon [2003] 1 MLJ 567)
32
Berdasarkan kepada Rekod Rayuan dan Rekod Rayuan Tambahan serta Hujahan daripada kedua-dua belah pihak Mahkamah mendapati bahawa asas utama tuntutan Perayu adalah berdasarkan kepada dokumen ID7. Mahkamah hanya akan merujuk kepada dokumen ID7 sahaja dan bukan ID5, ID6, ID8 dan ID9 kerana hanya ID7 sahaja yang merupakan asas utama yang membawa kepada tuntutan Perayu iaitu Laporan Kejadian Banjir Kilat di Johor Bahru, Jalan Wong Ah Fook pada 16.11.2015 yang menyebabkan kerugian kepada Perayu dan bukan pada tarikh-tarikh yang lain yang dikatakan banjir kilat juga berlaku.
33
Mahkamah ini juga telah meneliti alasan penghakiman dan hujahan pihak-pihak dan Mahkamah ini sependapat dengan penemuan HMS yang bijaksana dan mendapati bahawa tiada keterangan yang membolehkan mahkamah ini menerima masuk ID7 tersebut sebagai dokumen yang boleh dijadikan eksibit “P' dan seterusnya menerima isi kandungan dokumen tersebut disebabkan pihak Perayu gagal untuk menjadikannya eksibit yang boleh diterima masuk oleh Mahkamah ini.
34
Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan LIVE CAPITAL SDN BHD v PIONEER CONGLOMERATE SDN BHD [2025] 6 CLJ 855; [2025] CLJU 1308, yang diputuskan oleh Abdul Rahman Sebli HBSS menyampaikan penghakiman mahkamah:
1
P1 dan P2 mestilah terlebih dahulu dibuktikan telah diterima sebagai keterangan sebelum digunakan sebagai keterangan yang menyokong tuntutan responden. Bukan tugas perayu untuk memastikan kemasukan kedua-dua dokumen sebagai ekshibit adalah teratur, apatah lagi untuk membuktikan bahawa kedua-duanya telah dipalsukan, dipinda atau diusik. Selanjutnya, P1 dan P2 bukan dokumen asli kedua-dua baucar dan tiada langsung usaha munasabah yang dibuat untuk mencari pembuat/pembuat-pembuat dokumen-dokumen tersebut.
2
Mahkamah Rayuan telah menetapkan sebagai duluan, dan ini sesuatu yang merbahaya, bahawa kesahan dan kandungan dokumen-dokumen yang dipertikai, iaitu dokumen-dokumen
Part
Bahagian C, tidak perlu disahkan oleh pembuat dokumen-dokumen sebelum kesemuanya diterima sebagai keterangan dan bahawa yang dikehendaki cumalah agar pihak yang ingin bersandar pada dokumen-dokumen sedemikian menanda sebagai ekshibit dan, apabila ini telah dilakukan, kandungan dokumen dianggap sebagai sesuatu yang benar. Tatacara yang diguna pakai oleh Mahkamah
Content
Rayuan bukan tatacara yang diketahui bawah undang-undang. Kecuali jika ketulenan kedua-dua baucar telah disahkan, dengan memanggil pembuat/pembuat-pembuat dokumen-dokumen, kandungan dokumen-dokumen tersebut kekal dengar-cakap kerana tujuan mengemukakannya adalah demi membuktikan kebenaran kandungan dan bukan sekadar membuktikan notasi dan pindaan ada dibuat. Responden tiada tujuan lain dalam mengemukakan P1 dan P2 sebagai ekshibit kecuali untuk membuktikan bahawa RM7 juta tersebut adalah pendahuluan dan bukan komisen. Oleh itu, kesemuanya terjerat oleh kaedah yang melarang dengar-cakap.
35
Sebelum sebarang beban pembuktian atau keterangan dialihkan kepada Responden, adalah menjadi kewajipan pihak Perayu terlebih dahulu untuk mewujudkan suatu kes prima facie terhadap Responden. Jika Perayu gagal berbuat demikian, Responden tidak perlu mengemukakan sebarang keterangan bagi menjawab tuntutan Perayu kerana dalam keadaan sedemikian Perayu telah gagal melaksanakan beban undang-undang dan beban keterangan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950.
36
Dalam kes ini, persoalan utama adalah sama ada Perayu telah berjaya membuktikan kes yang dipohon olehnya, iaitu bahawa Responden-Responden telah melanggar Duty of Care terhadap Perayu sebagaimana yang di plidkan di dalam Writ Saman dan Penyata Tuntutan Perayu iaitu kejadian banjir kilat pada 16.11.2015 adalah disebabkan oleh kecuaian dan kegagalan Responden untuk mengambil langkah-lankah yang sepatutnya S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA untuk mengelakkan kejadian banjir kilat itu berlaku sehingga menyebabkan kerugian kepada Perayu. Sekiranya Perayu gagal membuktikan perkara ini, maka tuntutannya tidak dapat dipertahankan. Seperti yang dinyatakan oleh Majlis Privy dalam kes Raja Chandranath Roy v. Ramjai Mazumdar 6 BLR 303, Perayu berhak untuk mengatakan kepada Responden: “Adalah sama sekali tidak relevan sama ada saya membuktikan kes saya atau tidak. Anda tidak membuktikan kes anda.”
37
Prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa sesuatu kes prima facie wujud apabila terdapat keterangan yang, meskipun tidak menolak kemungkinan hipotesis itu palsu, namun menimbulkan suatu tahap kebarangkalian yang memadai sehingga ia mesti diterima sekiranya dipercayai, melainkan dibuktikan sebaliknya. Jika pada zahirnya terdapat keterangan yang mencukupi untuk menyokong sesuatu kes, maka kes prima facie itu dianggap telah dibuktikan.
38
Sehubungan itu, Mahkamah menerima pandangan Lord Hanworth MR dalam kes Stoney v. Eastbourne R D Council
1927
1 Ch 367, 397, bahawa hanya boleh berlaku peralihan beban keterangan sekiranya pihak yang memikul beban tersebut pada peringkat awal telah membuktikan kesnya dengan cukup kukuh sehingga, sekiranya tiada keterangan lain dikemukakan, penghakiman boleh diberikan memihak kepadanya. S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA
39
Dalam konteks kes ini, “keterangan lain” merujuk kepada keterangan tambahan yang sepatutnya dikemukakan oleh Perayu sebagai pihak penuntut. Oleh itu, adalah tanggungjawab Perayu untuk membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa Laporan Kejadian Banjir Kilat di Bandaraya Johor Bahru, Jalan Wong Ah Fook pada 16.11.2015 yang dirujuk sebagai ID7 adalah sahih serta mencerminkan kebenaran.
40
Mahkamah berpendapat bahawa tanpa dokumen ID7 tersebut yang perlu dibuktikan, Perayu tidak mempunyai sebarang asas tuntutan yang boleh dipertahankan terhadap Responden. Dokumen ini merupakan tiang seri kepada kes Perayu, tanpa dokumen tersebut, keseluruhan tuntutan Perayu akan runtuh sama sekali. S.73A(1) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan:
1
Notwithstanding anything contained in this Chapter, in any civil proceedings where direct oral evidence of a fact would be admissible, any statement made by a person in a document and tending to establish that fact shall, on the production of the original document, be admissible as evidence of that fact if the following conditions are satisfied:
a
If the maker of the statement either -
i
Had personal knowledge of the matters dealt with by the statement; or
II
(ii) Where the document in question is or forms part of a record purporting to be a continuous record, made the statement (so far as the matters dealt with thereby are not within his personal knowledge) in the performance of a duty to record information supplied to him by S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA a person who had, or might reasonably be supposed to have had personal knowledge of those matters; and
III
(iii) If the maker of the statement is called as a witness in the proceedings: Provided that the condition that the maker of the statement shall be called as a witness need not be satisfied if he is dead, or unfit by reason of his bodily or mental condition to attend as a witness, or if he is beyond the seas and it is not reasonably practicable to secure his attendance, or if all reasonable efforts to find him have been without success.
41
Mahkamah ini tidak melihat bagaimana peruntukan tersebut boleh diguna pakai untuk memihak kepada Perayu kerana tiada sebarang usaha munasabah telah dilakukan untuk mendapatkan pembuat atau para pembuat dokumen-dokumen tersebut. Malah, tiada sebarang usaha langsung yang dilakukan. Padahal SP3 dalam keterangannya jelas mengatakan bahawa pihak dokumen ID7 telah disediakan oleh pihak perunding, UR Rekacipta untuk diserahkan kepada IRDA atas tujuan jika ada rujukan dari mana-mana agensi berkenaan, IRDA akan gunakan laporan ID7 sebagai rujukan.
42
Saksi ini adalah Naib Presiden Kanan dari Iskandar Regional Development Authority (‘IRDA’) yang mempunyai kawalan terhadap dokumen tersebut. Namun SP3 bukanlah pembuat dokumen sebaliknya UR Rekacipta Sdn Bhd iaitu Juru runding atau konsultan SP3 yang menyediakan laporan tersebut dan diserahkan kepada SP3. Jadi tiada alasan yang dapat diberikan kenapa pihak yang menyediakan dokumen tersebut tidak S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA dipanggil untuk memberi keterangan. Pihak Perayu nampaknya mengambil mudah akan isu ini dengan menafsirkan dan mengaplikasikan peruntukan undang-undang yang salah di dalam kes ini. Maka Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa adverse inference dibawah s.114(g) Akta Keterangan 1950 adalah memihak kepada Responden-Responden.
43
Dalam kes Mahmod Kailan v. Goh Seng Choon & Anor [1976] CLJU 68; [1976] 1 LNS 68; [1976] 2 MLJ 239, Perayu telah cuba membuktikan bahawa beliau merupakan seorang kontraktor buruh dengan mengemukakan sepucuk surat daripada sebuah syarikat pembinaan, namun tiada seorang pun daripada syarikat tersebut dipanggil untuk memberikan keterangan. Suffian LP yang bersidang bersama Lee Hun Hoe CJ (Borneo) dan Ali FJ dalam Mahkamah Persekutuan menyatakan pada halaman 240: “At the trial Mr. Tay tried to have this letter admitted in evidence under section 73A(1) of the Evidence Act, ie, without calling anybody from the company to give evidence. Mr. Tay called as witness a clerk of the plaintiff's solicitor who said he went to the company's premises on July 11, 1975, but found it's sign-board missing and was told by some people on the first floor that the company had shifted but nobody knew where to and that he could not find the company's address in the phone book either. The learned trial judge did not admit the letter on the ground that the witness never enquired from the Business Registration Department nor of the Registry of Companies. With respect I think that in these circumstances not all reasonable efforts have been made to find the author of the letter within the meaning of the proviso to subsection (1) of section 73A of the Evidence Act and that therefore the learned judge was right in refusing to admit the letter.
44
Oleh itu HMS tidak terkhilaf dari segi undang-undang apabila tidak menerima masuk ID7 tersebut sebagai eksibit ‘P’ dan hanya untuk tujuan pengecaman (mere identification) sahaja dan bukan untuk tujuan pembuktian kebenaran isi kandungan ID7 tersebut memandangkan pihak responden-responden tidak bersetuju berkenaan dokumen tersebut begitu juga dengan keesahan isi kandungannya.
45
Mahkamah ini sekali lagi memutuskan bahawa tanpa dokumen ID7 tersebut yang perlu dibuktikan, Perayu tidak mempunyai sebarang asas tuntutan yang boleh dipertahankan terhadap Responden. Keseluruhan tuntutan Perayu akan runtuh sama sekali.
46
Oleh itu Perayu gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian elemen-elemen kecuaian berikut iaitu :
a
bahawa Responden mempunyai kewajipan untuk menjaga kepentingan (duty of care);
b
bahawa Responden telah melanggar kewajipan tersebut dengan kegagalan memenuhi standard penjagaan yang dikehendaki; ( c) bahawa wujud kaitan antara pelanggaran tersebut dengan kerosakan yang dialami oleh Perayu; dan
d
bahawa wujud kerosakan sebenar yang dialami oleh Plaintif akibat daripada pelanggaran tersebut. S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA (sepertimana yang diputuskan di dalam kes Donoghue v. Stevenson [1932] AC 562 dan Arab Malaysian Finance Bhd v.
47
Mahkamah ini juga ingin menyentuh berkenaan dengan pembelaan oleh pihak Responden iaitu ‘Act of God’ yang menjadi akademik di dalam kes ini memandangkan Perayu telah gagal membuktikan elemen kecuaian sebagaimana kehendak undang-undang yang di gariskan di dalam kes Donoghue (supra). It has been contended by the defendants that no one is bound to foresee every conceivable eventuality. With that as a general statement I agree. I also agree that if the possibility of danger emerging is reasonably apparent, then not to take precautions is negligence, but not otherwise. In a tropical country such as Malaya a heavy shower can certainly not be held to be an act of God. Rainfall has not been pleaded as an act of God in this case, but I have dealt with it because of the evidence that there was heavy rainfall on 7 October”
48
Peruntukan Act of God, yang juga dikenali sebagai klausa Force Majeure, merujuk kepada peristiwa di luar kawalan manusia, seperti banjir kilat, gempa bumi atau bencana alam lain.
49
Terdapat dua unsur utama yang perlu dipertimbangkan dalam mengaplikasikan pembelaan “Act of God”:
1
Punca Semula Jadi
50
Suatu Act of God merupakan kejadian yang luar biasa, jarang berlaku dan tidak dapat dijangka, yang terhasil daripada kuasa semula jadi, atau suatu musibah atau kemalangan yang timbul daripada keadaan yang tidak dapat dielakkan. Act of God adalah suatu peristiwa yang tidak dapat dicegah melalui jangkaan dan langkah berjaga-jaga yang munasabah oleh manusia.
51
Sebaliknya, kesan daripada punca biasa boleh dijangka serta dielakkan melalui langkah berhati-hati. Sebagai contoh, hakikat bahawa hujan akan menembusi bumbung yang rosak adalah sesuatu yang dapat dijangka oleh orang awam yang waras. Jika sesuatu punca boleh dijangka, kegagalan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya adalah kelalaian, dan pihak yang mengalami kerugian akibat kemalangan berhak menuntut ganti rugi.
52
Oleh itu, Act of God adalah kejadian yang begitu luar biasa dan langsung tidak melibatkan campur tangan manusia, sehingga langkah berjaga-jaga yang munasabah sekalipun tidak mampu menghalang akibatnya. Dalam keadaan sebegini, pihak yang mengalami kerugian tidak mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi.
2
Kejadian yang Tidak Dapat Dijangka Secara Munasabah
53
Unsur asas dan utama bagi suatu Act of God adalah berlakunya kejadian yang tidak dapat dijangka. Sekiranya kerosakan atau kerugian berpunca daripada suatu kemalangan yang boleh dijangka dan dapat dielakkan, pihak yang tercedera berhak menuntut pampasan. Namun begitu, kerosakan yang berpunca daripada kejadian alam semula jadi yang tidak dapat dijangka serta tidak dapat dikawal tidak boleh dituntut pampasannya, kerana ia berada di luar jangkaan atau kebijaksanaan manusia untuk mencegahnya.
54
Selain itu, mahkamah berpendapat bahawa pembelaan Act of God hanya terpakai sekiranya kejadian tersebut begitu luar biasa dan tidak dapat dijangka berdasarkan sejarah panjang variasi iklim di sesuatu kawasan, yang dibuktikan melalui rekod sejarah manusia. Mahkamah juga boleh menuntut keterangan pakar untuk membuktikan bahawa sesuatu kejadian itu benar-benar tidak dapat dijangka.
55
Pada masa kini, mahkamah lebih berhati-hati untuk menerima pembelaan ini. Hal ini berasaskan tanggapan bahawa tahap pengetahuan manusia telah meningkat, dan oleh itu kebanyakan peristiwa boleh dijangka sebagai akibat daripada tindakan manusia. Maka, manusia hendaklah bertanggungjawab ke atas kerosakan yang berpunca daripadanya.
56
Oleh itu, pembelaan Act of God hanya boleh diguna pakai apabila sesuatu kejadian itu langsung tidak dipengaruhi oleh sebarang aktiviti manusia. Persoalan penting yang perlu ditentukan adalah sama ada jangkaan munasabah dan kebijaksanaan boleh meramalkan kemungkinan kejadian itu berlaku. Jika seseorang menjalankan sesuatu aktiviti, dan selepas itu berlaku bencana alam, mahkamah akan tetap meneliti sama ada kejadian tersebut boleh dijangka serta dielakkan secara munasabah. Hanya jika jawapannya adalah “Tidak”, maka pembelaan Act of God akan diterima, sebaliknya jika “Ya”, pembelaan tersebut akan ditolak.
57
Setelah Mahkamah membaca, meneliti dan menilai hujahan pihak-pihak dan membaca rekod rayuan yang difailkan, mahkamah mendapati tiada kekhilafan di dalam dapatan HMS yang memerlukan campurtangan Mahkamah. Oleh itu Mahkamah mengekalkan dapatan HMS pada 14.03.2024 dan menolak rayuan ini dengan kos sebanyak RM5000.00 dibayar oleh Perayu kepada Responden-Responden. BERTARIKH : 28 OKTOBER 2025 t.t MANIRA MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA Bagi pihak Plaintif Intan Hazirah binti Mohamad Khir/ Tetuan Law Chambers of Vin Sa & Ian Bagi Pihak Responden R. Anusha a/p Ragvan
3
Fakta bahawa DW2 menandatangani dua baucar bayaran tidak menjadikan dia pembuat kedua-dua dokumen tersebut kerana pertikaian bukanlah terhadap tanda tangannya tetapi terhadap S/N GVfmzgRE0Umb5liiekbwyA kesahan dan kebenaran kandungannya. Satu salah tanggapan untuk responden memberi kepentingan pada fakta bahawa responden mengakui menandatangani P1 dan P2. Kedua-dua kerani dan setiausaha syarikat responden dalam kedudukan untuk mengemukakan keterangan sedia ada yang terbaik kerana mereka boleh memberi keterangan tentang notasi dan pindaan dalam dua baucar bayaran tersebut dan juga kemasukan dalam lejar am. Mahkamah Tinggi berjustifikasi dalam membangkitkan anggapan bertentangan terhadap responden atas kegagalannya memanggil pembuat/pembuat-pembuat P1 dan P2. (penekanan di tambah)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.