Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both, and shall also be liable to whipping of not more than six strokes. [13] Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Prosecutor v Govindan a/l Chinden Nair [1998] 2 MLJ 181, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut : “Thus, sentencing generally, the public interest must necessarily be one of the prime considerations (see PP v Teh Ah Cheng [1976] 2 MLJ 186). A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also justice to society. Accordingly, in passing sentence, a court has to consider not only the offence and the offender, but also the interests of society. The court acts as a vehicle to show abhorrence to particular types of criminal conduct. This function can be effectively discharged only by passing appropriate sentences to suit the circumstances of a particular case.” [14] Di dalam kes ini, mahkamah ini mengambil maklum bahawa sebarang hukuman yang diberikan mestilah mengambil kira faktor kepentingan awam selain faktor keadaan kesalahan tersebut dan juga latar belakang OKT. [15] Di dalam kes ini, kesalahan yang dilakukan oleh OKT tidak ada melibatkan keganasan atau kecederaan kepada sesiapa. Tiada mangsa di dalam kes ini namun, kesalahan ini merupakan kesalahan yang melibatkan keselamatan negara. Pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini dan telah banyak menyebabkan kegusaran kepada orang awam. [16] Saya mengambil kira juga rayuan mitigasi peguam OKT yang memohon untuk satu hukuman pemenjaraan diberikan kepada OKT dan juga faktor pemberat daripada pihak pendakwaan yang memohon untuk hukuman setimpal dikenakan terhadap OKT. Dan setelah mengambil kira kos yang diperlukan untuk menanggung keperluan OKT di penjara Malaysia, saya berpendapat bahawa tempoh 1 bulan mencukupi untuk memberikan pengajaran kepada OKT dan seterusnya OKT boleh dihantar pulang ke negara asal. [17] Oleh itu, OKT telah dijatuhkan hukuman penjara 1 bulan daripada tarikh tangkap. Penutup [18] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, OKT disabitkan atas kesalahan yang dilakukan dan dijatuhkan hukuman. Bertarikh 24 Februari 2025 -tt-ILLI MARISQA BINTI KHALIZAN MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 2 KUALA LUMPUR BAGI PIHAK PENDAKWAAN: SYAFIKA AZWA BINTI FIKRI TIMBALAN PENDAKWARAYA, JABATAN PEGUAM NEGARA BAGI PIHAK TERTUDUH: SYED RAFAIE, TETUAN CHAMBERS OF IZZAT AMIR