Hakmilik atau kepentingan mana-mana orang atau badan buat masa itu didaftarkan sebagai tuanpunya mana-mana tanah, atau atas nama siapa apa-apa pajakan, gadaian atau esmen adalah buat masa itu terdaftar, hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut seksyen ini, tidak boleh disangkal.” [20] Di dalam kes AHMAD SHAZILLY ISMAIL BAKTI v NIK SALMA ZAIDAH HJ VAN MOHD ZAID [2014] 5 CLJ 817 bahawa: “[44] In this regard, we agree entirely with the submissions of learned counsel and the decided case law authorities cited in his submission, that as the bona fide purchaser for value of Lot 289 and who got his own name entered onto the register document of title, the Plaintiff acquired a title that is good against the whole world, including the defendant, as specified in s.340 of the NL C. [45] As rightly pointed out by learned counsel, under s.340 of the NLC, the plaintiff's title cannot be impeached unless there is actual fraud or misrepresentation to which he was a party or privy, which is not the case here.” [21] Di dalam kes TEH BEE v K. MARUTHAMUTHU [1977] 2 MLJ 7 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: 8 “Under the Torrens System the register is everything.” [22] Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang kukuh untuk meneruskan tindakan ini terhadap Defendan memandangkan Plaintif bukanlah pemilik berdaftar terhadap hartanah tersebut. [23] Dari affidavit yang dikemukakan, mahkamah dapati bahawa hartanah tersebut telah juga menjadi satu subjek perbicaraan di Mahkamah Syariah. Namun begitu mengikut undang-undang ianya tidak boleh menyangkal ketuanpunyaan Defendan ke atas “Hartanah Berpetikaian” tersebut. Di dalam kes Ahmad Shazilly Ismail (supra), mahkamah memutuskan: “In our view, in the light of the provisions of the NLC as discussed above and the decisions in, inter alia, Teo Bee Ann and Registrar of Titles, Johore v. Temenggong Securities Ltd, the Syariah Court Order is not a registrable interest that is capable of being registered under the NLC.” Ini menunjukkan betapa kukuhnya kuasa pendaftaran tersebut. [24] Malahan transaksi pindahmilik “Hartanah Berpertikaian” dari Pemilik Terdahulu kepada Defendan adalah disempurnakan sebelum tindakan Mahkamah Syariah kes MAL BIL: 03100-099-0269 Tahun 2017 difailkan. Apa pun, apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah 9 tersebut tidak mengikat Defendan kerana Defendan bukanlah pihak-pihak di dalam tindakan tersebut. [25] Mahkamah juga meneliti samada wujudnya “triable issue, to be tried” di dalam kes utama tersebut. Mahkamah mendapati memang ada, tetapi ianya melibatkan isu sampingan contohnya dakwaan Plaintif bahawa sebelum ini dengan persetujuan tuan punya terdahulu, beliau dibenarkan untuk membuat bangunan tambahan yang dimaksudkan dan menduduki di atas “Hartanah Berpetikaian” tersebut. Namun Plaintif perlu membuktikan persetujuan tersebut wujud. [26] Mahkamah juga mendapati “locus” Plaintif untuk membuat permohonan injunksi ini juga diragui memandangkan berdasarkan Saman Pemula (Encl. 1) dan juga Notis Permohonan (Encl.4) beserta Afidavit Sokongan Plaintif, tidak ada sebarang tuntutan hak pemilikan (ownership) dibuat ke atas Hartanah Berpertikaian dituntut oleh Plaintif. Yang dituntut secara amnya adalah gantirugi dan ekuiti. [27] Defendan berhujah bahawa jika adapun persetujuan dengan pemilik terdahulu, ianya telah tamat dengan pengeluaran dan penyerahan Notis Pengosongan dan penyerahan milikan hartanah berpetikaian tersebut kepada tuan punya berdaftar yang baru iaitu Defendan. Plaintif kini merupakan sebagai “bare licensee” sahaja. [28] Di peringkat ini, mahkamah tidak bercadang untuk membincangkan perkara ini kerana ini adalah isu yang melibatkan perbicaraan tindakan 10 utama di kandungan (1) dan adalah sub-judice. Apapun mahkamah berpuas hati bahawa tidak wujud isu-isu serius yang perlu dibicarakan.