Tiada pengiraan terperinci dibuat tentang anggaran kos pemerolehan tanah tersebut termasuk harga tanah, duti setem ke atas pindah milik, yuran pendaftaran pindah milik tanah, kos juru ukur, kos tukar syarat, kos pecah sempadan atau kos serahan dan berimilikan semula tanah (surrender and re-alienation) di bawah s 204D Kanun Tanah Negara, kos kebenaran merancang (development order), kos penyediaan pelan pra-hitungan, pelan tapak (lay out plan), pelan bangunan (building plan), kos kerja tanah dan infrastruktur, kos pembinaan dan bahan binaan atau jika perumahan tersebut hendak dijalankan secara usahasama, apakah nisbah pembahagian keuntungan di antara plaintif dan pemaju, kos fee profesional arkitek, jurutera, juru ukur bahan dan lain-lain.