Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83D-1175-05/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN IBRAHIM BIN ABU [NO. K/P: 861003-02-5647]
KA-83D-1175-05/2024
Magistrates Court of Malaysia26 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“w Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgme”
“mpliance with the basic rule of law. These are the fundamental canons of our criminal jurisprudence and they are quite in conformity with the constitutional mandate contained in Articles 20 and 21 of the Constitution of India. [36] Dalam nada dan irama yang sama, Mahkamah Agong India menyatakan dalam kes Sasi Thomas v.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83D-1175-05/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN IBRAHIM BIN ABU [NO. K/P: 861003-02-5647]
1
PENDAHULUAN OKT di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama di mana OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
2
Pertuduhan pindaan yang dikenakan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 26HЬ MEI 2024 jam lebih kurang 11.15 Pagi Di Tepi Jalan Kampung Minangkabau Mukim Jabi Alor Setar didalam daerah Kota Setar dalam negeri Kedah telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu "МЕTHAMPHETAMINE” seberat 5.47 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah sek. 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah Sek. 39A (1) Akta yang sama.”
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 3 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT dan di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie kes ke atas OKT dan OKT diperintahkan untuk dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu untuk membela diri.
4
Terkilan dengan keputusan tersebut pihak pendakwaan telah tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah dan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
5
BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Autoriti bagi beban pembuktian di akhir kes pendakwaan dapat dirujuk pada seksyen 173(f)(i) dan seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah. Di dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138 ... It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”.
6
Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip yang telah diputuskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11 Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.
7
Selanjutnya, kes Balachandran juga memutuskan bahawa: The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the creadibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
8
Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip di atas, pada peringkat ini, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT atau tidak.
9
INTIPATI PERTUDUHAN Pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama yang dipertuduhkan ke atas OKT memerlukan pihak pendakwaan untuk membuktikan elemen-elemen berikut: a. Dadah tersebut adalah tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952; b. OKT mempunyai milikan ke atas dadah berkenaan; dan c. OKT mempunyai pengetahuan terhadap barang-barang dadah tersebut.
10
FAKTA KES PENDAKWAAN Dalam membuktikan kes di peringkat pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 3 orang saksi iaitu: i. SP1: Nurul Idayu binti Zaihari (Ahli Kimia) ii. SP2: Inspektor Mohamad Azhar bin Ibrahim (Pegawai serbuan) iii. SP3: Sarjan Mohd Nurrevande Erffandee bin Ramli (Pegawai Penyiasat).
11
Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan eksibit-eksibit berikut semasa perbicaraan: TANDAAN KETERANGAN P1 Borang Pol 31 P2 Resit kimia dengan nombor makmal 24-FR-K-03977 ID3A ID3B Sijil Kalibrasi [MOSTI/JKM/02-01/H/07/104] Sijil Kalibrasi [MOSTI/JKM/02-01/H/07/105] P4 Sampul Surat bertanda E berseal Jabatan Kimia Malaysia P5A-D 4 peket plastik lutsinar dengan tandaan V1, V2, V3 dan V4 P6 1 peket plastik Jabatan Kimia Malaysia mengandungi bahan homogen nombor kimia 24-FR-K-03977 P7A-B 2 keping gambar barang kes P8 Laporan Kimia dengan nombor makmal 24-FR-K-03977 P9A-D 4 keping gambar tempat kejadian P10 Borang senarai geledah P11 Report Langgar 1083/24 P12 Borang Serah Menyerah P13 Satu sampul putih bertulisan urusan seri paduka baginda bertanda E P14 1 beg berwarna hitam dengan tandaan A P16 Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta Keterangan P17 Rajah kasar tempat kejadian WS1 Pernyataan Saksi SP1 WS2 Pernyataan Saksi SP2
12
Pihak pembelaan telah mengemukakan dokumen pembelaan seperti berikut:
13
Fakta pendakwaan yang dikemukakan adalah pada 26.5.2024 jam lebih kurang 11.15 pagi, SP2 bersama sepasukan anggota polis telah nampak OKT di tepi jalan Kampung Minangkabau, Mukim Jabi, Alor Setar. SP2 telah bertindak menahan OKT dan semasa pemeriksaan fizikal ke atas OKT, SP2 telah merampas 1 beg berwarna hitam yang dipegang di tangan kanan OKT dan pemeriksaan di dalam beg tersebut OKT telah menjumpai 4 peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang disyaki dadah syabu. Kemudian, SP2 telah membuat tangkapan ke atas OKT mengeluarkan borang senarai geledah.
14
Kemudian OKT telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kota Setar di mana SP2 telah membuat tandaan pada barang kes, membuat timbangan ke atas barang kes serta membuat laporan polis iaitu Report Langgar 1083/24. Kemudian SP2 telah menyerahkan barang kes berserta OKT kepada pegawai penyiasat kes iaitu SP3 dan menyediakan borang serah menyerah sebagai bukti serahan.
15
SP3 kemudiannya telah merakam gambar barang kes, gambar tempat kejadian, melakar rajah kasar dan juga telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil analisis oleh SP1 iaitu ahli kimia, mengesahkan barang kes 4 peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih dengan jumlah berat bersih 7.62 gram yang mengandungi 5.47 gram methamphetamine.
16
Mahkamah dalam meneliti keterangan saksi-saksi dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan meneliti dua isu utama dalam memutuskan keputusan ke atas kes ini iaitu sama ada OKT mempunyai milikan ke atas barang kes dan sama ada rantaian keterangan barang kes adalah terputus. Sama ada OKT mempunyai milikan ke atas barang kes?
17
Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 telah menjelaskan prinsip mantap bahawa untuk membuktikan elemen milikan, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan (“control”) atau jagaan (“custody”) dan juga pengetahuan (“knowledge”) terhadap sesuatu barang tersebut.
18
Merujuk kepada kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17 menyatakan juga seperti berikut berkenaan milikan: “Possession” itself as regards the criminal law isdescribed as follows in Stephen’s Digest (9th Ed), p 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.”
19
Berdasarkan keterangan SP2, OKT telah ditahan di tepi jalan Kampung Minangkabau, Mukim Jabi, Alor Setar dan pada ketika itu OKT seorang diri dan tiada individu lain. SP2 telah membuat rampasan 1 beg berwarna hitam dari tangan kanan OKT di mana pemeriksaan ke atas beg tersebut telah menjumpai 4 peket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi bahan berisi dadah syabu. Pegawai penyiasat juga semasa keterangannya mengesahkan tangkapan dan rampasan barang kes adalah sebagaimana keterangan SP2.
20
Fakta pembelaan yang telah diletakkan kepada saksi-saksi pembelaan adalah jelas berbeza dengan fakta pendakwaan. OKT telah membuat laporan polis sebagaimana Report Langgar 854/24 yang menyatakan pada hari kejadian OKT bersama Shariman Che Omar dan Abdul Ghani berada di bengkel belakang rumah dan tiba-tiba telah datang anggota polis ke bengkel tersebut. Shariman Che Omar dan Abdul Ghani telah melarikan diri manakala OKT telah ditangkap di bengkel. Pihak polis telah menggeledah bengkel dan memberitahu bahawa telah menjumpai dadah.
21
Fakta pembelaan ini jelas telah dinafikan oleh SP2 dan SP3 dalam keterangan mereka. SP3 sebagai pegawai penyiasat telah menyatakan bahawa tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan laporan polis OKT kerana SP3 tidak dimaklumkan berkenaan report tersebut dan tiada permohonan dari OKT, peguam atau waris untuk membuat siasatan.
22
Berdasarkan keterangan SP3, SP3 mengesahkan tempat kejadian berlaku di tepi jalan Kampung Minangkabau adalah hanya berdasarkan laporan polis yang dibuat pegawai serbuan. SP3 juga menyatakan keterangan atau bukti yang ada hanyalah berdasarkan keterangan pegawai serbuan. Keadaan ini menunjukkan bahawa penyiasatan pegawai penyiasat hanya berpandukan kepada laporan polis dan pegawai serbuan semata-mata. Keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas: PEGUAM - kamu terima bahawa tangkapan berlaku di tepi jalan disebabkan pegawai serbuan bagitahu kamu betul? SP3 - Ya betul. PEGUAM - dengan itu kamu tidak tahu sebenarnya tangkapan itu ditepi jalan atau tempat lain, ikut kamu kamu ikut saja RO bagitau tepi jalan, kamu tak tahu tangkapan tempat lain, hanya berpandukan apa RO bagitahu, betul? SP3 - betul saya berpandukan kepada report. Keterangan SP3 semasa pemeriksaan semula TPR – Peguam cadangkan juga sebenarnya pada hari tersebut Syariman dan Abdul Ghani ada di bengkel, dan sekali lagi sarjan nyatakan sarjan tak setuju, boleh jelaskan kenapa sarjan tak setuju? SP3 – Saya tak setuju sebabnya tangkapan di buat dalam report adalah di tepi jalan bukan di bengkel. TPR - Tadi peguam juga ada cadangkan sebenarnya pada hari tangkapan isteri tertuduh juga ada dekat situ, dan sarjan kata sarjan tak setuju, boleh jelaskan tak? SP3 - saya tak setuju juga sebabnya report hanya 1 orang saja tangkapan iaitu tertuduh tiada melibatkan lain-lain orang puan.
23
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini, siasatan SP3 hanyalah bergantung kepada laporan polis dan keterangan SP2 semata-mata. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini sama ada siasatan berkenaan fakta pembelaan ini telah wujud sejak diperingkat awal rakaman percakapan beramaran OKT atau hanya timbul ketika laporan polis dibuat OKT setahun kemudian. Keterangan yang ada adalah SP3 telah menyiasat dan mengesahkan kejadian berlaku adalah sebagaimana laporan polis SP2 dan keterangan SP2 semata-mata.
24
Keadaan ini telah menimbulkan keraguan mengenai adakah siasatan SP3 berat sebelah dengan hanya mengambil kira laporan polis pengadu dan keterangan SP2 semata tanpa membuat siasatan mengenai pembelaan OKT? SP3 menjelaskan bahawa laporan polis OKT tidak disiasat lanjut kerana SP3 tidak dimaklumkan berkenaan laporan polis tersebut dan tiada permohonan dari OKT atau peguam malah laporan polis OKT dibuat setelah setahun kejadian berlaku.
25
Mahkamah ini mendapati, walaupun laporan polis yang dibuat oleh OKT pada 13.4.2025 dan tangkapan pada 26.5.2024, iaitu hampir setahun, ini bukanlah semata-mata alasan untuk pihak polis atau pegawai penyiasat untuk menolak dari menyiasat laporan polis yang dibuat oleh OKT ini. Keterangan SP3 menunjukkan bahawa tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan laporan polis OKT kerana SP3 tidak dimaklumkan berkenaan report tersebut dan tiada permohonan dari OKT, peguam atau waris untuk membuat siasatan. Malah TPR juga berhujah bahawa laporan polis OKT hanya diberikan semasa perbicaraan.
26
Mahkamah ini tidak dapat menerima penjelasan ini kerana OKT mempunyai hak untuk membuat laporan polis dan laporan polis OKT jelas menunjukkan masa dan tarikh kejadian yang sama dan OKT menafikan telah ditangkap di tepi jalan tetapi ditangkap di bengkel. Pihak polis tidak perlu menunggu arahan daripada OKT atau waris atau peguam untuk menyiasat berkenaan laporan polis tersebut. Alasan bahawa SP3 tidak dimaklumkan berkenaan report dan hujahan TPR menyatakan bahawa hanya TPR laporan polis OKT semasa perbicaraan adalah tidak wajar sama sekali yang mana tindakan boleh diambil seawal laporan polis dibuat OKT.
27
Mahkamah ini juga merujuk kepada nas di dalam kes Mahkamah Rayuan, Mohd Helmi Akmal Mohd Ali lwn. PP [2017] 7 CLJ 666 yang mengatakan: [35] Dalam hubungan ini, barangkali suai manfaat jika kami perturunkan beberapa petikan keputusan Mahkamah Agung India yang menekankan bahawa siasatan hendaklah dijalankan dengan adil dan saksama. Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan tetapi meliputi juga pengumpulan keterangan yang boleh menentukan tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat. Dalam kes Manu Sharma v. State (NCT of Delhi), [20l0] 6 SCC I, Mahkamah Agong India menyatakan: The criminal justice administration system in India places human rights and dignity for human life at a much higher pedestal. In our jurisprudence an accused is presumed to be innocent till proved guilty, the alleged accused is entitled to fairness and true investigation and fair trial and the prosecution is expected to play balanced role in the trial of a crime. The investigation should be judicious, fair, transparent and expeditious to ensure compliance with the basic rule of law. These are the fundamental canons of our criminal jurisprudence and they are quite in conformity with the constitutional mandate contained in Articles 20 and 21 of the Constitution of India. [36] Dalam nada dan irama yang sama, Mahkamah Agong India menyatakan dalam kes Sasi Thomas v. State and Ors [2006] 12 SCC 421 seperti berikut: Proper and fair investigation on the part of the investigating officer is the backbone of rule of law. A proper and effective investigation into a serious offence and particularly in a case where there is no direct evidence assumes great significance as collection of adequate materials to prove the circumstantial evidence becomes essential. Unfortunately, the appellant has not been treated fairly.
28
Memandangkan tiada penyiasatan langsung dibuat ke atas laporan polis OKT dan SP3 hanya bergantung kepada laporan polis SP2 dan keterangan SP2 dalam siasatannya, ini jelas menunjukkan bahawa penyiasatan pegawai penyiasat adalah berat sebelah dan tidak menyeluruh. Tiada sebarang penjelasan yang diberikan oleh SP3 sama ada siasatan dibuat berkenaan penafian OKT ke atas kejadian atau barang kes yang dijumpai. Sama ada rantaian keterangan barang kes adalah terputus.
29
Di dalam kes ini, terdapat isu mengenai kesilapan masa yang terdapat dalam borang serah menyerah barang kes di antara SP2 dan SP3. Tarikh dan masa yang dicatatkan pada borang serah menyerah adalah 26.5.2024 jam 4.30 pagi sedangkan tangkapan adalah pada 26.5.2024 jam 11.30 pagi iaitu serahan dibuat dahulu sebelum tangkapan dibuat.
30
Penjelasan yang diberikan oleh SP2 dan SP3 adalah kerana human error dan kesilapan teknikal. SP2 turut menyatakan bahawa tiada sebarang laporan dibuat berkenaan kesilapan tersebut kerana SP2 tidak dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kes dan tiada sebarang pembetulan atau pindaan dibuat pada borang tersebut.
31
Mahkamah ini mendapati tiada sebarang tindakan diambil SP2 dan SP3 untuk membetulkan kesilapan tersebut sehinggalah pada tarikh perbicaraan SP2 dan SP3 menyatakan kesilapan tersebut adalah kesilapan teknikal. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan memandangkan tiada sebarang tindakan diambil oleh SP2 dan SP3, adakah kesilapan ini hanya disedari mereka semasa perbicaraan dan menjelaskan bahawa ianya adalah human error atau telah diketahui mereka namun dibiarkan sahaja. Sekiranya SP2 dan SP3 hanya menyedari kesilapan ini semasa perbicaraan, penjelasan mereka hanyalah bersifat fikiran terkemudian semata.
32
Mahkamah ini mendapati bahawa penjelasan daripada SP2 dan SP3 ini adalah diragui dan percanggahan ini bukanlah percanggahan yang minima memandangkan melibatkan rantaian keterangan barang kes. Perbezaan tarikh yang dicatatkan juga adalah jelas berbeza.
33
Dalam situasi ini terdapat 2 fakta yang dikemukakan iaitu yang pertama serahan barang kes serta OKT oleh SP2 kepada SP3 adalah pada 26.5.2024 jam 4.30 pagi sebagaimana borang serah menyerah dan fakta kedua serahan barang kes serta OKT oleh SP2 kepada SP3 adalah pada 27.5.2024 jam 4.30 pagi sebagaimana keterangan lisan SP2 dan SP3.
34
Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa apabila terdapat dua inferens maka inferen yang memihak kepada OKS dan benefit of doubt haruslah diberikan kepada OKS.
35
Mahkamah juga mengambil panduan dan pendekatan daripada kes Tai Chai Keh v. PP (1948-1949) MLJ Supp 105 yang diputuskan seperti berikut: ‘where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case we are of the opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted’. Dapatan yang sama juga dapat dilihat di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, bahawa: “… if the evidence admits on two or more inferences, then the inference that is most favourable to the accused should be adopted”.
36
Berdasarkan dapatan mahkamah tersebut, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie ke atas OKT dan OKT diperintahkan untuk dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh 14.12.2025 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH Majistret Mahkamah Majistret (3) Alor Setar Kedah Darul Aman Pihak – Pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya Nur Sharmila binti Md Asri Bagi Pihak Tertuduh Pyara Singh A/L Dara Singh (Tetuan Andrew Paul & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.