Content
Page 1 of 18 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI ALOR SETAR 1 DALAM NEGERI KEDAH 2 KES SIVIL: KA-A73KJ-528-10/2023 3 4 ANTARA 5 6 IBRAHIM BIN BADRUDDIN …PLAINTIF 7 8 DAN 9 10
KA-A73KJ-528-10/2023
Magistrates Court of Malaysia27 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pendapat jumlah tersebut adalah 405 munasabah dan berpatutan bagi tahap kecederaan yang dialami oleh 406 Plaintif. Mahkamah ini merujuk kepada kes Devarajan Kunasekaran v. Leon 407 Ngim Chong & Anor [2023] PILRU 39 di mana telah diawardkan RM 2,000 408 bagi kecederaan multiple abrasion. 409 410 G. KESIMPULAN 411 412 [4”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 18 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI ALOR SETAR 1 DALAM NEGERI KEDAH 2 KES SIVIL: KA-A73KJ-528-10/2023 3 4 ANTARA 5 6 IBRAHIM BIN BADRUDDIN …PLAINTIF 7 8 DAN 9 10
1
MOHD ZARUL FITRI BIN ABDUL HALIM 11
2
AWIS QURANI BIN ABDULLAH 12 [Pemilik tunggal yang berniaga di bawah nama 13 dan gaya Perniagaan Teras Aidil (No. Pendaftaran: 14 201003193720 (as0335025-T)) …DEFENDAN-DEFENDAN 15 16 ___________________________________________________________________ 17 ALASAN PENGHAKIMAN 18 19 A. PENGENALAN 20 21 [1] Rayuan telah difailkan pada 10 Jun 2025 oleh Defendan-defendan terhadap 22 keputusan selepas perbicaraan penuh. 23 24 Page 2 of 18 [2] Mahkamah ini telah memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan 25 tuntutannya ke atas Defendan-defendan, maka tuntutan Plaintif telah 26 dibenarkan dengan kos. 27 28 [3] Defendan-defendan dalam kes ini tidak berpuashati dengan keputusan 29 Mahkamah ini dan telah memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan 30 tersebut berkenaan isu liabiliti dan kuantum. 31 32 [4] Kes ini merupakan tuntutan gantirugi akibat kemalangan yang dialami oleh 33 Plaintif ketika sedang menunggang motosikal yang mana telah terlanggar 34 mototraktor yang dipandu oleh Defendan Pertama yang merupakan agen 35 kepada Defendan Kedua. 36 37
para
38 39 [5] Setelah Mahkamah meneliti dan menimbangkan keterangan-keterangan 40 yang dikemukakan oleh saksi-saksi Plaintif dan saksi Defendan serta dengan 41 mengambilkira hujahan yang difailkan dan setelah Mahkamah menilai dan 42 mempertimbangkan kes di atas imbangan kebarangkalian, adalah didapati 43 bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes di atas imbangan 44 kebarangkalian terhadap Defendan Pertama. 45 46 [6] Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini memutuskan berdasarkan hal 47 dan keadaan kes ini, adalah didapati bahawa Plaintif berjaya untuk 48 membuktikan kes di atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan- 49 Page 3 of 18 defendan bertanggungan cuai terhadap kemalangan itu. Oleh itu Defendan- 50 defendan bertanggungan 100% di atas kemalangan dan tuntutan Plaintif 51 dibenarkan dengan kos. 52 53 [7] Mahkamah telah memutuskan isu liabiliti seperti berikut: 54 55 Liabiliti: 56 57 Plaintif : - 58 Defendan-defendan : 100% 59 60 [8] Kuantum adalah diputuskan seperti berikut: 61 62 Gantirugi Am ( atas 100% liabiliti) 63 64 Isu Kuantum (Atas dasar 100%): 65 66 Ganti Rugi Am adalah berdasarkan P5 (Laporan Perubatan Jabatan 67 Orthipedic, Hospital Sultanah Bahiyah), P6 (Laporan Perubatan Jabatan 68 Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah) dan P7 (Sijil cuti sakit daripada 69 Hospital Sultanah Bahiyah)adalah seperti berikut: 70 71
1
Closed fracture mid shaft left femur 72 Dibenarkan sebanyak RM 40,000 73 74
2
Right 8th rib fracture 75 Dibenarkan sebanyak RM 8,000 76 77
3
Soft tissue injury over the left hand 78 Dibenarkan sebanyak RM 2,000 79 Page 4 of 18 80 Gantirugi Khas ( atas dasar 100% liabiliti) 81 82 Item (a) – (d), (g) (i) dan (j): Tidak dibenarkan 83 Item (e), (f) dan (h): Dibenarkan 84 85 Tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos sebagaimana skala kos di dalam 86 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Kadar Faedah secara lazim dibenarkan. 87 Faedah pada kadar 5% setahun atas ganti rugi am dari tarikh saman 88 diserahkan dan 2.5% setahun ke atas ganti rugi khas dari tarikh kemalangan 89 sehingga tarikh penghakiman dan 5% setahun ke atas jumlah penghakiman 90 daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. 91 92 C. VERSI KEMALANGAN 93 94 [9] Dalam kes ini, terdapat dua versi kemalangan tentang bagaimana 95 kemalangan berlaku. Ianya juga telah disahkan oleh IO kes semasa 96 memberikan keterangan. 97 98 [10] Versi Plaintif adalah sebagaimana dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan 99 dan Laporan Polis Plaintif, P4. Plaintif menyatakan bahawa ketika Plaintif 100 sedang menunggang motosikal, di hadapannya terdapat mototraktor yang 101 dipandu oleh Defendan Pertama yang sedang bergerak. Ketika Plaintif 102 sedang memotong mototraktor tersebut, tiba-tiba mototraktor tersebut 103 Page 5 of 18 terus membelok ke kanan yang mana telah menyebabkan berlakunya 104 kemalangan apabila penyodok mototraktor yang dipandu oleh Defendan 105 Pertama telah terlanggar Plaintif yang berada di sisi kanan mototraktor 106 tersebut. 107 108 [11] Manakala versi Defendan pula adalah sebagaimana dalam Laporan Polis 109 Defendan Pertama, D8. Defendan Pertama menyatakan bahawa ketika 110 sampai di tempat kemalangan, Defendan Pertama telah memberikan isyarat 111 untuk membelok ke kanan dan menyatakan kenderaan dari arah belakang 112 telah berhenti. Defendan Pertama menyatakan semasa sedang membelok ke 113 kanan, Plaintif yang menunggang motosikal dari belakang telah melanggar 114 penyodok di bahagian sisi kanan hadapan. 115 116 D. EKSHIBIT-EKSHIBIT DAN SAKSI-SAKSI YANG DIKEMUKAKAN 117 118 [12] Terdapat dua (2) ikatan dokumen yang telah digunakan dalam kes ini, iaitu: 119 120 Ikatan Pliding A 121 122 Ikatan Dokumen I, II DAN III B 123 124 Ikatan Dokumen Tambahan C 125 126 [13] Berikut adalah dokumen-dokumen yang telah ditandakan sebagai ekshibit: 127 128 Page 6 of 18 Pernyataan Saksi SP1 PW1 129 130 Rajah Kasar dan Kunci P1 & P1 (K) 131 132 13 keping gambar P2 (A-M) 133 134 Keputusan Kes P3 135 136 Pernyataan Saksi SP2 PW2 137 138 Laporan Polis Plaintif P4 139 140 Laporan Perubatan Jabatan Ortopedik, 141 Hospital Sultanah Bahiyah P5 142 143 Laporan Perubatan Jabatan Ortopedik, 144 Hospital Sultanah Bahiyah P6 145 146 Sijil cuti sakit P7 147 148 Laporan Polis Defendan Pertama D8 149 150 [14] Seramai 3 orang saksi telah memberikan keterangan dalam kes ini, iaitu: 151 152 i. Sarjan Rozman bin Razali [RF 138781] 153 Page 7 of 18 Penolong Pegawai Penyiasat SP1 154 155 ii. Ibrahim bin Badruddin, Plaintif SP2 156 157 iii. Mohd Zarul Fitri bin Abdul Halim, 158 Defendan Pertama SD1 159 160 E. PRINSIP UNDANG-UNDANG SIVIL: BEBAN PEMBUKTIAN 161 162 [15] Sebelum mahkamah mempertimbangkan isu-isu yang dipertikaikan, 163 Mahkamah terlebih dahulu meneliti beban pembuktian pihak-pihak dalam 164 membuktikan tuntutan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk 165 membuat penilaian di atas imbangan kebarangkalian keseluruhan 166 keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumen samada Plaintif telah 167 berjaya dalam membuktikan tuntutan sebelum beban pembuktian 168 berpindah kepada Defendan Pertama dalam membuktikan pembelaannya. 169 170 [16] Mahkamah merujuk seksyen 101 Akta Keterangan 1950 di mana 171 diperuntukkan bahawa: 172 173 “101. (1) Barang siapa berkehendakkan mahkamah memberi 174 penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang- 175 undang dengan bergantung pada adanya fakta-fakta yang 176 ditegaskan olehnya, mestilah bahawa fakta fakta itu ada. 177 178 Page 8 of 18
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya 179 sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti 180 terletak pada orang itu.” 181 182 [17] Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 102 Akta Keterangan 1950 yang 183 memperuntukan bahawa: 184 185 “Beban bukti di dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada 186 orang yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan 187 diberi oleh mana-mana pihak.” 188 189 [18] Begitu juga dengan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 di mana dinyatakan 190 bahawa: 191 192 “Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang 193 yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang adanya fakta 194 itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang- 195 undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana 196 orang tertentu.” 197 198 [19] Selanjutnya, prinsip undang-undang ini juga dinyatakan di dalam kes di 199 Mahkamah Persekutuan, Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 200 151 sebagaimana yang berikut: 201 202 Page 9 of 18 “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, 203 whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot 204 succeed without proof of the defendant's negligence. Evidence is the 205 foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is 206 that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged 207 facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and 208 believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself. 209 210 [20] Pihak yang menuntut di dalam kes ini adalah Plaintif, maka beban 211 pembuktian adalah diletakkan diatas bahu mereka. Lanjutan daripada itu, 212 Plaintif juga perlu mencapai standard pembuktian iaitu di atas imbangan 213 kebarangkalian untuk membuktikan tuntutan-tuntutan mereka. 214 215 [21] Asas bagi standard pembuktian ini telah banyak dijelaskan dan diputuskan 216 oleh kes-kes tersohor antaranya kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah 217 Persekutuan, Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father 218 and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors 219 [2016] 2 CLJ 885 sebagaimana berikut: 220 221 “[13] The standard of proof in civil cases is the legal standard to 222 which a party is required to prove its case, namely on a balance of 223 probabilities. In civil litigation, the question of the probability or 224 improbability of an action occurring is an important consideration to 225 be taken into account in deciding whether that particular event had 226 actually taken place or not. In the case of Miller v. Minister of 227 Page 10 of 18 Pensions [1947] 2 All ER 372, Lord Denning said the following about 228 the standard of proof in civil cases: 229 The... [standard of proof]... is well settled. It must carry a reasonable 230 degree of probability... if the evidence is such that the tribunal can say: 231 'We think it more probable than not' the burden is discharged, but, if 232 the probabilities are equal, it is not.” 233 234 F. DAPATAN MAHKAMAH 235 236 i. ISU LIABILITI 237 238 [22] Dalam kes ini, seramai 3 orang saksi telah memberikan keterangan 239 bersumpah di Mahkamah terbuka. Pihak Plaintif telah mengemukakan 2 240 orang saksi iaitu Penolong Pegawai Penyiasat (SP1) dan Plaintif sendiri (SP2). 241 242 [23] Manakala pihak Defendan-defendan telah mengemukakan 1 orang saksi 243 mereka iaitu Defendan Pertama (SD1). 244 245 [24] Mahkamah dalam menentukan versi kemalangan mana yang lebih 246 berkemungkinan perlu mengambilkira keterangan SP1, SP2 dan SD1 serta 247 mempertimbangkan kesan kemalangan serta bukti senyap yang ada dalam 248 kes ini. 249 250 Page 11 of 18 [25] Di dalam kes ini, terdapat dua versi bagaimana kemalangan berlaku. 251 Memandangkan terdapat dua versi bagaimana kemalangan berlaku, 252 Mahkamah haruslah memutuskan versi siapakah yang lebih "probable". 253 254 [26] Mahkamah merujuk kes Noorianti Zainol Abidin & Ors v Tang Lei Nge [1990] 255 2 CLJ Rep 545; [1990] 1 CLJ 943 yang memutuskan bahawa: 256 257 "lt has also been said that a trial Judge should not approach the case upon 258 the basis of deciding which of the two conflicting stories he should believe but 259 rather on the basis of considering which version is inherently probable or 260 improbable" 261 262 [27] Untuk menentukan versi mana yang lebih "probable" apabila dikemukakan 263 dua versi yang bertentangan, seharusnya Mahkamah merujuk kepada 264 keterangan senyap yang lain sepertimana diputuskan dalam kes Lee Ewe 265 Teik V. Ariffin bin Hussain [1990] 2 CLJ pada muka surat 191 yang 266 menyatakan bahawa: 267 268 "ln situations where both parties have given tow diametrically opposite 269 versions as to how the collision occurred, the photographs, plan and 270 measurements of the scene, and the nature of the damage to each vehicle 271 must provide the most reliable guide by which their versions can be tested." 272 273 Page 12 of 18 [28] Mahkamah juga dalam mempertimbangkan dua versi yang berbeza, 274 Mahkamah perlu mengambil kira versi mana yang lebih munasabah dan 275 lebih berkemungkinan. 276 277 [29] Mahkamah merujuk pada penghakiman Abdul Malik Ishak J di dalam kes 278 Tabarani Mohd Arshad & Anor v. Chan Tenn Yeu [1999] 3 CLJ 188, di mana 279 Yang Arif telah memetik dan bersetuju dengan kes Koay Teik Choo & Ors v. 280 Reg [1995] 1 LNS 42, dinyatakan (dengan izin); 281 282 “When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court 283 was to consider which version was inherently probable or improbable. The 284 trial court should have been more meticulous and considered other probable 285 versions provided they were within the space and ambil of the pleadings and 286 supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach 287 provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, 288 always, the testimony of the credible witnesses.” 289 290 [30] Di dalam kes ini, SP1 telah mengklasifikasikan kes ini sebagai RTM (Refer to 291 Magistrate). Oleh itu, Mahkamah perlu melihat keterangan saksi-saksi dan 292 keterangan senyap yang ada secara teliti dan menyeluruh bagi membantu 293 Mahkamah membuat dapatan. 294 295 [31] Sepanjang perbicaraan ini tiada saksi mata yang melihat bagaimana 296 kemalangan ini berlaku. Keterangan berkenaan kemalangan adalah daripada 297 Page 13 of 18 Plaintif, Defendan Pertama dan Pengawai Penyiasat yang menyiasat kes ini 298 sahaja. 299 300 [32] Keterangan Plaintif bahawa semasa Plaintif sedang memotong m/traktor 301 yang dipandu oleh Defendan Pertama dengan secara tiba-tiba m/traktor 302 Defendan Pertama telah membelok ke kanan yang mana telah menyebabkan 303 berlakunya kemalangan ini tidak pernah dicabar oleh pihak Defendan- 304 defendan. 305 306 [33] Defendan Pertama juga bersetuju tidak nampak atau perasan kewujudan 307 Plaintif dan hanya menumpukan kenderaan di sebelah hadapan Defendan 308 Pertama sahaja. 309 310 [34] Semasa disoal balas juga Defendan Pertama bersetujua bahawa m/tractor 311 yang dipandunya tiada cermin sisi kiri dan kanan dan tiada bukti serta tiada 312 keterangan yang menunjukkan Defendan Pertama telah mengambil langkah 313 berhati-hati dalam memastikan keadaan jalan adalah selamat untuk 314 membelok. 315 316 [35] Keterangan Defendan Pertama juga diragui oleh Mahkamah ini kerana pada 317 awalnya Defendan Pertama dalam keterangannya menyatakan bahawa 318 Defendan Pertama memandu dari bawah ke atas. Defendan Pertama juga 319 menyatakan bahawa kemalangan berlaku semasa Defendan Pertama 320 hendak membelok ke kanan dan titik pertembungan impak adalah pada 321 bahagian hadapan kanan penyodok m/traktor Defendan Pertama. 322 Page 14 of 18 323 [36] Kemudiannya, Defendan Pertama semasa keterangan diberikan telah 324 menyatakan Defendan Pertama memandu di laluan A2-A3, iaitu di laluan 325 bertentangan, dari atas menuju ke bawah dan tandaan “Y” iaitu titik 326 pertembungan dibuat di sebelah kiri m/traktor Defendan Pertama. 327 328 [37] Keterangan ini diragui Mahkamah disebabkan pada awalnya Defendan 329 Pertama sendiri mengakui perlanggaran hanya melibatkan sebelah kanan 330 penyodok di bahagian hadapan m/traktor yang dipandu Defendan Pertama. 331 332 [38] Tiada penjelasan lanjut berkenaan fakta ini yang mana terdapat 333 percanggahan/kekeliruan keterangan Defendan Pertama berkenaan laluan 334 yang dilalui oleh Defendan Pertama dan titik pertembungan kemalangan 335 tersebut. 336 337 [39] Mahkamah ini merujuk kepada keterangan IO kes iaitu SP1 yang mana dalam 338 keterangan SP1 menyatakan berdasarkan siasatan dan rajah kasar, kedua- 339 dua kenderaan sedang bergerak dari bawah menuju ke atas dan m/traktor 340 hendak membelok ke kanan. 341 342 [40] Keterangan SP1 juga mengesahkan m/traktor tiada cermin sisi kiri dan kanan 343 yang mana mengesahkan persetujuan Defendan Pertama bahawa m/traktor 344 tersebut tiada cermin sisi kiri dan kanan. 345 346 Page 15 of 18 [41] Sehingga keputusan diberikan, pihak Defendan-defendan tidak memfailkan 347 sebarang hujahan. 348 349 [42] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya 350 membuktikan kes di atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan- 351 defendan bahawa kemalangan yang dialami oleh Plaintif ketika sedang 352 menunggang motosikal yang mana telah terlanggar m/traktor yang dipandu 353 dengan cuai oleh Defendan Pertama yang merupakan agen kepada 354 Defendan Kedua. Oleh itu, Defendan-defendan adalah bertanggungan 355 sepenuhnya terhadap kemalangan yang berlaku. 356 357 ii. ISU KUANTUM 358 359 [43] Dalam mempertimbangkan award untuk gantirugi am, Mahkamah telah 360 merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards, nas undang-undang 361 yang diputuskan sebelum ini dan juga kepada trend dan keadaan ekonomi 362 semasa untuk menentukan suatu award yang munasabah dan setimpal 363 dengan kecederaan dan ketidakupayaan yang dialami. 364 365 [44] Mahkamah menggunapakai garis panduan di dalam kes Inas Faiqah Mohd 366 Helmi (A Child Suing Throuh His Father and Next Friend; Mohd Helmi Abdul 367 Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ FCJ, di mana Mahkamah 368 Persekutuan, Abdul Hamid Embong FCJ, menyatakan bahawa (dengan izin); 369 370 Page 16 of 18 “It is trite that damages serves as compensation, not a reward, less still a 371 punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198). In 372 assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and 373 award fair compensation based on cogent evidence. The court should not 374 descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, 375 which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be 376 undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the 377 recognizes balance of probabilities standard.” 378 379 [45] Bagi isu kuantum untuk gantirugi am ini, dokumen yang dirujuk adalah 380 adalah berdasarkan P5 (Laporan Perubatan Jabatan Orthipedic, Hospital 381 Sultanah Bahiyah), P6 (Laporan Perubatan Jabatan Kecemasan, Hospital 382 Sultanah Bahiyah) dan P7 (Sijil cuti sakit daripada Hospital Sultanah Bahiyah). 383 384 i. Closed fracture mid shaft left femur – dibenarkan RM 40,000.00 385 386 [46] Bagi kecederaan ini, Mahkamah ini membenarkan award sebanyak RM 387 40,000 untuk closed fracture mid shaft left femur. Mahkamah ini 388 berpendapat jumlah tersebut adalah munasabah dan berpatutan bagi tahap 389 kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Mahkamah ini merujuk kepada kes 390 Ganison a/l Krishnasamy v Kong Sii Cheng & Anor [2014] 2 PIR [134]. 391 392 ii. Right 8th rib fracture– Dibenarkan RM 8,000 393 394 Page 17 of 18 [47] Bagi kecederaan right 8th rib fracture, Mahkamah ini telah mengawardkan 395 RM 8,000 dan berpendapat jumlah tersebut adalah munasabah dan 396 berpatutan bagi tahap kecederaan dan kesakitan yang dialami oleh Plaintif. 397 Mahkamah ini merujuk kepada kes Amat b Majid v Azmi b Kamat & Anor 398 [2009] 1 PIR [23] di mana telah diawardkan RM 10,000 bagi kecederaan “2 399 fracture of the left sixth and seventh rib’’ tanpa apa-apa kecacatan. 400 401 iii. Soft tissue injury over the left hand – Dibenarkan RM 2,000 402 403 [48] Bagi kecederaan soft tissue injury over the left hand, Mahkamah ini telah 404 mengawardkan RM 2,000 dan berpendapat jumlah tersebut adalah 405 munasabah dan berpatutan bagi tahap kecederaan yang dialami oleh 406 Plaintif. Mahkamah ini merujuk kepada kes Devarajan Kunasekaran v. Leon 407 Ngim Chong & Anor [2023] PILRU 39 di mana telah diawardkan RM 2,000 408 bagi kecederaan multiple abrasion. 409 410 G. KESIMPULAN 411 412 [49] Setelah meneliti semua faktor di atas dan setelah Mahkamah 413 mempertimbangkan fakta-fakta, keterangan saksi-saksi dan keterangan 414 dokumen serta eksibit-eksibit yang dikemukakan, juga hujahan yang 415 difailkan oleh kedua-dua pihak, dan juga setelah Mahkamah menilai dan 416 mempertimbangkan kes di atas imbangan kebarangkalian, adalah didapati 417 bahawa versi pihak Plaintif adalah lebih munasabah dan hujahan pihak 418 Plaintif adalah diterimapakai oleh Mahkamah dan pihak Plaintif telah berjaya 419 Page 18 of 18 membuktikan kes di atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan- 420 defendan. 421 422 [50] Berdasarkan faktor-faktor yang dibincangkan tersebut serta berdasarkan hal 423 dan keadaan kes ini adalah diputuskan bahawa tuntutan Plaintif adalah 424 dibenarkan dengan kos. Defendan-defendan adalah bertanggungan 425 sepenuhnya 100% liabiliti terhadap kemalangan jalan raya tersebut. Kos 426 dibenarkan sebagaimana skala kos di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 427 2012. 428 429 Disediakan oleh: 430 431 (SITI NOR HASLIZA BINTI MD ALI) 432 Majistret 433 Mahkamah Majistret Alor Setar 434 Kedah 435 436 Pihak-pihak: 437 438 Bagi pihak Plaintif : Tetuan N.M Tiong & Co 439 Bagi pihak Defendan- 440 Defendan : Tetuan Azhar & Fazuny 441 442
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.