Oleh yang demikian, Plaintif menuntut terhadap Defendan seperti berikut: a) Satu deklarasi bahawa Defendan memegang tanah di bawah hakmilik GM 531 Lot 652, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor sebagai pemegang amanah bag pihak Plaintif; b) Satu deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik tanah di bawah hakmilik GM 531 Lot 652, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor sejak 21.01.2015 sehingga kini; c) Pendaftaran pindahmilik yang mendaftarkan Defendan sebagai pemilik berdaftar tanah di bawah hakmilik GM 531 Lot 652, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, S/N KeZvX/y0evSK6wZxqog Negeri Selangor melalui nombor perserahan 463/2015 pada 21,01,2015 adalah terbatal, tidak sah, tidak berkesan dan hendaklah diketepikan; d) Sekiranya Defendan gagal, enggan dan/atau mengabaikan untuk melaksanakan dokumentasi bagi memberi kesan pemindahan tanah di bawah hakmilik GM 531 Lot 652, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor kepada Plaintif, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi diberikan kuasa penuh untuk melaksanakan dokumentasi bagi pihaknya; e) Gantirugi am; f) Gantirugi teruk; g) Gantirugi pengajaran; h) Faedah atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; i) kos tindakan ini; dan j) apa-apa relif lain atau selanjutnya sepertimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini. [21] Plaintif juga turut mencabar tuntutan balas Defendan bahawa Arwah Siti Ramlah telah menghadiahkan RM2,000,000 yang terletak di S/N KeZvX/y0evSK6wZxqog dalam akaun bersama Arwah Kamarudin dan Arwah Siti Ramlah kepada Defendan. Ringkasan Kes dan Hujahan oleh Defendan [22] Inti pembelaan Defendan ialah Arwah Kamarudin telah “menghadiahkan” tanah di Hulu Langat itu kepada Arwah Siti Ramlah – sebagai tanda kasih dan sayang. Di dalam tuntutan balas Defendan, Defendan turut berhujah bahawa Arwah Kamarudin juga telah menghadiahkan sebahagian daripada wang yang terdapat di dalam akaun-akaun simpanan tetap di bank CIMB berjumlah RM2,000,000.00 kepada Arwah Siti Ramlah. [23] Defendan mencabar keterangan saksi-saksi Plaintif atas dasar bahawa mereka tiada pengetahuan tentang apa-apa "pengaturan" dan/atau "persetujuan" yang dicapai antara Arwah Kamarudin dan Arwah Siti Ramlah. [24] Untuk menyokong hujahnya bahawa Mahkamah ini seharusnya memutuskan bahawa doktrin “presumption of gift” berlaku dalam kes ini, Defendan merujuk kes-kes seperti Hong Chee Meng & Anor v Fang Chee Peng & Ors [2021] AMEJ 0388; [2021] CLJU 1 LNS 643; [2021] MLJU 405; [2021] MLRHU 2703, Palaniappa Chettiar v Arunasalam Chettiar [1962] CLJU 115; [1962] 1 MLJ 143; [1962] 1 MLRA 218 dan Neo Tai Kim v Foo Stie Wah [1981] CLJU 153; [1982] 1 MLJ 170; [2981] 1 MLRA 329 untuk perhatian Mahkamah. [25] Defendan juga menimbulkan alasan had masa tindakan dan hujahan bahawa “in the absence of evidence to the contrary the beneficial S/N KeZvX/y0evSK6wZxqog interest follows the legal title” (Quah Eng Hock v Ang Hooi Kiam [2000] 2 AMR 2300; [2000] 5 CLJ 126; [1999] MLJU 481; [1999] 4 MLRH 400 (“Quah Eng Hock”)). Dapatan Mahkamah [26] Semua saksi-saksi yang telah memberi keterangan di dalam perbicaraan telah mengemukakan keterangan yang masing-masing menyokong kes Plaintif serta kes Defendan. [27] Melalui keterangan oleh saksi-saksi, Mahkamah tidak menafikan bahawa terdapat perhubungan erat di antara Arwah Kamarudin dan Arwah Siti Ramlah semasa mereka masih hidup. Namun, Mahkamah tidak yakin bahawa ada niat di pihak Arwah Kamarudin untuk memberikan hadiah langsung kepada anak perempuannya. Tiada bukti yang mencukupi untuk Mahkamah ini untuk membuat kesimpulan bahawa doktrin "presumption of gift" berbanding doktrin "constructive trust" terpakai dalam kes ini. [28] Hujahan Defendan bahawa “in the absence of evidence to the contrary the beneficial interest follows the legal title”, sepertimana yang diputuskan di dalam ke Quah Eng Hock adalah satu hujah yang sah. Akan tetapi, harus diambil perhatian bahawa Arwah Kamarudinlah yang telah memulakan tindakan ini, sebelum kematiannya dan beliau menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Defendan dalam Pembelaannya. Ini merupakan “evidence to the contrary”. [29] Mengenai cabaran Defendan terhadap keterangan saksi-saksi Plaintif atas dasar bahawa mereka tiada pengetahuan tentang apa-apa S/N KeZvX/y0evSK6wZxqog "pengaturan" dan/atau "persetujuan" yang dicapai antara Arwah Kamarudin dan Arwah Siti Ramlah, Mahkamah bersetuju bahawa jika ada sesiapa yang dapat mendedahkan "kisah benar", ia adalah Arwah Kamarudin dan Arwah Siti Ramlah. Malangnya, kedua-duanya telah meninggal dunia. Namun demikian, dan sekali lagi, harus diingat bahawa Arwah Kamarudinlah yang telah memulakan tindakan ini, sebelum kematiannya, dan beliau menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Defendan dalam Pembelaannya. [30] Justeru, ini bukan lagi kes di mana Mahkamah ini dikehendaki untuk meneka niat Arwah Kamarudin kerana beliau telah memulakan tindakan itu, semasa beliau masih hidup. [31] Prinsip undang-undang berkenaan pegangan amanah secara konstruktif (constructive trust) telah diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes RHB Bank Bhd v Travelsight (M) Sdn Bhd & Ors and another appeal [2015] 1 AMR 433; [2015] 1 CLJ 309; [2016] 1 MLJ 175; [2015] 1 MLRA 471. Petikan yang relevan adalah seperti berikut: [30] … We are mindful that ‘a constructive trust [in the remedial sense] arises whenever the circumstances are such that it would be unconscionable of the owner of the legal title to assert his own beneficial interest and deny the beneficial interest of another. It arises from circumstances which are, ex hypothesi, known to the legal owner, for if they were not his conscience would not be affected’ (‘Restitution and Constructive Trusts’ 1988 Law Quarterly Review Vol 114 p 399, per Millett LJ at p 400). ‘A constructive trust is the formula through which the conscience of equity finds expression. When property has been acquired S/N KeZvX/y0evSK6wZxqog in such circumstances that the holder of the legal title may not in good conscience retain the beneficial interest, equity converts him into a trustee’ (Alfred C Beatty v Guggenheim Exploration Company et al (1919) 122 NE 378 at p 388 (NY 1919), per Cardozo J). [31] It could be reasonably assumed that the circumstances that would have been known to Atlas and liquidators were: (i) the full purchase price had been paid; (ii) the property belonged to Travelsight as purchaser and RHB as assignee; (iii) the order dated 15 November 2002 validated rescission and ordered a refund of the purchase price; and (iv) the purchase price had not been refunded. Given those latter circumstances that would have been known to them, it could be further assumed that Atlas and liquidators should have known that the property was not that of Atlas to deal and dispose as its own. Fairly said, the circumstances that would have been known to Atlas and liquidators were such that it would be unconscionable of Atlas and liquidators to treat the property as its unencumbered asset and deny the beneficial interest of Travelsight and RHB. The circumstances were such that gave rise to a constructive trust, in the remedial sense, which equity imposed on Atlas and liquidators, to deal not with the property as its beneficial property (on the duty imposed by equity to account to the true owner of money or property, see also Koh Siew Keng (P) & Anor v Koh Heng Jin [2008] 3 MLJ 822. … [32] Rujukan juga boleh dibuat kepada satu lagi kes Mahkamah Persekutuan, iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor v JW Properties Sdn Bhd [2017] 6 AMR 114; [2017] 8 CLJ 392; [2017] MLJU 1107; [2017] 5 MLRA 633. Sekali lagi, Mahkamah Persekutuan menyarankan seperti berikut: S/N KeZvX/y0evSK6wZxqog [58] From decided case authorities it has been established as a principle of law that constructive trust arises by operation of law whenever the circumstances are such that it would be unconscionable for the owner of the property (usually but not necessarily the legal owner) to assert his own beneficial interest in the property and deny the beneficial interest of another. [See the cases of (1) Takako Sakao (f) v. Ng Pek Yuen (f) & Anor. [2009] 6 MLJ 751 (FC) and (2) Vellasamy a/l Pennusamy & Ors. (on their behalf and for the 213 sub-purchasers of plots of land known as PN 35553, Lot 9108, Mukim Hutan Melintang, Hilir Perak) v. Gurbachan Singh a/l Bagawan Singh & Ors. [2010] 5 MLJ 437 (CA). [59] It has also been held that a constructive trust is a trust which is imposed by equity in order to satisfy the demands of justice and good conscience without reference to any express or presumed intention of the parties. [See the case of Hassan Kadir & Ors. v. Mohamed Moidu Mohamed & Anor. [2011] 5 CLJ 136 (FC)]. A constructive trust is a remedial device that is employed to prevent unjust enrichment. It has the effect of taking the title to the property from one person whose title unjustly enriches him, and transferring it to another who has been unjustly deprived of it. [See the case of Tay Choo Foo @ Tay Chiew Foo v. Tengku Mohd Saad @ Tengku Ahmad bin Tengku Mansur & Ors. (all acting as administrators of the estate of Tengku Mansur bin Tunku Yaacob, deceased) & Another Appeal [2009] 1 MLJ 289 CA]. [33] Mahkamah mengambil maklum bahawa wang untuk membeli tanah Hulu Langat tersebut adalah dari hasil jualan tanah Kampung Kerinchi dan tanah tersebut merupakan milikan Arwah Kamarudin. [34] Mahkamah juga mendapati tiada sebarang keterangan yang mengesahkan telah berlaku pemberian hadiah RM2,000,000.00 oleh S/N KeZvX/y0evSK6wZxqog Arwah Kamarudin kepada Arwah Siti Ramlah dan dalam apa jua keadaan, Arwah Kamarudin sendiri telah konsisten menafikan dakwaan pemberian hadiah tersebut (dengan satu akaun bersumpah). Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa Defendan telah gagal menunjukkan bahawa wang di dalam akaun bersama tersebut adalah wang Arwah Siti Ramlah secara mutlak dan Arwah Siti Ramlah bebas menggunakan wang tersebut. [35] Mengenai isu had masa, Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan Plaintif tidak dihalang oleh had masa. Peruntukkan yang terpakai di dalam kes ini adalah seksyen 22(1)(b) Akta Had Masa Tindakan yang memperuntukkan seperti berikut.