Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-533-11/2017 ANTARA IFUNANYA REGINA NNOROM (W/NIGERIA) - PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [In the matter of Trial No: 45A-82-09/2016 In the High Court of Malaya in Shah Alam] Antara Ifunanya Regina Nnorom Dan Pendakwa Raya CORAM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR RHODZARIAH BT BUJANG, HMR MOHAMMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Perayu telah dituduh, dibicara dan disabitkan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya serta dihukum mati mandatori di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 8.2.2013, jam lebih kurang 6.30 petang, bertempat di kawasan kaunter pemeriksaan kastam, hadapan Karousel G, Aras 3, MTB, KLIA, Sepang di dalam daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati memperedarkan dadah berbahaya, iaitu sejumlah berat 1155.5 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [3] Kami telah mendengar rayuan Perayu. Kami sebulat suara menolak rayuan. Kami mengekalkan sabitan dan hukuman Hakim bicara. [4] Fakta kes prima facie: