a
(a) Dadah Methamphetamine seberat 1181 gram yang menjadi asas pertuduhan adalah sejenis dadah berbahaya seperti tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952;
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2017/0e180d80-be4f-455f-8a2e-63f0af4f442b
Court of Appeal of Malaysia27 Nov 2017B-05(M)-120-03/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini. Tidak terdapat sebarang alasan atau merit bagi Mahkamah ini mengganggui keputusan Hakim Bicara tersebut (lihat: Sheo Swamp v King Emperor AIR [1934] PC 22; Reza Malek Zadeh Sahabali v PP [2014] MLRHU 1815, [2014] 3 MLJ 380). Sabitan terhadap perayu adalah selama”
“cking in defensibility, reject it nevertheless and prefer to draw its own inferences. While the court is not obliged to accept expert evidence by reason only that it is unchallenged (Sek Kim Wah v PP [1987] SLR 107), if the court finds that the evidence is based on sound grounds and supported by the basic facts, it can”
“lam kes ini. Tidak terdapat sebarang alasan atau merit bagi Mahkamah ini mengganggui keputusan Hakim Bicara tersebut (lihat: Sheo Swamp v King Emperor AIR [1934] PC 22; Reza Malek Zadeh Sahabali v PP [2014] MLRHU 1815, [2014] 3 MLJ 380). Sabitan terhadap perayu adalah selamat. [32] Justeru, Mahkamah ini mengekalkan sab”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : B-05(M)-120-03/2017 ANTARA IKECHUKWU INNOCENT OBI (W/NIGERIA)(NO. PASSPORT:A 02960361) ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-64-03/2013 Dalam Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor Antara Pendakwa Raya Dan Ikechukwu Innocent Obi (W/Nigeria)(No. Passport: A 0296031) Yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim Dato' Wan Afrah binti Dato' Paduka Wan Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 03 Mac 2017] CORAM: MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR YAACOB HAJI MD. SAM, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Perayu, seorang warga Nigeria, telah dituduh dengan satu pertuduhan mengedar 1181 gram methamphetamine pada 03 April 2012, jam lebih kurang 8.15 malam, di kawasan menuju keluar ke Kaunter Pemeriksaan Kastam Aras 3, MTB, KLIA, Sepang, Selangor, suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952") yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Mahkamah Tinggi telah mendapati perayu bersalah, mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap perayu. [3] Perayu telah merayu kepada Mahkamah ini. Pada 27 November 2017, Mahkamah ini telah mendengar rayuan perayu dan memutuskan untuk menolak rayuan perayu. Sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kami kini memberikan alasan keputusan tersebut. Kes Pendakwaan [4] Daripada keterangan yang telah dikemukakan, intipati kes pendakwaan ialah seperti berikut. Pada 3 April 2012, jam lebih kurang 8.15 malam, D/Sjn. Zulkefli bin Hj Zainal ('SP4') bersama sepasukan tujuh anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sepang, KLIA telah menjalankan tugas pemantauan terhadap penumpang dan bagasi di kawasan Tuntutan Bagasi, Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, KLIA Sepang. [5] Sewaktu pemantauan tersebut, SP4 telah menahan perayu yang sedang berjalan menuju ke Kaunter Pemeriksaan Kastam Aras 3, MTB KLIA. Perayu ketika itu sedang menarik sebuah beg beroda berwarna coklat jenama 'Sensonite' (P19). SP4 telah memperkenalkan diri sebagai polis kepada perayu dan meminta perayu mengemukakan pasport. Perayu menunjukkan pasportnya kepada SP4. [6] Seterusnya, SP4 mengarahkan perayu supaya membawa beg beroda (P19) tersebut ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Aras 3, MTB KLIA bagi pemeriksaan lanjut. Di pejabat tersebut, SP4 telah membuat pemeriksaan badan ke atas perayu dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. [7] SP4 seterusnya mengarahkan perayu membuka beg beroda P19. Pada bahagian luar beg tersebut terdapat satu tag bernombor MS908862 di atas nama Obi lkechukwu (P25). Beg beroda 'P19' tersebut berzip dan dikunci dengan satu mangga melalui kombinasi nombor kod laluan (lihat P19I dan gambar P17(5)). Perayu telah membuka kunci mangga P19I melalui kombinasi nombor kod laluan "00". [8] Seterusnya, dengan disaksikan oleh perayu dan anggota-anggota lain, SP4 telah memeriksa kandungan beg tersebut (P19) yang mengandungi 8 helai seluar panjang (P19A (1-8), 2 helai seluar pendek (P19B (1-2), 1 helai singlet (P19C), 2 helai t-shirt lengan pendek (P19D (1-2), 1 helai kemeja lengan panjang (P19E), sepasang selipar (P19F) dan alatan mandian (P19 G dan P19H). Setelah pakaian tersebut dikeluarkan daripada beg, SP4 telah memeriksa lapisan canvas beg tersebut yang berzip. Apabila SP4 membuka dan menekan lapisan canvas, didapati ada barangan di bawahnya. SP4 telah membuka canvas beg dan mencabut keluar batang besi (P19L) pada canvas dan mendapati terdapat satu lagi pelapik di bawahnya (P19J). SP4 membuka pelapik P19J dan mendapati terdapat pula satu keping kertas tebal berwarna coklat/pink (P19K) yang apabila diperiksa di bawahnya terdapat satu bungkusan plastik lutsinar bersalotape warna coklat yang dibaluti dengan kertas karbon warna hitam (P16A). SP4 telah membuat sedikit torehan ke atas bungkusan plastik lutsinar dan mendapati ia mengandungi bahan serbuk putih jernih yang disyaki dadah. SP4 telah menangkap perayu. [9] SP4 kemudiannya telah membuat laporan tangkapan dan rampasan melalui KLIA Sepang Rpt. 3276/12 dan mengeluarkan Borang Senarai Bongkar (P20). Perayu dan barang rampasan kemudiannya telah diserahkan oleh SP4 kepada pegawai penyiasat, Insp. Eddy Amin bin Hussin 'Ala (SP6) dan Borang Serah Terima Barang Kes (P21) ditandatangani oleh SP4 dan SP6. [10] SP6 telah menghantarkan bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah ke Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya, Selangor bagi dianalisis. Ahli Kimia Malaysia, Suhana binti Ismail (SP2), telah mengesahkan bahawa bahan kristal jernih tersebut ialah methamphetamine seberat 1181 gram, iaitu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. SP2 turut mengemukakan laporan kimia beliau (P15). [11] Pendakwaan juga mengemukakan keterangan daripada Ahli Kimia Malaysia, Hazwani binti Hapiz (SP1), yang mengesahkan bahawa melalui ujian profiling terdapat kehadiran Deoxyribonucleic Acid (DNA) milik perayu pada t-shirt belang-belang ('P11A') setelah dibuat perbandingan dengan contoh darah yang diambil daripada perayu. SP1 turut mengemukakan laporan kimia beliau (P6). Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pendakwaan [12] Di akhir kes pendakwaan, YA Hakim Bicara dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie, telah membuat dapatan berikut di muka surat 22-25 Rekod Rayuan Jilid 1: "Dapatan Di Akhir Kes Pendakwaan Setelah membuat pertimbangan secara maksima semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh atas pertuduhan yang dihadapkan. Saya berpuas hati tiga elemen utama pertuduhan telah berjaya dibuktikan iaitu-
a
(a) Dadah Methamphetamine seberat 1181 gram yang menjadi asas pertuduhan adalah sejenis dadah berbahaya seperti tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952;
b
(b) Tertuduh mempunyai milikan sebenar dadah berbahaya tersebut serta mempunyai pengetahuan salah terhadap dadah yang dirampas. Tertuduh dilihat sedang menarik sebuah beg beroda keluar ke mesin pengimbas di Aras 3 KLIA Sepang. Tertuduh ditangkap "red handed" semasa menarik beg beroda (P19) yang di dalamnya mengandungi dadah di KLIA. Berdasarkan kepada keterangan SP4 dan SP6 "tagging" yang diikat di atas beg adalah di atas nama tertuduh dan tertuduh sendiri yang membuka kombinasi kunci mangga di beg tersebut. Tambahan pula sehelai t-shirt belang-belang (P11A) yang dirampas oleh SP6 daripada beg P19 yang dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan DNA telah disahkan oleh SP1 iaitu Pegawai Sains yang membuat analisa terdapat DNA milik tertuduh. Oleh itu adalah tidak syak lagi di mana barang kes dadah yang telah disembunyikan dengan sempurna di dalam beg P19 yang seterusnya dijumpai oleh SP4 adalah berada di bawah kawalan dan milikan OKT sepanjang masa. Oleh itu, anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB bolehlah digunapakai ke atas tertuduh memandangkan dadah berada dalam milikan dan kawalan tertuduh. Beban adalah ke atas tertuduh untuk membuktikan sebaliknya.
c
(c) Menganai elemen (c) iaitu pengedaran, saya berpendapat seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya adalah terpakai. Kuantiti dadah sahaja adalah cukup penting bagi menentukan sama ada dadah yang dijumpai adalah bagi tujuan pengedaran atau sebaliknya. Di dalam kes semasa, berat dadah adalah 1181 gram, berat dadah yang besar ini adalah tidak logik jika dadah tersebut adalah untuk kegunaan tertuduh sendiri. Adalah keterangan di dalam kes ini bahawa dadah disembunyikan di bawah beg terbabit dengan cara yang cukup sempurna untuk mengaburi mata-mata penguatkuasaan adalah jelas menunjukkan bahawa ia adalah untuk tujuan pengedaran.". [13] Perayu diperintahkan membela diri atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Pembelaan Perayu [14] Perayu menafikan mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas dadah yang ditemui oleh SP4. Perayu mengatakan bahawa beg P19 tersebut dibeli olehnya bagi tujuan untuk memuatkan pakaiannya bagi bercuti ke Malaysia. Beg tersebut dibeli seminggu sebelum bertolak dan diletakkan di dalam bilik perayu. Perayu mengatakan sehari sebelum bertolak ke Malaysia, perayu mengemas pakaiannya ke dalam beg tersebut dan beg tersebut ditinggalkan di kawasan ruang tamu rumah di mana perayu menyewa bersama dua rakan beliau di Nigeria. Perayu mengatakan semasa beg tersebut ditinggalkan, ia berzip tetapi tidak dikuncikan. Pada hari perayu bertolak, perayu telah mengambil beg tersebut daripada ruang tamu rumah dan terus ke lapangan terbang. Perayu mengatakan kombinasi nombor laluan bagi kunci juga kekal seperti yang asal semasa dibeli, iaitu "00". Perayu tidak menukar nombor kombinasi asal. Perayu mengatakan bahawa rakan-rakannya mempunyai akses ke atas beg tersebut semasa diletakkan di ruang tamu rumah mungkin bertanggungjawab ke atas dadah tersebut. Perayu juga mengatakan semasa beliau ditahan oleh SP4 di KLIA, telefon tangan beliau ada berbunyi panggilan masuk tetapi telah tidak dibenarkan bagi menjawabnya oleh kastam di situ. Perayu mengatakan panggilan tersebut mungkin dibuat oleh individu yang dadah tersebut hendak ditujukan apabila orang itu tahu perayu telah tiba di KLIA. Dapatan Dan Keputusan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pembelaan [15] Di akhir kes pembelaan, YA Hakim Bicara telah membuat dapatan berikut (muka surat 28-30 Rekod Rayuan Jilid 1): "Dapatan Mahkamah Di Dalam Kes Pembelaan Di dalam kes pembelaan, Mahkamah perlu mempertimbangkan semua keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak dan perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Seksyen 182A KAJ adalah dirujukkan. Saya merujuk kepada prinsip prinsip di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaacob v PP [1991] 1 CLJ. Di dalam kes ini, secara keseluruhannya OKT tidak menafikan bahawa sewaktu ditangkap, dadah yang menjadi subject matter di dalam kes ini berada di dalam milikannya. Walau bagaimana pun, OKT menafikan bahawa beliau tahu apa yang dibawanya melalui beg P19 adalah dadah. Dengan keterangan sebegini, OKT cuba menunjukkan bahawa beliau adalah seorang innocent carrier. OKT mengesahkan bahawa beg P19 itu dibeli olehnya, OKT sendiri yang menyusun pakaian beliau ke dalam beg tersebut. OKT tidak menafikan beg tersebut mempunyai kunci dengan nombor '00' sekali pun OKT menyatakan kod nombor tersebut tidak pernah diubah sebaliknya adalah yang asal. Walau bagaimana pun, OKT menyatakan beg P19 ditinggalkan atau dibiarkan di ruang tamu rumah sewa OKT di Negeria yang mana OKT menyewa rumah tersebut bersama 2 orang rakannya yang lain. Pada ketika ini, OKT seakan mula meletakkan kesalahan kepada 2 rakannya memandangkan mereka mempunyai akses di ruang tamu ini dan sekaligus mempunyai akses ke atas beg OKT yang ditinggalkan seharian di ruang tamu tersebut. OKT tidak pula secara langsung menuduh 2 rakannya yang telah memasukkan dadah di dalam begnya. Saya berpendapat bahawa keterangan OKT adalah tidak begitu munasabah apabila OKT menyatakan semasa beliau tinggalkan beg tersebut di ruang tamu, beg tersebut dalam keadaan berzip tetapi tidak berkunci. Tambahan pula, OKT mengesahkan bahawa semasa beliau ingin berangkat ke Lapangan Terbang Cano Nigeria, keadaan beg di dalam posisi yang sama. Seterusnya lagi, OKT menyatakan bahawa telah pergi ke Malaysia berseorangan dan sepanjang masa beg tersebut adalah berada bersama beliau. Oleh itu saya berpendapat OKT yang mempunyai akses kepada beg tersebut dan sekaligus hanya OKT mempunyai milikan dan kawalan serta pengetahuan ke atas beg dan juga isi kandungan beg tersebut termasuklah dadah-dadah yang dijumpai di dalam beg tersebut. Saya juga menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan keadaan di mana barang kes dijumpai. Berdasarkan keterangan SP4 iaitu SP4 telah membuka lapisan canvas (P19J) di lantai beg yang berzip. SP4 kemudiannya mencabut tangkai beg (P19H) di mana didapati satu pelapik hitam. Setelah pelapik hitam itu dikeluarkan, di bawahnya SP4 menemui satu keping kertas tebal warna coklat/pink (P19K) di mana di bawahnya terdapat satu bungkusan plastik lutsinar bersalotape warna coklat yang dibalut dengan kertas karbon warna hitam (P16A). Setelah kesemuanya dikeluarkan daripada beg tersebut, SP4 merasakan ada sesuatu berada di dalam bungkusan plastik bersalotape coklat. SP4 membuat sedikit torehan pada bungkusan tersebut di mana di dalamnya terdapat serbuk kristal jernih disyaki dadah Methamphetamine. Cara barang kes dadah disembunyikan sudah cukup untuk menunjukkan bahawa ianya bukanlah mudah untuk dilakukan, jika dengan alasan beg P19 ditinggalkan di ruang tamu di rumah sewa OKT sehari sebelum OKT bertolak ke Malaysia boleh menyebabkan orang lain mempunyai akses dan sekaligus menyembunyikan dadah tersebut adalah langsung tidak munasabah. OKT sendiri memaklumkan kepada Mahkamah telah membeli beg P19 seminggu awal sebelum tarikh bertolak ke Malaysia dan disimpan di dalam bilik beliau di Nigeria. Maka adalah tidak mustahil jika boleh dikatakan OKT sendiri yang telah mengubah suai P19 bagi tujuan untuk menyembunyikan dadah-dadah tersebut, sekaligus untuk diedarkan di Malaysia. Sekalipun OKT menafikan bahawa OKT ada menetapkan kod nombor kunci beg P19 dan menafikan ada membuka beg semasa disuruh oleh pihak polis, Mahkamah juga perlu meneliti keterangan saksi pihak pendakwaan juga terutamanya SP4 yang mengatakan OKT sendiri yang membuka kunci beg P19 dengan kod nombor '00'. Oleh itu, adalah dapatan saya bahawa OKT yang menyatakan tidak tahu akan kewujudan dadah-dadah yang dirampas di dalam beg beliau adalah penafian semata-mata, malah pembelaan yang diberikan adalah pembelaan yang tidak munasabah.". [16] Diakhir perbicaraan, Hakim Bicara mendapati perayu bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dan dihukum dengan hukuman mati. Rayuan Perayu [16] Dalam Petisyen Rayuan yang difailkan oleh perayu, perayu telah memberikan sejumlah 8 alasan rayuan bagi mencabar keputusan YA Hakim Bicara tersebut. Kami turunkan sepenuhnya 8 alasan rayuan tersebut, yang ada antaranya bertindih dan melibatkan isu-isu yang sama:
a
(a) bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undangundang apabila mensabitkan perayu di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan menjatuhkan hukuman mati di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
b
(b) bahawa Hakim Bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memberikan pertimbangan bahawa keterangan SP1 bercanggah dengan keterangan SP6 mengenai DNA, dan darah disimpan dalam peti ais yang tak berfungsi dari tarikh 6.4.12 hingga 30.4.12.
c
(c) bahawa Hakim Bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira bahawa melalui keterangan SP6, adalah mustahil untuk mendapatkan DNA perayu daripada contoh darah yang tercemar.
d
(d) bahawa Hakim Bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang kerana dalam Alasan Penghakiman di muka surat 16 Jilid 1, Hakim Bicara bersetuju mengenai kewujudan percanggahan antara keterangan SP1 & SP6, dan oleh itu pihak pendakwaan sepatutnya memanggil SP1 sebagai 'rebuttal witness'.
e
(e) bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undangundang apabila memutuskan keterangan pakar hanya boleh disangkal oleh keterangan pakar yang lain (lihat kes : Ling Adela v Au Mei Yin Christina & Anor [2002] 1 SLR 408).
f
(f) bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undangundang kerana gagal mengambil kira bahawa SP4 tidak membaca kata-kata amaran kepada perayu.
g
(g) bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undangundang kerana walau pun dikatakan oleh perayu bahawa telefonbimbitnya yang dirampas berbunyi, namun pihak kastam tidakmembenarkannya menjawab, dan yang demikian peluang untukmengenalpasti 'the real trafficker' terlepas begitu sahaja.
h
(h) bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undangundang apabila gagal mengambil kira bahawa pihak pendakwaantelah gagal mengemukakan transkrip telefon pengadu, yangsekiranya dikemukakan dakwaan pertuduhan boleh diketepikan. [18] Setelah Mahkamah ini meneliti alasan-alasan rayuan perayu, isu yang dinyatakan di perenggan 16(b), (c), (d) dan (e) adalah saling berkaitan, iaitu penerimaan masuk keterangan DNA perayu oleh Hakim Bicara. Perenggan 16(f) pula ialah mengenai isu kegagalan SP4 untuk membaca kata-kata amaran kepada perayu semasa pemeriksaan beg P19 dibuat. Manakala perenggan 16(g) dan (h) melibatkan isu yang sama, iaitu kegagalan pihak pendakwaan melakukan siasatan tentang panggilan masuk yang diterima di telefon bimbit perayu semasa perayu ditahan oleh SP4. Keputusan Mahkamah Ini Alasan rayuan di perenggan 16(b), (c), (d) dan (e): Samada Hakim Bicara telah terkhilaf dan tersalah arah dirinya dalam menerima keterangan DNA terhadap perayu berdasarkan kepada keterangan SP1 dan SP6 yang terdapat percanggahan. [19] Kami akan bincangkan alasan rayuan bagi perenggan 16(b), (c), (d) dan (e) bersekali memandangkan alasan-alasan tersebut saling berkaitan dan melibatkan isu yang sama, iaitu kebolehterimaan masuk keterangan berkaitan dengan DNA perayu yang hadir pada sehelai t-shirt (P11A) yang dirampas oleh SP4 daripada beg (P19). Hujahan peguambela terpelajar perayu ialah bahawa contoh specimen darah perayu (P12A) yang digunakan bagi ujian DNA oleh SP1 telah tercemar dan dengan demikian terdapat keraguan terhadap hasil ujian disebabkan contoh darah tersebut tidak disimpan dengan sempurna oleh pegawai penyiasat, SP6. Peguambela terpelajar menghujahkan bahawa melalui pemeriksaan balas terhadap SP6, beliau mengakui bahawa peti sejuk tempat beliau menyimpan contoh darah perayu yang diambil pada 4.4.2012 tidak berfungsi sehingga 30.4.2012, iaitu bagi tempoh 24 hari, sebelum contoh darah tersebut diserahkan oleh SP6 kepada SP1. Peguambela terpelajar juga menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP1, penyimpanan contoh darah memerlukan kaedah simpanan yang sempurna dengan suhu negatif di bawah 20 (-20) bagi memastikan darah tidak menjadi rosak. Oleh itu, peguambela terpelajar menghujahkan bahawa keterangan kehadiran DNA perayu pada P11A tidak wajar diterima masuk sebagai keterangan oleh Hakim Bicara. [20] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) terpelajar dalam hujahan balas menghujahkan bahawa tidak terdapat sebarang percanggahan keterangan antara SP6 dan SP1 berkaitan contoh darah P12A. TPR menghujahkan SP6 telah menyimpan contoh darah P12A dalam tiub yang berseal (P12B) dan diserahkan kepada SP1 dalam keadaan seal yang sempurna dan tidak terdapat sebarang pencemaran ke atas P12A. TPR selanjutnya menghujahkan, walau pun SP6 mengakui contoh darah P12A tersebut disimpan dalam peti sejuk yang tidak berfungsi, namun contoh darah tersebut masih kekal sempurna apabila SP1 menjalankan analisis dan mengesahkan kehadiran DNA perayu pada P11A. [21] Prinsip undang-undang mengenai keterangan saksi pakar adalah mantap. Kecuali terdapat keterangan pakar yang membuktikan sebaliknya, atau keterangan pakar tidak munasabah langsung, keterangan pakar yang tidak dicabar oleh keterangan lain secara amnya hendaklah diterima oleh mahkamah. [22] Dalam kes Chu Tak Fai v Public Prosecutor [2007] 1 MLJ 201, Mahkamah Persekutuan di muka surat 214 memutuskan seperti berikut: [20] On the sufficiency of the evidence of the chemist, we wish to reiterate that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless the evidence is so inherently incredible that no reasonable person can believe it to be true or the defence calls evidence in rebuttal by another expert (see Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301, Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492, Public Prosecutor v Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 265)." [23] Kaedah dalam menerima keterangan pakar juga dibincangkan dalam kes Saeng-Un Udom v Public Prosecutor [2001] 3 SLR 1 yang memutuskan seperti berikut: "(2) Where a judge is confronted with expert evidence on a matter which is outside the learning of the court and such evidence is unopposed and is based on sound grounds and support by basic facts, he is not entitled to reject it...". [24] Selanjutnya di muka surat 10 kes tersebut, mahkamah memutuskan: "... Therefore, the role of the court is restricted to electing or choosing between conflicting expert evidence or accepting or rejecting the proferred expert evidence, though none else is offered (Muhammad Jefry bin Safii v PP [1997] 1 SLR 197). The court should not, when confronted with expert evidence which is unopposed and appears not to be obviously lacking in defensibility, reject it nevertheless and prefer to draw its own inferences. While the court is not obliged to accept expert evidence by reason only that it is unchallenged (Sek Kim Wah v PP [1987] SLR 107), if the court finds that the evidence is based on sound grounds and supported by the basic facts, it can do little else than to accept the evidence." [25] SP1 dalam keterangannya mengesahkan bahawa contoh darah P12A masih dalam keadaan yang sempurna dan beliau berpuas hati mengenai contoh darah tersebut yang telah dijalankan analisis. Hakim Bicara telah memberikan alasan mengapa beliau menerima keterangan SP1 tersebut. Di muka surat 17 Rekod Rayuan Jilid 1, Hakim Bicara memutuskan: "Keterangan SP1 tidak sama sekali menipu dan jauh sekali kredibiliti beliau telah dicabar apabila didakwa memberi keterangan yang bertentangan dengan SP6 berkenaan penyimpanan darah tertuduh. Apa yang pasti SP1 adalah keterangan pakar, hanya keterangan pakar yang lain sahaja boleh menyangkal keterangan SP1 ini." [26] Mahkamah ini tidak mendapati Hakim Bicara telah menyalaharahkan dirinya dalam menerima keterangan SP1 tersebut. Maka itu, alasan rayuan oleh perayu dalam isu ini tidak mempunyai apa-apa merit. Alasan rayuan di perenggan 16 (f): Bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira kegagalan SP4 yang tidak membaca kata-kata amaran kepada perayu. [27] Peguambela terpelajar menghujahkan bahawa ketika perayu ditahan dan diperiksa, SP4 telah gagal untuk membaca kata-kata amaran di bawah seksyen 37A(1) ADB 1952 (sekarang seksyen 37B(1) ADB 1952) kepada perayu. Peguambela terpelajar merujuk kepada kes Mohd Fakri Mohd Rozali v PP & Another Appeal [2015] 2 MLRA 388 bagi menyokong hujahannya. [28] Mahkamah ini mendapati tidak terdapat apa-apa merit hujahan peguambela terpelajar tersebut. Perayu telah ditahan dan beg (P19) yang dibawa oleh perayu telah diperiksa oleh SP4. Perayu hanya diminta untuk membuka beg P19 oleh SP4. Tidak terdapat apa-apa sesi soal jawab atau soal siasat antara SP4 dan perayu. Dadah yang dijumpai adalah hasil daripada pemeriksaan SP4. Justeru itu, tidak timbul isu bahawa perayu perlu diberikan kata-kata amaran oleh SP4. Tiada pengataan atau pelakuan perayu yang boleh disifatkan sebagai pengataan yang memerlukan SP4 memberikan kata-kata amaran kepada perayu. Kes perayu boleh dibezakan dengan kes Mohd Fakri Mohd Rozali (supra) dimana dokumen eksibit P14 dalam kes tersebut adalah merupakan pengataan-pengataan yang bersifat pengakuan oleh tertuduh mengenai dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa eksibit P14 tersebut tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan disebabkan kegagalan memberikan kata-kata amaran kepada tertuduh. Mahkamah ini tidak mendapati Hakim Bicara menyalaharahkan dirinya dalam menerima keterangan SP4. Alasan rayuan di perenggan 16(f) dan (g): Bahawa YA Hakim Bicara gagal menimbangkan kegagalan pihak pendakwaan atau pegawai penyiasat bagi menyiasat panggilan telefon yang diterima oleh perayu ketika perayu di tahan oleh SP4 dan kegagalan mengemukakan transkrip telefon perayu. [29] Peguambela terpelajar menghujahkan bahawa terdapat panggilan masuk kepada telefon bimbit perayu semasa perayu ditahan dan perayu telah tidak dibenarkan menjawab panggilan telefon tersebut oleh pegawai kastam. Justeru itu, peguambela terpelajar menghujahkan bahawa peluang untuk mengenalpasti pengedar atau pemilik sebenar dadah telah terbiar begitu sahaja dan tiada siasatan dilakukan berkaitan panggilan tersebut. [30] Mahkamah ini mendapati hujahan oleh peguambela perayu tersebut tidak mempunyai apa-apa merit. Tidak ada cabaran dibuat kepada SP4 bahawa telefon perayu ada berbunyi ketika ditahan oleh SP4 dan perayu tidak dibenarkan untuk menjawab panggilan tersebut. Keterangan SP6 juga tidak dicabar oleh perayu mengenai isu terdapatnya panggilan kepada telefon bimbit perayu bagi dilakukan siasatan oleh SP6. Perayu juga tidak memberikan kepada pegawai penyiasat (SP6) sebarang butiran berkaitan panggilan dan nama pemanggil. Hakim Bicara telah menimbangkan pembelaan perayu berkaitan dengan telefon bimbit perayu yang dikatakan berbunyi semasa ditahan oleh pihak kastam seperti dinyatakan oleh Hakim Bicara di muka surat 27 Rekod Rayuan Jilid 1. Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara tidak tersalaharah dirinya apabila menolak pembelaan perayu dalam isu ini. Kesimpulan [31] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah kami huraikan, Mahkamah ini mendapati YA Hakim Bicara telah mengarahkan dirinya dengan betul mengenai undang-undang yang terpakai dan telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini. Tidak terdapat sebarang alasan atau merit bagi Mahkamah ini mengganggui keputusan Hakim Bicara tersebut (lihat: Sheo Swamp v King Emperor AIR [1934] PC 22; Reza Malek Zadeh Sahabali v PP [2014] MLRHU 1815, [2014] 3 MLJ 380). Sabitan terhadap perayu adalah selamat. [32] Justeru, Mahkamah ini mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. (YAACOB BIN HAJI MD. SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 26 Disember 2017 Peguamcara bagi pihak perayu: K. Viknesvaran Tetuan Viknes Ratna & Co Peguambela & Peguamcara No. 1-5-10, 5th Floor, Block C, Jalan Semarak Api (Jalan 1/50) Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Peguamcara bagi pihak Responden: Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.