Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : B – 05(M) - 120 - 03/2017 ANTARA IKECHUKWU INNOCENT OBI … PERAYU (W/NIGERIA)(NO. PASSPORT: A 02960361) DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-64-03/2013 Dalam Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor Antara Pendakwa Raya Dan Ikechukwu Innocent Obi (W/Nigeria)(No. Passport: A 0296031) Yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim Dato’ Wan Afrah binti Dato’ Paduka Wan Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 03 Mac 2017] CORAM : MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR YAACOB HAJI MD. SAM, HMR 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Perayu, seorang warga Nigeria, telah dituduh dengan satu pertuduhan mengedar 1181 gram methamphetamine pada 03 April 2012, jam lebih kurang 8.15 malam, di kawasan menuju keluar ke Kaunter Pemeriksaan Kastam Aras 3, MTB, KLIA, Sepang, Selangor, suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Mahkamah Tinggi telah mendapati perayu bersalah, mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap perayu. [3] Perayu telah merayu kepada Mahkamah ini. Pada 27 November 2017, Mahkamah ini telah mendengar rayuan perayu dan memutuskan untuk menolak rayuan perayu. Sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kami kini memberikan alasan keputusan tersebut. Kes Pendakwaan [4] Daripada keterangan yang telah dikemukakan, intipati kes pendakwaan ialah seperti berikut. Pada 3 April 2012, jam lebih kurang 8.15 malam, D/Sjn. Zulkefli bin Hj Zainal (‘SP4’) bersama sepasukan tujuh 3 anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sepang, KLIA telah menjalankan tugas pemantauan terhadap penumpang dan bagasi di kawasan Tuntutan Bagasi, Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, KLIA Sepang. [5] Sewaktu pemantauan tersebut, SP4 telah menahan perayu yang sedang berjalan menuju ke Kaunter Pemeriksaan Kastam Aras 3, MTB KLIA. Perayu ketika itu sedang menarik sebuah beg beroda berwarna coklat jenama ‘Sensonite’ (P19). SP4 telah memperkenalkan diri sebagai polis kepada perayu dan meminta perayu mengemukakan pasport. Perayu menunjukkan pasportnya kepada SP4. [6] Seterusnya, SP4 mengarahkan perayu supaya membawa beg beroda (P19) tersebut ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Aras 3, MTB KLIA bagi pemeriksaan lanjut. Di pejabat tersebut, SP4 telah membuat pemeriksaan badan ke atas perayu dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. [7] SP4 seterusnya mengarahkan perayu membuka beg beroda P19. Pada bahagian luar beg tersebut terdapat satu tag bernombor MS908862 di atas nama Obi Ikechukwu (P25). Beg beroda ‘P19’ tersebut berzip dan dikunci dengan satu mangga melalui kombinasi nombor kod laluan (lihat P19I dan gambar P17(5)). Perayu telah membuka kunci mangga P19I melalui kombinasi nombor kod laluan “00”. [8] Seterusnya, dengan disaksikan oleh perayu dan anggota-anggota lain, SP4 telah memeriksa kandungan beg tersebut (P19) yang mengandungi 8 4 helai seluar panjang (P19A (1-8), 2 helai seluar pendek (P19B (1-2), 1 helai singlet (P19C), 2 helai t-shirt lengan pendek (P19D (1-2), 1 helai kemeja lengan panjang (P19E), sepasang selipar (P19F) dan alatan mandian (P19 G dan P19H). Setelah pakaian tersebut dikeluarkan daripada beg, SP4 telah memeriksa lapisan kanvas beg tersebut yang berzip. Apabila SP4 membuka dan menekan lapisan kanvas, didapati ada barangan di bawahnya. SP4 telah membuka kanvas beg dan mencabut keluar batang besi (P19L) pada kanvas dan mendapati terdapat satu lagi pelapik di bawahnya (P19J). SP4 membuka pelapik P19J dan mendapati terdapat pula satu keping kertas tebal berwarna coklat/pink (P19K) yang apabila diperiksa di bawahnya terdapat satu bungkusan plastik lutsinar bersalotape warna coklat yang dibaluti dengan kertas karbon warna hitam (P16A). SP4 telah membuat sedikit torehan ke atas bungkusan plastik lutsinar dan mendapati ia mengandungi bahan serbuk putih jernih yang disyaki dadah. SP4 telah menangkap perayu. [9] SP4 kemudiannya telah membuat laporan tangkapan dan rampasan melalui KLIA Sepang Rpt. 3276/12 dan mengeluarkan Borang Senarai Bongkar (P20). Perayu dan barang rampasan kemudiannya telah diserahkan oleh SP4 kepada pegawai penyiasat, Insp. Eddy Amin bin Hussin ‘Ala (SP6) dan Borang Serah Terima Barang Kes (P21) ditandatangani oleh SP4 dan SP6. [10] SP6 telah menghantarkan bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah ke Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya, Selangor bagi dianalisis. Ahli Kimia Malaysia, Suhana binti Ismail (SP2), telah mengesahkan bahawa bahan kristal jernih tersebut ialah methamphetamine 5 seberat 1181 gram, iaitu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. SP2 turut mengemukakan laporan kimia beliau (P15). [11] Pendakwaan juga mengemukakan keterangan daripada Ahli Kimia Malaysia, Hazwani binti Hapiz (SP1), yang mengesahkan bahawa melalui ujian profiling terdapat kehadiran Deoxyribonucleic Acid (DNA) milik perayu pada t-shirt belang-belang (‘P11A’) setelah dibuat perbandingan dengan contoh darah yang diambil daripada perayu. SP1 turut mengemukakan laporan kimia beliau (P6). Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pendakwaan [12] Di akhir kes pendakwaan, YA Hakim Bicara dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie, telah membuat dapatan berikut di muka surat 22 – 25 Rekod Rayuan Jilid 1: “Dapatan Di Akhir Kes Pendakwaan Setelah membuat pertimbangan secara maksima semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh atas pertuduhan yang dihadapkan. Saya berpuas hati tiga elemen utama pertuduhan telah berjaya dibuktikan iaitu- 6