Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: WA-22C-63-09/2023 ANTARA IMAGE FACADE CONSTRUCTION SDN BHD (NO. SYARIKAT: 657592-H) ... PLAINTIF
WA-22C-63-09/2023
High Court of Malaysia26 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“6.95% -43.05% (b) tiada peruntukan di bawah Kontrak tersebut yang membenarkan kerja-kerja ditangguhkan kerana kelewatan pembayaran (rujuk kes Binaan Nasional Sdn Bhd v. Bridgecon Engineering Sdn Bhd [2001] MLJU 32 yang telah memutuskan, antara lain, bahawa “the defendant’s claim as to the plaintiff’s delay to make paym”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: WA-22C-63-09/2023 ANTARA IMAGE FACADE CONSTRUCTION SDN BHD (NO. SYARIKAT: 657592-H) ... PLAINTIF
1
KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
2
KERAJAAN MALAYSIA ... DEFENDAN-DEFENDAN
1
Kes ini melibatkan tuntutan oleh Plaintif terhadap Defendan untuk jumlah tertentu dan ganti rugi am berikutan penamatan kontrak pembinaan sebuah sekolah menengah di Selangor oleh Plaintiff yang didakwa telah dibuat secara sah manakala Defendan Kedua (‘D2’) pula memfailkan tuntutan balas terhadap Plaintif untuk ganti rugi akibat daripada penamatan kontrak yang dibuat oleh D2, yang juga didakwa telah dibuat secara sah.
2
Selepas perbicaraan penuh yang telah dijalankan dan setelah menimbangkan pliding, keterangan lisan dan dokumen serta penghujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian manakala D2 telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya.
3
Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif telah ditolak dengan kos dan tuntutan balas D2 dibenarkan sebanyak RM25,277,397.53 dengan faedah pada kadar 5% setahun daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
4
Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Latar belakang kes ini berdasarkan pliding pihak-pihak dan Fakta-Fakta Yang Dipersetujui adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
6
Semasa menandatangani kontrak bertarikh 23.7.2014 untuk projek pembinaan, Plaintif adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat perniagaan di No. 100, Solok Kampung Jawa 7, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang.
7
Defendan Pertama (‘D1’) adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (‘KPM’) dan mempunyai alamat untuk penyampaian di Aras 8, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
8
D2 adalah Kerajaan Malaysia dan mempunyai alamat penyampaian di Jabatan Peguam Negara, No. 45 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
9
Melalui Surat Pelantikan bertarikh 23.7.2014, D2 telah melantik Plaintif sebagai kontraktor untuk “CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN YANG MENGANDUNGI 24 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI ATAS TAPAK RIZAB PENDIDIKAN LOT 44618 DAN LOT 32669, BANDAR TUN HUSSEIN ONN, MUKIM CHERAS, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN” (‘Projek tersebut’) dengan harga kontrak berjumlah RM27,185,777.00.
10
Susulan dari pelantikan tersebut, Plaintif dan D2 telah memasuki satu perjanjian menggunakan PWD Form 203A (Rev. 1/2010) bertarikh 21.4.2016 (‘Kontrak tersebut’).
11
Skop kerja Kontrak tersebut adalah untuk “Membina Dan Penyiapkan Bangunan Pentadbiran, Akademik (24BD), Bengkel, Makmal, Kantin dan Kerja-kerja Luar Serta Lain-Lain Kemudahan”.
12
Plaintif dan D2 telah memasuki satu Kontrak Tambahan bertarikh 8.10.2020 (‘Kontrak Tambahan tersebut’) yang mana antara terma-terma dan syarat-syarat Kontrak Tambahan tersebut adalah –
a
tarikh penyempurnaan Kontrak dilanjutkan sehingga 27.9.2019; dan
b
Plaintif tidak berhak untuk menuntut sebarang tuntutan, kerugian dan perbelanjaan susulan daripada Kontrak Tambahan tersebut.
13
Terdapat penangguhan tarikh pemilikan tapak disebabkan oleh permohonan Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Kerja Tanah dan Infrastruktur yang belum diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
Preamble
MENGIKUT KONTRAK TERSEBUT TARIKH PEMILIKAN
15
15.
8
8.2024
18
18.2.2016
14
Kawasan tapak projek adalah kawasan yang berbukit dan memerlukan kerja-kerja pemotongan tanah oleh Plaintif sebelum pembinaan dapat dijalankan.
15
Perlanjutan Masa (‘EoT’) bagi Kontrak tersebut adalah seperti yang berikut: EOT SIAP ASAL PERMO-HONAN UNTUK EoT ALASAN KELEWATAN & LANJUTAN MASA
para
DEFENDAN & TEMPOH EoT YANG DILULUSKAN SIAP BARU TARIKH SIJIL KELEWATAN & LANJUTAN MASA 1
17
17.6.2016 - LULUS - 552 hari
21
21.12.2017
10
10.3.2016 2 21.12.2017
14
14.2.2017 Kerja Perubahan dan Tambahan “Piling Works” dan Pertukaran Rekabentuk Cerucuk - 106 hari dipohon LULUS - 106 hari
6
6.4.2018
28
28.9.2017 3
6
6.4.2018
24
24.1.2018 Kerja-Kerja Pembuangan dan Penambakan Tanah - 228 hari dipohon LULUS - 228 hari
20
20.11.2018
2
2.5.2018 4
20
20.11.2018 22.10.2018,
21
21.2.2019,
17
17.6.2019,
9
9.1.2020 Kelewatan Menerima Peruntukan - 311 hari dipohon LULUS - 311 hari
27
27.9.2019
28
28.9.2020 5
18
18.3.2020 - Perintah Kawalan Pergerakan - 84 hari dipohon LULUS - 84 hari
27
27.9.2019 (tarikh siap kekal 27.9.2019)
21
21.7.2020
16
Bayaran progresif yang dibuat oleh Defendan mengikut Sijil Interim yang dikeluarkan oleh Jurukur Bahan adalah seperti yang berikut: NOMBOR INTERIM PLAINTIF INTERIM DIPERAKUI DILULUSKAN PEMBAYARAN DIPERAKUI UNTUK BAUCER DITERIMA OLEH PLAINTIF DITERIMA 1 12.4.2016 1,160,978.53 1.6.2016 1,119,792.23 11.7.2016
12
12.7.2016 1,007,813.01 2 3.5.2016 900,362.43 7.6.2016 846,071.52 1.7.2016
1
1.7.2016 761,464.37 3 2.6.2016 960,184.47 22.8.2016 844,773.27 7.9.2016
9
9.9.2016 760,295.94 4 30.6.2016 773,352.50 22.8.2016 211,757.98 7.9.2016
9
9.9.2016 190,582.18 5 3.8.2016 4,797,965.44 1.9.2016 33,007.88 22.9.2016
23
23.9.2016 29,707.09 6 2.9.206 5,331,074.59 30.9.2016 516,795.77 10.10.2016
11
11.10.2016 465,116.19 7 30.9.2016 5,074,562.26 14.10.2016 263,347.39 7.11.2016
7
7.11.2016 263,347.39 8 7.11.2016 5,377,617.16 5.1.2017 401,828.26 16.1.2017
19
19.1.2017 361,645.43 9 2.12.2016 4,485,514.18 20.1.2017 195,511.93 23.2.2017
21
21.2.2017 175,960.74 10 4.1.2017 4,508,610.27 6.2.2017 330,973.07 9.3.2017
13
13.3.2017 297,875.76 11 4.2.2017 5,041,259.96 8.3.2017 306,252.62 19.3.2017
20
20.3.2017 275,627.36 12 3.3.2017 5,535,124.77 11.4.2017 610,381.92 27.4.2017
2
2.5.2017 549,343.73 13 5.4.2017 5,336,149.10 4.5.2017 492,632.79 24.5.2017
29
29.5.2017 443,369.51 14 3.5.2017 5,339,156.60 31.5.2017 395,382.34 16.6.2017
20
20.6.2017 355,844.11 15 7.6.2016 5,848,413.24 13.7.2017 922,635.22 26.7.2017
27
27.7.2017 830,371.79 16 3.7.2016 5,763,648.16 5.9.2017 757,468.24 19.9.2017
19
19.9.2017 681,721.42 17 - -
4
4.10.2017 78,418.30 16.10.2017
19
19.10.2017 70,576.47 18 7.9.2017 5,113,976.89 13.10.2017 646,803.70 6.11.2017
7
7.11.2017 582,123.33 19 6.10.2017 5,163,880.57 27.10.2017 296,442.10 20.11.2017
22
22.11.2017 266,797.89 20 3.11.2017 5,426,320.30 12.12.2017 205,970.95 14.3.2018
29
29.3.2018 185,373.85 21 13.12.2017 5,911,200.66 27.3.2017 1,337,133.79 7.8.2018
10
10.8.2018 1,189,554.39 22 5.1.2018 4,937,908.13 27.3.2018 663,145.91 6.8.2018
9
9.8.2018 596,831.32 23 5.2.2018 4,558,441.83 27.3.2018 442,670.40 3.8.2018
6
6.8.2018 398,403.36 24 8.3.2018 4,389,824.96 13.4.2018 579,961.21 2.11.2018
2
2.11.2018 521,965.09 25 5.4.2018 4,656,444.80 17.5.2018 287,370.70 2.11.2018
2
2.11.2018 258,633.63 26 - -
12
12.3.2019 443,377.03 18.3.2019
18
18.3.2019 399,039.33 27 4.1.2019 2,009,280.46 28.3.2019 - 62,726.50 Diperaku-kan RM0.00 oleh QS 0 28 - -
23
23.4.2019 1,824,519.86 17.5.2019 24.5.2019 1,778,627.82
17
Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bertarikh 8.6.2021 (‘Notis tersebut’) telah dikeluarkan oleh Defendan-Defendan untuk penamatan Kontrak di bawah Klausa 51.1(a)(iii), (iv) dan (v) dan Klausa 51.1(b), Kontrak tersebut.
18
Plaintif telah menjawab Notis tersebut melalui surat bertarikh 5.7.2021 yang mana Plaintif telah memberikan Defendan-Defendan notis menurut Klausa 55.0(a), Kontrak tersebut.
19
Melalui notis bertarikh 13.7.2021, Plaintif telah menamatkan Kontrak tersebut dengan D2 dan menuntut pembayaran wang berjumlah RM10,677,690.76 dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis tersebut.
20
D2 telah mengeluarkan Notis Penamatan Kerja Kontraktor bertarikh 2.9.2021 (‘Notis Penamatan’) di bawah Klausa 51, Kontrak tersebut.
21
Defendan-Defendan telah menyerahkan Perakuan Kos Penamatan (‘PKP’) bertarikh 18.8.2023 kepada Plaintif melalui surat bertarikh 29.8.2023.
22
22.
Preamble
Menurut Pernyataan Tuntutan, Plaintif menuntut, antara lainnya, untuk –
a
Bayaran Kemajuan No. 37 berjumlah RM2,236,763.36;
b
Wang Tahanan berjumlah RM1,359,288.85;
c
Pengurangan Bayaran Kerja Tanah berjumlah RM2,993,772.00;
d
kerugian keseluruhan kontrak sebanyak 15% berjumlah RM4,077,866.55;
e
ganti rugi am; dan
f
kos atas dasar peguamcara dan anakguam.
23
Melalui perenggan 43 dalam Pembelaan Defendan-Defendan Dan Tuntutan Balas Defendan-Defendan Terpinda, Defendan-Defendan menuntut balas daripada Plaintif untuk ganti rugi akibat daripada penamatan Kontrak tersebut berjumlah RM25,405,333.91 dan ganti rugi am.
24
Secara ringkasnya, kes Plaintif ialah bahawa, susulan daripada pelantikannya sebagai kontraktor, Plaintif telah menjalankan kerja-kerja di tapak menurut syarat-syarat Kontrak tersebut, antara lainnya, bahawa Plaintif dikehendaki mengemukakan Wang Jaminan Perlaksanaan berjumlah RM1,359,288.85; tarikh penyerahan tapak adalah pada 15.8.2014; tarikh penyempurnaan kontrak adalah 17.6.2016; dan Defendan-Defendan bertanggungjawab terhadap rekabentuk keseluruhan Projek tersebut.
25
Namun demikian, di sepanjang perjalanan Kontrak tersebut terdapat beberapa masalah di tapak iaitu penangguhan tarikh milik tapak; ketiadaan lokasi pemindahan tanah dan anggaran kos pemindahan tanah; dan kelewatan Defendan-Defendan untuk membuat bayaran interim.
26
Berikutan daripada masalah-masalah tersebut dan permasalahan di tapak, Defendan-Defendan telah memberikan EoT kepada Plaintif.
27
Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan telah secara berterusan melanggar Kontrak tersebut dengan lewat membuat bayaran Tuntutan Progresif Interim untuk Sijil Interim 1 hingga
28
Akibat daripada itu, pada 4.6.2019, Plaintif telah membuat tuntutan terhadap Defendan-Defendan di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (‘CIPAA 2012’) dan menerima bayaran berjumlah RM1,778,627.82.
28
Kemudiannya, melalui Notis tersebut, Defendan-Defendan mendakwa Plaintif telah memungkiri terma-terma Kontrak tersebut dan meminta Plaintif untuk meremedikan kemungkiran Plaintif dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan Notis tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, Defendan- Defendan akan menamatkan Kontrak tersebut di bawah Klausa 51.1(a)(iii), (iv) dan (v) dan Klausa 51.1(b).
29
Plaintif telah menjawab dan mempertikaikan Notis tersebut melalui surat bertarikh 5.7.2021 dengan memberikan Defendan-Defendan notis untuk meremedikan pelanggaran mereka atas kegagalan untuk membayar Tuntutan Bayaran Kemajuan No.
37
Plaintif menuntut Defendan-Defendan membayar wang berjumlah RM2,236,763.36 dalam tempoh 3 hari menurut Klausa 55.0(a) Kontrak tersebut iaitu pada atau sebelum 8.7.2021.
30
Memandangkan Defendan gagal atau ingkar mematuhi kehendak surat bertarikh 5.7.2021, melalui notis bertarikh 13.7.2021, Plaintif telah menamatkan Kontrak tersebut dan menuntut pembayaran wang berjumlah RM10,667,690.76 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh notis tersebut.
31
Berhubung dengan tuntutan Plaintif bagi pembayaran kerja-kerja pembuangan tanah, Defendan-Defendan menyatakan bahawa –
a
terdapat penangguhan tarikh pemilikan tapak kerana permohonan KM dan Permohonan Kelulusan Pelan Kerja Tanah dan Infrastruktur masih belum diluluskan pada tarikh pemilikan asal;
b
kawasan asal projek adalah kawasan berbukit dan memerlukan kerja-kerja pemotongan dilakukan oleh Plaintif;
c
penentuan lokasi tempat pembuangan tanah adalah tanggungjawab Plaintif yang mana Plaintif perlu menyatakan lokasi tersebut semasa membuat permohonan permit di Pejabat Tanah;
d
Perunding Bahan Ukur tidak pernah mengeluarkan arahan untuk membuang tanah di mana-mana lokasi; dan
e
kerja tanah telah dibayar sebanyak RM2,546.766.28 menerusi Perakuan-Perakuan Pembayaran No. 26 dan No. 28. Peratusan pembayaran yang telah diperakukan dan dibayar adalah 92%.
32
Surat Plaintif bertarikh 5.7.2021 dan notis yang bertarikh 13.7.2021 bagi penamatan kontrak adalah tidak sah atau tidak teratur mengikut Klausa 55 Kontrak tersebut kerana –
a
surat Plaintif adalah bagi tujuan menjawab Notis tersebut yang mana tiada notis bagi tujuan remedi secara spesifik dikemukakan kepada Defendan-Defendan;
b
penamatan oleh Plantif hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat kegagalan oleh Defendan-Defendan yang secara langsung “adversely affects the Works”. Beban pembuktian terleak pada Plaintif;
c
kelewatan pembayaran bukan syarat untuk menamatkan Kontrak tersebut dan bukan suatu yang “adversely affects the Works”;
d
Plantif telah memberikan representasi dan jaminan melalui Klausa 9.1(h) Kontrak tersebut bahawa ia mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan baik bagi melaksanakan Projek tersebut; dan
e
Plaintif mempunyai kewajipan untuk menyempurnakan Projek tersebut dengan tekun dan teratur di bawah Kontrak tersebut dan tindakan Plaintif untuk keluar tapak dan gagal melaksanakan kerja-kerja mengikut terma dan syarat Kontrak tersebut tidak melayakkan Plantif untuk menuntut ganti rugi daripada Defendan-Defendan.
33
Kandungan surat Plaintif yang bertarikh 5.7.2021 dan notis bertarikh 13.7.2021 dinafikan oleh Defendan-Defendan dan secara khususnya –
a
Tuntutan No. 37 telah dinilai menerusi Perakuan Bayaran No. 38 di mana terdapat perbezaan penilaian Juruukur Bahan dalam kemajuan kerja dan pembayaran di antara Tuntutan No. 37 dan Perakuan Bayaran No. 38;
b
RM1,359,288.85 adalah Wang Jaminan Pelaksanaan yang menggantikan Bon Pelaksanaan sejajar dengan Klausa 13.1 Kontrak tersebut dan bukan merupakan wang tahanan. Penolakan Wang Jaminan Perlaksanaan boleh dibuat berdasarkan keperluan kontrak kerana Plaintif selaku kontraktor tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan selaras dengan Klausa 13 Kontrak tersebut; dan
c
berdasarkan Laporan Kemajuan Projek yang disediakan oleh Perunding, kerja-kerja telah terhenti dan Plaintif telah meninggalkan tapak projek semenjak Januari 2020.
34
Defendan-Defendan menegaskan bahawa tiada perlanggaran kontrak dilakukan oleh Defendan-Defendan atas sebab-sebab yang berikut:
a
D1 tidak pernah gagal atau ingkar untuk membuat pembayaran progresif seperti mana yang diperakukan oleh Perunding Ukur Bahan. Kelewatan pembayaran adalah berpunca daripada perubahan sistem pembayaran yang bukan di bawah bidang kuasa D1;
b
Defendan-Defendan telah membenarkan EoT bagi setiap kelewatan yang dipohon oleh Plaintif dan Kontrak Tambahan tersebut juga telah dimasuki bagi melanjutkan masa kontrak di antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Kelewatan pembayaran bukanlah satu alasan yang boleh melayakkan EoT atau tuntutan ganti rugi namun EoT tetap diberikan kepada Plaintif berdasarkan pertimbangan Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, Plaintif tidak berjaya untuk menyiapkan Projek tersebut dalam tempoh yang diberikan. Setakat tarikh tuntutan, kemajuan projek hanyalah setakat 56.95% dan perkara ini adalah dalam pengetahuan Plaintif sepenuhnya; dan
c
Defendan-Defendan tidak melakukan sebarang perlanggaran kewajipan yang “adversely affects the Works”.
35
Berkenaan tuntutan ganti rugi oleh Plaintif pula, Defendan-Defendan menyatakan seperti yang berikut:
a
jumlah pembayaran bagi Tuntutan Pembayaran Kerja oleh Plaintif adalah tertakluk kepada penilaian kemajuan kerja yang telah dilaksanakan;
b
Plaintif hanya layak untuk pembayaran kerja setakat kerja-kerja yang telah dilaksanakan setelah menolak (set off) apa-apa hutang Plaintif kepada Defendan-Defendan, jika ada;
c
jumlah ganti rugi bagi Harga Kerja Tanah adalah tertakluk kepada penilaian hasil kerja yang telah dilaksanakan; dan
d
tiada sebarang persetujuan dan peruntukan di bawah Kontrak tersebut berkaitan dengan jumlah kerugian keseluruhan kontrak. Plaintif hendaklah membuktikan setiap kerugian dan perbelanjaan mengikut syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam Kontrak tersebut.
36
Sebaliknya, Defendan-Defendan menyatakan Plaintif yang telah melakukan perlanggaran Kontrak tersebut di bawah Klausa 51 apabila gagal melaksanakan Projek tersebut dengan tekun dan tidak mengikut tempoh masa seperti yang dijadualkan yang mana Projek tersebut telah lewat sebanyak 43.05% dan Plaintif telah memberhentikan kerja dan meninggalkan tapak semenjak Januari 2020.
37
Notis Penamatan telah dikeluarkan kepada Plaintif setelah tindakan-tindakan di bawah diambil oleh Defendan-Defendan:
a
pelaksanaan siri Mesyuarat Tapak bagi membincangkan isu kelambatan kerja oleh Plaintif dan penilaian tapak bagi menilai kemajuan projek yang dilaksanakan
b
Notis Amaran Kemungkiran Kontraktor No. 1 hingga No. 4 dikeluarkan pada 27.10.2017, 28.8.2018, 19.11.2018 dan 25.1.2019, masing-masingnya;
c
Notis Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor telah dikeluarkan pada 14.6.2019 tetapi tindakan penamatan tidak diteruskan;
d
Notis Amaran Kemungkiran Kontraktor No. 5 dikeluarkan pada 28.12.2020; dan
e
Notis tersebut dikeluarkan.
38
Plaintif telah gagal untuk mematuhi Klausa 51.1(a)(iii) Kontrak tersebut iaitu “fails to proceed regularly and diligently with the performance of his obligations under the Contract” memandangkan –
a
Plaintif telah beberapa kali diberikan Notis Amaran Kemungkiran tetapi tiada tindakan positif yang diambil oleh Plaintif untuk mempergiatkan kerja-kerja di tapak pembinaan; dan
b
walaupun Notis tersebut telah dikeluarkan tetapi Plaintif masih gagal untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak dengan tekun dan menyiapkan Projek tersebut pada tarikh siap yang telah dipersetujui sehingga telah dikelaskan sebagai Projek Sakit.
39
Selaras dengan Klausa 51.1(c)(i)(G) dan 51.1(c)(ii)(D) Kontrak tersebut, Defendan-Defendan berhak untuk menuntut daripada Plaintif, dan Plaintif bertanggungan kepada Defendan-Defendan, bagi sebarang kerugian, kos dan perbelanjaan akibat penamatan perjanjian di bawah Klausa 51.1(b) iaitu seperti yang berikut:
a
perbezaan harga antara kos penyiapan sebenar dengan harga kontrak asal terlaras;
b
kos urusan pemanggilan tender semula bagi Projek tersebut;
c
kos keselamatan di tapak projek; dan
d
on cost charges sebanyak 10% bagi subperenggan (b) dan
c
di atas.
40
Defendan-Defendan menyatakan bahawa taksiran kerugian perlu dilakukan seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 56, Kontrak tersebut atau secara alternatif, Defendan-Defendan menuntut balas daripada Plaintif untuk ganti rugi am kerana menamatkan kontrak secara salah melalui surat bertarikh 13.7.2021.
41
Perbicaraan telah dijalankan selama tiga hari. Plaintif telah memanggil seorang saksi manakala Defendan-Defendan telah memanggil tiga orang saksi untuk memberikan keterangan dalam kes ini.
42
Saksi-saksi yang berkenaan adalah seperti yang berikut:
a
Shamsul Bin Osman, Pengarah Urusan Plaintif (SP1);
b
Sr. Nor Afidah Binti Ahmad, Pengarah Perintis Konsult (SD1);
c
Riadhi Jazlan Bin Jaafar, Pengurus Projek (SD2); dan
d
Ridzuan Bin Ismail, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan, KPM (SD3).
43
Isu-Isu Untuk Dibicarakan sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak semasa pengurusan kes diperturunkan di sini: “I. TUNTUTAN PLAINTIF Tarikh Masuk Tapak Projek
1
Sama ada sebarang kelewatan atau penangguhan tarikh masuk tapak adalah berpunca daripada kegagalan Defendan-Defendan untuk mendapatkan Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan.
2
Sama ada perlanjutan masa (‘EoT’) dan tarikh siap baharu telah diberikan oleh Defendan-Defendan bagi penangguhan tarikh masuk tapak. Kerja Tanah
3
Sama ada kelewatan kerja Plaintif di tapak adalah disebabkan oleh kerja-kerja tanah yang perlu dilakukan oleh Plaintif.
4
Sama ada kerja-kerja tanah yang terlibat adalah berpunca daripada kesilapan Defendan-Defendan dalam menentukan lokasi pembuangan tanah.
5
Sama ada EoT telah diberikan oleh Defendan-Defendan bagi kerja-kerja tanah tersebut. Jika “YA”, sama ada Defendan-Defendan lewat dalam memberikan kelulusan EoT untuk kerja-kerja tanah.
6
Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut pengurangan Bayaran Kerja Tanah berjumlah RM2,992,772.00. EoT
7
Sama ada terdapat kelewatan oleh Defendan-Defendan dalam meluluskan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa bagi projek tersebut. Jika “YA”, sama ada kelewatan tersebut telah menjejaskan perlaksanaan kerja di bawah Kontrak. Pembayaran Perakuan Interim
8
Sama ada D2 telah gagal atau ingkar untuk membuat bayaran progresif mengikut Perakuan Interim yang dikeluarkan oleh Jurukur Bahan bagi projek tersebut.
9
Jika pembayaran telah dibuat, sama ada pembayaran adalah lewat iaitu melebihi tempoh 30 hari setelah Perakuan Interim diperakui oleh Pegawai Penguasa di bawah Klausa 28(6) Kontrak.
10
Jika jawapan kepada Isu 9 ialah “YA”, sama ada kelewatan pembayaran telah diremedikan dengan perlanjutan masa yang diluluskan oleh Defendan-Defendan. Kemungkiran Kontrak
11
Sama ada Plaintif telah melanggari Klausa 51 Kontrak iaitu gagal melakukan kerja dan/ atau obligasinya dengan teratur dan tekun dan telah meninggalkan tapak projek.
12
Sama ada Defendan-Defendan telah melanggari Klausa 55 Kontrak iaitu lewat dalam membuat bayaran Tuntutan Progresif Interim kepada Plaintif. Jika “YA”, sama ada perlanggaran kontrak oleh Defendan-Defendan secara langsung “adversely affects the Works” di bawah Kontrak. Penamatan Kontrak
13
Sama ada surat Plaintif bertarikh 5.7.2021 dan Notis Penamatan bertarikh 13.7.2021 merupakan satu penamatan yang sah dan teratur di bawah Klausa 55 Kontrak.
14
Sama ada Notis Penamatan Defendan-Defendan bertarikh 2.9.2021 merupakan satu penamatan yang sah dan teratur di bawah Klausa 51 Kontrak. Relif yang dituntut
15
Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut –
a
bayaran Bayaran Kemajuan No. 37 berjumlah RM2,236,763.36;
b
bayaran Wang Tahanan berjumlah RM1,359,288.85
Preamble
menurut Klausa 13.0 Kontrak; dan
c
kerugian keseluruhan kontrak sebanyak 15% berjumlah RM4,077,866.55. II. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN-DEFENDAN
16
Sama ada Perakuan Kos Penamatan bertarikh 18.8.2023 adalah sah.
17
Sama ada terdapat Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan terhadap Plaintif.
18
Sama ada Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan wajar dikenakan terhadap Plaintif. Jika “YA”, sama ada Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan berjumlah RM 270,634.65 wajar dikenakan terhadap Plaintif.
19
Sama ada Defendan-Defendan berhak ke atas jumlah sebanyak RM25,405,333.91 bagi bayaran yang perlu dibayar oleh Plaintif di bawah Perakuan Kos Penamatan tersebut.”.
44
Pertama, Mahkamah bersetuju dengan penghujahan Peguam Kanan Persekutuan yang bijaksana (‘SFC’) bahawa D1 yang dinamakan dalam tindakan ini bukanlah entiti undang-undang yang boleh disaman. Selaras dengan seksyen 2, Akta Kontrak Kerajaan 1949, Kontrak tersebut dan Kontrak Tambahan telah dimasuki oleh D2. Oleh itu, tindakan ini telah dimulakan secara betul hanya terhadap D2.
45
Kedua, dapatan dan kesimpulan Mahkamah mengenai Isu-Isu Untuk Dibicarakan telah dibuat setelah mengambil kira semua keterangan lisan dan dokumen serta penghujahan bertulis oleh Plaintif dan D2. Untuk mengelakkan penghakiman yang terlalu panjang, perbincangan mengenai Isu-Isu Untuk Dibicarakan dalam bahagian penghakiman ini yang seterusnya adalah bersandarkan intipati penghujahan Plaintif dan D2 seperti yang terdapat dalam Scott Schedule (lampiran 101). I. TUNTUTAN PLAINTIF Isu 1: Sama ada sebarang kelewatan atau penangguhan tarikh masuk tapak adalah berpunca daripada kegagalan D2 untuk mendapatkan KM daripada pihak berkuasa tempatan
46
Berdasarkan keterangan dokumen termasuk surat-surat di muka surat 140 - 152, B2, adalah jelas bahawa jawapan kepada Isu 1 ialah “Ya” dan pendirian yang sama diambil oleh kedua-dua pihak. Isu 1 tidak dipertikaikan oleh Plaintif dan D2. Isu 2: Sama ada EoT dan tarikh siap baharu telah diberikan oleh D2 bagi penangguhan tarikh masuk tapak
47
Berdasarkan “Certificate of Delay and Extension of Time No. 1” di muka surat 156 - 158, B2, EoT telah diberikan oleh D2 kepada Plaintif selama 552 hari dan Tarikh Siap dilanjutkan daripada 17.6.2016 kepada 21.12.2017. Isu 2 juga tidak dipertikaikan oleh Plaintif dan D2. Isu 3: Sama ada kelewatan kerja Plaintif di tapak adalah disebabkan oleh kerja-kerja tanah yang perlu dilakukan oleh Plaintif Isu 4: Sama ada kerja-kerja tanah yang terlibat adalah berpunca daripada kesilapan dalam menentukan lokasi pembuangan tanah Isu 5: Sama ada EoT telah diberikan oleh D2 bagi kerja-kerja tanah tersebut
48
Isu 3 hingga Isu 5 adalah saling berkaitan dan akan dibincangkan bersekali.
49
Penghujahan Plaintif dan dapatan Mahkamah mengenai setiap penghujahan dihuraikan seperti yang berikut:
a
Berkaitan Isu 3, saksi-saksi Defendan sendiri telah mengakui kelewatan kerja Plaintif di tapak adalah disebabkan oleh kerja-kerja tanah yang perlu dilakukan oleh Plaintif yang mana tanah itu tidak berada dalam keadaan sedia untuk Plaintif melaksanakan Kontrak tersebut mengikut jadual asal. Plaintif merujuk kepada surat daripada KH Zam Engineers Sdn Bhd kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang bertarikh 4.4.2016 dan surat Plaintif kepada Defendan yang bertarikh 8.5.2017 di muka surat 159 dan 244 - 290, B2, masing-masingnya. Walau bagaimanapun, Mahkamah bersetuju dengan penghujahan D2 bahawa keterangan yang dirujuk oleh Plaintif tidak menyokong, dan tidak mempunyai kaitan dengan, fakta kelewatan di tapak adalah disebabkan oleh kerja tanah dan bahawa saksi Defendan-Defendan telah mengakui fakta tersebut. Surat bertarikh 4.4.2016 bertajuk “Pengesahan Kuantiti Earthwork (Quantity of Cutting, Filling & Remove Surplus)” yang mana KH Zam Engineers Sdn. Bhd mengesahkan kuantiti bagi kerja tanah untuk excavation, filling-without boundary dan remove excavated material from site yang dianggarkan berdasarkan lukisan sivil manakala surat bertarikh 8.5.2017 merupakan rayuan Plaintif kepada Jawatankuasa Tuntutan KPM bagi kelulusan harga baru bagi kerja-kerja “Disposal Of Excavated Material : Spread Excavated Material On Site Average 25 Km From Site”. Kedua-dua surat tersebut tidak menunjukkan kelewatan di tapak adalah disebabkan oleh kerja tanah dan terdapat pengakuan oleh D2 berkenaan perkara ini. Malahan dalam surat bertarikh 8.5.2017, Plaintif memaklumkan bahawa “… pada ketika ini kemajuan kerja di tapakbina adalah memuaskan serta mengikut jadual dan kami akan memberikan komitmen yang terbaik dalam memastikan penyiapan projek dapat dicapai sebagaimana tempoh yang ditetapkan.”. Jawapan SD1 semasa diperiksa oleh peguam Plaintif dan dipetik oleh Plaintif dalam penghujahan bertulis juga tidak menyokong pendirian Plaintif kerana jawapan SD1 ialah mengenai sebab-sebab Plaintif tidak dapat memasuki tapak iaitu tiada KM dan kelulusan pelan kerja tanah dan untuk struktur. Tambahan pula, “Disposal of excavated material” telah dimasukkan dalam skop kerja Kontrak tersebut di bawah “Section E: External Works, Bill No. 1: Site Clearance and Earthworks (All Provisional)” dengan bayaran diperuntukkan seperti mana dalam Bill of Quantity (‘BQ’; muka surat 522, B3). SD1 telah menjelaskan perkara ini dalam keterangannya di Mahkamah iaitu –
i
“Disposal of excavated material” merupakan sebahagian daripada kerja asal (original works) dan bukan variation works;
II
(ii) contract drawings ialah sebahagian daripada kontrak yang mana daripada site layout, boleh dilihat bahawa original ground level berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada finished or formation level. Ini menunjukkan bahawa kerja-kerja melibatkan pemotongan bukit yang perlu dilakukan oleh Plaintif; dan
III
(iii) kuantiti yang terlibat sebagaimana dalam BQ iaitu 220,840 m3 untuk “Excavating” adalah jumlah yang besar dan semestinya melibatkan pemotongan bukit yang seterusnya membawa kepada keperluan untuk membuang “excavated material”. Semasa diperiksa balas, SP1 bersetuju bahawa kesemua kerja berkaitan kerja tanah merupakan tanggungjawab Plaintif.
b
(b)
Preamble
Menurut Plaintif, Isu 4 tidak dipertikaikan memandangkan ianya terdapat dalam keterangan dokumen khususnya surat Plaintif kepada Perintis Konsult yang bertarikh 8.11.2016 (muka surat 187 - 188, B2) mengenai penilaian/ pengesyoran ke atas tuntutan penambahan kadar harga bagi kerja-kerja pemindahan keluar tanah dari tapak bina ke tapak pembuangan yang melebihi 3 km dari tapak bina. Surat Plaintif tersebut tidak dijawab. Mahkamah telah menimbangkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan dan mendapati bahawa kerja-kerja tanah adalah di bawah skop kerja Plaintif. Kontrak tersebut tidak memperuntukkan bahawa Plaintif perlu mendapatkan kelulusan D2 bagi lokasi pembuangan tanah. lanya juga bukan amalan bahawa arahan tempat pembuangan tanah perlu diberikan oleh D2. Surat Plaintif bertarikh 8.11.2016 tidak menyatakan bahawa lokasi pembuangan tanah hendaklah diputuskan oleh D2 dan terdapat kesilapan oleh D2 dalam menentukan lokasi tersebut; ia hanya menyebut bahawa “Di dalam melaksanakan skop kerja membawa keluar tanah dari tapak bina ke tapak pembuangan milik kontraktor, jarak lokasi pembuangan adalah melebihi 25 km dari tapakbina atas faktor lokasi asal tapak pembuangan telahpun dibangunkan berikutan penangguhan pemilik tapak sebenar selama 18 bulan kerana menunggu kelulusan ‘Kebenaran Merancang’ daripada pihak MPKj.”. Plaintif tidak mengemukakan apa-apa dokumen lain yang menunjukkan bahawa pihaknya telah memohon kelulusan daripada D2 untuk lokasi pembuangan tanah. Berdasarkan keterangan SD1, terutamanya semasa pemeriksaan semula, tanggungjawab terletak pada Plaintif untuk mengenal pasti lokasi pembuangan tanah dan untuk memohon permit daripada pihak berkuasa tempatan. Selain itu, dalam penghujahannya, SFC juga telah menarik perhatian Mahkamah kepada perbezaan antara pliding Plaintif dan keterangan SP1 di Mahkamah. Dalam perenggan 13(b)(ii), Pernyataan Tuntutan, Plaintif memplidkan, antara lain, bahawa sebelum kerja-kerja pemotongan tanah dapat dilakukan, D1 melalui Perintis Konsultan Sdn Bhd perlu memaklumkan kepada Plaintif tentang lokasi pembuangan tanah. Dalam perenggan 10(b)(ii), Pernyataan Saksi SP1 (PS-SP1), pihak yang dikatakan perlu memaklumkan mengenai lokasi pembuangan tanah ialah Perunding Kejuruteraan D1 iaiatu KH Zam Engineering Sdn Bhd.
c
Berkenaan Isu 5, Plaintif menegaskan, walaupun EoT telah diberikan kepada Plaintif tetapi berlaku kelewatan oleh D2 dalam memberikan kelulusan EoT untuk kerja-kerja tanah sebagaimana yang dibuktikan melalui keterangan SD2 dan Sijil Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa No. 2 bertarikh 28.9.2017 (muka surat 291 - 294, B2). Dalam hal ini, Mahkamah mendapati EoT No. 3 telah dikeluarkan pada 2.5.2018 yang mana lanjutan masa selama 90 hari telah diberikan oleh D2 kepada Plaintif untuk kerja-kerja pembuangan dan penambakan tanah serta 188 hari untuk syarat dan arahan Majlis Perbandaran Kajang ke atas penyambungan kerja tanah di platform No.
2
Keseluruhan 228 hari EoT telah diberikan dan Tarikh Siap dilanjutkan daripada 6.4.2018 kepada 20.11.2018.
Preamble
Menurut Klausa 43.1, Kontrak tersebut, “… If in the opinion of the S.O. the completion of the Works is likely to be delayed or has been delayed beyond the Dtae of Completion stated in Appendix 1 or beyond any extended Date for Completion previously fixed under this Clause due to any or more of the following events … then the S.O. may if he is of the opinion that the extension of time should be granted, so soon as he is able to estimate the length of the delay beyond the date or time aforesaid issue a Ceritifcate of Delay and Extension of Time giving a fair reasonable extension of time for completion of the Works. …” (penekanan ditambah). Permohonan untuk EoT No. 3 dikemukakan oleh Plaintif pada 24.1.2018 dan EoT dikeluarkan pada 2.5.2018. Pada pendapat Mahkamah, tempoh masa yang diambil oleh D2 untuk menimbangkan permohonan EoT No. 3 adalah munasabah. Oleh itu, tiada kelewatan oleh D2 dalam memberikan EoT No. 3. Isu 6: Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut pengurangan Bayaran Kerja Tanah berjumlah RM2,992,772.00
50
Plaintif berhujah bahawa Isu 6 sewajarnya dijawab secara yang memihak kepadanya kerana –
a
terdapat perubahan skop dan harga untuk kerja yang berkenaan, khususnya tempat pembuangan tanah yang lebih jauh dari tapak asal;
b
Plaintif telah memaklumkan kepada konsultan Projek tersebut mengenai jarak lokasi dan anggaran kos untuk kebenaran konsultan dan Pejabat Tanah yang berkaitan; dan
c
pembayaran yang diterima untuk kerja tanah adalah sangat rendah daripada nilai sebenar dan untuk kuantiti yang kecil. Jangkamasa yang diambil untuk membuat pembayaran mengikut kadar harga baru adalah terlalu lama dan tidak munasabah. Plaintif terpaksa membuat rayuan untuk mendapatkan kelulusan bagi “New Item: Remove surplus earth materials from site to Contractor’s own dumping at 25km from site” berjumlah RM4,671,160.00 berdasarkan “Tuntutan (‘Remove Earth’)” bertarikh 3.3.2014 dan RM3,076,510.00
Preamble
mengikut permohonan bertarikh 24.3.2016.
51
Setelah menimbangkan semua keterangan lisan dan dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan dan penghujahan Plaintif dan D2, Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh Plaintif memandangkan keterangan menyokong fakta seperti mana yang dihujahkan oleh D2 iaitu seperti yang dihuraikan di bawah.
52
Kuantum kerja tanah adalah tertakluk kepada penilaian hasil kerja yang telah dilaksanakan. D2 telah membuat pembayaran untuk kerja-kerja tanah seperti yang berikut: BIL AMAUN KONTRAK BAGI ITEM DISPOSAL EXCAVATED MATERIAL IPC NO. 1 617,702.00 139,794.44 IPC NO. 2 183,810.60 IPC NO. 3 226,699.74 IPC NO. 4 42,889.14 IPC NO. 5 - 25 - IPC NO. 26 (PHK No. 1) 408,468.00 327,919.30 IPC NO. 27 - IPC NO. 28 (PHK No. 2) 2,321,411.00 2,188,211.88
53
SD1 memberikan keterangan bahawa kerja-kerja bagi item pembuangan tanah telah mula dibayar melalui Perakuan Bayaran No. 1 hingga No. 4 dengan menggunapakai kadar harga kontrak iaitu RM3.00 bagi pembuangan di dalam lingkungan 3 km dari tapak dan RM5.00 bagi pembuangan yang melebihi lingkungan 3 km dari tapak. Ini adalah berdasarkan peruntukan syarat-syarat Kontrak tersebut di bawah BQ untuk earthworks seperti mana jadual di bawah: Disposal of excavated material G/E/1/2 Spread excavated material on site average 3 km from site H/E/1/2 Remove excavated material from site M3 M3 204,234 1,000 3.00
5
5.00 612,702.00 5,000.00
54
SD1 juga menjelaskan bahawa, memandangkan kuantiti pada item H/E/1/2 telah melebihi kuantiti kontrak maka D2 telah menyediakan kertas Pelarasan Harga Kontrak (‘PHK’) No. 1 iaitu pengukuran semula kuantiti kerja tanah. Setelah PHK No. 1 diluluskan, maka bayaran dibuat menerusi Perakuan Bayaran No. 26.
55
Pada masa yang sama, Plaintif telah memohon kepada D2 untuk kelulusan kadar harga yang baharu. Permohonan Plaintif telah dibawa ke Jawatankuasa Tuntutan dan setelah Jawatankuasa Tuntutan meluluskan kadar harga baharu iaitu RM16.50, PHK No. 2 sebanyak RM2,321,411.00 telah disediakan. Bayaran dibuat kepada Plaintif mengguna pakai kadar harga ini menerusi Perakuan Bayaran No. 28.
56
SD2 telah memberikan keterangan mengenai pengiraan pembayaran kerja tanah, yang mana tidak dipersoalkan oleh Plaintif, iaitu seperti yang berikut: “Sepertimana dimaklumkan di atas, pembayaran untuk kerja tanah adalah berdasarkan kelulusan kedua-dua PHK No. 1 dan No. 2 dan dibayar menerusi Perakuan Interim No. 26 dan 28. Kedua-dua PHK ini telah ditandatangani dan dipersetujui oleh Kontraktor. Kami tidak boleh membuat bayaran melebihi dari yang telah diluluskan oleh kedua-dua PHK ini.”.
57
Di samping itu, tiada sebarang kelewatan pembayaran oleh D2 bagi harga kerja tanah. Pembayaran untuk Perakuan Bayaran No. 26 telah diperakukan pada 12.3.2018 selepas PHK No. 1 ditandatangani oleh Plaintif pada 24.8.2019 manakala Perakuan Bayaran No. 28 diperakukan pada 23.4.2019 setelah mendapat kelulusan PHK No. 2.
58
Diperhatikan bahawa dokumen yang dirujuk oleh Plaintif di muka surat 133, B2 ialah untuk “Tuntutan (‘Remove Earth’)” iaitu “Remove surplus earth materials from site to Contractor’s own dumping at 25km from site” berjumlah RM4,071,160.00. Seterusnya, Plaintif merujuk kepada muka surat 666, B4 iaitu Perakuan Bayaran Interim bagi PHK No. 1 dan PHK No. 2 iaitu jumlah untuk “Workdone” ialah RM2,546,766.28. Pembayaran yang dipertikaikan oleh Plaintif adalah bayaran yang berkaitan dengan kerja pembuangan tanah di mana tempat pembuangan tanah adalah melebihi radius 25 km.
59
Namun demikian, Plaintif tidak memplidkan atau pun memberikan keterangan mengenai berapakah kerja tanah yang telah dilaksanakannya dan pengiraan untuk jumlah pengurangan yang dituntut. Plaintif hanya menyatakan bahawa Plaintif layak untuk menuntut pengurangan bayaran kerja tanah.
60
Semasa periksa balas, Plaintif mencadangkan bahawa SD1 bukanlah pihak yang membuat pengiraan berkaitan kerja tanah Walau bagaimanapun, SD1 ialah perunding ukur bahan yang membuat pengiraan bagi maksud pembayaran dan pengiraan kerja tanah adalah dalam pengetahuan penuh SD1. Isu yang dipertikaikan dan diplidkan oleh pihak Plaintif adalah berkaitan pengurangan harga kerja tanah dan bukannya pengiraan berkaitan kuantum kerja tanah yang telah dilaksanakan oleh Plaintif.
61
Oleh yang demikian, jelas bahawa tiada pengurangan bayaran kerja tanah yang berjaya dibuktikan oleh Plaintif atas imbangan kebarangkalian. Pembayaran kerja tanah telah dinilai oleh jurutera perunding berdasarkan lukisan yang dihantar oleh Plaintif sendiri dan penilaian menyatakan bahawa sebanyak 92% kerja tanah telah dilaksanakan. Penilaian pengiraan pembayaran akan mengambil kira jumlah kerja tanah yang dilaksanakan dengan kadar yang ditetapkan di bawah Kontrak tersebut. Isu 7: Sama ada terdapat kelewatan oleh D2 dalam meluluskan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa bagi Projek tersebut Jika “YA”, sama ada kelewatan tersebut telah menjejaskan perlaksanaan kerja di bawah Kontrak tersebut
62
Plaintif bergantung kepada keterangan SD1 dan SD3 dalam mengutarakan hujah bahawa terdapat kelewatan di pihak Defendan-Defendan dalam meluluskan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa bagi Projek tersebut berikutan permohonan untuk EoT No. 4. Walaupun tiada masa khusus yang diperuntukkan dalam Kontrak tersebut untuk mendapatkan kelulusan, namun ianya sepatutnya diperolehi dalam tempoh yang munasabah dan berpatutan.
63
Plaintif menegaskan bahawa kelewatan tersebut telah menjejaskan kerja Plaintif untuk Projek tersebut iaitu merencatkan perancangan dan kos operasinya. Plaintif telah mengemukakan surat tuntutan pampasan yang bertarikh 16.2.2015 (muka surat 147, B2) berikutan pindaan tarikh milik tapak bina serta notis tuntutan kerugian/ perbelanjaan langsung yang bertarikh 3.6.2016 (muka surat 166, B2).
64
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, terma-terma dan syarat-syarat Kontrak tersebut, khususnya Klausa 43.1, tidak memperuntukkan tempoh bagi kelulusan EoT. SD1 dan SD2 memberi keterangan bahawa tempoh kelulusan EoT adalah bergantung kepada alasan pemohonan pihak kontraktor.
65
Mahkamah menerima penghujahan D2 mengenai isu ini yang mana butir-butir setiap permohonan untuk EoT oleh Plaintif dan tarikh Sijil Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa dikeluarkan oleh D2 adalah seperti di perenggan 10, Fakta-Fakta Yang Dipersetujui.
66
Untuk permohonan EoT No. 4, terdapat empat permohonan oleh Plaintif iaitu bertarikh 22.10.2018, 21.2.2019, 17.6.2019 dan 9.1.2020. Kelulusan EoT No. 4 ialah pada 28.9.2020.
67
SD1 dan SD3 telah memberikan penjelasan yang munasabah mengenai mengapa kelulusan untuk EoT No. 4 mengambil masa yang lebih lama daripada kebiasaannya iaitu ianya melibatkan keadaan ketiadaan peruntukan yang mana alasan tersebut tidak dinyatakan di bawah Klausa 43, Kontrak tersebut dan memerlukan kelulusan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kewangan.
68
Jika pun ada kelewatan oleh D2 dalam menimbangkan permohonan untuk EoT, ianya tidak menjejaskan perlaksanaan kerja di bawah kontrak kerana –
a
(a)
Lampiran
Lampiran 2 dalam PS-SD2 menunjukkan bahawa kemajuan kerja di tapak telah mengalami kelewatan dari awal projek walaupun EoT diberikan (rujuk J26 - J35 dalam PS-SD2). Semasa Mesyuarat Tapak diadakan pada 31.9.2018, iaitu sejurus sebelum permohonan EoT No. 4 dikemukakan oleh Plaintif, terdapat kelewatan sebanyak 40.97% dalam perlaksanaan kerja di tapak. Lampiran 3, PS-SD2 pula menunjukkan kronologi dalam bentuk garis masa berkaitan Projek tersebut dan kelihatan bahawa terdapat kelewatan dalam kerja-kerja Plaintif di tapak. Semasa pemohonan EoT No. 4 dibuat, Certificate of Non-Compliance (‘CNC’) No. 1 telah dikeluarkan pada 19.11.2018 dan Plaintif telah memberhentikan kerja pada 11.3.2019. Notis Amaran Kemungkiran Kontraktor No. 3 bertarikh 19.11.2019 telah dikeluarkan kepada Plaintif; (b) setiap tempoh EoT yang dipohon oleh Plaintif telah diluluskan oleh D2; dan (c) tiada arahan berhenti kerja dikeluarkan oleh D2 setiap kali permohonan EoT dibuat. Oleh itu, permohonan EoT sepatutnya tidak memberikan kesan kepada perlaksanaan kerja di tapak. 69. Tambahan pula, keterangan dokumen yang dirujuk oleh Plaintif untuk menyokong penghujahannya adalah mengenai penangguhan tarikh milik tapak yang langsung tiada kaitan dengan isu ini. Isu 8: Sama ada D2 telah gagal atau ingkar untuk membuat bayaran progresif mengikut Perakuan Interim yang dikeluarkan oleh Jurukur Bahan bagi Projek tersebut Isu 9: Jika pembayaran telah dibuat, sama ada pembayaran adalah lewat iaitu melebihi tempoh 30 hari setelah Perakuan Interim diperakui oleh Pegawai Penguasa di bawah Klausa 28(6), Kontrak tersebut Isu 10: Jika jawapan kepada Isu 9 ialah “YA”, sama ada kelewatan pembayaran telah diremedikan dengan perlanjutan masa yang diluluskan oleh D2 70. Klausa 28.6, Kontrak tersebut menetapkan bahawa “Within a number of days as stated in Appendix (or if none stated then within thirty (30) days of the issue of any such Interim Certificate), the Government shall make a payment to the Contractor as follows: …”. Tiada tariklh yang dinyatakan dalam Appendix kepada Kontrak tersebut, maka tempoh yang terpakai untuk pembayaran oleh D2 ialah 30 hari daripada pengeluaran Perakuan Interim. 71. D2 tidak mempertikaikan terdapat kelewatan bagi pembayaran Perakuan Interim No. 21 hingga No. 25 iaitu melebihi tempoh 30 hari setelah Perakuan Interim diperakui oleh Pegawai Penguasa di bawah Klausa 28(6), Kontrak tersebut. Ini adalah kerana pertukaran sistem pembayaran Kementerian Kewangan dan ketiadaan peruntukan Kerajaan. Perkara ini telah dijelaskan oleh SD3 yang mana, mulai 1.1.2018, D2 melaksanakan sistem perakaunan Kerajaan Persekutuan berasaskan akruan melalui sistem “Integrated Goverment Financial & Management System” (‘iGFMAS’). Di peringkat awal pelaksanaan pembayaran melalui iGFMAS, berlaku masalah sistem dan ini menyebabkan pembayaran hanya dapat dibuat pada bulan Mac 2018. 72. Selain daripada itu, peruntukan yang diluluskan untuk tahun 2018 bagi Projek tersebut hanya berjumlah RM1,446,295.00 sahaja berbanding anggaran keperluan sebenar sebanyak RM5,000,000.00. Bagi tujuan memenuhi anggaran keperluan sebenar bagi Projek tersebut, D1 telah memohon sebanyak dua kali peruntukan tambahan yang melibatkan Notis Perubahan (‘NOC’) dan pembayaran kemajuan kepada Plaintif hanya dapat dibuat selepas NOC diluluskan. 73. Walau apa pun, Mahkamah mendapati kelewatan pembayaran oleh D2 kepada Plaintif bukanlah suatu alasan yang boleh digunakan oleh Plaintif sebagai faktor penyumbang kepada kelewatan kerja. 74. Sungguhpun Plaintif bergantung kepada keterangan SP1 dan SD1 serta keterangan dokumen seperti surat-surat kepada Defendan bertajuk “Notis Kelewatan” dan “Pengemukaan Semula Kelambatan dan Permohonan Lanjutan Masa Kontrak No. 4” yang masing-masingnya bertarikh 12.12.2017 dan 9.1.2020 serta Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa No. 1 hingga No. 4 dan surat-surat Plaintif yang lain yang berkaitan dengan Perakuan-Perakuan tersebut untuk menyokong hujah bahawa D2 – (a) lewat dalam membuat bayaran progesif setelah dituntut; (b) lewat memberikan EoT untuk kerja-kerja tanah; (c) lewat memberikan perlanjutan masa secara am; dan (d) gagal memberikan arahan dan kepastian mengenai hala tuju pelaksanaan kontrak, pada pendapat Mahkamah, kelewatan penerimaan pembayaran bukanlah alasan yang munasabah untuk Plaintif lewat dan memperlahankan kerja-kerja di tapak. 75. Ini adalah kerana – (a) kerja di tapak telah lewat sebelum isu pembayaran timbul lagi. Notis Amaran Kemungkiran No. 1 telah dikeluarkan pada 27.10.2017 dengan kemajuan projek lewat sebanyak 20.20% atau 157 hari. Kelewatan tersebut telah dinilai melalui Laporan Kemajuan Projek yang bertarikh 30.10.2017 dan peratusan jadual dan kemajuan telah dinilai berdasarkan EoT No. 2. Laporan masalah projek oleh konsultan ialah “Kemajuan kerja-kerja IBS ditapak adalah perlahan menyebabkan keseluruhan pembinaan telah menghadapi kelewatan berbanding jadual kerja.”. Perkara ini telah dijelaskan dalam keterangan SD2. Garis masa bagi kelambatan projek mengikut Notis Amaran Kemungkiran yang telah dikeluarkan oleh D2 ialah seperti yang berikut: KEMAJUAN MENGIKUT JADUAL KEMAJUAN SEBENAR 27. KELEWATAN 10.2017 48.2% 28% -20.20% 28.8.2018 77.25% 46.78% -30.47% 19.11.2018 91.25% 47.14% -44.14% 24.5.2019 100.00% 49.78% -50.22% 28.12.2020 100.00% 56.95% -43.05% (b) tiada peruntukan di bawah Kontrak tersebut yang membenarkan kerja-kerja ditangguhkan kerana kelewatan pembayaran (rujuk kes Binaan Nasional Sdn Bhd v. Bridgecon Engineering Sdn Bhd [2001] MLJU 32 yang telah memutuskan, antara lain, bahawa “the defendant’s claim as to the plaintiff’s delay to make payments for the defendant’s claim for progress payment cannot be used as a defence to the plaintiff’s claim for delay in the defendant’s completion of the works” and “such claim can only be used as a counter claim against the plaintiff”); (c) tiada arahan yang diberikan oleh D2 di bawah Klausa 50, Kontrak tersebut untuk “Suspension Of Works”; (d) Klausa 9.1(h), Kontrak tersebut memperuntukkan salah satu daripada “Representations and Warranties” Plaintiff ialah bahawa “it has necessary financial and technical capability to undertake the Works”. Kelewatan adalah disebabkan oleh pengurusan Projek tersebut oleh Plaintif sendiri dalam merancang, mengatur dan melaksanakan kerja-kerja di tapak projek; (e) kelewatan pembayaran bukan salah satu sebab yang membenarkan perlanjutan masa di bawah Klausa 43, Kontrak tersebut. Namun demikian EoT telah diberikan dan kelewatan kerja di tapak masih berlaku walaupun selepas EoT No. 1 hingga No. 3 diberikan. Setiap kali EoT diluluskan, suatu pelan perancangan kerja (‘CPM’) yang baharu akan dikemukakan mengikut kemajuan semasa (untuk maksud CPM, rujuk perenggan 41 dalam penghakiman kes Kerajaan Malaysia v Ven-Court of Appeal Rescources Sdn Bhd [2014] 5 CLJ 186); (f) Plaintif tidak mengemukakan apa-apa dokumen seperti laporan kewangan untuk menunjukkan bahawa kelewatan kerja-kerja di tapak adalah disebabkan kelewatan pembayaran oleh D2 dan ini telah menjejaskan kewangan Plaintif dalam menjalankan kerja-kerja di tapak. SP1 hanya menyatakan bahawa pihaknya telah membuat pesanan dan pembayaran untuk perabot tetapi tiada keterangan mengenai bagaimana kelewatan pembayaran oleh D2 kepada Plaintif telah menyumbang kepada kelewatan kerja Plaintif; (g) semasa pemeriksaan semula, Plaintif telah menyatakan bahawa isu mengenai hala tuju pelaksanaan kontrak ialah hanya berkenaan bila EoT No. 4 akan diluluskan; dan (h) Plaintif tidak mempunyai hak untuk menggantung kerja walaupun terdapat kelewatan dalam pembayaran dan hanya boleh memilih sama ada untuk menamatkan kontrak atau “to insist on due performance” (rujuk Kah Seng Construction Sdn Bhd v Selsin Development Sdn Bhd [1997] 1 CLJ Supp 448). Jika benar kelewatan pembayaran oleh Plaintif telah menjejaskan kerja-kerja Plaintif di tapak, Plaintif seharusnya telah melaksanakan haknya di bawah Klausa 55, Kontrak tersebut dengan mengeluarkan notis kepada D2 untuk meremedikan kemungkiran kontrak yang boleh membawa kepada penamatan kontrak oleh Plaintif. Walau bagaimanapun, penamatan hanya dibuat oleh Plaintif atas dakwaan kegagalan D2 untuk membuat pembayaran bagi Tuntutan Bayaran Kemajuan No. 37 selepas Notis Penamatan dikeluarkan oleh D2. 76. Memandangkan jawapan kepada Isu 9 ialah “Ya” untuk Perakuan Interim No. 21 hingga No. 25, persoalan seterusnya ialah sama ada kelewatan pembayaran telah diremedikan dengan perlanjutan masa yang diluluskan oleh D2. Plaintif menyatakan “Tidak” kerana pihaknya menanggung kos operasi secara berterusan. 77. Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan Plaintif. Mahkamah menerima hujah D2 bahawa perkara kelewatan pembayaran telah diremedikan dengan perlanjutan masa sebanyak 311 hari yang diluluskan pada 28.9.2020 berikutan permohonan yang dikemukakan oleh Plaintif pada 22.10.2018, 21.2.2019, 17.6.2019 dan 9.1.2020. Tempoh perlanjutan masa yang dipohon oleh Plaintif kesemuanya berjumlah 311 hari dan telah diluluskan sepenuhnya oleh D2. 78. Tambahan pula, Kontrak Tambahan tersebut juga telah ditandatangani dan Plaintif telah mengemukakan tuntutan di bawah CIPAA 2012 untuk “Progress Claim No. 28 with interest” dan “interest on late payment for Progress Claim Nos. 1 to 25” berjumlah RM4,199,766.59 dan bayaran telah dibuat oleh D2. Isu 11: Sama ada Plaintif telah melanggari Klausa 51, Kontrak tersebut iaitu gagal melakukan kerja dan/ atau obligasinya dengan teratur dan tekun dan telah meninggalkan tapak projek 79. Plaintif merujuk kepada Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor yang bertarikh 5.7.2021 untuk menyokong hujah bahawa sebarang kelewatan kerja yang berlaku adalah berpunca daripada D2 yang berulangkali lewat untuk membuat bayaran progresif. 80. Setelah meneliti keterangan lisan dan dokumen serta penghujahan peguam Plaintif dan SFC, saya mendapati bahawa jawapan kepada Isu 11 ialah “Ya” atas alasan-alasan yang berikut: (a) Klausa 6.1, Kontrak tersebut menetapkan bahawa “The Contractor shall upon and subject to this Contract, construct and complete the Works using materials, goods and workmanship of the quality and standards therein specified in accordance with best industry practice.”. Walau bagaimanapun, Plaintif gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Kontrak tersebut apabila ia telah meninggalkan tapak pada 11.3.2019 dan Januari 2020 tanpa memberikan sebarang notis kepada D2. Pada waktu itu, tiada notis penamatan yang dikeluarkan oleh Plaintif kepada D2. Ini jelas melanggar Klausa 51.1(a)(ii), Kontrak tersebut iaitu “suspends or abandons the carrying out of the Works or any part thereof ...”; (b) kelewatan di tapak projek telah berlaku selepas EoT 2 diberikan di mana pada tarikh tersebut kelewatan kerja telah mencapai 20.20% dan kelewatan ini berlaku sebelum timbulnya isu pembayaran. Begitu juga dengan dakwaan Plaintif bahawa kelewatan pembayaran telah menyebabkan kerja-kerja IBS tertangguh kerana pihak pembekal memerlukan bayaran sebelum penghantaran barangan tetapi sebenarnya, kerja-kerja tersebut telah tertangguh sebelum isu pembayaran oleh D2 kepada Plaintif; dan (c) SD2 telah memberikan keterangan bahawa CPM yang disediakan oleh Plaintif telah dipinda beberapa kali mengikut EoT yang telah diluluskan. Lima Notis Amaran Kemungkiran telah dikeluarkan mengikut kelewatan kerja semasa. Bermula daripada Januari 2020 iaitu ketika Plaintif meninggalkan tapak, kemajuan fizikal adalah pada 56.95% dan peratusan ini kekal sehinggalah Plaintiff ditamatkan perkhidmatannya. Adalah jelasa bahawa D2 telah melanggar Klausa 51.1(a)(iii), Kontrak tersebut iaitu “fails to proceed regularly and diligently with the performance of his obligations under the Contract”(untuk maksud “regularly and diligently”, rujuk West Faulkner Associates v Newham Borough Council (1994) 71 BLR 1, Petowa Jaya Sdn Bhd v Binaan Nasional Sdn Bhd [1988] 2 MLJ 261 dan Daya CMT Sdn Bhd v Yuk Tung ConstructionSdn Bhd [2018] 1 LNS 920). Isu 12: Sama ada D2 telah melanggari Klausa 55, Kontrak tersebut iaitu lewat dalam membuat bayaran Tuntutan Progresif Interim kepada Plaintif Jika “YA”, sama ada perlanggaran kontrak oleh D2 secara langsung “adversely affects the Works” di bawah Kontrak tersebut 81. Plaintif menegaskan bahawa sememangnya telah melanggari Klausa 55, Kontrak tersebut dan kegagalan untuk membuat bayaran interim dalam tempoh 30 hari seperti mana yang disyaratkan adalah suatu keingkaran yang terjumlah kepada “adversely affects the Works”. 82. Mahkamah tidak dapat menerima penghujahan Plaintiff berhubung dengan isu ini kerana – (a) berdasarkan perenggan 21, Pernyataan Tuntutan, Plaintif telah memplidkan secara khususnya bahawa perlanggaran kontrak oleh D2 ialah kegagalan untuk membayar Tuntutan Bayaran Kemajuan No. 37 dan bukannya kelewatan dalam membayar Tuntutan Progresif Interim kepada Plaintif; dan (b) Klausa 55, Kontrak tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: “55.0 EVENTS AND CONSEQUENCES OF DEFAULT BY THE GOVERNMENT Default of Obligations (a) Events of Default If the Government without any reasonable cause fails to perform, or fullfill its obligation which adversely affects the Works, then the Contractor may issue a notice specifying the default by the Government and requiring the Government to remedy the same within the period specified therein taking into account the nature of the remedy to be carried out by the Government or such other period as may be agreed by both parties from the date of receipt of suct notice. (b) Termination If the Government fails to remedy the default period specified in such notice issued under Clause 55(a) within the stipulated period time therein, the Contractor shall have the right to forthwith terminate this Contract by giving a written notice to that effect. …”. Notis untuk Tujuan Penamatan bertarikh 5.7.2021 yang dikeluarkan oleh Plaintif menyatakan, antara lain, bahawa – “Melalui surat bertarikh 07-01-2020, kami telah membuat Tuntutan Bayaran Kemajuan No. 37 berjumlah RM2,236,763.36 dimana sehingga sekarang pihak Tuan masih belum membuat sebarang bayaran terhadap tuntutan tersebut. Kegagalan pihak Tuan telah melanggar peruntukkan Kontrak diatas. Oleh yang demikian, kami dengan ini memberi notis kepada pihak Tuan menurut Klausa 55.0(a) Kontrak JKR diatas unuk meremedikan perlanggaran tersebut dengan membayar Tuntutan Bayaran Kemajuan No. 37 berjumlah RM2,236,763.36 dalam tempoh 3 (tiga) hari dari tarikh notis ini, iaitu pada atau sebelum 8-7-2021. …”. Notis Penamatan Kontrak bertarikh 13.7.2021 yang dikeluarkan oleh Plaintif juga menyatakan bahawa perlanggaran yang diberikan notis di bawah Klausa 55, Kontrak tersebut adalah untuk D2 membayar Tuntutan Bayaran Kemajuan No. 37. Dalam hal ini, Klausa 28, Kontrak tersebut menetapkan bahawa – “28.0 PAYMENT TO CONTRACTOR AND INTERIM CERTIFICATES 28.1 When the Contractor has executed work including delivery to or adjacent to the Works of any unfixed materials or goods intended for incorporation into the Works in accordance with the terms of this Contract and their total value of work thereof has reached the sum referred to in Appendix, the S.O. shall at that time make the first valuation of the same. 28.2 Thereafter, once (or more often at the discretion of the S.O.) during the course of each succeeding month the S.O. shall make a valuation of the works properly executed and of unfixed materials and goods delivered to or adjacent to the Site, provided the total value of work properly executed and the value of unfixed materials and goods as specified in clause 28.4 hereof, delivered to the Site intended for incorporation into the Works in each subsequent valuation shall not be less than the sum referred to in Appendix.”. Tuntutan Interim No. 37 oleh Plaintif telah dinilai menerusi Perakuan Bayaran Interim No. 38 bertarikh 10.1.2020 dan disahkan teratur oleh pegawai-pegawai yang berkenaan dalam bulan Februari 2020 di mana terdapat perbezaan antara tuntutan oleh Plaintif dan perakuan bayaran seperti yang dijelaskan oleh SD1 dan ditunjukkan dalam jadual di Lampiran 1, PS-SD1 yang dirumuskan seperti di bawah: BUTIRAN KERJA PLAINTIF (RM) PERBEZAAN Item A hingga P 17,195,251.29 15,577,648.15 1,617,603.14 Kurangan: (i) Bayaran interim terdahulu No. 1 - 37 (ii) Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (iii) LAD (13,599,199.08) (1,359,288.85) (13,599,199.08) (1,359,288.85) (1,978,093.26) - - - 2,236,763.36 (1,358,933.04) LAD (1,978,093.26) 258,670.10 Berdasarkan pengiraan di atas, tiada bayaran yang disyorkan dibuat oleh D2 kepada Plaintif. Oleh yang demikian, jelas bahawa tiada sebarang perlanggaran Kontrak tersebut oleh D2 seperti yang didakwa oleh Plaintif dalam Notis untuk Tujuan Penamatan bertarikh 5.7.2021, Notis Penamatan Kontrak bertarikh 13.7.2021 dan Pernyataan Tuntutan. Isu 13: Sama ada surat Plaintif bertarikh 5.7.2021 dan Notis Penamatan bertarikh 13.7.2021 merupakan satu penamatan yang sah dan teratur di bawah Klausa 55, Kontrak tersebut 83. Jawapan kepada isu ini ialah “Tidak” kerana surat Plaintif bertarikh 5.7.2021 bukan merupakan suatu Notis Tujuan Penamatan tetapi ia sebenarnya merupakan jawapan kepada Notis untuk Tujuan Penamatan Kerja Kontraktor bertarikh 8.6.2021 yang telah dikeluarkan oleh D2. Surat Plaintif tersebut sendiri merujuk kepada Notis D2 yang bertarikh 8.6.2021. 84. Walaupun semasa diperiksa balas, SP1 menafikan bahawa surat Plaintif tersebut merupakan maklum balas kepada Notis Tujuan Penamatan bertarikh 8.6.2021, kandungan surat Plaintif jelas menunjukkan sebaliknya. Dalam membalas Notis D2 yang bertarikh 8.6.2021, Plaintif pula kononnya memberikan notis di bawah Klausa 55(a), Kontrak tersebut. Perkara ini tidak mematuhi ketetapan di bawah Klausa tersebut. Justeru itu, Notis Penamatan bertarikh 13.7.2021 yang dikeluarkan oleh Plaintiff juga adalah tidak teratur. 85. Tambahan pula, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, kegagalan D2 yang didakwa dan yang dinyatakan dalam surat Plaintif bertarikh 5.7.2021 dan Notis Penamatan bertarikh 13.7.2021 adalah berkenaan pembayaran Tuntutan Interim No. 37. Tiada perlanggaran yang menjejaskan kerja-kerja di tapak yang dinyatakan dalam surat dan Notis tersebut. Isu 14: Sama ada Notis Penamatan D2 bertarikh 2.9.2021 merupakan satu penamatan yang sah dan teratur di bawah Klausa 51, Kontrak tersebut 86. Pendirian Plaintif ialah, apabila Notis Penamatan Plaintif bertarikh 13.7.2021 adalah sah, maka dengan sendirinya Notis Penamatan D2 adalah tidak teratur, tidak berkesan dan tidak mengikat memandangkan ianya dikeluarkan selepas Notis Penamatan oleh Plaintif. 87. Selaras dengan hujah Plaintif tersebut, memandangkan jawapan kepada Isu 13 tidak memihak kepada Plaintif, maka dengan sendirinya jawapan kepada Isu 14 juga tidak memihak kepada Plaintif. 88. Walau apa pun, seperti mana yang telah dijelaskan dalam Alasan Penghakiman ini, D2 telah menunjukkan alasan-alasan yang kukuh dalam melaksanakan haknya di bawah Klausa 51.1, Kontrak tersebut dengan mengeluarkan Notis Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bertarikh 8.6.2021 diikuti dengan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bertarikh 2.9.2021. 89. Notis Penamatan D2 tidak boleh dikatakan adalah suatu fikiran terkemudian memandangkan ianya telah dikeluarkan sebelum Notis Tujuan Penamatan oleh Plaintif yang bertarikh 5.7.2021. Isu 15: Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut – (a) bayaran untuk Bayaran Kemajuan No. 37 berjumlah RM2,236,763.36 90. Plaintif menegaskan haknya kepada bayaran ini untuk kerja-kerja yang telah dijalankan yang mana butir-butir perbelanjaan dan kerugian telah dihantar oleh Plaintif kepada D2 dari semasa ke semasa tetapi tidak diendahkan oleh D2 sehingga Plaintif mengeluarkan Notis Penamatan. 91. Manakala berkenaan tuntutan untuk ganti rugi am pula, Plaintif berhujah bahawa ganti rugi yang tidak diplidkan secara spesifik dalam Pernyataan Tuntutan boleh diperintahkan untuk ditaksirkan oleh Pendaftar Mahkamah. 92. Analisa mengenai Tuntutan Interim No. 37 oleh Plaintif yang telah dinilai oleh D2 menerusi Perakuan Bayaran Interim No. 38 adalah seperti yang dinyatakan di bawah Isu 12. Di samping itu, Plaintif gagal melepaskan beban pembuktian ke atasnya untuk membuktikan tuntutan berjumlah RM2,236,763.36 iaitu dari segi kerja-kerja yang telah dijalankan dan nilai kerja-kerja tersebut yang melayakkannya dibayar di bawah Klausa 28, Kontrak tersebut. 93. Kesimpulannya ialah Plaintif tidak berhak kepada tuntutan berjumlah RM2,236,763.36 tersebut. 94. Berkenaan tuntutan Plaintif untuk ganti rugi am, beban untuk membuktikan tuntutan ini, atas imbangan kebarangkalian, terletak pada Plaintif. Plaintif dan D2 tidak pernah membuat permohonan untuk suatu bifurcated trial iaitu untuk memutuskan isu liabiliti dan taksiran ganti rugi secara berasingan atau dalam dua peringkat. Oleh itu, tiada perintah yang telah dibuat oleh Mahkamah untuk bifurcated trial dijalankan. Dalam keadaan ini, Plaintif dikehendaki mengemukakan semua keterangan untuk menyokong tuntutan untuk ganti rugi am dalam perbicaraan yang telah dijalankan. Plaintif gagal untuk berbuat demikian. (b) bayaran Wang Tahanan berjumlah RM1,359,288.85 menurut Klausa 13.0, Kontrak tersebut 95. Plaintif merujuk kepada Surat Setuju Terima bertarikh 23.7.2014 yang mana perenggan 6 menyebut mengenai keperluan menyerahkan Bon Pelaksanaan berjumlah RM1,359,288.85 dan kes Kerajaan Malaysia v Ven-Coal Resources Sdn Bhd (supra) untuk menyokong hujah bahawa wang kepunyaan Plaintif yang ditahan sebanyak 5% daripada bayaran Tuntutan Kemajuan No. 1 hingga No. 28 dan disimpan oleh D2. Plaintif dikatakan berhak terhadap wang tersebut akibat pemecahan kontrak oleh D2. 96. Klausa 13.0, Kontrak tersebut ialah mengenai “Performance Bond/Performance Guarantee Sum” dan Klausa 13.6 menyatakan “Notwithstanding the above, in the event that this Contract is terminated under clause 51 hereof the said Performance Bond or any balance thereof shall be forfeited.”. 97. Seperti mana yang dihujahkan oleh SFC, jumlah RM1,359,288.85 ialah Wang Jaminan Pelaksanaan kerana Plaintif tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan selaras dengan Klausa 13, Kontrak tersebut. 98. Memandangkan Mahkamah telah mendapati bahawa Plaintif telah melanggar Klausa 51, Kontrak tersebut dan Notis Penamatan yang dikeluarkan oleh D2 adalah sah dan teratur, Plaintif tidak berhak kepada jumlah RM1,359,288.85 tersebut. Sebaliknya, penolakan Wang Jaminan Pelaksanaan boleh dibuat oleh D2 berdasarkan keperluan kontrak. (c) kerugian keseluruhan kontrak sebanyak 15% berjumlah RM4,077,866.55 99. Plaintif bersandarkan kepada s 74, Akta Kontrak 1950 dan kes Tahan Steel Corporation Sdn Bhd v. Bank Islam Malaysia Bhd [2011] 1 CLJ 755 untuk menghujahkan bahawa tuntutan ini adalah munasabah dan sesuatu yang boleh dijangkakan sekiranya D2 tidak melanggar Kontrak tersebut kerana gagal membuat pembayaran mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan membiarkan Kontrak tersebut berada dalam keadaan tiada arah tujuan dan tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Plaintif. 100. Tuntutan ini semestinya gagal berikutan dapatan Mahkamah bahawa Plaintif gagal membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, yang D2 telah memungkiri Kontrak tersebut. 101. Atas andaian yang Plaintif berjaya membuktikan kemungkiran kontrak oleh D2 dan penamatan kontrak oleh Plaintif adalah sah menurut peruntukan Kontrak tersebut, Klausa 55(c)(ii) jelas menyatakan “For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the Contractor shall not be entiled to any other form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this Contract.” selain daripada apa yang diperuntukkan di bawah Klausa 55(c)(i)(a) - (d). 102. Plaintif langsung tidak mengemukakan apa-apa keterangan untuk menunjukkan bagaimana 15% diperolehi dan apakah kerugian yang dimaksudkan. Sangkaan Plaintif bahawa butir-butir terperinci boleh dikemukakan pada peringkat taksiran ganti rugi ternyata tersasar kerana, seperti yang dinyatakan sebelum ini, tiada arahan untuk bifurcated trial telah dipohon oleh mana-mana pihak dan telah diberikan. Dalam keadaan sedemikian, SFC tidak salah apabila merujuk kepada kes-kes seperti Medicon Plastic Industries Sdn Bhd V Syarikat Cosa Sdn Bhd [1995] 2 MLJ 257 dan Mars Enterprise v Metro Parking (M) Sdn Bhd [1998] 1 LNS 223 untuk menyokong hujah bahawa, dalam kes ini, Plaintiff “threw figures at the head of the court without proving any of the items that make up the amount” dan “a court should not be put in an invidious position of having to ‘pluck a figure from the air’.”. 103. Sebagai rumusan, Mahkamah mendapati Plaintif gagal membuktikan tuntutannya untuk ketiga-tiga jumlah yang dituntut sebagai Bayaran Kemajuan No. 37, wang tahanan dan kerugian kontrak serta ganti rugi am. II. TUNTUTAN BALAS D2 Isu 16: Sama ada Perakuan Kos Penamatan bertarikh 18.8.2023 adalah sah 104. Plaintif menghujahkan bahawa PKP adalah tidak mengikat dan boleh dipertikaikan memandangkan ianya dibuat lewat apabila keadaan di tapak projek telah berubah. Lagipun, D2 telah memungkiri kontrak dan Plaintif telah menggunakan haknya untuk menamatkan Kontrak tersebut dan menuntut gantirugi. Dengan Notis Penamatan yang sah oleh Plaintif, PKP dikatakan tidak mempunyai apa-apa kesan dan tidak boleh mengikat Plaintif. 105. Analisa Mahkamah yang terdahulu adalah terpakai yang membawa kepada dapatan bahawa tiada keingkaran kontrak oleh D2 dan tiada penamatan Kontrak tersebut secara sah oleh Plaintif. 106. Oleh itu, Mahkamah perlu meneliti sama ada PKP telah dikeluarkan secara teratur menurut Klausa 56, Kontrak tersebut yang menyatakan, antara lain, seperti yang berikut: “56.1 As soon as the arrangements for the completion of the Works made by the Government enable the S.O. to make a reasonably accurate assessment of the ultimate cost to the Government of completing the Works following the termination of the Contractor's employment and the engagement of other contractors or persons, and the amount of direct loss and/or damage caused to the Government due to the termination has been ascertained by the S.O., then the S.O. may issue a certificate (hereinafter referred to as the "Certificate of Termination Costs") stating the Completion Cost (hereinafter defined) and the Final Contract Sum (hereinafter defined). 56.2 The Completion Cost comprises the following sums, costs or expenditure: (a) the sums previously paid to the Contractor by the Government; (b) the sums paid or payable to other contractors or person's engaged by the Government to complete the Works; (c) any sums paid to sub-contractors or suppliers under clause 61; (d) any costs or expenditure incurred or to be incurred including On-Cost Charges incurred by the Government in completing the Works; and (e) the amount of direct loss and/or damage caused to the Government due to the termination. … 56.4 The Certificate of Termination Costs shall state the difference between the Final Contract Sum and the Completion Cost. If the Final Contract Sum is less than the Completion Cost, the difference shall be a debt payable by the Contractor to the Government and if greater the difference shall be a debt payable by the Government to the Contractor. 56.5 The Certificate of Termination Costs shall be binding and conclusive on the Contractor as to the amount of such loss or damage specified therein. …”. 107. Setelah PKP dan semua keterangan mengenainya diambil kira, yang mana PKP telah dijelaskan secara terperinci oleh SD1 dan tidak disangkal oleh apa-apa keterangan oleh SP1 termasuk mempertikaikan bahawa pengiraan dalam PKP adalah salah atau tidak tepat (rujuk Malaysia Land Properties Sdn Bhd (formerly known as Vintage Fame Sdn Bhd) v Tan Peng Foo [2014] 1 MLJ 718), Mahkamah mendapati PKP telah dikeluarkan secara teratur di bawah Klausa 56, Kontrak tersebut dan adalah sah. Isu 17: Sama ada terdapat Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan terhadap Plaintif 108. Plaintif tidak dapat menafikan bahawa Perakuan Kerja Tidak 6. Siap No. 1 hingga No. 3 telah dikeluarkan pada 19.11.2018, 11.2020 dan 4.8.2021 (rujuk muka surat 29 - 37, B8). Kesahihan Perakuan Kerja Tidak Siap tersebut tidak dipertikaikan oleh Plaintif semasa perbicaraan. 109. Plaintif hanya dapat mengutarakan yang Perakuan Kerja Tidak Siap adalah suatu fikiran semula kerana dikeluarkan selepas Plaintif mengeluarkan Notis Penamatan. Mahkamah menolak penghujahan ini kerana Notis Penamatan oleh Plaintif bertarikh 13.7.2021 iaitu selepas Perakuan Kerja Tidak Siap No. 1 dan No. 2 telah dikeluarkan oleh D2. Isu 18: Sama ada Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan wajar dikenakan terhadap Plaintif Jika “YA”, sama ada Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan berjumlah RM270,634.65 wajar dikenakan terhadap Plaintif 110. Klausa 40.0, Kontrak tersebut menyatakan, antara lain, seperti yang berikut: “40.1 If the Contractor fails to complete the Works by the Date for Completion or within any extended time granted pursuant to clause 43, the S.O. shall forthwith issue a Certificate of Non-Completion to the Contractor. 40.2 Without prejudice to the Government's right to terminate this Contract, when the S.O. issues the Certificate of Non-Completion, the Government shall be entitled to recover from the Contractor, Liquidated and Ascertained Damages calculated at the rate stated in Appendix 1 from the period of the issuance of the Certificate of Non-Completion to the date of issuance of Certificate of Practical Completion or the date of termination of this Contract. The S.O. may deduct such Liquidated and Ascertained Damages from any money due or to become due to the Contractor, failing which such damages shall be recovered from the Performance Bond or as a debt due from the Contractor. The S.O. shall inform the Contractor in writing of such deduction. 40.3 The Liquidated and Ascertained. Damages stated in Appendix 1 shall be deemed to be a reasonable amount of loss which the Government will suffer in the event that the Contractor is in breach of this clause. The Contractor by entering into this Contact agrees to pay to the Government the said amount(s) if the same become due without the need of the Government to prove his actual damage or loss. …”. 111. Plaintif mengulangi penghujahan yang sama untuk Isu ini iaitu Perakuan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan oleh D2 ialah suatu fikiran semula. Seklai lagi, Mahkamah menolak hujah tersebut yang didapati tidak berasas. 112. Mahkamah mendapati Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan wajar dikenakan terhadap Plaintif atas sebab-sebab yang dihujahkan oleh tetapi jumlahnya ialah RM142,698.27 sahaja sebagaimana keterangan SD2 dan penghujahan D2 di perenggan 224, lampiran 89. Isu 19: Sama ada D2 berhak ke atas jumlah sebanyak RM25,405,333.91 bagi bayaran yang perlu dibayar oleh Plaintif di bawah Perakuan Kos Penamatan tersebut 113. Plaintif menegaskan yang D2 tidak berhak ke atas sebarang bayaran di bawah PKP kerana D2 yang telah mengingkari Kontrak tersebut. 114. Memandangkan tiada hujah lain yang dikemukakan oleh Plaintif berhubung dengan Isu 19, dan setelah mengambil kira – (a) keterangan SD2; (b) rujukan oleh SFC kepada peruntukan subseksyen 74(1) Akta Kontrak 1950 dan Klausa 51.1(c)(ii)(D), Kontrak tersebut yang mana D2 “shall be entitled to claim against the Contractor for any losses, costs, expenses and damages suffered as a result of termination of this Contract in the manner provided under clause 56” serta kes Hamdan Johan & Ors v. Felcra Bhd Ors and Another Case [2010] 3 CLJ 474; (c) penghujahan D2 di perenggan-perenggan 217 - 223, lampiran 89, antara lain berkenaan keperluan untuk D2 memanggil tender semula projek dan melantik kontraktor penyelamat iaitu Taleng Sdn Bhd dan pengiraan butiran dalam PKP; dan (d) penghujahan D2 di perenggan 224, lampiran 89 iaitu: “Jumlah yang Perlu Dibayar oleh Kontraktor kepada Kerajaan sebanyak RM25,405,333.91 dalam Perakuan Kos Penamatan adalah kos muktamad yang ditanggung oleh Kerajaan untuk menyiapkan baki kerja yang terlibat dan juga kerugian secara langsung yang ditanggung oleh Kerajaan. Oleh itu, pihak Plaintif perlu membayar jumlah bersih tersebut kepada pihak Kerajaan. SD2 semasa memberi keterangan telah menjelaskan bahawa pihak juruukur bahan telah tersalah dalam membuat rujukan dimana rujukan telah dibuat kepada Notis Penamatan yang tidak dihantar kepada pihak Plaintif iaitu Notis yang bertarikh 28.09.2021. Notis Penamatan yang sepatutnya diambilkira adalah yang bertarikh 02.09.2021. Oleh yang demikian pengiraan LAD telah dikurangkan kepada 29 hari sahaja iaitu sebanyak RM142,698.27. Justeru, jumlah yang perlu dibayar oleh pihak Plaintif adalah RM25,277,397.53.”, Mahkamah mendapati D2 berhak ke atas jumlah sebanyak RM25,277,397.53 iaitu bayaran yang perlu dibayar oleh Plaintif di bawah PKP dan diperakukan oleh Setiausaha Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18.8.2023. 115. Untuk melengkapkan perbincangan, satu isu lain yang dibangkitkan oleh Plaintif ialah dakwaan bahawa saksi-saksi yang dipanggil oleh D2 tidak mempunyai pengetahuan penuh mengenai fakta kes. D2 dikatakan gagal atau enggan untuk memanggil saksi-saksi yang material dan mempunyai pengetahuan penuh mengenai Kontrak tersebut, seperti Ir. Azman dan Encik Wong Kong Ping selaku Jurutera Perunding KH Zam, dan oleh itu anggapan di bawah s 114(g), Akta Keterangan 1950 adalah terpakai. 116. Mahkamah telah menimbangkan hujah Plaintif tersebut dan berpendapat ianya tidak berasas kerana – (a) beban untuk membuktikan tuntutan Plaintif atas imbangan kebarangkalian sentiasa terletak pada Plaintif (rujuk s 101, Akta Keterangan 1950). Tiada sebarang keterangan yang diketengahkan oleh Plaintif yang boleh dikatakan menyebelahi Plaintif yang telah disembunyikan oleh D2. Kes ini melibatkan pentadbiran kontrak yang mana terdapat Laporan Kemajuan Projek yang disediakan oleh Plaintif sendiri dan Minit-Minit Mesyuarat yang mana Plaintif mempunyai salinan dan akses penuh yang boleh dikemukakan oleh Plaintif sendiri untuk menyokong mana-mana fakta yang ingin dibuktikan oleh Plaintif. D2 tidak mempunyai sebarang tanggungawab untuk memanggil saksi-saksi mahupun mengemukakan dokumen-dokumen untuk mengesahkan kes dan pendirian Plaintif; (b) saksi-saksi yang dipanggil oleh mempunyai pengetahuan yang cukup dan akses kepada dokumen-dokumen yang berkenaan untuk memberikan keterangan mengenai pembelaan dan tuntutan balas D2. Plaintif tidak mengemukakan sapina untuk memanggil mana-mana saksi D2 yang tiada dalam Senarai Saksi D2 jika ada keterangan yang menyebelahi Plaintif diperlukan; (c) berhubung dengan Ir. Azman, SFC telah memohon masa untuk memanggilnya sebagai saksi selepas SD3 habis memberikan keterangan berikutan penekanan oleh peguam Plaintif yang terpelajar tentang kedudukan SD3 yang hanya ditempatkan di Bahagian Pembangunan, KPM mulai bulan Januari 2020. Ir. Azman telah ditukarkan ke penempatan lain dalam perkhidmatan D2 dan tidak dinamakan dalam Senarai Saksi D2. Permohonan SFC telah dibantah oleh peguam Plaintif. Mahkamah telah menerima bantahan Plaintif. Dalam hal ini, sekiranya Ir. Azman ialah seorang saksi yang dijangka boleh membantu kes Plaintif, seharusnya Plaintif tidak membuat bantahan atau menyenaraikan Ir. Azman dalam Senarai Saksi Plaintif dari awal; dan (d) berhubung dengan Encik Wong Kong Ping, namanya terdapat dalam Senarai Saksi D2 tetapi malangnya pada masa perbicaraan dijalankan, dia lumpuh dan tidak dapat hadir ke mahkamah. SD3 ialah pegawai bawahannya yang telah ditugaskan untuk mengendalikan Projek tersebut dan dipanggil sebagai saksi untuk menggantikan En. Wong Kong Ping. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mahkamah dan Plaintif mempunyai pengetahuan penuh berkaitan perkara ini. Tambahan pula, isu yang diutarakan oleh Plaintif adalah berkenaan kerja tanah yang telah dilakukan dalam pengiraan kadar kerja tanah bagi “disposal of excavated material” sedangkan fakta yang diplidkan oleh Plaintif ialah pengurangan kadar harga bagi pembuangan tanah tersebut. Tiada fakta berkaitan dengan pengiraan kerja tanah oleh Plaintif yang telah dibangkitkan. Pembelaan D2 adalah kadar harga tanah yang dirayu oleh Plaintif telah pun dipertimbangkan dan pembayaran telah dibuat berdasarkan kadar kerja tanah yang dikemukakan oleh pihak perunding KH Zam. Pengiraan tersebut telah dirujuk dan dimasukkan dalam PHK No. 2 yang disediakan oleh SD1. KESIMPULAN 117. Berdasarkan alasan-alasan yang dihuraikan di atas, tuntutan Plaintif ditolak dan tuntutan balas D2 dibenarkan sebanyak RM25,277,397.53 dengan faedah pada kadar 5% setahun daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. 118. SFC memohon kos berjumlah RM100,000.00 bagi pihak D2 dengan mengambilkira tempoh perbicaraan serta bilangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang terlibat. Peguam Plaintif berhujah bahawa kos RM10,000.00 adalah memadai. 119. Mahkamah mengambil kira faktor-faktor seperti yang diperuntukkan di bawah Aturan 59, kaedah 16, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan memerintahkan kos sebanyak RM60,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada D2. Bertarikh: 5 DISEMBER 2025 (ALIZA SULAIMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam bagi pihak Plaintif: Dato’ Abdul Fareed Bin Abdul Gafoor (Farah Nabilah Binti Shaharuddin bersamanya) Tetuan Ezrilaw Firm Peguam bagi pihak Defendan: Shazreen Nadia Zulkipli Peguam Kanan Persekutuan Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.