Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO.: BL-11BNCVC-10-11/2022 ANTARA TWO WOODS CO LTD PERAYU
BL-11BNCvC-10-11/2022
High Court of Malaysia7 Apr 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO.: BL-11BNCVC-10-11/2022 ANTARA TWO WOODS CO LTD PERAYU
3
SRI PRAVEENA A/P SINAPPAN RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KLANG) DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-A72NCVC-323-08/2021 ANTARA TWO WOODS CO LTD PLAINTIF
3
SRI PRAVEENA A/P SINAPPAN DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 02/05/2023 10:44:26 BL-11BNCvC-10-11/2022 Kand. 35 S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg [1] Ini adalah rayuan oleh Perayu terhadap sebahagian keputusan Majistret pada 31.10.2022 selepas perbicaraan penuh yang menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan dengan kos mengikut skala. A. LATAR BELAKANG [2] Perayu telah melantik Responden 1 untuk melaksanakan dan/atau memberi perkhidmatan sebagai penghantar barangan melalui No. BL:MNLCB2000158901 (“Konsaimen tersebut”). Konsaimen tersebut telah dihantar ke Pelabuhan Klang dimana Responden 1 dan/atau ejennya seharusnya mengutip konsaimen tersebut dan menghantarnya semula ke Manila, Filipina. [3] Perayu mendakwa apabila konsaimen itu tiba, ianya tidak dikutip oleh Responden-responden dan terbiar di pelabuhan. Perayu kemudian membayar sejumlah RM90,000.00 kepada Responden 1 setelah ejen dan/atau wakil Responden 1 (Gopal) memaklumkan kepada Perayu melalui “WhatsApp” dimana Responden 1 berhak untuk mengenakan caj kelewatan dan tahanan penyimpanan pelabuhan dan caj pembelian kontena. S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg [4] Perayu memplidkan bahawa atas desakan dan representasi Gopal, Perayu membuat bayaran sebanyak RM90,000.00 namun konsaimen tersebut tidak dilepaskan kepada Perayu dan/tau pelanggan Perayu di Manila. [5] Gopal kemudian memaklumkan kepada Perayu bahawa konsaimen itu ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Perayu memplidkan frod, mengelirukan dan salah nyata kepada Perayu. Responden-responden telah bertindak secara melulu dan cuai dalam memberikan kebenaran representasi kepada Perayu. [6] Perayu memplidkan bahawa Responden 2 dan Responden 3 telah dengan sengaja dan penuh pengetahuan melakukan perbuatan nyata dengan sengaja menyebabkan pembayaran berjumlah RM90,000.00 tersebut tidak dibayar kepada Perayu. Responden-responden telah memungkiri kontrak dengan Perayu apabila gagal membayar semula kepada Perayu RM90,000.00 serta gagal menghantar semula konsaimen ke Manila, Filipina seperti yang dijanjikan. S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg [7] Tuntutan Perayu adalah untuk Responden-responden membayar kembali RM90,000.00 kepada Perayu dengan serta merta, gantirugi am untuk ditaksirkan dan faedah. B. PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS DEFENDAN [8] Responden-responden menegaskan bahawa tembakau dan produk tembakau yang dibawa masuk ke Malaysia dari luar negeri samada untuk import, transit shipment adalah tertakluk kepada satu lesen import in transit sebagaimana yang diluluskan oleh kastam. Keperluan lesen import ini telah dimaklumkan awal kepada Perayu oleh Responden 2. Namun begitu, Perayu tidak mengedahkan makluman Responden ini dan telah menghantar konsaimen tersebut ke Pelabuhan Klang dari Manila, Filipina dan konsaimen itu tiba di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 17.7.2020. [9] Apabila konsaimen tersebut tina di Pelabuhan Barat, Responden 1 tidak boleh membuat apa-apa deklarasi berkenaan konsaiment tersebut kepada pihak Berkuasa Zon sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang kerana Responden 1 masih tidak ada lesen import tersebut. Responden 1 tidak dibenarkan untuk menguruskan transit dan pengeskportan semula konsaimen tersebut tanpa kelulusan pihak Kastam. Akibatnya konsaimen itu telah tersadai di S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg kawasan pelabuhan dan Responden 1 terpaksa menanggung segala caj-caj yang dikenakan atas kontena tersebut seperti caj detention & demurrage, caj penyimpanan, caj pelabuhan dan sebagainya kepada ejen perkapalan RCL Agencies (M) Sdn Bhd (“RCL”) dan Pelabuhan Barat. [10] Atas nasihat Gopal, kakitangan Responden 1, Perayu telah membuat bayaran sejumlah RM90,000.00 untuk menghentikan caj-caj tersebut dan kos pembelian kontena. Namun begitu, Responden-responden tidak pernah memberi jaminan pelepasan kontena itu kepada Perayu atau pelanggan Perayu di Manila tetapi menegaskan bahawa RM90,000.00 itu termasuk kos pembelian kontena dan untuk menghentikan caj-caj pihak ketiga yang dikenakan atas kontena tersebut. [11] Pada 11.1.2021, Responden 1 telah mendapat lesen import yang sah mulai 21.12.2020 sehingga 20.12.2021. Apabila Responden 1 hendak menguruskan pengeksportan konsaimen itu melalui ejen perkapalan lain, Responden1 dimaklumkan oleh ejen perkapalan bahawa kontena berisi konsaimen itu telah disita oleh Kastam. S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg [12] Responden-responden tidak pernah memfrod Perayu untuk membuat bayaran sebanyak RM90,000.00 tersebut. Apa yang berlaku adalah akibat kecuaian Perayu dan/atau pelanggan Perayu yang menghantar konsaiment tersebut tanpa Responden 1 memiliki satu lesen import in transit terlebih dahulu. Responden 1 terpaksa melantik peguam untuk berunding dengan Kastam dan untuk membantu melepaskan konsaimen dalam kontena tersebut. Responden 1 juga bakal dikenakan tindakan undang-undang oleh Kastam kerana membawa masuk konsaimen ke Kawasan Pelabuhan Barat tanpa lesen yang sah. [13] Selain itu, demi menjaga kepentingan Responden 1 berhubungan dengan konsaimen tersebut, Responden1 terpaksa menggunakan khidmat peguam dan Responden perlu menanggung kos khidmat peguam sebanyak RM45,000.00. Perayu perlu menanggung segala kos dan kerugian yang dialami oleh Responden-responden akibat dari penyitaan konsaimen tersebut yang dihantar oleh Perayu ke Pelabuhan Klang walaupun dinasihatkan oleh Responden untuk tidak berbuat demikian selagi lesen import belum diperolehi dari Kastam. Tuntutan balas Responden-responden terhadap Perayu adalah untuk kos guaman sebanyak RM45,000.00 dan juga gantirugi am dan faedah. S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [14] Mahkamah Rayuan didalam UMW Motor Sdn Bhd & Anor v Allan Chong Teck Hin [2021] 5CLJ 193 telah menggariskan beberapa prinsip berkaitan dengan campurtangan Mahkamah Atasan yang mendengar rayuan atas keputusan dan dapatan fakta oleh Hakim Bicara selepas mendengar keterangan saksi-saksi. Mahkamah Rayuan memutuskan: “ Principles of Appellate Intervention [28] Foremost on our minds are the two tests, namely, “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence” test for appellate interference in subordinate court’s findings. In respect of the two tests, the Court of Appeal held as follows in Lee Eng Chin & Ors v Gan Yook Chin & Anor [2003] 2CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97 at pp.90 to 99:
2
Generally, an appellate court will not intervene unless the trial court was shown to be plainly wrong in arriving at its decision or where there had been no or insufficient judicial appreciation of evidence. Judicial appreciation of evidence meant that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness, test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving evidence. Where contemporaneous documents existed, he must test the S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against this. He must also test the evidence of a witness against the probabilities of the case. The principle central to appellate interference is that a decision arrived by a trial court without judicial appreciation of the evidence may be set aside on appeal. [29] The Court of Appeal has reiterated in Ong Chiou & Anor v Keller (M) Sdn Bhd & Ors & anor appeal [2019] 1LNS26; [2019] 3MLRA 322 at pp 329 that: -
25
We are mindful of the limited role of the appellate court in relations to the findings of court made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demeanour and credibility of the finding ought not to be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an appellate court interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right. (see: Lee Ing Ching Ors v Gan Yook Chin & Anor [2003]2CLJ 19, [2003] 1 MLRA 95. Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin Ors [2004] 4 CLJ 309, [2004] 2 MLRA 1). [Penekanan oleh Mahkamah] [15] Majistret didalam alasan penghakimannya telah meneliti isu samada Perayu telah berjaya membuktikan kemungkiran kontrak, frod dan/atau salah nyata oleh Responden-responden. Majistret didalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa Responden telah memaklumkan kepada Perayu tentang keperluan lesen import S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg itu sebelum Perayu menghantar konsaimen itu dan bukanlah seperti alegasi Perayu dimana Perayu hanya mengetahui mengenai kegagalan Responden 1 untuk memperolehi lesen import setelah konsaimen tersebut berlepas dari Manila, Filipina. Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumentar, Majistret mendapati Responden telah menghalang Perayu dari awal lagi tetapi Perayu yang tidak menghiraukan nasihat yang diberi oleh Responden. Majistret juga menolak keterangan SP1 yang didapati tidak bercakap benar ketika di Mahkamah berbanding dengan keterangan SD1 yang konsisten dengan Pliding dan disokong dengan bukti dokumen. Atas alasan ini, maka Majistret memutuskan Plaintif sendiri cuai dalam menghantar konsaimen tersebut tanpa lesen yang sah yang mana ianya didalam pengetahuan Plaintif. [16] Majistret juga memutuskan bahawa Perayu gagal membuktikan bahawa Responden telah memberikan jaminan bahawa lesen akan diperolehi dalam masa 2 minggu secara lisan. Majistret mendapati keterangan SP1 bercanggah dengan dokumen-dokumen yang dikemukakan. Majistret juga mendapati Perayu gagal membuktikan terdapatnya kemungkiran kontrak, frod dan/atau salah nyata oleh Responden-responden. Mahkamah mendapati keterangan SD1 S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg adalah lebih konsisten dengan dokumen-dokumen khususnya apabila wujudnya perbualan ‘WhatsApp’ antara SP1 dan Gopal yang menunjukkan Responden telah memaklumkan kepada Perayu bahawa kontena tersebut telah disita oleh Kastam dan kegagalan kontrak ini bukan perbuatan Responden-responden. Jika ada kerugian yang timbul ianya akibat kecuaian Perayu yang tidak mendengar nasihat Responden 2. [17] Persoalan yang timbul diperingkat ini adalah samada Majistret khilaf didalam dapatan beliau apabila memutuskan Perayu gagal membuktikan tuntutannnya terhadap Responden-responden. [18] Pihak-pihak didalam satu perbicaraan penuh akan membuktikan tuntutan mereka masing-masing melalui keterangan saksi-saksi dan juga melalui sokongan dokumentar untuk membuktikan kes atas beban imbangan kebarangkalian, Ini seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan didalam Lim Guan Eng v PP [1998] 3MLJ 14, Gopal Sri Ram JCA (as he then was) “Now among the general rules that govern judicial appreciation of evidence in both civil and criminal causes in the adversarial system of justice, there is one fundamental importance. It is that S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg a party is bound by the evidence of witnesses whom he calls in proof of his case”. [19] Oleh itu, berpandukan kepada kes diatas, keterangan saksi-saksi bukan sahaja sebagai panduan kepada Mahkamah untuk mencapai kepada dapatan yang betul dan adil ianya juga mengikat pihak-pihak didalam membuktikan kes mereka. [20] Ini adalah antara isu-isu yang ditimbulkan Perayu didalam rayuannya I. Baki sebanyak RM 27,035.00 [21] Responden mengakui menerima bayaran sebanyak RM90,000.00 daripada Perayu dan daripada jumlah itu terdapat baki sebanyak RM27,035.00 yang gagal dipulangkan kembali kepada Perayu oleh Responden. Fakta ini diakui oleh SD 1 (Gopal a/l Marimuthu) [RR Bahagian B & C mukasurat 25 dan 46]. Mahkamah ini mendapati Majistret adalah khilaf apabila gagal mengambil kira keterangan ini untuk memerintahkan supaya baki sejumlah RM27,035.00 dipulangkan kepada Perayu. S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg II. Perayu gagal mengikuti nasihat Responen mengenai keperluan lesen yang mengakibatkan kerugian kepada Perayu apabila bertindak cuai menghantar kontena tanpa lesen. [22] Perayu didalam hujahan mereka menyatakan bahawa Perayu telah berurusan dengan D2 terlebih dahulu sebelum pelantikan D1.
Preamble
Menurut SP1 (Kok Wee Lim) dia telah lama mengenali pemilik D1 iaitu D2 sebelum pada transaksi yang menjadi isu didalam kes ini. Perayu telah pergi ke gudang Responden di Pelabuhan Kelang dan yakin bahawa D2 melalui D1 berupaya menguruskan perjalanan kontenanya. Atas alasan ini, maka Perayu menghubungi Defendan-defendan untuk menguruskan kontena dan konsaimen mereka. Responden dalam membalas hujahan ini menyatakan bahawa SP1 mengakui didalam Q&A No 10 [RR Jilid 2 mukasurat 8] dan pemeriksaan balas [RR Jilid 2 mukasurat 13] bahawa dia telah dinasihati oleh SD1 berkenaan dengan keperluan untuk keperluan lesen import sebelum kontena itu berlepas dari Manila, Filipina. Ini menurut SD1 adalah satu pengakuan fakta yang tidak menjadi pertikaian antara pihak-pihak. Namun ketika pemeriksaan semula, SP1 menyatakan dia hanya dimaklumkan oleh Responden tentang keperluan lesen import selepas kontena telah berlepas dari Manila. Ini menurut Responden, Perayu telah keluar dari penyataan yang diplid didalam plidingnya. S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg [23] Perayu merujuk kepada pemeriksaan balas SD1 dimana dia ditanya berkenaan ‘job scope’ iaitu operation manager ataupun control tower manager D1. Kesimpulan dari ‘job scope’ SD1 adalah membuat deklarasi serta berurusan dengan pihak kastam. SD1 tidak pernah berurusan dengan Perayu sejak dari awal kerana perbicangan berkenaan dengan urusan penghantaran dan penerimaan kontena dibincangkan diantara Perayu dan D2. Adalah hujahan Perayu, D2 tidak pernah memaklunkan kepada Perayu berkenaan keperluan untuk mendapatkan lesen import ini sebelum Perayu melantik Responden sebagai agen pengangkutannya. Perayu hanya dimaklumkan oleh D2 berkenaan lesen import pada 16.6.2020 setelah Perayu menghantar mesej ‘WhatsApp’ menyatakan konsaimen telah disahkan. Perayu cuba untuk menahan konsaimen daripada berlepas tetapi gagal. Perayu cuba menghubungi D2 untuk mengetahui tempoh untuk mendapatkan lesen import dan dimaklumkan lesen import akan mengambil masa 2 minggu. Responden menafikan memberikan jaminan sedemikian dan menghujahkan Perayu gagal untuk membuktikan bahawa terdapatnya jaminan sedemikian. [24] Mahkamah telah meneliti Nota Keterangan melibatkan SP1, ketika pemeriksaan balas, SP1 tidak menafikan dia tahu berkenaan S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg dengan lesen import dan dia dimaklumkan berkenaan perkara ini oleh Responden; tetapi ketika pemeriksaan semula dia memaklumkan kepada Mahkamah, dia tahu berkenaan keperluan lesen itu selepas dimaklumkan Responden dan pada ketika itu kontena bersama konsaimen telah berlepas dari Manila. Perayu cuba untuk menangguhkan pelepasan kontena tetapi gagal. Keterangan ini gagal diambil kira oleh Majistret yang bijaksana. D2 tidak hadir ke Mahkamah untuk mengesahkan bahawa keperluan lesen untuk import telah dimaklumkan kepada Perayu sebelum dari Responden dilantik sebagai ejen pengangkutan bagi pihak Perayu. Hanya D2 sahaja boleh mengesahkan bahawa Perayu telah dimaklumkan berkenaan keperluan lesen import sebelum Perayu melantik Responden sebagai ejen pengangkutan. Fakta ini penting kerana jika dibuktikan bahawa Perayu sebenarnya tahu tentang keperluan lesen import sebelum dari lantikan Responden sebagai ejen pengangkutan tetapi Perayu masih melantik Responden dan membenarkan pelepasan kontena dan konsaimen mereka dari Manila maka boleh dikatakan Perayu cuai dan kerugian yang dialami akibat kecuaian itu tidak boleh dituntut dari Responden. Dalam konteks ini, Mahkamah Majistret hanya mempunyai keterangan SP1 sahaja dan keterangan SD1 tidak membantu S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg berkenaan isu bila Perayu tahu tentang keperluan lesen iaitu sebelum atau selepas pelepasan kontena dari Manila. D2 adalah saksi yang penting dan material untuk membuktikan fakta bahawa Perayu tahu sebelum pelepsan kontena dari Manila bahawa Responden memerlukan lesen import itu. Didalam Pendakwa Raya v Mansor bin Mohd Rashid [1996] 3 MLJ 560, Chong Siew Fai CJ (Sabah & Sarawak) di mukasurat 579 memutuskan: “In determining this issue, the question to consider is whether the existence of a fact or state of things…the answer must naturally vary according to the circumstances, the nature of the fact required to be proved and its importance in the controversy, the usual and commonly recognised mode of proving it, the nature, quality and cogency of the evidence which had not been produced and its accessibility to the party concerned.” [penekanan diberi] Oleh itu, jelas dari keterangan diatas, Majistret gagal menimbangkan bahawa keterangan SP1 adalah gagal disangkal oleh saksi Responden atas isu itu sahaja dan keterangannya sewajarnya diterima oleh Mahkamah sebagai tidak dicabar (unrebutted evidence). S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg III. Perayu gagal membuktikan Responden telah memungkiri kontrak, frod dan/atau salah nyata. [25] Perayu mendakwa Responden tahu bahawa konsaimen tersebut tidak dapat diekspot semula tetapi memberi gambaran bahawa jika dibayar RM90,000.00 konsainmen tersebut dapat dieksport. Atas sebab ini, maka Perayu bersetuju untuk membayar jumlah tersebut. Ini menurut Perayu satu perbuatan salahnyata selaras dengan Seksyen 18 Akta Kontrak 1950. Responden pula menghujahkan, SP1 mengakui didalam pemeriksaan balasnya bahawa SP1 tidak berurusan dengan Responden 3 [RR Jilid 2 mukasurat 10]. SP1 juga tidak dapat memberikan apa-apa bukti bahawa Responden 2 telah menghubunginya dan mempengaruhinya untuk membayar RM90,000.00. SP1 berurusan dengan Gopal (SD1) berkaitan perkara ini. [26] SP1 didalam keterangannya menyatakan bahawa perbincangan berkenaan isu pelepasan konsaimen dibuat dengan wakil D1 iaitu SD1 pada 1.3.2021. D1 memaklumkan kepada Perayu bahawa konsaimen itu dalam perjalanan dan mereka dalam persediaan menyediakan dokumen untuk mengeksport konsaimen itu dan dalam usaha untuk mendapatkan tarikh pelayaran. Responden 1 memaklumkan kepada Perayu pada 5.3.2021 bahawa mereka S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg dalam proses mendapatkan jadual kapal dan penyediaan dokumen. Perayu mempercayai konsaimen tersebut dapat diekspot ke Manila maka dia bertindak membuat bayaran. SD1 didalam keterangannya [RR Jlid 2 mukasurat 76] menyatakan bahawa dia tidak tahu bahawa pihak JKDM telah lepaskan tahanan dalam e-Terminal Query bermaksud kontena serta konsaimen telah dikeluarkan dari kontena yard di Pelabuhan Barat ke Kawasan tahanan JKDM. Ini kerana Notis Sitaan tidak diberikan kepada Responden 1 selaku konsainee dalam Bill of Lading tetapi diberikan kepada RCL Agencies (M) Sdn Bhd selaku ejen perkapalan yang tidak menunjukkan Notis Sitaan bertarikh 26.1.2021 kepada Responden 1. [27] Perayu bergantung kepada representasi yang dibuat oleh Responden 1 bahawa kontena bersama konsaimen boleh dihantar kepada pelanggan Perayu di Manila, Filipina dan Responden 1 dalam proses penyediaan dokumen dan mendapatkan jadual pelayaran. Ini semua hanya akan berlaku setelah Perayu membuat bayaran sebanyak RM90,000.00 dan inilah yang telah dilakukan oleh Perayu. Majistret khilaf untuk menilai keterangan ini kerana ianya keterangan dari SD1 sendiri. S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg C. KESIMPULAN [28] Mahkamah yang menjalankan bidangkuasa rayuan tidak akan atau akan perlahan untuk mengganggu dapatan Hakim Bicara dan dalam konteks ini Majistret sekiranya Mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan dari segi penilaian keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumentar. Didalam kes ini, Mahkamah ini mendapati Majistret gagal memberi penilaian sewajarnya atas keterangan-keterangan saksi-saksi yang memihak kepada Perayu, oleh itu telah berlaku kegagalan untuk membuat dapatan yang tepat berdasarkan keterangan saksi-saksi ini. Oleh itu, berdasarkan alasan diatas, Mahkamah ini memutuskan untuk mengenepikan keputusan Majistret bertarikh 31.10.2022 dan membenarkan rayuan Perayu dengan kos sebanyak RM3000. Bertarikh 7 April 2023 t.t (NORLIZA BINTI OTHMAN) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg BAGI PIHAK PERAYU : Jeevapartnership (Kuala Lumpur) D-22-03, Menara Suezcap 1, KL Gateway, 2, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur BAGI PIHAK RESPONDEN : J.R Ravendren & Associates (Petaling Jaya) 17, Jalan SS 7/26, Dataran Usahawan, 47301 Petaling Jaya, Selangor S/N zEG5YVkUmkmU83I7ecuqg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.