Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NO: WA-62-199-12/2024] PENDAKWA RAYA
WA-62-199-12/2024
Sessions Court of Malaysia3 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lah atau yang melakukan kesalahan serupa agar berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. Pesalah Kali Pertama [25] Mahkamah ini merujuk kepada dapatan dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 di mana Hakim telah memutuskan- '…the fact that the accused has a clean”
“he originality of this document via eFILING portal 18 alasan remeh yang hanya melebihkan hak OKT dan tidak seharusnya berharap akan mendapat simpati. Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Amir Hamzah [2003] CLJU 736;[2003] 1 LNS 736; [2003] 3 AMR 626, Mahkamah telah menyatakan- “... The needs of the accused are far outw”
“n ketika dilakukan, kekerapan kesalahan jenayah dan sebagainya. Prinsip ini adalah di dalam keputusan kes Naaresh Thirunukarasoo lwn. PP [2024] CLJU 125 yang memetik kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; 1 LNS 864 - "Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of f”
“a disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan disebat. [20] Seterusnya Mahkamah ini juga merujuk kes PP v. Faizul Abdullah [2018] CLJU 889 di mana YA Ahmad Shahrir Mohd Salleh PK. YA dalam penghakimannya menzahirkan pandangannya seperti berikut: “[”
“nality of this document via eFILING portal 10 keadaan kesalahan ketika dilakukan, kekerapan kesalahan jenayah dan sebagainya. Prinsip ini adalah di dalam keputusan kes Naaresh Thirunukarasoo lwn. PP [2024] CLJU 125 yang memetik kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; 1 LNS 864 - "Jurisprudence relating to se”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NO: WA-62-199-12/2024] PENDAKWA RAYA
1
Rayuan ini telah difailkan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) melalui Notis Rayuan yang bertarikh 8/7/2025 kerana tidak berpuas hati dengan hukuman yang Mahkamah ini telah jatuhkan terhadap OKT pada 3/7/2025 di bawah seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Merbahaya 1958 iaitu penjara (5) lima tahun dari tarikh tangkap (3/12/2024) dan satu (1) sebatan. Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti yang berikut: PERTUDUHAN :- BAHAWA KAMU PADA 3/12/2024 JAM LEBIH KURANG 3.42 PETANG DI HADAPAN KEDAI SECRET RECIPE, CENTRAL MARKET, DI DALAM DAERAH DANG WANGI, DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TELAH DI DAPATI TANPA SEBAB-SEBAB YANG SAH DALAM MILIK KAMU SENJATA MERBAHAYA IAITU SEBILAH PISAU OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 6(1) AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958. HUKUMAN :- JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM DENGAN PENJARA TIDAK KURANG LIMA TAHUN ATAU UNTUK SATU TEMPOH TIDAK LEBIH SEPULUH TAHUN DAN DISEBAT.
2
OKT telah di bawa ke hadapan Mahkamah ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan di atas pertama kali pada 5/12/2024. OKT tidak mengaku pisau itu miliknya dan mengaku salah. Namun, Mahkamah tidak merekodkan apa-apa pengakuan pada tarikh tersebut dan kes ditetapkan 3 untuk sebutan kali kedua pada 6/1/2025. Jamin juga tidak ditawarkan ke atas OKT kerana “flight risk “ sebagai pemegang kad UNHCR. Mahkamah membenarkan tiada jamin ke atas OKT.
3
Seterusnya pada tarikh 6/1/2025 iaitu sebutan kes bagi status serahan dokumen dan lantikan peguam oleh OKT. Dokumen belum serah dan peguam yang masih belum dilantik oleh OKT. Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh sebutan kali ketiga pada 3/2/2025 bagi lantikan peguam oleh kerana OKT memerlukan masa.
4
Pada tarikh sebutan kali ketiga iaitu pada 3/2/2025 tersebut, status serahan dokumen oleh pihak pendakwaan telah dikemaskini iaitu ianya telah diserahkan kepada OKT, namun OKT masih belum melantik peguam. Justeru, Mahkamah ini menetapkan tarikh-tarikh bicara iaitu pada 2 hingga 3 Julai 2025. Kes juga ditetapkan untuk sebutan pada 4/6/2025 bagi status lantikan peguam oleh OKT.
5
Seterusnya, pada 4/6/2025 status lantikan peguam oleh OKT telah dikemaskini iaitu ianya masih belum dibuat Oleh yang demikian, Mahkamah ini mengekalkan tarikh-tarikh bicara iaitu pada 2 hingga 3 Julai 2025 yang telah ditetapkan pada 3/2/2025 terdahulu.
6
Seterusnya, perbicaraan yang ditetapkan pada 2/7/2025 terpaksa dilapangkan kerana Mahkamah diarahkan untuk berkursus di Istana Kehakiman pada 1 hingga 2 Julai 2025 dan perbicaraan bagi kes ini akan diteruskan pada 3/7/2025.
7
Pada 3/7/2025 iaitu hari pertama perbicaraan, apabila pertuduhan pindaan dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu, diterangkan dan difahami oleh OKT, OKT telah mengaku salah dan faham sifat dan akibat pengakuannya. Natijahnya, OKT telah dihukum dengan 5 tahun penjara dan satu (1) sebat.
8
Mahkamah ini membenarkan pertuduhan pindaan tersebut berdasarkan peruntukkan undang-undang dalam seksyen 158 Kanun Acara Jenayah yang juga ia tidak akan memprejudiskan OKT. Pertuduhan pindaan tersebut dinyatakan di sini – PERTUDUHAN (PINDAAN): BAHAWA KAMU PADA 3/12/2024 JAM LEBIH KURANG 3.42 PETANG DI HADAPAN KEDAI SECRET RECIPE, CENTRAL MARKET, DI DALAM DAERAH DANG WANGI, DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TELAH DIDAPATI TANPA SEBAB-SEBAB YANG SAH DALAM MILIKAN KAMU SENJATA MERBAHAYA IAITU SEBILAH PISAU ANGGARAN 21.5 CM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 6(1) AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958. HUKUMAN: JIKA DISABITKAN KESALAHAN BOLEH DIHUKUM DENGAN PENJARA TIDAK KURANG DARIPADA LIMA TAHUN ATAU UNTUK SUATU TEMPOH TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH TAHUN DAN JUGA SEBATAN.
9
Bersabit report THSL/050779/24, pengadu telah mendapat maklumat daripada orang awam yang mengatakan bahawa seorang lelaki Myanmar telah datang membuat huru-hara dengan cara menghayun pisau lipat cukur rambut di Kawasan Secret Recipe Central Market, Lot1.01A & 1.01B, Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur.
10
Pengadu sebagai Polis Bantuan telah ke tempat kejadian dan berjumpa lelaki tersebut yang dikenali sebagai Iman Hussein Mohamad Kalu iaitu OKT dalam kes ini yang tidak mahu memberi kerjasama dan memberontak. Pengadu dalam kes ini telah menangkap OKT dan telah menjumpai 1 pisau lipat jenis cukur rambut berwarna hitam di dalam beg silang warna hitam milik OKT.
11
Setelah itu, pengadu dalam kes ini telah menyerahkan barang kes dan OKT kepada pengawai penyiasat iaitu Insp. Muhammad Isa bin Mohd Daud dan hasil siasatan mendapati bahawa OKT telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. SENARAI EKSIBIT 1) Fakta kes eksibit P1 2) Laporan polis THSL/050779/24 eksibit P2 3) Gambar tempat kejadian (3 keping) eksibit P3 (1-3) 4) Gambar barang kes eksibit P4 (1-2) 5) Gambar pegun CCTV eksibit P5 (1-5) Kesemua eksibit kes telah dicamkan dan diakui oleh OKT.
12
Mahkamah ini berpuas hati pengakuan salah oleh OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua eksibit adalah “unreserved, unequivocal and unqualified” dan telah merekodkan bahawa OKT bersalah terhadap pertuduhan setelah mengambil kira pengakuan OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua ekshibit di dalam kes ini. Mahkamah ini merujuk terhadap prinsip perundangan mengenai “unreserved, unequivocal and unqualified” di dalam kes PP v. Nor
15
Zuliana Tahir & Anor [2017] CLJU; [2017] 1 LNS 1137 - “The judge said, "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a Court can accept a plea of guilty as valid and unequivocal. First, the Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his own mouth, and not through his Counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence." RAYUAN PERINGANAN HUKUMAN [13] OKT secara sendiri membuat rayuan bagi pihaknya yang dinyatakan secara ringkas di sini iaitu – • OKT mempunyai seorang anak; • Isteri OKT pula makan ubat; • Ibu OKT di kampung; • OKT menyara keluarga dengan gaji RM1600 sebagai tukang gunting rambut di Malaysia, OKT adalah penyara tunggal; • Adik OKT juga masih bersekolah. RAYUAN PEMBERATAN HUKUMAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA [14] Hukuman setimpal perlu dikenakan. Milikan OKT adalah sebilah pisau cukur yang berukuran 21.5 CM . Puan Timbalan Pendakwa Raya juga mengemukakan “arah aliran” atau “trend” hukuman bagi kesalahan yang sama dengan menyatakan di Mahkamah Sesysen 7 Kuala Lumpur iaitu kes (2021) (SMCU) 165, hukuman diberi ialah 5 tahun bagi perbicaraan penuh di mana dalam kes tersebut OKT memiliki 2 bilah pisau. [15] Setelah mendengar rayuan peringanan hukuman OKT dan rayuan pemberatan hukuman dari Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan (1) satu sebat. ALASAN MAHKAMAH [16] Sebelum Mahkamah ini menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini sentiasa mengingatkan diri bahawa perlunya melihat akan “jurisprudence “ berkaitan dengan hukuman seperti keberatan kesalahan, keadaan kesalahan ketika dilakukan, kekerapan kesalahan jenayah dan sebagainya. Prinsip ini adalah di dalam keputusan kes Naaresh Thirunukarasoo lwn. PP [2024] CLJU 125 yang memetik kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; 1 LNS 864 - "Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” Hukuman menurut undang-undang. [17] Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) seperti yang berikut:
173
Prosedur dalam perbicaraan terus. Prosedur berikut hendaklah diikuti oleh majistret-majistret dalam perbicaraan terus:
a
(a)...;
b
Jikalau tertuduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada pertuduhan yang asal ataupun yang dipinda itu maka pengakuannya itu hendaklah direkodkan dan dengan itu ia bolehlah disabitkan dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang;
c
(c)... [18] Prinsip hukuman menurut undang-undang telah dijelaskan di dalam kes Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [ 1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 di mana Hakim telah memutuskan, "a sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles". [19] Hukuman menurut undang-undang seperti termaktub dalam seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 ialah –
6
Membawa senjata berbahaya di tempat awam
1
Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, di mana-mana jalan atau tempat awam, apa-apa senjata berbahaya selain dengan kebenaran yang sah atau bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan disebat. [20] Seterusnya Mahkamah ini juga merujuk kes PP v. Faizul Abdullah [2018] CLJU 889 di mana YA Ahmad Shahrir Mohd Salleh PK. YA dalam penghakimannya menzahirkan pandangannya seperti berikut: “[24] Turning back to the present appeal, I am mindful that the words “shall be liable”, on their own, do not connote a mandatory meaning compared with the words “shall be punished”. However, since the words “shall be liable” in section 6(1) of the Act refers to a range of minimum and maximum term of imprisonment as well as a sentence of whipping, I am of the considered view that the discretion denoted by the words “shall be liable” appearing in section 6(1) of the Act refers to the discretion to impose a sentence of imprisonment and the discretion to impose a sentence of whipping. If a sentence of imprisonment is imposed, the term of imprisonment must not be lesser or longer than that as provided for. The court is also given the discretion to impose a sentence of whipping under section 6(1) of the Act. I am fortified in my view by the presence of the comma as a punctuation appearing immediately alter the words “... and not more than ten years” and the conjunction “and” appearing immediately alter that comma in section 6(1) of the Act. I am of the considered view that it would be a mockery and an averse to interpretation of the law if it is said that a sentence other than that which is provided for under the law for may be imposed…” Kesalahan serius dan kepentingan awam. [21] Mahkamah mendapati kesalahan OKT lakukan satu kesalahan yang serius kerana OKT ditangkap bersama sebilah pisau lipat berukuran
21
21.5 CM di tempat awam iaitu di hadapan Kedai Secret Recipe, Central Market dan umum mengetahui Pasar Seni, Kuala Lumpur adalah di tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan adalah antara pusat tumpuan awam yang sentiasa dikunjungi pelancong luar negara dan tempatan. [22] Mahkamah ini mengambil berat terhadap fakta bahawa tempat awam tersebut kebiasaannya adalah terdiri daripada ramai orang awam dengan urusan masing-masing samada pelancongan atau bersantai. Mereka terdiri dari pelbagai peringkat umur, pelbagai peringkat kesihatan dan keupayaan. Sementelah, OKT pula adalah di antara orang-orang awam yang berkeliaran tersebut. [23] Adalah menjadi fakta bahawa lebih memburukkan keadaan, bersama-sama OKT adalah sebilah pisau lipat berukuran 21.5 CM. Mahkamah ini mengambil perhatian bahawa fakta kes (eksibit P1) yang diakui oleh OKT dengan jelas menyatakan bahawa OKT ada menghayun pisau lipat ditempat awam secara berbahaya. Malahan OKT tidak memberi kerjasama serta memberontak. Perlakuan-perlakuan ini semuanya tidak memberi keamanan dan keselamatan terhadap orang-orang awam di sana. Di sini, adalah jelas Mahkamah ini harus mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan OKT. [24] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman penjara yang berat sebagai pengajaran kepada OKT dan untuk menghantar mesej kepada orang awam bahawa Mahkamah melihat kesalahan tersebut sebagai suatu kesalahan yang serius. Keseriusan hukuman yang dijatuhkan harus memberi kesan dan mesej kepada bakal pesalah atau yang melakukan kesalahan serupa agar berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. Pesalah Kali Pertama [25] Mahkamah ini merujuk kepada dapatan dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 di mana Hakim telah memutuskan- '…the fact that the accused has a clean record may not necessarily operate as a factor in mitigation where there are no mitigation factors in the circumstances of the offence... ' Pengakuan Salah. [26] Secara amnya pengakuan salah oleh OKT sememangnya menjimatkan masa mahkamah dan kos. Di sini Mahkamah telah merujuk kepada kes PP v. Wan Hasrul Nizam [2017] 4 CLJ 389, Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "[16] In the criminal justice system, the court should give the appropriate discount to the sentence supposed to be imposed at the end of a full trial after having heard the mitigation. In the present case, this court takes into account the plea of guilty and the respondent being a first offender as relevant mitigating factors, and acknowledged that the learned trial judge had correctly considered these factors in her grounds of judgment." [27] Oleh yang demikian, mengambil kira pengakuan salah OKT pada awal perbicaraaan harus diberi satu diskaun kerana ini membuktikan OKT telah merasa insaf dan pengakuan tersebut juga telah menjimatkan masa serta kos. Hukuman pemenjaraan yang bermula dari tarikh tangkap adalah sesuai dalam kes ini. [28] Di dalam kes ini, di mana mengambil kira faktor pengakuan salah bersama faktor-faktor yang lain, Mahkamah telah memberikan hukuman tersebut kerana selain daripada membantu Mahkamah untuk melupuskan kes tersebut dengan secepat mungkin, menjimatkan masa serta kos. Mahkamah ini juga percaya mesej telah disampaikan bahawa keseriusan kesalahan serupa kepada bakal pesalah atau yang akan melakukan kesalahan serupa untuk berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. Latarbelakang OKT [29] Mahkamah ini juga mengambil pengetahuan tentang latarbelakang OKT bagi menyeimbangkan kepentingan OKT dengan kepentingan awam. Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan faktor untuk keringanan dengan faktor pemberatan. Namun rayuan OKT mengenai latarbelakangnya di dalam kes ini bukanlah satu faktor untuk keringanan. [30] Pandangan Mahkamah mengenai isu OKT sebagai penanggung tunggal keluarga, mempunyai seorang anak dan ibu di kampung, isteri yang makan ubat sera mempunyai adik yang masih bersekolah adalah alasan remeh yang hanya melebihkan hak OKT dan tidak seharusnya berharap akan mendapat simpati. Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Amir Hamzah [2003] CLJU 736;[2003] 1 LNS 736; [2003] 3 AMR 626, Mahkamah telah menyatakan- “... The needs of the accused are far outweighed by issues of public interest." [31] Mahkamah telah membandingkan kesemua faktor di atas dengan faktor public interest dan Mahkamah mendapati di dalam kes ini the scale of justice kepentingan awam mengatasi kepentingan OKT. [32] Tidak ada justifikasi OKT membawa senjata pisau lipat tersebut di tempat awam malahan OKT ada menghayun pisau lipat ditempat awam secara berbahaya di samping OKT yang tidak memberi kerjasama serta memberontak ketika proses penahanannya. Hukuman - Kuantum [33] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] CLJ Rep 209 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "…In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly the gravity of the type of offense committed. Secondly, the facts in the commission of the offense, thirdly the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offenses to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrent does not justify the sentence in passing a sentence of greater length than what the facts of the offense warrant. The gravity of the type of offense involved must be considered in the light of the particular facts of the offense. " [34] Di dalam kes ini Mahkamah telah mengambil kira faktor hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu minimum dengan
5
lima tahun penjara, keseriusan kesalahan, imbangan kepentingan awam dan kepentingan OKT, pengakuan salah OKT, latarbelakang OKT, rayuan peringanan hukuman oleh OKT dan rayuan pemberatan hukuman pihak Timbalan Pendakwa Raya serta tempoh penahanan reman OKT sebelum menjatuhkan hukuman tersebut. KESIMPULAN [35] Setelah mengambil kira faktor prinsip hukuman di atas, Mahkamah mendapati hukuman tersebut adalah berkadaran dengan jenayah yang telah dilakukan oleh OKT. Mahkamah juga berpendapat hukuman tersebut adalah suatu hukuman yang sesuai dan wajar sepertimana alasan-alasan di atas. Bertarikh 10hb Julai 2025 Mohd Zaki bin Mohd Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah No 12 Kuala Lumpur Nama Peguam dan Firma Guaman- 1) TPR Ravindejit Kaur Jabatan Peguam Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; 2) OKT (Tidak diwakili)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.