Schedule
Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964 ANTARA IMIKA EMPIRE SDN BHD (No. Syarikat: 1260411-M) …PEMOHON DAN 1. LOW SOO TENG (No. K/P: 780424-01-6242) 2. TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA ...RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan Pemohon atas keputusan Mahkamah ini menolak permohonan untuk semakan kehakiman atas keputusan Responden 2 membenarkan award bersabit tuntutan Responden 1 berjumlah RM7,169.00 bagi pembelian 2 barangan berupa “PC Desktop” jenama Lenovo dan komputer riba jenama “HP”. Kedua-dua barangan ini yang masing-masing berjumlah RM3,269.00 dan RM3,900.00 dibeli oleh Responden 1 daripada Pemohon pada 6.12.2022. [2] Responden 1 membeli kedua-dua barangan ini atas representasi yang diberikan oleh wakil Pemohon bahawa kedua-dua barangan ini adalah baru yang merupakan stok daripada pengilang yang tidak dijual. Aduan Responden 1 semasa membuat tuntutan pada 27.1.2023 ialah dia mendapati kedua-dua barangan ini mempunyai masalah seperti bateri yang amat panas bila digunakan, fungsi komputer yang perlahan yang membawa kepada keperluan RAM yang perlu ditingkatkan kapasitinya dengan pembelian unit baru, CPU yang dalamnya berdebu yang memberi gambaran ia bukan unit baru tetapi ‘refurbished’, bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh wakil Pemohon kepada Responden 1. [3] Pemohon pula membangkitkan hak Pemohon untuk didengar telah diketepikan oleh Responden 2 kerana tiada wakil Pemohon hadir semasa pendengaran saman Responden 1, meskipun wakil Pemohon ada hadir pada waktu pagi tetapi penangguhan oleh Responden 2 untuk pendengaran dianjak ke sebelah petang, dikatakan tidak dimaklumkan kepada wakil Pemohon. [4] Isu sama ada benar terdapat kecacatan atau kelemahan dari segi prestasi unit barangan yang dibeli Responden 1 atau jika ia sesuai ditafsirkan sebagai satu kerosakan pada 2 unit barangan yang dibeli oleh Responden 1 adalah satu dapatan fakta dan Mahkamah ini tidak akan menyentuh keputusan oleh Presiden Tribunal berhubung penemuannya yang berpuashati dengan aduan Responden 1. [5] Mahkamah ini percaya dapatan fakta Presiden Tribunal adalah berasaskan kepada aduan, bukti dokumentari dalam bentuk teks mesej secara WhatsApp di antara Responden 1 dan Pemohon, dan semestinya ia termasuk penjelasan oleh Responden 1 yang merupakan pengadu dalam kes di hadapan Tribunal ini (lihat alasan penghakiman dan nota prosiding eksibit “M-1” lampiran 13 afidavit balasan Responden 1). [6] Isu undang-undang yang berbangkit daripada prosiding ini ialah sama ada award ini diputuskan tanpa kehadiran wakil Pemohon dengan tarikh dan waktu pendengaran tidak dimaklumkan kepadanya yang membawa kepada hak untuk wakil Pemohon didengar, dihalang. Untuk menjawab isu ini, Mahkamah telah melihat eksibit “M-1” yang jelas menunjukkan Pemohon iaitu “Penentang” dalam aduan di hadapan Tribunal, telahpun disampaikan dengan pemberitahuan tentang tarikh dan masa prosiding bicara akan bermula dan terdapat catatan yang menunjukkan Presiden Tribunal telah mengarahkan mindanya kepada isu ini dan telah berpuashati notis tarikh dan waktu telah disampaikan kepada Pemohon @ Penentang dengan sempurna. [7] Presiden Tribunal, dalam membuat keputusan ini telah merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada Presiden untuk meneruskan dengan pendengaran di dalam ketidakhadiran tanpa alasan diberikan oleh Penentang, setelah berpuashati notis pendengaran disampaikan. Ini jelas dibenarkan oleh Peraturan 21 Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 yang memperuntukkan seperti berikut: “Peraturan 21. Ketidakhadiran pihak (1) Jika pihak yang menuntut tidak hadir pada tarikh, masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi penentang hadir, Presiden boleh, jika dia berpuas hati bahawa notis pendengaran telah diserahkan dengan sepatutnya- (a) menolak tuntutan itu, jika penentang tidak mempunyai tuntutan balas, (b) membuat suatu award bagi tuntutan balas itu, jika penentang mempunyai tuntutan balas. (2) Suatu award yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah dalam Borang 7. (3) Jika penentang tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi pihak yang menuntut hadir Presiden boleh, jika dia berpuashati bahawa notis pendengaran telah diserahkan dengan sepatutnya- (a) meneruskan pendengaran tanpa kehadiran penentang; atau (b) menangguhkan pendengaran ke suatu tarikh kemudian. Sebelum membereskan tuntutan itu tanpa kehadiran penentang, Tribunal hendaklah menimbangkan apa-apa representasi yang dikemukakan oleh pihak yang menuntut. (4) Suatu award yang dibuat jika penentang tidak hadir hendaklah dalam Borang B. (5) Jika kedua-dua pihak tidak hadir pada tarikh, masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran, tindakan itu hendaklah dibatalkan.” [8] Berdasarkan kepada dapatan ini, Mahkamah ini tiada sebab untuk mengganggu keputusan Tribunal membenarkan tuntutan Responden 1 iaitu Pengadu. Tiada apa-apa ketidakpatuhan peraturan yang telah berlaku mahupun apa-apa asas lain untuk membenarkan semakan Kehakiman ini. Prinsip Semakan Kehakiman [9] Di dalam kes Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister of Civil Service [1985] AC 374 yang mana telah diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 seperti berikut: “In this context, it is useful to note how Lord Diplock (at pp 410– 411) defined the three grounds of review, to wit, (i) illegality, (ii) irrationality, and (iii) procedural impropriety. This is how he put it: By 'illegality' as a ground for Judicial Review I mean that the decision maker must understand directly the law that regulates his decision making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of a dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exercisable. By 'irrationality' I mean what can by now be succinctly referred to as 'Wednesbury unreasonableness' (see Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. Whether a decision falls within this category is a question that judges by their training and experience should be well equipped to answer, or else there would be something badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v. Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by ascribing it to an inferred though undefinable mistake of law by the decision maker. 'Irrationality' by now can stand on its own feet as an accepted ground on which a decision may be attacked by Judicial Review. I have described the third head as 'procedural impropriety' rather than failure to observe basic rules of natural justice or failing to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to Judicial Review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice. Lord Diplock also mentioned 'proportionality' as a possible fourth ground of review which called for development.” [10] Mahkamah dalam bidang kuasa Malaysia telah melebarkan pemakaian kuasa semakan kehakiman bukan hanya terhad setakat ke atas “decision making process” apabila di dalam kes R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia & Anor (supra) Mahkamah Persekutuan membincangkan dicta Lord Diplock di dalam kes Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister of Civil Service (supra) di atas dan memutuskan seperti berikut melalui penghakiman oleh Edgar Joseph Jr FCJ: “It is often said that judicial review is concerned not with the decision but the decision making process. This proposition may well convey the impression that the jurisdiction of the Courts in judicial review proceedings is confined to cases where the aggrieved party has not received fair treatment by the authority to which he has been subjected, or as stated by Lord Diplock in Council of Civil Service Unions v. Minister for the Civil Service where the impugned decision is flawed on the ground of procedural impropriety. But Lord Diplock's other grounds for impugning a decision susceptible to judicial review makes it abundantly clear that such a decision is also open to challenge on ground of 'illegality' and 'irrationality' and in practice this permits the Courts to scrutinise such decisions not only for process, but also for substance. Lord Diplock also mentioned "proportionility" as a possible ground of review which called for development.” [11] Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membolehkan Mahkamah di dalam bidang kuasa semakan kehakimannya bukan sahaja menyemak “decision making process” tetapi juga “merit of the decision” telah dipakai di dalam beberapa kes kemudian termasuk kes Kolonel Dr Faiz Azraai Abdul Aziz v. Mahkamah Tentera Divisyen Keempat Infantri Malaysia [2023] 5 CLJ 843, Akira Sales & Services (M) Sdn Bhd v. Nadiah Zee Abdullah & Another Appeal [2018] 2 CLJ 513; [2018] 2 MLJ 537 antaranya. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini mengikat Mahkamah ini dalam mendengar permohonan semakan Kehakiman ini. [12] Bersandarkan kepada prinsip terkini kes-kes di atas, Mahkamah ini membuat penemuan bahawa keputusan Responden 2 yang dicapai dengan mengarahkan minda kepada kehadiran Pemohon iaitu Penentang untuk menjawab tuntutan Pemohon Responden 1 dan telah berpuashati Penentang tidak hadir tanpa mengemukakan apa-apa alasan meskipun makluman tarikh telah disampaikan tidak mengakibatkan satu perlanggaran prosedur kerana peraturan yang ada membenarkan kes diteruskan di dalam ketidakhadiran Penentang. Dalam erti kata lain, tindakan Presiden meneruskan prosiding sehingga membawa kepada award, dibenarkan oleh peraturan undang-undang Tribunal. [13] Atas alasan ini, semakan Kehakiman ini ditolak. Ini ditambah dengan pendapat Mahkamah ini bahawa pihak Responden 2 telah bertindak secara munasabah menurut aturan undang-undang untuk tidak menjadikan tindakan Responden sebagai suatu yang “irrational, illegal atau procedural impropriety”, oleh itu tidak memenuhi prinsip yang digariskan oleh nas otoriti Mahkamah Persekutuan untuk membenarkan Semakan Kehakiman ini. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 13.02.2025 KAUNSEL Bagi pihak Pemohon: Affina Abd. Hakim Tetuan Amirfaliq & Syahidah Peguambela & Peguamcara No. 11 & 14 Jln Teh Hawa 30300 Ipoh Perak Bagi pihak Responden (1): Low Soo Teng 93-01, Jalan Molek 1/29 Taman Molek 81100 Johor Bahru Bagi pihak Responden (2): Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Putrajaya Aras 5, Podium 2 No. 13 Persiaran Perdana Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62623 Putrajaya Wilayah Persekutuan, Putrajaya