Schedule
Jadual 2 Akta 357 adalah bersifat “offensive” (menyerang). Kekerapan kes-kes milikan senjata secara umum memerlukan hukuman penjara yangg berat wajar diberikan kepad OKT dan bagi orang awam pula adalah untuk mengelakkan kesalahan yang sama. OKT juga telah tinggal lebih masa. Ketika hujahan balas, Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar juga telah memohon untuk satu hukuman yang berat dengan mengambil kira fakta kes dan peruntukan di bawah seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan Dan Letupan Dan S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g Senjata Merbahaya 1958 iaitu OKT boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan juga boleh disebat. Setelah mendengar rayuan OKT dan rayuan balas dari Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap OKT. [4] ALASAN MAHKAMAH Mahkamah telah menjatuhkan hukuman tersebut berlunaskan kepada prinsip hukuman seperti yang berikut: 4.1 Jurisprudence Hukuman Sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini sentiasa mengingatkan diri bahawa perlu melihat akan “jurisprudence “berkaitan dengan hukuman seperti keberatan kesalahan, keadaan kesalahan ketika dilakukan, kekerapan kesalahan jenayah dan sebagainya seperti yang Mahkamah ini rujuk ialah terhadap rujukan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi iaitu YA. Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet di dalam keputusan kes Naaresh Thirunukarasoo lwn. PP [2024] CLJU 125 yang memetik kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; 1 LNS 864 - "Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” 4.2 Hukuman menurut undang-undang. Mahkamah sedia maklum yang sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah terhadap OKT mestilah dalam rangkuman hukuman yang telah di peruntukan di bawah seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Merbahaya 1958. Prinsip ini sedia termaktub di dalam seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) seperti yang berikut: 173. Prosedur dalam perbicaraan terus. Prosedur berikut hendaklah diikuti oleh majistret-majistret dalam perbicaraan terus: (a)...; (b) Jikalau tertuduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada pertuduhan yang asal ataupun yang dipinda itu maka pengakuannya itu hendaklah direkodkan dan dengan itu ia bolehlah disabitkan dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang; (c)... S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g Prinsip hukuman menurut undang-undang telah dijelaskan di dalam kes Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [ 1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 di mana Hakim telah memutuskan, "a sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles". Bagi maksud hukuman menurut undang-undang Mahkamah ini telah merujuk kepada seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Merbahaya 1958 – 6. Membawa senjata berbahaya di tempat awam (1) Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, di mana-mana jalan atau tempat awam, apa-apa senjata berbahaya selain dengan kebenaran yang sah atau bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan disebat. Mahkamah ini juga merujuk kes Lim Guan Eng And Other Appeals v. Public Prosecutor [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperi yang berikut: "The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest. Reasons must be given for imposing a particular sentence to enable an appellate court to ensure that there has been no error in principle” Seterusnya Mahkamah ini juga merujuk kes PP v. Faizul Abdullah [2018] CLJU 889 di mana YA Ahmad Shahrir Mohd Salleh PK. YA dalam penghakimannya menzahirkan pandangannya seperti berikut: “[24] Turning back to the present appeal, I am mindful that the words “shall be liable”, on their own, do not connote a mandatory meaning compared with the words “shall be punished”. However, since the words “shall be liable” in section 6(1) of the Act refers to a range of minimum and maximum term of imprisonment as well as a sentence of whipping, I am of the considered view that the discretion denoted by the words “shall be liable” appearing in section 6(1) of the Act refers to the discretion to impose a sentence of imprisonment and the discretion to impose a sentence of whipping. If a sentence of imprisonment is imposed, the term of imprisonment must not be lesser or longer than that as provided for. The court is also given the discretion to impose a sentence of whipping under section 6(1) of the Act. I am fortified in my view by the presence of the comma as a punctuation appearing immediately alter the words “... and not more than ten years” and the conjunction “and” appearing immediately alter that comma in section 6(1) of the Act. I am of the considered view S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g that it would be a mockery and an averse to interpretation of the law if it is said that a sentence other than that which is provided for under the law for may be imposed…” 4.3 Kesalahan serius dan kepentingan awam. Mahkamah mendapati kesalahan OKT lakukan satu kesalahan yang serius kerana OKT ditangkap bersama 3 bilah senjata berbahaya iaitu 2 bilah kerambit dan sebilah pisau lipat di tempat awam iaitu di di tepi Jalan Raja Laut, Chow Kit dan umum mengetahui tempat tersebut adalah di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa dipenuhi orang awam dengan urusan peribada masing-masing. Mahkamah ini mengambil berat terhadap fakta bahawa tempat awam tersebut kebiasaanya adalah ramai orang awam berkeliaran dengan urusan masing-masing yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, pelbagai peringkat kesihatan dan keupayaan. OKT adalah di antara orang-orang awam yang berkeliaran tersebut. Bersama-samanya adalah 3 bilah senjata berbahaya. Mahkamah ini tidak akan dapat membayangkan jika OKT menggunakan 3 bilah senjata tersebut untuk tujuan jenayah kekerasan terhadap orang-orang berkeliaran berkenaan. Natijahnya sudah pasti ramai yang akan mengalami trauma dan lebih buruk lagi kecederaan ringan atau berat malahan kematian. Di sini, Mahkamah ini harus mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan OKT. S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g Dalam keadaan sedemikian Mahkamah ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman penjara yang berat sebagai pengajaran kepada OKT dan untuk menghantar mesej kepada orang ramai bahawa Mahkamah melihat kesalahan tersebut sebagai suatu kesalahan yang serius. Mahkamah ini berpendapat adalah lebih sesuai OKT dipenjarakan bagi memberi pengajaran kepada OKT yang berkeliaran di tempat awam bersama-sama 3 bilah senjata berbahaya. Keseriusan hukuman yang dijatuhkan harus memberi kesan dan mesej kepada bakal pesalah atau yang melakukan kesalahan serupa agar berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. Mahkamah telah merujuk kepada Hilbery J di dalam kes KENNETH JOHN BALL 35 CR APP R 164 yang telah menyatakan seperti yang berikut; "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public in two ways. It may deter others who might be tempered to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best severed, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe... 4.4 Pesalah Kali Pertama 'The leniency accorded to a first offender recognises human fraility and yet shows respect for the offender as a rational individual, capable of responding to the unsure inherent in the sentence imposed', (lihat Mallal's Criminal Procedure (6th Ed),ms 4399). Di dalam kes ini, Mahkamah ini secara selamat mendapati OKT merupakan pesalah kali pertama apabila Timbalan Pendakwa Raya tidak mengemukakan apa jua rekod kesalahan lampau. Ini merupakan satu faktor mitigasi yang Mahkamah telah memberi pertimbangan yang sewajarnya sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kes PP v. Karthiselvam a/l Vengatan [2009] 4 CLJ 632;[2008] 3 MLJ 368, bahawa – '...Adalah tidak syak lagi bahawa undang-undang menghendaki pesalah pertama dikendalikan secara berlainan dengan pesalah-pesalah yang mempunyai rekod sabitan kesalahan yang lalu. Sekiranya tidak, proses penghukuman akan bersifat mekanikal'. S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g Namun, Mahkamah ini juga merujuk kepada dapatan dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 di mana Hakim telah memutuskan- '…the fact that the accused has a clean record may not necessarily operate as a factor in mitigation where there are no mitigation factors in the circumstances of the offence... ' 4.5 Pengakuan Salah. Secara amnya pengakuan salah oleh OKT sememangnya menjimatkan masa mahkamah dan kos. Di sini Mahkamah telah merujuk kepada kes PP v. Wan Hasrul Nizam [2017] 4 CLJ 389, Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "[16] In the criminal justice system, the court should give the appropriate discount to the sentence supposed to be imposed at the end of a full trial after having heard the mitigation. In the present case, this court takes into account the plea of guilty and the respondent being a first offender as relevant mitigating factors, and acknowledged that the learned trial judge had correctly considered these factors in her grounds of judgment." Oleh yang demikian, mengambil kira pengakuan salah OKT pada awal perbicaraaan harus diberi satu diskaun kerana ini membuktikan OKT telah merasa insaf dan pengakuan tersebut juga telah menjimatkan masa serta kos. Hukuman pemenjaraan yang bermula dari tarikh tangkap adalah sesuai dalam kes ini. S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g Di dalam kes ini mengambil kira faktor pengakuan salah bersama faktor-faktor yang lain Mahkamah telah memberikan hukuman tersebut kerana selain daripada membantu Mahkamah untuk melupuskan kes tersebut dengan secepat mungkin, menjimat masa serta kos, Mahkamah percaya mesej keseriusan kesalahan serupa kepada bakal pesalah atau yang akan melakukan kesalahan serupa agar berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. 4.6 Latarbelakang OKT Mahkamah ini juga sentiasa mengingatkan diri bahawa sebelum menjatuhkan hukuman, adalah wajar untuk Mahkamah ini mempunyai pengetahuan tentang latarbelakang OKT bagi menyeimbangkan kepentingan OKT dengan kepentingan awam. Terdapat beberapa faktor untuk menyokong keringanan bagi OKT. Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan faktor untuk keringanan dengan faktor pemberatan. Namun rayuan OKT mengenai latarbelakangnya di dalam kes ini bukanlah satu faktor untuk keringanan. Pandangan Mahkamah mengenai isu OKT sebagai pesakit HPV, tidak tahu undang-undang di negara Malaysia dan hanya membeli 3 bilah senjata itu dari Lazada adalah alasan remeh yang hanya melebihkan hak OKT dan tidak seharusnya berharap akan mendapat simpati. Di dalam kes PP v Amir Hamzah [2003] CLJU 736;[2003] 1 LNS 736; [2003] 3 AMR 626, Mahkamah telah menyatakan- “... The needs of the accused are far outweighed by issues of public interest." S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g Mahkamah telah membandingkan kesemua faktor di atas dengan faktor public interest dan Mahkamah mendapati di dalam kes ini the the scale of justice kepentingan awam mengatasi kepentingan OKT. Tidak ada justifikasi sebagai seorang pesakit HPV boleh membawa senjata berbahaya di tempat awam malahan kesalahan membawa senjata berbahaya seperti dilakukan oleh OKT lansung tidak melibatkan sumber pembelian seperti di dakwa oleh OKT. Lebih buruk lagi, alasan OKT tidak tahu undang-undang negara Malaysia adalah tidak masuk akal jika dibandingkan dengan segala akses maklumat sedia ada terutama dari seorang warganegara negara Singapura. 4.7 Hukuman - Kuantum Mahkamah ini merujuk kepada kes Mohamed Abdullah Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] CLJ Rep 209 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "…In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly the gravity of the type of offense committed. Secondly, the facts in the commission of the offense, thirdly the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offenses to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrent does not justify the sentence in passing a sentence of greater length than what the facts of the offense warrant. The gravity of the type of offense involved must be considered in the light of the particular facts of the offense. " S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g Di dalam kes ini Mahkamah telah mengambil kira faktor hukuman mengikut peruntukan undang-undang, keseriusan kesalahan, imbangan kepentingan awam dan kepentingan OKT, pengakuan salah OKT, latarbelakang OKT, mitigasi OKT dan rayuan balas pihak Timbalan Pendakwa Raya serta tempoh penahanan reman OKT sebelum menjatuhkan hukuman tersebut. Mahkamah telah memutuskan bahawa pemenjaraan adalah wajar sebagai pengajaran kepada OKT dan sebagai mesej jelas kepada bakal pesalah supaya patuh dan akur akan undang-undang yang berkuat kuasa. [5] KESIMPULAN Setelah mengambil kira faktor prinsip hukuman di atas Mahkamah mendapati hukuman tersebut adalah berkadaran dengan jenayah yang telah dilakukan oleh OKT. Mahkamah juga berpendapat hukuman tersebut adalah suatu hukuman yang sesuai dan wajar sepertimana alasan-alasan di atas. Diangkat untuk pertimbangan sewajarnya Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi. tt (MOHD ZAKI BIN MOHD SALLEH) Hakim Mahkamah Sesyen No 12 Kuala Lumpur S/N yscOqN5kdU6CSkJt1tJw5g