Content
10
DA-22NCvC-37-06/2019
High Court of Malaysia23 Jul 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
10
36
Keterangan juga menunjukkan disebabkan bencana alam tersebut, lain-lain sub-kontraktor di tapak projek tidak dapat menjalankan kerja-kerja mereka dan ini menyebabkan Plaintif juga tidak dapat berbuat demikian sehingga lain-lain sub-kontraktor menyiapkan kerja-kerja mereka dahulu kerana kerja-kerja Plaintif hanya boleh dilaksanakan setelah kerja-kerja sub-kontraktor lain selesai contohnya piling works oleh sub-kontraktor lain. Plaintif juga tidak mempunyai akses kepada tapak Projek Berkenaan sehinggalah kerja-kerja sub-kontraktor lain selesai.
37
Keadaan ini jelas diperuntukan dalam Klausa 2.1 Surat Tawaran seperti berikut: “2.1 The Date of Commencement shall be 15th September 2014 and the Completion Time shall be six (6) months. You do not have possession of the site and various Work Contractors will be working simultaneously on the Site. The Piling Works contractor is currently on site and you arc only allowed access to do your works to areas where and when completed by the Piling Works Contractor and you shall be deemed to have taken such interruptions of your works into consideration in your cost and tint. Upon the completion of your Works, whether in part or full, where required, you shall allow access of other Works Contractor to proceed with the construction and completion of their works.”
38
Selain dari itu berdasarkan Klausa 2.2 Surat Tawaran, Work Programme Projek Berkenaan yang disediakan oleh Management Contractor, tempoh menyelesaikan kerja boleh dikaji semula dari masa ke semasa berdasarkan kepada keadaan tapak (site conditions) dan kemajuan kerja di tapak oleh sub-kontraktor lain. Saya berpendapat keadaan di tapak projek adalah termasuk banjir. Klausa 2.2 ini memperuntukan: “2.2 You agree to follow the Work Programme prepared by the Management Contractor. The Work Programme may be revised from time to time according to the site conditions and the site progress of other Work Contractors and you shall comply with the requirements of the Management Contractor to reschedule your work without any extra cost and/or expenses. if you are not able, after agreement with the Management Contractor, to complete any section of the work within the time agreed with the Management Contractor or delay the works of other Works Contractor, you shall be liable for any extra cost incurred by the Management Contractor and/or other Works Contractor in the execution of the works.” 30/10/2023 11:01:13 DA-22NCvC-37-06/2019 Kand. 72 S/N aLypI0kqKkueu8wPp01l0w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11
39
Selanjutnya saya juga mendapati sepucuk surat dari Defendan bertarikh 16.12.2015 (muka surat 31, Ikatan Dokumen Bersama – eksibit P4) kepada Plaintif yang memaklumkan kerja-kerja bagi Projek Berkenaan diberhentikan kerana Pihak Pemaju menghadapi masalah kewangan dan sedang berbincang dengan Pihak ketiga (Tunjong Development Corporation Sdn Bhd) bagi meneruskan Projek Berkenaan.
40
Saya membandingkan surat ini (P4) dengan Klausa 2.1 Surat Tawaran. Klausa 2.1 memperuntukan Plaintif perlu memulakan kerja pada 15.9.2014 dan tempoh menyiapkan kerja adalah dalam enam (6) bulan iaitu sehingga 15.3.2015. Merujuk kepada tarikh surat Defendan yang meminta Plaintif menghentikan kerja adalah pada 16.12.2015. Tarikh 16.12.2015 ini adalah melepasi tempoh 6 bulan untuk Plaintif menyiapkan kerja. Tetapi nampaknya Plaintif masih menjalankan kerja selepas tempoh 6 bulan tamat. Inferens yang boleh dibuat adalah bahawa Plaintif telah dibenarkan melanjutkan kerja melampaui tempoh 6 bulan selaras dengan peruntukan Klausa 2.2 Surat Tawaran iaitu kajian semula tempoh kerja oleh Management Contractor.
41
Sehubungan itu saya berpendapat tiada berlakunya kelewatan menyiapkan kerja oleh Plaintif dan tempoh 6 bulan telah dilanjutkan sendiri oleh Defendan. Oleh yang demikian saya menolak tuntutan balas Defendan bagi item ini.
v
sama ada Defendan telah terlebih bayar kepada Plaintif [42] Tuntutan balas Defendan ini adalah berdasarkan kepada bahan binaan yang dibekalkan oleh Defendan kepada Plaintif di tapak projek (physical stock on site). Keterangan SD1 mengatakan bayaran bagi bahan binaan yang dibekalkan oleh Defendan kepada Plaintif di tapak ini akan dituntut dari Pihak Pemaju. Namun Defendan menghujahkan bayaran bekalan ini adalah berbeza dengan bayaran secara kontra yang perlu dibuat oleh Plaintif. [43] Meneliti kepada keterangan SD1 ini, saya berpendapat apa yang dilakukan oleh Defendan ialah menuntut dari Plaintif untuk bayaran pembekalan bahan binaan di tapak projek dalam bayaran interim kerja. Ini bermaksud bayaran interim untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh Plaintif akan “di kontra” dengan bayaran untuk bahan binaan yang dibekalkan. Dari keterangan SD1, Defendan akan menuntut dari Pihak Pemaju untuk bayaran pembekalan bahan S/N aLypI0kqKkueu8wPp01l0w binaan. Jelas disini bahawa Defendan mengenakan bayaran pembekalan bahan binaan di tapak projek kepada Plaintif walau pun Defendan membuat tuntutan tersebut dari Pihak Pemaju. [44] Saya juga mendapati arahan untuk Plaintif memberhentikan kerja dibuat pada16.12.2015 (eksibit P4). Defendan menghujahkan ada perjanjian lisan antara Plaintif dengan Defendan (di luar skop Surat Tawaran) berhubung dengan pembekalan bahan binaan oleh Defendan kepada Plaintif (juga diakui SP1). Namun jumlah yang dituntut ini, saya berpendapat adalah tidak mengambilkira dengan kerja-kerja yang tak dapat dijalankan kerana banjir serta arahan berhenti kerja walau pun projek belum siap i.e. Defendan menuntut keseluruhan bayaran bekalan bahan binaan sedangkan bahan binaan masih berada di tapak projek. Sehubungan itu saya berpendapat jumlah berkenaan yang hendak di kontra adalah tidak tepat dan Defendan gagal membuktikannya.
para
[45] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan tersebut dan atas imbangan kebarangkalian, saya membenarkan tuntutan Plaintif seperti Prayer 15 (a) dalam Penyataan Tuntutan Terpinda iaitu Defendan diperintahkan membayar tunggakan bayaran bagi kerja-kerja sebagaimana permohonan dalam Interim No.12 berjumlah RM1,288,643.35. [46] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan yang sama dan atas imbangan kebarangkalian, saya menolak tuntutan balas Defendan. [47] Faedah 5% setahun terhadap penghakiman Prayer 15 (a) dari tarikh penghakiman hingga selesai pembayaran. [48] Defendan diperintahkan membayar kos kepada Plaintif sebanyak RM20,000 dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 27 Oktober 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. S/N aLypI0kqKkueu8wPp01l0w PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Tetuan Apandi Ali & Co, No. 1120-B, Tingkat Satu Wisma Apandi, Jalan Padang Garong, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan: Tetuan Yeap & Ang, No.5P5 & 5P12, Tingkat 5, Kota Bharu City Point, Jalan Ismail Hilir, 15000 Kota Bharu, Kelantan. S/N aLypI0kqKkueu8wPp01l0w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.