Peguam Defendan-defendan menghujahkan bahawa melalui perenggan 7 jawaban kepada Pernyataan Pembelaan, Plaintiff telah memplidkan bahawa ia hanya bersetuju untuk RM44,552-26 daripada jumlah RM152,232-36 dimana RM44,552.26 telah diambil kira dalam Penyata Akaun tersebut. Semasa (SP1) disoal balas oleh peguam Defendan-defendan untuk menunjukkan RM44,552-26 telah diambil kira dalam Penyata Akaun tersebut, beliau telah menjawab bahawa RM44,552-26 tidak ditunjukkan dalam Penyata Akaun tersebut. 37 Dalam meneliti isu ini, saya turut mendapati bahawa saksi (SP1) sendiri menjawab dalam meleraikan masalah ini semasa pemeriksaan balas pihak peguam Defendan-defendan. Keterangan (SP1) – pemeriksaan balas Boleh tunjukkan kepada Mahkamah bahawa RM45,000.00 telah dibayar oleh Defendant dan telah diambil kira dalam penyata akaun bertarikh 7.6.2017. Boleh tunjukkan di mana penyata akaun tersebut telah menunjukkan bahawa RM45,000.00 telah ditolak daripada jumlah tunggakan? RM45, 000.00 telah diterima oleh Indo Food, jumlah ini kami sudah kurangkan seperti dalam Ikatan B mukasurat 1 berjumlah RM58573.86. Maknanya itu jumlah yang 1st come yang mana kita tolak yang paling lama, kalau dia bayar kita full sebab dia bayar partial masih ada balance RM13,000.00. Kalau dia bayar full RM58,000.00 otomatik dia tak appear lagi, sudah deduct. Mahkamah: Ini dia tak bayar penuhla? Betul. Rujuk Ikatan A mukasurat 31 para 7, yang itu adalah jawapan kepada pembelaan Plaintiff. Di para 7 Plaintiff telah mengatakan bahawa Plaintiff telah menolak dan tidak bersetuju 38 dengan invois Defendant yang berjumlah RM100070.00, betul? Ok. Tapi Plaintiff telah menerima tuntutan Defendant sebanyak RM44,552.26, setuju? Setuju. RM44,552 adakah jumlah tersebut telah diambil kira untuk menolak jumlah tertunggak yang dihutang oleh Defendant? Sudah. Boleh tunjukkan kepada Mahkamah di mana penyataan akaun Plaintiff di mukasurat 1 dan 2 Ikatan B, di mana RM44,552 telah diambilkira oleh pihak Plaintiff? Kalau dia sudah bayar, kita akan menghapus invois yang terdahulu maknanya Jade Leaf sudah berniaga dengan Indo Food sejak 2.10.2014. Bukan, soalan saya senang sahaja kamu hanya perlu jawab di mana RM44, 552 diambilkira di dalam penyataan akaun 7.6.2017? Ada atau tidak di dalam pernyataan akaun tersebut? Tidak ada. 39 ISU KEEMPAT Defendan tiada pengetahuan? Adakah jumlah anggaran sahaja?