Content
WA-A53KJ-230-05/2023 Kand. 45 27/07/2026 11:57:32 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA WRIT NO: WA-AS3KJ-230-05/2023 ANTARA ING KOK YUNG (NO. KP: 81106-10-5017) ... PLAINTIF
/akn/my/judgment/sessions-court/2026/772e2b01-7d08-4dac-bd3a-f5c2d48fdf9a
Sessions Court of Malaysia22 May 2026WA-A53KJ-230-05/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
WA-A53KJ-230-05/2023 Kand. 45 27/07/2026 11:57:32 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA WRIT NO: WA-AS3KJ-230-05/2023 ANTARA ING KOK YUNG (NO. KP: 81106-10-5017) ... PLAINTIF
1
SITI FADHLINA BINTI MUHAMMAD FISAL
2
MUHAMMAD FLZAL BIN ABD JAMIL (NO. KIP: 580406-02-5763) ... DEFENDAN KEDUA PENGENALAN PENGHAKIMAN [1] Tuntutan Plaintif adalah untuk gantirugi am dan gantirugi khas akibat kemalangan jalanraya di Jalan Kinabalu pada 26-9-2021, jam 2 tengah hari melibatkan Plaintif penunggang motosikal No. BFF 1225 dan Defendan - pemandu motokar No. KDB 6776 [2] Seramai 6 saksi Plaintif telah memberi keterangan. Defendan gagal hadir untuk memberi keterangan. Saksi yang telah memberi keterangan ialah :- SP1 - Pegawal Penyiasat (Sarjan Mejar Rosli Bin Yusuf) SP2 -Plaintif (Ing Kok Yung) SP3 -Terrence Tan (Deputy General Manager dari Cotra Enterprises) SP4 - Tataesmamaat a/l Annawi , SP5 - Shafidah Binti Mohd Zin (LHDN) dan SP6 - Sancha Malar a/p Alamparithy (Sentosa Specialist Centre) [3] Setelah mendengar keterangan saksi Plaintif dan hujahan kedua pihak, atas imbangan kebarangkalian Mahkamah membuat keputusan bahawa Defendan bertangungan cuai 100% atas kemalangan yang terlibat. FAKTA RINGKAS KES: VERSI PLAINTIF [4] Pada 26-9-2021 jam lebih kurang 2 petang, motokar Defendan No. KDB 6776 telah ubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri dengan laju dan cuai dan melanggar motesikal Plaintif dan menyebabkan Plaintif jatuh dan alami kecederaan . Arah Perjalanan Kedua-dua pihak , Plaintiff dari bawah ke atas manakala Defendan dari lorong kanan hendak ke susur kiri jalan. DAPATAN MAHKAMAH LIABILITI: [5] Pihak Plaintif mempunyai beban untuk membuktikan versinya di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1850. Plaintif telah membuktikan tuntuan beliau bahawa kemalangan tersebut berpunca dari kecuaian Defendan kerana mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri dengan laju dan cuai dan mengakibatkan kemalangan di dalam lauan sah Plaintif. [6] Versi Plaintif disokong oleh rakaman CCTV (P4) dan keterangan dari Pegawai Penyiasat di mana Defendan telah di saman di bawah R. 6(1) LN 166/59 dan saman telah dijelaskan oleh Defendan pada 26-10- 2021. Berdasarkan rakaman CCTV dan keterangan dari Plaintif dan Pegawai Penyiasat, Mahkamah bersetuju bahawa kemalangan berpunca dari kecuaian Defendan seperti fakta berikut: dan oleh itv Defendan harus bertanggungan 100% berdasarkan fakta berikut: a) Defendan gagal memandu di lorong kiri pada semua masa material; b) Defendan gagal memberi laluan kepada motoskal Plaintif sebelum ubah haluan; c) Defendan menghalang laluan sah motosikal Plaintif apabila mengubah haluan dari lorong kanan (D-E) dan melanggar Plaintif di dalam lorong C-D(P1) dan d) Kemalangan berlaku kerana Defendan ubah haluan dengan laju dan cuai dari lorong kanan ke susur kiri dan menghalang lauan sah Plaintif sehingga menyebabkan kemalangan tersebut. e)Kegagalan Defendan hadir di Mahkamah memeberi keteranagn membuktikan lagi bahawa versi Plaintif adalah diterima sebagai benar dan tidak disangkal bahawa kemalangan berpunca dari kecuaian Defendan [7] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat Defendan bertanggungan 100% dan tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos. KUANTUM: Semua laporan perubatan dan laporan pakar telah dipersetuju oleh Peguam Defendan tertakluk kepada hujahan. A) GANTIRUGI AM (di atas dasar 100%): [8] Plaintif telah menerima rawatan di Sentosa Specialist Hospital di mana kecederaan yang dialami adalah seperti berikut : i) Loss of consciousness ii) Fracture of 5% and 6% rib iii) Fracture of midshaft right clavicie iv) Fracture of base of right 5" metatarsal - Numbness over lateral side of right foot duc to cutaneous nerve injury v)Scars vi) Muscle Wasting
1
LOSS OF CONSCIOUSNESS [9] Laporan perubatan awal dari Sentosa Specialist Hospital bertarikh 28-9-2021 di muka surat 3 Ikatan C menyatakan Plantif mengalami "loss of consciousness" akibat kemalangan jalanraya tersebut. Oleh itu, berdasarkan Revised Compendium of Personal Injury Awards as of 6 July 2018 Plaintif berhujah bahawa award sebanyak RM5,000.00 di benarkan. Defendan pula menghujahkan jumlah award sebanyak 6,000.00 Mahkamah berpendapat jumlah award sebanyak RM6,000.00 adalah munasabah dan adil.
2
FRACTURE OF $ 5^{\mathrm{TM}} $ AND $ 6^{\mathrm{TM}} $ RIB [10] Plaintif mengalami kepatahan 2 tulang rusuk akibat kemalangan tersebut. Plaintif merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards s of 6July 2018 dan berhujah agar award sebanyak RM 9.000.00 di benarkan. Defendan pula mencadangkan jumlah award sebanyak RM8,000 Mahkamah bersetuju untuk mengawardkan RM9000.00
3
FRACTURE OF CLAVICLE [11] Diagnosis di dalam Laporan pakar Plainif dari KPJ Sentosa KL (P17) menyatakan Plaintif mengalami kecacatan seperti berikut - 4cm shortening of the right clavicle (P17, mis 58 lkatan C) - Open reduction and Internal fixation of right clavicle . Unable to lift heavy objects with right hand Unable to operate heavy equipment using his right hand . Exaggerated pain over right shoulder during cold weather - Stiffness and discomfort over right shoulder joint - Reduction in grip strength in his right hand Mahkamah dirujuk kepada kes ZULIMI B LIFAT & ANOR V JOS AK ALAM (2013) 2 PIR [23] awad sebanyak RM30,000.00 dibenarkan untuk kecederaan yang sama. Jadi Plaintif cadangkan awad sebanyak RM 30,000.00 dan. Defendan pula mencadangkan jumlah award sebanyak15,000.00. Mahkamah bersetuju untuk awardkan sebanyak RM30,000 sebagai sesuai dan munasabah. 4 FRACTURE OF BASE OF RIGHT 5 $ ^{ \mathrm{TM}} $ METATARSAL [12] Laporan perubatan dari Sentosa Specialist Hospital (P8) menyatakan: "..he has numbness over lateral side of the right foot due to cutaneous nerve injury Laporan pakar Plainif dari KPJ Sentosa KL (P17) menyatakan Plaintif mengalami kecacatan seperti berikut: - Unable to tip-toe on his right foot due to pain Reduced ranga of movement of his right litle toe with weak extension and flexion - Stiffness over right 5 toe - Difficulty to walk fast, jog, run or jump - Unable to play racket games such as badminton - Exaggerated pain on right foot during cold weather
Preamble
Mengikut Revised Compendium ot Porsonal Injury Awards as of B July 2018) Plaintif mencadangkan agar award sebanyak RM 12,000.00 di benarkan. Defendan pula mencadangkan RM10,000.00 Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM12,000.00. 5 Scars [13] Mengikut laporan pakar dari KPJ Sentosa KL Specialist Hospital (P17) Plaintif mengalami, parut kekal seperti berikut: 13 cm over right clavicle - 3 cm over dorsum of right foot Two scars over right knee, 2x 2 cm and 25x2cm 12 x 6 cm over right leg . Di dalam kes ZULIME LIFAT & ANOR(2013) 2 PIR [23], award sebanyak RM15,000.00 telah dibenarkan untuk parut pada bahu berdasarkan luka yang dialami oleh Plaintif dan parut kekal di muka, mengalami parut panjang di kaki dan bahu. Plaintif cadangkan sebanyak RM 15.000.00 . Defendan pula mencadangkan RM8,000 Mahkamah bersetuju awardkan RM15,000.00 sebagai sesuai dan munasabah.
6
MUSCLE WASTING [14] Dalam kes ZULIMI B. LIFAT & ANOR (2013) 2 PIR [23] ,award sebanyak RM10,000.00 telah dibenarkan Plaintif mencadngkan award sebanyak RM 6,000.00 .Defendan pula cadangkan RM3000. Mahkamah bersetuju awardkan RM6,000.00 . GANTIRUGI KHAS: A) KEHILANGAN PENDAPATAN SEBENAR DALAM TEMPOH CUTI SAKIT [15] Plaintif merupakan ejen kepada Cotra Enterprise Sdn. Bhd bermula Februari 2012, Fakta ini disahkan berdasarkan keterangan dari Plaintif dan wakil Majikan Plaintif iaitu SP3 serta disokong oleh Perjanjian District Sales Agent . Cotra Enterprise marupakan pembekal produk minuman seperti Vitagen, Marigold, Peel Fresh, Marigold Yogurt Cream, Marigold Yogurt Milk, Marigold Jelly dan Marigold Pasteunze Milk. [16] Sejak Plaintif memasuki perjanjian dengan Cotra Enlerprise pada Februari 2012, Plaintif telah mencari dan membina pelanggan di kawasan seperti Balakong, Seri Kembangan dan Cheras Perdana untuk membuat penjualan dan penghantaran minuman . Antara kerja yang Plaintif buat adalah mengangkat barang minuman seperti Vitagen. Marigoid, Peel Fresh, Mangold Yogurt Cream, Marnigold Yogurt Milk, Marigoid Jelly dan Marigold Pasteurize Milk dari Cotra Enterprise ke dalam van 3 tan yang dilengkapi dengan peti sejuk dan menghantar stok minuman tersebut kepada pelanggan di kawasan seperti Balakong, Sen Kembangan dan Cheras Perdana dari hari snin sehingga hari Sabtu [17] Plaintif akan menghantar produk minuman ke outlet seperti ke KK Mart, Family Mart, Speed Mart, MyNews, 7-Eleven, Stesen Minyak, Lotus dan Econ Save di kawasan seperti Balakong, Seri Kembangan dan Cheras Perdana. Dalam seminggu, Plaintif akan menghantar barang minuman ke lebih kurang 100 outlet dan ini dibuktikan melalui rumusan Penjualan Harian dan daily sales summary inbots. [18] Pendapatan Plaintif adalah berdasarkan komisyen 7% yang diterima dari hasil jualan, Pendapatan Plaintif dan tahun 2020 sehingga 2024 telah disahkan maialui keterangan dari SP5 iailu wakil dari Pejabat Hasil Shah Alam (P20). Wakil dan Cotra Enterprise faitu SP3 juga telah sahkan bahawa sebelum Plaintif terlibat datam kemalangan jalanraya pada 26-8-2021, pendapatan Plaintif adalah lebih kurang RM 14,000.00 sebulan (P18). [19] Plaintif telah diberi sijil cuti sakit selama 4 bulan dan 26-9-2021 sehingga 24-1-2021 (P11 Ikatan B). Tetapi oleh kerana Plaintif Plaintif telah mula bekerja pada Januari 2022, maka Plaintif menuntut kehilangan pendapatan sebenar selama 3 bulan dari bulan Oklober 2021 sehingga Disember 2021 seperti berikut: RM 14,000.00 x 3 bulan = RM 42,000.00 . Mahkamah bersetuju dengan jumlah RM42,000.00. B)KOS MENGUPAH PEKERJA SELAMA 5 BULAN (Oktober 2021 sehingga Jun 2022) [20] Plaintif telah memberi keterangan bahawa beliau telah mengupah seorang bemama Tataesmamaat SP4 untuk bekerja bagi pihak beliau untuk menghantar minuman dari Cotra Enterprise ke outlet berkaitan selama 9 bulan dari Oktober 2021 sehingga Jun 2022 . Plaintif juga telah memberi penjelasan bahawa beliau terpaksa mengaji orang untuk bekerja dalam tempoh cuti sakit kerana jika beliau tidak menghantar stok di kawasan beliau, dia akan kehilangan perniagaan di kawasan tersebut kerana orang lain akan ambil alih kawasan tersebut . Plaintif telah membayar gaji SP4 secara tunai berjumlah RM 12,280.00 . Mahkamah bersetuju dengan jumlah RM12,280.00 sebagai kos mengaji pekerja selama 9 bulan. C) KEHILANGAN PENDAPATAN SEPARA DARI TARIKH KEMALANGAN SEHINGGA PLAINTIF MENCAPAi UMUR 80 TAHUN (PARTIAL LOSS OF EARNINGS) [21] Sebelum kemalangan berlaku wakil dari Cotra Enterprise iaitu SP3 telah mengesahkan bahawa pendapatan Plaintif adalah lebih kurang RM 14,000.00 sebulan (P18) Plaintif telah mengupah pekerja iatu SP4 untuk ganti beliau menghantar barang dalam tempoh cuti sakit tetapi SP4 berhenti kerja selepas 9 bulan apabila gaji berkurang kerana orang lain mengambil alih kawasan SP4 hantar barang minuman. Selepas kemalangan berlaku, pendapatan Plainti berkurang kepada RM 6.000.00 sebulan (P19 & P20). [22] Kawasan yang diusahakan oleh Plaintif sejak 2012 telah diambil alih olen orang lain di sebabkan Plaintif terlibat di dalam kemalangan jalanraya dan tidak dapat penghantar barang ke outlet beliau. Sebelum kemalangan berlaku, Plaintif menghantar barangan ke kawasan seperti Sri Kembangan, Serdang, Balakong dan Cheras Perdana. Selepas kemalangan beraku, kawasan Plaintif menghantar barang di Balakong menjadi kecil. Apabila Plaintif kehilangan pelanggan kerana outlet tersebut tidak ingin berurusan dengan pekerja baru seperti SP4, Plaintif tiada pilihan lain dan terpaksa mula bekerja untuk cuba mendapatkan kawasan yang diambil alih oleh orang lain seperti Balakong. Tetapi orang yang telah ambil alih kawasan Plaintif tidak ingin memulangkan kawasan tersebut kepada Plaintif. [23] Sejak Januari 2022 juga, isteri Plaintif mengikut Plaintif untuk membantu angkat barang dan muatan ke dalam lori kerana Plaintif tidak boleh angkat berat seperti sebelum kemalangan berlaku. Plaintif juga tidak menaki motosikal dan memandu kereta bersama isterinya. Jika Plaintif tidak cedera akibat kemalangan tersebut, Plaintif tidak akan mengalami kerugian. Pendapatan beliau tidak akan terjejas dan beliau tidak akan kehilangan kawasan penjualan (loss of business). [24] Pada masa kemalangan berlaku, Plaintif berumur 43 tahun dan menuntut kehilangan pendapatan separa dari Januari 2022 sehingga beliau bersara pada umur 60 tahun seperti berikut: Umur Plaintif 54 — 60 tahun = 16 tahun 16 tahun bahagi 2 = 8 tahun (multiplier) RM 8,000.00 sebulan x 8 tahun = 768,000.00 KOS RAWATAN PERUBATAN DI SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL [25] Plaintif telah pengsan akibat kemalangan jalanraya dan telah dihantar ke Sentosa Specialist Hospital melalui ambulan. Plaintif telah diwadkan di Sentosa Specialst Hospital selama 3 hari untuk jalani pembedahan di pada bahu kanan, tulang rusuk dan jan kiri di mana plet telah dimasukkan pada 26-9-2021. [26] Pada 21-1-2023, Plantif kembali ke Sentosa Specialist Hospital untuk keluarkan implant (P12), Wakil dari Sentosa Specialist Hospital (SP6) telah memberi keterangan bahawa jumlah Jumlah keseluruhan kos rawatan Plaintiff di Senlosa Specialist Hospital adalah RM 31,311.21 di mana RM 1,330.00 telah dibayar oleh Plaintiff manakala RM 229.8975.21 telah dibayar oleh insuran AIA kerana Plaintiff telah mengambil insuran perindungan perubatan Kami berhujah agar kos rawatan perubatan sebanyak RM 31,311.21 harus dibenarkan walaupun ia dibayar oleh insuran kerana Plaintiff telah dihantar ke Sentosa Specialist Hospital oleh ambulan dan semua rawalan yang diterima oleh Plaintiff dari mula/awal sehingga akhir di Sentosa Specialist Hospital di bayar kerana Plaintiff membayar premium untuk perlindungan insuran perubatan. kes Mahkamah Persekutuan DR KOK CHOONG SENG & ANOR [2018] 1 MLJ 685 dimana diputuskan
Subsection
(4) ... hak Plaintif terhadap Defendan untuk jumlah kehilangan penuh yang dialami tidak berkurangan atau dibatalkan di mana kehilangan telah dibayar oleh syarikat insuran ... Mahkamah bersetuju dengan jumlah RM31,288.61. KESIMPULAN Atas imbangan kebarangkalian Mahkamah memutuskan LIABILITI : 100% terhadap Defendan dan awardkan Gantirugi Am dan khas beserta faedah dan kos. Bertarikh 24 Julai 2026 HJ EFFANDI NAZILA BIN HJ ABDULLAH Hakim Sesven
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.