CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (NO. SYARIKAT : 200401032872) … GAMISI-GAMISI 16/01/2023 12:54:56 WA-12ANCvC-94-04/2018 Kand. 76 ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 40 / Lampiran 48 ) Notis Rayuan [1] Perayu / Penghutang Penghakiman tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah yang diberikan pada 2 Jun 2022 dan berikutan kebenaran Mahkamah Rayuan yang diberikan pada 3 November 2022, Perayu dengan ini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang telah membenarkan Perintah Garnisi Mutlak melalui Notis Permohonan Terpinda Responden Pertama bertarikh 11.11.2021 dan memerintah bahawa Garnisi Pertama membayar kepada Responden Pertama jumlah sebanyak RM8,271.32 dari akaun Pemaju Perumahan (HDA) dengan kos sebanyak RM300.00 kepada Garnisi Pertama.. [2] Untuk makluman Mahkamah kes ini adalah didengar bersama dengan kes WA-12ANCVC-93-04/2018. (ex-parte ) Terpinda di Lampiran 48. Notis Permohonan (Ex-Parte) Terpinda Lampiran 48 [3] Permohonan oleh pihak Pemiutang Penghakiman untuk suatu perintah bahawa:- a) Perintah Garnisi untuk menunjukkan sebab dibawah Aturan 49 Kaedah 1 dan Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dikeluarkan terhadap Garnisi yang tersebut di atas untuk kos sebanyak RM4,500.00 bersamaan dengan faedah pada kadar 5% setahun ke atas RM4,500.00 dari Tarikh 30.11.2015 sehingga Tarikh penyelesaian sepenuhnya dibawah perintah bertarikh 30.11.2018 b) Perintah Garnismen untuk menunjukkan sebab dibawah Aturan 49 Kaedah 1 dan Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dikeluarkan terhadap Garnisi yang tersebut di atas untuk kos sebanyak RM2,000.00 bersamaan dengan faedah pada kadar 5% setahun ke atas RM2,000.00 dari 15.1.2019 sehingga Tarikh penyelesaian sepenuhnya dibawah perintah bertarikh 15.1.2019. c) Perintah Garnismen untuk menunjukkan sebab dibawah Aturan 49 Kaedah 1 dan Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dikeluarkan terhadap Garnisi yang tersebut di atas untuk kos sebanyak RM5,000.00 bersamaan dengan faedah pada kadar 5% setahun ke atas RM5,000.00 dari 14.6.2021 sehingga Tarikh penyelesaian sepenuhnya di bawah perintah bertarikh 14.6.2021 di bawah Rayuan Sivil no. W-04(IM)-(NCVC)550-10/2019. d) Kos permohonan ini ditanggung oleh Penghutang Penghakiman. [4] Jumlah kos terhutang dalam Kes ini adalah RM 12,013.98. Walau bagaimanapun memandangkan dalam kes WA-12ANCVC-93-04/2018 Mahkamah telah membenarkan RM17,717.39 akaun digarnis daripada akaun HDA tersebut. Lanjutan daripada itu, baki dalam HAD akan menjadi RM8,271.23, iaitu (RM25,988.71 – RM17,717.39 ). Oleh itu jumlah untuk digarnis dalam kes ini hanyalah RM8,271.32 Keputusan Mahkamah [5] Mengambilkira hujahan yang diberikan oleh pihak-pihak seperti dalam kes kes WA-12ANCVC-93-04/2018, Mahkamah membenarkan Perintah Garnismen Mutlak Bagi Lampiran 48 di mana Pihak Garnisi Pertama membayar kepada Pemiutang Penghakiman jumlah sebanyak RM 8,271.32 dari akaun HDA dengan Kos RM2,000 dibayar oleh Perayu / Penghutang Penghakiman kepada Responden / Pemiutang Penghakiman Dan Kos RM300.00 kepada Garnisi (ditolak dari jumlah yang digarnisi) tertakluk kepada fi alokatur. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur. Bertarikh : 14.1.2023 Peguam Bagi Pihak Perayu Tetuan Wong Kian Kheong D1-U5-01, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. (Tel : 03-62079475 Faks : 03-62079476 ) (Rujukan :10579/2021) (Peguam Bagi Pihak Responden Ke-2 Tetuan Harcharan S Sidhu & Associates Suite C-7-4, Megan Avenue 1, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.