(ii) Samada Plaintif atau Defendan atau Pihak Ketiga menyebabkan berlaku kelewatan untuk Plaintif menyiapkan kerja-kerja perabut dan kelengkapan terbina dalam 152 unit di Blok C bagi projek tersebut. [43] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Plaintif telah Berjaya membuktikan jika ada kelewatan sekalipun (yang mana gagal dibuktikan), ia adalah disumbangkan oleh pihak lain dan bukan sepenuhnya oleh Plaintif. Menurut klausa 16 Surat Tawaran – LAD hanya boleh dituntut oleh Defendan hanya jika “the delay solely caused by the Plaintiff”. [44] Mahkamah merujuk kepada klausa 16 Surat Tawaran sebagaimana di bawah: “Time is the essence of this contract. You shall be held wholly responsible for any Liquidated Damages (LD) imposed by the Employer owning to delay solely caused by you. The LD shall be charged at the rate of RM3,000.00 per calendar day.” [45] Daripada keterangan yang dikemukakan, Plaintif telah berjaya menunjukkan bukti-bukti bahawa kelewatan (jika ada) adalah juga disumbangkan oleh factor/pihak lain. Salah satu factor adalah S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ sebagaimana kedua-dua pihak maklum, skop kerja Plaintif adalah bagi memasang perabut dan kelengkapan dalaman unit (Interior Design (ID)). [46] Selagi premis/unit tidak sedia untuk diserahkan kepada Plaintif, Plaintif tidak dapat masuk dan memulakan kerja. Ini disokong oleh keterangan di bawah: Pemeriksaan Balas SD1 YHC: Don’t know. Mr Low, if you look at the CPC was granted in 30/10/2019 LOW: Ok. YHC: If you cross refer back to page 2, initially completion date is 30/11/2019. Could it be interprete, it was extended because CPC was only granted after that? YHC: Do you know when the units are ready to install ID works? When? When the units are ready for installation of ID works? LOW: After the CCC, can be installed directly already because all the empty units already. … S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ YHC Ok, Mr Low. Maybe I refer you to the CF. Look at Bundle E. Page 27. CPC was granted 30/10/2019, and CF was granted on 05/11/2019. YHC: Can I confirm with you that those units only ready to be installed ID work after 05/11/2019? YHC: After 05/11/2019, you only informed Cova that your people or your subcon can only start work? LOW: Sure, yes. YHC: Yes. After you informed Cova to start their work, after 05/11/2019, the developer only passed the key to Cova? YHC: Correct? So, I put it to you that those units are not ready to be installed with ID work before 05/11/2019. [47] Hal ini juga disokong oleh fakta dan keterangan saksi bahawa Plaintif dan Defendan terpaksa memasuki Surat Anugerah Kedua pada 21/1/2020 atas alasan masih terdapat banyak unit projek S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ tersebut yang masih bersedia untuk kerja-kerja pemasangan Plaintif. Ini boleh dilihat daripada eksibit email-email yang dihantar oleh pihak Plaintif kepada pihak Defendan. [48] Mahkamah merujuk kembali kepada Pemeriksaan Utama SP2 yang tidak dapat dicabar oleh pihak Defendan sebagaimana di bawah: “P: Apakah sebab Defendan dan Plaintif memasuki Surat Anugerah Kedua? J: Setelah Plaintif bersetujui menerima tawaran melalui Surat Anugerah Pertama pada 26/2/2019, di mana permulaan pemasangan Kerja Plaintif tersebut adalah dijadualkan bermula pada 1/3/2019 dan dijangka siap pada 16/6/2019. Selepas tawaran diterima, Projek tersebut masih dalam proses pembinaan pada masa itu. Pada sekitar Jun 2019, Plaintif telah dipanggil untuk memulakan Kerja Plaintif tersebut di tingkat 7 hingga 10. Plaintif telah memasang Kerja Plaintif bagi unit-unit yang sedia untuk kerja-kerja pemasangan. Namun kebanyakan unit-unit Projek di tingkat-tingkat tersebut masih belum siap di mana Plaintif dan Defendan bersetuju untuk berhenti sehingga Projek tersebut siap dibina. Pada sekitar November 2019, Defendan sekali lagi mengarah Plaintif untuk menjalankan Kerja Plaintif tersebut di mana sebelum permulaan kerja pada waktu itu, Plaintif telah menjalankan S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ pemeriksaan tapak Projek terutamanya unit-unit yang Plaintif diberikan akses pada waktu itu, Plaintif mendapati bahawa kebanyakan kerja-kerja pembinaan, kerja-kerja basah, dan kerjakerja lain oleh kontraktor lain masih belum lengkap. Justeru, pemasangan kerja Plaintif tersebut tidak mungkin dapat siap mengikut jadual yang ditetapkan oleh Defendan. Kerja Plaintif tersebut adalah kerja-kerja yang sepatutnya dipasang tanpa sebarang halangan oleh kontraktor lain. Ini adalah amalan standard untuk pemasangan Kerja Plaintif tersebut. Projek tersebut menghadapi pelbagai isu seperti yang dibangkitkan dalam emel-emel oleh Plaintif kepada Defendan dan jelas Plaintif tidak akan dapat menyiapkan kerja mengikut jadual asal mengikuti Surat Anugerah Pertama kerana Projek tersebut memang tidak siap lagi. Inilah sebabnya mengapa terdapat variasi dalam Surat Anugerah Kedua yang mengurangkan unit-unit. Dakwaan Defendan bahawa Plaintif sangat lambat dalam pemasangan Kerja Plaintif tersebut adalah tidak benar langsung. Plaintif amat sedar bahawa untuk menyiapkan Kerja Plaintif tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan mengikuti Surat Anugerah Pertama adalah mustahil atas sebab unit-unit Projek tersebut langsung tidak bersedia untuk pemasangan Kerja Plaintif tersebut. S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ Tambahan, sebelum Plaintif dan Defendan menerima variasi tawaran melalui Surat Anugerah Kedua pada 21/1/2020, Defendan telah memberi pernyataan kepada Plaintif bahawa unit-unit yang dikendalikan oleh Plaintif telah bersedia untuk kerja-kerja pemasangan Plaintif melalui e-mel Defendan di muka surat 185 Ikatan C. Atas pernyataan wakil Defendan melalui emel tersebut, inilah sebabnya Plaintif bersetuju untuk menerima tawaran melalui Surat Anugerah Kedua dengan jangkaan bahawa Plaintif boleh terus membuat kerja-kerja pemasangan Plaintif tersebut tanpa sebarang halangan. Malangnya, semasa Plaintif kembali ke tapak Projek untuk memulakan Kerja Plaintif, Plaintif masih mendapati bahawa terdapat banyak unit-unit Projek tersebut yang masih belum bersedia untuk kerja-kerja pemasangan Plaintif walaupun Plaintif telah menegaskan sekali lagi isu-isu yang sama masih belum diselesaikan melalui e-mel-e-mel di muka surat 151, 152, 252, 269 dan 270 Ikatan J.” [49] Walaupun pihak Defendan cuba mencabar keterangan SP2 dengan mencadangkan bahawa SP2 bukanlah pihak yang berada di tapak dan SP1 adalah pihak yang ada pengetahuan penuh apa terjadi di tapak, pihak Plaintif gagal mencabar keterangan berhubung isu di S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ atas. Penyataan SD2 dalam penyata saksi beliau tidak periksa balas berhubung isu ini. [50] Tambahan pula, walaupun pihak Defendan bertegas hanya SP1 yang ada pengetahuan berhubung kerja tapak, SD1 juga telah sahkan segala perjalanan projek adalah dalam pengetahuan beliau. Oleh itu, keterangan SD2 juga patut diambilkira dalam menentukan isu-isu yang dibangkitkan. Mahkamah merujuk kepada Pemeriksaan Balas SD2 sebagaimana di bawah; WNNA: Ok. Soalan saya En Idzuan adalah individu yang secara peribadi. Secara personal. Dia sendiri yang pergi hadir ad hoc meeting, yang pergi buat inspection di site dan of course, tadi Mr Tan bagi tahu dia akan update Mr Tan. Jadi, setuju tak kalau saya bagi tahu Mr Tan bukan individu yang secara peribadi, secara personal, pergi ke site, pergi meeting. Yang buat semua itu adalah En Idzuan, betul? TAN: Ya. Mostly is Mr Idzuan dengan Mr Zul. WNNA: Jadi, setuju tak kalau saya katakan bahawa En Tan tak ada pengetahuan yang terus. Direct knowledge. Direct knowledge ini maksudnya hadir sendiri, tengok sendiri seperti mana En Idzuan. Setuju? En Tan cuma tahu apabila En Idzuan update, inform Mr Tan. Setuju? S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ TAN: Tidak setuju sebab I ada turun site juga untuk monitoring then site work.” [51] Dalam masa yang sama, unit-unit yang dikatakan telah sedia untuk pemasangan ID oleh Plaintif ada yang perlu diperbetulkan kecacatan oleh kontraktor utama (main contractor). Selagi kecacatan tersebut tidak diperbetulkan, Plaintif tidak boleh membuat kerja-kerja ID. Sebagai contoh isu kebocoran sebagaimana keterangan di bawah: Pemeriksan Balas SD2 YHC: When the unit is suffer from water leakage, can you proceed with the installations of ID work? EDMUND: If water leakage, immediately you have to stop lah. Then call for the contractor and rectify immediately, then you can continue after that. YHC: So, do you agree that all the water leakage must be resolved, then the ID work can only be installed? Agree or disagree? EDMUND: Ok, depending on the condition – YHC: No, must agree or disagree. Do you agree that water leakage issue must be resolved first, before any installations of the ID work? S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ [52] ini juga disokong oleh keterangan SD2 sendiri berhubung isu ini. Mahkamah merujuk keterangan di bawah: “YHC: Mr Edmund, just taking 226 as an example, the pictures for Unit 11-01, house cracked and got defect mark, do you agree that those tiles have to be rectified first before the Plaintiff installation work? EDMUND: Generally, yes. … YHC: Ok. Generally, do you agree that those like tiles installation, pending tiles installation, at page 262, unfinished plumbing works, these have to be rectified by other contractors before installation of Plaintiff’s ID work? EDMUND: You are asking the general? YHC: Yes. EDMUND: Yes, the general, not related with this, yes. YHC: Do you agree that the Plaintiff have to wait for other contractor to finish the, to rectify the obstacles, then they only can install the work? Agree or disagree? S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ EDMUND: Actually, sequence, the sequence. Sequence of the work, that is who comes first and who going to finish at the last. So, this is a sequence of work. YHC: So, who are the, the sequence would be the other contractor has to fix the tiles then only Plaintiff can fix the installation or ID work. Do you agree or disagree? The sequence? EDMUND: The sequence is, yes, the tile finished have to finish, then you can continue with your installation work. YHC: Thank you, Mr Edmund. Do you agree that the Plaintiff is rely on the Defendant to resolve all the site related obstacle for the installation ID work since the Plaintiff have been updating those obstacles via email? … YHC: No, my question is Mr Edmund, do you agree that Plaintiff is relying on Defendant or 3rd 26 Party to resolve all the obstacle first? YHC: Thank you. Do you agree that all the obstacle raised are not within the Plaintiff control? For example, tiles not ready, the top got level is not raised. Do you agree that those are not within the Plaintiff control? S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ [53] Mahkamah bersetuju dengan keterangan saksi-saksi Plaintif bahawa skop kerja Plaintif adalah berbeza dari skop kerja pembinaan atau kerja-kerja yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor utama. Oleh itu, jika unit/premis masih ada kerja-kerja oleh kontraktor utama, kerja-kerja ID Plaintif tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Ini disokong oleh keterangan di bawah: Pemeriksaan Balas SD2 LOW: CPC come on the 30/10/2019. After one week, it’s the 05/11/2020 is then the CCC come already. YHC: Ok. When the units were handed over to the purchaser? LOW: Ok. The CCC is after award. We will give them three months, which mean about three to four months to give to the ID, the Cova Design, to finish all the furnish ID first. After that, he passed the key to us. Then, we called the owner to come to collect the key. YHC: So, it could be approximately three months later from the issuance of the CPC — LOW: Three to four months. … S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ YHC: So, meaning during the three to four months after issuance of the CCC, the unit is not totally free from construction works. It could be some rectification work be done, installation of the ID work to be installed on all the units, is it? LOW: Yes, sure. They have to do the installation within these three, for whole block. 500 units. … YHC: Ok. So, during the three to four months, meaning that all units still opened for the installation and rectification works? LOW: Actually, the key is holding to the, is by us already, hand over to us, we are giving to the ID, Cova. Because they have to do all the installation of this furniture. We passed the key to the Cova. But maybe got the, I heard from them, they have got some defect work. So, then the Cova will dealing with the main con to ask the main con to fix for them before they install the kitchen cabinet or something like that or the piping or something. … [54] Ini juga disokong oleh keterangan saksi-saksi Defendan sendiri mengesahkan bahawa cara kerja mereka tidak ada SOP yang khusus. Semua perbincangan dibuat di tapak dan diputuskan di S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ tapak. Walaupun begitu, tiada minit atau catatan di tapak dikemukakan di Mahkamah tentang apa yang dibincangkan, dipersetujui atau apa arahan seterusnya kepada pihak Plaintif. Saksi-saksi Defendan juga sahkan norma dan cara biasa syarikat adalah jarang membalas kepada email-email atau surat yang dikemukakan. Contoh jelas boleh dilihat daripada keterangan Pemeriksaan Semula SP1 seperti berikut: “…Sebagai contoh, ada satu rumah kalau tengok dekat report saya. Sebagai contoh, tengok dekat 101 bundle yang sama, Bundle J muka surat 101. Contoh dekat sini saya ada buat laporan ada leaking. So, bila ada leaking saya tak boleh buat sebarang kerja sebab air akan merosakkan kabinet sebab kabinet daripada kayu. So, dia hanya balas dia akan inform kepada main con dan saya masih lagi menunggu sampai saya sendiri yang terpaksa check. Cova memang tak ada inform pun cakap, example, rumah ni dah siap, leaking dah tak ada, you dah boleh masuk…” [55] Isu penggunaan lif juga adalah salah satu halangan (obstacles) dalam Plaintif melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah skop kerja menurut perjanjian. Ini telah menyumbang kepada kesukaran dan kerja menjadi tertangguh/tergendala. Defendan dalam keterangan yang ada jelas tidak mempertimbangkan keperluan S/N NSaOAfxhGEqCy/fasCxvgQ Plaintif untuk bekerja mengikut cara Plaintif bagi menjamin mutu kerja dan kualiti kerja-kerja ID. Defendan seharusnya faham bahawa skop kerja Plaintif tidak sama dengan skop kerja kontraktor-kontraktor pembinaan Defendan yang lain. Mahkamah memetik keterangan berikut: Pemeriksaan Utama SP1