Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(IM)(NCVC)-235-07/2017 ANTARA INTEGRATED TRAINING AND SERVICES SDN BHD (NO SYARIKAT. 601001-V) …PERAYU
W-01(IM)(NCVC)-235-07/2017
Court of Appeal of Malaysia13 Mar 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“situasi sebegini, di mana ada bantahan oleh pihak Defendan-defendan, proses penaksiran menurut klausa 27.4 Kontrak semestinya dijalankan (kes Privy Council Tan Kheng Hong v Heap Moh Steamship Co Ltd [1964] MLJ 87) dirujuk. Timbalan Pendaftar seharusnya meminta Juruaudit memberi keterangan tentang pengiraan yang dibuat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(IM)(NCVC)-235-07/2017 ANTARA INTEGRATED TRAINING AND SERVICES SDN BHD (NO SYARIKAT. 601001-V) …PERAYU
1
1.
2
2.
3
KETUA PENGARAH BAHAGIAN HAL EHWAL PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA …RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: 21NCVC-92-12/2013 Antara Integrated Training And Services Sdn Bhd … Plaintif
1
Kerajaan Malaysia 2.
3
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia …Defendan-Defendan [Diputuskan oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman – Puan Rohani Binti Ismail di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2017] 2 KORAM: UMI KALTHUM BINTI ABDUL MAJID, HMR VERNON ONG LAM KIAT, HMR (SEKARANG HMP) SURAYA BINTI OTHMAN, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan Perayu (Integrated Training And Services Sdn Bhd) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16.6.2017 yang telah membenarkan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar (Lampiran 72) yang difailkan oleh Responden-responden (Kerajaan Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagai Responden 1, 2 dan 3) terhadap keputusan Timbalan Pendaftar bertarikh 2.9.2016 di dalam suatu prosiding taksiran ganti rugi. Mahkamah Tinggi pada 16.6.2017, selanjutnya telah memerintahkan bahawa keputusan Timbalan Pendaftar tersebut diketepikan dan pihak-pihak dikehendaki melantik Juruaudit yang baru bagi menjalankan taksiran ganti rugi selaras dengan klausa 27.4 Kontrak. [2] Taksiran ganti rugi yang telah dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi bertarikh 2.9.2016 tersebut adalah berdasarkan Perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 12.5.2015 yang memutuskan bahawa liabiliti 3 adalah memihak kepada Perayu dan kes diremit semula ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi oleh Timbalan Pendaftar. [3] Pada 10.7.2017, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 16.6.2017 tersebut. [4] Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, kami sebulat suara telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 16.6.2017. [5] Bagi tujuan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sepertimana mereka di Mahkamah Tinggi. Oleh itu, Perayu akan dirujuk sebagai Plaintif dan Responden-responden akan dirujuk sebagai Defendan-defendan. FAKTA KES SECARA RINGKAS [6] Plaintif adalah sebuah syarikat yang mengendalikan akademi penerbangan yang menyediakan latihan penerbangan, latihan penerbangan simulator dan sewaan pesawat. [7] Melalui permintaan Defendan-defendan, Plaintif telah memasuki dua kontrak dengan pihak Defendan Pertama seperti berikut:
a
“Basic Flying Training for Helicopter Pilots, Aircrewman and Rescue Swimmers of the Maritime Enforcement Agency” bertarikh 4.6.2009 (Kontrak Pertama); dan 4
b
“Basic Flying Training Services for Fixed Wing Pilots and Systems Officer for Malaysia Maritime Enforcement Agency” bertarikh 1.6.2009 (Kontrak Kedua). [8] Melalui Kontrak Pertama, pihak Plaintif dikehendaki menyediakan dan menjalankan kursus dan latihan penerbangan kepada pelatih Defendan-defendan manakala pihak Defendan-defendan pula dikehendaki menghantar jumlah pelatih yang tertentu untuk menghadiri latihan yang disediakan oleh Plaintif. [9] Melalui Kontrak Kedua pula, pihak Plaintif bertanggungjawab untuk menyediakan latihan penerbangan beserta perkhidmatan sokongan dan peralatan penerbangan. Di dalam Kontrak Kedua ini juga Defendan-defendan dikehendaki menghantar jumlah pelatih yang tertentu untuk menghadiri latihan yang disediakan oleh Plaintif. [10] Menurut Plaintif, Defendan-defendan telah gagal untuk menghantar jumlah pelatih sebagaimana yang dipersetujui di dalam kedua-dua kontrak tersebut. Justeru itu, Plaintif terpaksa menamatkan kursus dengan lebih awal kerana tidak mampu menampung kos operasi bagi jumlah pelatih yang terlalu kecil. Plaintif juga mendakwa penamatan kursus lebih awal ini telah menyebabkan Plaintif mengalami kerugian. [11] Lanjutan daripada itu, Plaintiff telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 30.12.2013 terhadap Defendan-defendan untuk menuntut pembayaran ganti rugi khas sebanyak RM123,786,283.00 beserta ganti rugi am dan ganti rugi teladan. Selepas perbicaraan penuh, 5 pada 2.10.2014, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan untuk ganti rugi khas adalah dibenarkan sebagaimana berikut: i. Tuntutan bagi baki Kontrak Pertama dan Kontrak Kedua ialah sebanyak RM25,571,310.00; ii. Jumlah bayaran tertunggak ialah sebanyak RM2,691,080.00; dan iii. Kerugian untuk jumlah pelaburan ialah sebanyak RM17,785,707.84, yang mana kesemuanya untuk ganti rugi khas berjumlah sebanyak RM46,048,097.84 dengan kadar faedah 5% setahun mulai tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN [12] Pada 28.10.2014 Defendan-defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 2.10.2014 tersebut. Pada 12.5.2015 Mahkamah Rayuan telah memutuskan sepertimana berikut: “(a) Rayuan dibenarkan sebahagian;
b
Perintah Mahkamah Tinggi berkenaan item (2) dan (3) Pernyataan Tuntutan diketepikan; 6
c
Berkenaan item (1) dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif, Perintah Mahkamah atas kuantum diketepikan dan digantikan dengan Perintah bahawa kes diremit ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi selaras dengan Klausa 27.4 Kontrak;
d
Rayuan Balas Responden dan Rayuan Perayu terhadap tuntutan balas ditolak; dan
e
Kos rayuan ditanggung oleh pihak masing-masing.” [penekanan ditambah] [13] Selaras dengan Perintah Mahkamah Rayuan di dalam perenggan (c) di atas, kes ini telah ditetapkan untuk prosiding taksiran ganti rugi di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3.3.2016, semasa Pengurusan Kes dijalankan, pihak-pihak telah mencapai persetujuan untuk melantik Firma Salihin Chartered Accountants sebagai Juruaudit bebas untuk menyediakan laporan penilaian taksiran bagi ganti rugi. Penolong Kanan Pendaftar yang mengendalikan Pengurusan Kes tersebut juga telah memberikan arahan bahawa taksiran hanya tertakluk kepada dokumen yang difailkan di Mahkamah sahaja. [14] Pada 18.7.2016, taksiran ganti rugi telah dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar dan menurut alasan penghakiman yang telah disediakan oleh Timbalan Pendaftar, prosiding taksiran tersebut telah dijalankan dengan kehadiran Juruaudit, Encik Ahmad Izwan Adnan dari Firma Salihin. Juruaudit tersebut telah membentangkan Laporan Audit dan diikuti dengan klarifikasi yang dijalankan oleh pihak-pihak. 7 KEPUTUSAN TIMBALAN PENDAFTAR [15] Pada 2.9.2016, Timbalan Pendaftar telah memutuskan dalam perintah taksiran ganti rugi seperti berikut: “Mahkamah ini menerima Laporan oleh Juruaudit yang dilantik bersama, Tetuan Salihin Chartered Accountants bertarikh 12.04.2016 dan seterusnya adalah diperintahkan bahawa:
a
Defendan-defendan hendaklah membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM21,735,613.50 tersebut ke dalam Akaun Pelanggan (Client’s Account) Tetuan Azrul, Afifi & Azuan sebagai stakeholders.
b
Kos Juruaudit yang dilantik bersama, Tetuan Salihin, dibayar oleh Defendan-defendan sebanyak RM25,000.00 dan bakinya diselesaikan oleh Plaintif.
c
Faedah 5% setahun dikira bermula dari 2 September 2016 sehingga penyelesaian penuh.” [16] Selepas keputusan Timbalan Pendaftar tersebut, Defendan-defendan telah memfailkan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar (Lampiran 72) di bawah Aturan 56 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A) 205/2012] (“KKM 2012”). Defendan-defendan memohon supaya keputusan Timbalan Pendaftar yang menggunapakai Laporan Audit dari Firma Salihin diketepikan di atas alasan, antaranya, laporan Juruaudit tersebut adalah cacat, tidak benar, melanggar prinsip perundangan 8 taksiran ganti rugi dan telah diterima masuk oleh Timbalan Pendaftar tanpa kehadiran Juruaudit yang menyediakan laporan tersebut untuk memberikan keterangan di Mahkamah. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI [17] Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak, Mahkamah Tinggi membenarkan Lampiran 72 dan mengenepikan keputusan Timbalan Pendaftar bertarikh 2.9.2017 tanpa perintah mengenai kos. Mahkamah Tinggi juga telah mengarahkan pihak-pihak untuk melantik juruaudit yang baru bagi menjalankan taksiran ganti rugi selaras dengan klausa 27.4 Kontrak. [18] Di dalam penghakimannya, YA Pesuruhjaya Kehakiman menyatakan bahawa, setelah penelitian beliau terhadap Alasan Penghakiman Timbalan Pendaftar berserta hujahan oleh kedua-dua belah pihak, beliau dapati bahawa Defendan-defendan dari permulaannya telah menimbulkan bantahan di atas kesahihan Laporan Juruaudit tersebut di hadapan Timbalan Pendaftar. [19] YA Pesuruhjaya Kehakiman selanjutnya menyatakan, walaupun kedua-dua pihak telah bersetuju melantik Firma Salihin sebagai juruaudit bebas bagi mentaksirkan kos dan kerugian yang perlu dibayar oleh Defendan-defendan, namun apabila timbul bantahan terhadap kesahihan laporan yang disediakan, Timbalan Pendaftar sepatutnya menimbang bantahan tersebut serta memberi alasan di atas dapatannya itu sebelum 9 membuat keputusan untuk terus menerima Laporan Audit tanpa memanggil juruaudit untuk memberikan keterangan di Mahkamah. [20] Walaupun Timbalan Pendaftar ada menyatakan bahawa Juruaudit telah hadir dan membuat pembentangan serta penerangan mengenai Laporan tersebut pada 18.7.2016, namun begitu tiada sebarang Minit Prosiding Mahkamah bertarikh 18.7.2016 tersebut dikemukakan untuk penelitian Mahkamah Tinggi. [21] Setelah meneliti Laporan Audit tersebut, YA Pesuruhjaya Kehakiman juga berpendapat bahawa Laporan Audit tersebut dengan sendiri masih lagi memerlukan penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci dari juruaudit yang menyediakan laporan. Oleh yang demikian, juruaudit sepatutnya dipanggil memberikan keterangannya. [22] YA Pesuruhjaya Kehakiman seterusnya berpendapat bahawa Timbalan Pendaftar telah bertindak di atas prinsip undang-undang yang salah apabila memberikan perintah dengan hanya bergantung kepada Laporan Audit semata-mata tanpa soal balas Juruaudit yang menyediakan laporan tersebut untuk memberikan keterangan. [23] Berhubung dengan isu res judicata, YA Pesuruhjaya Kehakiman berpandangan bahawa penghakiman belum lagi diputuskan secara muktamad memandangkan proses taksiran ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk dijalankan oleh Timbalan Pendaftar telah dibantah oleh Defendan-defendan di peringkat pendengaran di hadapan 10 Timbalan Pendaftar. Oleh yang demikian, tidak timbul isu res judicata sebagaimana yang dibangkitkan oleh peguam Plaintif. [24] Walaupun Plaintif menghujahkan bahawa penjelasan yang terperinci mengenai methodologi, kandungan Laporan Audit dan Ringkasan Kerja telah dibentangkan di hadapan Timbalan Pendaftar pada 18.7.2016, namun catatan Timbalan Pendaftar di dalam bentuk Minit/Nota Prosiding tiada di dalam fail untuk penelitian Mahkamah Tinggi. HUJAHAN PERAYU/PLAINTIF [25] Perayu/Plaintif berhujah bahawa, walaupun Responden-responden/Defendan-defendan telah membuat bantahan terhadap Laporan Audit tersebut, namun tiada permohonan rasmi dibuat oleh Defendan-defendan sama ada untuk memanggil Juruaudit bagi pemeriksaan balas atau perbicaraan selaras dengan Aturan 37 Kaedah 1 (4), KKM 2012. Plaintif juga berhujah bahawa kekurangan nota atau minit prosiding tidak seharusnya menjadi asas untuk mengenepikan keputusan Timbalan Pendaftar. Mengikut Nota Prosiding, sewaktu kes klarifikasi ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar pada 18.7.2016, Juruaudit Encik Izwan telah menjelaskan bagaimana cara taksiran dibuat dan dokumen Ringkasan Kerja Juruaudit telah dikemukakan oleh beliau. Oleh yang demikian, Plaintif berhujah bahawa laporan yang dibuat Juruaudit adalah selaras dengan kehendak klausa 27.4 Kontrak tersebut dan menepati kehendak sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan. Keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan perlantikan Juruaudit baru adalah 11 jelas bertentangan dengan Perintah Mahkamah Rayuan dan terma Kontrak tersebut. HUJAHAN RESPONDEN-RESPONDEN/DEFENDAN-DEFENDAN [26] Responden-responden/Defendan-defendan berhujah bahawa laporan Juruaudit tersebut adalah bertentangan dengan klausa 27.4 Kontrak berdasarkan alasan-alasan yang berikut:
a
Tetuan Salihin Chartered Accountants sendiri dalam laporannya mengakui kesukaran untuk mengenalpasti "all sum and expenses properly and necessarily incurred by the Contractor in executing its obligations under this Contract up to and including date of termination of this Contract";
b
Pengiraan yang dibuat oleh Tetuan Salihin Chartered Accountants telah menggunakan dokumen-dokumen yang tidak berkaitan dan tidak pernah difailkan di Mahkamah dan bukan seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan; dan
c
Kaedah "Keuntungan Sebelum Cukai" yang direkodkan oleh pihak Plaintif bagi tahun kewangan 2007 dalam menentukan jumlah kos dan keuntungan pihak Plaintif bagi tahun kewangan 2007 serta metadologi yang telah digunapakai oleh Tetuan Salihin Chartered Accountants adalah bertentangan dengan klausa 27.4 Kontrak. Pengiraan margin keuntungan dibuat berdasarkan andaian semata-mata. Tiada bukti atau kos sebenar dikemukakan mengenai perbelanjaan oleh pihak 12 Plaintif iaitu kos setiap pelatih sepertimana yang diperuntukkan di dalam Kontrak. [27] Defendan-defendan juga berhujah bahawa perbicaraan taksiran ganti rugi seharusnya dijalankan kerana pihak Defendan-defendan telah membantah penerimaan Laporan Audit oleh Firma Salihin tersebut. Defendan-defendan juga berhujah bahawa klausa 27.4 Kontrak tersebut jelas tidak menyebut pihak Defendan-defendan perlu menerima laporan tersebut. Laporan juruaudit bukanlah muktamad dan pihak-pihak tidak terikat untuk menerimanya. Persetujuan melantik Juruaudit menurut klausa 27.4 Kontrak tidak bermakna pihak Defendan-defendan dikehendaki bersetuju dengan laporan audit tersebut. Klausa 27.4 ini terdapat dalam kedua-dua kontrak di antara pihak-pihak yang memperuntukkan seperti berikut: “In the event that this Contract is terminated under any provision of Clause 27.3, the Government shall pay to the Contractor upon demand the amount of which to be determined by an independent auditor to be appointed mutually by both Parties in respect of all sums and expenses properly and necessarily incurred by the Contractor in executing its obligation under this Contract up to and including the date of termination of this Contract.”
para
[28] Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, kami secara sebulat suara memutuskan bahawa rayuan pihak Plaintif adalah ditolak. Kami mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 16.6.2017. 13 [29] Pada asasnya kami bersetuju dengan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman yang terdapat di perenggan [29] hingga [37] Alasan Penghakimannya. Kami bersetuju dengan YA Pesuruhjaya Kehakiman bahawa Timbalan Pendaftar telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah (has acted on a wrong principle of law) apabila memberi perintah atas arahan bagi Taksiran oleh Mahkamah Rayuan, dengan hanya bergantung kepada Laporan Audit semata-mata tanpa menjalankan perbicaraan dengan kehadiran Juruaudit memberi keterangan atas sumpah agar Defendan-defendan jelas tentang bayaran yang perlu dibuat bagi ganti rugi yang perlu ditaksirkan sebagaimana arahan Mahkamah Rayuan berdasarkan klausa 27.4 Kontrak dalam ertikata yang sebenarnya Perintah Mahkamah Rayuan tersebut. Dari penelitian ke atas Alasan Penghakiman, kami berpendapat bahawa YA Pesuruhjaya Kehakiman dengan jelas tidak khilaf (was not plainly wrong). Walhal, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah menilai dengan secukupnya keterangan yang ada dan telah mengarahkan dirinya dengan betul dari segi fakta dan undang-undang dan tiada sebarang sebab yang mewajarkan kami untuk menganggu dapatan ini. Kes Lee Chee Keong v Fadason Holdings Sdn Bhd & Other Appeals [2017] 3 MLJ 728; Ming Holdings (M) Sdn Bhd v Tuan Syed Azahari bin Noh Shahabudin & Anor [2010] 4 MLJ 577; China Airlines Ltd v Maltran Air Corp Sdn Bhd (formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd) and Another Appeal [1996] 2 MLJ 517 [Tab 3] ms. 175 dirujuk. [30] Bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh pihak Defendan-defendan terhadap laporan juruaudit tersebut hendaklah dipertimbangkan oleh Timbalan Pendaftar sebelum membuat sebarang keputusan. Kami dapati bantahan-bantahan yang dibuat oleh pihak Defendan-defendan 14 adalah bermerit di antaranya atas kegagalan Juruaudit untuk menjelaskan secara terperinci mengenai kaedah taksiran ganti rugi yang dilakukan dalam menentukan jumlah taksiran sebanyak RM21,735,613.50 tersebut. [31] Sepatutnya dalam situasi sebegini, di mana ada bantahan oleh pihak Defendan-defendan, proses penaksiran menurut klausa 27.4 Kontrak semestinya dijalankan (kes Privy Council Tan Kheng Hong v Heap Moh Steamship Co Ltd [1964] MLJ 87) dirujuk. Timbalan Pendaftar seharusnya meminta Juruaudit memberi keterangan tentang pengiraan yang dibuat dan bagaimana penilaian bagi jumlah ganti rugi dicapai untuk memastikan laporan tersebut adil dan telus. Lebih lagi, jika pengiraan yang digunakan adalah berunsur teknikal dan memerlukan penerangan yang jelas dan terang daripada semua pihak. [32] Kami merujuk kepada klausa 27.4 Kontrak, yang memperuntukkan seperti berikut: “In the event that this Contract is terminated under any provision of Clause 27.3, the Government shall pay to the Contractor upon demand the amount of which to be determined by an independent auditor to be appointed mutually by both Parties in respect of all sums and expenses properly and necessarily incurred by the Contractor in executing its obligation under this Contract up to and including the date of termination of this Contract.” [penekanan ditambah] 15 [33] Bagi hemat kami, menurut klausa di atas, penentuan oleh pihak Juruaudit berhubung dengan “all sums and expenses properly and necessarily incurred” adalah penting berdasarkan prinsip pembuktian ganti rugi sejajar dengan seksyen 74 Akta Kontrak 1950 (Akta 136). Dalam erti kata lain, tuntutan Plaintif adalah untuk ganti rugi khas yang semestinya perlu dibuktikan (kes Mahkamah Rayuan Pembinaan Kota Laksamana (Melaka) Sdn Bhd & Anor v Damansara Realty Bhd [2016] 8 CLJ 462 dirujuk). [34] Tambahan lagi, dalam penyediaan laporan audit, pihak Juruaudit telah menggunapakai Laporan Tahunan Kewangan Plaintif yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tahun 2006 dan 2007 iaitu dokumen yang tidak berkenaan dengan kedua-dua kontrak ini sedangkan kontrak di antara Plaintif dan Defendan-defendan hanya dimeterai pada bulan Jun 2009. [35] Dari itu, berdasarkan alasan di atas, kami memutuskan bahawa di dalam situasi sedemikian, adalah wajar agar Juruaudit baru yang bakal dilantik oleh pihak-pihak dipanggil oleh Timbalan Pendaftar ke prosiding taksiran ganti rugi dan diperiksa balas atas sumpah oleh kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan klarifikasi jelas, bukan sahaja bagi membantu pihak-pihak agar dapat memahami dengan jelas isu yang dibangkitkan, bahkan juga dapat membantu Timbalan Pendaftar untuk mencapai suatu keputusan yang adil. 16 KESIMPULAN [36] Berdasarkan huraian di atas, kami sebulat suara memutuskan menolak rayuan Perayu/Plaintif dan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 16.6.2017 dengan kos RM10,000.00 tertakluk kepada alokatur kepada Responden-responden/Defendan-defendan. Kami seterusnya memerintahkan agar kes diremit ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi oleh Juruaudit (auditor) yang baru di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi. T.T Bertarikh: 21 Mei 2020 (SURAYA OTHMAN) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia NAS UNDANG-UNDANG YANG DI RUJUK: 17
1
Lee Chee Keong v Fadason Holdings Sdn Bhd & Other Appeals [2017] 3 MLJ 728;
2
Ming Holdings (M) Sdn Bhd v Tuan Syed Azahari bin Noh Shahabudin & Anor [2010] 4 MLJ 577;
3
China Airlines Ltd v Maltran Air Corp Sdn Bhd (formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd) and Another Appeal [1996] 2 MLJ 517;
4
Tan Kheng Hong v Heap Moh Steamship Co Ltd [1964] MLJ 87; dan 5. Pembinaan Kota Laksamana (Melaka) Sdn Bhd & Anor v Damansara Realty Bhd [2016] 8 CLJ 462.
1
Aturan 37 Kaedah 1 (4); Aturan 56 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A) 205/2012] (“KKM 2012”); dan 2. Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 (Akta 136). PEGUAMBELA/PEGUAMCARA: Perayu : Malik Imtiaz Sarwar (Afifi Bin Ahmad dan Priscilla Chin bersamanya) Tetuan Azrul Afifi & Azuan Peguambela & Peguamcara B-5-1 Blok B Megan Avenue 1 189 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Responden-responden : Ahmad Terriruddin bin Mohd Salleh (Mariam Hasanah Binti Othman bersamanya) Jabatan Peguam Negara Malaysia Bahagian Guaman (Civil Division) Aras 3, Blok C3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62512 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.