[40] In Lim Nyang Tak Michael v. ACE Technologies Sdn Bhd [1995] 4 MLRH 442; [1995] 4 MLJ 616, where Abdul Kadir Suleiman J (later FCJ) rightly held that: It was not a question of negligence to plead all those matters in the original defence but a "tactical manoeuvre" and done in bad faith to delay the rights of the plaintiff on his claim. The application to amend the defence after exposure by the plaintiff in his affidavit in support was a tactic to confuse the issues by creating imaginary 'triable issues' and to stall the plaintiff of his rights. If this was allowed, it would unnecessarily cause prejudice to the plaintiff which could not be compensated by costs. [41] In Ismail Ibrahim & Ors v. Sum Poh Development Sdn Bhd & Anor [1988] 1 MLRH 186; [1988] 1 CLJ (Rep) 606, where Mohamed Dzaiddin J (later Chief Justice of Malaysia) aptly said: The rule governing the amendment of pleadings is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. However, there are two circumstances in which an amendment to add an allegation of fraud would not be permitted: (a) where the facts giving rise to the plea of fraud were known at the time of the original pleading and (b) where the delay in pleading fraud was in connection with some "tactical manoeuvre". [42] The general rule that an amendment will be permitted if the opposing party does not suffer an injustice as a result of the proposed amendment must be put to the fore (Khoo Tau Guan v. Weng Lai Ping & Ors [2003] 4 MLRH 64; [2004] 5 CLJ 249). But, in exercising its discretion to allow or disallow a pleading to be amended, the court must consider the position of all the parties. [43] Here, the resulting prejudice to the respondent bank cannot be compensated by costs because of the appellant's mala fide in filing the amendment application after a delay of 7 months and 27 days and the manoeuvrings of the appellant to delay the sale of the said land to Fenomena Kualiti Sdn Bhd." [ 18 ] Berdasarkan otoriti di atas, dan melihat juga fakta-fakta kes maka Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa sikap dan niat sebenar Defendan telah dicemari mala fide dan terjumlah kepada "tactical manoeuvre" di dalam membuat permohonan ini. Sama ada Jika Pindaan Ini Dibenarkan Akan Mengubah Dengan Ketara Sifat Kes Defendan [ 19 ] Seterusya Mahkamah ini juga mendapati sekiranya Permohonan Pindaan ini dibenarkan, ia akan menyebabkan Pembelaan Terpinda bercanggah dengan Pembelaan yang sedia ada serta akan mengubah dengan ketara sifat (character) kes Defendan iaitu menjadikan kes Defendan dari satu sifat ke sifat yang lain serta mewujudkan kausa tindakan yang baru. Terdapat perbezaan yang substantial dan/atau ketara dalam Cadangan Pindaan Pernyataan Pembelaan Defendan di “Ekshibit MJ-2” Afidavit Sokongan Defendan (“Cadangan Pindaan”) dengan Pembelaan. [ 20 ] Mahkamah mendapati pindaan tersebut membawa perbezaan yang amat ketara dan substantial, khususnya berkenaan jumlah invois-invois yang telah nyata diakui oleh Defendan serta jumlah invois-invois diakui telahpun berkurang daripada RM77,010.33 kepada RM59,664.53. Pengurangan jumlah pembayaran invois-invois (nyata diakui Defendan) dalam Cadangan Pindaan adalah secara jelas menunjukkan penukaran sifat/ karekter Pembelaan bagi tujuan memperbaiki Pembelaan, maka bukan “bona fide”. [ 21 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa terdapat percanggahan yang ketara berkenaan invois-invois yang telah diakui oleh Defendan khususnya berkenaan dengan Invois No. INSC-IVR10638, Invois No. INSC-IVR10653 serta Invois No. INSC-IVR10675 di mana Cadangan Pindaan Defendan telah secara nyatanya mengakui keberhutangan bagi Invois No. INSC-IVR10638, Invois No. INSC-IVR10653 dan Invois No. INSC-IVR10675 (Item 5, 6 dan 7). Namun, kini Defendan cuba mengelirukan Mahkamah dengan tidak mengakui keberhutangan bagi invois-invois tersebut. [ 22 ] Malahan sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan pindaan ini ia juga akan mengakibatkan semua langkah-langkah susulan di dalam litigasi ini iaitu Jawapan Kepada Pembelaan dan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas, Fakta-Fakta yang Dipersetujui, Isu-Isu Untuk Perbicaraan, Ringkasan Kes, Ikatan Pliding, Ikatan Dokumen, Kenyataan Saksi dan sebagainya perlu dipinda serta dirangka semula dan perlu difailkan semula. [ 23 ] Mahkamah ini juga merujuk pada kes Marjan Petrovski v. Datuk Seri Utama Ir Haji Idris Hj Haron (President Of Melaka United Soccer Association ('Musa')) [2021] MLRHU 1572 di muka surat 6 perenggan 31,32 dan 33 “[31] This Court is cognisant that under O 20 r 5(5) of the ROC 2012, "an amendment may be allowed... notwithstanding that the effect of the amendment will be to add or substitute a new cause of action if the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed on the action by the party applying for leave to make the amendment'. [32] If the proposed re-amendments were allowed, a new cause of action in nervous shock would be allowed to the Plaintiff as a dependent. This Court held that such new cause of action in this instant case should not be allowed. [33] The proposed re-amendments must also be considered with the issue of prejudice to the Defendant if the proposed reamendments were allowed by this Court.” Kesimpulan [ 24 ] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpendapat berdasarkan keputusan di dalam kes Mahkamah Persekutuan Yamaha Motor Co.Ltd v Yamaha Malayisan Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 213 iaitu jika permohonan cadangan pindaan kepada pembelaan yang dipohon oleh defendan dibenarkan maka ia akan menyebabkan ketidakadilan kepada Plaintif (injustice) yang mana seterusnya tidak akan dapat dipampas dengan kos. [ 25 ] Mahkamah bersetuju bahawa permohonan Defendan ini seharusnya ditolak sebab dakwaan-dakwaan khususnya tentang pihak ketiga yang kini ingin dimasukkan menurut Cadangan Pindaan merupakan dalam sepanjang pengetahuan Defendan sebelum Defendan memfailkan Pembelaan dan sebelum pemfailan Jawapan Kepada Pembelaan. Defendan juga mempunyai banyak peluang (ample opportunity) bagi memplidkan butiran pihak ketiga dan/atau fakta yang relevan dalam Pembelaan, akan tetapi Defendan sendirinya telah memilih dan telah gagal cuai dan/atau abai untuk membuat sedemikian, maka tertimbulnya isu kelewatan dan mala fide dalam pemfailan permohonan pindaan Defendan. [ 26 ] Jadi adalah selamat pada peringkat ini, setelah meneliti dan mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak untuk Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian menolak permohonan Defendan di Lampiran 12 dengan kos RM500.00. Bertarikh pada 25 Ogos 2024 …………t…t………… (HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH) Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu , Kelantan. Pihak-Pihak: Tetuan Lee saw & Co Peguamcara Plaintif beralamat di 20-01, Menara Flexus, No.92 Jalan Kuching 51200 Kuala Lumpur Tetuan N.M.Amin & Associates, Peguamcara Defendan beralamat di No.PT 695, Tingkat 1 Blok C, Pasar Awam Bersepadu, Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai 15100 Kota Bhary, Kelantan