Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-A52NCvC-868-10/2023 ANTARA INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (NO SYARIKAT : 198301005860/101067-P) ….PLAINTIF
/akn/my/judgment/sessions-court/2026/3ebafa88-0954-47e3-9caa-de621d45a140
Sessions Court of Malaysia10 Apr 2026WA-A52NCvC-868-10/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dokumen kontrak iaitu Surat Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar Tersebut.Dapatan mahkamah ini dengan merujuk kepada kes MERIDIAN DIVERSIFIED (M) SDN BHD v. EXPORT-IMPORT BANK OF MALAYSIA BERHAD, [2025] CLJU 2630, Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo Soon Chye memutuskan seperti berikut: “41. In the instant case, based”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-A52NCvC-868-10/2023 ANTARA INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (NO SYARIKAT : 198301005860/101067-P) ….PLAINTIF
1
1.MAZBAH BINTI TERMIZI
2
2.ALFIAN BIN TERMIZI (NO K/P: 830514-14-5999) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (PERBICARAAN PENUH ANTARA PLAINTIF DAN DEFENDAN-DEFENDAN) 05/07/2026 14:17:11 WA-A52NCvC-868-10/2023 Kand. 80 S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ A. PENGENALAN [1] Plaintif telah memfailkan tuntutan ke mahkamah menuntut daripada Defendan-Defendan seperti yang berikut : a) Defendan-Defendan hendaklah secara bersesama dan berasingan membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 kepada Plaintif; b) Faedah pada kadar 5 % setahun atas jumlah penghakiman yang diberi oleh Mahkamah Yang Mulia ini dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman tersebut; c) Kos tindakan ini; dan d) Lain-lain relief dan perintah yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [2] Setelah mahkamah meneliti keterangan dokumen, keterangan semua saksi Plaintif dan Defendan-Defendan ketika perbicaraan, hujahan bertulis dan hujahan bertulis balasan yang telah difailkan oleh Peguam Terpelajar Plaintif dan Peguam Terpelajar Defendan-Defendan,mahkamah atas imbangan kebarangkalian membenarkan tuntutan Plaintif iaitu Defendan-Defendan hendaklah secara bersesama dan berasingan membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 kepada Plaintif; Faedah pada kadar 5 % setahun atas jumlah penghakiman yang diberi oleh Mahkamah Yang Mulia ini dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman tersebut dan kos tindakan ini S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif RM7000.Tidak berpuas hati dengan keputusan ini , Defendan-Defendan telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi. B.LATAR BELAKANG KES i) Ringkasan Kes Plaintif [3] Atas permohonan Defendan Pertama, Plaintif telah menerusi Surat Tawaran bertarikh 22.9.2014 (selepas ini Surat Tawaran Tersebut) bersetuju untuk menawarkan Defendan Pertama cuti belajar bagi membolehkan Defendan Pertama melanjutkan pengajian di peringkat PhD In Law di Universiti Sains Islam Malaysia (selepas ini Kursus PhD Tersebut) dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Plaintif.Pada 9.10.2014 Plaintif telah memasuki satu perjanjian dengan Defendan Pertama di mana Defendan Kedua telah bersetuju untuk menjadi penjamin (surety) kepada Defendan Pertama di dalam perjanjian tersebut (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian Cuti Belajar). [4] Di bawah Perjanjian Cuti Belajar , Plaintif telah bersetuju untuk antara lainnya memberi elaun peribadi berserta bantuan kewangan kepada Defendan Pertama bagi melanjutkan pengajian di dalam kursus PhD tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Cuti Balajar tersebut (yang mana dibaca bersama dengan Surat Tawaran Tersebut yang mana antara lainnya adalah seperti yang berikut : S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ i) Tempoh keseluruhan Kursus PhD tersebut adalah 6 bulan bermula dari 15.9.2014 hingga 14.3.2015 di mana Defendan Pertama diberi gaji dan elaun sepanjang tempoh kursus PhD tersebut; ii) Sebagai balasan Defendan Pertama dikehendaki menyempurnakan kursus PhD tersebut dengan berjaya di dalam tempoh kursus tersebut dan/atau di dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh pihak Plaintif serta berkhidmat dengan Plaintif untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh selesai kursus Phd atau tarikh melapor diri di Institusi Plaintif; dan iii)Sekiranya Defendan Pertama tidak berjaya menyempurnakan Kursus PhD tersebut di dalam tempoh kursus seperti yang ditetapkan dan/atau di dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh Plaintif dan/atau Defendan Pertama didapati melanggar mana-mana terma dan syarat Perjanjian PhD tersebut dan surat tawaran tersebut, Defendan Pertama dan Defendan Kedua hendaklah secara bersesama dan berasingan bertanggungan untuk membayar semula kesemua wang yang telah dibelanjakan oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama di bawah Perjanjian PhD tersebut apabila dituntut dan/atau diminta oleh Plaintif. [5] Pada semua masa yang material berdasarkan rekod Plaintif adalah didapati bahawa tiada sebarang sijil/bukti penyempurnaan kursus PhD tersebut dikemukakan oleh Defendan Pertama dan tiada bukti bahawa Defendan Pertama telah menyempurnakan kursus PhD tersebut di dalam tempoh kursus tersebut dan/atau di dalam tempoh-tempoh lanjutan yang diberikan oleh pihak Plaintif. S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ [6] Maka selaras dengan terma-terma Surat Tawaran Tersebut dan Perjanjian Cuti Belajar , Plaintif telah pada atau sekitar 16.4.2019 membuat keputusan untuk menamatkan perjanjian cuti belajar Phd tersebut. [7] Atas penamatan perjanjian cuti belajar PhD tersebut , Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah secara bersesama dan bertanggungan untuk mengembalikan/membayar balik kepada Plaintif jumlah wang yang telah dibelanjakan dan/atau dibayar oleh Plaintif sebagai gaji, elaun dan kos-kos lain yang dibelanjakan oleh Plaintif untuk Defendan Pertama melanjutkan dan menyempurnakan pengajian Kursus PhD tersebut iaitu sebanayk RM113,195.18 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Belas Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Lima dan Sen Lapan Belas sahaja). [8] Defendan Pertama telah menghantar beberapa rayuan kepada Plaintif untuk mengetepikan jumlah tuntutan tersebut. Kesemua rayuan Defendan Pertama telah ditolak oleh Plaintif.Sehingga kini, Defendan-Defendan masih gagal untuk membayar apa-apa bahagian terhadap jumlah RM113,195.18 tersebut. [9] Oleh yang demikian Plaintif kini menuntut relief-relief seperti berikut : a) Defendan-Defendan hendaklah secara bersesama dan berasingan membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 kepada Plaintif; S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ b) Faedah pada kadar 5 % setahun atas jumlah penghakiman yang diberi oleh Mahkamah Yang Mulia ini dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman tersebut; c) Kos tindakan ini; dan d) Lain-lain relief dan perintah yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah Yang Mulia ini. ii) Ringkasan Kes Defendan-Defendan [10] Defendan-Defendan menyatakan bahawa Defendan Pertama membiayai sendiri pengajian beliau bagi Kursus PhD tersebut (self sponsored) dan telah memohon cuti belajar bagi tujuan tersebut. [11] Defendan-Defendan menafikan Plaintif memberi elauan peribadi berserta bantuan kewangan kepada Defendan Pertama melainkan bayaran gaji yang terus berjalan walaupun di dalam tempoh cuti belajar. [12] Defendan-Defendan menafikan Defendan Pertama ada melanggar terma-terma surat tawaran dan perjanjian cuti belajar PhD tersebut dan menegaskan bahawa Plaintif telah gagal dan/atau enggan dan/atau secara salah dan/atau pramatang tidak membenarkan lanjutan masa cuti belajar yang dipohon Defendan Pertama dan seterusnya menamatkan surat tawaran dan perjanjian cuti belajar Phd tersebut sedangkan pihak USIM tidak pernah memberhentikan pengajian PhD Defendan Pertama. S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ [13] Garis masa (time line) perjanjian cuti belajar Phd, lanjutan-lanjutan masa yang dipohon serta perkembangan pengajian Defendan Pertama adalah diringkaskan dalam bentuk jadual tersebut: Perkara Tempoh Status Perkerjaan Status PhD Perjanjian Cuti Belajar PhD 15/6/2014- 14/3/2015 Cuti Belajar Bergaji Lanjutan Pertama 15/3/2015- 14/9/201 Cuti Belajar Bergaji Data Collection – 50% Study Progress - 50% Lanjutan Kedua 15/9/2015- 14/3/2016 Cuti Belajar Bergaji Data Collection – 95% Lanjutan Ketiga 15/3/2016- 20/3/2016 Defendan Pertama telah melapor diri untuk bertugas/bekerja pada 21/3/2016 Bertugas dan Bekerja dan Bergaji Thesis writing final stage Lanjutan Keempat Mac 2016- September 2016 Bertugas/bekerja danbergaji Data Collections -100% Study progress – 85% Thesis will be submitted on S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ end of the semester i.e June 2016 Lanjutan Kelima September 2016-Mac2017 Bertugas/bekerja dan bergaji Thesis Progress – 95% Lanjutan Keenam Mac2017- September 2017 Bertugas/Bekerja dan bergaji Thesis Progress -100% Expected viva May 2017 Lanjutan Ketujuh September 2017-Mac 2018 Bertugas/Bekerja dan Bergaji 1st viva on 25/7/2017 _ USIM gave 1 year to do major correction and resubmit thesis.1st supervisor withdrawan after 1st viva result Lanjutan Kelapan Mac 2018 – September 2018 Bertugas/bekerja dan Bergaji To upgrade data due to change of topic and supervisor Lanjutan Kesembilan September 2018 – Mac 2019 Bertugas/bekerja dan Bergaji USM gave approval to 1st Defendant for exceeding S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ maximum period of study Permohonan Lanjutan Kesepuluh Untuk tempoh Mac 2019 – September 2019 .Permohonan ini ditolak Plaintif Bertugas/bekerja dan Bergaji Data Collection – 100% Thesis Writing - 90% Surat pemberitahuan Plaintif bertarikh 16.4.2019 Memaklumkan jawatankuasa SSLC membuat keputusan untuk menamatkan study leave. Agreement Defendan Pertama Bertugas/bekerja dan Bergaji Thesis writing – Final stage Bertugas/bekerja dan Bergaji Viva session was held on 8/11/2019 and accepted with major correction.1St Defendant were given 8 months to complete correction and to submit hardbound S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ thesis by 8/7/2020 Defendan Pertama memohon cuti separuh gaji untuk menjaga ibubapa yang sakit (Januari 2021-Jun 2021) Cuti Bekerja /Separuh Gaji Final thesis submission to USIM (softbound) on January 2021 Surat tuntutan bertarikh 25/3/2021 Menuntut jumlah tersebut daripada Defendan Pertama Bertugas/Bekerja dan Bergaji Surat rayuan Defendan Pertama bertarikh 23.4.2021 Bertugas/Bekerja dan Bergaji Surat Keputusan Plaintif menolak rayuan Defendan Pertama bertarikh 17.5.2021 Bertugas/Bekerja dan Bergaji Surat keputusan Plaintif menolak rayuan Defendan Bertugas/Bekerja dan Bergaji S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ Pertama bertarikh 26/7/2021 Surat Tuntutan akhir Plaintif bertarikh 13.8.2021 Bertugas/Bekerja dan Bergaji PhD confirmation by USIM senate on 25/8/2021 Surat Jawapan Defendan Pertama kepada Plaintif bertarikh 19.8.2021 Bertugas/Bekerja dan Bergaji Bertugas/Bekerja dan Bergaji Confirmation letter for graduation dated 27.8.2021 from USIM Bertugas/Bekerja dan Bergaji Supervisor’s appreciation and robing ceremony on 23.11.2021 Surat tuntutan peguamcara Plaintif bertarikh 27.12.2021 Bertugas/Bekerja dan Bergaji Surat rayuan Defendan Pertama kepada Bertugas/Bekerja dan Bergaji S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ Plaintif bertarikh 4..1.2022 &
25
25.1.2022 Surat Plaintif bertarikh 24.8.2022 Memaklumkan menolak rayuan Defendan Pertama Bertugas/Bekerja dan Bergaji Emel dan surat Defendan
19
Pertama bertarikh 14.8.2022,
9
9.2022,
21
21.3.2023,
202
202.2023 Merayu terhadap keputusan Plaintif Bertugas/Bekerja dan Bergaji Surat dan emel daripada Plaintif bertarikh 13/2/2023 dan 5/4/2023 Memaklumkan menolak rayuan Defendan Pertama Bertugas/Bekerja dan Bergaji Surat rayuan Defendan Pertama bertarikh 14/7/2023 Merayu terhadap jumlah yang dituntut dan keputusan Plaintif sebelum ini Bertugas/Bekerja dan Bergaji S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ [14] Walaubagaimana pun Defendan Pertama akhirnya telah berjaya menyempurnakan pengajian dan memperoleh ijazah PhD serta menawarkan kepada Plaintif agar perkhidmatan wajib compulsory service beliau diambil kira bermula daripada tarikh beliau menyempurnakan PhD dan bergraduasi sepertimana surat tawaran dan perjanjian cuti belajar PhD tersebut sebagai salah langkah penyelesaian kepada tuntutan Plaintif tetapi tidak diterima dan/atau dipertimbangkan oleh Plaintif. [15] Defendan-Defendan menegaskan penamatan perjanjian cuti belajar PhD tersebut adalah pramatang dan/atau salah dan/atau tidak mengambilkira fakta rayuan Defendan Pertama, gagal mengambil kira bahawa Defendan Pertama telahpun menyelesaikan PhD beliau serta tidak mengambilkira prinsip equity dan natural justice memandangkan beliau masih berkhidmat di Institusi Plaintif tersebut sehingga kini. [16] Defendan-Defendan menafikan keseluruhan tuntutan Plaintif tersebut dan menyatakan bahawa Plaintif tidak layak dan/atau terhalang oleh Akta Kontrak 1950 dan/atau Akta Badan-Badan Statutori yang berkaitan dalam menuntut jumlah sebanyak RM113,195.18 terhadap Defendan-Defendan . S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ C.SENARAI DOKUMEN YANG DIFAILKAN OLEH PIHAK-PIHAK KE MAHKAMAH BAGI TUJUAN PERBICARAAN [17] Ketika perbicaraan pihak-pihak telah memfailkan dokumen seperti yang berikut : a) Ikatan Pliding - A; b) Ikatan Dokumen Bersama (Bhg A) -B; c) Ikatan Dokumen Bersama (Bhg B) -B1 d) Fakta Dipersetujui - C; e) Isu Untuk Dibicarakan-D; f) Senarai saksi Plaintif-F; g) Senarai saksi Defendan-Defendan-G; h) Ringkasan Kes Plaintif-H; dan i) Ringkasan Kes Defendan-Defendan – I. D.SENARAI SAKSI PLAINTIF DAN SAKSI DEFENDAN-DEFENDAN [18] Ketika perbicaraan Plaintif telah mengemukakan dua orang saksi iaitu Aminah Binti Kostor (SP1) , pernyataan saksi - PSP1 dan Mohamad Zaidy Bin Darapar (SP2) , pernyataan saksi - PSP2 .Manakala bagi Defendan-Defendan telah kemukakan dua orang saksi iaitu Dr Dina Binti Imam Supaat (SD1) , pernyataan saksi PSD1 dan Mazbah Binti Termizi (SD1) dan pernyataan saksi PSD2. S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ E.DAPATAN MAHKAMAH [19] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian untuk kes sivil adalah terletak pada Plaintif untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa sesuatu fakta yang dibangkitkan oleh Plaintif adalah wujud. (Rujuk seksyen 101 dan 103 Akta Keterangan 1950). [20] Tahap pembuktian yang perlu dicapai oleh Plaintif bagi melepaskan beban pembuktian bagi kes sivil pula adalah pada tahap atas imbangan kebarangkalian (“on the balance of probabilities”). Dengan kata lain, untuk membuktikan tuntutan terhadap Defendan-Defendan, Plaintif adalah bertanggungan untuk membuktikan tuntutan tersebut terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian. [21] Merujuk kepada kes Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; 1939 1 MLJ 253 Terrell, Ag CJ menyatakan : ... it is clear that the onus is on the plaintiff to prove his case. After the conclusion of the whole case, there must be some preponderance in his favour. It may be true that the plaintiff established a prima facie case, but at the conclusion of the trial, the learned Judge has found that the position was exactly even, i.e. that any preponderance in the plaintiff’s favour had disappeared. That being the case, the plaintiff must necessarily fail, as he has not discharged the onus which is upon him. No doubt the defendant would equally have failed if he had been the claimant and had tried to establish, as a substantive part of his S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ case, the alternative version which he tried to prove in answer to that of the plaintiff.” [22] Pihak-pihak telah memfailkan isu-isu untuk dibicarakan ke mahkamah iaitu :
1
1.sama ada tempoh enam bulan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Cuti Belajar PhD adalah tempoh cuti belajar dan bukan tempoh untuk Defendan Pertama menamatkan kursus PhD tersebut?
2
2.sama ada di bawah Perjanjian Cuti Belajar PhD tersebut, Plaintif telah bersetuju untuk antara lainnya, memberi elaun peribadi berserta bantuan kewangan kepada Defendan Pertama bagi melanjutkan pengajian di dalam kursus PhD tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Cuti Belajar PhD tersebut?
3
3.sama ada gaji dan elaun peribadi yang diterima oleh Defendan Pertama merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh Plaintif di bawah Perjanjian Cuti Belajar PhD tersebut?
4
4.sama ada Defendan Pertama telah melakukan perlanggaran terhadap terma-terma perjanjian cuti belajar PhD tersebut?
5
sama ada Defendan Pertama tertakluk kepada keputusan Plaintif yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti
6
Belajar (SSLC) sama ada Plaintif melalui SSLC berhak menamatkan Perjanjian Cuti Belajar PhD Defendan Pertama sedangkan PhD Defendan S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ Pertama masih berjalan di USIM dan permohonan lanjutan masa beliau telah mendapat sokongan daripada penyelia beliau di USIM;
7
7.sama ada penamatan perjanjian PhD tersebut dibuat oleh Plaintif secara sah dan wajar?;
8
8.sama ada Defendan-Defendan bertanggungan untuk membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 dan relief-relief yang dituntut oleh Plaintif di perenggan 21 Pernyataan Tuntutan terpinda?;
9
9.sama ada Defendan Pertama ada menulis surat-surat dan emel kepada Plaintif menyatakan bahawa beliau tidak melanggar terma perjanjian cuti belajar PhD tersebut dan tidak bersetuju dengan jumlah tuntutan kerana Plaintif telah berjaya menamatkan kursus PhD tersebut? [23] Mahkamah telah meneliti pliding pihak-pihak dan berpendapat isu-isu untuk dibicarakan yang telah difailkan boleh digabungkan dan dijadikan isu seperti yang berikut : a) Sama ada Defendan Pertama telah memungkiri terma dan syarat dalam Perjanjian Cuti Belajar apabila gagal menyempurnakan kursus PhD tersebut dan tempoh enam bulan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah tempoh cuti belajar dan bukan tempoh untuk Defendan Pertama menamatkan kursus PhD tersebut; S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ b) sama ada di bawah Perjanjian Cuti Belajar, Plaintif telah bersetuju untuk antara lainnya, memberi elaun peribadi beserta bantuan kewangan kepada Defendan Pertama bagi melanjutkan pengajian di dalam kursus PhD tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Cuti Belajar tersebut; c) sama ada Plaintif melalui SSLC berhak menamatkan Perjanjian Cuti Belajar PhD dan penamatan perjanjian PhD tersebut dibuat oleh Plaintif secara sah dan wajar; dan d) sama ada Defendan-Defendan bertanggungan untuk membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 dan relief-relief yang dituntut oleh Plaintif di perenggan 21 Pernyataan Tuntutan terpinda. Sama ada Defendan Pertama telah memungkiri terma dan syarat dalam Perjanjian Cuti Belajar apabila gagal menyempurnakan kursus PhD tersebut dan tempoh enam bulan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah tempoh cuti belajar dan bukan tempoh untuk Defendan Pertama menamatkan kursus PhD tersebut. [24] Peguam Terpelajar Plaintif berhujah antara syarat utama dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah untuk Defendan Pertama menyempurnakan Kursus PhD tersebut dalam tempoh kursus PhD dan kembali berkhidmat dengan Plaintif.Akan tetapi walaupun diberikan lanjutan masa untuk menyempurnakan Kursus PhD, Defendan Pertama S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ masih gagal menyempurnakan kursus PhD yang mana telah mengakibatkan kemungkiran terhadap Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Cuti Belajar Tersebut. Dakwaan Defendan-Defendan bahawa tempoh masa 6 bulan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah tempoh cuti belajar semata-mata dan bukan tempoh untuk menamatkan kursus PhD tersebut adalah tidak logik dan tidak berasas. Ini kerana Defendan-Defendan mempunyai pengetahuan penuh dan klausa 1 (a) (i) Perjanjian Cuti Belajar dengan jelas menyatakan Defendan Pertama wajib menyempurnakan Kursus PhD tersebut dalam masa 6 bulan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Perjanjian Cuti Belajar tersebut. [25] SP1 juga turut dalam keterangan menyatakan bahawa tempoh 6 bulan yang diberikan adalah untuk menyempurnakan kursus PhD tersebut.Malahan SD2 iaitu Defendan Pertama turut mengaku kursus tempoh 6 bulan yang diberikan oleh Plaintif adalah untuk Defendan Pertama menyempurnakan Kursus PhD dalam tempoh 6 bulan.Ini dengan jelas membuktikan pembelaan Defendan-Defendan bahawa tempoh masa 6 bulan yang dinyatakan dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah tempoh cuti belajar semata-mata dan bukan tempoh untuk Defendan Pertama menamatkan Kursus PhD Tersebut adalah tidak benar sama sekali. [26] Untuk membuat keputusan bagi isu ini, mahkamah meneliti kepada keterangan dokumen iaitu perjanjian/kontrak yang telah ditandatangan antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Mahkamah merujuk kepada Surat Tawaran Cuti Belajar bertarikh 22.9.2014 m/s 1-7 Ikatan Dokumen S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ Bhg A dan Appendix A-penerimaan Tawaran Cuti Belajar bertarikh 9.10.2014 m/s 19 IDB Bhg A. Dalam hal ini antara terma dalam suarat tawaran tersebut iaitu : perenggan 4.1 You are also reminded that you are given a study leave with a pay as dinstinct from study leave without pay.In consideration of this privilege granted to you all salaries paid to you during the period of the course are deemed to be monies aid by the university in respect of your course and are inter alia accordingly accepted and agreed by you as refundable in the event of your breach under the study leave agreement to be entered between you and the university 5.You hereby agree that this Offer Letter and Appendix A shall be read with and form part of the Study Leave Agreement. [27] Selanjutnya dalam Perjanjian Cuti Belajar mahkamah merujuk kepada kesemua klausa yang diperuntukan dalam perjanjian tersebut antaranya Item 111 m/s 19 Perjanjian Cuti Belajar iaitu : I also agree that I shall be responsible to give refund to the University all the sums expected by the University including but not limited to the salaries and allowances paid during the period of course in the event of breach of the provisions of the Scheme of Study leave For Matriculation/CELPAD Lecturers (DG41), Offer Letter and/or Study Leave Agreement. Berdasarkan Surat Tawaran tersebut telah dinyatakan Surat Tawaran Cuti Belajar ini dibaca dan menjadi sebahagian dalam Perjanjian Cuti Belajar.Oleh itu Plaintif dan Defendan-Defendan terikat dengan kedua-dua dokumen perjanjian ini dan mahkamah membuat keputusan berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak. [28] Sebagai rujukan Surat Tawaran Cuti Belajar bertarikh 22.9.2014 adalah seperti yang berikut : S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ [29] Manakala Perjanjian Cuti Belajar m/s 9-19 IDB Bhg A iaitu : S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ [30] Berdasarkan kepada kedua-dua keterangan dokumen di atas iaitu Surat Tawaran Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar telah diperuntukan untuk dibaca bersama menjadi sebahagian dalam Perjanjian Cuti Belajar. Oleh itu tidak timbul isu terminologi Perjanjian Cuti PhD atau Perjanjian Cuti Belajar kerana terminologi yang digunakan dalam keterangan dokumen atau tajuk dokumen kontrak untuk bicara di mahkamah ini adalah Surat Tawaran Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar. Peguam Terpelajar Defendan-Defendan telah berhujah tempoh 6 bulan dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah untuk tempoh cuti belajar dan bukan tempoh untuk menamatkan Kursus PhD tersebut. Manakala Peguam Terpelajar Plaintif telah berhujah syarat utama dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah untuk Defendan Pertama menyempurnakan Kursus PhD tersebut dalam tempoh kursus Phd dan kembali berkhidmat dengan Plaintif.Akan tetapi walaupun diberikan beberapa kali lanjutan masa untuk menyempurnakan Kursus Phd , Defendan Pertama masih gagal menyempurnakan kursus PhD yang mana telah mengakibatkan kemungkiran terhadap Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Cuti Belajar Tersebut. [31] Bagi isu ini mahkamah tidak bersetuju dengan fakta yang dihujahkan oleh Peguam Terpelajar Defendan-Defendan bahawa tempoh 6 bulan dalam Perjanjian Cuti Belajar adalah untuk tempoh cuti belajar dan bukan tempoh untuk menamatkan Kursus PhD tersebut. Mahkamah berpendapat Perjanjian Cuti Belajar adalah untuk Defendan Pertama menyempurnakan Kursus PhD tersebut dalam tempoh kursus Phd dan kembali berkhidmat dengan Plaintif menurut Surat Tawaran Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar yang hendaklah dibaca bersama-sama kedua-dua dokumen ini.Dapatan mahkamah ini merujuk kepada Item 3 Appendix S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ A-Penerimaan Tawaran Cuti Belajar bertarikh 9.10.2014 m/s 19 IDB Bhg A yang mana secara ringkas dinyatakan dengan penerimaan Surat tawaran Tersebut Defendan Pertama telah bersetuju dan bertanggungan untuk membuat kembali bayaran kepada pihak Plaintif apa-apa perbelanjaan yang dibelanjakan termsuk tidak terhad kepada apa-apa gaji dan elaun akibat perlanggaran surat tawaran dan perjanjian cuti belajar ini. [32] Dengan persetujuan ke atas kedua-dua dokumen kontrak yang mengikat pihak-pihak maka Defendan Pertama terikat dengan terma dalam Surat Tawaran Cuti Belajar dan terma dalam Perjanjian Cuti Belajar.Walaupun tawaran cuti belajar diberikan selama 6 bulan dan tertakluk kepada lanjutan masa ,maka pihak-pihak adalah masih tertakluk kepada kedua-dua kontrak tersebut.Hakikat fakta dalam kes ini sememangnya, Defendan Pertama gagal menyelesaikan tempoh masa yang diberikan untuk cuti belajar bagi menghabiskan kursus PhD mengakibatkan terdapat 10 kali lanjutan masa diberikan untuk menghabiskan kursus PhD dibawah Perjanjian Cuti Belajar bermula bulan 3/2015 sehingga 9/2019 oleh Plaintif .Sama ada kegagalan Defendan Pertama menghabiskan kursus PhD mengakibatkan Defendan-Defendan telah memungkiri Surat Tawaran Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar atau sebaliknya akan diperincikan oleh mahkamah seterusnya. [33] Mahkamah merujuk kepada klausa 1(a) (i) Perjanjian Cuti Belajar yang mana memperuntukan : 1(a) The MATRICULATION TEACHER/CELPAD Teacher shall: S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ
i
(i) enter upon and diligently undergo the COURSE and shall complete the course within the period specified in the Schedule to this Agreement or such longer period as may be approved in writing by the UNIVERSITY . Dalam Perjanjian Cuti Belajar tersebut merujuk kepada Jadual : Item 1 The Course of training : PhD In Laws at the University Sains Islam Malaysia The Prescribed Time : Six (6) months commencing 15th September 2014 until 14th March 2015. [34] Defendan Pertama yang telah memahami terma dan syarat dalam Perjanjian Cuti Belajar ini adalah tertakluk kepada apa jua terma dan syarat yang dipersetujui dan ditetapkan dalam perjanjian tersebut.Pihak Plainitf juga telah memberikan 10 kali lanjutan tempoh masa untuk menyelesaikan kursus tersebut bemula daripada bulan 3/2015 sehingga 9/2019.Atas kegagalan melengkapkan dan menghabiskan tempoh kursus PhD tersebut sebagaimana yang ditetapkan oleh Plaintif, mahkamah berpendapat Defendan Pertama telah memungkiri terma dan syarat dalam perjanjian tersebut. Oleh yang demikian dengan merujuk kepada klausa 1(a) (i) dapatan mahkamah Defendan Pertama telah memungkiri terma dan syarat dalam Perjanjian Cuti Belajar. [35] Isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan bahawa tempoh 6 buan yang dinyatakan adalah tempoh cuti belajar bukan cuti untuk menamatkan kursus Phd tesebut. Dalam hal ini, mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Terpelajar Defendan-Defendan dan S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ berpendapat Surat Tawaran Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar hendaklah dirujuk dan dibaca bersama-sama. Mahkamah merujuk kepada klausa 1(a) (i) Perjanjian iaitu : 1(a) The MATRICULATION TEACHER/CELPAD Teacher shall:
i
(i) enter upon and diligently undergo the COURSE and shall complete the course within the period specified in the Schedule to this Agreement or such longer period as may be approved in writing by the UNIVERSITY . Dalam Jadual Perjanjian diperuntukan : Item 1 The Course of training : PhD In Laws at the University Sains Islam Malaysia Oleh itu tafsiran dan hujahan Peguam Terpelajar Defendan-Defendan tempoh 6 bulan adalah merangkumi tempoh untuk cuti belajar sahaja dan bukan untuk menamatkan kursus PhD adalah tidak tepat , tidak betul , tidak bermerit dan tidak dapat dipertahankan.Ini selaras dengan terma dan syarat yang diperuntukan dalam Perjanjian Cuti Belajar tersebut yang telah dipersetujui antara Plaintif dan Defendan-Defendan dengan jelas memperuntukan sedemikian. [36] Bukanlah menjadi tugas mahkamah untuk memberi tafsiran selain daripada apa yang dinyatakan klausa dalam dokumen kontrak iaitu Surat Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar Tersebut.Dapatan mahkamah ini dengan merujuk kepada kes MERIDIAN DIVERSIFIED (M) SDN BHD v. EXPORT-IMPORT BANK OF MALAYSIA BERHAD, [2025] CLJU 2630, Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo Soon Chye memutuskan seperti berikut: “41. In the instant case, based on the construction of the Agreement, I am of the considered view that there lies no ambiguity as to the intention of the parties S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ and that the contractual obligations of the parties were clearly spelt out in the terms and conditions of the Agreement (Section 16.3) in the instant case. It is a fundamental principle of contract law that parties are bound by the terms of the contract to which they have freely agreed, and that it is the contract alone which governs the relationship between the parties. (Tahan Steel Corp., supra) Where the terms of a contract are clear and free from ambiguity, the Court will not impose any implied terms, (see Seven Seas Industries Sdn. Bhd. v. Philips Electronic Supplies (M) Sdn. Bhd. & Anor. [2008] 5 MLJ 157 CA) [37] Maka berdasarkan alasa-alasan yang dinyatakan di atas , mahkamah berpendapat Defendan Pertama telah memungkiri terma dan syarat dalam Surat Tawaran Cuti Belajar dan Perjanjian Cuti Belajar apabila gagal menyempurnakan kursus PhD tersebut. Tempoh enam bulan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Cuti Belajar PhD adalah tempoh cuti belajar dan bukan tempoh untuk Defendan Pertama menamatkan kursus PhD tersebut. sama ada di bawah Perjanjian Cuti Belajar tersebut, Plaintif telah bersetuju untuk antara lainnya, memberi elaun peribadi beserta bantuan kewangan kepada Defendan Pertama bagi melanjutkan pengajian di dalam kursus PhD tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Cuti Belajar tersebut. [38] Di bawah Perjanjian Cuti Belajar tersebut klausa 1(a)(ii) memperuntukan iaitu : S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ 1(b) The University shall for the duration of the COURSE as specified in Clause 1 continue to provide salaries to the MATRICULATION TEACHER/CELPAD TEACHER Berdasarkan klausa ini Plaintif hendaklah sepanjang tempoh kursus PhD menyambung pembayaran gaji kepada Defendan Pertama. Berdasarkan pliding tuntutan Plaintif tehadap Defendan-Defendan hanya untuk gaji dan elaun dan kos lain yang telah dibayar oleh Plaintif iaitu RM113,195.18. sama ada Plaintif melalui SSLC berhak menamatkan Perjanjian Cuti Belajar dan penamatan Perjanjian Cuti Belajar tersebut dibuat oleh Plaintif secara sah dan wajar [39] Peguam Terpelajar Defendan-Defendan berhujah SSLC tidak boleh menamatkan Perjanjian Cuti Belajar tersebut kerana ia adalah satu penamatan yang tidak adil, salah atau tidak sah kerana Defendan Pertama tidak pernah melanggar sebarang terma dalam Perjanjian Cuti Belajar, penamatan cuti belajar dibuat oleh SSLC tanpa alasan kukuh hanya berdasarkan logik semata-mata tanpa memanggil Defendan Pertama untuk menerangkan proses atau keadaan PhD beliau, Defendan Pertama menjalani PhD di USIM dan USIM memberikan lanjutan masa kepada beliau untuk menyempurnakan PhD tersebut.Plaintif telah memberikan lanjutan masa sebanyak 3 kali ( dua kali bergaji dan satu tidak bergaji) sebelum Defendan Pertama melapor diri bekerja dan sesudah itu membiarkan sahaja Defendan Pertama menjalani PhD secara separuh masa sehinggalah Plaintif menamatkan Perjanjian Cuti Belajar pada tahun 2019.Hubungan Plaintif dan Defendan Pertama S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ sebagai majikan dan pekerja di mana kes-kes di Mahkamah Perusahaan menggunapakai prinsip equity dan good conscience dalam hubungan majikan-pekerja dan jelas penamatan Perjanjian Cuti Belajar adalah bertentangan dengan prinsip equity and good conscience tersebut dan kontrak Perjanjian Cuti Belajar tersebut telah disempurnakan oleh kedua pihak Plaintif dan Defendan-Defendan. [40] Mahkamah bagi isu ini tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Terpelajar Defendan-Defendan.Ini kerana berdasarkan klausa 1(a) (i) memberi kuasa kepada Plaintif untuk melanjutkan tempoh yang lebih panjang bagi Defendan Pertama menyelesaikan kursus PhD tersebut.Manakala klausa 4 (a) (ii) perjanjian memberi kuasa kepada Plaintif untuk menamatkan Perjanjian Cuti Belajar atas kegagalan Defendan Pertama menyelesaikan kursus PhD tersebut mengikut tempoh masa cuti belajar dan lanjutan yang ditetapkan.Fakta dalam kes di hadapan mahkamah ini Plaintif telah memberikan lanjutan masa sebanyak 10 kali kepada Defendan Pertama untuk menyelesaikan kurus PhD di USIM. Bermula dari tahun 2014 sehingga 2019 Plaintif telah memberikan lanjutan masa cuti belajar kepada Defendan Pertama menyelesaikan kursus PhD.Selama tempoh lima tahun Plaintif melalui SSLC telah memberikan lanjutan tempoh masa cuti belajar dan kegagalan menghabiskan kursus PhD tersebut mengakibatkan Plaintif telah menggunakan klausa di bawah Perjanjian Cuti Belajar tersebut untuk melanjutkan tempoh masa dan menamatkan Perjanjian Cuti Belajar akibat kegagalan atau kemungkiran Plaintif terhadap terma dan syarat dalam perjanjian Tersebut iaitu menghabiskan kursus PhD mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh Plaintif menurut klausa dalam perjanjian . S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ [41] Mahkamah merujuk kepada IDB Bhg A m/s 4-49 adalah merupakan surat-surat lanjutan masa yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama untuk menghabiskan kursus PhD tersebut. Dari tahun 2015 sehingga 2019 Plaintif telah memberikan lanjutan masa untuk Defendan Pertama menghabiskan kursus PhD tersebut .Mahkamah berpendapat tindakan Plaintif adalah amat munasabah , wajar dan penamatan dibuat setelah 4 tahun tempoh masa diberikan kepada Defendan Pertama untuk menghabiskan kursus PhD.Penamatan perjanjian yang dilakukan oleh SSLC/Plaintif bukan tanpa alasan yang kukuh.Tiada keperluan atau peruntukan dalam terma dan syarat kontrak yang meletakkan liabiliti ke atas Plaintif untuk memanggil dan mendengar alasan daripada Defendan Pertama kelewatan beliau atau ketidakpatuhan beliau dalam menghabiskan kursus PhD mengikut tempoh masa yang dibenarkan.Mahkamah percaya selama tempoh lanjutan masa yang dibenarkan dan diberikan (4 tahun) Plaintif telah meneliti dan mempertimbangkan semua alasan untuk lanjutan masa yang diberikan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. [42] Fakta hubungan Plaintif dengan Defendan Pertama sebagai perkarja dan majikan tidak dinafikan .Akan tetapi tidak timbul prinsip equity dan good conscience yang dihujahkan oleh Peguam Terpelajar Defendan-Defendan kerana tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Plaintif berdasarkan terma dan syarat dalam kontrak yang mana Plaintif dan Defendan-Defendan telah memahami dan bersetuju dengan terma serta syarat tersebut .Penamatan kontrak dibuat kerana Defendan Pertama gagal mematuhi tempoh lanjutan masa yang diberikan oleh Plaintif untuk menghabiskan kursus/pengajian PhD tersebut yang mana klausa 4(11) S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ
a
(a) memperuntukan hak sedemikian kepada Plaintif. Oleh itu dengan alasan yang dinyatakan ini mahkamah berpendapat Plaintif melalui SSLC berhak menamatkan Perjanjian Cuti Belajar dan penamatan perjanjian PhD tersebut dibuat oleh Plaintif secara sah dan wajar. sama ada Defendan-Defendan bertanggungan untuk membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 dan relief-relief yang dituntut oleh Plaintif di perenggan 21 Pernyataan Tuntutan terpinda [43] Mahkamah merujuk kepada perenggan 12 Pernyataan Tuntutan Terpinda yang mana Plaintif telah memplidkan secara tererinci butir-butir tuntutan terhadap Defendan-Defendan mengenai gaji, elaun dan kos lain yang dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama sepanjang tempoh Kursus PhD di bawah Perjanjian Cuti Belajar Tersebut.Bermula dari bulan September 2014 sehingga Mac 2019 Plaintif telah memperincikan dan memplidkan jumlah tuntutannya terhadap Defendan-Defendan.Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah berpuas hati Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan membenarkan tuntutan Plaintif berjumlah RM113,1952.18 berserta dengan faedah dan kos terhadap Defendan-Defendan. [44] Manakala bagi Defendan Kedua yang merupakan/bertindak sebagai penjamin bagi pinjaman Defendan Pertama , mahkamah merujuk kepada klausa 5 (f) Perjanjian Cuti Belajar yang mana Defendan Kedua bertanggungan terhadap hutang tertunggak atas kegagalan atau kemungkiran Defendan Pertama terhadap terma dan syarat dalam S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ Perjanjian Cuti Belajar Tersebut dan Perjanjian tersebut antara Plaintif dan Defendan Pertama ditamatkan pada 16.4.2019. Sebagai rujukan klausa 5(f) memperuntukan : 5) If the MATRICULATION TEACHER/CELPAD TEACHER :-
f
(f) has caused this Agreement to be terminated by the University under clause 4 hereof; The MATRICULATION TEACHER/CELPAD TEACHER anfd the SURETY HERETO shall be jointly and severally liable for themselves their executors or assigns to the university on demand and shall wihin fourteen days fro the date of demand thereof, refund to the university all the sums expended by the university under claus 1(b) and/or all other sums paid to and expended on behalf of the MATRICULATION TEACHER/CELPAD TEACHER during the period of the COURSE WHERE HE IS AN EMPLOYEE OF THE UNIVERSITY, incurred by theUNIVERSITY in conncetion with or arising out of this Agreement.In addition, the UNIVERSITY shall also be entitled to the refund of all administrative costs, such cost mutually agreed being 5% of the total amount claimed by the UNIVERSITY as provided above aor any part thereof as may be determined by the UNIVERSIT at its absolute discreation.Provided always the parties mutually covenant that the claim for administrative costs based on the said 5% above mentioned shall be agreed liquidated damages. [45] Dalam hal ini oleh kerana Defendan Kedua telah menandatangan Perjanjian Cuti Belajar dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut, akibat kemungkiran dan kegagalan Defendan Pertama menghabiskan tempoh Kursus PhD tersebut yang ditetapkan berserta dengan lanjutan sebanyak 10 kali, maka Plaintif telah menamatkan Perjanjian Cuti Belajar tersebut dengan Defendan Pertama S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ dan Defendan Kedua turut bertanggungan terhadap jumlah tertunggak yang dituntut oleh Plaintif.Maka berdasarkan alasan-alasan yang diatas mahkamah berpendapat Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya maka mahkamah atas imbangan kebarangkalian membenarkan tuntutan Plaintif dan Defendan-Defendan bertanggungan untuk membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 berserta dengan faedah dan kos. E.KESIMPULAN [46] Sebagai kesimpulan setelah mahkamah meneliti keterangan dokumen, keterangan semua saksi Plaintif dan Defendan-Defendan ketika perbicaraan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh Peguam Terpelajar Plaintif dan Peguam Terpelajar Defendan-Defendan,mahkamah atas imbangan kebarangkalian membenarkan tuntutan Plaintif Defendan-Defendan hendaklah secara bersesama dan berasingan membayar jumlah sebanyak RM113,195.18 kepada Plaintif; Faedah pada kadar 5 % setahun atas jumlah penghakiman yang diberi oleh Mahkamah Yang Mulia ini dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman tersebut dan kos tindakan ini dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif RM7000. S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ t.t NORAKHMAR BINTI MOHD SANI HAKIM SESYEN SIVIL 8
5
5.
7
7.2026 PEGUAMCARA PLAINTIF GAYATHRI A/P CHANDRAKASAN TETUAN RAO & KAMAL PEGUAMCARA DEFENDAN-DEFENDAN SITI RUHAIZAH BINTI HAMID & NORHAYATI BINTI ZUHA TETUAN DZULKIFLI JAAFAR NIZAM & CO S/N vBl/zNizokcn0uFRmCTfQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.