Trend hukuman, 16 April 2023, Mahkamah Sesyen JB memberikan denda RM 8,000 bagi setiap salinan, Mahkamah Sesyen Melaka memberikan denda RM 5,000 bagi setiap salinan, sama dengan kes ini 3 salinan langgaran.” S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw HUKUMAN [18] Mahkamah seterusnya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 6,000 (iaitu RM 2,000 bagi setiap salinan langgaran) jika gagal bayar 12 bulan penjara. [19] Mahkamah turut memerintahkan ekshibit P18 hingga P22 kepada Pihak Pendakwaan untuk dilucuthak manakala ekshibit P23 hingga P26 dikembalikan kepada OKS melalui Pihak Pendakwaan atas permintaan Pihak Pendakwaan. ALASAN HUKUMAN [20] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKS telah dengan secara menyeluruhnya mempertimbangkan faktor-faktor berikut: KEPENTINGAN AWAM [21] Mahkamah harus mengimbangkan antara kepentingan awam dan kepentingan OKS. Kepentingan awam berkehendakkan agar satu hukuman bersifat deteren dikenakan ke atas OKS. Prinsip hukuman bersifat deteren, bukan sahaja mencegah OKS daripada melakukan kesalahan berulang, malah ianya bertujuan untuk mencegah orang awam daripada melakukan kesalahan sebegini pada masa akan datang. [22] Oleh itu hukuman yang setimpal mestilah dijatuhkan demi kehendak kepentingan awam sepertimana yang diputuskan dalam kes R v Ball (1951) 35 Cr App R 164 di ms 165 bahawa : “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. " [23] Mahkamah juga merujuk kes Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor v. PP [2001] 4 CLJ 9, di mana Y.A Hakim Mahkamah Rayuan telah menyatakan: "It cannot be gainsaid that the most onerous function of any court is to decide the appropriate sentence in any criminal case. In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. In that context the interest of justice should no doubt take into account the interest of the offender. But it is often forgotten that the interest of justice must also include the interest of the community. In assessing sentence, the court should balance the interest of the offender with the interest of the victim and strike a balance, not, of course forgetting that the interest of the public should be of the uppermost consideration." S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw KESERIUSAN KESALAHAN [24] Kesalahan yang dilakukan oleh OKS merupakan kesalahan yang serius, namun Mahkamah berpandangan bahawa dalam kes ini Mahkamah hanya mengenakan hukuman yang minima ke atas OKS kerana OKS sedari awal mengakui kesilapan beliau dan mengakui beliau telah memperbetulkan kesilapan beliau sebaik sahaja beliau mengetahui bahawa ianya merupakan suatu kesalahan. Selain itu, Mahkamah turut mempertimbangkan faktor lain yang menjadi pertimbangan utama Mahkamah selain faktor keseriusan kesalahan. PENGAKUAN SALAH OKS [25] Pengakuan salah ini menjimatkan masa dan kos pihak-pihak terlibat dan ianya wajar diambilkira sebagai kredit atas keberanian OKS kerana mengaku salah sebagai mengurangkan hukuman yang bakal diberikan. Pada masa yang sama, Mahkamah perlu sentiasa ingat bahawa faktor pengakuan salah ini harus diseimbangkan dengan faktor lain. Namun ianya perlu bergantung kepada keadaan merit sesuatu kes itu. [26] Dalam kes ini, Mahkamah harus mengambilkira keseluruhan keadaan kes, dalam hal ini, fakta kes secara teliti dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh Pendakwaan serta hujahan oleh pihak TPR termasuk hujahan OKS. [27] Mahkamah merujuk kes PP v Low Kok Wai [1998] 2 CLJ 105, di mana diputuskan bahawa: "It is a principle of sentencing that whenever possible the court should take into account as a mitigating factor the fact that the accused has pleaded guilty. The extent to which a plea of guilty is a mitigating factor must depend on the facts of each case, and it cannot be a powerful mitigating factor when effectively no defence to the charge was available to the accused." S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw [28] Kes lain yang dirujuk adalah PP v. Govindnan A/L Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370; [1988] 2 MLJ 181, yang membuat pemerhatian berikut: “In my opinion, a guilty plea ought to be considered in favour of the accused only when all other factors and circumstances surrounding the commission of the offence justify such a consideration. Its application in favour of the accused depends on the circumstances of each case (see WONG KAI CHUEN PHILIP v. PUBLIC PROSECUTOR [1990] 1 LNS 146; [1991] 1 MLJ 321). In PUBLIC PROSECUTOR v. LOW KOK WAI [1988] 2 CLJ Rep 268; [1988] 2 CLJ 105; [1988] 3 MLJ 123, Mohamed Dzaiddin (as he then was) said at p 124:... In the present case, the only mitigating factor is the accused’s plea of guilty. It is a principle of sentencing that whenever possible the court should take into account as a mitigating factor the fact that the accused had pleaded guilty.” OKS PESALAH PERTAMA [29] Dalam kes ini, OKS merupakan pesalah pertama dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. Mahkamah akui bahawa faktor kesalahan pertama bukan merupakan faktor keutamaan berbanding dengan faktor kepentingan awam jika kesalahan serius dilakukan. [30] Namun dalam kes ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKS walaupun ianya merupakan kesalahan yang serius, Mahkamah harus memberi peluang kedua kepada OKS apatah lagi bilamana OKS mengakui kesilapan, memperbetulkan kesilapan dan menyatakan masalah kewangan yang dialami oleh OKS. [31] Memberikan peluang kedua juga merupakan antara pertimbangan yang perlu S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw dibuat oleh Mahkamah dalam menentukan dan memberikan sesuatu hukuman ke atas seseorang pesalah. [32] Mahkamah merujuk kes Wong Keng Liang v. PP [2013] 1 CLJ 96 tdi mana diputuskan oleh YA Hakim Mahkamah Rayuan bahawa: “seorang Tertuduh yang merupakan “pesalah pertama” adalah satu faktor mitigasi yang harus diambil kira dan diberi kepentingan: ‘It is trite law that the accused’s guilty plea is a mitigating factor: See PP v. SAU SOO KIM [1975] 1 LNS 158 per Lee Hun Hoe J (B); and MELVANI v. PP [1971] 1 LNS 78 per Wee Chong Jin CJ (Singapore) (as then was) who also considered “first offender” as another mitigating factor, as has been done by Mohamed Azmi J (later FCJ) in PP v. JAFA DAUD [1981] 1 LNS 28.’ [2021] 1 LNS 2114 Legal Network Series 17 [36] Dalam SAU SOO KIM v. PUBLIC PROSECUTOR [1975] 1 LNS 158 telah diputuskan: Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” RAYUAN OKS [33] Mahkamah ini turut mengamblkira rayuan yang dibuat oleh OKS dalam kes ini di mana OKS menyatakan bahawa ini merupakan kesalahan pertama beliau dan sebaik sahaja beliau menyedari akan kesilapan tersebut, beliau telah cuba memperbetulkannya dan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. [34] Selain itu, faktor keadaan kesempitan kewangan OKS turut diambilkira oleh Mahkamah di mana Mahkamah berpandangan bahawa sekiranya Mahkamah S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw mengenakan hukuman yang lebih berat, seolah-olah bukan sahaja menghukum OKS tetapi seperti menghukum seluruh ahli keluarga OKS. [35] Perlu diberikan penekanan bahawa faktor ini bukan diambilkira sebagai satu-satunya faktor peringan hukuman tetapi turut diambilkira faktor-faktor lain seperti yang telah disebutkan sebelum ini. [36] Kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 dirujuk. PANDUAN PENGHUKUMAN [37] Dalam menentukan tempoh pemenjaraan yang sewajarnya, Mahkamah merujuk dan berpandukan kes Chuah Gim Seng & Satu Lagi lwn. PP [2009] 10 CLJ 65, [2009] 1 LNS 16, di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi mengubah kadar dendaan yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen iaitu dari RM3,000 bagi setiap salinan langgaran di setiap pertuduhan kepada RM2,000 bagi setiap salinan bagi setiap pertuduhan. Kes ini melibatkan perbicaraan penuh dengan 4 pertuduhan yang mana pertuduhan pertama hingga ketiga, masing-masing melibatkan 4 salinan langgaran manakala pertuduhan keempat melibatkan 6 salinan langgaran, yang kesemuanya berjumlah kepada 18 salinan langgaran. [38] Mahkamah juga merujuk kes Extreme Design & Associates Sdn Bhd v. Ministry of Domestic Trade And Consumer Affairs [2021] CLJU 257, [2021] 1 LNS 257, di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman denda RM 4,000 bagi setiap salinan langgaran yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. [39] Dalam kes lain iaitu PP lwn. Haw Swee Po [2012] 2 SMC 247, [2011] 5 LNS 23, OKS dijatuhkan hukuman berbentuk pemenjaraan bagi tempoh 14 bulan namun kes ini melibatkan perbicaraan penuh. [40] Manakala kes lain yang dirujuk adalah Chong Kak Hau lwn. PP [2009] 8 CLH 10, [2008] 1 LNS 734, di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen bagi denda yang dikenakan antara jumlah RM 4,000, RM 8,000, RM 12,000, RM 16,000, RM 24,000 dan RM 72,000 yang melibatkan perbicaraan penuh bagi 11 pertuduhan. [41] Kesemua kes-kes yang dirujuk ini dibandingkan dengan kes di hadapan Mahkamah ini yang hanya melibatkan pengakuan salah bagi 1 pertuduhan dengan hanya 3 salinan langgaran yang terlibat. [42] Oleh itu, dalam menentukan hukuman sewajarnya yang perlu dikenakan ke atas OKS, Mahkamah merujuk kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 yang memutuskan bahawa: “In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from each case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All things being equal these variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations”. [43] Mahkamah juga sekali lagi merujuk kes R v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164 di mana Mahkamah telah menyatakan bahawa: “... Our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” [44] Dalam menentukan hukuman yang sewajarnya, Mahkamah mengambilkira dan menitikberatkan kepada aspek kepentingan awam, keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh OKS bagi kes ini, pengakuan salah OKS, kesedaran dan penyesalan S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw OKS dan usaha OKS untuk mematuhi undang-undang sebaik sahaja menyedari kesalahan yang dilakukan, maka Mahkamah berpandangan bahawa hukuman yang dikenakan adalah suai dan adil. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG [45] Dalam kes ini, OKS disabitkan dengan kesalahan menurut seksyen 41(1)(i) Akta Hak Cipta 1987 dan Mahkamah seterusnya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 6,000 (iaitu RM 2,000 bagi setiap salinan langgaran) jika gagal bayar 12 bulan penjara yang bertepatan dengan peruntukan undang-undang. [46] Mahkamah percaya hukuman tersebut yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini ke atas OKS merupakan hukuman yang berpadanan, sesuai dan wajar menurut peruntukan undang-undang. Rujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 1 LNS 28; 1 MLJ 315 bahawa: "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles...” [47] Mahkamah juga merujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, YA Hakim menerangkan konsep penghukuman iaitu: “A “sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused.” S/N RIH7qd13tkWlTcLRoroFiw KESIMPULAN [48] Oleh itu, Mahkamah ini harus dan wajar mengambilkira segala aspek dalam menentukan hukuman bersesuaian yang wajar dikenakan ke atas OKS. Berdasarkan prinsip keadilan, Mahkamah ini berpandangan bahawa prinsip hukuman yang berbentuk pencegahan, penghukuman dan pengajaran merupakan aspek kepentingan awam dan diseimbangkan dengan kepentingan OKS iaitu peluang kedua. [49] Maka, hukuman yang dikenakan terhadap OKS adalah hukuman yang berpadanan, munasabah dan tidak melampau malahan berpatutan dengan jenayah yang telah dilakukan OKS menurut peruntukan undang-undang sedia ada. Disediakan oleh : ....................................... NORINA BINTI ZAINOL ABIDIN Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur Bertarikh : 22 April 2024 Kaunsel: Bagi pihak pendakwaan - Muhammad Izzat Arif bin Ishak; Pegawai Pendakwa Orang kena saman - Tidak Diwakili