Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45B-24-07/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45B-24-07/2021
High Court of Malaysia9 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(c) Menyesal dan pengakuan salah: • Tertuduh telah menyesal dan mengaku salah pada peringkat awal, yang telah menjimatkan masa semua pihak (lihat kes PP v Nagalingam S. Fathinathan [2009] MLJU 356).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45B-24-07/2021 PENDAKWA RAYA
1
Ini adalah alasan penghakiman berhubung hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh, Ipzuma binti Ambo (“tertuduh”), yang telah mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan pada 9.1.2025. Seksyen 304(a) memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga puluh (30) tahun dan juga boleh dikenakan denda jika kesalahan tersebut dilakukan dengan niat menyebabkan kematian atau menyebabkan kecederaan yang mungkin membawa kepada kematian.
2
Pertuduhan pilihan (rujuk ekshibit P70) terhadap tertuduh adalah seperti berikut: Bahawa kamu antara 28.12.2020 jam lebih kurang 12.01 pagi hingga 30.12.2020 jam lebih kurang 8.10 malam, bertempat 2 di alamat No.28, Lot 2195, Lorong Malion 2, Kg. Sungai Chin Chin, Gombak, di dalam daerah Gombak, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah menyebabkan kematian kepada Qaseh Nur Qalesya binti Roza Iskandar (No.Mykid: 150123- 10-1340) dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan homisid salah tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. HUKUMAN: Penjara boleh sampai 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda jika kesalahan tersebut dilakukan dengan niat menyebabkan kematian atau menyebabkan kecederaan yang mungkin membawa kepada kematian.
3
Setelah mempertimbangkan semua fakta dan mengambilkira mitigasi oleh peguam tertuduh dan tertuduh sendiri dan faktor pemberatan yang dihujahkan oleh Timbalan Pendakwaraya (TPR), Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh tangkap iaitu 1.1.2021.
4
Pihak Pendakwaan tidak berpuashati dengan hukuman Mahkamah dan merayu kepada Mahkamah Rayuan. Fakta Kes [5] Fakta kes yang dikemukakan oleh TPR adalah seperti ekshibit P71. Latarbelakang [6] Tertuduh berasal dari Indonesia dan telah datang ke Malaysia pada tahun 1992. Dia telah berkahwin dan menetap di Malaysia selama 33 tahun sejak tahun 1992. Dia mempunyai 5 orang anak dimana kesemua anaknya kini menetap di Malaysia.
7
Simati, Qaseh Nur Qalesya binti Roza Iskandar (“simati”) merupakan anak perempuan kepada anak angkat tertuduh yang bernama Roza Iskandar bin Mardi (SP10).
8
Simati adalah cucu kepada tertuduh dan tinggal di bawah jagaan tertuduh sejak tahun 2017 akibat perpisahan ibu bapanya.
9
Si mati pula menghidap penyakit serius seperti congenital hydrocephalus, spina bifida dan kecacatan fizikal yang menjadikannya bergantung sepenuhnya kepada jagaan orang lain.
10
Simati pernah menjalani pembedahan atas penyakit Lumbosacral Leaking Myelomeningocele with Hydrocephalus di Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur dimana satu pembedahan telah dijalankan pada 12.04.2015 untuk memasukkan suatu Ventriculoperitoneal (VP) Shunt ke dalam kepala sehingga abdomen beliau untuk menyalirkan Cerebrospinal fluid (CSF) yang berlebihan dalam otak beliau.
11
Penyakit Myelomeningocele si mati telah menyebabkan komplikasi-komplikasi seperti berikut:
i
Pengumpulan cecair pada otak beliau yang dikenali sebagai Hydrocephalus, di mana rupa bentuk kepala si mati kelihatan lebih besar daripada kanak-kanak biasa berumur yang sama;
II
(ii) Inkontinensia, di mana si mati pada setiap masa dikehendaki memakai lampin (pampers);
III
(iii) Sembelit, di mana tertuduh dan Roza mengurut bahagian perut si mati harian untuk membantu mengeluarkan najis dari badan beliau; dan
IV
(iv) Kelumpuhan di bahagian kaki, di mana si mati bukan sahaja tidak berupaya untuk berjalan tetapi hanya mampu merangkak, malahan beliau juga telah kehilangan perasaan di bahagian kaki beliau. [12] Komplikasi-komplikasi tersebut dapat disahkan oleh ahli-ahli keluarga yang telah dipanggil sebagai saksi di Mahkamah (SP8, SP9, SP10 dan SP12). [13] Selepas SP10 bercerai dengan bekas isterinya, iaitu ibu si mati yang bernama Syaza Nabila Bte Noor Roszaili (SP15), SP10 telah meminta tertuduh untuk menjaga si mati dan seorang kakak si mati yang bernama Dhia (SP12) semasa SP10 bekerja sejak tahun 2017. [14] Sebelum kejadian, tertuduh tidak bekerja dan telah membantu anak-anaknya untuk menjaga 3 orang cucunya termasuk simati dan kakak simati iaitu Dhia (SP12) di rumah tempat kejadian. [15] Jika dirujuk kepada hasil bedah siasat oleh SP11 (Dr. Siew Sheue Feng) menunjukkan marks of injury dalam ekshibit P60 yang mana disenaraikan terdapat 60 kesan kecederaan yang lama dan baru. Menurut SP11, punca kematian si mati adalah “perforation of transverse colon due to blunt force trauma”. [16] Keterangan saksi, khususnya SP12 menggambarkan tindakan tertuduh yang berulang kali melakukan penderaan fizikal, termasuk menggunakan getah paip, menendang dan memijak si mati. Kecederaan yang dialami oleh si mati, ditambah dengan kegagalan mendapatkan rawatan perubatan pada masa yang material, telah menyebabkan kematiannya. [17] Namun demikian, menurut keterangan forensik oleh SP11, tiada bukti yang menunjukkan bahawa tindakan tertuduh memasukkan paip ke dalam dubur si mati seperti yang dikatakan oleh SP12 secara langsung menyebabkan kematian si mati. SP12 yang mendakwa melihat kejadian tersebut tetapi tidak pasti sama ada ia berlaku beberapa hari sebelum atau hampir dengan tarikh kematian si mati. Hujahan pihak Pendakwaan [18] Pihak pendakwaan memohon agar hukuman yang berat dikenakan terhadap tertuduh dengan menekankan kepada 3 aspek berikut:
a
Keseriusan kesalahan: • Tindakan tertuduh yang mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak di bawah jagaannya menunjukkan pelanggaran kepercayaan dan tanggungjawab yang serius. • Kecederaan yang dialami si mati adalah konsisten dengan penderaan berpanjangan.
b
Kepentingan awam dan pencegahan: • Hukuman berat diperlukan untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai dan mencerminkan kecaman masyarakat terhadap perbuatan sedemikian. • Rujukan dibuat kepada kes seperti PP v Kandasan Sankaran & Anor [2010] 1 CLJ 596 dan kes-kes lain di mana Mahkamah Rayuan telah meningkatkan hukuman pemenjaraan untuk menekankan elemen pencegahan.
c
Kesan terhad pengakuan salah: • Walaupun tertuduh mengaku salah, pendakwaan berhujah bahawa ia tidak secara automatik memberikan diskaun yang besar, terutama dalam kes yang melibatkan kepentingan awam (PP v Ooi Kwang Lai [2006] 6 MLJ 622). • Lebih-lebih lagi, tertuduh memilih untuk mengaku salah selepas pihak TPR telah memanggil seramai 17 orang saksi dalam kes ini. Hujahan Pembelaan [19] Pihak pembelaan memohon agar hukuman yang lebih ringan dikenakan atas alasan-alasan seperti berikut.
a
Latar belakang tertuduh: • Tertuduh berusia 55 tahun semasa tangkapan, adalah pesalah pertama tanpa rekod jenayah lampau. • Beliau telah menetap di Malaysia sejak tahun 1992 dan mempunyai tanggungjawab keluarga.
b
Ketiadaan niat membunuh: • Pihak pembelaan berhujah bahawa tiada niat untuk membunuh dengan merujuk kepada keterangan pakar patologi (SP11) yang menyatakan bahawa orang biasa mungkin tidak menyedari akibat maut daripada kecederaan yang dialami oleh simati.
c
Menyesal dan pengakuan salah: • Tertuduh telah menyesal dan mengaku salah pada peringkat awal, yang telah menjimatkan masa semua pihak (lihat kes PP v Nagalingam S. Fathinathan [2009] MLJU 356).
d
Masalah kesihatan dan pemulihan: • Tertuduh menghadapi masalah kesihatan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi yang akan menyukarkan beliau jika menjalani tempoh pemenjaraan yang panjang. Pertimbangan dan Keputusan Mahkamah [20] Dalam menentukan hukuman yang sesuai, Mahkamah juga telah meneliti fakta kes dalam ekshibit P71 yang diakui oleh tertuduh sendiri dan juga mengambilkira faktor pemberatan oleh TPR dan mitigasi oleh peguam dan tertuduh sendiri. [21] Faktor Peringanan oleh Mahkamah: 1) Tertuduh telah sedar akan kesilapannya dan amat kesal dengan tragedi yang berlaku ini. Oleh itu setelah 2 kali representasi dibuat tertuduh telah mengaku salah kepada pertuduhan pilihan dibawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang ditawarkan oleh Pendakwaan; 2) Tertuduh berumur 55 tahun semasa tangkapan dan ketiadaan rekod jenayah lampau dan pengakuan salah tertuduh pada peringkat Pendakwaan telah menjimatkan masa Mahkamah; 3) Ketiadaan niat untuk membunuh oleh tertuduh dan sebagai lay person tidak terfikir tindakan beliau akan menyebabkan kematian kepada simati; 4) Mahkamah juga mengambilkira bahawa dari keterangan saksi keluarga seperti SP8, SP9, SP10 (bapa), SP14 dan SP15 (ibu simati) tiada yang menunjukkan bahawa mana-mana ahli keluarga telah mengambil berat untuk membawa simati untuk rawatan susulan atas penyakit yang dihidapinya myelomeningocele. Mahkamah berpandangan bahawa walaupun mengikut SP11 akibat kematian adalah perforation of transverse colon due to blunt force trauma tetapi rawatan susulan perlu diberikan kepada simati sebagai pengidap sakit myelomeningocele. Mahkamah mendapati dari keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi, tiadanya tindakan oleh mana-mana pihak terutama ibu bapa simati untuk memastikan simati mendapat rawatan yang terbaik semasa hayatnya, perkara ini tidak seharusnya dibebankan keatas tertuduh sahaja; 5) Mahkamah menerima rayuan peringanan hukuman terhadap tertuduh berkaitan kesihatan. Kesihatan tertuduh telah dijelaskan oleh peguam dalam hujahan mereka bahawa tertuduh mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi ketika dalam tahanan. Perkara ini akan lebih menyukarkan beliau jika menjalani tempoh pemenjaraan yang panjang; dan 6) Tertuduh telah berada dalam penjara selama 4 tahun sejak tarikh tangkap dan ini sudah semestinya telah pun memberi pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh selama berada dalam penjara. [22] Mahkamah berpendapat bahawa 10 tahun penjara dari tarikh tangkap adalah memadai dan cukup memberi pengajaran kepada tertuduh. Pemenjaraan yang panjang tidak akan memulihkan tertuduh yang merupakan ibu kepada 5 orang anak dimana kesemua anaknya menetap di Malaysia. [23] Mahkamah juga berpendapat pemenjaraan lebih dari 10 tahun adalah tidak wajar dan tertuduh patut diberi peluang kedua untuk memulakan satu hidup baru bersama keluarganya. [24] Di dalam kes R v Kenneth John Ball [1951] 35 Cr. App R 164, Hakim Hilbery telah menyatakan berikut:- “The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living.” [25] Biarkan hal ini dijadikan pengajaran paling besar dalam hidup tertuduh, dan sudah semestinya tertuduh tidak boleh berpatah balik untuk menyesali perkara yang telah terjadi, seperti perpatah ”you can’t unring a bell”, hanya peluang kedua yang sepatutnya diberikan oleh Mahkamah kepada tertuduh setelah tertuduh menjalani hukuman 10 tahun pemenjaraan dari tarikh tangkap dan seterusnya memberi peluang kepada tertuduh untuk memulakan hidupan baru bersama keluarga. [26] Mahkamah ini turut mengambil kira tren hukuman dalam kes-kes serupa. Sebagai contoh, dalam kes PP v Lu Kin Koh [2009] 1 LNS 407 dan PP v Dayu Arjuna Mohd Saman (BA-45B-5-02/2023), hukuman penjara yang dikenakan adalah 10 tahun bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang melibatkan kecederaan maut tanpa niat membunuh. Dalam kedua-dua kes fakta adalah sangat jelas menyebabkan kematian. Kes Lu Kin Koh dimana tertuduh memukul simati beberapa kali dengan kayu sehingga mati dan kes Dayu Arjuna punca kematian adalah disebabkan 1 tikaman keatas jantung simati. Berbanding dengan kes dihadapan Mahkamah ini fakta adalah sangat berbeza walaupun dibawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Perkara ini perlu diberi pertimbangan. Kesimpulan dan Hukuman [27] Setelah mempertimbang secara menyeluruh hujahan yang dibuat oleh pihak peguam dan tertuduh sendiri serta faktor pemberatan yang dihujahkan oleh pihak TPR, Mahkamah memutuskan bahawa hukuman penjara selama 10 tahun bermula dari tarikh tangkap (1.1.2021) adalah setimpal dengan kesalahan serta fakta dan memadai untuk mengimbangi kepentingan hukuman, pencegahan dan pemulihan. Latifah Hj Mohd Tahar Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 4 Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tarikh : 12 Februari 2025 Pihak Yang Mengendalikan: Choong Kak Sen dan Belinda Low Siet Yan Tetuan Gooi & Azura Peguambela dan Peguamcara 12-1 & 14-1, Jalan Serkut Taman Pertama 56100 Cheras Kuala Lumpur TPR Alison Chan May Kam Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwaraya Tingkat 4, Podium Utara Bangunan SSAAS 40512 Shah Alam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.