[24] Setelah Mahkamah membaca Alasan Penghakiman Puan Hakim Mahkamah Sesyen, Rekod Rayuan dan hujahan Kedua Pihak. Mahkamah mendapati seperti berikut:- 1) bahawa pihak Plaintif telah dapat membuktikan bahawa beliau telah melaksanakan tanggungjawab dan obligasi kontraktual nya dibawah Surat Pelantikan tersebut. Oleh Itu. Plaintif adalah berhak kepada pembayaran bulanan sebanyak RM40,000.00 bagi tempoh 5 bulan setengah dan bayaran fi insentif berjumlah RM618,333.33. 2) berkaitan Laporan Kerja yang dibangkitkan oleh Defendan, perkara ini tidak dimasukan dalam Surat Pelantikan dan tiada bukti oleh Defendan yang menunjukkan bahawa ianya adalah terma tersirat diantara kedua pihak. 3) Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif telah melaksanakan tanggungjawabnya dan obligasi seperti dalam Surat Pelantikan dan pencapaiannya adalah seperti berikut:- i) Penyediaan Rancangan Penyusunan Semula Syarikat (Corporate Restruction Plan) (selepas ini dirujuk sebagai “CRP tersebut”) oleh Plaintif serta pengendorsan CRP tersebut oleh Defendan sendiri. Plaintif membantu mengukuhkan semula kedudukan kewangan Defendan. CRP tersebut telahpun dibentangkan beberapa kali di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Defendan dan berdasarkan kepada Kenyataan Pengerusi didalam Laporan Tahunan 2017 (dikemukakan di mukasurat 2613 Ikatan Dokumen P) telahpun diterimapakai oleh Defendan. Di dalam kenyataan Pengerusi di dalam laporan tersebut, CRP telahpun diendoskan sebagai peluang untuk Defendan berkembang dengan lebih besar bagi tahun 2017 dan 2018. Defendan juga telah melaksanakan CRP tersebut. Fakta ini tidak dapat disangkal oleh Defendan sama ada melalui SD1 mahupun dokumentar-dokumentar yang dikemukakan oleh mereka. ii) pada 27.4.2017, Plaintif telah berjaya memulihkan dan menaikkan harga saham Defendan harga saham Defendan dari 0.16 sebelum pelantikan Plaintif kepada RM0.22; dan iii) kemudahan-kemudahan kewangan dari institusi perbankan telah berjaya diperolehi semenjak Plaintif dilantik bagi membantu kewangan syarikat subsidiari Defendan. [25] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telahpun melunaskan tanggungjawabnya dibawah Surat Pelantikan tersebut. [26] Mahkamah juga mendapati bahawa tidak timbulnya isu res judicata dengan kes WA-B52NCVC-242-06-2019 memandangkan Plaintif telah menarik balik Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan dengan kebebasan memfailkan semula. Isu res judicata atau estopel tidak timbul disebabkan tiada penghakiman muktamad secara merit yang diberikan oleh Mahkamah tersebut. [rujukan kes Farlim Properties Sdn Bhd v Goh Keat Poh & Ors And Other Appeals [2003] 4 MLJ] [27] Mengambilkira hujahan di atas Mahkamah berpuashati bahawa tiada keperluan untuk mengubah keputusan secara perbicaraan penuh yang telah didengar oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen. Oleh itu, keputusan Puan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan dan menolak rayuan Defendan / Perayu serta tuntutan balas Defendan dengan kos RM10,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur. Bertarikh : 24.5.2023 PEGUAM BAGI PIHAK PERAYU / PLAINTIF Tetuan Shock Lin & Bok Tingkat 20, Bangunan Kumpulan AmBank 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. (Tel : 03-20311788 Fax : 03-20311775 / 8 / 9) (Emel : myecourt@shooklin.com.my) (Ruj : TMM/PCH/17744/23/ICB/SZ/05 (2254664)) PEGUAM BAGI PIHAK RESPONDEN / DEFENDAN Tetuan Harmy Yusoff & Azli Pekeliling Business Centre 18, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat 53000 Kuala Lumpur. (Ruj. LIT.20.114187 MHY.AM SZ.KB SFN/NAF)