Mahkamah merumuskan isu-isu utama untuk penentuan di peringkat permohonan A.18 K.19(1) ini seperti berikut: Isu 1 — Limb dan Kehendak dibawah A.18 K.19(1) KKM 2012: Adakah Writ/Pernyataan Tuntutan wajar dibatalkan di bawah A.18 K.19(1)(a), (b) dan/atau (d), KKM 2012 dan khususnya limb manakah yang terpakai berdasarkan alasan permohonan Defendan? Isu 2 — Had masa: Adakah, dengan menerima fakta pliding pada penelitian awal pliding (tanpa bicara), tuntutan Plaintif jelas terhalang oleh Seksyen 6 Akta Had Masa 1953 sehingga ia menzahirkan tiada kausa tindakan munasabah / merupakan penyalahgunaan proses? Isu 3 — ‘Illegality’, ‘privity’ dan ‘locus’ (intipati kebolehlaksanaan tuntutan): Adakah tuntutan Plaintif bergantung kepada suatu perjanjian yang didakwa tidak sah/illegal di bawah MLA 1951 dan/atau melibatkan tuntutan terhadap pihak yang bukan ‘privy’, sehingga tindakan ini pada asasnya tidak boleh diteruskan dan wajar ditamatkan pada peringkat pliding? ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1 - Prinsip dan Kehendak Permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012. Adakah Writ/Pernyataan Tuntutan wajar dibatalkan di bawah A.18 K.19(1)(a), (b) dan/atau (d), KKM 2012 dan khususnya limb manakah yang terpakai berdasarkan alasan permohonan Defendan?