Kos permohonan ini dibayar oleh Defendan kepada Plaintif dengan serta merta. A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 13.3.1980 dan menjalankan perniagaan sebagai pengedar dan pembekal bahan-bahan mentah untuk penyediaan aiskrim dan pencuci mulut serta merupakan pengimport, pengeksport dan ejen bagi semua jenis barang-barang dagangan. Defendan pula adalah syarikat yang menjalankan perniagaan dan pembuatan produk koko dan juga penghasil makanan, khasnya bahan-bahan yang digunakan untuk penyediaan aiskrim termasuk couverter, compound chocolates, coatings dan paste. [2] Plaintif dan Defendan telah berurusan sejak 2018 dimana Plaintif akan mencari pelanggan dari luar negara dan menolong pelanggan S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow untuk mendapatkan stok barang-barang yang sesuai daripada pembekal di Malaysia termasuklah Defendan. [3] Antara amalan perniagaan yang dipersetujui adalah: - i. Plaintif akan membuat anggaran kuantiti bahan-bahan yang diperlukan oleh Pelanggan berdasarkan kepada arahan Pelanggan dan memaklumkan kepada Defendan. ii. Defendan akan menyediakan sebut harga serta terma iringan kepada Pelanggan dan/ atau Plaintif seperti jangka masa menghasilkan stok selepas Plaintif membuat tempahan (booking/call off) bagi pihak Pelanggan, terma-terma pembayaran deposit dan pembayaran baki invois dan terma-terma berkenaan pembatalan invois. iii. Selepas rundingan dimuktamadkan, Plaintif dan Defendan akan menandatangani kontrak jualan dimana terma-termanya adalah berdasarkan kepada terma-terma diatas. [4] Tempahan (booking/call off) bahan-bahan di bawah kontrak jualan tersebut adalah berdasarkan permintaan kuantiti yang dibuat oleh pelanggan( dalam kiraan unit metrik tan dan bukanhya atas semua/ S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow keseluruhan kuantiti bahan-bahanj yang dipesan dibawah kontrak secara lump sum. Cara booking/call off dibuat adalah: - i. Setelah dapat arahan Pelanggan dann tertakluk kepada pembekalan Surat Kredit oleh pelanggan, Plaintif akan membuat tempahan bahan-bahan bagi pihak Pelanggan kepada Defendan; ii. Defendan akan memaklumkan pelanggan berkenaan pelasn penghasilan bahan-bahan tersebut, bincang berkenaan anggaran tarikh penyediaan bahan-bahan dan mencapai kata sepakat tarikh penghantaran antarabangsa; iii. Defendan akan sediakan satu invois dan memohon bayaran deposit sebelum bahan-bahan dibuat; iv. Plaintif membuat bayaran deposit atas invois tersebut, baru Defendan membuat/menghasilkan bahan-bahan; v. Selepas bahan-bahan disediakan oleh Defendan, Plaintif perlu bayar baki jumlah dalam invois; S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow vi. Selepas terima bayaran dari Plaintif, Defendan akan sediakan dokumen yang diperlukan untuk penghantaran kargo antarabangsa dan membuat serahan kepada Plaintif vii. Plaintif akan menguruskan penghantaran antarabangsa kepada pelanggan. viii. Jika kuantiti yang disenaraikan dalam kontrak jualan tidak dapat dipenuhi dan/atau baki kuantiti tidak dihabiskan maka amalan perniagaan untuk kontrak jualan adalah batal. [5] Melalui satu Kontrak Jualan No. SC2204-LB0109 bertarikh 6.4.2022 (“Kontrak Jualan tersebut”), Defendan adalah pembekal untuk bahan-bahan yang dikenali sebagai salutan kon seberat 40,000.00 kg, salutan ais krim susu seberat 40,000.00 kg dan salutan ais krim toffee seberat 40,000.00 kg (“bahan-bahan tersebut”) untuk jumlah bayaran sebanyak RM 1,438,000.00 dengan syarat-syarat berikut:- i. tarikh penghantaran: April - Oktrober 2022 ii. cara bayaran : 20% deposit bila tempahan dibuat; 50% sebelum penghantaran dan baki 30% dalam masa 30 hari S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow iii. Barang yang dihantar tidak boleh dipulangkan, jika tidak yuran pembatalan adalah sebanyak 20% atas harga belian akan dikenakan. iv. Plaintif akan mengenakan hak untuk mengenakan faedah sebanyak 1% sebulan atas jumlah yang tidak diselesaikan dalam tempoh terma dari tarikh invois tersebut. Atas arahan Pelanggan, Plaintif telah membuat 3 kali tempahan kepada Defendan bawah Kontrak Jualan tersebut dan mengikut amalan perniagaan yang dipersetujui oleh pihak-pihak. [6] Temphan telah dibuat pada 27.5.2022, 25.8.2022 dan 9.11.2022. Setelah tempahan ketiga itu dan diseelsaikan, ada baki 60 metrik tan bahan-bahan yang masih berbaki di bawah Kontrak Jualan tersebut. Oleh kerana Pelanggan tidak membuat arahan dan/atau memberikan Surat Kredit untuk Plaintif membuat tempahan maka Plaintif tidak membuat sebarang tempahan dengan Defendan. [7] Defendan tidak mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui dengan Plaintif berkenaan tempahan telah memaksa Plaintif untuk membuat tempahan. Atas dasar good will dan ingin membantu Defendan atas tindakan pra matang mereka itu, iaitu menyediakan S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow baki bahan-bahan tersebut sebanyak 60metrik tan tanpa mengikut amalan perniagaan yang dipersetujui, telah cuba berbincang dengan Defendan termasuk mengatur perjumpaan antara Dwefendan dan Pelanggan, namun tidak berhasil. Akhirnya pada 22.6.2023, Plaintif melalui emel memaklumkan Defendan bahawa amalan perniagaan kuantiti yang tidak dipatuhi bawah Kontrak Jualan adalah terbatal. Namun, pada 21.7.2023, Defendan telah menghantar emel kepada Plaintif untuk meminta Plaintif membuat tempahan ats baki 60 metrik tak bahan-bahan tersebut. [8] Defendan kemudian memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Klang atas Plaintif menuntut baki harga kontrak tertunggak atas pembekalan bahan-bahan tersebut dengan kos dan faedah. Plaintif telah memfailkan pembelaan dan mempertikaikan tuntutan Defendan namun secara alternatifnya didalam pembelaan tersebut, Plaintif memplidkan sekiranya Plaintif bertanggungan; hanyalah atas fi pembatalan sebanyak 20% atas harga belian sahaja bawah Kontrak Jualan tersebut dan bukan atas keseluruhan baki jumlah kontrak. S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow [9] Defendan kemudiannya telah memfailkan penghakiman terus dan Hakim Mahkamah Sesyen pada 8.5.2024 telah membenarkan penghakiman terus dimasukkan keatas Plaintif. Plaintif kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Klang. [10] Defendan melalui peguamnya telah meneruskan dengan prosiding penggulungan atas Plaintif dengan menyerahkan sesalinan Notis dibawah Seksyen 465(1) (e) dan seksyen 466(1) Akta Syarikat 2016 bertarikh 7.6.2024 menuntut jumlah yang dinyatakan didalam penghakiman Mahkamah Sesyen bertarikh 8.5.2024 untuk jumlah RM 861, 078.09 setakat 6.6.2024. [11] Perintah untuk injunksi ini sangat diperlukan oleh Plaintif kerana sekiranya ianya tidak dibenarkan, maka rayuan Plaintif akan menjadi sia-sia. Plaintif mempunyai prospek cerah untuk berjaya didalam rayuannya kerana hutang yang dinyatakan didalam penghakiman terus itu dipertikaikan dan bukanlah satu penghakiman muktamad kerana wujudnya rayuan terhadapnya. [12] Prosiding penggulungan akan merosakkan Plaintif kerana Plaintif adalah sebuah syarikat solven dan masih aktif menjalankan pernaigaan di luar negara. Akaun Plaintif akan dibekukan dan ini S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow menjadikan perniagaan Plaintif akan menjadi sukar kerana tiada aliran tunai akibat perintah penggulungan tersebut. B. JAWAPAN DEFENDAN [13] Defendan tidak menafikan Plaintif telah menjalankan perniagaan dengan mereka untuk tempoh hampir 5 tahun. Berkenaan dengan aturan amalan perniagaan dengan Plaintif, Defendan menyatakan ianya bersifat aturan peribadi antara mereka dan tiada kaitan dengan Pelanggan. Aturan amalan perniagaan ini tidak pernah menjadi terma-terma yang dipersetujui antara pihak-pihak. [14] Ini adalah percubaan Plaintif untuk membatalkan Kontrak Jualan tersebut dan peermohonan injunksi ini adalah percubaan untuk mengelak dari membayar jumlah penghakiman terus yang telah dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. [15] Plaintif sedar dan tahu bahawa baki 60 metrik tan salutan coklat telah dibuat/dikeluarkan atas arahan Plaintif dan ianya sedia untuk dikutip/dipungut atas arahan Plaintif dan Plaintif tidak pernah menafikan kandungan emel-emel Defendan. S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [16] Ini adalah permohonan Plaintif untuk satu perintah Injunksi Fortuna bagi menghalang Defendan dari menyerahkan petisyen penggulungan keatas Plaintif selaras dengan Notis dibawah seksyen 466(1) Akta Syarikat 2016. Notis ini dikeluarkan oleh Peguamcara Defendan ekoran dari penghakiman terus bertarikh 8.6.2024 yang diberi oleh Hakim Mahkamah Sesyen Klang. [17] Mahkamah Rayuan didalam Mobikom Sdn Bhd v Inmiss Communication Sdn Bhd [2007] 3CLJ 295 dimana Gopal Sri Ram (ketika menjadi HMR) memutuskan “(3) The kind injunction by which an intended winding up petition is sought to be restrained is known as "Fortuna Injunction". The phrase takes its name from Fortuna Holdings Pty Ltd v. The Deputy Commissioner of Taxation where the juridical basis for the relief was first explained. Fortuna Holdings made it clear that the courts have established a principle that the presentation of a winding up petition may be restrained by injunction where its presentation would amount to an abuse of the process of the court. It was also clear that two distinct branches emanate from the principle - of which the first applies in cases where the presentation of the petition may produce irreparable damage to the company and where the proposed petition has no chance of success, and the second in cases where a petitioner proposing to present a petition S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow has chosen to assert a disputed claim, by a procedure which might produce irreparable damage to the company, rather than by a suitable alternative procedure. (paras 5-7) Mahkamah Agung didalam Chip Yew Bricks Works Sdn Bhd v Chang Heer Enterprise Sdn Bhd [1988] 1 CLJ Rep 5, penghakiman oleh Wan Hamzah J: - “Even where the whole amount of debt claimed is disputed the Court can allow evidence to be adduced to enable it to consider whether or not there was a bona fide dispute and the Court is competent to go into the evidence to consider that question for the purpose ultimately of determining whether it should exercise the discretion: Re Welsh Brick Industries Ltd. [1946] 2 All ER 197. [18] Plaintif menegaskan bahawa hutang yang didakwa oleh Defendan terhutang oleh Plaintif adalah hutang yang dipertikaikan yang kini menjadi asas utama Plaintif merayu ke Mahkamah Tinggi. Undang-undang berkenaan permohonan Injunksi Fortuna adalah ianya akan dibenarkan dalam keadaan Pemohon dapat mendemonstrasikan kepada Mahkamah bahawa hutang yang didakwa itu adalah bona fide dan dipertikaikan atas alasan yang munasabah. S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow [19] Mahkamah ini telah melihat kepada syarat-syarat Kontrak Jualan tersebut; dan mendapati ianya bukan satu tempahan biasa yang dibuat dalam mana-mana tempahan biasa. Ianya bergantung kepada tempahan dari Pelanggan Plaintif di luar negara dan jumlah tempahan yang dibuat bukan berdasarkan kepada permintaan kuantiti yang dibuat oleh Pelanggan (dalam kiraan metrik tan) dan bukan mengikut pesanan secara lump sum (seperti pemahaman Defendan) Mahkamah Tinggi perlu melihat samada adakah keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah betul dan tidak khilaf dalam membenarkan penghakiman terus yang dipohon oleh Defendan iaitu dapatan fakta dibuat secara affidavit dalam pada Plaintif menggariskan ‘peculiarity” terma-terma kontrak yang dimasuki oleh pihak-pihak. Defendan hanya membuat penafian wujudnya ‘peculiarity” terma-terma didalam Kontrak Jualan tersebut. Jika benar seperti yang didakwa oleh Plaintif, maka tuntutan ini tidak boleh diputuskan secara affidavit tetapi dengan bicara penuh. Adakah Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti terma-terma Kontrak Jualan yang dinyatakan oleh Plaintif; ini adalah kerana asas kepada penghakiman terus yang diperolehi adalah dari Kontrak Jualan tersebut. S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow [20] Hutang yang menjadi isu disini telah diputuskan didalam satu penghakiman terus oleh Mahkamah Sesyen tetapi terdapat rayuan atas keputusan ini, Plaintif masih mempunyai peluang sekali lagi untuk menghujjahkan di Mahkamah Tinggi akan penghakiman terus yang difailkan oleh Defendan dan samada Hakim Mahkamah Sesyen khilaf dalam membenarkan penghakiman terus dimasukkan atas Plaintif. Oleh itu, adalah penting status quo kedudukan pihak-pihak perlu dipertahankan sehingga selesai rayuan Plaintif. Sekiranya, Plaintif digulungkan, maka laluan Plaintif untuk rayuan adalah panjang kerana perlu mendapat kebenaran dari Mahkamah Penggulungan (Winding Up Court) terlebih dahulu. [21] Selain itu, Plaintif akan mengalami kerugian dan kerosakan sekiranya petisyen penggulungan ini diberi. Kemudahan perbankan yang melibatkan Plaintif akan dibekukan dan ini menjadikan Plaintif sukar untuk menguruskan perniagaan yang mempunyai kontrak dengan pihak ketiga kerana aliran tunai yang dibekukan. Defendan tidak akan diprejudiskan sekiranya permohonan injunksi ini diberi sehingga pendengaran rayuan Plaintif selesai. Plaintif juga bersedia untuk membuat akujanji gantirugi kepada Defendan seandainya Defendan mengalami kerugian akibat dari permohonan ini. S/N Xu9XjfcB2UWl1fY72cHqow [22] Kesimpulannnya berasaskan alasan-alasan diatas, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 1 dengan kos sebanyak RM 3000.00. Bertarikh 26 Ogos 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA PLAINTIF : Tetuan Mazri Halim & Partners D-2-13 Plaza Damas, No. 60 Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur PEGUAMCARA DEFENDAN : Tetuan B C Tan & Co. No. 112, Jalan Kasah, Medan Damansara,