Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA BERANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN NO. KES TE-87-88-11/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN ISMA BLUE ENTERPRISE (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 201103181008 (TR0108023-V)) ALASAN PENGHAKIMAN
TE-87-88-11/2023
Magistrates Court of Malaysia27 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“7 e. Pihak pembelaan hanya cuba memindahkan tanggungjawab kepada pihak lain, sedangkan kesalahan membawa muatan berlebihan telah dibuktikan dengan jelas. Rujukan dibuat kepada kes RAHANI AHMAD LWN PP [2011] MLJU 1279 di mana Mahkamah memutuskan bahawa penafian tanpa asas tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan munas”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA BERANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN NO. KES TE-87-88-11/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN ISMA BLUE ENTERPRISE (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 201103181008 (TR0108023-V)) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Isma Blue Enterprise (Orang Kena Saman / “OKS”) telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(a) dan (b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah memutuskan terdapat kes prima facie dan OKS telah dipanggil membela diri. OKS memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dan memanggil 3 saksi pembelaan. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah mendapati OKS bersalah dan mensabitkan OKS sebagaimana pertuduhan pindaan (P17) dan menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM11,000.00 jika gagal bayar penjara selama 12 bulan dan memerintahkan kenderaan TBN 5549 dan semi trailer-kargo am bernombor pendaftaran T/T 2749 dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia. Terkilan, OKS memfailkan rayuan. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
2
Pertuduhan pindaan (P17) ke atas OKS adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 24.10.2023 jam lebih kurang 05.34 petang di Hadapan Klinik Desa Tengkawang, Jalan Tengkawang dalam daerah Hulu Terengganu dalam Negeri Terengganu sebagai Pengendali Berlesen kenderaan Penggerak Utama nombor pendaftaran TBN5549 yang menarik Semi Trailer – Kargo Am nombor pendaftaran T/T 2749 dilesenkan kepada Isma Blue Enterprise nombor rujukan permit 4T0016163-2/13 & 4T0016162- 2/13 menggunakan kenderaan tersebut di atas jalan raya, dan dipandu oleh Khairul Amin bin Yahya nombor kad pengenalan 870907-11-5949 telah melakukan kesalahan tidak mematuhi syarat lesen pengendali dengan membawa muatan Kayu Balak seberat 99,900 kg melebihi berat sebanyak 48,900kg (95.88%) daripada Berat Dengan Muatan yang dinyatakan iaitu 51,000kg. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(a) dan (b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. Hukuman: Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) : Denda tidak kurang RM 1,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM 500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. dan, Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) : Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.”
3
Alasan penghakiman Mahkamah ini adalah sebagaimana yang dihuraikan selanjutnya.
4
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 9 orang saksi dan mengemukakan 26 ekshibit (tidak termasuk 2 dokumen yang berstatus ID15 dan ID16 semasa di akhir kes pendakwaan) bagi membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap OKS. Fakta kes pendakwaan secara ringkasnya seperti berikut: a. Pada 24 Oktober 2023, sekitar pukul 5.34 petang, sepasukan penguat kuasa JPJ Terengganu bersama JSPT PDRM Terengganu menahan sebuah motolori TBN5549 yang menarik Semi Trailer T/T2749 (“Kenderaan”) di hadapan Klinik Desa Tengkawang, Hulu Terengganu. b. Kenderaan dipandu oleh Khairul Amin bin Yahya dari syarikat Isma Blue Enterprise, membawa muatan kayu balak. Pemeriksaan awal mendapati muatan disyaki melebihi had, dan kenderaan diarahkan ke JPJ Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q c. Pada pukul 8.06 malam, hasil penimbangan oleh Pegawai Timbang JPJ, SP1 dengan menggunakan alat mesin penimbang Intercomp mendapati Kenderaan tersebut bersama muatan kayu balak adalah seberat 99,900kg, sedangkan berat yang dibenarkan (BDM) pada Permit Kenderaan dan Lesen Pengendali hanyalah 51,000kg, ini bererti terdapat lebihan berat sebanyak 48,900kg iaitu sebanyak 95.88% melebihi had yang ditetapkan. d. Siasatan pihak JPJ mendapati Kenderaan tersebut didaftarkan di bawah nama syarikat Isma Blue Enterprise (No Pendaftaran Perniagaan: 201103181008 / TR0108023-V) dan pengendali berlesen, OKS gagal mematuhi Syarat Lesen Pengendali kerana membenarkan pemandunya membawa muatan berlebihan, yang telah melanggar Seksyen 57(1)(a) dan (b)(vi) Akta 715 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama.
5
Antara isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Pemandu Kenderaan tersebut tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan di Mahkamah dan hanya ditawarkan kepada pembelaan. Kegagalan memanggil saksi ini mewujudkan kelompangan dalam naratif kes pendakwaan. b. SP8 gagal mengemukakan keterangan berkenaan latihan yang dihadirinya. c. Tiada gambar SP8 melakukan proses penimbangan. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q d. Ekshibit P10 tidak dikemukakan bersama sijil perakuan di bawah seksyen 90A(2) Akta Keterangan 1950. e. ID15(a) dan (b) tidak dijadikan ekshibit. f. Pemandu lori percaya bahawa dokumen yang dibekalkan kepadanya telah mengesahkan bahawa muatan kayu balak yang dibawa adalah dalam had yang dibenarkan dan tiada niat untuk melakukan sebarang kesalahan atau melanggar undang-undang. g. Kegagalan pegawai penyiasat untuk menentusahkan cara sebenar timbangan dan berat balak telah menimbulkan kelompangan kes pendakwaan. C. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
6
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan ialah untuk pihak pendakwaan membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS (seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah). Dalam hal ini, Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan (rujuk LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ). Mahkamah juga merujuk kes BALACHANDRAN V PUBLIC PROSECUTOR [2005] 2 MLJ 301, yang menyatakan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah bertanya pada diri sama ada jika OKS dipanggil membela diri dan memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan OKS. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
7
Seksyen 57(1)(a) dan (b)(vi) Akta 715 memperuntukkan seperti berikut: “57. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali
1
Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya –
a
bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan kenderaan barangan daripada kelas kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
b
bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk – ...
VI
(vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan; ...
3
Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. ...”
8
Elemen-elemen kesalahan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap OKS adalah:
i
OKS merupakan Pengendali Berlesen;
II
(ii) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat (“KP”) telah mengenakan syarat pada lesen pengendali OKS;
III
(iii) OKS telah menggunakan kenderaan barangan;
IV
(iv) OKS tidak mematuhi syarat lesen pengendali yang mana berat dengan muatan bagi kenderaan barangan melebihi berat maksimum yang dinyatakan dalam lesen pengendali.
9
Dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Elemen 1: Merujuk pada Seksyen 2 dibaca bersama Seksyen 51(1) Akta 715, seseorang dikatakan pengendali berlesen apabila memiliki lesen pengendali sah bagi perkhidmatan kenderaan barangan untuk sewa atau upah atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan. Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah berpuas hati elemen bahawa OKS merupakan pengendali berlesen telah dibuktikan. Eksibit P20 membuktikan bahawa lesen pengendali tersebut telah dikeluarkan kepada OKS iaitu Isma Blue Enterprise (No. Lesen: 201103181008 (LA)) yang berkuat kuasa dari 3 Oktober 2022 hingga 3 Oktober 2025. Keterangan SP4 dan SP9 mengesahkan keaslian lesen S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q tersebut, manakala siasatan SP9 serta eksibit P18 (Sijil Pemilikan Kenderaan), P19 (Maklumat Kenderaan TBN 5549 & T/T 2749 dari sistem MySikap JPJ), dan P26 (Carian SSM) menunjukkan bahawa kenderaan barangan TBN 5549 dan T/T 2749 adalah milik OKS, digunakan oleh pekerjanya bagi tujuan sewa atau upah, dan syarikat tersebut sah didaftarkan atas nama OKS. Kesemua bukti ini secara konsisten membuktikan bahawa OKS adalah pengendali berlesen di bawah Akta 715. b. Elemen 2: Pihak pendakwaan melalui keterangan SP1, SP2, SP4, SP6 dan SP9 telah berjaya membuktikan bahawa KP telah menetapkan syarat terhadap Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan tersebut. Keterangan SP4 mengesahkan Lesen Pengendali (P20) dan Permit Kenderaan (P14) dikeluarkan oleh KP dengan syarat, antara lain, had Berat Dengan Muatan (BDM) 51,000 kg dan jenis barangan dibawa iaitu kargo secara pukal untuk sewa atau upah. Berdasarkan keseragaman keterangan serta dokumen yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa elemen kedua iaitu KP telah menetapkan syarat-syarat terhadap Lesen Pengendali, telah dipenuhi. c. Elemen 3: Berdasarkan Seksyen 2 Akta 715, kenderaan barangan ditakrifkan sebagai mana-mana kenderaan motor atau treler yang digunakan bagi membawa barangan. Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan, melalui keterangan SP1, SP2, SP3, SP4, SP5, SP6, SP7 dan SP9 serta eksibit P14, P18, P19 dan P21 (A-K) telah berjaya S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q membuktikan bahawa OKS telah menggunakan kenderaan barangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 Akta 715. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, Kenderaan tersebut dikategorikan sebagai kenderaan barangan jenis Penggerak Utama yang menarik Semi Trailer Kargo Am serta digunakan untuk membawa barangan kargo secara pukal bagi tujuan sewa atau upah. d. Elemen 4: Melalui keterangan SP1, SP2, SP4, SP5 dan SP6, pendakwaan telah membuktikan bahawa OKS tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh KP apabila pemeriksaan dan penimbangan Kenderaan tersebut mendapati muatan yang dibawa melebihi had BDM yang dibenarkan. SP1 yang menjalankan proses penimbangan menggunakan alat timbang mudah alih yang sah dan dikalibrasi telah memberikan keterangan dan mengemukakan ekshibit P10 (Salinan Tiket Timbang Berat No123), yang menunjukkan berat muatan sebenar adalah 99,900 kg, iaitu 48,900kg (95.88%) melebihi had yang dibenarkan. Keterangan ini disokong oleh SP5, SP6, SP7 dan SP8, serta SP9 yang menegaskan tiada kebenaran bertulis diberikan oleh mana-mana pihak kepada OKS untuk membawa muatan melebihi BDM. Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKS telah tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam lesen pengendali dengan membenarkan pemandunya membawa muatan melebihi had maksimum yang dibenarkan. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
10
Mahkamah mendapati isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan tidak menjejaskan kes pendakwaan berdasarkan dapatan berikut: a. Walaupun saksi pemandu lori tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan, saksi pendakwaan (SP1–SP9) telah memberikan keterangan konsisten dan meyakinkan mengenai siapa yang memandu Kenderaan tersebut, penahanan Kenderaan, pemeriksaan muatan, dan hasil penimbangan yang melebihi had dibenarkan. Dokumen P10, P11, P12, P13 dan gambar di ekshibit P21 menyokong fakta ini. Semua saksi pendakwaan yang berkaitan juga telah membuat pengecaman ke atas pemandu tersebut di Mahkamah. Justeru, ketiadaan keterangan pemandu tersebut tidak menjejaskan asas pendakwaan. Tambahan pula, pemandu tersebut ditawarkan sebagai saksi kepada pihak pembelaan, oleh itu, Mahkamah menolak hujahan pembelaan untuk anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 (“EA”). b. Berhubung hujahan bahawa SP8 gagal jelaskan latihan yang diterimanya, Mahkamah berpandangan SP8 telah dapat mengesahkan bahawa alat timbang mudah alih telah dikalibrasi dan berfungsi dengan baik dan tepat dan ini disokong dengan keterangan dokumen P8 dan P9. Mahkamah menilai bahawa keterangan teknikal SP8 adalah mencukupi untuk menyokong ketepatan penimbangan, jadi isu latihan tidak melemahkan kes pendakwaan. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q c. Ketiadaan gambar SP8 semasa penimbangan tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana SP8 hanya mengesahkan alat timbang mudah alih telah dikalibrasi dan berfungsi dengan tepat, sementara proses penimbangan telah disaksikan saksi pendakwaan lain dan disokong oleh gambar P21 yang diambil semasa penimbangan. d. Mahkamah menerima P10 sebagai keterangan dokumen di bawah Seksyen 60 dan 61 EA kerana dokumen tersebut disediakan dan disahkan sendiri oleh SP1. Justeru isu ketidakpatuhan seksyen 90A EA tidak timbul. e. Hujahan pembelaan bahawa pemandu lori percaya muatan adalah sah tidak menafikan fakta bahawa muatan sebenar telah melebihi had dibenarkan. f. Hujahan pembelaan bahawa SP9 tidak dapat menentusahkan sama ada penimbangan kayu balak mengikut kilogram atau meter padu ditolak, kerana elemen pertuduhan adalah sama ada Kenderaan melebihi had BDM 51,000kg, yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. a. Berhubung isu ID15(a) dan (b) yang gagal dijadikan ekshibit oleh pihak pendakwaan, Mahkamah berpandangan dokumen ini adalah berkaitan pas hutan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Malaysia. Ia bukanlah keterangan material untuk membuktikan mana-mana elemen kesalahan di bawah pertuduhan dan tidak mencacatkan kes pendakwaan. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
11
Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan pindaan. Justeru, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS. Maka, OKS dengan ini dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan tersebut.
12
Pihak pembelaan telah mengemukakan empat orang saksi bagi memberi keterangan di pihak pembelaan. Saksi pertama (SD1), iaitu pemilik tunggal syarikat Isma Blue Enterprise, mengakui bahawa beliau merupakan pemilik syarikat Isma Blue Enterprise dan Kenderaan tersebut, namun menyatakan bahawa namanya hanya digunakan untuk tujuan pendaftaran syarikat, kenderaan, dan Lesen Pengendali tanpa terlibat secara aktif dalam urusan operasi syarikat.
13
Saksi kedua (SD2), yang merupakan pengurus syarikat dan pekerja kepada OKS, memberi keterangan bahawa segala urusan perniagaan dijalankan di bawah tanggungjawab beliau sepenuhnya tanpa penglibatan SD1. SD2 turut menyatakan bahawa muatan kayu balak tidak pernah ditimbang di tempat pengeluaran serta mengaku keliru sama ada perlu mematuhi undang-undang di bawah Pejabat Hutan atau peraturan yang ditetapkan oleh JPJ.
14
Saksi ketiga (SD3), iaitu pemandu Kenderaan pada hari kejadian, mengesahkan bahawa beliau yang memandu Kenderaan tersebut pada hari kejadian. SD3 turut mengesahkan semua kejadian yang S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q berlaku semasa penahanan kenderaan dan secara umumnya tidak menafikan keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan (SP1, SP2, SP5, SP6 dan SP7).
15
Saksi keempat (SD4), iaitu Pegawai Pejabat Hutan Negeri Terengganu pula menjelaskan bahawa beliau hanya mengeluarkan Pas Memindahkan Hasil Hutan di bawah Seksyen 70(2) Akta Perhutanan Negara 1984 sebagai kebenaran membawa keluar hasil hutan selepas cukai dibayar. SD4 menegaskan bahawa pas tersebut tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk membawa muatan melebihi had berat yang ditetapkan oleh undang-undang di bawah penguatkuasaan pihak JPJ.
16
Fakta kes pembelaan adalah seperti berikut: a. Pada 24.10.2023, OKS, melalui SD2 telah menerima pesanan kayu balak untuk dihantar ke Kilang Papan Paratrans Yong Peng, Johor. OKS telah mengarahkan pemandu lori, Khairul Amin bin Yahya (SD3) untuk menghantar kayu balak ke kilang tersebut. SD3 telah membawa Kenderaan tersebut ke matau balak Keruak untuk mengisi balak ke atas Kenderaan tersebut. Setelah pengisian balak selesai, SD3 telah membawa lori tersebut ke balai pengawal hutan Pasir Akar untuk mendapatkan kelulusan sebelum membawa balak-balak tersebut keluar dari matau balak itu. Kemudian, kira-kira pukul 12 tengahari, pemandu lori (SD3) telah mendapat satu Pas Bagi Memindahkan Hasil Hutan (D15) untuk membawa S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q keluar kayu balak yang diisi di atas lori dan dihantar ke Yong Peng Johor. b. Namun, kira-kira pukul 5.34 petang, satu pemeriksaan telah dijalankan oleh pihak berkuasa di hadapan Klinik Desa Tengkawan, Jalan Tengkawan, Hulu Terengganu. Hasil pemeriksaan mendapati Kenderaan tersebut telah membawa muatan kayuan balak melebih had yang dibenarkan. c. SD3 kemudiannya diarahkan oleh pegawai JPJ untuk timbang Kenderaan tersebut dan hasil penimbangan menunjukkan jumlah berat keseluruhan muatan adalah 99,900 kg, sedangkan had maksimum yang dibenarkan untuk Kenderaan tersebut adalah 51,000 kg. Ini menjadikan lebihan muatan sebanyak 48,900kg, iaitu kira-kia 95.88% melebihi had yang ditetapkan. d. Setelah tiket timbang dikeluarkan, SD3 telah diarahkan untuk meninggalkan Kenderaan tersebut dan satu notis sita Kenderaan telah dikeluarkan oleh JPJ. OKS yakin dan percaya bahawa OKS tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana satu pas hasil hutan telah dikeluarkan oleh pegawai hutan (SD4) yang mana menunjukkan bilangan dan identiti kayu balak yang berada di atas Kenderaan tersebut.
17
Pihak pembelaan menghujahkan perkara berikut: a. SD3 memandu Kenderaan tersebut dengan mempercayai beliau tidak melakukan apa-apa salah. Tanpa pas hasil hutan yang dikeluarkan oleh pegawai hutan, lori yang memuatkan kayu balak tersebut tidak boleh keluar di atas jalan raya. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q b. SD3 percaya bahawa dokumen yang dibekalkan kepadanya iaitu D15 membolehkannya membawa kayu balak dalam had yang dibenarkan dan sah untuk dikeluarkan. c. SD3 telah bertindak atas kepercayaan yang sah dan munasabah bahawa jumlah muatan yang dibawa adalah mengikut peraturan, dan beliau tidak mempunyai niat untuk melakukan sebarang kesalahan atau melanggar undang-undang. d. Kaedah pengiraan kayu balak adalah melalui meter padu dan bukanlah matrik tan. e. OKS telah bertindak atas kepercayaan yang sah dan munasabah (reasonable and bona fide belief) bahawa jumlah yang dibawa adalah mengikut peraturan, dan beliau tiada niat untuk melakukakan sebarang kesalahan dan melanggar undang-undang.
18
Pihak pendakwaan pula menghujahkan seperti berikut: a. Pertuduhan terhadap OKS melibatkan kesalahan berkaitan keselamatan awam yang bersifat strict liability, di mana elemen mens rea tidak perlu dibuktikan. Pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan actus reus, dan OKS tetap bertanggungjawab walaupun tiada niat, pengetahuan atau kelalaian dibuktikan. b. OKS mengakui mengetahui kenderaan miliknya, TBN 5549 dan T/T 2749, ditahan dan disita oleh JPJ pada 24.10.2023 kerana membawa lebih muatan. Beliau mengesahkan menandatangani surat kebenaran (P27) bagi membolehkan S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q pekerjanya, SD2, menguruskan hal tersebut dengan pihak JPJ. SD2 menyokong keterangan itu, manakala SD3 mengesahkan memandu kenderaan berkenaan pada hari kejadian, Kenderaan ditahan serta ditimbang di JPJ, dan bahawa Lesen Pengendali (P20), Permit Kenderaan (P14) serta tanda pada lori menunjukkan nama OKS sebagai pemilik sah. c. SD3 mengakui memandu sendiri Kenderaan tersebut semasa proses penimbangan di JPJ Kuala Terengganu serta mengesahkan keterangan saksi pendakwaan adalah benar. Beliau mengakui keputusan timbang dalam eksibit P10 menunjukkan berat muatan 99,900kg berbanding had dibenarkan 51,000 kg dan telah menandatangani dokumen P10. SD2 turut mengesahkan dimaklumkan oleh SD3 mengenai penahanan dan kesalahan tersebut. d. Keterangan SD1 dan SD2 hanyalah penafian kosong (bare denial) tanpa asas kukuh. Pendakwaan menegaskan tanggungjawab memastikan pematuhan syarat lesen, termasuk had muatan, terletak sepenuhnya pada OKS. Selain itu, keterangan saksi pembelaan tidak mencabar kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes yang telah dibuktikan secara konsisten melalui eksibit seperti P8, P9, P10, P14, P18 dan P20 yang tidak pernah dicabar. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q e. Pihak pembelaan hanya cuba memindahkan tanggungjawab kepada pihak lain, sedangkan kesalahan membawa muatan berlebihan telah dibuktikan dengan jelas. Rujukan dibuat kepada kes RAHANI AHMAD LWN PP [2011] MLJU 1279 di mana Mahkamah memutuskan bahawa penafian tanpa asas tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. f. Terdapat percanggahan dalam keterangan saksi pembelaan; SD2 mendakwa keliru antara undang-undang JPJ dan Jabatan Perhutanan serta menganggap Pas Memindahkan Hasil Hutan membenarkan muatan melebihi had. Namun, SD4 menegaskan pas hanya membolehkan pemindahan hasil hutan berdasarkan isipadu untuk tujuan cukai, dan tidak memberi kuasa kepada OKS melanggar undang-undang JPJ. Tiada keperluan alat timbang di lokasi, dan tanggungjawab pematuhan undang-undang lain tetap di OKS. Oleh itu, alasan “kekeliruan undang-undang” tidak relevan dan dilihat rekaan untuk melepaskan OKS daripada tanggungjawab. g. Pendakwaan menegaskan bahawa OKS gagal menimbulkan keraguan munasabah dan hanya memberi penafian kosong, serta tidak cukup untuk melemahkan kes pendakwaan. Berdasarkan prinsip kes PP V MOHD RADZI BIN ABU BAKAR (2006) 1 CLJ 457 dan MAT V PP [1963] 1 MLJ 263, jika tiada keraguan munasabah timbul, sabitan terhadap OKS wajar direkodkan. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q E. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
19
Analisa dan dapatan Mahkamah berhubung isu-isu yang dibangkitkan si akhir kes pembelaan adalah seperti berikut: a. Isu tanggungjawab dan liabiliti OKS. Mahkamah mendapati OKS bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kenderaan di bawah kawalannya mematuhi semua undang-undang pengangkutan jalan raya termasuk Akta 715. Walaupun OKS menyerahkan urusan kepada pekerjanya, tanggungjawab undang-undang tetap terletak di bahunya. Oleh itu, OKS tidak boleh melepaskan diri daripada liabiliti walaupun kesalahan dilakukan oleh pekerja atau wakilnya, tambahan dalam hal ini OKS mengakui telah menyerahkan segala urusan kepada SD2 dan SD3 telah bertindak atas arahan SD2. b. Isu sifat kesalahan (strict liability). Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(a) dan (b)(vi) Akta 715 adalah bersifat strict liability. Elemen niat (mens rea) tidak perlu dibuktikan; memadai jika perbuatan (actus reus) iaitu membawa muatan melebihi had dibuktikan. Dalam konteks ini, alasan bahawa OKS atau pemandu tidak mengetahui atau tersilap tentang undang-undang tidak boleh diterima sebagai pembelaan. Prinsip undang-undang jelas menetapkan bahawa “kejahilan undang-undang bukan alasan” (ignorantia legis non excusat). S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q c. Isu kebergantungan kepada Pas Memindahkan Hasil Hutan (D15). Keterangan pihak pembelaan yang menyangka Pas Memindahkan Hasil Hutan (D15) membenarkan pengangkutan kayu balak tanpa had berat adalah tidak berasas. Keterangan SD4 jelas menunjukkan bahawa tugas beliau hanya setakat mengeluarkan pas bagi memastikan hasil hutan telah dibayar cukainya di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, dan bukannya memberi kebenaran membawa muatan melebihi had berat kenderaan. Pas tersebut hanya terpakai dalam konteks pengurusan hasil hutan, bukan peraturan jalan raya atau pengangkutan awam darat. Oleh itu, Mahkamah menolak alasan pembelaan tersebut dan menegaskan bahawa pas daripada Jabatan Perhutanan tidak memberi imuniti daripada pematuhan terhadap Akta 715. d. Isu kredibiliti dan kebolehpercayaan saksi pembelaan. Mahkamah mendapati bahawa keterangan saksi-saksi pembelaan bersifat umum. SD1 hanya menyatakan beliau tidak terlibat dalam operasi syarikat; SD2 mengaku keliru tentang undang-undang; manakala SD3 sendiri mengesahkan fakta yang dibuktikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Sebaliknya, keterangan saksi pendakwaan adalah konsisten, tidak bercanggah, dan disokong oleh ekshibit. Oleh itu, kredibiliti saksi pendakwaan tidak tergugat dengan keterangan pembelaan. e. Tiada keterangan yang menyokong dakwaan pembelaan bahawa muatan kayu balak perlu disukat berdasarkan isipadu dan bukan kilogram. Syarat Lesen Pengendali Kenderaan di bawah Akta 715 dengan jelas menetapkan bahawa berat maksimum (BDM) Kenderaan tersebut tidak boleh melebihi 51,000 kg. Tiada S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q keterangan menunjukkan bahawa syarat ini dikecualikan bagi kenderaan yang membawa muatan kayu balak. Tambahan pula, isipadu dan berat adalah dua perkara berbeza — isipadu mengukur ruang yang diisi oleh objek, manakala berat mengukur daya tarikan graviti ke atas objek tersebut. f. Fakta bahawa hasil penimbangan menunjukkan berat muatan melebihi daripada had yang dibenarkan dalam Lesen Pengendali OKS tidak pernah dicabar oleh pihak pembelaan.
20
Sehubungan itu, Mahkamah menolak pembelaan OKS.
21
Dalam membuat keputusan di akhir kes pembelaan, Mahkamah merujuk Seksyen 173(m) KTJ yang memperuntukkan bahawa setelah perbicaraan selesai, Mahkamah hendaklah menilai semua keterangan yang telah dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Jika Mahkamah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, Mahkamah hendaklah memutuskan bahawa tertuduh bersalah dan boleh mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang. Jika Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan terhadap tertuduh. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
22
Mahkamah turut merujuk kes PUGANESWARAN A/L GANESAN & ORS V. PUBLIC PROSECUTOR AND OTHER APPEALS [2020] 9 CLJ 326; [2020] 12 MLJ 165 (FC), yang mana Mahkamah telah memberikan panduan berikut: "[53] Perhaps the most oft-quoted definition of the expression "proof beyond reasonable doubt" is that given by Lord Denning in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 where at page 373 the learned judge said: "That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it permitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt." (emphasis added).”
23
Mahkamah juga mengambil panduan daripada prinsip yang dinyatakan dalam kes MAT v PP [1963] 1 MLJ 263: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt ........ Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation.. Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation.. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt........ Convict
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.. Acquit Magistrates would assist the appellate Court if they indicate in their grounds that they are aware of the tests laid down in steps (d) and
e
above.”
24
Berdasarkan analisa dan dapatan Mahkamah di atas, Mahkamah tidak menerima atau mempercayai penjelasan tertuduh dan penjelasan tersebut tidak menimbulkan keraguan munasabah dalam fikiran Mahkamah mengenai kesalahan OKS. Sebaliknya, keterangan saksi-saksi Pendakwaan adalah kekal kukuh dan konsisten. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
25
Setelah mahkamah meneliti kes ini secara keseluruhannya, serta berdasarkan alasan-alasan yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap OKS melampaui keraguan munasabah.
26
Mahkamah dengan ini mendapati OKS bersalah dan mensabitkan OKS sebagaimana pertuduhan pindaan. G.
27
Setelah mendengar rayuan pihak pembelaan dan hujah pemberatan pihak pendakwaan, Mahkamah membuat pertimbangan berikut: a. Rayuan pihak pembelaan menekankan bahawa OKS merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang berdaftar sejak 2011, menjalankan perniagaan secara sah, dan merupakan sumber utama pendapatan syarikat serta pekerja. Syarikat tidak pernah terlibat dengan sebarang salah laku sebelum ini dan sentiasa menyumbang kepada ekonomi serta peluang pekerjaan awam. Penahanan lori telah menjejaskan operasi perniagaan dan kelangsungan hidup perkerja syarikat, dan pihak pembelaan memohon agar lori dikembalikan kepada OKS bagi membolehkan syarikat meneruskan perniagaan. b. Sebaliknya, hujah pemberatan pihak pendakwaan menekankan bahawa kesalahan membawa muatan melebihi had yang dibenarkan menyumbang kepada kerosakan jalan S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q raya, meningkatkan risiko kemalangan, dan boleh mengancam nyawa orang awam. Rayuan pihak pembelaan untuk simpati mahkamah dan kelangsungan hidup syarikat tidak boleh melepaskan tanggungjawab terhadap kepentingan awam. Kenderaan yang membawa muatan berlebihan turut menimbulkan kos tambahan kepada kerajaan untuk membaiki jalan yang rosak, dan kes-kes terdahulu menunjukkan bahawa dalam kes sebegini, kenderaan boleh dilucut hak kepada kerajaan sebagai hukuman tambahan.
28
Mahkamah mengambil kira bahawa kesalahan membawa muatan berlebihan adalah serius kerana ia melibatkan keselamatan awam dan kerosakan infrastruktur. Walaupun terdapat faktor mitigasi seperti rekod bersih syarikat, sumbangan ekonomi, dan kepentingan pekerja, faktor kepentingan awam dan keselamatan jalan raya tetap diutamakan. Mahkamah juga merujuk Seksyen 241A Akta 715, yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penuh, serta Seksyen 57(3) Akta 715, yang menetapkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.
29
Berhubung dengan isu kepentingan awam, Mahkamah merujuk kes PP LWN GOVINDNAN CHINDEN NAIR [1998] 2 CLJ 370 di mana Hakim Augustine Paul, menegaskan bahawa: “In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed.”
30
Berdasarkan pertimbangan dan prinsip di atas, Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM11,000.00 dan sekiranya gagal dibayar, OKS hendaklah dipenjarakan selama 12 bulan.
31
Mahkamah menegaskan bahawa hukuman ini adalah wajar dan seimbang, mengambil kira kepentingan awam, faktor pemberatan dan juga rayuan OKS. Hukuman yang djatuhkan tersebut adalah setimpal serta mematuhi prinsip undang-undang yang ditetapkan. H. PELUCUTHAKKAN KENDERAAN DI BAWAH SEKSYEN
32
Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memohon untuk Kenderaan dilucuthakkan di bawah seksyen 80(4) Akta 715. Perkara yang sama telah dimasukkan dalam pertuduhan pindaan. Pihak pembelaan pula telah memohon supaya Kenderaan yang disita oleh pihak JPJ tersebut dikembalikan kepada pemiliknya iaitu OKS.
33
Mahkamah merujuk Seksyen 80 Akta 715 yang memperuntukkan seperti berikut: “80. Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
1
Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat. ...
3
Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen
1
hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan.
4
Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. ...”
34
Mahkamah juga merujuk kes Reza Kianmehr v. PP [2013] 7 CLJ 265, yang mana YA Kamardin Hashim telah menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah Majistret berhubung pelucuthakkan dan menyatakan seperti berikut: S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q “The said vehicle had been proven as the subject matter of the offence. The conditions provided under sub-s. (4) of s. 80 had been fulfilled. Therefore, the Magistrate shall order forfeiture of the said vehicle. Once the conditions under that sub-s. (4) of s. of Act 715 had been fulfilled, the forfeiture therefore becomes mandatory. There is no discretion given to the Magistrate because of the words “shall be made” in s. 80(4) of” Act 715. When the provision of the statute is clear without any ambiguity, then the court must give effect to the clear and explicit language of the enacting words of the statute.”
35
Berdasarkan peruntukan dan prinsip di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa syarat di bawah Seksyen 80(4) Akta 715 untuk pelucuthakkan kenderaan TBN 5549 dan semi trailer-kargo am bernombor pendaftaran T/T 2749 telah dipenuhi, memandangkan OKS telah didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57(3) Akta 715 sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 80(1) dan kenderaan tersebut merupakan alat atau perkara yang berkaitan dengan kesalahan itu.
36
Sehubungan itu, Mahkamah memerintahkan kenderaan TBN 5549 dan semi trailer-kargo am bernombor pendaftaran T/T 2749 dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia melalui Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 80(4) Akta 715. S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
37
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah menyatakan bahawa sabitan ke atas OKS, hukuman yang dijatuhkan dan perintah pelucuthakkan Kenderaan tersebut adalah selamat, wajar dan berlandaskan peruntukan serta prinsip undang-undang. BERTARIKH PADA 9 NOVEMBER 2025 Disediakan oleh .................................................................... NORYUSRIZA BINTI ZULKIFLI MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KUALA BERANG Kaunsel Bagi pihak pendakwaan Asma’ Binti Othman @ Abd Razak Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu Aras G-3, Jalan Kemajuan Bukit Kecil 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q Bagi pihak OKS Tetuan Ghazali Ismail & Co. Peguambela & Peguamcara, PT 14194 A, Jalan Balai Besar Kampung Alor Tempoyak 23300 Dungun Terengganu Darul Iman S/N gk3ZuhmG5kyuasZuuZQ4/Q
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.