Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG GUAMAN SIVIL: CA-A72NCvC-307-12/2022 ANTARA ISMAIL BIN ABD RAHMAN [Identity Card No.: 570601065665] ... PLAINTIF DAN KOTA AWANGAN SDN BHD [Company No.: 1369971-H]
CA-A72NCvC-307-12/2022
Magistrates Court of Malaysia29 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“TION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491, di mana Mahkamah memutuskan bahawa: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG GUAMAN SIVIL: CA-A72NCvC-307-12/2022 ANTARA ISMAIL BIN ABD RAHMAN [Identity Card No.: 570601065665] ... PLAINTIF DAN KOTA AWANGAN SDN BHD [Company No.: 1369971-H]
1
Dalam kes ini, Plaintif menuntut sejumlah RM38,962.97 daripada Defendan sebagai ganti rugi atas kerugian yang didakwa telah dialaminya. Perbicaraan telah dijalankan secara penuh dengan kehadiran 01/11/2025 20:37:42 CA-A72NCvC-307-12/2022 Kand. 59 2 seorang saksi daripada pihak Plaintif dan dua orang saksi daripada pihak Defendan. Setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, menimbang eksibit-eksibit yang dikemukakan serta mengambil kira hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah berpendapat bahawa atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Sehubungan itu, tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM2,500.00. Tuntutan balas oleh Defendan turut ditolak.
2
Plaintif pada setipa masa material menjalankan perniagaan atas nama dan gaya Mr. Drinks Legacy yang menjual dan membekal minuman yang mempunyai alamat perniagaan di No. 28, Arked Sentral Teruntum, Jalan Mahkota, 25150, Pahang.
3
Defendan adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di No. B-8, Tingkat Satu, Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukti Setongkol, 25200 Kuantan dan alamat perniagaan di Lot 29003, Kuantan Bypass Bukit Rangin, Permatang Badak, 25200 Kuantan dan meprupakan tuan punya 3 atau pemilik perniagaan yang dijalankan tas nama Awangan Palace yang terletak di Lot 29003, Kuantan By-Pass Bukit Rangin, Permatang Badak, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
4
Awangan Palace merupakan sebuah kompleks perniagaan yang menempatkan kawasan “Food Court” atau Medan Selera yang terdiri daripada beberapa lot ruang niaga yang disewakan kepada penyewa-penyewa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Defendan.
5
Defendan telah menawarkan kepada Plaintif satu (1) lot ruang niaga di kawasan “Food Court” atau Medan Selera tersebut. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan pelaksanaan sewaan tersebut, Plaintif dan Defendan telah menandatangani satu Perjanjian Sewaan Vendor Medan Selera bertarikh 22/02/2021 yang memperincikan terma-terma sewaan, termasuk tempoh sewaan yang bermula pada 01/03/2021 dan berakhir pada 28/02/2022.
6
Melalui perjanjian tersebut, Plaintif telah diberikan kebenaran oleh Defendan untuk menjalankan aktiviti menjual dan membeli minuman di kawasan “Food Court” atau Medan Selera berkenaan serta dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan minuman bagi majlis-majlis yang 4 diadakan di Dewan, Bilik Mesyuarat, atau mana-mana ruang dalam kawasan Hotel milik Defendan yang sama.
7
Sebelum Plaintif memulakan operasi perniagaan di kawasan “Food Court” atau Medan Selera tersebut, Plaintif telah membuat pembelian barangan dan peralatan yang diperlukan bagi tujuan menjalankan perniagaan tersebut. Pada masa yang sama, Defendan sedia maklum bahawa Plaintif mempunyai niat dan komitmen untuk menjalankan perniagaan tersebut di ruang yang telah disewa.
8
Walau bagaimanapun, sebelum tamatnya tempoh sewaan, Plaintif telah menerima satu (1) Notis Penamatan Sewaan bertarikh 24/11/2021 daripada Defendan yang mengarahkan Plaintif untuk mengosongkan premis berkenaan pada atau sebelum 30/11/2021.
9
Selepas menerima Notis Penamatan Pertama tersebut, Plaintif pada tarikh yang sama telah berjumpa dengan wakil Defendan iaitu Encik Muhamad Shahrulhilmi Bin Tahir dan Puan Siti Fathiyah Binti Ahmad bagi membincangkan implikasi penamatan berkenaan. Dalam pertemuan tersebut, Plaintif telah menerangkan bahawa tindakan penamatan tersebut telah dan akan mengakibatkan kerugian kepada Plaintif 5 memandangkan Plaintif telah membuat pelaburan dalam pembelian barangan dan peralatan perniagaan serta kehilangan pendapatan hasil daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan.
10
Pada 26/12/2021, Plaintif telah menerima notis penamatan penyewaan kedua yang menghendaki Plaintif mengosongkan premis selewat-lewatnya pada 31/12/2021. Defendan memberikan alasan penamatan penyewaan tersebut adalah kerana Plaintif gagal mengosongkan premis tersebut pada 30/11/2021 walaupun terdahulunya wakil-wakil Defendan telah memberikan akujanji untuk membatalkan notis penamatan penyewaan yang pertama tersebut dan sekaligus membenarkan Plaintif untuk meneruskan pernagaan di premis berkenaan.
11
Satu perbicaraan penuh telah diadakan pada 07.08.2024,
29
29.10.2024 dan 20.03.2025. Saksi-Saksi yang telah memberikan keterangan adalah seperti berikut.
1
SP1 Ismail bin Abd Rahman PSP-1 DEFENDAN Saksi Nama Penyata Saksi 1. SD1 Azita binti Ngah -
2
SD2 Siti Fathiyah binti Ahmad PSD-2 [12] Bagi tujuan rekod, dokumen-dokumen yang telah dirujuk, difailkan dan ditandakan semasa perbicaraan penuh ini adalah seperti yang diperincikan di bawah: Dokumen Eksibit 1. Ikatan Pliding
2
Ikatan Dokumen Plaintif
3
Ikatan Dokumen Defendan
4
Mr. Drinks Legacy Asset Listing P1A – P1B
5
Perincian Pembelian Peralatan Mr. Drinks Legacy P2 6. Draf Perjanjian Sewa Vendor Medan Selera P3 7. Minit Mesyuarat
9
Kronologi Usaha dan Tindakan Kota Awangan Sdn. Bhd. Merampas Jualan Minuman dan Penamatan Kontrak Sewaan Mr. Drinks Legacy di Awangan Palace Food Court
10
Surat Amaran Pertama bagi Kualiti Jualan Penyewa bertarikh 23/09/2021 P7 11. Surat Jawapan Plaintif bertarikh 25/09/2021 kepada Surat Amaran Pertama dari Defendan
12
Slip Order P9 13. Billing Slip P10 14. Gambar Skrin Laptop P11 15. Notis Penamatan bertarikh 24/11/2021 P12 16. Notis Penamatan bertarikh 26/12/2021 P13 17. Cabutan Sembang WhatsApp
18
Sebutharga Baikpulih Premis oleh Puncak Maju Idaman kepada Kota Awangan Sdn. Bhd. D15 19. Gambar-gambar Kerosakan Kontena ID16 Hujahan Plaintif [13] Berdasarkan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa fakta kes ini adalah mudah dan ringkas seperti berikut: i) Plaintif merupakan penyewa kepada satu (1) lot ruang niaga di Awangan Palace Food Court bagi tujuan menjalankan perniagaan minuman di bawah nama dan gaya “Mr. Drinks Legacy”; ii) Plaintif memplidkan bahawa terdapat satu perjanjian bertulis yang sah telah dimeterai antara Plaintif dan Defendan selaku tuan punya kepada premis berkenaan; dan iii) Plaintif seterusnya memplidkan bahawa tindakan Defendan menamatkan penyewaan tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang serta dilakukan secara pramatang. [14] Walau bagaimanapun, Mahkamah mengambil maklum bahawa tuntutan Plaintif tidak hanya berasaskan kepada pelanggaran terma perjanjian sewaan semata-mata. Plaintif turut menuntut sejumlah gantirugi sebanyak RM38,962.97, dengan butirannya seperti berikut: Bil. Butiran Tuntutan Amaun (RM) Keterangan 1. Pembelian barangan dan peralatan perniagaan 24,012.97 Jumlah perbelanjaan bagi pembelian barangan dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan.
2
Kehilangan keuntungan (loss of profit) 10,000.00 Anggaran keuntungan yang tidak dapat diperoleh akibat penamatan penyewaan secara pramatang.
3
Kos pengangkutan 350.00 Kos bagi memindahkan barangan dan peralatan perniagaan selepas penamatan penyewaan.
4
Gantirugi notis penamatan 2,600.00 Tuntutan sebagai pampasan berhubung notis penamatan penyewaan oleh Defendan. Bil. Butiran Tuntutan Amaun
5
Pemulangan deposit sewaan 2,000.00 Jumlah deposit yang telah dibayar oleh Plaintif dan belum dipulangkan oleh Defendan. | Jumlah Keseluruhan | RM38,962.97 | Hujahan Defendan [15] Sebaliknya, Defendan dalam Pernyataan Pembelaan telah memplidkan perkara-perkara berikut: i) Bahawa tiada sebarang perjanjian sewaan secara bertulis wujud antara Plaintif dan Defendan; ii) Bahawa penamatan penyewaan tersebut telah dilakukan mengikut prosedur yang dipersetujui antara pihak-pihak, setelah notis amaran dikeluarkan kepada Plaintif terlebih dahulu; iii) Bahawa Plaintif telah gagal, ingkar dan mengabaikan untuk mematuhi kandungan notis amaran tersebut, dan kegagalan tersebut telah membawa kepada penamatan penyewaan oleh Defendan; dan iv) Bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang hak atau asas undang-undang bagi menyokong tuntutannya terhadap Defendan. [16] Selain itu, Defendan turut mengemukakan satu Tuntutan Balas terhadap Plaintif bagi menuntut gantirugi berjumlah RM53,000.00, yang didakwa sebagai kos pembaikan dan kerosakan terhadap kontena yang telah disewa oleh Plaintif semasa tempoh penyewaan tersebut. Dapatan Mahkamah [17] Mahkamah telah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah menjadi prinsip undang-undang sivil yang mantap bahawa beban pembuktian untuk membuktikan sesuatu tuntutan di atas imbangan kebarangkalian terletak pada pihak Plaintif. Prinsip ini telah diperjelaskan dengan tegas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes HONG YIK TRADING V. LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491, di mana Mahkamah memutuskan bahawa: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence…” [18] Berdasarkan prinsip tersebut, adalah jelas bahawa Plaintif memikul tanggungjawab utama untuk membuktikan tuntutannya terlebih dahulu. Hanya setelah Plaintif berjaya membuktikan dakwaannya berdasarkan imbangan kebarangkalian barulah beban pembuktian beralih kepada pihak Defendan untuk menangkis atau menyangkal bukti yang dikemukakan oleh Plaintif. [19] Selain itu, Mahkamah turut menegaskan bahawa setiap pihak dalam prosiding sivil adalah terikat kepada pliding masing-masing. Prinsip ini bermaksud sesuatu kes perlu ditentukan berdasarkan fakta dan isu yang telah dituntut serta dinyatakan di dalam pliding. Sesuatu pihak tidak boleh pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi di peringkat akhir perbicaraan, mengubah atau menyimpang daripada pliding asalnya. [20] Kepentingan prinsip ini telah dihuraikan dengan jelas oleh Mahkamah Rayuan dalam kes THE CARBON COMPANY SDN BHD V. NG LEE HOON [2017] 6 CLJ 189, di mana Mahkamah menyatakan bahawa: “Pleadings play an important role in civil litigation, as parties are bound by their respective pleadings. This is trite. The facts pleaded in the pleadings will define the parameters of each party's case and serve as a clear notice to the adverse party the case that will be adjudicated so as to prevent either party from being taken by surprise during trial. Pleadings too will serve as a guide to the court in determining the issues to be tried.” [21] Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa dalam menilai kes ini, analisis mesti dibuat berasaskan kepada pliding serta bukti yang dikemukakan oleh pihak-pihak. Plaintif wajib terlebih dahulu membuktikan dakwaannya mengikut kehendak undang-undang, dan Mahkamah hanya akan menilai kes Defendan setelah beban tersebut dipenuhi oleh Plaintif. A. SAMADA TERDAPAT SEBARANG PERJANJIAN SEWAAN SECARA BERTULIS WUJUD ANTARA PLAINTIF DAN DEFENDAN? [22] Maka, dalam membuat penilaian ini, Mahkamah mengupas dengan lebih lanjut berkenaan samada terdapat sebarang perjanjian sewaan secara bertulis wujud antara Plaintif dan Defendan? Plaintif dalam plidingnya memplidkan bahawa antara Plaintif dan Defendan telah wujud satu perjanjian penyewaan bertulis bertarikh 22 Februari 2021 bagi penyewaan Lot FC5 dan FC6 yang terletak di premis milik Defendan, Awangan Palace. [23] Defendan dalam pembelaannya telah menafikan kewujudan sebarang perjanjian bertulis tersebut. Namun demikian, Plaintif tetap berpegang kepada pendiriannya bahawa perjanjian penyewaan bertulis berkenaan sememangnya wujud dan sah di sisi undang-undang. Sehubungan dengan pertikaian tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa beban pembuktian terletak sepenuhnya di atas Plaintif untuk membuktikan kewujudan perjanjian bertulis tersebut, selaras dengan kehendak Seksyen 101 Akta Keterangan 1950. [24] Semasa perbicaraan, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah gagal untuk mengemukakan sebarang perjanjian bertarikh 22 Februari 2021 sebagaimana yang diplidkan di dalam Pernyataan Tuntutan. Tiada dokumen asal atau salinan perjanjian bertulis yang sah telah dikemukakan kepada Mahkamah bagi menyokong dakwaan Plaintif bahawa perjanjian penyewaan bertarikh tersebut wujud di antara pihak-pihak. [25] Kedua-dua pihak bersetuju bahawa dokumen yang ditandakan sebagai P3 adalah merupakan sekadar Draf Perjianjian Sewaan sahaja. Mahkamah ini merujuk kepada nota keterangan yang menyatakan seperti berikut: “S: Okay Haji (Plaintif), saya rujuk pula kepada perjanjian yang kita kata tu, draf perjanjian yang kita katakan tadi. Haji setuju saya katakana dalam satu perjanjian, yang paling penting, tempat yang paling penting adalah tempat tandatangan untuk menandakan kedua-dua pihak bersetuju? J: Ya. S: Ada tak muka surat yang ada tandatangan dalam perjanjian yang Haji kemukakan ke Mahkamah ni? J: Tak ada. S: Tak ada? J: Tidak ada. S: Dan sepertimana yang kita katakan tadi, perjanjian ini pun tak dimati setem? Betul? J: Betul.” [26] Daripada keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah, Plaintif sendiri telah mengakui bahawa dokumen yang dirujuk sebagai Perjanjian Sewaan hanyalah satu draf perjanjian yang ditandakan sebagai eksibit P3. Plaintif turut mengesahkan bahawa dokumen tersebut tidak pernah dimuktamadkan sebagai satu perjanjian sempurna bertarikh 22 Februari 2021 sebagaimana yang dinyatakan dalam plidingnya. [27] Dalam keadaan ini, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan asas utama tuntutannya sendiri, iaitu kewujudan perjanjian bertulis bertarikh 22 Februari 2021 antara Plaintif dan Defendan. Tanpa bukti yang meyakinkan berhubung kewujudan perjanjian tersebut, dakwaan Plaintif tidak dapat disandarkan kepada sebarang asas kontrak yang sah di sisi undang-undang. [28] Selain itu, Mahkamah turut mengambil maklum bahawa dokumen P3 yang dikemukakan oleh Plaintif secara jelas menunjukkan bahawa ia hanyalah satu draf perjanjian semata-mata. Plaintif sendiri telah mengesahkan bahawa P3 tidak ditandatangani oleh mana-mana pihak, sama ada oleh Plaintif mahupun Defendan. Oleh yang demikian, dokumen tersebut tidak mempunyai sebarang kekuatan undang-undang untuk dikategorikan sebagai perjanjian yang sah dan mengikat di antara pihak-pihak. [29] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa tanpa bukti kukuh yang menunjukkan kewujudan perjanjian bertulis antara pihak-pihak, maka tiadalah asas undang-undang yang dapat menyokong tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Sehubungan itu, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. B. SAMADA PENAMATAN PENYEWAAN TERSEBUT TELAH
Preamble
MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG PERUNTUKKAN? [30] Bagi tujuan menilai keseluruhan hujahan dengan saksama, Mahkamah beralih kepada merit tuntutan Plaintif tanpa memprejudiskan dapatan Mahkamah berhubung isu perjanjian penyewaan yang telah dibincangkan di atas. Berdasarkan keterangan dan dokumen yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa kronologi peristiwa berkaitan penamatan penyewaan dapat diringkaskan seperti berikut: Bil. Tarikh
1
Keterangan 23/09/2021 Notis amaran bertulis telah dikeluarkan oleh Defendan kepada Plaintif berkaitan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan. Notis tersebut turut menyatakan bahawa sekiranya tiada penambahbaikan dilakukan, penyewaan akan ditamatkan.
2
24/11/2021 Notis Penamatan Pertama dikeluarkan, mengarahkan Plaintif mengosongkan premis pada atau sebelum Bil. Tarikh Keterangan 30/11/2021. Satu pertemuan turut diadakan antara kedua-dua pihak pada hari yang sama.
3
25/11/2021 Plaintif mendakwa telah dimaklumkan oleh seorang pekerja Defendan bernama “Jieha” bahawa Notis Penamatan Pertama telah dibatalkan.
4
26/12/2021 Notis Penamatan Kedua dikeluarkan, mengarahkan Plaintif mengosongkan premis selewat-lewatnya pada 31/12/2021.
5
30/12/2021 Plaintif akhirnya mengosongkan premis tersebut. [31] Daripada kronologi di atas, yang turut dipersetujui oleh Plaintif, Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan penamatan penyewaan oleh Defendan telah dilakukan secara berperingkat dan berlandaskan prosedur yang munasabah. Ia bermula dengan pengeluaran notis amaran bertarikh 23 September 2021 (Eksibit P7) yang jelas menunjukkan bahawa mutu perkhidmatan Plaintif telah menimbulkan aduan daripada pelanggan. Plaintif telah diberikan makluman awal bahawa penyewaan boleh ditamatkan sekiranya tiada penambahbaikan dibuat. [32] Apabila tiada bukti menunjukkan bahawa Plaintif telah memperbaiki mutu perkhidmatannya, Defendan seterusnya menamatkan penyewaan tersebut melalui Notis Penamatan Pertama bertarikh 24 November 2021 (Eksibit P12). Mahkamah mendapati tindakan ini adalah wajar dan sejajar dengan notis amaran awal yang telah diberikan kepada Plaintif. [33] Tambahan pula, walaupun Plaintif tidak mematuhi arahan yang terkandung dalam Notis Penamatan Pertama, Defendan masih tidak bertindak secara tergesa-gesa atau tidak berpatutan. Sebaliknya, Defendan telah memberikan ruang masa tambahan sebelum mengeluarkan Notis Penamatan Kedua pada 26 Disember 2021 (Eksibit P13). Ini jelas menunjukkan bahawa Defendan telah bertindak secara berhemah dan memberi peluang secukupnya kepada Plaintif untuk mengambil tindakan sewajarnya. [34] Mahkamah berpandangan bahawa notis-notis amaran dan penamatan yang dikeluarkan oleh Defendan merupakan satu prosedur yang standard, adil dan munasabah dalam hubungan sewaan antara pihak-pihak. Plaintif tidak boleh mendakwa bahawa beliau tidak diberikan peluang atau tempoh yang mencukupi untuk memperbaiki keadaan, memandangkan terdapat jarak masa yang wajar antara setiap notis yang dikeluarkan. [35] Oleh itu, beban pembuktian terletak ke atas Plaintif untuk menunjukkan bahawa penamatan penyewaan oleh Defendan adalah tidak sah dan dilakukan secara pramatang. Namun begitu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan perkara tersebut, lebih-lebih lagi memandangkan kewujudan perjanjian bertulis yang menjadi asas kepada tuntutannya juga tidak dapat dibuktikan. [36] Plaintif juga mendakwa bahawa Notis Penamatan Pertama telah dibatalkan berdasarkan dua alasan:
i
beliau dimaklumkan secara lisan oleh seorang pekerja Defendan bernama “Jieha” pada 25 November 2021 bahawa notis tersebut telah dibatalkan; dan
II
(ii) berdasarkan doktrin estoppel, kerana Defendan masih menerima bayaran sewaan dan 13% komisen daripada hasil jualan Plaintif selepas tarikh notis tersebut. [37] Mahkamah tidak menerima hujahan tersebut. Sekiranya benar dakwaan Plaintif bahawa Notis Penamatan Pertama telah dibatalkan melalui kenyataan seorang pekerja Defendan, maka menjadi tanggungjawab Plaintif untuk memanggil individu yang dinamakan sebagai “Jieha” sebagai saksi untuk mengesahkan perkara tersebut. Plaintif gagal berbuat demikian. Oleh yang demikian, dakwaan tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan lisan atau dokumentari yang kukuh. [38] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan dengan merujuk kepada SEKSYEN 60 AKTA KETERANGAN 1950 yang menyatakan seperti berikut:
1
Oral evidence shall in all cases whatever be direct, that is to say-
a
if it refers to a fact which could be seen, it must be the evidence of a witness who says he saw it;
b
if it refers to a fact which could be heard, it must be the evidence of a witness who says he heard it;
c
if it refers to a fact which could be perceived by any other sense or in any other manner, it must be the evidence of a witness who says he perceived it by that sense or in that manner;
d
if it refers to an opinion or to the grounds on which that opinion is held, it must be the evidence of the person who holds that opinion on those grounds. [39] Tambahan pula, penerimaan bayaran sewaan atau komisen oleh Defendan selepas tarikh notis tidak dengan sendirinya menimbulkan estoppel, kerana tindakan tersebut boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada proses penutupan akaun sewaan yang masih berjalan, dan bukan sebagai pengesahan pembatalan notis penamatan. [40] Berdasarkan keseluruhan fakta dan bukti yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan Defendan menamatkan penyewaan tersebut telah dilakukan secara sah, berprosedur dan adil. Plaintif telah diberikan notis dan peluang yang mencukupi untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya, namun gagal berbuat demikian. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa Plaintif tidak berjaya membuktikan bahawa penamatan tersebut adalah tidak sah atau pramatang. C. SAMADA DEFENDAN BERHAK MENUNTUT SEJUMLAH GANTI RUGI BAGI TUNTUTAN BALAS? [41] Mahkamah mengambil maklum bahawa Defendan melalui perenggan 16, 17 dan 18 Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balasnya, telah mengemukakan satu Tuntutan Balas terhadap Plaintif. Defendan mendakwa bahawa selepas Plaintif mengosongkan premis yang disewa, terdapat kerosakan ketara pada bangunan dan kontena yang didakwa berpunca daripada kelalaian pihak Plaintif. [42] Bagi menyokong Tuntutan Balas tersebut, Defendan telah memanggil seorang saksi, iaitu SD1. Namun demikian, setelah meneliti keseluruhan keterangan SD1, Mahkamah berpendapat bahawa SD1 tidak layak untuk dikategorikan sebagai saksi pakar. Walaupun beliau mendakwa mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang berkaitan kontena, tiada sebarang bukti dokumentari dikemukakan bagi mengesahkan kelayakan mahupun kepakarannya. [43] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SD1 hanyalah berbentuk testimoni lisan tanpa sokongan objektif, dan oleh itu tidak mempunyai kekuatan probatif yang mencukupi untuk dijadikan asas kepada dapatan Mahkamah. [44] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan telah gagal membuktikan secara pasti bahawa kerosakan yang didakwa adalah berpunca daripada Plaintif. Adalah tidak dipertikaikan bahawa tiada sebarang dokumen serah-terima (handover document) disediakan semasa Plaintif mula menduduki mahupun semasa mengosongkan premis tersebut. [45] Ketiadaan dokumen ini adalah signifikan kerana ia menjejaskan kemampuan Defendan untuk menunjukkan keadaan premis sebelum dan selepas tempoh penyewaan, serta menafikan sebarang bukti objektif berhubung punca kerosakan. [46] Mahkamah turut meneliti keterangan SD2, yang jelas menunjukkan bahawa premis berkenaan telah beberapa kali disewakan kepada pihak lain sebelum dan selepas tempoh penyewaan oleh Plaintif. Petikan keterangan SD2 adalah seperti berikut: “S: Sebelum Plaintif, Tuan Haji Ismail ditukarkan kepada FC 9 yang last sekali dia duduk, premis tersebut pernah disewakan kepada dua peniaga yang lain. Puan setuju ke? J: Setuju. S: Dan untuk suatu ketika yang Panjang, Plaintif ada diletakkan di FC 5 dan 6. Betul? J: Betul. S: Sebelum dipindahkan kepada FC 9. Betul? J: Betul.
6
S: Selepas itu baru Puan arahkan beliau untuk berpindah kepada FC Betul? J: Betul. S: Jadinya Puan semasa ketika itu, tidak ada sebarang serah menyerah untuk mengatakan sebelun dia masuk ke tempat FC 9 ini ada rosak. Tiada sebarang dokumen kan? J: Tidak ada. Daripada mula tidak ada dokumen.” [47] Berdasarkan keterangan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa premis berkenaan telah digunakan oleh beberapa penyewa lain dan tiada bukti konklusif dikemukakan untuk menunjukkan bahawa kerosakan yang wujud berpunca daripada Plaintif. Tambahan pula, ketiadaan dokumen rasmi atau laporan pemeriksaan sebelum dan selepas penyewaan menyebabkan sebarang dakwaan Defendan hanyalah bersifat spekulatif. [48] Prinsip undang-undang yang mantap menetapkan bahawa beban pembuktian adalah terletak di atas pihak yang mendakwa. Dalam hal ini, Defendan sebagai pihak yang menuntut ganti rugi melalui Tuntutan Balas, memikul beban untuk membuktikan kerosakan tersebut serta kaitannya secara langsung dengan tindakan atau kelalaian Plaintif. Oleh kerana Defendan gagal memenuhi beban pembuktian tersebut, Mahkamah tiada asas untuk membenarkan Tuntutan Balas berkenaan. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menolak Tuntutan Balas Defendan. Kesimpulan [48] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit dan mengambil kira hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan, maka tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM2,500-00. Tuntutan balas Defendan ditolak. BERTARIKH: 31HB OKTOBER 2025 (NOR IZZATI BINTI ZAKARIA) Majistret Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang Peguam: Plaintif: Ibrahim bin Kamaruddin daripada Tetuan Ibrahim Kamaruddin & Assoc. Defendan: Aiman Asád bin Mohd Ghani daripada Tetuan Irfan Aiman. Kes-kes yang dirujuk I) HONG YIK TRADING V. LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491; dan II) THE CARBON COMPANY SDN BHD V. NG LEE HOON [2017] 6 CLJ 189 Peruntukkan undang-undang yang dirujuk
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.