As was observed in Ram Bihari Yadav v. State of Bihar and Ors (1998 (4) SCC 517) if primacy is given to such designed or negligent investigation, to the omission or lapses by perfunctory investigation or omissions, the faith and confidence of the people would be shaken not only in the Law enforcing agency but also in the administration of justice. The view was again re-iterated in Amar Singh v. Balwinder Singh and Ors. (2003 (2) SCC 518).” [17] Peguam Plaintif berhujah bahawa keterangan SP3 bahawa kes ini di klasifikasikan sebagai “NFA” adalah berdasarkan siasatan yang tidak sempurna oleh itu ianya tidak boleh diterima pakai oleh Mahkamah yang Mulia ini. Antara lain hujahan Peguam Plaintif bahawa terdapat beberapa faktor yang menunjukkan bahawa siasatan oleh SP3 adalah tidak lengkap dan tidak sempurna sehingga memutuskan kes ini sebagai “NFA” sebagaimana berikut :- a) Lakaran rajah kasar tempat kejadian yang disediakan adalah tidak lengkap dimana kesan seretan tiada dalam lakaran dan kedudukan motorlori selepas kemalangan yang dilukis adalah tidak tepat; b) Jarak antara ekor motorlori dan garisan putih serta jarak mayat di atas jalanraya adalah tidak disiasat; c) Keputusan NFA hanya berdasarkan keterangan saksi bebas dibawah S.112 KTJ; d) Perilaku (“demeanour”) SP3 adalah dipertikaikan ketika tidak menjawab soalan-soalan yang material walaupun diminta rujuk kepada IP dan bersikap “evasive”; Analisis keterangan SP3 [18] SP3 telah mengesahkan bahawa selepas menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut, SP3 telah pergi ke tempat kejadian pada malam yang sama. SP3 juga mengesahkan bahawa mayat si mati tidak dialihkan begitu juga dengan kenderaan motorlori Defendan Pertama dan motorsikal si mati adalah masih dalam kedudukan yang sama selepas kemalangan. SP3 juga telah mengesahkan gambar-gambar P5 a-x adalah gambar-gambar yang diambil di tempat kemalangan termasuk gambar P5 p iaitu kesan seretan motorsikal dan si mati. [19] Malangnya, kesan seretan sepanjang 20m yang dinyatakan oleh Defendan Pertama dalam repot polis SD1 iaitu D6 dan sebagaimana keterangan senyap iaitu gambar P5 p adalah tidak dilakarkan di dalam rajah kasar dan kekunci P4. Begitu juga dengan kedudukan motorlori Defendan Pertama yang kelihatan sedikit menyerong ke kiri dan bahagian ekornya hampir kepada garisan putih berkembar adalah ditidak dilukis jika gambar P5 m dirujuk. [20] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa rajah kasar dan kekunci P4 adalah tidak selari dan tidak konsisten dengan kedudukan sebenar kenderaan dan kesan seretan yang jelas dalam gambar tidak dilakarkan. Tiada alasan yang telah diberikan atau dijelaskan oleh SP3 mengenai kegagalan melakar kesan seretan motorsikal oleh motorlori Defendan Pertama walaupun telah dicabar oleh peguam Plaintif sendiri. Malah apabila dimohon untuk SP3 merujuk kepada IP, SP3 gagal menjawab soalan dan menyatakan bahawa SP3 tidak ingat mengenai kesan seretan tersebut. SP3 juga mengatakan perkara tersebut ada di dalam IP tetapi tidak ingat. [21] Adalah mustahil kesan seretan tersebut tidak diingati atau tidak disiasat oleh SP3 memandangkan Defendan Pertama juga telah mengesahkan terdapat seretan motorsikal si mati di dalam laporan polis Defendan Pertama (tandakan sebagai D6). Ianya suatu fakta yang penting yang perlu dipertimbangkan oleh SP3 dalam membuat siasatan. Ini kerana permulaan seretan adalah berkemungkinan “point of impact” kemalangan tersebut. Setelah diasak, SP3 dengan sambil lewa tanpa merujuk IP telah menyatakan bahawa kesan seretan tersebut adalah di laluan motorlori Defendan Pertama. [22] Mahkamah juga telah meneliti keterangan SP3 dan mendapati bahawa SP3 juga gagal menyiasat jarak motorlori Defendan Pertama dengan garisan putih berkembar. Keterangan SP3 yang mencadangkan untuk kes di NFA dan atas arahan TPR adalah berdasarkan kepada keterangan saksi bebas namun ianya hanya keterangan S.112 KTJ. Tiada sebarang laporan polis dinasihatkan oleh SP3 untuk SP4 membuat laporan polis tapi mengatakan SP4 tampil sendiri sebagai saksi kejadian. [23] Asas kepada hasil siasatan yang mana si mati telah memasuki laluan sah motorlori Defendan Pertama hanya berdasarkan keterangan sahaja dan tidak disokong oleh siasatan mengenai bukti senyap iaitu kesan kemalangan, kesan seretan, jarak, pencahyaan dan kedudukan mayat si mati selepas kemalangan. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa siasatan SP3 adalah tidak menyeluruh dan tidak konsisten. SP3 juga tidak menyiasat samada keterangan saksi Defendan Pertama dan saksi bebas tersebut adalah benar atau tidak. Bagi menyimpulkan kes kemalangan maut sebagai NFA tanpa menyiasat kesan kemalangan ditempat kejadian untuk dipadankan dengan keterangan adalah tindakan yang tidak wajar dilakukan. [24] Keterangan SP3 mengenai siasatan ini termasuk Laporan Toksikologi si mati (yang bacaan 12mg tidak melebihi bacaan mabuk) yang tidak ditandakan atau dikemukakan di Mahkamah, yang mana ini tidak sepatutnya menjadikan siasatan tersebut lengkap apabila perkara paling penting dan asas mengenai kesan seretan dan jarak kenderaan dan mayat si mati serta perkara asas lain tidak disiasat sehingga membawa kepada keputusan NFA. [25] Cabaran Peguam Defendan mengenai pengaruh alchohol oleh si mati yang ditemui di dalam Laporan Toksikologi (yang tidak dikemukakan) adalah tersalah arah dan tidak terpakai kerana SP3 telah mengesahkan bahawa bacaan alchohol di dalam badan si mati adalah rendah dan tidak melebihi bacaan seorang yang mabuk. Mahkamah juga telah meneliti keterangan SP3 yang mana ianya tidak konsisten mengenai kesan seretan. Oleh itu, Mahkamah tidak menerima keterangan SP3 atas keterangan mengenai hasil siasatan kes sebagai NFA kerana ianya adalah berdasarkan siasatan yang tidak menyeluruh. Apakah versi yang lebih probable – samada motorsikal si mati telah memasuki laluan motorlori atau motorlori yang memasuki laluan si mati [26] Dalam keadaan di mana Mahkamah dihadapkan dengan dua versi yang berbeza oleh SP4 dan SD1 dan dalam situasi siasatan yang tidak menyeluruh, maka adalah menjadi tugas Mahkamah untuk merujuk keterangan senyap di dalam kes ini. Mahkamah merujuk penghakiman kes Lim Ewe Teik v Ariffin bin Hussain [1990] Mallal s Digest Yearbook 1193: Edgar Joseph J (as he then was)- dimana mahkamah menyatakan: “In the instant case, the photographs, plans and measurements of the scene and the nature of the damage to each vehicle must provide the most reliable guides to which the version of P and the driver of the motor/lorry can be tested.” [27] SP4 mengatakan di dalam keterangannya bahawa SP4 adalah berada di arah bertentangan dengan laluan si mati semasa kejadian dan berada lebih kurang 5 kereta di belakang motorlori Defendan Pertama. SP4 nampak terdapat 2 buah motorsikal yang sedang ditunggang bersaing di mana ianya berdasarkan 2 cahaya lampu motorsikal dari arah bertentangan. SP4 menyatakan bahawa motorlori Defendan Pertama yang berada di hadapannya telah “makan jalan” sedikit ke laluan si mati. Kemudian, SP4 tidak nampak satu cahaya lampu motorsikal si mati di mana motorsikal si mati telah masuk ke bawah tayar belakang motorlori Defendan Pertama. SP4 juga nampak motorlori tersebut kemudian telah menghala ke kiri sehingga terbenam tayar hadapan di kiri jalan. [28] SD1 pula dalam keterangannya telah memaklumkan bahawa sebenarnya terdapat 4 buah motorsikal yang terdapat di laluan si mati sebelum kemalangan berlaku. SD1 menyatakan 2 buah motorsikal berada di bahagian hadapan dan 2 lagi di bahagian belakang dan kedudukan motorsikal si mati berada di belakang sekali. Kemudian sebuah motorsikal di belakang telah memotong motorsikal di hadapan dan berjaya melepasi motorsikal di hadapan namun motorsikal si mati tidak dapat melepasi motorsikal di hadapan dan telah memasuki laluan motorlori dan melanggar tayar belakang motorlori Defendan Pertama. [29] Seterusnya, SD1 telah menarik stering ke kiri dan di dalam repot polis SD1 menyatakan telah mengheret motorsikal si mati sejauh 20m. SP3 pula telah menyatakan SP3 ada bertanya kepada SD1 menyeret bersama mayat atau motor sahaja dan SD1 menjawab motor dan mayat diseret sejauh 20m. [30] SD1 juga mengesahkan bahawa motorlori Defendan Pertama adalah dipandu tanpa muatan dan tanpa kontena semasa kemalangan dan apabila motorlori yang tanpa muatan bergerak ianya boleh menghayun ke kiri dan ke kanan. SD1 kemudiannya telah memberhentikan motorlori dan turun untuk melihat keadaan si mati dan telah berada di tempat kejadian selama 4 jam. SD1 juga ada memaklumkan kepada Mahkamah bahawa rakan si mati yang ditemui pada malam selepas kemalangan memaklumkan bahawa sebenarnya motorsikal si mati tayar telah bocor tetapi tetap meneruskan dengan perjalanan. [31] SD1 juga telah memaklumkan Mahkamah bahawa sehari sebelum kejadian SD1 telah menghantar barang ke Kelantan di mana SD1 sampai di Kelantan jam 9 pg setelah memandu pada malam sebelumnya. SD1 tidur di dalam motorlori sehingga jam 2 atau 3 ptg sebelum memulakan perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang bagi menghantar barang. Sewaktu perjalanan dari Kelantan ke Pelabuhan Klang motorlori Defendan Pertama di bawa bersama kontena dan sesampai di Pelabuhan Klang dalam jam 9 malam kontena telah dikeluarkan meninggalkan motorlori tanpa kontena atau muatan. SD1 bersetuju bahawa SD1 hanya mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke Klang dari Kelantan. Semasa kemalangan, SD1 hendak menuju ke “Yard” atau tempat meletakkan motorlori Defendan Pertama di Telok Gong. [32] Adalah dapatan Mahkamah bahawa saksi SP4 adalah seorang saksi yang boleh dipercayai apabila keterangan mengenai kewujudan 2 buah motorsikal adalah sama dengan keterangan SP3 di mana SP3 juga menyatakan bahawa hanya terdapat 2 buah motorsikal pada malam kejadian. SD1 juga di dalam laporan polisnya ditandakan D6 juga hanya menyatakan terdapat 2 buah motorsikal termasuk motorsikal si mati dan tiada wujudnya 4 buah motorsikal pada malam kejadian (sila rujuk D6 repot polis SD1). [33] Mahkamah juga telah meneliti keterangan SD1 mengenai kewujudan 4 buah motorsikal pada malam kejadian di mana keterangan SD1 ini telah didapati tidak selari dengan repot polis yang dibuat iaitu D6. Repot polis D6 adalah dibuat pada hari yang sama selepas kemalangan. Ini bermakna ingatan SD1 masih segar dan kejadian tersebut adalah masih jelas semasa SD1 membuat repot tersebut. Namun, semasa keterangan SD1 di Mahkamah, SD1 menyatakan bahawa terdapat 4 buah motorsikal yang berada di laluan si mati yang mana ini tidak dinyatakan di dalam repot polis D6. Repot D6 hanya menyatakan terdapat 2 buah motorsikal sebelum kemalangan berlaku. [34] Jika benar terdapat lebih 2 buah motorsikal pada masa kejadian kenapa SD1 tidak melaporkan sedemikian pada masa repot dibuat. Secara amnya, adalah lebih sukar bagi motorsikal si mati untuk memotong 2 buah motorsikal di hadapan di laluan sendiri berbanding memotong sebuah motorsikal sahaja di laluan sendiri. Adalah menjadi keterangan SP3 dan SD1 bahawa jalan tersebut adalah sempit. [35] Oleh yang demikian, Mahkamah meragukan keterangan SD1 bagi kewujudan 4 buah motorsikal yang mana kemungkinan ianya direka bagi menyokong versi bahawa motorsikal si mati terpaksa memasuki laluan motorlori Defendan Pertama untuk memotong 2 buah motorsikal di hadapan memandangkan sukar bagi si mati untuk memotong 2 buah motorsikal di hadapan tanpa menggunakan laluan motorlori Defendan Pertama. Tambahan, keterangan SP3 dan SP4 juga menyatakan hanya terdapat 2 buah motorsikal termasuk motorsikal si mati pada masa kemalangan. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa ini adalah fikiran terkemudian (“afterthought”) oleh SD1 yang mana ianya tidak boleh dipercayai dan diterima pakai. [36] Keduanya, SD1 tidak merepotkan bahawa motorsikal si mati telah masuk ke laluan motorlori Defendan Pertama di dalam laporan polisnya D6. SD1 hanya melaporkan bahawa motorsikal si mati hilang kawalan dan melanggar tayar belakang motorlori Defendan Pertama. Alasan yang diberikan untuk tidak memasukkan fakta bahawa motorsikal si mati telah masuk laluan SD1 hanya kerana SD1 tidak fasih membuat laporan polis bagi kemalangan maut. SD1 juga menyatakan SD1 menegaskan bahawa motorsikal si mati yang masuk laluan SD1 apabila SD1 melaporkan si mati hilang kawalan dan melanggar tayar belakang motorlori. [37] Mahkamah juga telah meneliti laporan polis SD1 di mana sekiranya benar motorsikal si mati sedang memotong sebuah motorsikal dan memasuki lorong Defendan Pertama sudah pasti pertembungan tersebut bukan di tayar belakang motorlori Defendan Pertama tetapi di bahagian hadapan motorlori. Rujuk laporan polis SD1 iaitu D6 sebagaimana berikut :- [38] Ketiganya, keterangan SD1 mengenai bahawa tayar motorsikal si mati telah bocor setelah dimaklumkan oleh rakan si mati yang sama-sama hendak ke tempat kerja adalah suatu keterangan yang tidak disokong oleh mana-mana bukti lain. Ianya hanyalah cakap dengar “hearsay” dan tidak boleh diterimapakai oleh Mahkamah yang Mulia ini. [39] Di dalam laporan polis D6 juga ada menyatakan bahawa motorsikal si mati tersebut telah terseret sejauh lebih kurang 20m. SP3 juga menyatakan bahawa motorsikal dan si mati telah terseret sejauh 20m. Namun, SP3 tidak siasat dan tidak lakarkan kesan seretan yang mana ianya jelas di atas permukaan jalanraya tersebut tanpa memberikan alasan yang munasabah. [40] Kesan seretan ini amatlah penting bagi tujuan membantu keluarga mangsa malah bagi Defendan membela diri serta bagi membantu Mahkamah di mana mangsa telahpun meninggal dunia di mana versi kemalangan oleh mangsa si mati sudah tentu tidak dapat diperolehi. Sepatutnya SP3 lebih prihatin dan berhati-hati dalam mengumpul bukti senyap yang ada bagi kes kemalangan maut. Kesan seretan ini akan menunjukkan “point of impact” di mana perlanggaran berlaku iaitu di lorong mana. Kenapa ianya tidak dilakarkan dan tidak ditunjukkan oleh SP3 di dalam rajah kasar P4 amatlah disangsikan. Kredibiliti keterangan SP3 adalah dipertikaikan oleh Mahkamah yang Mulia ini. [41] Selain itu, Mahkamah juga telah meneliti kedudukan si mati selepas perlanggaran di mana kedudukan mayat si mati bertanda “X1” berada di laluan sah si mati. Namun, motorsikal si mati berada di bawah tayar motorlori dan di laluan sah motorlori Defendan Pertama dalam keadaan motorlori Defendan Pertama menyenget dan ekor dapat diperhatikan hampir dengan garisan putih berkembar. Ini adalah kedudukan terakhir si mati dan kenderaan-kenderaan terlibat dalam kemalangan. Fakta ini tidak dipertikaikan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. [42] Mahkamah mendapati bahawa kedudukan mayat si mati di tandaan “X1” adalah juga merupakan tempat berlakunya seretan yang dikatakan sepanjang 20m. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh SP3 bahawa mayat dan motorsikal telah terseret sejauh 20m dan repot polis SD1 bahawa motorsikal diseret sejauh 20m. SP3 apabila dirujuk kepada gambar P5 u dan P5 w, SP3 ada menyatakan bahawa kesan seretan tersebut adalah sebahagiannya adalah di laluan si mati tetapi lebih banyak ke arah laluan motorlori. Namun, ini tidak dilakarkan oleh SP3 di dalam rajah kasar. Kedudukan mayat si mati “X1” adalah merupakan kedudukan terakhir si mati selepas kemalangan. [43] Oleh yang demikian, adalah dapatan Mahkamah bahawa perlanggaran dan seretan juga berlaku di sebelah laluan sah si mati kemudian berakhir di laluan sah Defendan Pertama. Ini juga dibuktikan dengan gambar kedudukan terakhir kenderaan-kenderaan dan mayat si mati selepas kemalangan. Kesemuanya belum dialihkan. [44] Tambahan, kedudukan motorlori Defendan Pertama dalam kedudukan menyerong ke kiri ini (rujuk gambar P5m) adalah disokong oleh keterangan SP4 yang nampak motorlori tersebut ke kiri selepas perlanggaran sehingga tayar motorlori terbenam ke kiri selepas motorsikal si mati telah masuk ke bawah motorlori Defendan Pertama. Ini juga disokong oleh gambar P5 m di mana kedudukan selepas kemalangan adalah selari dengan keterangan SP4. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati keterangan SP4 adalah lebih probable dan credible berbanding keterangan SD1. SD1 juga mengakui telah menarik steringnya ke kiri jalan setelah perlanggaran berlaku. [45] Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati Defendan Pertama dan Kedua adalah bertanggungan sebanyak 100% ke atas kemalangan tersebut dan Plaintif telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan-defendan bertanggungan terhadap kemalangan ini. C.KUANTUM Atas dasar 100% Gantirugi Khas [46] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa gantirugi khas perlu lah dibuktikan. (Rujuk kes Ong Ah Long v Dr. S Underwood [1983] 2 MLJ 324). Didalam kes ini mahkamah telah mengawadkan gantirugi khas bagi kes ini seperti berikut: Gantirugi Khas : a. Kos pengemubian - dibenarkan RM2000 Walaupun tiada resit dikemukakan namun kos ini adalah munasabah dan ianya biasa dibelanjakan untuk pengemubian dan berdasarkan kes Pang Ah Chee v Chong Kwee Sang [1985] 1 MLJ 153 Hashim Yeop A Sani FJ telah memutuskan :- “(4) it was not wrong for the learned President of the Sessions Court in arriving at a reasonable and fair amount of compensation to be awardedto take judicial notice of Chinese funeral expenses and the fact that such expenses are normally incurred and only the amount would vary according to the status of the deceased or such other matters which may be considered by the Court. The award of the learnedPresident of $2,000/- for funeral expenses should be restored.” Mahkamah ini juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa kos pengemubian telah meningkat selari dengan harga barang terkini kerana pengemubian mayat si mati adalah pada tahun 2022. Oleh itu, jumlah RM2,000 adalah munasabah b. Kos kedukacitaan - dibenarkan RM30,000 c. Kehilangan tanggungan (RM1200 x 12 x 16) - dibenarkan RM230,400 Bagi tujuan kehilangan pendapatan ini, Mahkamah merujuk kes iaitu Renhome Bricks Factory Sdn Bhd & Anor v Watah Umpin [2009] 9 CLJ 494 di mana Mahkamah memutuskan:- "The appellant's contention that there was no evidence to support the respondent's claim for loss of earnings was misconceived. Proof of earnings in accident claim does not necessarily require formal documents. If the appellants wanted a lesser sum to be awarded, they had to adduce the relevant evidence for the court to assess a reasonable amount. Mere challenge or putting the respondent to strict proof was of no value". Bagi kes ini si mati ketika hayatnya bekerja sebagai “Terminal Tractor Operator” di syarikat Westport. Surat Tawaran Pekerjaan di ms 18-25, ikatan D telah ditandakan sebagai P1. Slip-slip gaji si mati juga telah dikemukakan dan ditandakan sebagai P2 a-c. Pihak majikan SP1 juga telah mengesahkan bahawa si mati mula bekerja dengan syarikat Westport sejak 4.1.2021. SP1 juga telah mengesahkan gaji basic si mati adalah RM2,689. SP1 majikan si mati juga mengesahkan bahawa pada hari kemalangan si mati sepatutnya masuk bekerja bagi shift malam. Simati pada masa kejadian berumur 20 tahun dan oleh itu Mahkamah menggunakan multiplier sebanyak 16 tahun sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 7(3)(iv)(d) Akta Undang-undang Sivil 1956. Peguam Plaintif telah berhujah bahawa si mati telah memberikan wang sejumlah RM1500 kepada ayah si mati P2. Peguam Plaintif berhujah bahawa tiada penolakan sebanyak 1/3 daripada pendapatan si mati diperlukan berdasarkan kes Marimuthu Velappan v Abdullah Ismail [2007] 1 CLJ 436. Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 ayah si mati dan SP2 ada menyatakan anggaran wang yang disumbangkan oleh si mati kepada SP2 adalah antara RM1200 – RM1500 sebulan. Oleh itu Mahkamah mendapati ianya tidak tetap namun tidak kurang daripada RM1200 sebulan. Adalah munasabah untuk Mahkamah ini membenarkan sumbangan arwah sebanyak RM1200 sebulan x 16 x 12. Mahkamah menerimapakai kesemua dokumen bukti pendapatan dan membenarkan tuntutan kehilangan pendapatan sebanyak RM230,400 sebagai wajar dan munasabah. Lain-lain item adalah tidak dibenarkan. [47] Tuntutan Plaintif juga adalah dibenarkan dengan kos mengikut skala dan tertakluk kepada faedah seperti berikut: