Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-01(A)-565-10/2020 ANTARA ISMAIL BIN AHMAD … PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2021/a27baf13-f0bf-4bde-b0f0-a124da9bc490
Court of Appeal of Malaysia19 Nov 2021W-01(A)-565-10/2020
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“judication that "judicial methods may … be entirely unsuitable, and produce delays, expenses, and public and private injury" is too well-known to be side-stepped: see Local Government Board v Arlidge [1915] AC 120 138. In the last analysis, it depends on the subject-matter. The great need is to deal efficiently and fai”
“s said that the principles do not apply to the grant or revocation of licences. That too is wrong. Reg v Metropolitan Police Commissioner Ex parte Parker [1953] I WLR 1150 and Nakkuda Ali v Jayaratne [1951] AC 66 are no longer authority for any such proposition. See what Lord Reid and Lord Hodson said about them in Rid”
“n cause and that no man may be condemned unheard today play a very prominent role in administrative law, particularly since the House of Lords invigorated them by a strong decision in Ridge v Baldwin [1964] AC 40. The second principle is the rule requiring a fair hearing. This is of central importance because it can be”
“v. Wandsworth Board of Works, supra, which has several times recently been approved by the House of Lords as expressing the principle in its full width: see Ridge v Baldwin, supra; Wiseman v Borneman [1971] AC 297. In my opinion, the rule of natural justice that no man may be condemned unheard should apply to every cas”
“k ucapan Lord Diplock dalam kes Council of Civil Service Unions v Minister **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 for the Civil Service [1985] AC 374. Lord Diplock telah menggariskan tiga alasan berikut untuk diambil kira semasa mempertimbangkan sesuatu perm”
“both to state his case and to know and answer the other side’s case: R v Chief Constable of North Wales Police, ex p Evans [1982] 1 WLR 1155 (HL); R v Army Board of the Defence Council, ex p Anderson [1992] QB 169; R v The Secretary of State for the Home Department, ex p Doody [1994] 1 AC 531 (HL). Any decision reached”
“180." (penekanan ditambah) [19] Sementara itu, dalam kes Abdul Ghani Che Mat v Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis & Ors [2016] MLJU 1062, Mahkamah ini telah membuat pemerhatian dan memutuskan bahawa: [12] The audi alteram partem (hear the other side) rule states that a decision cannot stand unless the person directly”
“ami merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Peguam Negara Malaysia v Chin Chee Kow (sebagai setiausaha Persatuan Kebajikan dan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan) and another appeal [2019] MLJU 202 yang memetik ucapan Lord Diplock dalam kes Council of Civil Service Unions v Minister **Note : Serial nu”
“2] QB 169; R v The Secretary of State for the Home Department, ex p Doody [1994] 1 AC 531 (HL). Any decision reached in contravention of this rule will be void for being ultra vires Article 135(2) of the Constitution. [13] The right of hearing is a right to the minimum standard of procedural fairness and must not be co”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-01(A)-565-10/2020 ANTARA ISMAIL BIN AHMAD … PERAYU
2
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA … RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Permohonan Untuk Semakan Kehakiman No: WA-25-573-12/2019 Antara Ismail bin Ahmad ... Pemohon Dan
1
Celcom Networks Sdn Bhd
2
Mahkamah Perusahaan Malaysia ... Responden-Responden) KORAM SURAYA BINTI OTHMAN, HMR SUPANG LIAN , HMR CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI , HMR 07/07/2022 17:02:18 W-01(A)-565-10/2020 Kand. 33 PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini adalah rayuan oleh Ismail bin Ahmad (pemohon/perayu) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan pemohon/perayu untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keseluruhan keputusan Mahkamah Perusahaan Malaysia (responden kedua) yang dibuat melalui Award No. 2510 Tahun 2019 bertarikh 17.9.2019 (Award 2510). Dalam Award 2510 tersebut, responden kedua telah mengesahkan tindakan Celcom Networks Sdn Bhd (responden pertama) memecat pemohon/perayu daripada jawatan yang disandangnya bermula dari 6.4.2018 setelah pemohon/ perayu digantung kerja mulai 9.3.2018. [2] Untuk memudahkan sebutan, pihak-pihak akan dirujuk sama seperti di Mahkamah Tinggi iaitu pemohon dan responden. Latar belakang Ringkas kes Pemohon [3] Pemohon telah dilantik oleh responden pertama sebagai jurutera pada 28.12.1993. Setelah menjalani tempoh percubaan selama 6 bulan, pemohon telah disahkan dalam jawatan dan telah dinaikkan pangkat dari semasa ke semasa. Pemohon telah berkhidmat dengan cemerlang selama 24 tahun dan jawatan terakhir pemohon dengan responden pertama sebelum dipecat adalah sebagai ‘Senior Lead (WM Operational Management)’ dengan gaji sebanyak RM14,810.00 sebulan. [4] Pada 18.1.2018, pemohon telah dipanggil oleh 2 orang pegawai dari Jabatan ‘Fraud Investigation Management’ (Jabatan FIM) untuk disoal siasat. Selepas soal siasat tersebut selesai, pemohon telah diminta untuk menandatangani suatu dokumen iaitu kesimpulan soal siasat. [5] Dua bulan kemudian, pemohon sekali lagi disoal siasat oleh pegawai-pegawai yang berlainan dari Jabatan FIM pada 8.3.2018. Pemohon mendakwa bahawa soal siasat pada kali ini melibatkan unsur ugutan dan paksaan. Sebelum soal siasat bermula, pemohon telah diberikan amaran bahawa laporan polis akan dibuat sekiranya pemohon enggan bekerjasama. Oleh sebab itu, pemohon telah mengaku salah seperti yang disuruh oleh pegawai-pegawai yang menyiasat tersebut. [6] Selanjutnya, responden pertama melalui surat bertarikh 8.3.2018 telah tanpa sebab menggantungkan kerja pemohon yang mula berkuat kuasa pada 9.3.2018. Berdasarkan laporan soal siasat ke atas pemohon yang telah dimajukan kepada ‘Defalcation Committee’ (DC), pemohon kemudiannya telah diberhentikan kerja mulai dari 6.4.2018. Sebagai tindakan susulan, pemohon telah mengemukakan rayuan kepada responden pertama pada 30.4.2018. Namun begitu, ianya telah ditolak tanpa diberikan pertimbangan dan alasan yang sewajarnya. [7] Pemohon telah kemukakan aduan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967). Dengan kuasa di bawah subseksyen 20(3) APP 1967, Menteri telah bersetuju untuk merujuk aduan pemohon kepada responden kedua untuk diputuskan. Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, responden kedua telah menurunkan Award 2510 pada 17.9.2019 yang mana telah diputuskan bahawa pemecatan pemohon adalah adil dan berasas. Terkilan dengan keputusan tersebut, pemohon mengemukakan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Semakan Kehakiman [8] Pemohon mengemukakan beberapa alasan bagi mewajarkan perintah certiorari dikeluarkan untuk membatalkan award yang diberikan responden kedua. Antara alasan pemohon adalah, responden kedua gagal mengambil kira bahawa responden pertama telah memecat pemohon tanpa bukti kukuh, bukti yang diperolehi adalah berdasarkan paksaan semasa pemohon disoal siasat, pemohon tidak diberitahu alasan disoal siasat dan akibatnya pemohon tidak diberikan peluang untuk membela diri apabila DC bersidang bagi membincangkan tindakan terhadap pemohon. Ditegaskan bahawa responden pertama dengan sengaja mengabaikan prinsip-prinsip keadilan semula jadi semasa memecat pemohon. [9] Sebaliknya, responden pertama membantah permohonan semakan kehakiman pemohon dengan alasan bahawa prosiding di hadapan responden kedua telah dijalankan dengan adil. Di samping itu, peluang penuh telah diberikan kepada pihak-pihak untuk mengemukakan kes masing-masing dan tiada bukti dapat dikemukakan bahawa adanya ugutan semasa pemohon disoal siasat ataupun semasa pemohon membuat pengakuan ke atas salah laku. Responden pertama tidak melakukan sebarang kemungkiran keadilan semula jadi kerana pemohon telah diberikan kesemua hak untuk membentangkan kesnya di hadapan responden kedua dan responden kedua telah membuat segala pertimbangan berdasarkan fakta yang dikemukakan di hadapannya. Keputusan HMT [10] HMT mendapati bahawa responden kedua telah mengambil kira fakta-fakta yang relevan dalam mencapai keputusannya. Dapatan-dapatan fakta yang dibuat responden kedua disokong dengan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang ada di hadapannya. Tiada sebab untuk HMT mengganggu dan menyemak semula keputusan responden kedua. Pemohon gagal membuktikan ke Mahkamah bahawa keputusan responden kedua dicemari dengan unsur-unsur kesilapan undang-undang, tidak rasional, ketidakaturan prosedur atau tidak sepadan daripada segi hukuman yang dikenakan. HMT menolak permohonan semakan kehakiman pemohon dengan kos sebanyak RM1,000.00 yang perlu dibayar kepada responden pertama tertakluk kepada bayaran fi alokatur. Rayuan di Hadapan Kami [11] Pemohon mengemukakan 10 alasan rayuan dalam Memorandum Rayuan yang dapat dilihat di muka surat 20 hingga 23 Rekod Rayuan Bahagian A & B Jilid 1, di Kandungan
3
Walaupun begitu, peguam pemohon hanya memfokuskan kepada satu isu sahaja dalam penghujahan secara bertulis dan juga semasa mengemukakan hujah secara lisan di hadapan kami. Isu yang ditekankan tersebut adalah berkaitan dengan dakwaan bahawa pemohon telah tidak diberikan hak untuk didengar oleh responden pertama sebelum dikenakan tindakan gantung kerja ataupun sebelum dipecat daripada jawatan yang disandangnya. Dihujahkan bahawa HMT silap apabila gagal membuat pertimbangan ke atas fakta yang menunjukkan bahawa pemohon tidak pernah diberikan hak untuk mengetahui pertuduhan yang dikenakan dan tidak pernah diberikan hak untuk membela diri semasa dikenakan tindakan pemecatan oleh responden pertama. Oleh itu, keputusan responden pertama memecat pemohon dan telah disahkan melalui keputusan responden kedua tidak teratur, tidak sah dan perlu diketepikan oleh HMT yang mendengar semakan kehakiman. HMT telah melakukan kesilapan fakta dan undang-undang yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan. Dapatan Kami [12] Fakta berhubung dengan cara pemohon ditamatkan perkhidmatan atau dipecat oleh responden pertama adalah tidak dipertikaikan. Daripada keterangan yang dikemukakan di hadapan responden kedua, jelas menunjukkan bahawa pada sekitar 15.12.2017, Bahagian Audit Dalaman responden pertama telah meminta Bahagian Etika untuk menyiasat sesuatu yang mencurigakan iaitu berkait dengan pembaharuan langganan talian Maxis dan Digi yang melibatkan pemohon. [13] Keterangan juga menunjukkan bahawa siasatan telah dilakukan Jabatan FIM pada 18.1.2018. Hasil siasatan mendapati bahawa pemohon telah mengemukakan permintaan untuk melanggan talian Maxis dan Digi bagi tujuan penanda aras dan juga tujuan pengujian. Turut didapati bahawa bagi pembaharuan langganan pada tahun 2016 dan 2017, pihak Maxis dan Digi ada menawarkan peranti mewah secara percuma iaitu telefon pintar jenama iPhone dan Samsung sebagai sebahagian daripada pakej pembaharuan dan tidak pernah didedahkan pemohon kepada responden pertama pada masa yang material. Pada 8.3.2018, pemohon sekali lagi disoal siasat oleh pasukan yang berbeza dari Jabatan FIM. Semasa soal siasat tersebut apa yang didakwa sebagai ‘pengakuan bersalah’ pemohon telah pun dirakamkan. [14] Keterangan selanjutnya menunjukkan bahawa pemohon telah digantung daripada perkhidmatan bermula daripada tarikh 9.3.2018. Penggantungan kerja tersebut dibuat berdasarkan hasil siasatan oleh Jabatan FIM. Surat yang disampaikan kepada pemohon bertajuk “SUSPENSION LETTER PENDING INVESTIGATION” dan di antara isi kandungan surat di perenggan kedua ada menyebut bahawa: This suspension is to allow the company to examine the issues thoroughly and determine appropriate action. During investigation, you will be provided with the details of the allegations and given an opportunity to respond to them. You must ensure that you are available for interviews during the period. If you do not make yourself available, we will proceed with the investigation based on the information available to us. Lihat muka surat 356 Rekod Rayuan (RR) Bahagian C Jilid 2C di Kandungan 7. [15] Satu laporan Khas 5 muka surat telah disediakan oleh Jabatan FIM (Laporan Khas FIM) berhubung dengan salah laku pemohon dan dikatakan telah dibentangkan di hadapan DC yang bersidang pada 13.3.2018. Laporan Khas FIM dapat dilihat di muka surat 220 hingga 224 RR Bahagian C Jilid 2C di Kandungan 7. Ironinya, menurut catatan yang ada, menunjukkan bahawa Laporan Khas FIM disediakan Saiful Ahmad bin Mohamad, Penyiasat Forensik pada 14.3.2018, disemak oleh Mohd Rashdan bin Mohd Bakri, Ketua Penyiasat Korporat pada 15.3.2018 dan disahkan oleh Eulis Rachmatiah binti Iskandar Sastrawidjaja, Ketua Bahagian Etika pada 16.3.2018 sedangkan DC bersidang bagi membincangkan kes terhadap pemohon telah diadakan pada 13.3.2018. Berdasarkan catatan tarikh-tarikh, timbul tanda tanya sama ada Laporan Khas FIM tersebut wujud semasa DC bersidang. Tiada sebarang penjelasan yang dikemukakan mana-mana saksi semasa pendengaran perbicaraan di hadapan responden kedua. [16] Selain itu, keterangan juga menunjukkan bahawa DC telah membuat keputusan setelah bersidang. Pemohon didapati bersalah di atas salah laku yang diadukan. Berasaskan keputusan DC tersebut, responden pertama telah mengeluarkan surat bertarikh 6.4.2018 untuk memaklumkan pemohon bahawa “The Company has examine all facts and documents thoroughly and in view of the serious gravity of misconduct, you are hereby SUMMARILY DISMISSED with immediate effect”. Lihat surat pemecatan di muka surat 357 RR Bahagian C Jilid 2C di Kandungan 7. [17] Keterangan fakta berkaitan dengan cara bagaimana pemohon dipecat daripada jawatan yang disandangnya oleh responden pertama sememangnya ada di hadapan responden kedua. Keterangan fakta tersebut turut dibangkitkan di hadapan HMT semasa semakan kehakiman. Malahan, dalam hujahan bertulis peguam responden pertama di hadapan HMT berhubung dengan isu perlanggaran keadilan semula jadi telah dengan jelas menyatakan bahawa fakta tentang tiadanya pertuduhan yang dikenakan terhadap pemohon ataupun tiadanya siasatan dalaman diadakan terhadap pemohon sebelum dia dipecat adalah tidak dipertikaikan. Lihat perenggan 55 hujahan bertulis peguam responden pertama di muka surat 746 RR Bahagian C Jilid 2F di Kandungan 12. [18] Undang-undang berhubung dengan hak untuk didengar secara adil atau audi alteram partem sebelum suatu tindakan secara pentadbiran dikenakan ke atas seseorang adalah mantap. Mahkamah Persekutuan dalam kes Ketua Pengarah Kastam v Ho Kwan Seng [1977] 2 MLJ 152 melalui keputusan Raja Azlan Shah (Almarhum Baginda pada ketika itu) telah menyingkap sejarah panjang berhubung dengan prinsip keadilan asasi dalam sesuatu tindakan pentadbiran dan seterusnya telah mengemukakan pandangan sepertimana berikut: The principles of natural justice that no man may be judge in his own cause and that no man may be condemned unheard today play a very prominent role in administrative law, particularly since the House of Lords invigorated them by a strong decision in Ridge v Baldwin [1964] AC 40. The second principle is the rule requiring a fair hearing. This is of central importance because it can be used to construe a whole code of administrative procedural rights. The principle has a long history. One of the most famous cases is Bentley's case in 1723, in which it was held that the University of Cambridge could not deprive that great but rebellious scholar of his degrees without hearing his excuses for his misconduct: see R v University of Cambridge (1723) 1 Str 557. In Cooper v Wandsworth Board of Works (1863) 14 CBNS 180 damages were awarded against a local authority which demolished a building erected without due notification, although they did only what the statute said that they might do in such circumstances. The essence of this and many other such cases is that drastic statutory powers cannot be intended to be exercised unfairly, and that fairness demands at least the opportunity of a hearing. The courts clung to this principle as the powers of government expanded, and applied it frequently in many fields such as housing law, compulsory purchase of land and dismissal from public offices. In one case the Court of Appeal has made it clear that the right to a fair hearing applies generally in licensing cases and in particular to an application for a licence for a gaming club: see R v Gaming Board for Great Britain, ex parte Benaim and Khaida [1970] 2 QB 417. In that case the licensing authority had a legal duty arising purely from implication of law, to explain to the applicants what objections they had to meet and to give them a fair opportunity to meet them. The cases show that a fair hearing is required as a "rule of universal application", "founded on the plainest principles of justice." In particular, the silence of the statute affords no argument for excluding the rule, for the "justice of the common law will supply the omission of the legislature." These quotations are derived from the case of Cooper v. Wandsworth Board of Works, supra, which has several times recently been approved by the House of Lords as expressing the principle in its full width: see Ridge v Baldwin, supra; Wiseman v Borneman [1971] AC 297. In my opinion, the rule of natural justice that no man may be condemned unheard should apply to every case where an individual is adversely affected by an administrative action, no matter whether it is labelled "judicial", "quasi-judicial", or "administrative" or whether or not the enabling statute makes provision for a hearing. But the hearing may take many forms and strict insistence upon an inexorable right to the traditional courtroom procedure can lead to a virtual administrative breakdown. That is because a formal hearing is too slow, too technical and too costly. Lord Shaw's caveat on administrative adjudication that "judicial methods may … be entirely unsuitable, and produce delays, expenses, and public and private injury" is too well-known to be side-stepped: see Local Government Board v Arlidge [1915] AC 120 138. In the last analysis, it depends on the subject-matter. The great need is to deal efficiently and fairly, rather than to preserve all the accoutrements of the courtroom; the considerations of basic fairness are paramount. A passage from the judgment of Lord Denning M.R. in R. v. Gaming Board for Great Britain, ex parte Benaim and Khaida, supra, is apt: "It is not possible to lay down rigid rules as to when the principles of natural justice are to apply: nor as to their scope and extent. Everything depends on the subject-matter: see what Tucker L.J. said in Russell v Norfolk (Duke of) [1949] 1 All ER 109 118 and Lord Upjohn in Durayappah v Fernando [1967] 2 AC 337 349. At one time it was said that the principles only apply to judicial proceedings and not to administrative proceedings. That heresy was scotched in Ridge v Baldwin [1964] AC 40. At another time it was said that the principles do not apply to the grant or revocation of licences. That too is wrong. Reg v Metropolitan Police Commissioner Ex parte Parker [1953] I WLR 1150 and Nakkuda Ali v Jayaratne [1951] AC 66 are no longer authority for any such proposition. See what Lord Reid and Lord Hodson said about them in Ridge v Baldwin [1964] AC 40 77–79133." And in the following passage he said this: "It follows, I think, that the board have a duty to act fairly. They must give the applicant an opportunity of satisfying them of the matters specified in the sub-section. They must let him know what their impressions are so that he can disabuse them. But I do not think that they need quote chapter and verse against him as if they were dismissing him from an office, as in Ridge v Baldwin [1964] AC 40; or depriving him of his property, as in Cooper v Wandsworth Board of Works (1863) 14 CBNS
180
180." (penekanan ditambah) [19] Sementara itu, dalam kes Abdul Ghani Che Mat v Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis & Ors [2016] MLJU 1062, Mahkamah ini telah membuat pemerhatian dan memutuskan bahawa: [12] The audi alteram partem (hear the other side) rule states that a decision cannot stand unless the person directly affected by it was given a fair opportunity both to state his case and to know and answer the other side’s case: R v Chief Constable of North Wales Police, ex p Evans [1982] 1 WLR 1155 (HL); R v Army Board of the Defence Council, ex p Anderson [1992] QB 169; R v The Secretary of State for the Home Department, ex p Doody [1994] 1 AC 531 (HL). Any decision reached in contravention of this rule will be void for being ultra vires Article 135(2) of the Constitution. [13] The right of hearing is a right to the minimum standard of procedural fairness and must not be confused with the question of whether the officer is actually guilty of the disciplinary offences. In carrying out the disciplinary procedure, natural justice requires that the disciplinary authority must employ means that justify the end rather than the end justifying the means. The Machiavellian approach has no place in any disciplinary proceedings under the Regulations. [14] Natural justice demands fair play and good conscience. In the Textbook “Administrative Law of Malaysia and Singapore” Third Edition by Professor MP Jain, the learned author has this to say on the public officer’ right to all the material relied upon by the disciplinary authority: “The general principle is that all the material which is being relied upon by an adjudicating authority for giving its decision against a person should be brought to his notice and he be given an opportunity to comment, criticize, explain or rebut the same. No material should be relied upon against a party without giving him an opportunity of explaining the same. For the right of hearing to be effective, it is necessary that the authority should not rely on any material against a person without appraising him of the same. The right of hearing may be of little value if the individual is kept in the dark as to the evidence against him and is not given an opportunity to deal with it. The right to know the materials on which the authority is going to take a decision forms part of the right to defend. If without disclosing any evidence to the party, the authority takes the same into consideration, and decides the matter against him, then the decision is vitiated for it amounts to a denial of a real and effective opportunity to the party to meet the case against him. It means that evidence should not be collected behind the back of the concerned party; if some evidence comes like this, then it must be brought to his attention so that he may explain or controvert the same. The principle of disclosure of evidence to the defendant can be seen working in many court cases.” (emphasis added) (penekanan dengan garis bawah kami tambah) Seterusnya, dalam kes yang sama Mahkamah ini dengan tegasnya memutuskan bahawa: [45] An exercise of discretion, be it judicial, quasi-judicial or purely administrative that affects the rights of the individual, must be exercised reasonably and for a proper purpose. This is trite law. There is no such thing as absolute and unfettered terms in the exercise of such discretion. The point has been driven home authoritatively by Raja Azlan Shah AG CJ (Malaya) in Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan v Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd [1979] 1 MLJ 135 where His late Royal Highness said at page 148: “Every legal power must have legal limits, otherwise there is dictatorship. In particular, it is a stringent requirement that a discretion should be exercised for a proper purpose, and that it should not be exercised unreasonably. In other words, every discretion cannot be free from legal restraint; where it is wrongly exercised, it becomes the duty of the courts to intervene.” [20] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami, fakta yang menunjukkan bahawa pemohon hanya disiasat sebanyak 2 kali oleh Jabatan FIM dan kemudiannya digantung daripada tugas sementara menunggu tindakan lanjut oleh responden pertama adalah tidak dipertikaikan. Begitu juga dengan fakta tentang tindakan responden pertama mengeluarkan surat bertarikh 6.4.2018 untuk memecat pemohon daripada jawatannya dan pemecatan tersebut berkuat kuasa serta merta juga tidak dipertikaikan. Daripada fakta yang tidak dipertikaikan tersebut, jelaslah bahawa tiada sebarang pertuduhan yang dikemukakan kepada pemohon sebelum dia digantung kerja ataupun sebelum dia dipecat dari jawatannya. Juga tiada sebarang surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada pemohon sebelum DC membuat pertimbangan dan keputusan untuk mendapati pemohon bersalah atas kesalahan salah laku. [21] Dengan kata lain, responden pertama hanya mengambil tindakan sepihak dan pemohon tidak pernah diberikan peluang untuk mengetahui pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan juga tidak diberikan hak untuk membela diri daripada tindakan yang akan diambil responden pertama. Ternyatalah responden kedua gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya ke atas fakta berkaitan pencabulan hak keadilan semula jadi pemohon yang dilakukan responden pertama sebelum pemohon dipecat daripada jawatannya. Kegagalan tersebut menjejaskan akar umbi keputusan yang dicapai responden kedua, menjadikan keputusan tersebut tidak sah dari mulanya lagi, in limine. [22] Dalam hal ini, kami merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Peguam Negara Malaysia v Chin Chee Kow (sebagai setiausaha Persatuan Kebajikan dan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan) and another appeal [2019] MLJU 202 yang memetik ucapan Lord Diplock dalam kes Council of Civil Service Unions v Minister for the Civil Service [1985] AC 374. Lord Diplock telah menggariskan tiga alasan berikut untuk diambil kira semasa mempertimbangkan sesuatu permohonan untuk semakan kehakiman: “Judicial review has I think developed to a stage today when…one can conveniently classify under three heads the grounds upon which administrative action is subject to control by judicial review. The first ground I would call “illegality”, the second “irrationality” and the third “procedural impropriety.” … By “illegality” as a ground for judicial review I mean that the decision-maker must understand correctly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exercisable. By ‘irrationality’ I mean what can now succinctly be referred to as “Wednesbury unreasonableness” (Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corporation [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in it defiance of logic or of accepted moral standards that no reasonable person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. I have described the third head as “procedural impropriety” rather than failure to observe basic rules of natural justice to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to judicial review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice.” [23] Berasaskan prinsip undang-undang yang mantap tersebut, kami berpandangan bahawa keputusan responden kedua mengesahkan tindakan yang diambil responden pertama terhadap pemohon dicemari elemen kekhilafan undang-undang, tidak rasional dan ketidakpatuhan prosedur. [24] Berhubung dengan kekhilafan undang-undang, responden kedua sepatutnya maklum dan sedar akan prinsip undang-undang berkaitan dengan perkara yang hendak diputuskan. Keterangan yang dikemukakan di hadapan responden kedua jelas menunjukkan bahawa responden pertama gagal mematuhi prinsip undang-undang berhubung keadilan semula jadi pemohon. Namun begitu, responden kedua nampaknya hanya memejam mata terhadap pengabaian prinsip undang-undang keadilan semula jadi yang dilakukan oleh responden pertama semasa mengambil tindakan memecat pemohon. [25] Bagi alasan tidak rasional pula, keputusan responden kedua jelas tidak mengambil kira apa yang sepatutnya diambil kira. Hak untuk mengetahui pertuduhan dan hak untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan adalah merupakan hak asasi pihak yang dikenakan tindakan secara pentadbiran. Apatah lagi, perkara yang hendak diputuskan akan melibatkan periuk nasi atau sumber pendapatan pihak yang diambil tindakan. Mana-mana tribunal yang munasabah sudah pastinya akan membuat pertimbangan yang sewajarnya ke atas isu hak asasi seseorang pekerja yang sedang berdepan dengan tindakan disiplin, lebih-lebih lagi kesan daripada tindakan tersebut boleh menyebabkan pekerja dipecat daripada jawatannya. [26] Akhirnya, kami juga berpandangan bahawa wujud ketidakpatuhan prosedur dalam keputusan yang dicapai responden kedua. Beliau gagal memberikan perhatian kepada peraturan yang melibatkan prinsip asas keadilan semula jadi pemohon semasa pemohon dikenakan tindakan disiplin oleh responden pertama. Dengan itu, responden kedua gagal bertindak secara adil daripada segi prosedur semasa membuat keputusan untuk mengesahkan tindakan yang diambil responden pertama terhadap pemohon. [27] Di hadapan kami, peguam responden pertama berhujah bahawa sebarang kekurangan yang berlaku daripada segi prosedur semasa tindakan diambil terhadap pemohon oleh responden pertama telah dipulihkan dengan adanya perbicaraan yang dijalankan di hadapan responden kedua. Pemohon telah diberikan hak untuk didengar dan telah pun berpeluang untuk mengemukakan keterangan pembelaannya. Oleh itu, tidak wujud lagi sebarang ketidakpatuhan prosedur di pihak responden pertama. Apa yang perlu diputuskan HMT semasa semakan kehakiman hanyalah tertumpu kepada keputusan yang diputuskan responden kedua sahaja. [28] Dengan hormatnya, kami tidak dapat bersetuju dengan apa yang dihujahkan peguam responden pertama tersebut. Di bawah subseksyen 20(1) APP 1967, seorang pekerja, tidak kira sama ada dia seorang ahli kesatuan sekerja atau pun tidak, boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk diambil bekerja semula dalam pekerjaan terdahulu jika dia telah dipecat tanpa sebab atau alasan yang munasabah oleh majikannya. Dalam permohonan semakan kehakiman pemohon, di antara perkara yang diadukan secara khusus adalah berkaitan dengan hak pemohon untuk mengetahui pertuduhan yang dikenakan dan hak pemohon untuk membela diri atau didengar sebelum responden pertama mengambil tindakan. [29] Semasa perkara tersebut dibangkitkan oleh pemohon di hadapan responden kedua, kegagalan responden pertama mematuhi prinsip asas keadilan semula jadi sudah pun berlaku. Dengan kata lain, pemecatan pemohon daripada jawatannya adalah hasil daripada kegagalan atau ketinggalan prosedur yang dilakukan responden pertama. Adalah menjadi tugas atau peranan responden kedua untuk melihat dan membuat pertimbangan ke atas cara responden pertama mengambil tindakan terhadap pemohon. Responden kedua tidak boleh semata-mata menumpukan pertimbangan hanya ke atas sebab kenapa pemohon dipecat sahaja. Pada pandangan kami, responden kedua nampaknya terkeliru kerana gagal membezakan antara keperluan mematuhi standard minimum keadilan prosedur semasa responden pertama mengambil tindakan terhadap pemohon berbanding dengan persoalan sama ada pemohon sebenarnya bersalah atas salah laku. Kesimpulan [30] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, kami sebulat suara mendapati bahawa ada merit dalam rayuan pemohon. Kami mendapati bahawa keputusan responden kedua dicemari elemen kekhilafan undang-undang, tidak rasional dan ketidakpatuhan prosedur yang mewajarkan campur tangan HMT melalui semakan kehakiman yang dikemukakan pemohon. HMT turut terkhilaf apabila gagal mengarahkan mindanya kepada isu yang dibangkitkan pemohon, terutamanya isu perlanggaran hak keadilan semula jadi oleh responden pertama semasa membuat keputusan untuk memecat pemohon. Keputusan responden pertama tersebut adalah tidak sah, batal dan perlu diketepikan. [31] Dengan itu, kami membenarkan rayuan pemohon. Keputusan HMT yang mengesahkan keputusan responden kedua diketepikan. Permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keseluruhan keputusan responden kedua melalui Award 2510 perlu dibenarkan. [32] Berdasarkan keadaan dan juga fakta kes, kami berpandangan bahawa perintah yang dipohon pemohon untuk dikembalikan semula ke jawatan yang disandang sebelum ini adalah tidak lagi sesuai diberikan. Oleh itu, kami perintahkan supaya tindakan ini dikembalikan semula ke Mahkamah Perusahaan untuk dinilai kerugian yang dialami pemohon sebagai ganti kepada pengembalian semula bekerja. [33] Akhirnya, kami membenarkan kos sebanyak RM10,000.00 kepada pemohon bagi bayaran kos di Mahkamah ini dan juga kos di Mahkamah Tinggi. Kos tersebut perlulah dibayar oleh responden pertama kepada pemohon dan ianya adalah tertakluk kepada bayaran fi alokatur. Tarikh: 6 Julai 2022 t.t. CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara bagi pihak Perayu : Anthony Gomez A/L Clement Andrew Gomez [Gomez & Associates] Peguamcara bagi pihak Responden : 1. Shamsul Bahrin Manaf
2
Maizura Mohamed Amin [Mohanadass Partnership]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.