Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-27-12-2016 ANTARA ISMAIL BIN MOHD NOR - PERAYU/DEFENDAN MAJU JAYA ENGINEERING & TRADING DAN SAUD BIN BAKAR
DA-12B-27-12-2016
High Court of Malaysia31 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-27-12-2016 ANTARA ISMAIL BIN MOHD NOR - PERAYU/DEFENDAN MAJU JAYA ENGINEERING & TRADING DAN SAUD BIN BAKAR
1
Ini adalah rayuan Perayu/Defendan terhadap keputusan mahkamah ini yang mana mahkamah ini telah menolak rayuan Defendan berkaitan liabiliti dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tersebut. Rayuan terhadap kuantum tidak diteruskan kerana telah ditarik balik oleh Perayu/Defendan. Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa Defendan menanggung liabiliti sebanyak 80% dan Plaintif menyumbang cuai sebanyak 20% ekoran daripada satu tuntutan gantirugi akibat dari satu kemalangan jalan raya yang melibatkan Plaintif, dengan kos sebanyak RM4,000.00. 2
2
Plaintif/Responden pula ada menfailkan rayuan silang. Mahkamah ini setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak telah membenarkan rayuan silang Plaintif tersebut dimana mahkamah memutuskan Plaintif tidak menyumbang cuai dan Defendan adalah bertanggungan100%. Rayuan silang terhadap kuantum ditolak.
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Perayu/Defendan telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
4
Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan tersebut.
5
Satu kemalangan jalan raya telah berlaku pada 10/11/2014 jam Iebih kurang 6.40 pagi, di Jalan Padang Melintang, Bachok yang melibatkan motosikal yang ditunggang plaintif bernombor ABJ 7107 dan motorlori bernombor pendaftaran DE 7297 yang dipandu oleh Defendan Pertama. Akibat kemalangan tersebut Plaintif telah mengalami kecederaan dan telah menfailkan tuntutan ini di Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan Gantirugi Am dan Gantirugi Khas.
6
Tuntutan-tuntutan Plaintif/Responden adalah seperti berikut: a) Gantirugi Am dan Khas; b) Faedah bagi Gantirugi Am pada kadar 5% setahun dan tarikh saman diserahkan sehingga ke tarikh penghakiman; 3 c) Faedah bagi Gantirugi Khas pada kadar 4% setahun dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman; d) Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; e) Kos untuk tindakan ini, dan; f) Lain-lain pampasan yang mahkamah fikir patut dan suai manfaat.
7
Di akhir kes Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Defendan Pertama bertanggungan sebanyak 80% dan Plaintif menyumbang cuai sebanyak 20%. C. KES PLAINTIF DAN DEFENDAN Versi Plaintif [8]
Preamble
Menurut Plaintif pada hari kejadian, Plaintif sedang menunggang motosikal bernombor pendaftaran ABJ 7107 dari rumahnya di Kampong Banggu menghala ke tempat kerja di SK Tanjung Jenera. Menurut rajah kasar (P1) arah perjalanan beliau adalah dari arah atas ke bawah. Apabila Plaintif sampai di Jalan Padang Melintang, sebuah motorlori bernombor pendaftaran DE 7297 yang datang dari arah hadapan tanpa memasang lampu depan telah melintas memasuki laluan Plaintif secara mengejut dan melanggar motosikal yang ditunggang Plaintif. Akibatnya Plaintif telah jatuh dan mendapat kecederaan parah yang antara lain mengakibatkan sebelah kakinya dipotong. 4 Versi Defendan [9]
Preamble
Menurut Defendan, pada hari kejadian, lebih kurang jam 6.40 pagi beliau memandu motorlori yang bernombor pendaftaran DE 7297 dari Binjai hendak ke Beris Kubur Besar. Apabila sampai di Jalan Padang Melintang beliau telah meletakkan (parking) motorlorinya di bahu jalan sebelah kiri. Tiba-tiba sebuah motosikal bernombor pendaftaran ABJ 7107 telah melanggarnya dari belakang motorlorinya. Versi Pegawai Penyiasat [10] Mahkamah juga telah mengambil kira versi Pegawai Penyiasat yang mana menurut beliau (SP1) beliau telah ke tempat kejadian pada hari yang sama lebih kurang jam 10.15 pagi. Berdasarkan kepada siasatan beliau, motorsikal ABJ 7107 ditunggang oleh Plaintif manakala motorlori DE 7297 dipandu oleh Defendan Pertama. Arah perjalanan pula mengikut siasatan beliau adalah motorsikal ABJ 7107 dari arah atas ke bawah mengikut rajah kasar (P1) manakala motorlori Defendan pula dari bawah ke atas. [11] Seterusnya menurut SP1 kemalangan berlaku apabila motorlori DE 7297 dari arah Beris Kubur Besar menghala ke Binjai (bawah ke atas mengikut P1) telah ke laluan motosikal ABJ 7107 yang bergerak di jalan yang lurus menghala ke Beris Kubur Besar. Berdasarkan kepada hasil siasatan, SP1 telah mengeluarkan satu saman kepada Defendan Pertama di bawah Rule 9 LN 166/59. 5 D. UNDANG-UNDANG MENGENAI RAYUAN [12] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah ini diperingkat rayuan tidak boleh sewenang-wenangnya mencampurtangan di dalam dapatan Hakim Bicara yang mempunyai kelebihan dari segi audio visual melainkan terdapatnya “appealable error” sebagai contoh, dapatannya adalah bertentangan dengan keterangan-keterangan yang ada dan nyata (goes against the weight of the evidence) atau mengambil kira keterangan atau fakta yang tidak sepatutnya diambil kira (misapprehension of facts). [13] Di dalam kes Wong Ngee Yen & Others v Ng Yoon Thai & Others
1941
10 MLJ (F.MS.R) 37, McElwaine CJ (S.S.) yang memberi keputusan majoriti bagi Mahkamah Rayuan pada masa itu telah memutuskan seperti berikut: “An appellate court should be very loath to differ on a finding of fact by a Court which has seen and heard the witnesses but if the learned Judge can be shown to have misdirected himself on the evidence, or to have rejected evidence for a wrong reason or to have drawn an inference from evidence which was equally capable of supporting a different inference it may be the duty of an appellate Court to interfere." (Emphasis added).” [14] Namun begitu di dalam kes Lim Chor Ching & Ors v. Idris Abdul Karim & Another Appeal [1998] 3 CLJ SUPP 145 Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: 6 “Inspite of these strong views generally held by courts, an appellate court on the other hand will not hesitate to interfere if the subordinate courts are clearly found to have acted on wrong principles, or that a miscarriage of justice had occurred in the circumstances of those cases, Lord Denning MP in Kerry v Carte [1969] 1 WLP 1372 at p. 1376 had occasion to say: “We will interfere if the judge had gone wrong in principle or is shown to have misapprehended the facts; but even if neither of these is shown, we will interfere if we are in opinion that the judge was clearly wrong. After all, the function of this court is to be a Court of Appeal. We are here to put right that which has gone wrong”. [15] Adalah juga menjadi undang-undang yang mantap bahawa apabila terdapatnya 2 versi yang berbeza maka Mahkamah perlu mengambil kira versi yang paling “probable”. Di dalam kes Tabarani Mohd Arshad & Anor v Chan Tenn Yau (1999) 3 CLJ 188 Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- “The trial court fell into error when it approached the case solely on the basis of deciding which story is to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and should also consider other probable versions provided they were within the scope of the 7 pleading and supportable by admissible evidence including the neutral ones”. [16] Mengenai kuantum pula, di dalam kes Wee Kok Choo v Firdaus Abd Malik & 1 lagi [2010] 1 LNS 80 mahkamah menyatakan seperti berikut: “As regards the appeal on quantum it is an established approach for a court exercising appellate jurisdiction to adopt that in an appeal on quantum unless it can be shown to the satisfaction of the Appellate Court that the award is extremely inconsistent with the discernible trend or that award was made on some misapprehension of facts or on some erroneous assumption of law of fact, the Appellate Court should not interfere.” E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [17] Mahkamah telah meneliti Rekod Rayuan dan hujahan kedua-dua pihak. Mahkamah bersetuju melalui Rekod Rayuan keterangan saksi-saksi adalah agak ringkas. Namun setelah mahkamah ini meneliti keterangan saksi-saksi, mahkamah mendapati bahawa kedua-dua pihak memberi versi yang amat berbeza dan bertentangan mengenai bagaimana kemalangan ini berlaku. Dengan terdapat 2 versi yang bertentangan ini, pendekatan pertama mahkamah adalah untuk mengambil kira keterangan senyap yang ada di dalam menentukan titik pertembungan dan kerosakan pada kedua-dua kenderaan, kecederaan yang dialami, kesan atas rajah kasar dan juga gambar-gambar. Prinsip ini dinyatakan dengan jelas di dalam Kes Lee Ewe 8 Teik v Ariffin Hussain [1990] 2 CLJ 332, di mana Hakim Edgar Joseph Jr memutuskan: “(1) In a situation where both parties have given two diametrically opposite versions as to how a collision occurred, the photographs, plan and measurements of the scene and the nature of the damage to each vehicle must provide the most reliable guide by which their versions can be tested.” [18] Di dalam hal ini, keterangan SP1 (Pegawai Penyiasat) menunjukkan bahawa terdapat kesan darah dan kesan serpihan kaca di sebelah laluan Plaintif. Keterangan ini menguatkan keterangan Plaintif yang antara lain menyatakan Defendan telah memasuki laluan Plaintif. Kerosakan teruk juga berlaku terhadap motorsikal tetapi tiada pula kerosakan yang terdapat di lori Defendan. [19] Pendekatan kedua adalah dengan menentukan versi mana yang lebih probabel. Di dalam kes Tabarani Mohd Arshad (supra) mahkamah menyatakan apabila berhadapan dengan 2 versi yang bertentangan, mahkamah bicara perlu memutuskan versi mana yang lebih probabel. Ke arah itu mahkamah perlu meneliti kredibiliti Plaintif. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif adalah seorang saksi yang kredibel. Keterangannya adalah konsisten dan beliau tidak goyah semasa memberi keterangan. Selain disokong oleh keterangan SP1, keterangan Plaintif disokong oleh saksi bebas iaitu SP3 yang menyatakan Defendan memasuki laluan Plaintif dan pergerakan adalah dari arah yang bertentangan. 9 [20] Keterangan SP3 tentang kedudukan motorlori adalah konsisten dengan keterangan Plaintif, walaupun SP3 sampai di tempat kejadian sejurus selepas kemalangan berlaku namun SP3 sempat melihat motorlori tersebut masih bergerak secara perlahan kerana sedang membetulkan lorinya. [21] SP3 mengesahkan bahawa kepala motorlori adalah menghala ke Kota Bharu dan ekor motorlori hala ke Bachok. Berpandukan rajah kasar (P1) ianya bermaksud motorlori berada di tepi sebelah kanan jalan dari bawah ke atas. [22] Mahkamah mendapati SP3 juga adalah seorang saksi yang kredibel. Keterangannya adalah munasabah dan ianya konsisten dengan keterangan Plaintif yang menunjukkan bahawa Defendan sebenarnya melintas di hadapan Plaintif dan kemudian dilanggar oleh Plaintif di bahagian kiri motorlori tersebut. Defendan kemudian membetulkan motorlori beliau dan kemudian berada pada kedudukan sebagaimana yang dinyatakan oleh SP3. [23] Justeru mahkamah mendapati bahawa versi pihak Plaintif adalah lebih probabel dari versi Defendan. [24] Dengan pembelaan Defendan yang memberi versi yang bertentangan dengan keterangan kukuh Plaintif, Mahkamah mendapati keterangan Defendan merupakan penafian semata-mata. Defendan tidak pula memanggil saksi-saksi untuk menyokong keterangan/versinya. 10 [25] Setelah meneliti Rekod Rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah ini bersetuju bahawa versi Defendan adalah tidak munasabah dan tidak probabel tentang bagaimana kejadian berlaku berdasarkan kepada kedudukan motorlori dan juga kedudukan Plaintif sebagaimana yang dinyatakan oleh SP3. [26] Di dalam rayuan ini, Defendan/Perayu merayu bahawa liabiliti sepatutnya dikenakan terhadap Plaintif sebanyak 70% dan Defendan 30%. Plaintif pula membuat rayuan silang dan memohon supaya Defendan didapati bertanggungan 100%. [27] Setelah meneliti hujahan pihak-pihak, Alasan Penghakiman hakim bicara dan juga Rekod Rayuan, mahkamah ini bersetuju atas imbangan kebarangkalian mahkamah berpendapat versi Plaintif yang disokong oleh keterangan SP3 dan SP1 adalah lebih munasabah bahawa beliau telah melanggar motorlori Defendan yang secara tiba-tiba melintas di hadapan beliau. Oleh itu mahkamah ini bersetuju bahawa Defendan adalah bertanggungan (liable). [28] Hakim Sesyen telah memutuskan bahawa liabiliti Defendan adalah 80% dan Plaintif bertanggungan 20% kerana sumbang cuai. Namun mahkamah mendapati hakim bicara tersilap kerana tidak menyatakan cara mana Plaintif telah menyumbang cuai. Tidak pula ada bukti dan hujahan yang menyatakan Plaintif tidak mempunyai lesen, membawa motorsikalnya dengan laju atau tidak mahir membawa motorsikalnya. Tetapi yang nyata adalah Defendan tidak menyalakan lampu lorinya dan Plaintif yang sudah berumur dan menunggang motorsikal tua tidak mampu membawanya 11 dengan laju. Setelah meneliti Rekod Rayuan dan hujah kedua-dua pihak mahkamah memutuskan bahawa Defendan adalah “liable” (bertanggungan). [29] Oleh yang demikian mahkamah menolak rayuan Perayu/Defendan mengenai liabiliti. Defendan telah menarik balik rayuannya terhadap kuantum. Rayuan Silang Plaintif [30] Plaintif telah merayu silang terhadap liabiliti dan kuantum. [31] Mengenai liabiliti, Plaintif berhujah bahawa keterangan adalah kukuh yang menunjukkan keterlibatan Defendan di dalam kes ini. Keterangan-keterangan menunjukkan kesalahan terletak di atas bahu Defendan 100%. Mahkamah telah meneliti Rekod Rayuan dan meneliti semula keterangan saksi-saksi dan mahkamah bersetuju dengan hujahan ini. Hakim bicara pula tersilap kerana tidak menyatakan apa dan bagaimana sumbang cuai yang telah dilakukan oleh Plaintif dan apakah asas beliau mengenakan 20% liabiliti sumbang cuai terhadap Plaintif. Seperti mana mahkamah memutuskan sebelum ini, mahkamah mendapati Plaintif tidak melakukan apa-apa sumbang cuai. Dengan itu mahkamah membenarkan rayuan silang Plaintif mengenai liabilti dengan memutuskan Plaintif bertanggungan 100%. [32] Mengenai rayuan silang Plaintif berkaitan Kuantum, Plaintif menghujahkan bahawa gantirugi yang diberikan oleh hakim bicara adalah 12 silap kerana tidak mengambil kira bahawa Plaintif mengalami kecederaan seluruh badan dan kecederaan parah dan sebelah kaki kiri terpaksa dipotong dari permulaan peha. [33] Otoriti-otoriti mantap menyatakan bahawa mahkamah di peringkat rayuan tidak sepatutnya dan sewenang-wenangnya mengganggu dapatan hakim bicara. Asalkan hakim bicara telah mengambil kira faktor trend semasa bersandarkan otoriti-otoriti semasa dan kompodium, maka mahkamah ini tidak wajar mengganggu dapatan hakim bicara tersebut. [34] Di dalam kes ini hakim bicara telah mengawardkan sejumlah RM5,000 bagi “cerebral concussion”. Peguam Defendan/Perayu membantah mengenai hujahan Plaintif untuk menaikkan kepada RM10,000 kerana ini adalah jumlah yang dipersetujui. Mahkamah bersetuju dengan Peguam Perayu kerana ini disahkan oleh hakim bicara di dalam Rekod Rayuan muka surat 25. Mahkamah mengekalkan jumlah ini. [35] Mengenai “open interthrochanteric fracture grade III left femur”, hakim bicara telah mengawardkan sejumlah RM85,000 walaupun Peguam Plaintif menghujahkan sebanyak RM90,000. Keputusan dibuat oleh hakim bicara berdasarkan 3 otoriti dimana di dalam kes Syukur bin Che Salleh v Mohd Taupief bin Husin & Anor (And Another Suit) [2015] 2 PIR [13], jumlah award adalah RM80,000. Manakala di dalam kes Sadaqat Ali v Nakhoda Construction & Services [2015] 2 PIR [10], jumlah award adalah RM75,000 dan di dalam kes Jaya Chandran a/l K. Sirickumaran v Liang Yoong Fatt & Anor [2011] 1 PIR [17], jumlah award adalah RM75,000. 2 kes lagi awardnya ialah RM80,000 dan RM75,000 masing-masing. 13 [36] Mahkamah mendapati jumlah sebanyak RM85,000 yang diawardkan oleh hakim bicara adalah wajar kerana ianya adalah di dalam golongan trend award semasa. Mahkamah mengekalkan keputusan ini. [37] Mengenai kecederaan “multiple abrasion wound”, hakim bicara mengawardkan RM8,000. Ini berdasarkan 2 otoriti yang dikemukakan oleh pihak-pihak dimana di dalam kes Arief (supra), award yang diberikan adalah RM10,000 dan di dalam kes Lee Chin Chye & Anor V Teoh Boon Poh (2016) 1 PIR (6), award yang diberikan adalah RM4,000. Mahkamah dapati jumlah RM8,000 adalah wajar dan tidak wajar diganggu. [38] Tidak ada isu mengenai tuntutan gantirugi khas kerana semuanya berdasarkan resit. [39] Mahkamah mendapati bahawa keputusan hakim bicara mengenai kuantum adalah betul kerana beliau bersandarkan trend semasa melalui otoriti-otoriti yang dikemukakan dan bukannya “pluck from the air”. Justeru itu mahkamah menolak rayuan silang Plaintif mengenai kuantum dan mengekalkan keputusan hakim bicara. F. KESIMPULAN [40] Di atas alasan-alasan di atas, mahkamah menolak rayuan Perayu/Defendan terhadap liabiliti dengan kos. Rayuan terhadap kuantum telah ditarik balik oleh Perayu/Defendan. 14 [41] Mengenai rayuan silang Plaintif, mahkamah membenarkan rayuan silang Plaintif mengenai liabiliti sahaja dimana mahkamah memutuskan Defendan bertanggungan 100%. Rayuan silang terhadap kuantum ditolak. Tarikh: 30 Mac 2018 (DATO' AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Peguamcara Responden/Plaintif En. Nik Mohamad Amin Nik Abdullah Tetuan N. M. Amin & Associates, PT 695, Tingkat 1, Blok C, Pasar Awam Bersepadu, Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara Perayu/Defendan Pn. Amalina Tetuan V.P Nathan & Partners, No. 4A, Tingkat Satu, Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.